Isnin, 29 April 2013

TIDOR SATU KEPERLUAN,,,,SATU NIKMAT KURNIAAN ALLAH SWT...SENTIASALAH BERDOA KEMENANGAN...MUDAH2AN SEGALA TIPU DAYA MEREKA MAKAN DIRI SENDIRI

TERHOT! Parah Akhbar Umno Beri Percuma Pun Tak Laku Dah...!!!!
Posted on Monday, April 29 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Facebook Wan Mansor Wan Salleh

Akhbar percuma oleh NST kepada 6,000 pembaca di Langkawi, Semalam dengan bangganya calon Bn dun dan parlimen Langkawi di kawasan Jeti memberi akhbar tersebut kepada yang berminat.

Rakaman gambar di snap ketika jam hampir 1.00 tengah hari 26hb April 2013 dimana longgokkan akhbar milik UMNO Berita Harian dan NSTP tidak terusik walaupun diberikan secara percuma kepada rakyat.

Begitu sekali rakyat layan akhbar-akhbar milik UMNO ni... Tidak dilayan kerana isi kandungannya hampir 100% fitnah terhadap Pakatan Rakyat dan kepimpinannya...Ada orang memberitahu bahawa isi kandungan yang terdapat dalam Berita Harian kadangkala lebih teruk tipu dan fitnahnya dari Utusan.





Sumber: Facebook Wan Mansor Wan Salleh


  Komen kakitangan dan pelajar KUIN tentang Kampus Induk di Kuala Ketil.
Posted on Monday, April 29 @ 00:35:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya





Mahasiswa tolak tindakan memburukkan Insaniah
 

 



26/11/2012: KUIN diberi penarafan Tier 4 (Sangat Baik) oleh MQA pada 1 Nov. 2012





Inilah jadinya bila musim pilihanraya Menteri Besar Kedah terpaksa makan malamnya di pejabat PAS berulamkan bendi.



Kamilia lambang diskriminasi wanita dalam BN

Isu pengunduran Datuk Kamilia Ibrahim sebagai naib ketua pergerakan Wanita Umno Malaysia, yang hangat dibicarakan di laman sosial Facebook miliknya selepas penamaan calon baru-baru ini sememangnya mengejutkan ramai pihak terutamanya para wanita Umno dan BN.

Tindakan beliau sebagai orang nombor dua dalam Wanita Umno bertanding bebas bukan sahaja bakal berdepan dengan calon BN di sana, malah secara automatiknya beliau dipecat terus sebagai ahli Umno dan BN.

Hal ini jelas telah membuka mata dan minda rakyat marhaen bahawa pentadbiran di bawah pucuk pimpinan BN sedikit pincang.

"Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang", satu bidalan mudah bagi menjawab teka-teki bagi sikap drastik bekas pimpinan wanita Umno memilih bertanding sebagai calon bebas.

Tindakan beliau itu diambil disebabkan oleh keputusan pucuk pimpinan BN yang tidak memberi kerusi kepada beliau untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Beliau merasakan bahawa tindakan itu menggambarkan ketidakseriusan Umno dalam mengangkat suara wanita di Parlimen. Kamilia juga melihat kepupusan calon wanita Umno semakin serius selepas pengumuman Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak bertanding dalam pilihan raya umum kali ini disebabkan pelbagai masalah yang membelenggu beliau.

Lagi menggemparkan negara bila mana jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu disandang oleh seorang "jejaka" selepas perletakkan jawatan Shahrizat.

Ini pertama kali berlaku dalam sejarah negara Malaysia malah seluruh dunia. Insiden tersebut cukup merencatkan dan memalukan institusi wanita yang seharusnya dipimpin oleh kepimpinan yang selayaknya.

Jadi sebagai orang nombor dua dalam Wanita Umno selepas Shahrizat, Kamilia seharusnya diberikan tempat untuk bertanding terutama di peringkat Parlimen bagi mengangkat suara wanita ke Dewan Rakyat.

Namun apa yang berlaku, Najib hanya menawarkan kerusi DUN Bukit Chandan kepada Kamelia.

Apakah ini menggambarkan keseriusan Umno dalam mengangkat suara wanita di peringkat Dewan Rakyat? Tidak dinafikan Shahrizat boleh dijadikan senator seterusnya menjawat jawatan menteri wanita. Namun, adakah mencukupi beliau seorang sahaja di sana?

Dari sudut pandang wanita muda juga mahasiswi, hal ini merupakan sesuatu perkara yang perlu dipandang serius kerana ianya melibatkan soal perjuangan kepimpinan wanita di arena politik.

Kami merasakan Kamilia sungguh berani menongkah arus bagi memartabatkan suara wanita dalam Dewan Rakyat. Kami melihat tindakan beliau itu adalah disebabkan diskriminasi yang berlaku oleh Umno terhadap wanita yang sama sekali tidak boleh diterima.

Tidak mengapalah Kamilia. Sekurang-kurangnya tindakan anda telah menyedarkan rakyat Malaysia apakah kedudukan wanita dalam kaca mata Umno. Di pihak mahasiswi terutamanya, kami sentiasa menyokong tindakan Datuk dan mana-mana usaha yang ikhlas bagi memartabatkan suara wanita.

Semoga usaha ikhlas Datuk ini mampu menyedarkan wanita-wanita di Malaysia tentang darjat suara wanita dalam Umno.



NOOR AFIFAH JAMALUDIN timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Kepulan asap tebal kejutkan jentera BN
Wartawan Sinar Harian
27 April 2013
Kepulan asap tebal kejutkan jentera BN
Pemuda berusaha menyelamatkan sebuah lori dari lokasi kebakaran
JENGKA - Baru sahaja hendak memulakan hari keenam kempen pilihan raya di bandar ini, sekumpulan Pemuda Barisan Nasional (BN)  bersama calon BN Dun Jengka, Wan Salman Wan Ismail dan calon BN Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said dikejutkan dengan kejadian kebakaran sebuah stor perabot yang terletak bersebelahan Arked Mara, pagi semalam.

Wan Salman berkata, beliau dan kumpulannya  baru sahaja tiba di terminal bas sementara, di sini, kira-kira 500 meter dari tempat kejadian untuk bersarapan pagi sebelum melihat kepulan asap hitam.

Menurutnya, mereka kemudiannya bergegas ke tempat kejadian dan menjadi orang pertama tiba lalu  menghubungi pihak bomba.

"Secara kebetulan, ada antara kumpulan pemuda ini anggota bomba sukarela dari Felda Jengka 17, jadi bantuan awal diberikan untuk mengawal kebakaran.

“Pemuda juga bertindak mengalihkan sebuah lori yang terletak berhampiran bagi mengelakkan ia turut dijilat api,” katanya.

Sementara itu, tidak sampai sehari kejadian berlaku, sudah mula ada khabar dalam laman sosial menuduh kebakaran berpunca daripada BN.

Wan Salman berkata, beliau kecewa dengan dakwaan itu yang menuduh BN membakar stor terbabit, selain dituduh tidak menghargai tugas bomba kerana kononnya lambat bertindak.

“Ia adalah satu tuduhan yang berat. Kami menerima makluman daripada pegawai bomba tekanan paip sedikit rendah tapi masih dapat mengawal daripada merebak di bangunan sebelah,” katanya.

Hadir sama melihat lokasi kejadian ialah calon Pas Dun Jengka, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut melahirkan rasa simpati kepada pemilik stor berkenaan, Mohd Hisham Mat Isa, 37.
Pilihan raya untuk menguburkan rakan sendiri

Saya masih tidak dapat tidur lena selepas melihat dakwaan Tuan Haji Hadi Awang terhadap beberapa calon Pakatan Rakyat.

Dari isu pil kuda sehingga komunis. Saya tertanya diri sendiri, adakah dakwaan Tuan Haji ini benar atau hanya dakwaan sahaja? Di sini saya ingin mengulas beberapa perkara yang saya tidak puas hati.

Semua rakyat Malaysia telah mendapat satu tamparan hebat pada 20 April lalu, apabila terdapat pertindihan di tujuh kerusi antara PKR dan PAS.

Aspirasi Rakyat untuk PRU13 ini adalah untuk kuburkan BN dan Putrajaya ditawan oleh Pakatan Rakyat. Tetapi apabila berlaku pertindihan, ramai kecewa dengan tindakan parti komponen Pakatan iaitu PAS dan PKR.

Seperti diketahui semua, enam kerusi yang bertindih telah diselesaikan. Namun isu DUN Kota Damansara, Selangor tidak diselesaikan. Sehari sebelum isu ini diselesaikan, Tuan Haji telah memberi penjelasan kenapa berlaku pertindihan dan video tersebut telah dimuat naik di Youtube.

Sehingga kini video ini telah mempunyai 74,000 penonton. Saya hairan kenapa isu Kota Damansara tidak dapat diselesaikan seperti enam kawasan lain. Akhirnya saya ketahui jawapannya tertera di dalam video ucapan Tuan Haji.

Tuan Haji, pada hari penamaan calon saya terkejut dengan beberapa tindakan dari rakan PAS. Pertama sekali bila ada wakil dari PAS bertanding di Kota Damansara.

Saya terkejut kerana mengikut pengetahuan saya, parti komponen Pakatan tidak boleh bersaing antara satu sama lain.

Di Kota Damansara, Dr Nasir bertanding atas tiket PKR walaupun beliau merupakan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM). Perbincangan logo telah dilakukan antara pihak PKR dan PSM serta telah mendapat watikah dari PKR. Perselisihan ini yang tidak dapat saya fahami sehingga kini.

Insiden kedua yang menghairankan saya pada hari pencalonan ialah doa oleh orang-orang PAS. Setahu saya, musuh saya ialah BN dan musuh Pakatan juga BN. Tetapi saya tidak tahu musuh PAS ialah Dr Nasir.

Mengapa saya berkata sedemikian kerana doa yang dilakukan ialah "HANCUR NAJIB, HANCUR NASIR". Memang saya terperanjat dengan doa sebegini dilakukan oleh penyokong PAS.

Setahu saya, Nabi Muhammad pun tidak pernah membenci golongan Nasrani mahupun Yahudi. Saya masih tidak fahami kenapa PAS membenci Dr Nasir.

Sejak saya pergi ke Kota Damansara, banyak dakwaan telah dilemparkan terhadap Dr Nasir. Semuanya berlandaskan agama Islam. Ada yang mengatakan Dr Nasir tidak sembahyang.

Ada orang mengatakan Dr Nasir tidak memberikan peruntukan untuk masjid dan surau di Kota Damansara. Saya memang terkejut dengan tuduhan sebegini ke atas Dr Nasir. Setahu saya Dr Nasir bukan seperti yang dikatakan.

Saya masih ingat, Dr Nasir telah pergi ke umrah. Setahu saya jika seseorang tidak sembahyang dan murtad ataupun bukan Islam tidak boleh pergi ke tanah suci. Jika pergi juga, perkara buruk akan berlaku kepadanya.

Jika Dr Nasir tidak sembahyang dan sebagainya, bagaimana beliau boleh sampai ke tanah suci dan balik dengan selamat? Ini yang menghairankan saya.

Tuduhan Komunis oleh Tuan Haji, memeranjatkan saya lagi. Lebih-lebih lagi tohmahan ini pernah digunakan oleh BN terhadap 30 aktivis PSM ketika BERSIH 2.0 di mana enam orang ditahan bawah Ordinan Darurat pada 2011.

Saya hanya ada satu soalan sahaja. Bila masa Dr Nasir pernah mengambil senjata? Dalam buku teks Sejarah, Komunis dilabelkan sebagai pengganas. Itu yang saya nak tahu, sejak bila Dr Nasir menjadi pengganas? Setahu saya, beliau hanya turun ke jalan raya untuk demonstrasi.

Kalau tidak beliau akan berada di barisan hadapan menahan jentolak merobohkan rumah orang miskin iaitu peneroka bandar. Jika Dr Nasir seorang Komunis atau pengganas, saya pasti ramai pemandu jentolak telah dibunuhnya. Tetapi semua ini tidak berlaku.

Dari asas apa Tuan Haji mengatakan Dr Nasir seorang komunis? Kerana ada gambar Karl Marx, Lenin, Stalin? Kalau saya simpan gambar Tok Guru Nik Aziz adalah ini bermakna saya penyokong PAS atau saya seorang Islam?

Tuan Haji perlu faham, Sosialisme adalah satu sistem ekonomi yang mengatakan pengagihan harta secara sama rata. Di mana orang kaya tidak merampas hak orang miskin dan menjadikan mereka papa kedana.

Sistem ekonomi tidak bercanggah dengan agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya.

Saya boleh buktikan tuduhan yang dilemparkan ke atas Dr Nasir adalah tidak berasas. Tetapi bolehkah pihak yang membenci Dr Nasir buktikan juga dakwaan mereka? Tetapi apa yang telah dilemparkan tidak boleh dipadam. Bagi saya senjata yang paling tajam adalah lidah kita sendiri.

Jangan kita lupa. PRU ini untuk kuburkan BN dan bukan menguburkan kawan kita. Kita perlu teruskan dengan #ABU dan menawan Putrajaya untuk kesejahteraan rakyat. Saya yakin kita boleh lakukan jika kita BERSATU untuk RAKYAT MALAYSIA.



Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Tiada ulasan: