Posted on Saturday, April 20 @ 23:17:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Sumber Facebook
Suasana Penamaan Calon Di Semporna, Sabah
Suasana Penamaan Calon Kulai Jaya, Johor
Suasana Penamaan Calon Di Damansara Utama
Penamaan Calon - Cik Kumutha Rahman
Suasana Penamaan Calon Ketua Menteri Lim Guan Eng Di P. Pinang
Penamaan Calon P. 106 Petaling Jaya Utara - darulehsantoday
Calon Parlimen Pasir Mas selepas keluar dr menghantar borang pencalonan
Salahuddin Ayub - Calon Parlimen Pulai, DUN Nusajaya
Suasana Penamaan Calon Di Seremban
Suasana Penamaan Calon Di Bukit Gantang Perak Bersama Hairy Othman Dan Leman Raja Lawak
Penamaan Calon Seri Aman, Sarawak
Suasana Penamaan Calon Di Tampin, N. Sembilan
P-125 Putrajaya
Suasana Di Kota Bharu. Solat Hajat Memulakan Acara
Sumber Utama: FB Kami Boikot Buletin Utama TV3
Semuga pertindihan kerusi hanya gigitan nyamuk
Posted on Saturday, April 20 @ 21:51:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,.. Kejadian calon PKR dan PAS bertembung sesama sendiri yang menyebabkan ramai penyokong kecewa(termasuk penulis) menjadi satu set back kepada perjuangan merebut Putra Jaya dan mungkin menjadi bahan kempen BN.Meneliti kesemua pertindihan yang terjadi penulis mendapati cuma melibatkan satu Parlimen dan lima DUN di dua negeri dan kesemua kawasan ini merupakan kubu kuat BN semasa PRU yang lalu.
Labuan merupakan kawasan tradisi BN sejak dulu lagi dan setiap kali PRU BN memperolehi majoriti besar.Begitu juga tiga DUN di Terengganu cuma DUN Sungai Acheh sedikit mengecewakan memandangkan peluang cerah untuk PR di situ, apatah lagi kedua dua PAS dan PKR meletakkan calon yang berwibawa di situ.
Malang bagi PR kalau DUN Sungai Acheh gagal ditawan kerana undi yang berpecah dua.Penulis tidak meletakkan harapan yang besar di lain lain kawasan kerana pengaruh semasa BN yang tidak penulis ketahui tetapi penulis yakin bagi DUN di Terengganu itu, masih ramai pengundi melayu yang duduk di bawah tempurung yang bermakna peluang BN mengekalkannya masih besar dan penulis tidak mengharapkan kemenangan PR di situ.Oleh itu pertindihan yang terjadi bukan perkara besar selain PR membazirkan duit sahaja.
Sebelum penulis meneruskan, suka penulis menegaskan bagi Parlimen Dungun dan DUN Rantau Abang penulis tidak nampak ada pertindihan kerana calon yang merupakan AJK PKR bertanding sebagai calon bebas.Bertanding sebagai calon bebas bermakna dia tidak terlibat dengan masalah pertindihan calon PR.Lagipun terdapat juga calon bebas yang terdiri dari ahli BN dan DAP.
Sekaligus penulis tidak fikir BN akan menggunakan isu pertindihan ini sebagai bahan kempen yang menguntungkan mereka kerana BN juga ada masalah ahli yang bertanding bebas termasuk pemimpin wanita dan bekas timbalan menteri malah calon BN bagi Pasir Mas menghilangkan diri dan gagal menyerahkan borang percalonannya.
Melihat segala kemungkinan, penulis merasakan pertindihan yang terjadi hanya minima dan tidak menjejaskan peluang serta tidak sesekali memecahkan perpaduan yang ada dalam PR.Namun keputusan PAS bermesyuarat pada hari Isnin ini amat dialu alukan bagi membuat keputusan, rasanya masih boleh menarik diri walaupun hilang wang pertaruhan terutama bagi Dun Sungai Acheh dan pada masa yang sama penulis juga menyeru PKR berbuat sama serta tampil dengan satu keputusan sebagai kawan.
Kalau salah seorang calon PR yang bertembung sesama sendiri boleh menarik diri, pasti akan memberi tamparan kepada BN walaupun terpaksa hilang wang pertaruhan.Anggaplah kehilangan itu satu pengorbanan demi Putra Jaya yang dicita citakan.
Tetapi kalau calon calon PR in terpaksa bertarung sesama sendiri, ianya bukan masalah yang besar dan semuga ianya hanyalah gigitan nyamuk biasa sahaja.
Akhirnya tarikh sampai
Bila
parlimen dibubar? Bila rakyat Malaysia akan mengundi? Berbulan-bulan
soalan dan labun ini kedengaran. Ia telah menjadi labun klasik setiap
empat tahun. Bukan satu yang menakjubkan: apabila dua sahabat bertemu
mereka bersalaman dan bertanya khabar. Kemudian akan timbul soalan
kedua: Bila pilihan raya? Fenomena sebegini hanya berlaku dan terjadi di
Malaysia.
Para pembaca yang budiman pasti telah pernah mendengar kisah Rosmah Mansor berjumpa Guru Ji - bomoh dari India. Atau mendengar kisah Najib Razak suka angka terpacak - nombor 11. Kita juga ada mendengar bagaimana United Malays National Organisation cuba merancang untuk memilih 11 atau 12 Mei sebagai hari mengundi. Tarikh 11 atau 12 Mei ini dipilih untuk mengingatkan mereka yang hilang ingatan kepada tarikh di mana United Malays National Organisation telah kalah teruk pada tahun 1969 - lalu meroyan, meraung dan mengamuk.
Konon kisahnya Rosmah bukan menengok anak bulan dengan Guru Ji tetapi mencari nujum ini untuk menilik tarikh yang terbaik untuk suaminya membuat pilihan raya. Najib pula dikatakan amat suka dengan angka 11 - angka dua kaki tegak berdiri. Maka mungkin kerana suka dua kaki terpacak maka Najib akan memilih hari ke-11 akan menjadi hari PRU-13.
Semua labun-labun ini betul. Semua labun ini ada asas. Malah bertanyakan bila PRU13 akan diadakan telah menjadi tajuk perbualan dari hari Rosmah Mansor dan suaminya Najib Razak berjaya menempeleng Dolah Badawi. Sebenarnya Rosmah dan Najib hanya tumpang tempeleng. Yang menerajang Dolah Badawi hingga sesak nafas dikatakan Muhyiddin Yassin. Najib dengan perangai takutnya hanya menunggu peluang untuk memijak Dolah yang telah jatuh tersungkur. Ini sejarah. Ini bukan fitnah.
Sebenarnya sistem pemilihan wakil rakyat di Malaysia penuh dengan tipu helah. Suruhanjaya Pilihan Raya yang diwujudkan oleh Parlimen untuk mengendalikan pilihan raya kini telah menjadi budak suruhan kepada United Malays National Organistaion. Tugas utama yang dilakukan oleh SPR ini ialah untuk memastikan United Malays National Organisation dengan Ketuanan Melayunya akan terus berkuasa. Ini juga fakta. Ini juga bukan fitnah. Ini rahsia umum. Malah orang ramai telah diberitahu pengerusi dan timbalan pengerusi SPR adalah ahli parti United Malays National Organisation.
Dalam negara Malaysia hanya orang kurang siuman sahaja yang percaya bahawa SPR ini satu lembaga yang bebas. Tetapi, masih ada suara-suara yang mengakui bahawa SPR ini adalah lembaga yang adil dan telus. Untuk saya, mereka yang memiliki pendapat sedemikian cukup senang untuk difahami.
Orang yang mengakui bahawa SPR ini satu badan bebas dan adil kerana mereka memiliki kepentingan dan pertalian ekonomi dengan United Malays National Organisation. Dalam hati kecil ‘orang-orang' ini, mereka sedar tentang wujudnya penipuan yang dirancang oleh SPR. Mereka ini pura-pura buat kurang arif. Mereka cuba buat tidak sedar. Ini kerana jika United Malays National Organsisation tergelincir dari kuasa maka mereka akan hilang peluang perniagaan.
Mereka yang buat-buat tak sedar bahawa penipuan berlaku dalam pilihan raya ini pasti ada kepentingan ekonomi dan politik untuk berbuat demikian. Mustahil selama empat lima tahun ini - dari Bersih 1 hingga ke 12 Januari 2013 - Himpunan Kebangkitan Rakyat - minda mereka tersimen ketat. Saya amat yakin ahli United Malays National Organisation yang berkarat pun tahu penipuan berlaku. Tetapi, mereka semua ini menerima penipuan kerana undi tipu ini membolehkan mereka cari makan.
Justeru, saya merasa amat marah apabila dituduh menabur fitnah kerana menuduh SPR dan United Malays National Organisation menipu dalam pilihan raya. Mati-matian saya diminta untuk menunjukkan bukti. Saya diasak. Saya ditekan untuk memaparkan bukti.
Ada sosok yang meminta saya buktikan di mana penipuan SPR? Atau meminta tunjukkan bukti di mana United Malaya National Organisation menipu? Awalnya saya marah mendengar permintaan ini. Kemudian saya beralih menjadi sedih.
Dengan rendah hati - dengan sedih lagi pilu - saya sedang melihat bagaimana anak semua bangsa dalam negara tempat kelahiran saya ini telah menjadi bodoh. Mereka yang bertanya, mereka yang meminta bukti penipuan - adalah contoh terbaik bukti kejayaan United Malays National Organisation membodohkan orang ramai. Inilah yang saya istilahkan penbonsaian warga Malaysia.
Bertanya dan meminta bukti di mana pilihan raya tipu hanya keluar dari otak orang bangang yang telah bonsai akal fikrahnya. Akal dan fikiran mereka tidak dapat lagi melintasi pagar RTM, Utusan atau TV3. Mereka telah diperangkap. Otak mereka telah disimen.
Mari kita lupakan kaji selidik yang dilakukan oleh Dr Ong Kian Meng dari Malaysian Electoral Roll Analysis Projek (MERAP). Lupakan juga penemuan 134,000 nama pengundi di Selangor yang tidak diketahui jantan betinanya. Penemuan 134,00 nama ini adalah hasil kajian setengah tahun yang ditaja oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Lupakan juga fakta bagaimana MB Selangor sendiri telah dialih kawasan mengundi dari Seksyen 16 Petaling Jaya untuk menjadi pengundi Lembah Pantai.
Lupakan juga bagaimana beberapa orang ibu dan ayah yang telah membuat sidang akhbar kerana hairan nama anak mereka yang sedang belajar di luar negara tetiba menjadi pengundi, walhal anak mereka TIDAK pernah mendaftar sebagai pengundi. Lupakan juga puluhan ribu bakal pengundi yang nama mereka hilang lesap entah ke mana.
Lupakan juga 4,000 nama pengundi hilang dari kawasan Perlabuhan Klang. Lupakan juga 4,000 nama pengundi Taman Medan yang telah hilang. Kes-kes dan kajian di atas boleh dihujah untuk ditolak kerana yang menjalankan kajian ialah mereka yang pro kepada Pakatan Rakyat. Kaji selidik didanai oleh kerajaan Selangor. YB Charles Santiago dari Pelabhuan Klang dan YB Haniza dari Taman Medan adalah YB dari Pakatan Rakyat.
Tetapi bagaimana pula dengan RCI Sabah? Bagaimana dengan Suruhanjaya Diraja Siasatan Kad Pengenalan Palsu di Sabah?
Mereka yang menuntut suruhanjaya ini bukan orang Pakatan Rakyat atau yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat. Antara yang menuntut penubuhan suruhajaya ini ialah Bernard Giluk Dompok - bekas menteri kabinet Barisan Nasional. Antara yang meminta kes kad pengenalan palsu ini disiasat ialah Yong Teck Lee, Maximus Ongkili dan Joseph Pairin Kitingan. Benggolan-benggolan ini bukan 'kecik' anak - mereka adalah gedebe-gedebe dari parti kaum kerabat United Malays National Organisation.
Untuk saya, RCI atau Suruhanjaya Diraja Siasatan Kad Pengenalan Palsu ini adalah bukti penipuan undi yang terpampang jelas untuk dilihat oleh orang ramai. Saksi-saksi awal tanpa segan dan silu telah menyatakan kepada ahli Suruhanjaya bagaimana kad pengenalan segera telah diberikan kepada pendatang haram untuk membolehkan pendatang haram ini mengundi parti yang menyokong United Malays National Organisation.
Ini bukti sahih. Bukti ini bukan datang dari mulut penyokong Pakatan Rakyat. Bukti dan cara kad pengenalan segera ini diagih-agihkan kepada pendatang haram telah didengar dari mulut pegawai-pegawai tinggi Jabatan Imigresen, dari mulut pegawai tinggi Jabatan Pendaftaran Negara atau dari mulut Tuan Pegawai Daerah Sandakan yang terlibat pada ketika itu.
Sayangnya - selama lebih dari 50 tahun - ramai warga negara Malaysia telah dibonsaikan. Atau lebih tepat lagi telah menjadi bodoh sehinggakan tidak dapat menggaris dan menyusun berita laporan Suruhajaya Diraja ini ini sebagai satu bukti penipuan undi di Sabah. Bukti penipuan terpampang luas di hadapan mata tetapi tidak dapat dilihat.
Kegagalan warga menyusun berita yang keluar dari laporan siasatan Suruhanjaya Diraja untuk dijadikan satu naratif penipuan membuktikan bahawa proses pembodohan telah sampai ke kemuncak. Penipuaan undi telah terang-terang dilaporkan tetapi masih ada lagi yang bertanya : mana bukti penipuan berlaku?
Kadang-kadang saya teringin menempeleng orang yang meminta bukti penipuan undi dalam pilihan raya. Kadang-kadang saya marah bercampur sedih. Marah kerana berhadapan dengan soalan bodoh. Sedih kerana mereka juga adalah kaum keluarga kita, sahabat handai kita dan warga negara Malaysia yang telah berjaya dibodohkan.
Pada 5 Mei 2013 rakyat Malaysia akan keluar mengundi. Tarikh telah ditetapkan. Sama ada tarikh ini dengan persetujuan Guru Ji atau dengan restu Pak Bomoh Najib saya tidak tahu. Malah semua ini tidak penting.
Ada satu perkara yang saya sedar dengan jelas. Beberapa minggu setelah Najib menempeleng Dolah Badawi ada seorang kawan saya yang amat rapat dengan Abdullah Badawi telah memberitahu saya bahawa PRU-13 akan diadakan setelah semua sistem penipuan disusun rapi.
Awalnya saya kurang yakin akan ‘borak kosong' ini. Kawan saya ini ada juga memberi saya tahu tentang strategi untuk memunculkan banyak NGO Melayu Islam untuk ke hadapan mendindingi United Malaya National Organisation. Saya juga diberitahu bahawa ‘pembayaran' dan duit akan ditabur untuk membeli sokongan.
Saya perhatikan satu demi satu perkara yang saya difahamkan empat tahun dahulu kini telah terjadi. NGO Melayu Islam 'mengulat taik', pemandu teksi diberi tayar, komputer dan buku diagih untuk pelajar, gaji pelbagai bidang telah dinaikkan, mak cik dan pak cik Felda dapat RM15,000- duit sedang ditabur di sana-sini.
Maka apabila tarikh 5 Mei 2013 itu diumumkan, maka saya yakin semua sistem untuk menipu telah dipasang dan telah bersedia untuk memastikan United Malays National Organistion terus berkuasa. Atau apakah strategi jahat yang dirancang oleh SPR ini akan dapat mengalahkan kebangkitan rakyat? Tunggu minggu hadapan.
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

- Fajridil AdhaDengan rendah hati - dengan sedih lagi pilu - saya sedang melihat bagaimana anak semua bangsa dalam negara tempat kelahiran saya ini telah menjadi bodoh. Mereka yang bertanya, mereka yang meminta bukti penipuan - adalah contoh terbaik bukti kejayaan United Malays National Organisation membodohkan orang ramai. Inilah yang saya istilahkan penbonsaian warga Malaysia.
- Sanjay Lahm · Sibu, SarawakDengan adanya aktivis seperti bro Hisaham ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan ramai rakyat Malaysia yang cetek malah 'down-syndrome' tetang politik ini. Akan tetapi timbul kerisaun dalam diri saya hanya segelintir sahaja yang membaca pandangan yang padat mengenai 'PENIPUAN BESAR PILIHANRAYA' ini. Seharusnya itulah yang terjadi jika sesebuah parti politik mahu terus berkuasa. Menipu menggunakan kuasa mutlak memerintah menguntungkan BN. Jika rakyat Malaysia bijak dan tidak mudah dipengaruhi oleh politik kotor, buatlah analisis sendiri dan pilihlah parti yang bebas rasuah, adil dan boleh meletakkan Malaysia sebagai negara pertama mengamalkan sistem demokrasi berpalimen yang BERSIH dari semua kejahatan.
- Petik Api · Pengulas Tertinggi · Pokok langsat/pokok rambutanberlaku ke atas diriku dan isteriku; pada PRU 10 dan 11 kami mengundi di pusat yang sama tetapi pada PRU 12, nama kami tiada lagi di pusat itu, kami berputar pada setiap pusat mengundi dan mendapati nama kami ada di pusat mengundi lain, kami pun mengundilah di situ.. kami tidak pernah minta ditukarkan pusat mengundi.. siapakah selain dari SPR sendiri menukar kami? Untuk PRU 13 ini belum tahu di mana lagi...sehingga lembu menguak pun aku menganggap SPR ialah Sistem Pengkhianatan hakRakyat!
- Ramle MeyInilah yang Najib kata TRANSFORMASI. Bila semua umpan sudah dimakan maka senanglah direntap dan diratah oleh penyangak dan perompak setiap 5 tahun. Lakonan mereka cukup terpesona kepada orang2 yang telah dibiuskan otak mereka dengan tipu muslihat yang berbagai rupa. Ayuh rakan2 yang sedar, jangan duduk saja, setiap kita mampu menyeru kepada perubahan, buatlah sesuatu untuk menyedarkan masyarakat yang tertipu ini. Syabas bro Hisyam yg tajam kritikannya.
- Ilham Ros · Pengulas Tertinggi · Amanee Legacy PropertiesSemasa sekolah dulu saya juga menyangka segala yg dituturkan dalam berita perdana oleh penyampai berita semua adalah benar tapi saya bersyukur skrg saya dah tahu berita politik banyak yg tidak benar.
- Yus Rin · Ikuti · Pengulas Tertinggi · Bussinessman di KERJA SENDIRI SDN BHDitu dulu sekarang rakayat cerdik ada it
- Othman Draman · Politeknik kota bharuBesnis produk kesihatan- goji, tricajus, susu kambing, mlm call +60192311900 http://
www.healthbuilders.com.my/ othmandraman@yahoo.com
http://othmandraman.blogspot.com/ ?m=1
http://www.dnaglobal2u.com/
http://www.iphytoscience.com/
Shop P01 pasar majlis sek16 shah alam, selangor, malaysia - En CidIni Kalilah!!
- Hermansyah Abd Rahim Syah · Pengulas Tertinggi · Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Korporat NAKHODA CONSTRUCTION SDN BHD di HS PIAU MARKETINGUJIAN DEMOKRASI DALAM PRU 13
Jika benar apa yang disebut bro Hisham, secara naratif maka babak-babak
PRU 13 agak muram. Rekod kemenangan PR dalam PRU 12 tidak boleh
dijadikan hujah politik. Bahwa demokrasi sedang meningkat dewasa
Pisikologi persaingan, kebimbangan kalah menangnya persaingan dalam
padang permainan demokrasi yang tak sama rata mewarnai persekitaran
pemilihan. Pun begitu SPR dalam KPI ingin menjadikan PRU13 sebagai
PRU 13 yang terbaik.
Data -data yang dikemukan Hisham sekitar i simpang siurnya senarai nama
yang beralih, dan pelbagai keraguan memicu protes pada SPR. Bersih telah
menyatakannya dengan dokunen bertulis.
...Lihat seterusnya..- Jahari Sahilun Riey · Maktab perguruan kentmemang benar laporan saudara hisham ni berkenaan ketidak telusan pihak spr dalam menjalankan tugas pilihanraya.....saya ada bukti dlm kes ini,,,pru12 yang lalu, adik ipar saya telah terlibat sbg petugas spr, mereka ditugaskan di satu kawasan pedalaman dlm daerah kota marudu,,menurut cerita ipar saya ni sebaik selesai sahaja pembuangan undi dan peti undi mahu di bawa keluar ke pusat pengiraan undi,,,tiba2 cuaca buruk berlaku(kebetulan masa tu cuaca tidak menentu),mereka petugas dikehendaki naik helikopter utk pulang,,,tetapi sblum helikopter smpai,,sebuah kenderaan pacuan 4 roda(4x4 polis) telah smpai terlebih dahulu untuk mengambil peti undi yg berisi,,,namun yg menghairankan adik ipar saya mereka tidak dibawa bersama,,cuma ketua petugas spr je dibawa ptg tu(dekat mlm dah),,,jadi persoalannya apa motif pihak polis bawa ketua pet...Lihat seterusnya..
- Wan Yaacob Wan Ibrahim · Pengulas Tertinggi · Kg baharu kuala besut di Smk seri bukit puteriSaya percaya lepas PRU ni HR akan lebih merapu dan meneruskan dgn kutukan2nya yg sinis. mesti dia kata saya dah kata UMNO tipu di tempat PR kalah, bla, bla, bla, tapi kalau ada tempat yg PR menang dia akan kata dgn kuasa rakyat. bla, bla, bla....ini tektik lama. Tapi satu kehebatan HR ialah dia cukup hebat mempropogandakan situasi. (bahasa tepat memanipulasikan persekitaran), menghasut dan juga meracuni jiwa dan minda org yg dendam dan meroyan.
- Suara Rakyat · Pengulas Tertinggi · Indira Gandhi National Open University (IGNOU), New DelhiPengarang lagi hebat menyesatkan minda pembaca....yang bangkit hanyalah segelintir yang tidak mencapai impian.........
- Sudiman Matjalih · Pengulas Tertinggi · Board of Directors di Blue marlin advertising & printingSabah bukan sebuah negeri di malaysia,,, sabah cuma 1/3 dari malaysia
- Sudiman Matjalih · Pengulas Tertinggi · Board of Directors di Blue marlin advertising & printingautonomi buat Sabah, semua selasai,,,,,,
- Serina Mohamed · Bekerja di MaybankHanya pada Allah saja tempat kita meminta, sama-sama lah kita memohon kepadanya dan beserahlah, semoga kejayaan utk meneruskan perjuangan rasulullah dapat diteruskan oleh yang ingin membela ISLAM...AMIN
- Otak Cerdiktak ramai pengomen ni........
- Abdullah Chik · Pengulas TertinggiAKU SAMPAI BILA PUN TAK PERCAYA PADA SPR..SPRM..SPM..DAN LAIN LAIN SBAB SURUHANRAYA PENIPU RAKYAT TELAH DIUJUDKAN UNTUK MENIPU ..BEGITU JUGA SPRM ..SISTEM PEMILIHAN RASUAH MALAYSIA ..DIA AKAN PILIH SAPA YANG DIARASA DIA SUKA TANGKAP ...KALAU ORANG BN DIA TAK TANGKAP LE..
Gelang perkauman patah di Gelang Patah
Laporan
maharaja lawak ‘April Fool' yang lalu memberitakan khabar mantan
perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyeru rakyat Johor menjadikan
pertandingan PRU13 kerusi Parlimen Gelang Patah sebagai kubur kerjaya
politik tokoh veteran DAP Lim Kit Siang.
Malah ke tahap melampau, Dr Mahathir membakar api perkauman dengan menyatakan kemenangan Lim Kit Siang akan mengakibatkan perseteruan antara kaum.
Menteri besar kerajaan sementara Johor Abdul Ghani Othman pula menambah rencah menjadi wira Melayu kununnya dengan berkata kemenangan Lim Kit Siang bakal menggugah keharmonian kaum di Johor.
Gelang Patah menjadi ‘kubur' Lim Kit Siang merupakan suatu saranan yang teramat munasabah untuk politik tahun 1983. Di zaman kebenaran paling muktamad hanya didapatkan daripada tiga saluran tivi warna, dengan imej wajah 'dewanya' tidak lain dan tidak bukan ialah Dr Mahathir Mohamad.
Tetapi pada tahun 2013 ini, di zaman pencerahan Internet, ia menampakkan sikap yang menggelabah. Kerana maklumat dan pengetahuan telah pun mematahkan gari ideologi, gelang perkauman yang merantai kita selama ini. Orang sudah tahu.
Cukup bedebah sekalian kita, manusia Melayu terutamanya, kerana puncanya telah pun tertulis pada tembok grafiti dalam babak filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani, terbit tahun 1986. Contengan di dinding kota bertulis, "Ke mana lesapnya RM 2.5 bilion duit Bank Bumiputera?"
Kita juga telah mendengar lagu dendangan penyanyi Ito, di tahun 1998 dengan judul Raggae Jalil Ibrahim, tentang "kezaliman di bumi tersayang, haruskah berdiam, kita biarkan."
Kita perlu memahami bagaimana politik-ekonomi Mahathirisme bekerja. Di sini, Mahathirisme bukanlah semata-mata seorang manusia tetapi idea dan fahaman seorang manusia yang telah menjadi sistem dalam jaringan kerja dan struktur organisasi kuasa serta budaya yang rumit.
Malah kini, struktur dan sistem organisasi kuasa itu sedang menemui jalan buntu dengan perebutan yang bertambah sengit, malah di kalangan sesama mereka sendiri.
Politik-ekonomi Mahathirisme bekerja dengan perkakas-perkakas institusi awam yang tidak demokratik, mengamalkan ekonomi kapitalisme semu - kroni monopoli, penuh rasuah dan pecah amanah, menipu pilihan raya, dengan rekod demokrasi dan pelanggaran hak asasi manusia yang buruk.
'The Banker Who Knew Too Much'
Kerana jika kita memahami Mahathirisme kita akan faham bahawa segala cakap-cakap tentang semangat Melayu/ Islam, hak istimewa orang Melayu/ Islam, kepentingan Melayu/ Islam, bumiputera, dasar ekonomi baru dan sebagainya itu hanyalah belit, ‘gormal', penipuan, gebang kosong yang hanya berjaya dilakukan pada era penguasaan media tivi.
April tahun lalu, saluran tivi AETN - Crime & Investigation, Asia menayangkan sebuah dokumentari berjudul "The Banker Who Knew Too Much."
Penerbitan dokumentari ini akan membawa kita memahami kepura-puraan Dr Mahathir dan mereka yang berpegang pada ideologi perkauman sempit yang kununnya berteraskan kebudayaan dan tata negara Melayu itu. Kununnya, didongengkan kekayaan negara perlu dimiliki hanya oleh orang-orang Melayu.
Filem dokumentari itu merungkai kes pembunuhan misteri akauntan muda, juruaudit Bank Bumiputera pada tahun 1983.
Jalil sebenarnya ditugaskan untuk mengaudit akaun anak syarikat Bank Bumiputera di Hong Kong, iaitu Bank Bumiputera Finance (BMF). Sewaktu di Hong Kong, Almarhum Jalil mendapati banyak keraguan terhadap cara BMF memberi pinjaman.
Beliau mendapati hampir kesemua pinjaman BMF disalurkan kepada syarikat-syarikat milik Carrian Group. Carrian Group pula dimiliki oleh George Tan, ahli perniagaan Hong Kong, etnik Cina, warga negara Singapura, kelahiran Malaysia.
Dalam dokumentari The Banker Who Knew Too Much itu kita didedahkan bahawa Carrian Group sebenarnya hanyalah rumah untuk merompak duit Bank Bumiputera. Kerana tanpa pinjaman Bank Bumiputera tidak mungkin ada Carrian Group dan George Tan.
(Untuk butiran lanjut kejadian kes pembunuhan itu, silakan menonton sendiri di YouTube)
Bank Bumiputera ditubuhkan pada tahun 1966 bermatlamatkan kununnya membantu orang-orang Melayu dan Bumiputera Malaysia.
Tetapi akhirnya Bank Bumiputera dibankrapkan kerana memberi pinjaman terhadap George Tan, dan nyawa seorang tokoh Melayu muda, Almarhum Jalil Ibrahim telah pun diragut oleh seorang ahli perniagaan Klang - yang tiada kaitan dengan Bank Bumiputera dan BMF - bernama Mark Foon Tan.
Bukan gila, tapi terkutuk
Malah seperti kes pembunuhan mendiang Altantuya, pembunuh yang disabitkan kesalahan juga tiada motif.
Lihatlah asas perkauman Mahathirisme. Ia hanya pada lidah menghasut dan lidah itu semakin kelu kerana perbuatan, perlakuan dan rekod sejarah menunjukkan sebaliknya.
Kerana hari ini, orang akan bertanya, jika benar Melayunya kenapa Almarhum Jalil, seorang Melayu dibunuh, kenapa diberi pinjaman yang banyak kepada syarikat Carrian Group, milik George Tan, seorang etnik Cina sehingga membankrapkan Bank Bumiputera, kunun milik Melayu itu?
Kebankrapan syarikat Carrian Group merupakan rekod bankrap paling besar, di Hong Kong sehingga ke hari ini, di Timur dan di Dunia pada waktu itu. Ia melibatkan kerugian bernilai lebih AS$1 bilion pada 1983.
Ya, pada waktu itu tahun 1983, tahun sebahagian besar umat Melayu masih percaya pada penipuan propaganda tivi dan menerimanya sebagai kebenaran. Sehinggakan imej propaganda terhadap Lim Kit Siang pada waktu itu jatuh ke tahap sentimen kebencian kaum.
Dimainkan momokan Cina kafir, pengikut komunis Chin Peng, si pemakan babi bermata sepet yang niatnya mahu merampas hak-hak orang Melayu dan akhirnya memerintah Malaysia menjadi negara komunis sama seperti di China.
Kini, di tahun 2013, apakah kita masih lagi percaya, bahawa golongan perompak Bank Bumiputera itulah yang akan menyelamatkan umat Melayu Malaysia, setelah terang jelas juga rekod-rekod pengkhianatan dan kemusnahan yang disebabkan golongan ini?
Sehingga saat ini, kerajaan Malaysia masih belum memulakan apa-apa siasatan dan pendakwaan terhadap pembunuhan Almarhum Jalil dan skandal BMF ini, setelah 30 tahun kes berlalu.
Umat Melayu, bertanyalah diri dengan jujur, adakah kita tetap akan berkata, Lim Kit Siang itu rasis perkauman walau beliau pernah memperjuangkan isu skandal kebangkrapan BMFdan pembunuhan Almarhum Jalil Ibrahim di Parlimen Malaysia?
Jika jawapannya masih lagi ya, makna kata kita bukan sahaja gila, malah terkutuk!
RAHMAT HARON seorang seniman ‘outsider'. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi rasmi Malaysiakini.

Jadilah amanah seperti Abu Ubaidah
Mohd Azmir bin Maideen, | 19 Apr 2013 |
Abdullah bin ‘Umar pernah menjelaskan perwatakan Abu Ubaidah ini, “Tiga lelaki Quraish yang paling berseri wajahnya, paling baik akhlaknya, dan paling teguh sifat malunya; Jika mereka berkata kepadamu, mereka tidak berdusta. Jika kamu berkata kepada mereka, mereka tidak akan mendustakannya. Mereka adalah Abu Bakr, Uthman bin ‘Affan dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah.”
Manakala diriwayatkan yang dinayatakan oleh Saidatuna Aishah R.A.H, beliau berkata, “Rasulullah SAW pernah ditanya, Siapa yang engkau cintai (dari golongan laki-laki)?”
Baginda menjawab, “Abu Bakar.”
Lalu ditanyakan kepada Baginda lagi, “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab, “Abu Ubaidah bin al-Jarrah.” - riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Majah. Dalam riwayat lain mengatakan bahawa Umar al Khattab.
Abu Ubaidah bin al-Jarrah dilahirkan di Makkah, di dalam sebuah rumah keluarga suku Quraish yang dihormati dan disegani oleh pemuka kabilah masyarakat Arab. Meskipun demikian, Abu Ubaidah juga tergolong di dalam golongan yang paling awal memeluk Islam, agama yang menjadi ancaman kepada masyarakat Arab jahiliyyah ketika itu. Abu Ubaidah memeluk Islam sehari selepas pengislaman Abu Bakar dan ini adalah hasil daripada dakwah Abu Bakar kepada Abu Ubaidah.
Pengislaman Abu Ubaidah disaksikan Abdul Rahman bin ‘Auf, Uthman bin Maz’un dan al-Arqam bin Abi al-Arqam yang telah mengucapkan syahadah di hadapan Rasulullah SAW. Maka, ini bermakna Abu Ubaidah adalah golongan yang bersama Rasulullah daripada awal hingga akhir perjuangan mereka di Makkah. Seperti mana yang kita ketahui, pada waktu itu mereka ditimpa pelbagai seksaan disebabkan ajaran yang dibawa oleh Baginda Nabi.
Kehidupan Abu Ubaidah tidak jauh berbeza dengan kebanyakan sahabat lainnya, diisi dengan perjuangan menegakkan Islam. Ketika Baginda Rasulullah mengizinkan umat Islam berhijrah ke Habsyah, beliau turut serta berhijrah ke sana bersama rombongan Muslim yang lain di saat gelombang kedua kekejaman musyrikin Quraish demi menyelamatkan aqidahnya.
Walaupun Abu Ubaidah menghadapi pelbagai dugaan di Makkah, namun boleh dikatakan dugaan paling mencabar yang dihadapinya adalah ketika perang Badar di mana dugaan ini benar-benar melampaui jangkaan dan khayalan. Ketika peperangan itu, Abu Ubaidah menyerang musuh-musuh dengan begitu hebat sekali dengan perwatakan pahlawan mencari syahid dan tidak takutkan mati. Semangat kepahlawanan beliau telah menggerunkan tentera Musyrikin sehingga mereka berwaspada dan cuba mengelak daripada bertempur dengan Abu Ubaidah.
Dalam pada jumlah tentera Quraish yang ramai itu, ada seorang sahaja yang benar-benar ingin bertempur dan mengekang semangat kepahlawanan Abu Ubaidah itu. Keadaan ini menyebabkan Abu Ubaidah cuba mengelak daripada bertempur dengan lelaki tersebut. Setiap serangan oleh lelaki itu, Abu Ubaidah mengelak dengan segera. Lelaki itu tidak berputus asa dan dia menyekat kemaraan Abu Ubaidah dengan menghunuskan pedang ke arah Abu Ubaidah sehingga tiada pilihan lain lagi untuk beliau mengelak. Dalam keadaan terpaksa, dia menetak lelaki tersebut dan membuatkan badan lelaki itu tersungkur ke bumi. Lelaki yang jatuh menyembah bumi itu adalah ‘Abdullah bin al-Jarrah, ayah kepada Abu Ubaidah.
Allah menurunkan firman-Nya terhadap tindakan nekad Abu Ubaidah terhadap bapanya sendiri :
“Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.” (Surah al-Mujadilah : ayat 22)
Ketika Abu Ubaidah di medan perang Uhud, beliau adalah salah seorang sahabat yang melindungi Rasulullah SAW. Mereka mempertahankan Nabi seolah-oleh dada dan tubuh mereka tembok yang menghalang panah dan tombak musuh. Apabila peperangan tamat, gigi kacip Rasulullah patah, kulit dahinya terkoyak dan dua mata rantai baju perisai Baginda terbenam di pipinya. Abu Bakar datang untuk mencabutnya namun Abu Ubaidah berkata, “Biarlah saya yang mencabutnya.”
Abu Bakr berundur dan memberikan laluan kepada Abu Ubaidah kerana bimbang jika dicabutnya mata rantai itu dengan tangan ia akan menyakitkan Rasulullah. Abu Ubaidah berusaha mencabutnya tetapi beliau menggunakan gigi kacipnya dengan cara menggigitnya sehingga mata rantai itu tercabut dan mengakibatkan sebahagian giginya lerai ke bumi.
Abu Bakr as-Siddiq R.A berkata, “Abu Ubaidah merupakan manusia rongak yang berakhlak mulia.” (rujuk dalam Siyar A'lam an Nubala')
Sepeninggalan Rasulullah SAW, Umar bin al-Khattab RA mengatakan kepada Abu Ubaidah bin al-Jarrah di hari Saqifah, “Hulurkan tanganmu! Agar saya baiah kamu, kerana saya mendengar Rasulullah SAW bersabda; Dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur. Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah.”
Lalu Abu Ubaidah menjawab, “Saya tidak mungkin berani mendahului orang yang dipercayai oleh Rasulullah SAW menjadi imam kita di waktu solat (yakni Saidina Abu Bakr as-Siddiq RA), oleh sebab itu kita sayugia memilih Abu Bakr menjadi khalifah sepeninggalan Rasulullah SAW.”
Di sisi lain tentang kehebatan sahabat yang satu ini adalah kezuhudannya. Ketika kekuasaan Islam telah meluas dan kekhalifahan dipimpin oleh Umar bin al-Khattab RA hampir-hampir membebaskan Baitul Maqdis daripada belenggu Rom, Umar telah mengadakan kunjungan dan singgah ke khemah Abu Ubaidah. Namun, tidak terlihat sesuatu pun di dalamnya yang berharga kecuali pedang, perisai dan pelana tunggangannya.
Umar pun lantas berujar kepada Abu Ubaidah, “Wahai sahabatku, mengapa engkau tidak mengambil sesuatu sebagaimana orang lain mengambilnya?”
Beliau menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, ini sahaja sudah cukup menyenangkan.”
Abu Ubaidah bin al-Jarrah menyertai dalam semua peperangan Islam, bahkan selalu mempunyai kesempatan besar untuk mengumpul kekayaan dalam setiap peperangan tersebut. Beliau berangkat membawa pasukan menuju negeri Syam, dengan izin Allah beliau berhasil menakluki semua wilayah di negeri tersebut.
Ketika wabak taun merebak di negari Syam sehingga menyebabkan ramai nyawa yang terkorban akibat penyakit itu, Khalifah Umar bin Al-Khattab mengirim surat dengan tujuan memanggil kembali Abu Ubaidah, sahabat kepercayaannya. Namun, Abu Ubaidah menyatakan keberatannya sesuai dengan isi surat yang dikirimkannya kepada khalifah yang berbunyi, “Saya tahu tujuan Amirul Mukminin terhadap saya. Beliau ingin saya terus hidup sedangkan tiada siapa yang boleh kekal hidup. Sesungguhnya saya merupakan sebahagian anggota tentera Islam. Oleh itu saya tidak ingin menjaga diri saya daripada bencana (taun) yang telah menimpa mereka. Saya tidak akan berpisah meninggalkan mereka sehingga Allah membuat keputusan-Nya untuk menyelamatkan saya dan mereka. Sama ada Dia mencabut nyawa atau menyelamatkan kami. Maka apabila surat ini sampai kepadamu, gugurkanlah tuntutanmu terhadap saya. Izinkan saya untuk terus kekal di sini.”
Tatkala Umar bin al-Khattab membaca surat tersebut, air mata beliau mengalir. Lalu para sahabat yang ada bersamanya bertanya, “Apakah Abu Ubaidah telah meninggal dunia wahai Amirul Mukminin?”
“Tidak, tetapi beliau mahu menjemput kematian,” jawab Umar teresak-esak.
Setelah beberapa hari, Abu Ubaidah diserang penyakit taun. Sedang beliau nazak bertarung dengan penyakit tersebut, beliau berpesan kepada tentera-tenteranya.
“Saya berpesan kepada kamu semua, jika kamu menurutinya, kamu akan sentiasa memperolehi kebajikan. Dirikan solat, tunaikan zakat, berpuasalah di bulan Ramadhan, bersedekahlah, tunaikan Haji dan Umrah, salinglah berpesan dan memberi nasihat kepada pemimpinmu. Jangan kamu memperdayakan mereka. Jangan kamu dilalaikan oleh dunia. Lantaran jika seseorang mampu hidup 1000 tahun sekalipun, dia tetap akan menemui kematian seperti yang kamu lihat saya sekarang. Sesungguhnya Allah Taala telah menjanjikan kematian kepada anak Adam. Oleh itu mereka pasti mati. Manusia yang paling bijak ialah mereka yang paling taat kepada Tuhannya dan paling banyak melakukan amalan sebagai persediaan untuk hari kebangkitan.”
Kemudian Abu Ubaidah berpaling kepada Mu’az bin Jabal, “Wahai Mu’az, imamkan mereka (menjadi ketua).”
Apabila Abu Ubaidah meninggal dunia, Mu’az pun bangun di hadapan rakyat dan berucap, “Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah ditimpa kesedihan disebabkan kematian lelaki ini. Demi Allah! Saya tidak pernah kenal lelaki yang lebih berhati mulia dan jauh daripada hasad dengki, terlalu cinta dengan mati dan paling menunaikan tanggungjawab berbanding lelaki ini. Doakanlah kerahmatan untuknya, pasti Allah akan merahmati kamu semua.”
Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia pada tahun 18 Hijriah di Jordan dalam wilayah Syam. Jenazahnya dikebumikan di kawasan yang pernah dibebaskannya daripada kekuasaan Rom dan Parsi. Ketika itu beliau berumur 58 tahun.
http://www.tarbawi.my/
Umno Langkawi bantah Nor 'sombong' Zaidi jadi calon
Omak Kau, | 19 Apr 2013 |
KAMI PENDUDUK LANGKAWI MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA NOR "SOMBONG" SAIDI SEBAGAI CALON N02 KUAH DAN DATO' NAWAWI "JANJI CAPATI" AHMAD SEBAGAI CALON P004 LANGKAWI " WINCABLE CANDIDATE"
Begitulah bunyi kain rentang yang dibawa oleh sekumpulan anak muda yang menyokong UMNO/BN di Langkawi, Kedah melahirkan rasa bantahan keras terhadap calon-calon yang dipilih Najib Razak bagi Parlimen 004 Langkawi dan DUN N02 Kuah.
PRU 13 kali ini telah dikaui oleh para penganalisis dan pengamat politik sebagai PRU anak-anak muda.
Klik untuk baca penuh laporan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan