Kalau Najib tengok ni....
Omak Kau, | 29 Apr 2013 |
Apakah Parlimen P152 Kluang, Johor berjaya dipertahankan oleh BN atau bakal tumbang di tangan calon DAP/PR.
Calon BN ialah Hou Kok Chung dan calon DAP/PR Liew Chin Tong.
Jika dilihat pada sambutan penduduk Kluang, Johor pada ceramah DAP malam ini amatlah jelas sekali peluang DAP/PR rampas parlimen Kluang amatlah cerah sekali.
Najib kalau tengok rakaman gambar ini boleh berpinau biji mata dan berasap kepala...Masihkah Najib terus menerus memberitahu dunia, BN untuk mendapatkan majoriti 2/3 parlimen tidak menjadi masalah besar...
Klik untuk lihat laporan penuh
Ubah, ubah & ubah lagi
Saya suka dengan perkataan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz kepada ‘setiausaha politiknya' Rajak bin Haiwah.
Kata ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz: "Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya.
"Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, alu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya." (lihat: Salah al-Khalidi, Al-Khittah al-Barraqah lizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam).

Manusia yang normal sentiasa berkehendak kepada perubahan. Berubah
kepada yang lebih baik. Sekalipun kadang-kala dalam proses perubahan
manusia terpaksa mengalami kesusahan.
Persis seperti orang yang berpindah rumah dari yang kecil kepada yang lebih besar, selesa dan baik. Dalam proses pemindahan mungkin ada banyak kesusahan di peringkat awal.
Mungkin terpaksa berjimat terlebih dahulu sebelum mampu membeli rumah baru yang besar. Terpaksa mengangkat barang-barang yang berat. Mungkin juga ada barang kesayangan yang terjatuh dan rosak.
Terpaksa tinggalkan jiran-jiran lama yang disayangi. Terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan pelbagai lagi.

Namun jika dia tidak pindah, taraf hidupnya tidak berkembang. Anak-anak akan susah hidup dalam rumah yang sempit. Di tempat baru, dia menikmati kemudahan hidup yang lebih selesa dan persekitaran yang lebih nyaman.
Esok lebih baik
Manusia
yang normal sentiasa cuba memastikan hari esok lebih baik dari hari
ini. Mengubah persekitaran hidup ke arah yang lebih baik adalah tabiat
manusia bertamadun. Hanya yang kita tidak ubah ialah prinsip-prinsip
kebenaran yang merentasi masa dan tempat.
Pun begitu, cara melaksanakan prinsip-prinsip kebenaran itu juga kadang-kadang berubah. Cara menegakkan keadilan dalam masyarakat berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain.
Pendekatan mencegah kezaliman juga berubah mengikut keadaan masa dan tempat. Namun tanggungjawab menegakkan keadilan dan mencegah kezaliman itu kekal sehingga kiamat.

Manusia yang enggan berubah dan takut hendak berubah kerana satu risiko yang tidak pasti asas ialah manusia yang dungu.
Seseorang yang takut hendak belajar ke peringkat tinggi kerana bimbang dianggap sombong adalah orang membodohkan dirinya.
Lebih bodoh lagi, jika seseorang yang sanggup hidup dalam keadaan berpenyakit dan bimbang sembuh kerana takut jika terlalu sihat nanti dia akan makan nasi lebih banyak lalu kos hidup akan jadi lebih tinggi.
Dia lupa bahawa kos ubat yang dia ambil setiap hari melebihi kos nasi yang mungkin dia tambah jika dia sihat. Demikian dalam politik.

Pindah pada politik lebih matang
Air yang bertakung akan rosak. Air yang mengalir lebih baik untuk digunakan. Air yang mengalir juga lebih indah bau dan bunyi iramanya. Air yang bertakung kadang-kala ada kegerunan pada bunyi senyapnya itu.
Kuasa politik juga demikian. Jika ia terlalu berada dalam genggaman seseorang, banyak keburukannya. Ketamakan, salah guna, keegoan, kesombongan dan sebagainya akan berlaku.
Jika hal itu mula kelihatan pada seseorang atau sesuatu pentadbiran maka hendaklah kuasa itu dialirkan ke pihak lain agar dapat mengelakkan keadaan yang seperti itu. Di situ datangnya peranan pilihan raya dalam sistem demokrasi.
Dalam konteks Malaysia, perkara ini terpakai untuk negeri-negeri yang dikuasai oleh BN ataupun Pakatan Rakyat. Kata syair ‘Arab yang disandarkan kepada al-Imam al-Syafii:
"Seorang yang berakal dan beradab tidak akan kekal berehat di satu tempat. Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah.
"Bermusafirlah, nescaya engkau dapati ganti orang yang engkau tinggalkan. Berletihanlah, kerana kelazatan hidup pada keletihan (untuk mendapat kebaikan). Aku melihat terhentinya air itu merosakkannya. Jika ia mengalir maka baik, jika ia tidak mengalir tidak baik."

Hijrah dalam Islam mempunyai perlambangan yang tersendiri. Ia adalah
perlambangan betapa perlunya kita berpindah kepada yang lebih baik.
Negara kita tidak boleh berpolitik dengan tahap lama lagi.
Kita perlukan politik masa depan yang lebih matang dan berkualiti. Kita tidak wajar membandingkan kehidupan kita dengan zaman Jepun makan ubi kayu. Mengapa kita tidak bandingkan kualiti integriti kepimpinan kita dengan negara Jepun?
Media tidak wajar memperbodohkan akal rakyat dengan menemubual pakcik-pakcik kampung yang bercakap tentang zaman Jepun. Pemimpin sepatutnya berusaha mendidik rakyat maju ke hadapan, bukan melihat ke belakang.
Ibn Hamdun dalam al-Tazkirah al-Hamduniyyah memetik kata-kata Plato: "Jangan kamu paksa anak-anak kamu dengan cara kamu kerana mereka diciptakan bukan untuk zaman kamu."

Dalam kerangka politik, saya tidak menaruh penuh kepercayaan kepada BN
ataupun Pakatan. Saya tidak beriman kepada parti-parti itu bahawa mereka
akan memenuhi segala maksud kebaikan untuk sebuah negara yang bernama
Malaysia ini.
Saya rasa tabiat politik antara keduanya masih banyak yang sama. Walaupun masing-masing ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Mungkin ada beberapa tokoh dalam parti-parti itu yang berkualiti tinggi, namun kedua gabungan politik itu masih banyak yang terikat dengan ‘order lama' politik.
Lihat sahaja cara Dr Haron Din dan Karpal Singh membincangkan tentang isu hudud di waktu sepatutnya fokus rakyat kepada perkara-perkara yang lebih praktikal untuk masa ini.
Lihat pula bagaimana BN mengendalikan media massa semasa pilihan raya ini. Namun, saya percaya satu perkara; perubahan, pengaliran kuasa, penggiliran, menghadkan tempoh kekuasaan, memberi peluang kepada tawaran-tawaran baru untuk rakyat adalah satu cara untuk mematangkan politik dan membawanya ke arah yang lebih baik.
Saya percaya tukar, tukar dan tukar lagi sehingga kita dapat yang terbaik dapat membawa negara ke arah yang lebih matang dan baik.
Kita hendaklah bersedia untuk menukar BN kepada Pakatan, ataupun Pakatan kepada BN ataupun membuang keduanya sekali pada masa depan dan memunculkan politik baru sehingga kita menemui yang terbaik.
Apabila yang terbaik itu mula ‘merepek', kita akan tukar lagi. Kita tidak pentingkan nama parti, tetapi kualiti perkhidmatan yang mampu diberikan! Kita sanggup menukar jika perlu tanpa mengira BN ataupun Pakatan. Ubah, ubah dan ubah lagi sehingga yang baik diperoleh.

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Puluhan cawangan Umno di Selangor akan dibubar?
Aspan Alias, | 28 Apr 2013 |
Saya selalu memberikan komen tentang hasrat Najib dan Muhyiddin yang kali ini UMNO akan menurunkan calon-calon yang ‘winnable’. Blog ini selalunya menyatakan yang mana mungkin UMNO boleh menurunkan calon yang ‘winnable’ sedangkan UMNO itu sendiri sudah tidak ‘winnable’ lagi. UMNO tidak ‘winnable’ lagi kerana pimpinannya tidak ‘winnable’.
Jika kita lihat di Selangor, pemimpin yang sibuk untuk mengambil alih kerajaan PKR ini adalah pemimpin yang sama yang telah ditolak oleh rakyat Selangor dalam pilihanraya lalu. Tidak nampak ada pimpinan baru yang boleh meyakinkan rakyat Selangor. Malahan pimpinan UMNO Selangor telah kehilangan hidayah sama sekali dengan meminta Zulkifli Noordin sebagai calon bagi kawasan elit Shah Alam dan ini sekaligus menjadikan orang ramai tidak lagi yakin terhadap kewibawaan UMNO Selangor itu.
Penyertaan Zulkifli Noordin itu bukan sahaja menjatuhkan imej UMNO itu di Selangor tetapi menjatuhkan keyakinan ramai terhadap UMNO di seluruh negara. Itu belum ditambah lagi dengan isu yang berlaku di Pasir Mas dalam mana UMNO sendiri telah berperanan untuk meletakkan Ibrahim Ali sebagai calon UMNO melalui pencalonan Bebas di sana. Semakin hampir kepada pilihanraya semakin banyak perkara yang buruk dihadapi oleh UMNO itu.
Di sebaliknya pihak PAS telah mendapat lonjakan yang besar di Selangor dengan penyertaan TS Muhammad Muhd Taib dalam PAS yang sekaligus meninggalkan UMNO buat selama-lamanya. UMNO telah mengabaikan ramai pimpinan kerana ramai pimpinan yang tidak bersetuju dengan pucuk pimpinan tidak diendahkan oleh UMNO. Semangat PAS dan rakan Pakatan telah naik mendadak dengan penyertaan Muhammad Taib. Jika berita banyak cawangan UMNO akan dibubarkan di Selangor itu terjadi dalam masa yang terdekat ini, ia tentunya sedikit sebanyak kerana pengaruh Muhammad Taib itu tadi.
Itulah keadaan sebenarnya walaupun cuba diselindungi oleh UMNO sendiri. Keadaan ini telah menyebabkan UMNO itu tidak mungkin berjaya meletakkan calon ‘winnable’ dalam pilihanraya kali ini kerana UMNO itu sendiri bukan parti yang ‘winnable’.
Apa yang dihadapi UMNO sekarang ini bermula tiga puluh tahun dahulu. Penyakitnya sudah berada dalam parti itu sejak itu dan penyakit itu beransur-ansur merebak keseluruh tubuh UMNO itu sendiri sehinggakan ia sudah melumpuhkan seluruh tubuh parti itu.
Sejak hampir tiga dekad dahulu saya mengkritik dari dalam kerana di setiap peringkat pemimpin-pemimpin yang ‘winnable’ telah dihapuskan oleh sistem berparti yang dimulakan oleh Dr Mahathir. Ramai pimpinan UMNO di peringkat bahagian telah diketepikan dan hasilnya UMNO terpaksa memilih calon-calon ‘winnable’ dari kumpulan pemimpin yang tidak ‘winnable’ dalam sebuah parti yang sudah lama tidak ‘winnable’ lagi.
Rupa-rupanya kami terpaksa mengambil masa hampir 30 tahun untuk membuktikan kebenaran ini. Bagi ahli-ahli UMNO yang sedar, dan sebagai orang Melayu saudara-saudari sekalian wajar memberikan dukungan kepada PAS kerana PAS sahajalah yang ada sebagai pilihan kepada orang Melayu sekarang ini.
Kewajaran orang Melayu untuk beramai-ramai memberikan sokongan kepada PAS itu tidak boleh dinafikan oleh sesiapa kecuali mereka yang sudah hilang segala hidayah politik mereka. PAS sahajalah nampaknya sampai ke saat ini membuktikan segala janji-janjinya ditepati.
Yang lain itu mungkin masih bergelumang dengan masalah-masalah masing-masing, dari masalah berebut-rebut jawatan kerana masih mempunyai DNA UMNO itu, dan masalah parti yang masih rasis yang masih tidak dapat dipecahkan dalam ‘mindset’ mereka.
Oleh kerana yang lain itu masih dengan cara mereka yang lama maka rakyat harus memilih parti yang sudah benar-benar terbuka untuk perubahan yang dimahukan oleh rakyat sekarang ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Rakyat Tawau tolak Anwar?
Omak Kau, | 29 Apr 2013 |
Ceramah DSAI/PR di Tawau Sabah, sambutannya suam-suam kuku atau Najib bila lihat ini akan terus demam kepialu??????
Inilah rakaman gambar ceramah DSAI di tawau sabah sebentar tadi....Yang pasti Najib dan Tun Mahathir akan bertamabh sasau dan risau...Ceramah yang paling ramai hadir dalam sejarah Tawau, Sabah.
Aura dan karisma DSAI cukup hebat dan mempersonakan sekali..Jadi tidak hairan jika hasil kajian Umcedel menyatakan rakyat jauh lebih yakin kepada DSAI sebagai PM dibandingkan dengan Najib Razak.
Klik untuk lihat laporan penuh blogger ini.
Harakahdaily masuk 'Top 5' media Malaysia
Harakahdaily, | 11 Jul 2012 |
(Perbandingan ranking tiga media berdasarkan cerapan yang dibuat www.alexa.com)
KUALA LUMPUR: Selepas berbulan-bulan bertungkus lumus akhirnya Harakahdaily kini masuk 'Top 5' media paling popular di Malaysia selepas memotong Kosmo.com.my hari ini.
Harakahdaily kini berada di ranking ke 44 laman web yang dilawati di Malaysia manakala Kosmo berada di tangga ke 48 berdasarkan cerapan www.alexa.com.
Berdasarkan laman web itu, Malaysiakini (tempat ke 14 untuk semua laman web di Malaysia) adalah media online paling popular di Malaysia diikuti Thestar.com.my ditangga kedua (19), Metro ketiga (30) dan Utusan.com.my (41).
Harakahdaily ditangga kelima dan ke 44 dalam ranking laman-laman web yang dilawati di Malaysia iaitu tiga tangga di belakang Utusan
Facebook adalah laman paling popular di Malaysia diikuti oleh google.com.my dan ketiga google.com manakala youtube ditangga ke empat.
Usaha Harakahdaily untuk meningkatkan pengaruhnya di kalangan media di Malaysia bermula beberapa tahun lalu apabila bergabung dengan team Tvpas.com.
Pergabungan ini menjadikan Harakahdaily mempunyai dua kandungan utama iaitu teks dan juga video.
Penghujung tahun lepas, Harakahdaily berada di tangga ke 10 di kalangan media di Malaysia dan tangga ke 83 di kalangan laman web yang dilawati rakyat Malaysia.
Di dunia pula, ranking Harakahdaily ketika itu hanyalah di tangga ke 13,000+++.
Sejak Jun lalu, Harakahdaily berjaya memecahkan angka 10,000 di dunia dan pada hari ini berada ditangga 9,588 di dunia dan 44 di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan