Posted on Sunday, April 28 @ 22:39:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: lifeofaku
"Bahan Sebaran Kempen
Assalamualaikum, Bismillah Walhamdulillah. Saya ingin berkongsi satu ayat drpd Surah Yasin yg selalu kita baca :
الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُون
Saya huraikan kehendak ayat ini berdasar rujukan sy di dalam sebuah kitab: Diakhirat nanti Allah akan menutup mulut kita semua dari menjadi saksi, yg bercakap adalah tangan-tangan kita, kaki-kaki kita semua... Nabi Ibrahim A.S telah menggunakan nikmat mata dan akalnya untuk mencari kebenaran walaupun pada zaman beliau, masyarakat pada waktu itu termasuklah ayahnya sendiri menyekutukan Allah.
Baginda berfikir dgn melihat kejadian bulan, matahari dan bintang yg akhirnya membawa kepada pengakuan bahawa Allah itu tuhan yang satu. Begitulah faedah Allah menjadikan mata sebagai deria penglihatan dan akal sebagai pusat pemikiran.
Demam pilihanraya semakin hari semakin memuncak, ayat di atas mengingatkan kita, setiap tingkah laku kita samaada melihatnya kita, bercakapnya kita, bergeraknya tangan kita semuanya akan dihadapkan dimahkamah Rabbul Jalil iaitu mahkamah akhirat. Di mana, di dunia tiada mahkamah seumpamanya kerana ianya sangat tepat pengadilannya dan paling telus. Sahabat-sahabat sekalian, undi adalah soal dunia akhirat, dosa dan pahala. Mungkin agak berat untuk mengatakan begitu .Tapi itulah hakikat yang patut kita terima. Mengapa ?
Kerana undilah yang akan mencorak landskap negara Malaysia dari pelbagai sudut iaitu agama, ekonomi dan politik. Untuk dapatkan kelompok yang sempurna mungkin agak sukar, bahkan kita sendiri tak mampu nak mewujudkannya. Jadi yang ada adalah yang sedia ada, masing-masing ada kelemahannya namun masih terdapat ciri-ciri yang boleh diangkat untuk kita pilih. Salah memilih, 5 tahun akan datang akan dilalui dengan banyak kemungkinan. Satu perkara yg suka untuk saya ketengahkan, ialah soal moral atau modal insan yg menjadi salah satu elemen penting dalam Islam.
Soal Akhlak .
Kita wajib berniat atau sekurang-kurangnya mesti ada dalam detikan hati serta pemikiran kita ingin melihat akhlak anak-anak Malaysia termasuklah diri kita sendiri dihiasi dengan akhlak Islami.
Sebab itu kerajaan yang akan memerintah selepas ini antara peranannya ialah memastikan modal insan dibangunkan dengan bersungguh-sungguh bukan hanya disajikan dengan konsert-konsert K-POP, menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang tidak bermanfaat bahkan lebih merosakkan.
Program-program ilmiah, kursus-kursus motivasi, ceramah-ceramah agama mestilah dijalankan disemua peringkat dan dakwah kepada non-Muslim juga perlu ditekankan. Bukan dengan memomokkan mereka dengan hukum-hukum yang dianggap sebagai kejam, memainkan isu perkauman dan sebagainya.
Iya ! undi anda adalah soal dosa dan pahala. Dalam tulisan saya ini, Saya tak mahu menyebut mana satu yang patut kita pilih kerana saya ingin kita semua termasuklah diri saya, menjadikan Nabi Ibrahim A.S sebagai contoh dalam kita mencari kebenaran. Gunakan mata utk melihat dan akal untuk berfikir. Ingat ! dalam soal mengundi, tangan, mata telinga dan kaki kita bakal bercakap dan menjadi saksi untuk kita di akhirat nanti. Undi yg satu pasti memberi kesan dan akan dihisab. Sekian Wallahua'alam
Dari Orang Biasa : http://www.facebook.com/aljenjarumi"
Wahai Orang-Orang Baik, Berpolitiklah!
Posted on Sunday, April 28 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: al-bahanj
"
Ramai orang-orang yang kita lihat kaki masjid, kaki kuliah, cerdik dan seumpama dengan mereka mengecualikan diri mereka dari bercakap soal politik. Kata mereka, "politik itu kotor". Sampai begitu sekali pendirian mereka. Keadaan ini amat mengecewakan.
Pada zaman Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam memegang kuasa politik di Madinah, negara jadi aman, masyarakat saling hormat-menghormati, tiada sistem kasta, politik menjadi sejahtera, ekonomi sangat adil, gejala sosial hampir sifar, jenayah sangat kurang dan bermacam-macam nilai positif dapat dikembangkan di dalamnya.
Bukan tiada anasir luar dan dalam yang cuba menggugat keadaan Madinah ketika itu. Ada, tetapi disebabkan oleh Madinah dipimpin oleh insan yang sempurna akhlaqnya dan didokong pula oleh lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang soleh, maka kesejahteraan negara dapat ditingkatkan ke tahap yang optimum.
Hari ini, banyak negara ummat Islam menjadi kucar-kacir, politik tidak stabil, ekonomi tidak seimbang, sosialnya menyedihkan, jenayah pula tidak terkira dan maruah negara pula dipermain-mainkan.
Kenapa?
Ada banyak punca. Sebahagian dari punca-puncanya ialah ramai orang-orang baik di kalangan ummat Islam tidak lagi terlibat dengan politik dan tidak mahu berkecimpung di dalamnya. Kuasa politik kini dipegang oleh orang-orang yang tiada atau kurang penghayatan Islam. Ia dibiarkan menjadi medan mengaut keuntungan oleh manusia-manusia yang tiada atau kurang iman. Apabila negara tidak ditadbir oleh orang-orang baik, maka inilah jadinya!
Ada banyak sebab kenapa ramai orang-orang soleh meninggalkan bidang ini. Saya tidak mahu memanjangkan tulisan ini dengan membicarakan sebab-sebabnya walaupun sebenarnya membicarakannya sangat penting kerana tidaklah sesuatu masalah itu dapat diselesaikan melainkan menjadikan sebab-sebab sebagai subjek utama perbincangan. Itu boleh dibincangkan atau dibaca dalam arena yang lain. Di sini saya sekadar ingin mengajak agar orang-orang yang soleh tidak membiarkan urusan yang sangat penting ini dipegang oleh tangan-tangan orang yang jahat dan tidak beragama. Kelak nanti rosak masyarakat semuanya.
Dasar-dasar negara, keputusan sesuatu isu, perancangan masa depan, keutamaan negara, sistem ekonomi, sosial dan sebagainya ditentukan oleh orang-orang politik di dalam sistem yang telah dipersetujui bersama. Jika yang memutuskan ini semua adalah orang-orang yang kotor fikiran, keruh hati dan buruk akhlaq, maka tunggulah kehancuran masyarakat nantinya.
Justeru, orang-orang yang baik, yang soleh, yang terbimbing akhlaq mereka dengan akhlaq Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, aqidahnya tepat, ibadahnya sahih, cerdik dan amanah mesti turut sama terlibat dalam politik. Tidak boleh kecualikan diri. Jika tidak mampu untuk terlibat sepenuhnya, sekurang-kurangnya tolong-menolong dan berilah kerjasama. Jika mereka gagal menjadi pemimpin nombor satu sesebuah negara, atau gagal memegang suara majoriti, sekurang-kurangnya mereka boleh menjadi kuasa pengimbang, check & balance, pembangkang dan pendesak yang baik dalam negara.
Bantulah orang soleh ini berjuang dalam politik negara.
Beliau tak mampu jika hanya seorang. Sertailah sama.
Jangan kecualikan diri dari politik.
Politik selalu disinonimkan dengan kotor. Ya, ia kotor kerana pelakunya kotor. Jika pelakunya bersih, in shaa’ ALLAH politik akan jadi bersih. Kerana politik hanyalah alat. Ia alat untuk melaksanakan tugas khalifah di muka bumi. Ia kenderaan untuk sampai kepada redha ALLAH.
Wahai orang-orang baik, berpolitiklah!
Jangan biarkan yang buruk akhlaq sahaja berpolitik. Kelak nanti rosak urusan politik dan masyarakat kita. Berpolitiklah cara diajar agama. Berpolitiklah cara insan mulia. Biar kalian mencorak politik agar cantik warnanya. Bukan kalian yang dicorak menjadi sebaliknya.
ALLAHU AKBAR!
- muzir.wordpress.com
DAP bantah akhbar UMNO hasut Melayu, bangkit kebencian kaum
Posted on Sunday, April 28 @ 23:05:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Sumber Roketkini
Kenyataan Media oleh calon Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang di Gelang Patah pada Ahad, 28 April 2013:
7-Day Countdown to 13GE Polling Day – DAP membantah Berita Harian, akhbar kawalan UMNO-BN, yang menghasut orang Melayu supaya membenci DAP dan kaum-kaum lain di Malaysia
DAP membantah Berita Harian, akhbar kawalan UMNO-BN, yang menghasut orang Melayu supaya membenci DAP dan kaum-kaum lain di Malaysia. Fitnah yang mereka lemparkan semakin tidak masuk akal, malah menghina daya pemikiran orang Melayu.
Fitnah terbaru datang daripada Berita Harian edisi Ahad hari ini 28 April 2013 dalam satu komentar yang ditulis oleh seorang yang bernama Mahfar Ali. Tajuk rencana itu sahaja sudah menunjukkan sikap hipokrit dan pembohongan media kawalan UMNO-BN tersebut. Tajuk “Pertahan prinsip kesederhanaan, tolak ekstremisme” cuba berselindung di sebalik kebencian penulis kepada perpaduan antara kaum yang dianjurkan oleh DAP dan Pakatan Rakyat.
Dia menulis: “Apakah nanti demonstrasi jalanan dan gerakan LBGT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) yang menjadi budaya Barat, akan turut diterima di negara ini? Inilah kemelut dua parti diketuai pemimpin Melayu yang diperkudakan DAP – parti cauvinis Cina yang dasar pentadbirannya di Pulau Pinang dilihat lebih banyak menekan orang Melayu. Barangkali juga DAP menyertai pakatan pembangkang sebagai mainan politiknya untuk memecahbelahkan orang Melayu dan Islam.”
Berita Harian sebagai lidah UMNO cuba menggambarkan bahawa PKR dan PAS sebagai parti orang Melayu – kerana UMNO hanya faham politik yang berasaskan kaum semata-mata, ia tidak faham demokrasi, hak asasi, keadilan sosial. Dan kedua-dua parti itu dianggap oleh UMNO sebagai mudah diperalatkan oleh DAP.
Jelas Berita Harian buta sejarah dan enggan menerima hakikat kebenaran. DAP adalah parti politik yang sah yang menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan 1957. Ini bererti DAP menerima Perlembagaan yang mendaulatkan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan pada masa yang sama melindungi hak agama-agama lain untuk diamalkan secara bebas.
Hakikat ini termaktub dalam perlembagaan parti DAP yang meluhurkan Perlembagaan Persekutuan 1957 sebagai undang-undang teragung di negara kita. Malah, DAP sudah banyak kali dalam beberapa deklarasi mengulangi pendirian ini. Hanya manusia yang rasis sahaja yang buta kepada fakta ini.
Kedudukan istimewa Melayu yang disebut dalam Perlembagaan Persekutuan tidak pernah dipersoalkan oleh DAP. Malah, DAP dengan tegas mempertahankan apa-apa hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.
Jelas di sini DAP dan Pakatan Rakyat lah yang sebenarnya mempertahankan prinsip sederhana dan menolak ekstremisme, dan bukannya UMNO-BN yang rasis dan semakin kasar dan biadap dalam kempen mereka. Dengan itu, DAP dan Pakatan Rakyat menyeru rakyat supaya menolak politik kotor UMNO-BN.
Saya yakin rakyat Malaysia, termasuk orang Melayu, yang benci dan marah dengan politik kotor UMNO-BN yang menabur fitnah dan bersifat perkauman sudah bersedia untuk membuat perubahan yang akan menamatkan era politik kotor keji dan benci.
Ubah! Ini kalilah!
Lim Kit Siang
Sumber: roketkini.com
Chua Soi Lek yang berjiwa kacau
Posted on Sunday, April 28 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: penhijau
"Chua Soi Lek, lu punya idea manyak teruk la!
Pengundi Cina hendaklah pilih Najib kerana najib banyak cakap soal ekonomi dan kurang cakap soal agama. Anwar akan jadi sama macam Pak Lah kerana Pak Lah banyak cakap soal agama dan kurang cakap soal ekonomi.
1. Ini adalah cakap orang jiwa kacau.
2. Kenapa jiwa kacau? Walau pun telah ishtiharkan Zul Nordin sudah taubat, dia sendiri ( Chua Soi Lek) tidak pernah ishtiharkan diri sudah taubat dari perbuatan bersetubuh dengan anak dara orang. Ertinya amalan itu masih diteruskan hingga hari ini. Yang sempat dirakam perbuatanya itu hanya satu setakat ini. Perzinaan adalah dianggap perbuatan tidak bermoral oleh mana-mana agama. Bahkan di China sendiri perzinaan adalah dilarang oleh Parti Komunis China.
3. Meskipun demikian parti MCA masih memberikan tempat kepada penzina seperti ini. Di USA (sebuah Negara yang bebas) orang seperti Bill Clinton dikenakan tindakan akibat skandal yang terjadi antara dirinya dengan setiausaha peribadinya, tetapi dalam MCA orang yang terang terang melakukan zina masih bebas dan mendapat penghormatan dari ahli. Malu sungguh.
4. Dan tidak menghairankan akibat perbuatan dosanya itu menyebabkan jiwanya menjadi kacau. Berbanding dengan En Lim Guan Eng yang dilihat lebih berjiwa murni dan luhur kerana tidak pernah dikaitkan dengan salah laku seks, Chua Soi Lek sedang menanggung akibat dari perbuatan tidak berakhlaknya itu. Kerana itu pendapat dan idea yang dikemukakannya langsung tidak mempunyai nilai yang tinggi dan jauh sekali untuk dicontohi.
5. Ketika memperlekehkan Anwar yang dikatakannya sama dengan Pak Lah, beliau menggambarkan Pak Lah terlalu banyak bercakap soal agama kerana Pak Lah adalah orang pengajian Islam. Najib pula kata beliau yang lebih banyak menumpukan soal ekonomi berbanding berbanding perkara agama. Maka Najib hendaklah dipilih oleh rakayat Malaysia khususnya di kalangan orang Cina.
6. Apakah ada masalah bagi Chua apabila Pak Lah sebagai perdana menteri pada ketika itu melancarkan program Islam Hadhari? Meskipun dikritik hebat oleh pembangkang, Chua sebagai salah seorang anggota kabinet pada masa itu haruslah menerima ia adalah sebahagian dari dasar kerajaan tidak kira betapa hebat ia dikritik oleh pembangkang
7. Apakah Chua tidak menerima dasar itu kerana ia menggunakan perkataan Islam? Kalau demikian keadaannya maka layaklah Chua digelarkan anti Islam. Ini jelas merupakan satu penghinaan kepada orang Melayu yang beragama Islam. Tidakkah Chua terfikir bahawa Islam adalah agama rasmi Malaysia. Tidak kah dia terfikir bahawa Yang Dipertuan Agung sebagai ketua agama Islam merupakan ketua tertinggi dalam Negara Malaysia dan seorang yang mengamalkan ajaran Islam.
8. Apakah benar ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri beliau hanya memikirkan soal agama berbanding soal ekonomi? Kalau begitu sila perhatikan ketika pembentangan bajet pada setiap tahun apakah Pak Lah hanya memperuntukkan bajet itu hanya untuk perkembangan agama? Dan Pak Lah kurang menumpukan bajet untuk perkembangan ekonomi? Saya harap Chua dapat menyemak kembali ucapan pembentangan bajet semasa era Pak Lah supaya beliau lebih jelas tentang corak pemerintahan Pak Lah dalam menguruskan kewangan Negara. Mungkin beliau terlupa kot?
9. Seterusnya pandangan Chua juga sebenarnya menghina masyarakat Cina. Sebagai presiden kepada sebuah parti yang mewakili orang Cina sudah tentu pandangan itu ditujukan kepada orang Cina. Seolah-olah beliau ingin memberitahu masyarakat Cina jaga-jaga dengan Anwar kerana beliau apabila jadi PM beliau akan banyak cakap tentang agama sama macam Pak Lah juga. Sebaliknya pilihlah Najib kerana beliau cuma akan fokus kepada pembangunan ekonomi dan tidak akan focus kepada agama
10. Dengan alasan yang begitu dangkal ini beliau percaya orang Cina akan menelan bulat bulat segala idea yang dikemukakannya. Apakah beliau menyangka orang Cina terlalu naïf fikiran mereka dan akan terima dengan senang hati pendapatnya itu?
11. Disebalik kata-katanya itu sememangnya beliau berfikir orang Cina akan terima pendapatnya itu sebab itu kata-kata dan idea itu dikemukakan kepada masyarakat Cina. Ini jelas satu penghinaan kepada masyarakat Cina oleh Chua Soi Lek kerana percaya orang Cina memang rendah kemampuan akal mereka dan akan terima bulat-bulat idea yang dikemukakan oleh beliau.
12. Apabila orang bercakap soal agama dalam pentadbiran Negara maka ianya tidak lain dan tidak bukan adalah berkait dengan nilai murni. Agama lazimnya menekankan amalan nilai murni yang amat signifikan dalam kehidupan berkeluarga mahu pun bernegara?. Apakah nilai murni itu? Kalau dalam urusan pentadiran Negara sudah tentulah ia akan berkaitan nilai kejujuran, keikhlasan, amanah, prihatin dan sayangkan semua rakyat tanpa mengira agama. Apabila melibatkan perbelanjaan wang Negara maka agama menyuruh kita berbelanja dengan amanah dan jujur kerana wang itu bukan aku punya tapi rakyat yang punya. Apakah nilai ini tidak baik untuk rakyat Malaysia ? Apakah nilai ini tidak baik kepada masyarakat Cina? Apakah Chua ingin mengajak supaya orang Cina melupakan nilai-nilai yang murni (agama) itu dan sokong Najib yang hanya akan tumpu soal ekonomi dan akan kurang cakap mengenai soal agama (nilai murni)? Silap sungguh!
13. Tidakkah Chua menyedari bahawa rukun Negara yang pertama ialah kepercayaan kepada tuhan. Apakah maksud dari rukun pertama Negara ini? Apakah ia sekadar ayat tanpa makna? Apakah ia sekadar untuk dilaungkan dimasa perhimpunan pelajar waktu persekolahan? Kalau Chua kurang jelas biar saya jelaskan. Rukun ini bermaksud bahawa apabila orang ada kuasa untuk menguruskan wang Negara ialah hendaklah yakin bahawa ada tuhan yang memerhatikannya bagaimana ia menguruskan wang Negara itu. Ia juga hendaklah yakin apabila ia songlap duit sebanyak 250 juta dan berikan kepada kroni dan bukannya kepada gembala lembu sebenar maka itu adalah satu kesalahan dan dimurkai tuhan dan akan dibalas segala perbuatannya itu. Kerana itu ia perlu jauhkan diri dari lakukan songlap duit sebanyak 250 juta itu kerana itu duit bukan dia yang punya tapi rakyat yang punya. Inilah signifikannya nilai-nalai agama dalam pentadbiran Negara.
14. Apakah Chua fikir nilai ini tidak penting kepada masyarakat Malaysia termasuk keturunan Cina? Apakah Chua fikir masyarakat Cina hanya fikir soal ekonomi dan tidak fikir nilai agama seperti seperti nilai kasih sayang, kejujuran, sikap amanah cintakan diri keluarga dan Negara? Kalau inilah fikiran Chua Soi Leks alangkah silapnya fikiran itu dan jelas merupakan satu penghinaan kepada masyarakat Cina
15. Layakkah untuk dibandingkan Anwar dengan Pak Lah dalam soal keutamaan kepada nilai agama? Berbanding Pak Lah yang hanya bercakap soal Islam Hadhari, Anwar lebih terbuka ketika bercakap soal nilai dalam pertadbiran Negara. Untuk melihat pemikiran Anwar bacalah buku Kebangkitan Asia misalnya. Lihatlah bagaimana Anwar mengupas persoalan nilai dalam pengurusan Negara. Anwar tidak hanya mengutip pandangan dari Al Quran dan As Sunnah, tapi juga mengutip pendapat dari pelbagai tamadun asalkan ia mempunyai nilai yang tinggi dan luhur. Sebab itu kita boleh berjumpa dengan pemikiran Kung Fu Tze, Mahatma Ghandi, Shakespere dan lain-lain pemikir dari pelbagai tamadun. Inilah corak pemikiran Anwar. Bersikap terbuka dengan mana mana tamadun asalkan ia membawa nilai yang luhur. Sudah tentu ia masih lagi dalam kerangka pemikiran Islam kerana Islam tidak pernah menolak mana-mana tamadun yang jelas membawa manfaat kepada kemanusiaan itu sendiri.
16. Apakah Naijb lebih hebat dari Anwar ketika menguruskan hal ehwal ekonomi? Tak perlu pergi jauh. Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan hutang Negara hanya sekitar 90 bilion. Ketika Najib menjadi Menteri Kewangan hutang Negara meningkat kepada 560 bilion. Dan angka itu sedang meningkat lagi. Sekarang cuba bagi tau, siapa lebih cekap urus ekonomi? Anwar atau Najib? Memang Najib lebih cekap berbanding Anwar. Sebab itu hutang Negara meningkat kepada 560 bilion. Anwar tidak cekap sebab itu hutang Negara hanya sekitar 90 bilion sahaja.
17. Saya beritahu kepada seluruh warga Malaysia marilah kita sama-sama humbankan kompenan BN (UMNO/ MCA / MIC dan lain-lain) dalam pilihanraya 13 akan datang kerana mereka adalah golongan yang bangkrap idea dan rosak akhlak."
Kerajaan BN telah memperuntukkan sebanyak RM386 juta untuk Mydin
Posted on Sunday, April 28 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Facebook DAPMalaysia
Kerajaan Barisan Nasional telah memperuntukkan sebanyak RM386 juta untuk Mydin bagi menubuhkan 57 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), atau sebanyak RM6.77 juta bagi setiap unit kedai. Ini adalah satu lagi contoh amalan BN biasa mengkayakan kroni menggunakan duit Rakyat.
Peruntukan ini dikatakan untuk "memastikan harga barangan keperluan di Sabah dan Sarawak serta di Labuan dijual pada harga yang lebih rendah".
Kami menyokong apa-apa langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia Timur, terutamanya dalam jangka panjang untuk meringankan beban rakyat Malaysia yang tinggal di Sabah dan Sarawak.
Walau bagaimanapun, pendekatan yang diambil oleh Datuk Seri Najib Tun Razak jelas lebih untuk menguntungkan Mydin kerana peruntukan tersebut diberi secara terus kepada syarikat terbabit untuk menubuhkan kedai-kedai ini.
Bagi membuka 57 cawangan baru yang dicadangkan di Sabah dan Sarawak dengan bajet sebanyak RM386 juta, kos setiap kedai runcit bernilai sebanyak RM6.77 juta!
Adalah lebih baik RM386 juta tersebut diberikan kepada semua kedai-kedai runcit kecil yang sudah wujud di seluruh Sabah dan Sarawak untuk memastikan bilangan peruncit dan pengguna secara maksimum menerima manfaat daripada program menjual keperluan asas pada harga yang lebih rendah ini. Tiada keperluan bagi Kerajaan untuk menaja kroninya membuka kedai baru di kawasan-kawasan ini untuk bersaing secara tidak adil dan merampas periuk nasi pemilik kedai tempatan.
Rakyat merasa jijik dengan hakikat ini. Walaupun dalam program yang kononnya direka untuk mengurangkan kos hidup golongan miskin, Kerajaan Barisan Nasional memilih mekanisme untuk menguntungkan kroni dengan menggunakan duit rakyat.
Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!
Senarai NGO Dan Pondok Di Kedah Yg Minta Rakyat Tolak BN
Posted on Sunday, April 28 @ 19:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog Mutaligat
Pendukung deklarasi ulama.
NGO-NGO
1. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura)
2. Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim)
3. Persatuan Ulama Kedah (Puk)
4. Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
5. Teras Pengupayaan Melayu (Teras)
6. Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram)
7. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah)
8. Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa)
9. Pertubuhan Darul Mustafa Negeri Kedah (Darul Mustafa)
10. Women’s Initiative For Research, Development & Advancement (Wirda)
11. Persatuan Kebajikan & Pendidikan Pelajar Islam Kedah (Persida)
12. Yayasan Paksi
13. Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah)
14. Gerakan Sokong Syariah (Gesa)
15. Institut Pengembelingan Komuniti (Impak)
16. Institut Penyelidikan Syariah Malaysia (Isra)
Pondok dan sekolah agama
- Madrasah Al Rahmaniah Sik
- Maahad Darul Muhajirin Gajah Teriak
- Madrasah Darul Muhtadin Jeniang
- Madrasah Manabi’ Al-Ulum Al-Diniah Telaga Batu Jitra
- Madrasah Ahmadiah Addiniah Al Islamiah Pondok Ahmad Nahu
- Madrasah Al-Zuhudiah Parit Panjang
- Madrasah Ahmadiah Bukit Pinang
- Madrasah Islahiah Pondok Ustaz Adnan
- Madrasah Nurul Islam Charok Tok Uban Sik
- Ribat Nasrul Muhajirin Kg.Permatang Kaka
- Al Madrasah Al Imaniah Ad Dalawiyah Kg. Padang Buluh Nipis
- Madrasah Addiniah Al-Mardiyah Pondok Sg.Kob
- Maahad As-Syatirie Kg Sg. Dedap Yan
- Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah Al-Wataniah Kg Begia, Sik
- Madrasah Darul Ulum Al Barakah Kg Batu Besar Sik
- Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah Kg. Sungai Mati Lepai
- Madrasah Takwiyatul Islamiah Pondok Bukit Lada
- Pondok Tn.Guru Hj.Hussin Dol Guar Chempedak
- Madrasah Tahzib An Nufus Pondok Ust.Awang Lanai
- Madrasah Al-Hidayah Al-Hukmiah Pondok Permatang Nibong
- Madrasah Munawwarah Parit Panjang, Baling
- Madrasah Al-Falah Al-Samaniah Ad-Diniah Pondok Alor Janggus
- Madrasah At-Tarbiah Pondok Kg. Landai
- Pondok Darul Saadah Sg Limau Baling
- Pondok Semeling
- Pondok Hj Wan Soleh Jitra
- Pondok Penyarum Baru Tobiar, Pendang
- Madrasah Jaafarul Hasanah Lepai
- Pusat Pengajian Tarbiyatul Auladiyah Kilim Langkawi
- Sek Men Islam Darul Ulum (Smidu) Pokok Sena
- Madrasah At Taklimiah Al Khairiah Tok Keling,
- Sek Men Agama Al Baqiyatussolihat Langkawi,
- Madrasah An Nur Al Islamiah Gajah Mati Pendang
- Akademi Islam Haji Abdullah Suboh Kota Kuala Muda,
- Sekolah Menengah Agama Ihsaniah Belantik Sik,
- Sek Men Agama Makarimul Akhlak Langgar
- Maahad Tarbiah Islamiah Derang
- Madrasah Zubaidiyah Merbok
- Pusat Pendidikan Al-Islah Pinang Tunggal
- Madrasah Nurul Hidayah Kg.Tembak K.Ketil
- Markaz At Ta'lim Wat Tarbiah Pondok Bandar Hilir
- Madrasah Saadatul Wathoniah Kg. Tembak K.Ketil
- Madrasah Misbahul Falah Parit Panjang
- Madrasah Nurul Islah Parit Panjang
- Maahad Tahfiz Al-Fityan Yan
- Maahad Tahfiz Al Quran Yayasan Al Huffaz Parit Panjang
- Institut Pendidikan Islam & Tahfiz Al-Quran Abada Parit Panjang
- Pusat Tahfiz Al Amin Lunas
- Pusat Pengajian Islam Maahad Raudatul Ulum Serdang,Kedah
- Maahad Tahfiz Mutmainnah Sungai Petani
- Ma'ahad Al-Imam Al-Syafie Pendang
- Maahad Tahfiz Al-Barakah Tikam Batu,Sg Petani
- Maahad Qiraat Amal Aimy Dzalifah
- Sekolah Tahfiz Sains An-Najihin Kulim, Kedah
- Maahad Tahfiz Saidina Abu Bakar Kuala Nerang, Kedah
- Maahad As Solehah Kuala Kangkong Alor Setar
- Sek. Agama At-Toyyibah Changlun
- Madrasah Islahiah Diniah Memali Baling
- Sek. Ren. Islam Darul Ulum (Sridu) Tandop Alor Setar
- Sek. Integrasi Faizin (Saif) Guar Chempedak
- Sek. Ren Islam Darul Ulum (Sridu) Langkawi
- Sek. Ren Islam Burhanuddin Al-Helmi Alor Star
- Sek. Rendah Islam An-Nur Gajah Mati Pendang,
- Sek. Ren Islam Darul Ulum (Sridu) Kupang, Baling
- Sek. Rendah Islam Raudhatul Muslimin Sg. Kembal Kuala Ketil
- Sekolah Rendah An-Naim Kuala Ketil
- Sek. Rendah Darul Hijrah Mukim Siong Baling
Sumber: mutaligat.blogspot.com
ORANG YANG MENCINTAI KAMU I
1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintaimu. Yang dia tahu dihati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2. Walaupun kamu sudah mempunyai teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya. Di mata dan hatinya kamu sentiasa yang tercantik walaupun kamu merasakan tidak.
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa sahaja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS 'Selamat Pagi', 'Selamat Malam', 'Slmt Tidur', 'Take Care' dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMSnya kerana dengan krirman SMS itulah dia menyatakan cintanya. Menyatakan dalam cara yang berbeza. Bukan 'Aku Cinta Padamu', tapi berselindung ayat lain selain kata cinta itu.
6. Jika kamu menyambut hari ulangtahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan telefon untuk mengucapkan selamat ulangtahun atau mengirimkan SMS.
7. Orang yang mencintai kamu akan mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu. Bahkan mungkin kejadian yang mungkin kamu sendiri telah melupakannya. Kerana saat itu adalah sesuatu yang amat berharga bagi dirinya. Dan saat itu matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu tak mungkin berulang kembali.
8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setipa kata-kata yang kamu ucapkan. Bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.
9. Orang yang mencintai kamu akan belajar untuk menyukai apa yang kamu suka. Walau dia terpaksa korbankan sesuatu..
10. Jika kali terakhir kamu berjumpa, kamu sedang selsema atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirimkan SMS atau menelefon untuk bertanyakan keadaan kamu. Kerana dia bimbang tentang kamu, peduli tentang kamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan