PAS Perak umum calon 9 April
Harakahdaily, | 07 Apr 2013 |
Ia akan diumumkan sendiri oleh Haji Abu Bakar Hussien, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak.
Program ceramah yang akan berlangsung di Batu 10, Lekir, Lumut pada jam 9.00 malam amat bermakna kepada semua jentera PAS semua peringkat.
Semua pimpinan PAS semua peringkat akan hadir ke program yang bertemakan ‘PeraKite’ itu termasuk semua penyokong bagi mendengar pengumuman tersebut.
"Kami juga akan melaksanakan ‘siaran langsung’ majlis penting tersebut melalui laman blog – www.perakitedaily.blogspot.com bagi memberi peluang kepada seluruh rakyat Perak untuk turut mengikuti pengumuman bermakna tersebut," kata Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al Amin dalam satu kenyataannya.
Ini jelas membuktikan bahawa PAS memang telah bersedia dan mendahului Umno Negeri Perak yang sebagai pesaing utama PAS selama ini, tambah beliau dalam kenyataan itu.
PBT jangan buang poster selagi tidak mengganggu
Harakahdaily, | 07 Apr 2013 |
Demikian kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.
"Selaku Menteri Besar bagi kerajaan negeri sementara, saya telah meminta semua pihak berkuasa tempatan memantau untuk pastikan tiada perbuatan menurunkan bendera parti politik kecuali jika dipasang di tempat yang tidak selamat sehingga boleh mengganggu dan menghalang pemandu melihat dengan jelas kerana dikhuatiri boleh membawa kecelakaan di jalan raya.
"Begitu juga mana-mana kain rentang dan papan iklan yang dipasang di bahu-bahu jalan yang mengganggu pengguna jalan raya hendaklah dialih ke tempat sesuai.
"Saya juga telah mengarahkan PBT menurunkan kain rentang yang menghina pihak lawan serta menjatuhkan maruah seseorang," katanya.
Bagi beliau, Pilihan Raya Umum ke-13 dianggap sebagai ibu segala pilihan raya di Malaysia kerana buat pertama kali dalam sejarah politik di negara ini pakatan parti pembangkang iaitu Pakatan Rakyat akan memberi saingan paling sengit kepada Barisan Nasional.
"Begitu pun, suka saya mengingatkan dan menyeru rakyat Malaysia tidak kira penyokong Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional supaya matang berpolitik dan menjadikan pilihan raya umum kali ini untuk melaksanakan hak yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia," katanya.
Penting untuk kedua-dua pihak memastikan tiada insiden yang boleh menjurus kepada pergaduhan antara penyokong parti politik.
Justeru, pemimpin dan penyokong mesti menjaga etika dan sentiasa mengutamakan keharmonian, tegas Khalid.
Sebagai salah seorang pemimpin yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya kali ini, Khalid mahu PRU ke-13 diingati sebagai pilihan raya penentu masa hadapan bukannya paling kotor sehingga memalukan kita dan generasi akan datang.
Manifesto BN: Dari aku janji kepada aku tiru
Omak Kau, | 07 Apr 2013 |
TIDAK PRATIKAL... NEGARA MUFLIS...TIDAK RASIONAL...Itulah antara ayat yang terpacul keluar dari pemimpin UMNO/BN bulan Julai dan Ogos tahun lepas apabila Pakatan Rakyat dibawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji dalam manifesto Pakatan Rakyat Harapan rakyat akan menurunkan harga kereta yang memberi manafaat kepada rakyat agar rakyat tidak terbeban dengan hutang membayar kereta setiap bulan.
Sekarang apa sudah jadi...Setelah puas mencaci cerca, menghina dan kutuk idea dan langkah yang bakal diambil Pakatan Rakyat jika diberi mandat dan amanah untuk urus tadbir Putrajaya, tetiba malam tadi ketika Najib Razak menghebahkan Manifesto BN PRU 13 atas nama jolokan "AKU JANJI" salah satu "janji" BN ialah harga kereta akan diturunkan.
Klik untuk lihat pandangan sepenuhnya bloger Omak Kau.
Demokrasi tulen Umno: 10 minit lwn 180 minit
Omak Kau, | 07 Apr 2013 |
Umno/BN hanya sanggup dan berani memberikan ruang dan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk hebahkan Manifesto Rakyat selama 10 minit dengan syarat ianya tidak secara langsung dan dirakam serta kemudiannya ditapis sebelum disiarkan.
Malam tadi najib Razak hebahkan Manifesto BN Aku Janji selama 180 minit tanpa tapisan dan secara langsung.
Pergh!!!!!! hebat sungguh dan cukup adil UMNO/BN dibawah Najib Razak bila menghadapi PRU 13.
Macam mana rakyat yang berkiran waras nak sokong UMNO... Jenis penakut bacul piang punya parti.
Aktivis Tolak berdepan samseng di Johor
Harakahdaily, | 07 Apr 2013 |
JOHOR BHARU: Aktivis
Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) yang menjelajah ke Johor hari
ini berdepan sekumpulan samseng yang menghalang kemasukan mereka untuk
bertemu masyarakat di sini.
Dalam kejadian pagi tadi, samseng-samseng tersebut cuba menahan kumpulan mereka yang berkumpul di sekitar kawasan Masjid Tan Sri Ainudin Wahid di sini bagi memulakan programnya.
Salah seorang dari mereka (gambar atas), meninggikan suara dengan memberi amaran agar aktivis Tolak keluar dari kawasan tersebut atau kereta mereka akan dirosakkan.
"Kau masuk sini minta kebenaran tak. Sekarang kau belah, aku terajang kereta ni nanti kan pecah, ko belah sekarang," katanya.
Sekumpulan anggota polis yang berada di tempat kejadian bagaimanapun segera meleraikan samseng-samseng ini.
Tidak mahu insiden yang tidak diingini berlaku, kumpulan aktivis Tolak tersebut kemudiannya bersurai.
Johor merupakan destinasi kedua jelajah mereka selepas Melaka semalam.
Bagi meneruskan acara jelajah mereka, kumpulan itu kini ke KIP MART untuk mengumpul tandatangan rakyat sebagai tanda sokongan rakyat menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
[LIHAT VIDEO]

'Gasing terbang' di karnival budaya Kelantan
Salmah Mat Husain, | 07 Apr 2013 |
Pertunjukkan permainan tradisional masyarakat Kelantan itu buat sekian kalinya dipertonton kepada umum sebagai mengangkat warisan masyarakat disamping pertunjukkan bunga api.
Program yang akan bermula jam 9.00 malam itu dijadual dirasmikan majlis penutupnya oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata sempena majlis itu juga diadakan pertandingan akhir dikir barat dan majlis penyampaian hadiah semua pertandingan yang berlangsung selama empat hari.
“Majlis yang telah berlangsung bermula 4 April lalu. Pelbagai majlis pertandingan kebudayaan seperti rebana ubi, kertok, gasing, selain dikir barat telah selesai diadakan.
“Ianya juga bersekali dengan karnival kenderaan klasik yang juga diadakan di dataran ini Jumaat lalu iaitu sebanyak 2,000 kenderaan termasuk jenis Volvo, Volkswagen, Vespa," katanya.
Menariknya kali ini, karnival ini turut mendapat penyertaan dari negara luar khususnya negara jiran iaitu Thailand.
Penonton juga ujarnya akan disajikan dengan persembahan nasyid oleh artis Mu’az Dzulkifli.
Sehubungan itu beliau menjemput orang ramai hadir untuk memeriahkan lagi program tersebut.
GEMPAKS! Manifesto BN Dibantah Khairy dan Nor Yaacub
Era Pasca, | 07 Apr 2013 |
Kuala Lumpur: Ketua PEMUDA UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop MEMBANTAH MANIFESTO YANG MENCADANGKAN UNTUK MENURUNKAN HARGA KERETA yang pastinya akan merencatkan usaha kerajaan Barisan Nasional.
Malah macai macai online lembUMNO pun duk nyalak nyalak bantah! Alasan utamanya adalah "Mana nak dapatkan sumber pendapatan negara?"..
Klik untuk lihat pandangan penuh dari blog Era Pasca.
Daripada malu tidak terpilih, baik umum dulu
Cenangau, | 07 Apr 2013 |
Daripada
dimalukan lagi sekali bila Najib umumkan senarai calon BN yang takdak
nama dia, lebih baik dia spin dulu, kata dia kononnya memang lebih suka
tak bertanding.
Demikian ulas blogger Cenangau dalam blognya hari ini.
Ini berikutan laporan dalam Malaysiakini yang memetik kata-kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakor kononnya beliau telah memaklumkan perkara ini kepada Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, beliau sudah memaklumkan kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak kecenderungannya untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, katanya, sebagai seorang yang agak 'old-fashioned', beliau akan akur apa sahaja keputusan Najib, yang juga perdana menteri.
Klik untuk mengikuti ulasan penuh blogger Cenangau ini.

Gempar!...Pimpinan BN bantah manifesto
KedahLanie, | 07 Apr 2013 |
Inilah berita-berita yang dikumpulkan oleh blog KedahLanie ekoran manifesto BN yang diumumkan Datuk Seri Njaib Razak, Presiden Umno malam tadi.
Ia berkaitan dengan janji untuk menurunkan harga kereta yang diumumkan Najib.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat telah mengumumkan melalui manifestonya, harga kereta akan diturunkan dengan cara mengkaji balik cukai ekasais.
Namun ketika itu, para pemimpin BN melompat dengan membuat pelbagai tuduhan termasuklah ia akan membangkrapkan negara.
Klik untuk melihat keratan-keratan akhbar ini dalam KedahLanie.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan