Ahad, 7 April 2013

SEMUA NAK JADI PM KERANA NAK KUASA YANG TERTINGGI

PRU13 cuba dikaitkan dengan 13 Mei?

Muhammad Faeez Azahar, 07 Apr 2013

(Mohamad Sabu berucap di Lenggong)

LENGGONG: Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kemungkinan akan dijalankan pada awal bulan Mei.

Menurutnya, ini bertujuan untuk Umno memainkan isu Tragedi 13 Mei kepada rakyat khususnya orang Melayu.

"Saya jangkakan pilihanraya akan diadakan pada awal bulan Mei ini bertujuan untuk membangkitkan isu Tragedi 13 Mei," katanya ketika berucap pada Ijtima' Pilihanraya PAS Perak yang diadakan di Kg Luat, Lenggong.

Beliau menjelaskan, jika dilihat ketika ini, pelbagai sepanduk dan papan tanda tentang keamanan dan kestabilan negara.

"Sepanjang lebuhraya Johor hingga Perlis, kita boleh lihat pelbagai jenis sepanduk tentang keamanaan, kestabilan, kacau bilau dan huru hara.

"Kini papan-papan tanda itu diletakkan diseluruh negara," jelasnya lagi.

Justeru itu, beliau menggesa semua jentera meyakinkan kepada rakyat bahawa kacau bilau dan huru-hara tidak akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Jelas beliau,tanggapan tersebut hendaklah ditangkis supaya ianya tidak mempengaruhi masyarakat.

"BN akan menanam tanggapan itu dalam pemikiran seluruh rakyat dinegara ini hingga hari mengundi," katanya.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, Dato' Seri Najib dalam ucapan pembubaran parlimen turut menjamin perubahan kuasa akan berlaku dalam keadaan tenteram.

Ketua Polis Negara juga katanya telah mengatakan pihaknya akan menjalankan amanah dengan profesional jika negara diterajui oleh kepimpinan yang baru.

"Jadi rakyat tidak perlu risau tentang itu, negara akan aman sekiranya pemerintahan bertukar," jelas Mohamad Sabu.

Masalah terbesar Najib adalah 'cah keting'

Penulis Khas Harakahdaily, 07 Apr 2013
DATUK Seri Mohd Najib Razak sudah pasti akan berdepan dengan masalah ahli-ahli partinya 'chah keting' sesama sendiri apabila nama calon-calon dari Umno yang akan bertanding di dalam pilihanraya umum ke-13 diumumkan tidak lama lagi.

Tanda-tandanya memang cukup nyata. Di sana sini, ahli-ahli peringkat akar umbi sibuk bercerita siapa yang digugurkan dan siapa yang terpileh sedangkan senarai calon yang akan mewakili Umno dan bertanding atas tiket Barisan Nasional masih belum dimuktamadkan lagi.

Najib sendiri telah meminta ahli jemaah menterinya ketika mensyuarat Kabinet terakhir Rabu lalu supaya jangan mendengar khabar angin mengenai siapa yang telah digugurkan atau siapakah yang akan menjadi menteri besar selepas pilihanraya nanti.

Tetapi belum pun sampai 24 jam Parlimen dibubar, Umno berdepan dengan kira-kira  150 ahli Umno bahagian Kangar, Perlis yang berang meminta pucuk pimpinan parti tidak mengemuka calon "payung terjun" di Parlimen Kangar.

Mereka nekad bermalam didalam bas sepanjang perjalanan dari Kangar ke Kuala  Lumpur untuk berkumpul diluar bangunan Putra World Trade Centre pada pagi Khamis untuk menyerah memorandum kepada Najib yang hari itu mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan seterusnya Majlis Tertinggi Barisan Nasional.

Mereka mahu supaya orang dari Umno Kangar dicalonkan untuk kerusi Kangar  sekiranya ahli Parlimen Kangar Datuk Radzi Sheikh Ahmad tidak dicalonkan untuk mempertahan kerusi yang disandangnya.

Yang anihnya mereka yang memprotes ini  telah bertindak bukan kerana perkara yang sahih tetapi atas khabar-khabar angin yang bertiup kencang yang Radzi tidak dicalon semula dan ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya, yang bukan dari Umno bahagian Kangar, yang akan bertanding di Kangar.

Bayangkan keadaan yang akan berlaku apabila senarai penuh calon-calon Umno diistiharkan. Tentu ada yang akan bertindak lebih dasyat lagi daripada kumpulan 150 orang ini.

Sebenarnya senarai calon-calon BN masih didalam proses kemaskini dan akan diumukan seminggu sebelum penamaan calon untuk memberi masa kepimpinan parti memujuk yang merajuk kerana tidak terpileh dan mengambil tindakan disiplin kepada yang terang-terang mensabotaj parti kerana tidak berkenan dengan calon-calon yang terpilih.

Tetapi dek kerana terlalu ghairah untuk menjadi calon atau mahu orang-orang tertentu menjadi calon, penyokong-penyokong telah bertindak tanpa menunggu mendapat kesahihan berita yang bertiup kencang.

Terlalu banyak spekulasi di bawah selepas pembubaran parlimen sehingga ada penyokong pimpinan bahagian terang-terang menyatakan pilihan hati mereka melalui sepanduk dan kain rentang dan juga memorandum kepada pemimpin-pemimpin tertinggi parti.

Najib sendiri amat arif akan penyakit yang dialami Umno saban kali tiba musim pelihanraya dan sedia maklum ia amat susah untuk diatasi lebih-lebih lagi dia sendiri mahu melakukan perubahan dengan mengemuka calon-calon yang menepati citarasa pengundi.

Muka-muka baru dikalangan teknokrat and professional difahamkan akan tersenarai sebagai calon Umno kerana mereka menepati kriteria winnable yang ditetapkan olehnya.

Kerana takut masalah sabotaj parti sepertimana yang berlaku pada pilihanraya umum ke-12 berulang, Najib berterusan menasihat pemimpin akar umbi Umno semasa lawatan ke negeri-negeri supaya tidak melakukan perkara-perkara yang akan memberi kesan negatif kepada peluang Umno memenangi lebih banyak kerusi.

Malang sekali bagi parti nasionalis ini, ahli-ahlinya  tidak mengambil iktibar dari apa yang berlaku semasa piliharanya umum lalu.

Kajian parti telah mendapati 47 kerusi parlimen telah disabotaj oleh warlords Umno yang marah kerana diketepikan dan ahli-ahli parti meredakan kemarahan dengan mengundi calon-calon daripada parti pembangkang, merosakkan kertas undi ataupun tidak keluar mengundi pada piliharaya 2008.

Kajian post mortem ke atas keputusan pilihanraya itu juga menunjukkan ahli-ahli Umno sendiri tidak mengundi calon Umno kerana calon-calon Umno telah memperolehi 2 juta undi dari 5.7 juga undi Melayu yang berdaftar ketika itu.

Sekiranya yang mengundi calon-calon Umno kesemuanya ahli Umno, ini bermaksud satu juta ahli Umno sendiri tidak mengundi calon-calon Umno kerana keahlian Umno menjangkau 3 juta orang.

Yang untung dari pergaduhan dalaman Umno ini tidak lain dari Pakatan Rakyat.

Jadi tukang kempen Ibrahim Ali pun cukuplah

Aspan Alias, 07 Apr 2013
Apa yang membuatkan Mahathir terlalu berdendam terhadap Lim Kit Siang (LKS) hanya beliau sahaja yang tahu. Rakyat hanya boleh mengagak apa yang didendamkan oleh Mahathir. Tetapi kita ketepikan isu sebab dendam Mahathir terhadap bekas Ketua Pembangkang itu tidak pernah padam malahan lebih menyala dari masa-masa lampau.

Mahathir mahukan UMNO dan BN menghabiskan riwayat LKS dalam politik kerana itu sahajalah cara untuk membuatkan LKS bersara. Kenyataan dendam kesumat begitu tidak terkawal sehingga beliau (Mahathir) meminta calon ‘heavy weight’ untuk diturunkan melawan LKS di Gelang Patah dalam pilihanraya seperti Ghani Othman yang sekarang penyandang kerusi Menteri Besar Johor. Dr Mahathir berkata LKS tidak mahu bersara seperti beliau dalam politik sejak begitu lama.

Tetapi kita bertanya pula kepada Dr Mahathir. Bagaimana pula beliau? Beliau masih lagi bermain politik yang begitu aktif sekarang ini walaupun sebelum ini beliau pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Sekarang masih lagi bermain politik dan tidak mahu berhenti-henti. Beliau masih lagi berperanan untuk mengganggu pelan dan kemahuan Najib Tun Razak dalam penentuan calon. Seperti saya katakan dalam posting yang lepas Mahathir masih lagi mahu menjadi penentu keadaan UMNO itu.

Jika UMNO terlalu kuat beliau mahukan kekuatan UMNO itu diturunkan dengan memberikan komen yang menjatuhkan kekuatan UMNO. Apabila UMNO sekarang sudah agak hampir jatuh dengan sebenarnya beliau turun padang untuk menaikkan sedikit kekuatan UMNO itu. Ini semua permainan politik Mahathir yang tidak mahu berhenti dari politik negara.

Yang terakhir pula Mahathir mahukan Ibrahim Ali diambil oleh Najib untuk menjadi calon UMNO di Pasir Mas. Beliau sentiasa masuk campur dalam urusan negara yang sedang diurus oleh Najib. Semasa beliau menjadi Perdana Menteri, tidak siapa pun boleh mempengaruhi kehendak beliau dan beliau mentadbir negara mengikut kemahuan nafsu beliau sendiri.

Saya selalu berkata rakyat mesti bersatu kali ini di luar BN kerana jika rakyat bersatu dalam UMNO dan BN, mereka akan ditunggangi oleh kehendak Mahathir dan kroni serta keluarga beliau sendiri. Mahathir tidak henti-henti bermain politik walaupun beliau telah bersara. Keadaan politik yang kucar-kacir sekarang berpunca lama dahulu, iaitu semasa zaman beliau menjadi peneraju negara ini. Hasilnya kita boleh lihat sekarang.

Yang rakyat bergerak untuk melakukan perubahan ini adalah kerana gara-gara beliau. Apabila beliau bersara Mahathir telah mewarisi negara kepada pemimpin yang tidak pernah dididik oleh beliau dengan nilai murni, sebaliknya mewariskan kepada pimpinan yang tidak mampu menjaga kehormatan negara dalam erti sebuah negara berdaulat sebenarnya.

Rasuah besar yang bermula di zaman beliau telah melarat dan menjadi barah dalam kerajaan hari ini. Barah ini tidak dapat dikawal lagi.

Tidak apalah begitu, tetapi biarkanlah rakyat membetulkannya. Tetapi Mahathir kembali berpolitik dan UMNO tidak mampu untuk membuat keputusan dengan betul kerana campur tangan beliau dalam politik tanah air.

Dr Mahathir lah yang sepatutnya bersara dan beliau sepatutnya tidak lagi bermain politik. Jangan hendak mengata LKS sedangkan beliau lebih gila bermain politik dan UMNO kini tidak boleh lagi membuat keputusan sendirian tanpa campur tangan Mahathir.

UMNO yang lemah sekarang inilah yang dikehendaki oleh Mahathir kerana kelemahan UMNO hari ini membolehkan beliau menjadi penting dan terus-terusan berpolitik.

Asalkan boleh bermain politik menjadi tukang kempen Ibrahim Ali pun jadilah. Yang penting beliau terus berpolitik. Belum lagi beliau berniat untuk bersara. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Sidek Baba yang saya kenal: Mangsa ISA

Hj Omar Bin Abdul Rahman, 07 Apr 2013



Saya mengenali Sidek Baba sejak 1977 bila saya menjadi Mahasiswa Universiti Malaya dan Sidek menjadi AJK Minggu Orientasi-UM. Kami panggil dia Cikgu Sidek kerana dia sudah dewasa umurnya.Dia senior saya satu tahun sahaja dari segi senioriti di universiti tetapi saya jauh lebih muda dari beliau dari segi umur kerana saya fresh dari sekolah dan terus ke universiti.

Saya mengikuti dari dekat perkembangan kerjaya Sidek. Sidek bercerita bagaimana beliau datang dari keluarga susah. Bermula bekerja sebagai budak pejabat kemudian ambil kelas malam dan lulus SPM. Kemudian ke Maktab Perguruan. Mengajar di sekolah. Kemudian ambil kelas malam. Lulus STPM dan masuk ke Universiti Malaya.

Klik untuk baca penuh cerita ini.

Pastikan anda pulang mengundi nanti - Presiden

Harakahdaily, 07 Apr 2013


(Antara yang menyertai himpunan anak Terengganu dengan Presiden PAS)

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta semua anak Terengganu di perantauan pulang mengundi dalam pilihan raya ke 13 ini.

Ini kerana, pilihan raya ini amat penting untuk mempastikan  hala tuju negara dan mempastikan kepentingan Islam terjaga dengan baik selepas pilihan raya nanti.

Beliau berkata demikian ketika berucap di perjumpaan Anak-anak Terengganu di Perantauan yang diadakan di Dewan Kolej Universiti Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar, Kuala Lumpur hari ini.


(Pimpinan PAS Terengganu dengan Presiden PAS)

Hampir 500 anak-anak Terengganu di perantau menyertai majlis itu.

Turut serta adalah para pimpinan PAS Terengganu para Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu iaitu Dr Alias, Saiful Bahri Mamat dan Muhyidin Abdul Rashid.

Turut serta adalah Haji Yahaya Ali, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu.

Dalam majlis itu para peserta perjumpaan itu berdialog dengan Presiden PAS serta para pimpinan PAS Terengganu itu.

Siapa pemimpin pilihan kamu, yang jadi imam atau berbaju merah?

http://kachipemas.blogspot.com, 07 Apr 2013

Siapa Pemimpin Pilihan Kamu? [Man Imamuka] Yang Jadi Imam atau Berbaju Merah!!!



Ia berbeza....

#Yang 3 orang di atas hari-hari dihina dan difitnah media negara, TETAPI yang berbaju MERAH disanjung dan dimuliakan oleh media negara tiap2 hari..

Inilah Akibatnya Kalau Pilih BN nanti


Lihat betapa sombongnya  MCA..melawan Islam

Tiada ulasan: