Posted on Saturday, April 13 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: kalashnikov
"
Mengapa
pertuduhan zina disyaratkan dengan 4 orang saksi yang adil? Saksi itu
mestilah beriman dan bukan pendosa. Dan 4 saksi itu mesti melihat
perbuatan itu dengan mata kepala mereka, detail. Bukan bayang, bukan di
paparan screen.Kenapa Allah tetapkan tuduhan zina dengan syarat yang ultra ketat?
Kerana Allah tahu, perangai manusia sekiranya hasad terhadap manusia yang lain, mereka tidak bunuh orang itu. Jika bunuh, tamat riwayat habis cerita. Tak best. Tidak ada nikmat menyeksa hidup orang.
Sebaliknya perangai manusia yang jahat apabila hasad terhadap manusia lain, mereka akan cipta konspirasi skandal seks. Supaya mangsa hidup dalam keadaaan hina dan tidak mampu bangun kembali menikmati hidup yang bermaruah. Kiranya dia mati dalam keadaan hidup.
Maka si jahat akan puas hati melihat mangsanya hidup dalam keadaan sedemikian. Mereka cukup puas hati.
Oleh kerana itu Allah menetapkan syarat pertuduhan zina yang terlalu ketat. Demi menyelamatkan manusia dari mangsa konspirasi skandal seks si jahat yang berusaha membunuh maruah mereka.
Ya Allah, selesaikanlah UMNO!
credit fb: Abdul Mu'izz Muhammad
Nota: Hantar artikel jangan lupa letak tajuk - Juragan"
Pang Chaw, Kumutha antara calon bukan Islam tanding guna tiket Pas
13 April 2013
PRU13
Pang Chaw akan bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam manakala Kumutha pula di kerusi Dun Tiram, kata laporan Star Online hari ini.
Menurut laporan itu, Pas akan bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 30 kerusi Dun di Johor.
Calon-calon bertanding diumumkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini.
Ini kali pertama dalam sejarah Pas, calon bukan Islam akan bertanding menggunakan lambang parti itu.
Dewan Himpunan Penyokong Pas dinaikkan taraf sebagai sayap sah Pas tiga tahun lalu.
Jurutera, pegawai bank antara calon PAS Sabah
| Harakahdaily, | 13 Apr 2013 |
Pengisytiharan calon dibuat oleh Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada majlis jamuan rakyat di perkarangan pejabat PAS Kawasan Kalabakan.
"PAS menawarkan kepimpinan jujur, amanah dan adil kearah menjadikan Sabah sebuah negeri yang maju dan moden seiring dengan negeri-negeri yang maju di semenanjung Malaysia," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Berikut merupakan calon-calon di peringkat Parlimen dan Dun Sabah:
P.185 Batu Sapi
Hamzah Abdullah
• Timbalan Pesuruhjaya PAS
• Lulusan BA (Hons) Middlesex University, United Kingdom
• Bekas Pemimpin Kemajuan Rakyat Sekong
• Bekas Ketua Kesatuan Pelajar Sabah di United Kingdom
P.191 Kalabakan
Usman Madeaming
• Lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
• Ketua Pemuda PAS Kawasan Kalabakan
• Mantan Naib Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Sabah (Permis) UKM
N.3 Pitas
Dausieh Queck
• Setiausaha NGO Salimah Teras Sabah
• Lulusan Diploma Pentadbiran dan Perniagaan Kolej PTPL
• Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Dusun Tambanuo Sabah
N.6 Tempasuk
Awang Laiman Ikin
• Setiausaha PPerhubungan PAS Negeri Sabah
• Mantan Naib Presiden Persatuan Anak Yatim Kebangsaan (Peyatim)
• Lulusan Usuluddin Universiti Al-Azhar Mesir
• Mantan Naib Presiden Persatuan Iranun Sabah (Pagisa)
N.17 Tanjong Aru
Hamid Ismail
• Peguam di Hamid & CO
• Lulusan Ijazah Undang-undang Universiti ISlam Antarabangsa (UIA)
• Diploma Pengajian ISlam, Universiti Malaya Sabah
N.48 Sukau
Ahdah Sulaiman
• Tokoh Pembela Isu Tanah di Kinabatangan
• Lulusan Diploma Pentadbiran dan Perniagaan
• Mantan AJK Umno Bahagian Kinabatangan
N.51 Kunak
• Mantan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis) Borneo
• Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS)
• Setiausaha PAS Kawasan Silam
N.54 Bugaya
Hasai Tudai
• Jurutera kanan di Ikramtic System Sdn Bhd
• Lulusan Bacelor Sains (Hons) Kejuruteraaan Mechanical Universiti Teknologi Mara (UiTM)
N.58 Merotai
Ahmad Dullah
• Mantan Penolong Pengurus Cawangan Bank
• Lulusan Bacelor Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM)
• Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah
• Mantan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
N.59 Tanjong Batu
Fatmawaty Mohd Yusuf
• Pengerusi Ameerah Sabah
• Lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia Universiti malaysia Sabah
• Bendahari PAS Kawasan Kalabakan
N.60 Sebatik
Daud Jalaluddin
• Pengerusi Persatuan Bajau Tawau
• Lulusan Ijazah Pemasaran, Indiana Institute Of Technology
• Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau
Politik murahan: Ikrar integriti hanya retorik
| Harakahdaily, | 13 Apr 2013 |
Badan pemikir itu berpandangan, kegagalan kerajaan menghentikan politik murahan ini membuktikan tandatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Ikrar Integriti Pilihanraya hanyalah sebuah retorik di samping menghina konsep pilihan raya bebas dan adil.
"KPRU berpendapat serangan peribadi ini merupakan amalan politik murahan yang tidak wajar mendapat tempat di sebuah masyarakat bertamadun seperti Malaysia.
"Malangnya, politik murahan dijangka ini akan berlangsung sehingga selesainya Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) kerana kebencian BN terhadap Pakatan Rakyat tidak mengenal erti moral atau batasan.
"Sebagai sebuah parti politik yang melaungkan semangat patriotik, perpaduan dan kematangan, tindakan serangan peribadi mencerminkan semangat kebencian dan tidak matang yang bertentangan dengan apa yang dilaungkan oleh BN," kata KPRU dalam satu kenyataan.
Menurut KPRU, serangan peribadi telah dilancarkan ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan antaranya ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, calon kerusi Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hingga ke bekas Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, calon kerusi Parlimen Pandan Rafizi Ramli, calon kerusi Parlimen Batu Tian Chua, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan yang terbaru ke atas Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali.
Tegas KPRU juga, rakyat Malaysia sudah meluat dengan politik murahan yang tidak membawa sebarang faedah kepada mana-mana pihak dan tidak membawa sebarang kesan positif kepada ekonomi atau politik negara.
"Ia hanya akan memakan diri BN, menambah kebencian rakyat kepada BN dan mencemari reputasi dan maruah pemimpin Pakatan Rakyat.
"Ia hanya mencerminkan obsesi Malaysia dengan politik murahan terutamanya politik seks di mata dunia. Dalam kata asas, ia merupakan sejenis tingkah laku yang memalukan nama Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai bahan ketawa komuniti antarabangsa," katanya.
Mahfuz: ‘Saya bukan calon MB’
13 April 2013
Mahfuz Omar
Sambil menggeleng-geleng kepala, Mahfuz berkata, beliau tidak pernah diminta oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding kerusi negeri.
“Isteri saya pun satu saja, takkan saya nak bertanding dua kerusi,” ujarnya berseloroh ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, di sini.
Menurutnya, beliau tidak pernah ambil ‘pusing’ mengenai cakap-cakap seperti itu kerana tumpuannya hanya untuk mengekalkan kerusi Parlimen Pokok Sena di bawah penguasaan Pas.
“Saya tak pernah tahu siapa calon menteri besar, atau sama ada menteri besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) perlu ditukar. Saya yakin kita akan kekal berkuasa di Kedah dan berjaya ambil alih Putrajaya,” katanya.
Mahfuz antara lima pemimpin kanan yang diputuskan Pas dalam mesyuarat parti itu Selasa lalu untuk mempertahankan kerusi yang disandang, dijangka akan berhadapan dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail, juga anak jati kawasan itu.
Ditanya mengenai calon ‘heavyweight’ yang akan dihadapinya, pemimpin Pas yang berasal dari Titi Gajah itu berkata: “Ini pertandingan biasa, sesama adik beradik. Kita berlawan dalam politik bukan untuk bermusuh.”
Haron Din nafi tinggal Pas, tanding di Arau
13 April 2013
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din
Haron yang kecewa dengan khabar angin itu, berkata beliau masih tetap bersama perjuangan Pas.
Beliau yang bakal bertanding kerusi Parlimen Arau, di Perlis atas tiket Pas pada pilihan raya umum ke-13 ini menyifatkan khabar angin itu sebagai fitnah untuk melemahkan parti itu.
Haron berkata demikian semasa berceramah di Kampung Long Boh, Tambun Tulang di sini. - Bernama
Ahmad Bashah tidak tercalon?
13 April 2013
Ahmad Bashah Md Hanipah
Namun, spekulasi berhubung perkara itu bertambah rumit selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai calon berwibawa dan berdedikasi yang akan bertanding di beberapa kerusi Parlimen Kedah nanti.
Keputusan dan tindakan Anwar itu juga dikatakan menyebabkan BN Kedah terpaksa berbincang dan merombak semula senarai pencalonan yang dibuat sebelum ini, bagi memastikan calon-calon yang dipilih BN mampu menewaskan calon Pakatan Rakyat (PR).
Bagaimanapun, BN dijangka akan memperlihatkan keseimbangan antara calon baru dan lama dengan memberi tumpuan kepada calon boleh menang.
Sungguhpun begitu, terdapat juga khabar angin yang mengatakan kemungkinan besar penyandang Dun Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah tidak tersenarai dalam calon yang akan bertanding pada PRU13.
Dakwaan itu sekali gus menimbulkan tanda tanya, kenapa beliau tidak dicalonkan semula dan siapa calon yang bakal bertanding di kerusi tersebut menentang calon PR.
Ramai yang menjadi ahli nujum sejak pembubaran Dun dan Parlimen, baru-baru ini, juga tidak dapat menemui jawapan itu, sebaliknya hanya menunggu keputusan pucuk pimpinan parti berkenaan untuk diumumkan.
Dalam pada itu, terdapat juga desas-desus mengatakan Ahmad Bashah mungkin bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Kedah pada PRU13, sekiranya beliau tidak dicalonkan semula di Dun Bakar Bata atau mana-mana Dun di Kedah.
Terdapat juga khabar angin mengatakan beliau, yang juga Pengerusi BN Kedah akan mempertahankan kerusi Dun Bakar Bata pada PRU13.
Menurut sumber dalaman Umno, spekulasi yang tersebar luas ini hanyalah cerita kosong dan tidak benar sama sekali.
“Cerita itu sengaja dibuat. Kita tahu siapa yang menjaja cerita ini ke sana ke sini. Tapi, khabar angin itu tidak benar,” katanya, semalam.
Katanya, Ahmad Bashah juga akan cuba mempertahankan kerusi Dun Bakar Bata yang disandangnya pada PRU12 lalu daripada dirampas pihak lawan.
“Apa yang kita tahu, Ahmad Bashah sudah sah tanding semula di Dun Bakar Bata,” katanya.
Kenyataan itu bagaimanapun, menamatkan spekulasi yang timbul, sekali gus mengesahkan Ahmad Bashah akan dicalonkan semula di Dun Bakar Bata pada PRU13.
Terdahulu, Ahmad Bashah pada sidang media merasmikan pelancaran gelombang biru Wanita BN peringkat Parlimen Alor Setar, baru-baru ini, enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.
“Itu terpulang kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak. Kalau saya diberi kepercayaan, maka saya kekal lah di situ,” katanya.
Rumah ditembak bertalu-talu
13 April 2013
Polis mengawal sekitar rumah ahli perniagaan di Jalan Serindik, Temerloh ketika siasatan dijalankan pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu, dua lelaki memberhentikan motosikal di hadapan rumah mangsa tanpa mematikan enjin lalu melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai sebuah daripada tiga kereta milik mangsa.
Tembakan rambang itu turut mengenai tiang batu dan pintu pagar besi rumah banglo dua tingkat tersebut.
Seorang saksi enggan dikenali berkata, semasa kejadian, dia baru selesai menonton perlawanan bola sepak di televisyen bersama rakan di dalam kedai makan miliknya.
Menurutnya, ketika perlawanan hampir tamat, rakannya pulang dan dia bersiap-siap mengemas bahagian hadapan kedai.
“Ketika itu televisyen masih terpasang, saya nampak dua lelaki bermotosikal berhenti di hadapan rumah mangsa dan melepaskan beberapa das tembakan.
“Kedua-dua lelaki itu kemudian menunggang semula motosikal dan dalam keadaan selamba berlalu tanpa tergesa-gesa,” katanya.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian ke lokasi kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam mendapati, pasukan polis melakukan siasatan menyeluruh di tempat kejadian.
Turut kelihatan, Ketua Polis Daerah Temerloh, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh dan pegawai bahagian siasatan jenayah daerah.
Abdul Aziz enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan dan memaklumkan kepada beberapa petugas media, satu sidang akhbar berkaitan kejadian akan dibuat dalam tempoh terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan