Sabtu, 13 April 2013

INSYAALLAH....ALLAH AKAN MEMBERI PERTOLONGAN....BERJUANGLAH SEMATA2 KERANA ALLAH...BAKAL2 CALON KENA 'MESRA ALAM' PADA RAKYAT SAMPAI BILA2...JANGAN BERLAGAK SAKAN...ATAU HIDUNG TINGGI...HIDUNG TINGGI AKHIRNYA MAMPUS JUGA

R. Kumutha Raman, bukan Islam bertanding atas tiketdan Lambang PAS
Posted on Saturday, April 13 @ 16:26:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh FS



Ketua wanita Himpunan Penyokong PAS, R. Kumutha Raman merupakan antara calon bukan Melayu akan bertanding menggunakan tiket Pas di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU).

Kumutha akan bertanding di kerusi Dun Tiram. Menurut laporan itu, Pas akan bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 30 kerusi Dun di Johor.

Calon-calon bertanding diumumkan oleh Mursyidul Am Pas,  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini kali pertama dalam sejarah Pas, calon bukan Islam akan bertanding menggunakan lambang parti itu. Dewan Himpunan Penyokong Pas dinaikkan taraf sebagai sayap sah Pas tiga tahun lalu. 


 Ulamak yang dipeluk oleh Muhyidin Yasim
Posted on Saturday, April 13 @ 13:22:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh ALBA



Rakaman Video ucapan Abdullah Saamah (Doloh Saamah/ Lah Saamoh) sempena kunjungan bekas anak murid beliau, Syed Ahmad Faiz (yang juga popular berceramah di pentas Umno & Youtube)

Paparan lebih jelas




 Sah Ahmad Bashah digugur: UMNO Kedah bergolak
Posted on Saturday, April 13 @ 14:18:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh WTKO

Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, Pengurusi BN Kedah tidak tersenarai dalam calon yang akan bertanding pada PRU13 menurut sumber terdekat UMNO.

Menurut sumber itu lagi, Ahmad Bashah sepatutnya bertanding mempertahankan Dun Bakar Bata kerana dia lebih rapat dengan penduduk di situ, tapi oleh kerana Datuk Mukhriz Mahathir telah dijanjikan Najib kepada Tun Mahathir untuk dilantik menjadi MB jika BN boleh rampas semula Kedah maka terpaksa Najib menyingkirkan Ahmad Bashah.


Dalam mesyuarat lalu ada menyebut bahawa jika sekiranya mahu menyingkir Pengerusi BN Kedah ini, UMNO mesti berikan sesuatu yang sepadan dengannya.

Atas itu ada cadangan untuk memberikan Ahmad Bashah bertanding atas tiket parlimen. Tapi malangnya nama Ahmad Bashah tercicir kerana sudah ada banyak calon-calon muka baru untuk Parlimen seperti kehendak Najib bagi melawan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh tokoh-tokoh muda dan berwibawa.



Menurut sumber, BN harus meletakkan calon berwibawa setelah melihat pengumuman demi pengumuman calon oleh pihak Pakatan Rakyat.

Penguguran Ahmad Bashah dikaitan dengan satu kajian saintis politik Universiti Kebangsaan Malaysia oleh Prof Madya Samsu Adabi Mamat. (Kajian pada Januari hingga Mac 2012)

Dalam kajian Prof. Samsu mendapati daripada maklum balas yang diterima menunjukkan pengundi muda dan atas pagar mahukan Mukhriz Mahathir.

Menurut Samsu lagi, sentimen umum di Kedah ialah pengundi atas pagar di Kedah, sekitar 25 hingga 30 peratus jumlah pengundi menghargai ketokohan Mukhriz.

Sekarang ini UMNO Kedah pecah dua antara penyokong Bashah dan Mukhriz. Daripada sumber terdekat jika hari penamaan calon Ahmad Bashah tak diumumkan juga pengikut Ahmad Bashah akan memastikan Mukhriz Mahathir akan kalah dalam PRU13 nanti!!


 Semangat Rakyat Mau Melakukan Perubahan Sudah Tidak Dapat Dibendung Lagi Oleh UM
Posted on Thursday, April 11 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Omak Kau!!!



Pergh!!!! Cukup mengkagumkan sehingga Omak kau terpesona sungguh melihat bagaimana rakyat Seremban betul-betul bertekad muktamad mau melakukan perubahan pada PRU 13 nanti.

Inilah pemandangan di Ceramah Ubah DAP di Taman AST, Bukit Kepayang, Seremban malam tadi.

Hujan turun dengan lebatnya sebelum ceramah dimulakan namun tiada seorang pun berganjak dari tempat duduk maupun yang berdiri. Sanggup berpayung dalam kesejukkan untuk menanti ceramah dimulakan.

Begitu sekali tingginya semangat dan iltizam yang dipamirkan oleh mereka.. Petanda betapa rakyat kini sudah bersedia habis mau melakukan perubahan.. Mengangkat Pakatan Rakyat menjadi pemerintah dan UMNO/BN sebagai pembangkang.

Segala propaganda murahan dan fitnah lucah yang dilemparkan keatas para pemimpin PR langsung tidak memberi kesan dan impak. Rakyat sudah bulatkan jiwa dan fikirannya mau perubahan dilakukan demi masa depan anak cucu cicit mereka.

Sumber: omakkau.blogspot.com



 Selepas Video, Dua lagi Propaganda BN@UMNO untuk lemahkan PAS dipatahkan
Posted on Saturday, April 13 @ 12:23:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh WTKO (Wartawan TKO)



UMNO@BN tidak akan memberikan ruang kepada Pakatan Rakyat membuat penerangan secara jelas kepada rakyat tentang hasrat dan cita-citanya apabila diberikan kesempatan memerintah Malaysia. PR dan tenaga geraknya akan disibukkan dengan isu-isu yang 'tak terfokus'. Akhirnya media PR sekadar menghabiskan masa menjawab serangan saraf daripada UMNO@BN.

Selepas video seks Mustafa Ali, satu lagi saraf ialah Mustafa Ali meletak jawatan. Ini juga adalah strategi melemahkan PAS kerana Cikgu Pa adalah salah satu tenaga utama dalam sebarang perbincangan dalam Pakatan Rakyat. Orang yang bertanggungjawab memutuskan banyak perkara bagi pihak PAS.

Soal kita suka atau tak suka kepada Cikgu Pa, itu soal lain, kita terima hakikat bahawa Cikgu Pa adalah wakil kita. Jangan kita menambah 'koyak rabak' pada wakil kita sedangkan wakil ini akan berhadapan dengan musuh utama kita UMNO@BN. Bodohkan kalau kita hantar pimpinan yang koyak rabok untuk berhadapan dengan musuh. Apasalahnya kita bicara isu ini selepas PRU13.

Dalam politik PAS Cikgu Pa dan Tuan Guru Nik Aziz adalah 2 orang tokoh PAS yang paling  awal menjadi calon yang masih ada dan kemungkinan TGNA adalah orang yang bertanding paling banyak kerana Cikgu Pa 'kemungkinan' tak bertanding pada PRU13 ini. Kedua-dua tokoh ini tidak dapat ditolak adalah orang yang paling mahir dalam permainan pilitik musuh UMNO@BN.

Bernama menyiarkan berita penafian berita ini.

Mustafa nafi letak jawatan SUA PAS

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanahair.
Ketika berucap di satu majlis di markas PAS Kampung Molek di Dungun malam ini, beliau berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.

"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya.

Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan video seks terbaru yang didakwa melibatkan pemimpin kanan parti itu.

"Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai setiausaha agung kerana isu video ini.
"Saya hidup lagi ni, (masih) setiausaha agung PAS lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar," katanya.

Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai, sebaliknya berkata "sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen."

Selepas itu, Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar.

Dr Haron Din Tinggalkan PAS
Saraf kedua ialah Prof. Dr Haron Din dikatakan keluar daripada PAS. Dr Haron Din antara yang dilihat mempunyai pandangan yang berbeza dalam banyak hal didalam PAS, walau bagaimanapun Dr Haron Din adalah orang yang taat kepada kepimpinan. Perbezaan pandangan dan pendekatan adalah perkara biasa dan ini membuatkan PAS menjadi unik.

TKO juga mempunyai pandangan yang berbeza dan banyak kali dilihat mengkritik PAS tetapi tidak sampai TKO lari daripada matlamat sebenar penubuhannya. Ini terbukti TKO boleh bertahan 14 tahun mempertahankan PAS sedangkan TKO pernah dalam suatu masa dulu di forumnya membahaskan untuk menukar Presiden PAS.

Keunikan ini adalah hikmah yang besar kalau dijaga dengan taat dan siqah, tetapi jika bibik-bibik perpecahan dimasukkan melalui propaganda musuh mungkin ada pengikut terpengaruh dan akhirnya PAS akan kucar kacir akibat daripada hati yang tak mulia.

Oleh itu jangan terlalu mudah mempercayai berita daripada musuh terutama UMNO@BN. Berhati-hati dan rujuk kepada kepimpinan. Kalau belum ada apa-apa penjelasan, sabar dan tunggu sihingga kenyataan keluar. Jangan terlalu ghairah menjadi juara mengulas dan membuat andaian.

Al Hamdulillah Tuan Guru Haji Abdul Hadi menafikan berita tentang Dr Haron Din dan semalam semasa berceramah di Kampung Long Boh, Tambun Tulang Dr Haron Din membuat kenyataan penafian.

Timbalan Mursyidul Am PAS itu, kecewa dengan khabar angin tersebut, berkata beliau masih tetap bersama perjuangan PAS. Beliau yang bakal bertanding kerusi Parlimen Arau, di Perlis atas tiket PAS pada pilihan raya umum ke-13 ini menyifatkan khabar angin itu sebagai fitnah untuk melemahkan parti itu.

Peranan Blogger & Facebooker


Sepatutnya sekarang, seperti sebelum ini blogger dan facebooker menyerang dengan fakta dan maklumat agar pembaca jelas bagaimana negara kita sedang diambang kemusnahan akibat pentadbiran akus UMNO@BN yang lemah.

Fakta dan maklumat ini menjadikan musuh kelam kabut dan rakyat mendapat kesedaran yang tinggi. Tapi malangnya jika blogger dan facebooker menghabiskan masa dengan isu-isu 'tak terfokus' bukan isu negara untuk dijawab, kita akan kekurangan masa membuatkan musuh lena dan selesa kerana dakyah mereka mengaburi isu sebenar yang melanda rakyat.

PRU13 adalah kesempatan terakhir kita, jangan kita terlepas, nanti kita menyesal. Sukar untuk mendapatkan peluang seperti ini lagi...

Teruskan keraja sebelum ini dan berikan fokus kepada fakta kenapa UMNO@BN perlu dihumbam dalam PRU13 nanti!!!



Najib Razak lagi hebat sex dan bunuh, kalau nak main isu lucah dan sex.
Posted on Saturday, April 13 @ 11:35:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: mohdnoorawang

"

Malaysia kilang filem dan vcd lucah dalam dua perdana menteri ( Mahathir dan Najib Razak). Terbaru isu vcd lucah pemimpin PAS Dato' Mustafa Ali @ Cikgu Pa pula tersebar. 
Fitnah dan lucah atau sex makanan ruji menjadi modas operandi dikalangan parti politik di Malaysia, terutama parti UMNO atau BN.


Jawapan Cikgu Pa dan jawapan Tuan Guru Dato Sri Haji Hadi Awang tepat dan jitu. Pehak PAS menafikan vcd tersebut.
Gambar vcd tersebut kabur dan tidakterang. Jika benar berlaku mengapa tidak ditangkap oleh pehak yang berkuasa dan gambarnya sebagai bahan bukti. Disini nampak SANGAT amat BODOH TINDAKKANNYA.
Tujuan utama kumpulan yang mereka vcd tersebut hanya mahu wang dan upah yang lumayan. Kedua UMNO/BN sudah tidak sihat akalnya dan penyakit gila tahad kroni.
Penyakit Gila yang ada pada pemimpin UMNO dan penyokong UMNO yang terlibat dengan mereka fitnah sex dan mengeluarkan vcd lucah tidak ada penawarnya.
Malangnya ada pemimpin UMNO dan BN yang betul betul terlibat dengan sex terlarang tidak diambil tindakkan oleh pehak berkuasa. *****uh terbaik isu sex terlarang Najib Razak dengan wanita Mongalia sehingga membawa pembunuhan yang trajis.
Ianya cukup bukti untuk mengheret Najib Razak untuk dibicara mahkamah Syariah dan mahkamah sivil untuk diadili. Mengapa pehak berkuasa tidak berani bertindak?.
Hentikan fitnah sex terhadap pemimpin Melayu. Jika benar terjadi tangkap dan diadilinya secara terbuka.
ABCD
ASAL BUKAN CALUN DACING.

 ABCD: Asal Bukan Calon Dacing
Posted on Saturday, April 13 @ 11:26:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: mohdnoorawang

"Ayuh kita semarakan semua kaum keluarga, sahabat handai dan masyarakat Malaysia amnya bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 dengan satu tekad dan tujuan menunbangkan regim Najib -Mahathir-Muhyiddin Yassin dan Barisan Nasional/umno tumbang dan tersungkur .

Sepanjang hari tempuh berkempen sehingga hari mengundi 5/5/2013 kita bekempen dan berkerja untuk pakatan rakyat dalam semua aspek dan bidang serta hulur wang ringgit kepada tabung pilihanraya dan markas markas pakatan rakyat sekitar kampong dan desa. Dalam waktu yang sama kami mengharap semua pemimpin pakatan rakyat bersatu dan berhati hati dengan wartawan UMNO/BN ,hindarkan dari provokasi wartawan BN/UMNO. Mungkian ada sedikit pergeseran atau kesilapan teknik dari segi calun dan kawasan yang bakal bertanding antara calul pakatan rakyat tidaklah perlu diwar-warkan dengan wartawan atau media BN/UMNO.

Ayuh kita serahkan kepada pemimpin tertinggi parti pakatan rakyat agar isu dan kemelut calun dan penempatan diselesaikan dengan berhemah dan bijak. Tak perlu diwar-warkan dengan tv atau medai jahat BN/UMNO. Tak kira saiap calun dan dimana bertanding yang utama ialah ABCD, "ASALKAN BUKAN CALUN DACING".

Tumpuan kita mahu menjatuhkan regim BN/UMNO yang rasuah dan khianat pada bangsa, tanahair dan ugama Islam. Kita cukup risau apa yang diaparkan dalam media tv BN/UMNO dalam waktu waktu kecemasan. Jangan dijadiakan isu calun dan penempatan halangan untuk berkerja dan berjuang dalam tempuh yang cukup singkap. Apa-apa isu dan kes atau apa jua maslahat rujuklah kepada pemimpin tertinggi parti.

Dan pemimpin tertimngginparti dalam pakatan rakyat diharap mendengar pandangan dan rintihan setiap yang diusulkan. AYUH KITA MAJUKAN ABCD (ASALKAN BUKAN CALUN DACING) KAIT UNDI SIAPA SAHAJA CALUN DUN/PARLIMEN DARIPDA PAKATAN RAKYAT. Jika kita gagal meruntuhkan benteng sial BN/UMNO PRU13, maka sudah tertutup peluang yang sedia ada. Dan lagi jahat dan lagi kuat rasuah pemimpin BN/UMNO. "


 Siapa yang kianati melayu, PAS atau UMNO?
Posted on Saturday, April 13 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,.

Menjelang PRU 13, timbul satu dakwaan dari UMNO untuk melayu yang mengatakan PAS kianati melayu. Ianya merupakan satu bahan kempen demi memenangi hati pengundi melayu khususnya di Terengganu yang majoriti pengundinya melayu.

Saya tidak faham apakah tujuan UMNO berkempen cara ini sedangkan tawaran untuk memakmurkan negara tidak langsung dibangkitkan, harga minyak yang terlalu mahal, pijaman pendidikan yang membebankan, kemudahan kesihatan yang teruk tidak langsung disentuh, sebaliknya mencanangkan PAS kuda tunggangan DAP dan PAS kianati melayu.

Saya tidak mahu menyentuh mengenai dakwaan PAS kuda tunggangan DAP kerana suasana di Terengganu yang tidak pernah menyaksikan aksi DAP tetapi akan fokus kepada PAS kianati melayu kerana yang sebenarnya, sejak lebih 50 tahun lalu, bukti yang dapat dilihat ialah UMNO yang sebenarnya kianati melayu.

Saya masih ingat ketika di sekolah menengah dulu dan masih belum layak mengundi, PAS keluar dari BN dan ketika itu PAS berada dalam keadaan yang amat dhoif sekali. Ketika PRU pertama selepas PAS keluar BN(tahunnya lupa), PAS cukup cukup kesian. Kalau di Kemaman tempat saya membesar dan belajar apa erti politik yang melibatkan parti melayu yang bernama UMNO, suasana ketika berkempen amat menyedihkan. Di kampung saya ketika itu cuma ada satu markaz PAS dan petugasnya cuma seorang, itupun rakan sekolah saya yang masih belum layak mengundi. Poster PAS bertimbun kerana tiada siapa yang sudi untuk menampalnya sementara yang ada cuma beberapa orang warga emas yang sudah tidak larat bekerja.

Sementara calon Parlimennya yang saya masih ingat ialah Pak Subky Latif yang datang dari jauh untuk bertanding di Kemaman. Bayangkan betapa susahnya PAS ketika itu tetapi apa pula tindakan UMNO?UMNO tahu PAS juga adalah parti melayu kerana umumnya orang Islam di Malaysia adalah melayu. Saya cuma merujuk kepada keadaan di Kemaman ketika itu yang sudah menunjukkan tanda tanda pengkianatan melayu oleh UMNO.

JKK mereka merupakan orang yang paling berkuasa ketika itu. Apa saja maklumat JKK akan menjadi undang undang. Kalau JKK meng"cop" seseorang itu sebagi pembangkang, maka semua hak warga negara akan gugur. Saya masih ingat seorang kawan yang setelah beberapa tahun selepas PRU pertama itu, diterima bekerja di pejabat daerah Kemaman, tetapi kemudiannya datang JKK yang paling berkuasa di kampung mendakwa dbeliau anak penyokong PAS tegar dan tidak layak diterima bekerja di jabatan kerajaan. Akhirnya rakan yang malang ini diberhentikan kerja dan sehingga hari ini beliau mengikut suaminya berniaga di Pasar Malam.

Aksi JKK yang menjadi bukti jelas pengkianatan melayu oleh UMNO. Siapa jua yang membangkang kerajaan akan digugurkan dari segala kemudahan yang disediakan kerajaan walaupun dalam mengutip cukai tiada pengecualian diberikan. Sebenarnya perkara inilah yang menyebabkan antara sebab kenapa saya tidak pernah menyokong UMNO, kerana pada saya, merekalah pengkianat melayu sebenarnya.

Itu tidak termasuk kontraktor melayu yang bekerja untuk UMNO untuk menindas melayu. Dalam seramai senarai kontraktor yang ada di bumi Kemaman ini, berapa ramai yang tidak menyokong UMNO?sebut saja mana mana kontrak kerajaan, berapa banyak komisyen yang mesti masuk ke tabung UMNO? Dan dalam kontrak itu, boleh dilihat dengan jelas kelemahan binaan yang berpunca dari komisyen yang terpaksa dibayar kontraktor kepada UMNO.

Saya menegaskan UMNOlah sebenarnya pengkinat melayu sejak dulu lagi. Hari ini pengkiantan UMNO menjadi semakin besar dan jelas. UMNO berupaya menjadikan seseorang yang disukai mereka sebagai usahawan jadian, jutawan jadian tanpa segan dan silu kepada melayu yang menjadi majoriti di Terangganu.

Kalau di Kemaman nama seperti Haji Dol cukup terkenal sekarang sebagai usahawan jadian UMNO. Bukan setakat itu, UMNO menerusi pemimpin atasannya, turut menjadikan seorang berbangsa Cina dan pernah menjadi pesalah PCO, sebagai jutawan jadiannya. Nama AGU yang pernah disebut oleh TV 3 seketika kemelut perlantikan MB dulu(kalau tak silap), kini sudah menjadi orang penting dalam mengaut harta rakyat yang sebahagiannya disumbangkan kepada UMNO.

Di MPK pula ada nama seorang kontraktor Cina yang menentukan mana mana projek yang mesti dilaksanakan MPK, sedang MPK sibuk mencabut bendera PAS di atas jambatan Geliga dan di mana mana bahagian bandar yang menyakitkan mata pemimpion UMNO.

Apakah erti semuanya ini? Ertinya inilah pengkianat melayu sebenarnya, yang menyebabkan rakyat berbangsa melayu hidup susah dan melarat bukannya PAS, malah PAS meninggalkan dua jasa besar kepada rakyat Terengganu setelah menyerahkan kerajaan kepada UMNO pada tahun 2004, ia itu menghapuskan tol di jambatan Sultan Mahmud dan mengharamkan judi empat ekor dan spot toto yang kekal sehingga hari ini.

Mana mungkin PAS yang sudah menyelamatkan ribuan malah mungkin jutaan wang rakyat melayu dikatakan pengkianat melayu?Waraslah wahai pengundi Terengganu! "



MB Khalid calon kerusi DUN Pelabuhan Klang
4:59PM Apr 13 2013
Menteri Besar sementara Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah dipilih oleh kepimpinan PKR untuk bertanding kerusi DUN Pelabuhan Klang.

azlanMengumumkannya di Twitter hari ini, penyandang kerusi DUN
Ijok itu berkata beliau berminat untuk berpindah ke Pelabuhan Klang, tetapi ia bergantung kepada sama ada penduduk tempatan boleh menerimanya di sana.

Katanya, kepimpinan PKR berharap calon heavyweight boleh memenangi keyakinan pengundi dan beliau telah diberi tanggungjawab untuk bertanding di sana.

Menurut Khalid, beliau akan menemui penyokong di Pelabuhan Klang esok dan jika mereka menyokong beliau bertanding di sana, beliau akan berusaha untuk mendapat kemenangan lebih besar untuk Pakatan Rakyat.

Bagi kerusi Ijok yang disandangnya sekarang, Khalid mencadangkan Idris Ahmad - seorang aktivis reformasi dan anak tempatan - diletak bertanding di situ.

Khalid berharap penyokong Ijok akan terus menyokong calon yang dipilih oleh kepimpinan dan beliau mengucapkan terima kasih atas segala sokongan dan bantuan mereka kepadanya.

Khalid, yang juga akan mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak berkata, Pakatan telah membuat kesilapan dalam pilihan raya umum lalu dengan memilih seseorang untuk bertanding kerusi Pelabuhan Klang tetapi akhirnya berpaling tadah.

Sehubungan itu, katanya, beliau mahu menebus kesilapan Pakatan dengan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengundi Pelabuhan Klang.

PAS Johor umum calon, tanding 8 Parlimen 30 Dun

Harakahdaily, Foto Nusajayakini, 13 Apr 2013
JOHOR BAHRU: PAS hari ini mengumumkan akan bertanding di lapan parlimen dan 30 Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri Johor.

Parlimen-parlimen tersebut adalah Ayer Hitam, Pagoh, Parit Sulong, Kota Tinggi, Pulai, Simpang Renggam, Tenggara dan Mersing.

Pengumuman itu dibuat oleh Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di sini hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Jadi dengan rasminya saya mengumumkan bahawa PAS akan bertanding 8 kerusi parlimen di Johor kali ini.

"Kita (PAS) telah banyak lakukan perubahan dan anjakan paradigma di Johor dan kita juga telah banyak menghasilkan produk-produk baru yang terbaik untuk kita tampilkan," jelas beliau.

Pada sidang media sama Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw diisytihar sebagai calon PAS bagi kerusi Ayer Hitam .

Pengisytiharan itu menjadikan beliau calon pertama dari DHPP yang diumum bertanding atas tiket PAS.

PAS sebelum ini membayangkan sekurang-kurangnya lima kerusi diperuntukkan untuk wakil DHPP bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

"Kalau dulu 2008, kita telah kemukakan Kumutha a/p Raman mewakili PAS, pada kali ini sekali lagi kita kemukakan calon (bukan melayu) iaitu daripada kaum Tionghua untuk mewakili PAS," jelas beliau lagi.

Turut diumumkan hari ini empat orang calon wanita yang akan bertanding di kerusi Dun.

Mereka adalah Norhayati Bacok di Dun Jorak, Normala Sudirman (Pemanis), Anis Afida (Penawar) dan Kumutha a/p Raman (Tiram).

Tiada ulasan: