PAS namakan calon pertama bukan Islam
Ketua
Kongres Penyokong PAS (PSC), Hu Pang Chow hari ini diumumkan sebagai
calon PAS bagi kerusi Ayer Hitam - dan merupakan orang bukan Islam yang
pertama pernah calon bertanding di bawah tiket parti Islam itu.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Johor Bahru pagi ini.Hu yang dijangka berdepan dengan Ketua Pemuda MCA, Datuk
Wee Ka Siong, adalah antara lapan calon PAS yang akan bertanding kerusi Parlimen di Johor.
Pada tahun 2008, PAS meletakkan calon bukan Islam Kumutha Rahman yang juga dari Kelab Penyokong PAS tetapi di bawah tiket PKR.
PAS telah meminda perlembagaan parti itu untuk menaikkan taraf kelab penyokong kepada sayap parti, sekaligus membolehkan ahli bukan Islam bertanding secara langsung di bawah tiket PAS.

Mustafa nafi letak jawatan SUA PAS
Setiausaha
Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga
sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena
politik tanahair.
Ketika berucap di satu majlis di markas PAS Kampung Molek di Dungun malam ini, beliau berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.
"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya.
Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.
Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan video seks terbaru yang didakwa melibatkan pemimpin kanan parti itu.
"Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai setiausaha agung kerana isu video ini.
"Saya hidup lagi ni, (masih) setiausaha agung PAS lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar," katanya.
Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai, sebaliknya berkata "sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen."
Selepas itu, Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar.
- Bernama

PRU13: Pemimpin bahagian mahu Rais, Lilah kekal
Pemimpin
Umno bahagian Jelebu, Negeri Sembilan menyerah kepada pucuk pimpinan
parti untuk menentukan calon kerusi itu dalam pilihan raya umum 5 Mei
ini, tetapi amat berharap agar dikekalkan penyandangnya Datuk Seri Rais
Yatim.
Setiausaha Umno bahagian Zaharuddin Meor Sameon berkata menteri itu sangat berpengalaman, personaliti dan kredibilitnya masih lagi diperlukan di bahagian tersebut.
Apatah lagi, katanya, Rais yang juga ketua bahagian itu mempunyai hubungan akrab dengan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di kawasan berkenaan.
"Kami bermesyuarat (bahagian) pada tahun lalu (untuk tentukan calon). Datuk Seri Rais mendapat sokongan sebulat suara oleh ahli jawatankuasa bahagian.
"Sokongan penuh kepadanya," kata Zaharuddin ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas khabar angin bahawa Rais yang juga ketua bahagian Jelebu digugurkan sebagai calon BN pada pilihan raya umum nanti.
Mengulas lanjut, Zaharuddin berkata dua lagi calon - Timbalan Ketua bahagian Jalaluddin Ali dan Naibnya Zainuddin Ismail - bagaimanapun mendapat sokongan sedikit rendah berbanding Rais.
Setiausaha itu berkata lagi bahagian telah menyerahkan senarai nama itu sebagai mengikut prosedur yang ditetapkan parti.
Dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, jika Rais terpilih menjadi calon, beliau bakal ditentang oleh Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah.
Sementara itu, hasrat yang sama turut disuarakan oleh kepimpinan bahagian Jempol sekalipun mereka sepakat menyokong siapa sahaja calon pilihan pucuk pimpinan parti.
Sungguhpun begitu, mereka juga berharap penyandangnya Datuk Lilah Yasin akan dikekalkan mempertahankan kerusi yang dimenanginya.
"Mengenai calon di Jempol, kami sudah muafakat, kami sokong siapa saya sahaja yang dicalonkan. Yang penting parti menang," kata Ketua Pemudanya, Mohd Nizam Aman.
Selain Lilah dan namanya disenaraikan sebagai calon Jempol, Nizam berkata pihaknya juga mencalonkan Ujang Sabri dan senarai itu diserahkan kepada pucuk kepimpinan parti.
"Besar kemungkinan Datuk Lilah Yasin dikekalkan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
Jika Lilah dicalonkan semula bertanding di kerusi itu, beliau bakal ditentang calon PAS, penyanyi lagu 'Janji Manismu', Aishah atau nama penuhnya, Wan Aishah Wan Ariffin.
Asmuni Awi, yang mengetuai firma Awi dan Co, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau baru sahaja dilantik oleh Mustafa untuk mewakilinya.
"Ini memang fitnah. Tidak ada orang buat kerja ini melainkan Umno.
"Pelanggan saya menafikannya. Video itu tiba-tiba sahaja muncul," kata Asmuni yang juga pengerusi Lajnah undang-undang PAS.
Asmuni (kiri) memberi amaran bahawa anak guamnya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pengeluar atau blogger yang memuat-naik imej tersebut.
"Kalau kita tahu prodesur siapa yang terbitkan video ini kita akan ambil tindakan," katanya.
Mustafa sementara itu mengeluarkan kenyataan satu perenggan mengatakan bahawa beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai isu yang diperkatakan itu.
"Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan," katanya dalam kenyataan satu perenggan yang disiarkan dalam akhbar web PAS Harakahdaily .
Setiausaha Umno bahagian Zaharuddin Meor Sameon berkata menteri itu sangat berpengalaman, personaliti dan kredibilitnya masih lagi diperlukan di bahagian tersebut.
Apatah lagi, katanya, Rais yang juga ketua bahagian itu mempunyai hubungan akrab dengan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di kawasan berkenaan.
"Kami bermesyuarat (bahagian) pada tahun lalu (untuk tentukan calon). Datuk Seri Rais mendapat sokongan sebulat suara oleh ahli jawatankuasa bahagian.
"Sokongan penuh kepadanya," kata Zaharuddin ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas khabar angin bahawa Rais yang juga ketua bahagian Jelebu digugurkan sebagai calon BN pada pilihan raya umum nanti.
Mengulas lanjut, Zaharuddin berkata dua lagi calon - Timbalan Ketua bahagian Jalaluddin Ali dan Naibnya Zainuddin Ismail - bagaimanapun mendapat sokongan sedikit rendah berbanding Rais.
Setiausaha itu berkata lagi bahagian telah menyerahkan senarai nama itu sebagai mengikut prosedur yang ditetapkan parti.
Dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, jika Rais terpilih menjadi calon, beliau bakal ditentang oleh Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah.
Sementara itu, hasrat yang sama turut disuarakan oleh kepimpinan bahagian Jempol sekalipun mereka sepakat menyokong siapa sahaja calon pilihan pucuk pimpinan parti.
Sungguhpun begitu, mereka juga berharap penyandangnya Datuk Lilah Yasin akan dikekalkan mempertahankan kerusi yang dimenanginya.
"Mengenai calon di Jempol, kami sudah muafakat, kami sokong siapa saya sahaja yang dicalonkan. Yang penting parti menang," kata Ketua Pemudanya, Mohd Nizam Aman.
Selain Lilah dan namanya disenaraikan sebagai calon Jempol, Nizam berkata pihaknya juga mencalonkan Ujang Sabri dan senarai itu diserahkan kepada pucuk kepimpinan parti.
"Besar kemungkinan Datuk Lilah Yasin dikekalkan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
Jika Lilah dicalonkan semula bertanding di kerusi itu, beliau bakal ditentang calon PAS, penyanyi lagu 'Janji Manismu', Aishah atau nama penuhnya, Wan Aishah Wan Ariffin.

Peguam Mustafa dakwa ia fitnah Umno
Seorang
peguam yang mewakili Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan
bahawa individu dalam video seks terbaru adalah anak guamnya.Asmuni Awi, yang mengetuai firma Awi dan Co, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau baru sahaja dilantik oleh Mustafa untuk mewakilinya.
"Ini memang fitnah. Tidak ada orang buat kerja ini melainkan Umno.
"Pelanggan saya menafikannya. Video itu tiba-tiba sahaja muncul," kata Asmuni yang juga pengerusi Lajnah undang-undang PAS.Asmuni (kiri) memberi amaran bahawa anak guamnya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pengeluar atau blogger yang memuat-naik imej tersebut.
"Kalau kita tahu prodesur siapa yang terbitkan video ini kita akan ambil tindakan," katanya.
Mustafa sementara itu mengeluarkan kenyataan satu perenggan mengatakan bahawa beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai isu yang diperkatakan itu.
"Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan," katanya dalam kenyataan satu perenggan yang disiarkan dalam akhbar web PAS Harakahdaily .

Najib dekati orang muda menerusi hiburan dan sukan
Menjelang
pilihan raya umum 5 Mei ini, Datuk Seri Najib Razak mengorak langkah
memikat sokongan golongan belia menerusi program hiburan dan penampilan
selebriti industri hiburan dan sukan tanah air.
Bertempat di Bukit Jalil petang tadi berlangsung satu program dinamakan 'Suara Generasiku' yang dianjurkan NGO Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia (GBG1M) dan menampilkan perdana menteri sementara itu sebagai tetamu kehormat.
Program itu membariskan selebriti tempatan sebagai penyeri majlis - di antaranya adalah One Nation Emcee (ONE), Adira AF, Black Mentor, Aqasha, Radhi OAG, pemain badminton Hafiz Hashim dan pelumba kereta Fairuz Fauzy.
Ketibaan
Najib sekitar jam 4 petang disambut dengan lagu 'Inilah Barisan Kita'
yang dinyanyikan dengan lantang oleh kira-kira 3,000 orang belia yang
memenuhi Dewan Seri Putera, Stadium Bukit Jalil.
Mereka turut memegang pemidang kecil bertulisan 'I Love BN' dan 'I Love PM' dan bersorak gembira sewaktu menyambut ketibaan Najib.
Menemani Najib petang tadi adalah isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta dua anaknya, Ashman dan Nooryana Najib.
Turut kelihatan adalah bakal menantu lelakinya dari Kazakhstan, Daniyar Nazarbayev yang memakai baju T putih bertulisan 'I Love My PM'.
Najib kemudian merasmikan program tersebut yang disifatkannya sebagai "platform bagi anak muda menyuarakan suara mereka dalam pembangunan politik, ekonomi, sosial, sukan, kesenian, dan hiburan".
Beliau turut mengambil peluang dengan berikrar untuk mendukung dan menunaikan harapan golongan muda sekiranya terus diundi dalam pilihan raya umum akan datang.
"Saya
sebagai ketua kerajaan menjanjikan bahawa segala harapan generasi muda
hari ini akan kita tunaikan sekiranya kita dapat mandat yang baru
daripada rakyat nanti," katanya.
Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video menjelaskan inisiatif 'Suara Generasiku' dan persembahan nyanyian dari selebriti-selebriti yang hadir.
Hadirin turut mengambil kesempatan bersalam dengan Najib dan isterinya sewaktu beliau bergerak meninggalkan majlis.
Sebahagian yang lain pula tidak melepaskan peluang bergambar dengan selebriti yang hadir.
Presiden GBG1M, Shahrul Nasrun Kamaruddin yang ditemui selepas majlis menjelaskan kehadiran selebriti industri hiburan tempatan itu bukan satu perakuan kepada kempen BN tetapi mereka adalah contoh teladan bagi menarik lebih ramai golongan muda untuk bersuara terus kepada kerajaan menerusi platform 'Suara Generasiku'.
Permohonan itu difailkan melalui peguamnya Ranjit Singh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.
Beliau menamakan ketua pengarah jabatan itu sebagai responden tunggal.
Beliau turut memohon ganti rugi, arahan bayaran kos dan relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Xenophon, anggota Senat daripada Australia Barat itu sebelum ini menjadi tumpuan berita kerana ditahan 15 jam sebelum dihantar balik ke negara asal sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) di Sepang pada 16 Februari.
Dalam dokumen sokongannya, Xenophon menyatakan, Jabatan Imigresen bertindak menyalahi undang-undang dan melebihi bidang kuasa dengan membuat keputusan tanpa mengambil kira penglibatannya dalam dialog nonpartisan dengan anggota Parlimen BN, Pakatan Rakyat dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Bertempat di Bukit Jalil petang tadi berlangsung satu program dinamakan 'Suara Generasiku' yang dianjurkan NGO Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia (GBG1M) dan menampilkan perdana menteri sementara itu sebagai tetamu kehormat.
Program itu membariskan selebriti tempatan sebagai penyeri majlis - di antaranya adalah One Nation Emcee (ONE), Adira AF, Black Mentor, Aqasha, Radhi OAG, pemain badminton Hafiz Hashim dan pelumba kereta Fairuz Fauzy.
Ketibaan
Najib sekitar jam 4 petang disambut dengan lagu 'Inilah Barisan Kita'
yang dinyanyikan dengan lantang oleh kira-kira 3,000 orang belia yang
memenuhi Dewan Seri Putera, Stadium Bukit Jalil.Mereka turut memegang pemidang kecil bertulisan 'I Love BN' dan 'I Love PM' dan bersorak gembira sewaktu menyambut ketibaan Najib.
Menemani Najib petang tadi adalah isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta dua anaknya, Ashman dan Nooryana Najib.
Turut kelihatan adalah bakal menantu lelakinya dari Kazakhstan, Daniyar Nazarbayev yang memakai baju T putih bertulisan 'I Love My PM'.
Najib kemudian merasmikan program tersebut yang disifatkannya sebagai "platform bagi anak muda menyuarakan suara mereka dalam pembangunan politik, ekonomi, sosial, sukan, kesenian, dan hiburan".
Beliau turut mengambil peluang dengan berikrar untuk mendukung dan menunaikan harapan golongan muda sekiranya terus diundi dalam pilihan raya umum akan datang.
"Saya
sebagai ketua kerajaan menjanjikan bahawa segala harapan generasi muda
hari ini akan kita tunaikan sekiranya kita dapat mandat yang baru
daripada rakyat nanti," katanya.Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video menjelaskan inisiatif 'Suara Generasiku' dan persembahan nyanyian dari selebriti-selebriti yang hadir.
Hadirin turut mengambil kesempatan bersalam dengan Najib dan isterinya sewaktu beliau bergerak meninggalkan majlis.
Sebahagian yang lain pula tidak melepaskan peluang bergambar dengan selebriti yang hadir.
Presiden GBG1M, Shahrul Nasrun Kamaruddin yang ditemui selepas majlis menjelaskan kehadiran selebriti industri hiburan tempatan itu bukan satu perakuan kepada kempen BN tetapi mereka adalah contoh teladan bagi menarik lebih ramai golongan muda untuk bersuara terus kepada kerajaan menerusi platform 'Suara Generasiku'.

Senator Australia heret imigresen ke mahkamah
Senator
bebas Australia Nick Xenophon memfailkan semakan kehakiman bagi memohon
arahan supaya Jabatan Imigresen Malaysia membatalkan notis penolakan
kemasukan dan membenarkannya memasuki negara ini.Permohonan itu difailkan melalui peguamnya Ranjit Singh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.
Beliau menamakan ketua pengarah jabatan itu sebagai responden tunggal.
Beliau turut memohon ganti rugi, arahan bayaran kos dan relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Xenophon, anggota Senat daripada Australia Barat itu sebelum ini menjadi tumpuan berita kerana ditahan 15 jam sebelum dihantar balik ke negara asal sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) di Sepang pada 16 Februari.
Dalam dokumen sokongannya, Xenophon menyatakan, Jabatan Imigresen bertindak menyalahi undang-undang dan melebihi bidang kuasa dengan membuat keputusan tanpa mengambil kira penglibatannya dalam dialog nonpartisan dengan anggota Parlimen BN, Pakatan Rakyat dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan