Posted on Friday, April 12 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: laniismaa
"
MCA kali ini dah kena main dengan UMno dan BN akibat kehilangan sokongan masyarakat Cina, disamping kalah teruk pada 2008.Antaranya apabila kerusi Parlimen MCA Wangsa Maju bakal dirompak oleh setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Shafie Abdullah yang akan mewakili UMno di Parlimen tersebut.

MCA juga mengesahkan ia akan menyerahkan kerusi DUN Tronoh di Perak kepada MIC tanpa sebarang syarat.
Kini spekulasi timbul MCA bakal kena main lagi apabila terpaksa melepaskan empat lagi kerusi Parlimen – Gelang Patah dan Tebrau di Johor, Wangsa Maju di Kuala Lumpur dan Kuantan di Pahang.
Hujahnya kerana peluang Umno untuk menang adalah lebih besar di kerusi pengundi bercampur, dengan mendapatkan majoriti undi Melayu. Betulkan UMno mampu memenanginya?
Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek menyepi sejak seminggu lalu. Maklumlah orang kalah takkan berani mengangkat muka.
Jadi kini, masyarakat Cina mempunyai pilihan lebih baik iaitu DAP. Biarkan MCA bungkus bersama UMno. -Lagi.MY
Baca juga - ‘Octopus’ ramal BN rampas Selangor, Kedah"
Harga Minyak & Tarif Elektrik & Tol Naik Selepas Pilihanraya Umum 2013?
Posted on Friday, April 12 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Sumber beritasemasa.com
5
tahun lepas, rakyat Malaysia pernah melahirkan kerisauan menjelang
Pilihanraya Umum ke 12 (2008), adakah ada kemungkinan kerajaan Malaysia
bakal menaikkan harga minyak selepas pilihanraya. Oleh itu rakyat
Malaysia telah bertanya sendiri kepada pemimpin-pemimpin yang
bertanggungjawab untuk menjawab persoalan yang bermain di fikiran
kalangan rakyat Malaysia.Akhirnya, rakyat Malaysia ketika itu mendapat satu jawapan yang menyenangkan hati mereka seketika, iaitu….
Ini antara penjelasan & jawapan balas Datuk Seri Najib Razak yang pada ketika itu memgang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu 2 minggu sebelum berlangsung Pilihanraya Umum ke 12 (2008) pada 8 Mac 2008 adalah seperti di bawah ini…
“Harga minyak tidak naik & nafikan harga petrol akan naik selepas pilihanraya”

Datuk Najib terus menafikan harga minyak petrol akan naik selepas Pilihanraya Umum ke 12 (2008). ya…satu jawapan yang meyakinkan daripada seorang Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Walaubagaimanapun, kerisauan rakyat Malaysia datang lagi apabila tertanya-tanya apakah dasar yang akan diambil kerajaan Malaysia selepas kemungkinan kenaikan harga minyak akan berlaku tidak lama sahaja lagi terus bertiup kencang.
Pada laporan berita yang dilaporkan Berita Utusan Malaysia seperti di bawah ini, Barisan Nasional telah pun berjaya menang dalam Pilihanraya Umum ke 12 (2008) dan terus memgang tampuk pemerintahan Malaysia walaupun kehilangan majoriti 2/3 kerusi parlimen buat pertama kalinya.

Akhirnya, kerisauan rakyat Malaysia kerisauan menjadi kenyataan & realiti.
“Suka atau tidak, rakyat Malaysia perlu menghadapinya”Bukan 10 sen, 20 tetapi 78 sen kenaikan harga minyak petrol pada ketika itu ditambah juga dengan kenaian tarif elektrik. Walaubagaimanapun, terma kenaikan tidak digunakan, tetapi dikatakan harga minyak petrol, diesel dan tarif elektrik diselaraskan semula. Hakikatnya sama sahaja maksudnya.

Kenaikan harga minyak petrol, diesel dan tol tidak hanya terhenti di situ sahaja, apabila kenaikan tol mengambil gilirannya. Jikalau anda, meneliti laporan Berita Semasa (DI SINI) skim cepat kaya versi kapitalis Malaysia cukup menguntungkan. Keuntungan lebuhraya Utara Selatan ini sahaja sudah mencecah RM18.3 bilion dimiliki oleh Tun Daim Zainuddin (Hati Budi Sdn. Bhd.).
“Kerajaan ada 2 pilihan samada memebnarkan syarikat tol di Malaysia menaikkan caj tol ataupun membayar pampasan kepada syarikat tol jika tidak membenarkan mereka menaikkanya menggunakan dana negara”

Oleh itu, Berita Semasa ingin memulangkan semula persoalan ini kepada pemimpin politik, adakah selepas Pilihanraya Umum ke 13 harga minyak, tarif elektrik & tol akan dinaikkan?
Sumber
Respon mengenai kerusi DUN Sungai Acheh
Posted on Friday, April 12 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: yutuba
"
11 April 2013
RESPON KERUSI DUN SG. ACHEH
1. 27 Mac 2013 che'GuBard telah membuat kenyataan yang mempertegaskan
- sedia menjadi jentera biasa dalam PRU akan datang, menyeru semua anak muda perbagai peringkat menyatukan kekuatan bagi menumbang regim. PRU 13 merupakan PRU penting untuk membuat perubahan besar.
- tidak punya jawatan dalam parti politik cuma anggota biasa dalam Parti Keadilan Rakyat, namun sedar tetap terikat dengan disiplin parti. Apa keputusan parti dan keperluan parti untuk peranan yang Chegu Bard harus mainkan dalam PRU ke 13 , pasti akan akur. Selaku anggota parti akan akur dan terikat dengan disiplin parti namun ditegaskan bersedia dan lebih selesa menjadi jentera biasa.
2. Namun pada 9 April lepas Parti Keadilan Rakyat melalui kenyataan Pengerusi MPN Pulau Pinang telah mengumumkan Chegu Bard dipilih menggalas amanah parti bagi mewakili PR di DUN Sg. Acheh, Pulau Pinang.
3. Kawasan Sungai Acheh dalam Parlimen Nibong Tebal bukan asing bagi che’GuBard. Rumah kedua Chegu Bard di N.Tebal,ia merupakan kampung mertua che’GuBard. Jaringan keluarga besar isteri banyak mengakibatkan Chegu Bard terlibat dalam banyak aktiviti parti dan masyarakat di N.Tebal sejak awal lagi khususnya Sg. Acheh. Bapa mertua merupakan pengasas Parti Keadilan Nasional N.Tebal. Melalui perbagai aktiviti Chegu Bard punya ramai juga kenalan di sini, pada tahun 2002 pernah sehingga ditahan polis di Sungai Acheh kerana menjalankan aktiviti parti.
4. Dari segi perjuangan bersama masyarakat banyak terlibat antaranya memperjuangkan isu tanah penternakan kerang, menggunakan hubungan baik dengan pimpinan kerajaan negeri akhirnya tuntutan penternak kerang di Sungai Udang (dalam kawasan Sungai Acheh) berjaya ditunaikan oleh kerajaan negeri setelah tidak didengari pun oleh kerajaan negeri (Bn) sebelum ini sekian lama.
5. Awal tahun 2012, Chegu Bard sudah mula bermastautin di N.Tebal atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, malah atas pelawaan dan permintaan Datuk Dr. Mansor Othman sendiri secara berdepan untuk Chegu Bard turun membantu di kawasan tersebut khususnya kerana ahli parlimen PKR telah meninggalkan parti.
6. Semenjak itu bukan sedikit program yang dibuat dari sumbangan kebajikan hinggalah kepada program anak muda dipergiat. Bukan sahaja program berbuka puasa tetapi kubu Umno di tembusi dengan ziarah dan bersahur bersama keluarga yang kurang bernasib baik. Jentera PR banyak membantu dari perbagai segi.
7. Satu pusat khidmat dan pejabat aktiviti Parlimen N.Tebal telah dibuka dan aktif di rumah kedai dua tingkat. Puluhan aduan tiap minggu diuruskan.
8. Namun apabila parti mengumumkan Datuk Dr. Mansor yang menjemput Chegu Bard ke N.Tebal sebagai calon, Chegu Bard menyambut dengan baik. Jentera sedikit sebanyak yang terbina terus bergerak agresif bagi membantu calon PR.
9. Memahami soal kerusi dan siapa bukan soal utama tetapi pembelaan rakyat dan memperkukuh parti (PR) dalam menumbangkan regim harus dijadikan matlamat utama. Siapa pun dalam beroganisasi harus akur dengan keputusan siapa terpilih mewakili.
10. Kenyataan 2 April, Pengerusi MPN P.Pinang diangkat sebagai arahan parti dan akur dengan amanah yang diberikan. Melihat ruang dan peluang untuk mengembeling Suara dan idealisma muda untuk P.Pinang seterusnya menjadikan kawasan paling selatan di Pulau Pinang bangun seiring dengan arus pembangunan negeri yang diiktiraf sebagai antara negeri yang ditadbir dengan cara terbaik berdasar rekod laporan audit negara.
11. Namun 10 April 2013 PAS pula telah membuat pengumuman nama calon di kawasan DUN Sg. Acheh juga. Respon Chegu Bard mudah, yang kita harus hadapi ialah regim BN, cabaran kita ialah memperkasakan kuasa rakyat. Chegu Bard sedia dan akur dengan apa juga keputusan pucuk pimpinan parti. CheguBard meletakkan sepenuh kepercayaan dengan pimpinan utama Pakatan Rakyat menyelesaikan isu ini. Seperti yang pernah tegaskan bertanding bukan sasaran, sedia menjadi jentera biasa membantu kemenangan Pakatan Rakyat.
12. Semua jentera dan aktivis PR serta rakyat yang cintakan perubahan, Chegu Bard memberikan jaminan pasti tidak akan berlaku pertembungan 3 penjuru melibatkan sesama Pakatan Rakyat. Percaya dan yakinlah PR ialah gabungan kukuh yang lahir dari keputusan gelombang rakyat 2008, telah teruji dengan perbagai mehnah dan cukup matang untuk berdepan dengan PRU ke 13 sebagai sebuah gabungan yang bakal mentadbir negara.
13. Semua jentera PR dan aktivis rakyat harus bersekutu demi menghadapi regim. Ini masa terbaik.
Ini kalilah !
che'GuBard"
Senarai Terkini Calon Pakatan Rakyat (Dikemaskini 11 Apr 2013 - 1600 hrs)
Posted on Thursday, April 11 @ 22:05:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Blog Jalan Pulang
Perlis Indera Kayangan (3 kerusi)P 001 - Padang Besar - Azamhari Mahmood (PAS)
P 002 - Kangar - Dr Juanda Jaya (KEADILAN - belum diumumkan) atau Baharuddin Ahmad (PAS) - belum diputuskan
P 003 - Arau - Tuan Guru Haron Din (PAS)
Kedah Darul Aman (15 kerusi)
P 004 - Langkawi - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 005 - Jerlun - (PAS - belum diperolehi)
P 006 - Kubang Pasu - (PAS - belum diperolehi)
P 007 - Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (PAS - penyandang)
P 008 - Pokok Sena - Mahfuz Omar (PAS - penyandang)
P 009 - Alor Setar - Gooi Hsiau Leung (KEADILAN)
P 010 - Kuala Kedah - Dr Azman Ismail (KEADILAN)
P 011 - Pendang - Mohamad Sabu (PAS)
P 012 - Jerai - Mohd Firdaus Jaafar (PAS - penyandang)
P 013 - Sik - (PAS - belum diperolehi)
P 014 - Merbok - Nor Azrina Surip (KEADILAN)
P 015 - Sungai Petani - Johari Abdul (KEADILAN - penyandang)
P 016 - Baling - Brig Jen (B) Mohd Najmi Ahmad (PAS)
P 017 - Padang Serai - N Surendran (KEADILAN)
P 018 - Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (KEADILAN - bertukar dari parlimen Machang)
Kelantan Darul Naim (14 kerusi)
P 019 - Tumpat - Kamaruddin Jaffar (PAS - penyandang)
P 020 - Pengkalan Chepa - (PAS - belum diperolehi)
P 021 - Kota Bharu - Takiyuddin Hassan (PAS - bertukar dari DUN Bunut Payong - belum disahkan)
P 022 - Pasir Mas - Siti Zailah Mohd Yusof (PAS - bertukar dari parlimen Rantau Panjang - belum disahkan)
P 023 - Rantau Panjang - Abdul Fatah Haron (PAS - bertukar dari DUN Bukit Tuku - belum disahkan)
P 024 - Kubang Kerian - Mumtaz Md Nawi (PAS)
P 025 - Bachok - Ariffin Mahmod (PAS)
P 026 - Ketereh - Ab Aziz Abdul Kadir (KEADILAN - penyandang - belum diumumkan)
P 027 - Tanah Merah - Nik Mahmood Nik Hassan (KEADILAN - belum disahkan)
P 028 - Pasir Puteh - (PAS - belum diperolehi)
P 029 - Machang - Dr Wan Zawawi Wan Ismail (KEADILAN - belum diumumkan)
P 030 - Jeli - Abdullah Yaacob (PAS - bertukar dari DUN Air Lanas - belum disahkan)
P 031 - Kuala Krai - Dr Mohd Hatta Ramli (PAS - penyandang)
P 032 - Gua Musang - (PAS - belum diperolehi)
Terengganu Darul Iman (8 kerusi)
P 033 - Besut - (PAS - belum diperolehi)
P 034 - Setiu - (PAS - belum diperolehi)
P 035 - Kuala Nerus - Dr Khairuddin At-Takiri (PAS)
P 036 - Kuala Terengganu - Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAS)
P 037 - Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS - penyandang)
P 038 - Hulu Terengganu - (PAS - belum diperolehi)
P 039 - Dungun - Wan Hassan Mohd Ramli (PAS)
P 040 - Kemaman - Kamaruddin Chik (KEADILAN)
Pulau Pinang Pulau Mutiara (11 kerusi)
P 041 - Kepala Batas - Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS)
P 042 - Tasek Gelugor - Abdul Rahman Maidin (PAS - belum disahkan)
P 043 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP - penyandang)
P 044 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (KEADILAN - penyandang)
P 045 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP - penyandang)
P 046 - Batu Kawan - Dr P Ramasany (DAP - penyandang)
P 047 - Nibong Tebal - Dr Mansor Othman (bertukar dari DUN Penanti)
P 048 - Bukit Bendera - Zairil Khir Johari (DAP - belum disahkan)
P 049 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP - penyandang - belum disahkan)
P 050 - Jelutong - Jeff Ooi Chuan Aun (DAP - penyandang)
P 051 - Bukit Gelugor - Karpal Singh (DAP - penyandang)
P 052 - Bayan Baru - Sim Tze Tzin (KEADILAN - bertukar dari DUN Pantai Jerejak)
P 053 - Balik Pulau - Mohamad Bakhtiar Wan Chik (KEADILAN)
Perak Darul Ridzuan (24 kerusi)
P 054 - Gerik - Norhayati Kassim (PAS - belum diumumkan)
P 055 - Lenggong - Razman Zakaria (PAS - belum disahkan)
P 056 - Larut - Fauzi Shaari (PAS)
P 057 - Parit Buntar - Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS - penyandang)
P 058 - Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty (KEADILAN)
P 059 - Bukit Gantang - Idris Ahmad (PAS)
P 060 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP - penyandang)
P 061 - Padang Rengas - Dr Meor Ahmad Isharra Ishak (KEADILAN)
P 062 - Sungai Siput - Dr Michael Jeyakumar (PSM - penyandang)
P 063 - Tambun - Siti Aishah Shaik Ismail (KEADILAN - belum disahkan)
P 064 - Ipoh Timur - Thomas Su (bertukar dari DUN Pasir Pinji - belum disahkan)
P 065 - Ipoh Barat - Wong Kah Woh (DAP - bertukar dari DUN Taman Canning - belum disahkan)
P 066 - Batu Gajah - V Sivakumar (bertukar dari DUN Tronoh - belum disahkan)
P 067 - Kuala Kangsar - Drs Khalil Idham Lim (bertukar dari DUN Titi Serong)
P 068 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP - penyandang)
P 069 - Parit - Mohamad Ismi Muhamad Taib (PAS)
P 070 - Kampar - (DAP - belum diperolehi)
P 071 - Gopeng - Dr Lee Boon Chye (KEADILAN - penyandang)
P 072 - Tapah - Kapt (B) M R Summugam (KEADILAN - belum diumumkan)
P 073 - Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayyub (KEADILAN)
P 074 - Lumut - Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid (PAS - menggunakan lambang KEADILAN)
P 075 - Bagan Datoh - Madzi Hassan (KEADILAN)
P 076 - Teluk Intan - M Manogaran (DAP - penyandang)
P 077 - Tanjong Malim - Tan Yee Kew (KEADILAN)
Pahang Darul Makmur (14 kerusi)
P 078 - Cameron Highlands - J Appalasamy (DAP - belum disahkan)
P 079 - Lipis - (PAS - belum diperolehi)
P 080 - Raub - Mohd Ariff Sabri Abd Aziz (DAP)
P 081 - Jerantut - (PAS - belum diperolehi)
P 082 - Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman (KEADILAN)
P 083 - Kuantan - Fuziah Salleh (KEADILAN - penyandang)
P 084 - Paya Besar - Murni Hidayah Anuar (KEADILAN)
P 085 - Pekan - Fariz Musa (KEADILAN) bertembung dengan Mohamad Bukhairy Sofian (GM13)
P 086 - Maran - (PAS - belum diperolehi)
P 087 - Kuala Krau - Shahril Azman (PAS - belum disahkan)
P 088 - Temerloh - Nasrudin Hassan (PAS)
P 089 - Bentong - Wong Tack (DAP)
P 090 - Bera - Zakaria Abdulhamid (KEADILAN)
P 091 - Rompin - (PAS - belum diperolehi)
Selangor Darul Ehsan (26 kerusi)
P 092 - Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari (KEADILAN)
P 093 - Sungai Besar - (PAS - belum diperolehi)
P 094 - Hulu Selangor - Khalid Jaafar (KEADILAN)
P 095 - Tanjong Karang - (PAS - belum diperolehi)
P 096 - Kuala Selangor - Dr Dzulkefly Ahmad (PAS - penyandang)
P 097 - Selayang - William Leong Jee Ken (KEADILAN - penyandang)
P 098 - Gombak - Azmin Ali (KEADILAN - penyandang)
P 099 - Ampang - Zuraida Kamaruddin (KEADILAN - penyandang)
P 100 - Pandan - Rafizi Ramli (KEADILAN)
P 101 - Hulu Langat - (PAS - belum diperolehi)
P 102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP - penyandang)
P 103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP - penyandang)
P 104 - Kelana Jaya - Nik Nazmi Nik Ahmad (KEADILAN - bertukar dari DUN Sri Setia - belum disahkan)
P 105 - Petaling Jaya Selatan - Hee Loy Sian (KEADILAN - penyandang)
P 106 - Petaling Jaya Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP - penyandang)
P 107 - Subang - Sivarasa Rasiah (KEADILAN - penyandang)
P 108 - Shah Alam - Khalid Samad (PAS - penyandang)
P 109 - Kapar - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 110 - Klang - Charles Anthony Santiago (DAP - penyandang)
P 111 - Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (PAS - penyandang)
P 112 - Kuala Langat - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 113 - Sepang - (PAS - belum diperolehi)
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan (13 kerusi)
P 114 - Kepong - (DAP - belum diperolehi)
P 115 - Batu - Tian Chua (KEADILAN - penyandang)
P 116 - Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (KEADILAN)
P 117 - Segambut - Lim Lip Eng (DAP - penyandang)
P 118 - Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (KEADILAN)
P 119 - Titiwangsa - Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (PAS)
P 120 - Bukit Bintang - Fong Kui Lun (DAP - penyandang)
P 121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (KEADILAN - penyandang)
P 122 - Seputeh - Ong Kian Ming (DAP - belum disahkan)
P 123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP - penyandang)
P 124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (KEADILAN - penyandang)
P 125 - Putrajaya - Husam Musa (PAS - kekal bertanding di DUN Salor)
P 166 - Labuan - Ibrahim Menudin (KEADILAN) atau Hadnan Mohamad (PAS) - masih menunggu keputusan rasmi
Negeri Sembilan Darul Khusus (8 kerusi)
P 126 - Jelebu - Aiman Athirah Al-Jundi (PAS - belum disahkan)
P 127 - Jempol - Wan Aishah Wan Ariffin (PAS)
P 128 - Seremban - Teo Kok Seong (DAP - bertukar dari DUN Bahau)
P 129 - Kuala Pilah - Nazeri Yunus (KEADILAN - belum disahkan)
P 130 - Rasah - Anthony Loke Siew Fook (DAP - penyandang)
P 131 - Rembau - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 132 - Telok Kemang - Kamarul Baharin Abbas (KEADILAN - penyandang - belum disahkan)
P 133 - Tampin - Zakaria Khalim (PAS)
Melaka Darul Azim (6 kerusi)
P 134 - Masjid Tanah - (PAS - belum diperolehi)
P 135 - Alor Gajah - Damian Yeo Shen Li (DAP - belum disahkan)
P 136 - Tangga Batu - Rahim Ali (KEADILAN)
P 137 - Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin (KEADILAN)
P 138 - Kota Melaka - Sim Tong Him (DAP - penyandang)
P 139 - Jasin - (KEADILAN - belum diperolehi)
Johor Darul Takzim (26 kerusi)
P 140 - Segamat - Dr Chua Jui Meng (KEADILAN)
P 141 - Sekijang - Julailey Jemadi (KEADILAN)
P 142 - Labis - (DAP - belum diperolehi)
P 143 - Pagoh - (PAS - belum diperolehi)
P 144 - Ledang - Hassan Karim (KEADILAN)
P 145 - Bakri - Er Teck Hwa (DAP - penyandang)
P 146 - Muar - Nor Hizwan Ahmad (KEADILAN)
P 147 - Parit Sulong - Khairuddin Abd Rahim (PAS - belum disahkan)
P 148 - Ayer Hitam - Hu Pang Chaw (PAS - belum diumumkan)
P 149 - Sri Gading - Mohd Khuzzan Abu Bakar (KEADILAN)
P 150 - Batu Pahat - Dr Idris Jauzi (KEADILAN)
P 151 - Simpang Renggam - Suhaizan Kaiyat (PAS)
P 152 - Kluang - Liew Chin Tong (DAP - bertukar dari parlimen Bukit Bendera)
P 153 - Sembrong - Onn Abu Bakar (KEADILAN)
P 154 - Mersing - Shahar Abdullah (PAS - belum diumumkan)
P 155 - Tenggara - Salleh Farmin (PAS - belum diumumkan)
P 156 - Kota Tinggi - Onn Jaafar (PAS - belum diumumkan)
P 157 - Pengerang - Anis Afida Mohd Azli (PAS - belum disahkan)
P 158 - Tebrau - Steven Choong Siow (KEADILAN)
P 159 - Pasir Gudang - Dr Ahmad Faidi Saidi (KEADILAN)
P 160 - Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein (KEADILAN)
P 161 - Pulai - Salahuddin Ayub (PAS - bertukar dari parlimen Kubang Kerian)
P 162 - Gelang Patah - Lim Kit Siang (DAP - bertukar dari parlimen Ipoh Timur)
P 163 - Kulai - Yeo Tung Siong (DAP - belum disahkan)
P 164 - Pontian - Dayangku Intan Tengku Abd Hamid (KEADILAN - belum disahkan)
P 165 - Tanjong Piai - Mahdzir Ibrahim (DAP)
Sabah Negeri Di Bawah Bayu (25 kerusi)
P 167 - Kudat - Musalim Tanjul atau Chong Kah Kiat (KEADILAN)
P 168 - Kota Marudu - Anthony Mandiau atau Maijol Mahap (KEADILAN)
P 169 - Kota Belud - Saidil Simoi atau Munirah Majilis (KEADILAN)
P 170 - Tuaran - Ansari Abdullah atau Wilfred Bumburing (APS-KEADILAN - penyandang, keluar BN)
P 171 - Sepanggar - Dr Chong Eng Leong (KEADILAN - belum diumumkan)
P 172 - Kota Kinabalu - Dr Hiew King Chiew (DAP - penyandang)
P 173 - Putatan - Mazhry Nasir atau Yahya Lampong (KEADILAN - belum disahkan)
P 174 - Penampang - Darell Leiking (KEADILAN - belum disahkan)
P 175 - Papar - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 176 - Kimanis - Jaafar Ismail (KEADILAN - belum disahkan)
P 177 - Beaufort - Lajim Ukin (PPPS-KEADILAN - penyandang, keluar BN)
P 178 - Sipitang - Ramli Dua (KEADILAN - belum disahkan)
P 179 - Ranau - Jonathan Yassin (KEADILAN)
P 180 - Keningau - Ahmadshah Tambakau (KEADILAN - belum disahkan)
P 181 - Tenom - Adris Taripin (KEADILAN - belum disahkan)
P 182 - Pensiangan - Dr Richard Gunting (KEADILAN - belum disahkan)
P 183 - Beluran - James Miki (KEADILAN - belum disahkan)
P 184 - Libaran - Ahmad Thamrin Jaini (KEADILAN - belum disahkan)
P 185 - Batu Sapi - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 186 - Sandakan - Steven Wong Chai You (DAP - belum disahkan)
P 187 - Kinabatangan - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 188 - Silam - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 189 - Semporna - Dr Zamree Abi (KEADILAN - belum disahkan)
P 190 - Tawau - Chan Foong Hin (DAP - belum disahkan) atau Kong Hong Ming (KEADILAN - belum disahkan)
P 191 - Kalabakan - Aminuddin Aling (PAS - belum disahkan)
Sarawak Bumi Kenyalang (31 kerusi)
P 192 - Mas Gading - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 193 - Santubong - (KEADILAN - belum diperolehi)
P 194 - Petra Jaya - Ahmad Nazib Johari (KEADILAN - belum disahkan)
P 195 - Bandar Kuching - Chong Chein Jen (DAP - penyandang, juga penyandang DUN Kota Sentosa)
P 196 - Stampin - Dr Tang Sie Hing (DAP)
P 197 - Kota Samarahan - Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS)
P 198 - Mambong - Willie Monggin (KEADILAN)
P 199 - Serian - Edward Andrew Luak (DAP - belum disahkan)
P 200 - Batang Sadong - Dr (H) Mohd Jolhi (PAS)
P 201 - Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh (KEADILAN)
P 202 - Sri Aman - Nicholas Mujah (KEADILAN)
P 203 - Lubok Antu - Nicholas Bawing Anggat (KEADILAN)
P 204 - Betong - Edison Tinggi (KEADILAN - belum diumumkan)
P 205 - Saratok - Ali Biju (KEADILAN - juga penyandang DUN Krian)
P 206 - Tanjong Manis - Jurina Mut (PAS)
P 207 - Igan - Ajiji Fauzan (PAS)
P 208 - Sarikei - Andrew Wong Lin Biu (DAP)
P 209 - Julau - Andy Wong Hong Yu (KEADILAN) atau Ambrose Jabang Lamba (PAS)
P 210 - Kanowit - Thomas Laja (KEADILAN)
P 211 - Lanang - Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
P 212 - Sibu - Oscar Ling Chai Yew (DAP)
P 213 - Mukah - Hai Merwain (DAP) atau Nani Sahari (PAS)
P 214 - Selangau - Joshua Jabeng (KEADILAN)
P 215 - Kapit - Ramli Malaka (DAP - belum disahkan)
P 216 - Hulu Rajang - Abun Sui Anyit (KEADILAN)
P 217 - Bintulu - John Brian Anthony (DAP - belum disahkan)
P 218 - Sibuti - Mohamad Zaid @ Robby Tandang (PAS)
P 219 - Miri - Lim Su Kien (DAP)
P 220 - Baram - Ronald Engan (KEADILAN)
P 221 - Limbang - Baru Bian (KEADILAN - juga penyandang DUN Ba'kelalan)
P 222 - Lawas - Dr Bob Langup (DAP)
Sumber
Dulu Najib Takut Bubar Parlimen, Kini Takut Umum Calon BN
Posted on Thursday, April 11 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Greenboc

Banyak pihak yang menaruh harapan dan teruja untuk mengetahui senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagaimana diuar-uarkan media, menjadi hampa apabila ia tidak menjadi kenyataan semalam.
Antiklimaks, begitu kesimpulan yang boleh digambarkan terhadap harapan mereka untuk mengetahui siapa yang akan ditampilkan BN sebagai calon-calonnya untuk pilihan para pengundi pada 5 Mei nanti.
Bagi pihak berkepentingan, terutamanya bakal-bakal calon, penantian penuh debaran mereka nampaknya akan hanya berakhir dalam beberapa hari lagi.
".... belum selesai. Akan diumumkan beberapa hari lagi," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kepada pemberita selepas program perjumpaan Pengerusi BN Bersama Jentera Pilihan Raya Parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Najib, yang juga Penerusi BN berkata proses memuktamadkan senarai akhir calon parti itu masih belum selesai kerana pelbagai faktor perlu diambil kira dan dipertimbangkan dengan teliti sebab BN hendak mengukuhkan peluangnya untuk menang pada PRU-13.
Seorang individu yang mengaku namanya antara yang disebut-sebut akan menjadi calon berkata beliau sangat berharap Perdana Menteri akan membuat pengumuman itu hari ini namun akan tetap bersabar sehingga mendapat kepastian mengenai perkara itu.
Penulis dan rakan-rakan sekerja yang juga pengundi berharap Najib akan segera membuat pengumuman itu untuk mengetahui calon-calon BN di kawasan masing-masing kerana ia sekali gus dapat melenyapkan khabar angin yang bertiup kencang berhubung nama-nama yang akan menjadi calon di kawasan pilihan raya masing-masing.
Pada perjumpaan hari ini, Perdana Menteri menjelaskan kepada jentera pilihan raya BN bahawa penentuan kerusi dan calon parti itu adalah proses yang kompleks kerana pelbagai faktor perlu diambil kira.
BN, kata Najib tidak mungkin dapat memenuhi kehendak semua pihak atau memberi kepuasan kepada semua individu sambil meminta anggota BN memahami hakikat bahawa objektif pilihan raya kali ini bukan semata-mata terpilih menjadi calon, sebaliknya membentuk kerajaan yang kuat di peringkat nasional dan negeri. - Bernama
Sumber
Undi Pakatan Hapus Tol Lebuhraya, Undi Umno-BN Dapat Dua Lagi Lebuhraya Tol
Posted on Thursday, April 11 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Afix Redzuan
KUALA LUMPUR,
11 APR : PAS mendakwa Umno-BN telah memetrai beberapa perjanjian projek
pembinaan lebuh raya baru yang disembunyikan bagi meredakan sentimen
pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad mendedahkan, kerajaan Umno-BN hampir memuktamadkan dua perjanjian untuk lebuhraya bertol walaupun projek tersebut belum diumumkan.
Dua lebuhraya tersebut adalah Damansara-Shah Alam (DASH) dan Ulu Kelang Selatan. Kedua-duanya dimiliki syarikat Prolitas yang seratus peratus milikan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Antara projek lain adalah Lebuhraya Kinrara-Damansara dan pemanjangan Lebuhraya Duta-Ulu Klang.
Maklum Dr Dzulkefly lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya mengulangi pengumuman tidak menaikkan tol sehingga 2016.
Namun beliau gagal untuk menciplak tawaran Pakatan Rakyat (PR) menangani lebuhraya bertol memandangkan mereka sudah sebati dengan sistem ‘patronage’ dan ‘monopoli’ yang memperkayakan kroni berkepentingan, kata Dr Dzulkefly.
“Kenapa selepas 2016 kadar tol akan terus meningkat pada kadar lima peratus setiap tiga tahun sehingga tahun 2037? Nyata Najib tidak punya kommitmen menurunkan kos saraan hidup rakyat.
“Lebih malang lagi kerajaan Najib bercita-cita untuk meneruskan agenda penswastaan lebuhraya sebagai kaedah pembinaan lebuhraya dan merangsang sektor pembinaan,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS.
Jelasnya lagi, BN dengan bangga meletakkan Lebuhraya Pantai Barat (West Coast Expressway) dalam manifesto mereka yang akan mengenakan tol.
Walaupun faedah subsidi empat peratus telah dihapuskan setelah dilalui rundingan baru, projek ini tidak berdaya saing dan kini terpaksa diberikan suntikan RM 2.2 bilion pinjaman mudah dengan kadar faedah empat peratus, ujar Dzulkefly lagi.
Sejajar dengan prinsip Manifesto Rakyat, Pakatan Rakyat kekal dengan pendirian menghapuskan tol secara berperingkat bermula dengan lebuh raya yang sudah mendapat pulangan modal.
Sumber: Selangorku.com
Pertahankan Nikmat Kesuburan Majlis Ilmu di Selangor!
Posted on Thursday, April 11 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: al-bahanj
"
Antara
nikmat paling besar dan ketara yang ALLAH Ta`ala kurniakan kepada
rakyat Selangor selepas Pakatan Rakyat (PR) mentadbir pentadbiran negeri
ialah suburnya majlis-majlis ilmu agama.Bukan sahaja di masjid-masjid dan di surau-surau, bahkan di dataran dan padang juga diadakan majlis ilmu agama.
Terlalu subur, alhamdu-lillah. Ia suatu yang sangat mensyahdukan hati.

Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi di Shah Alam.

Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily di Shah Alam. [Baca]

Sheikh Dr `Abdur Rahman as-Sudais di Petaling Jaya. [Baca]

Sheikh Muhammad `Ali as-Sobuuni di Shah Alam.

Dr Zakir Naik di Shah Alam. [Baca]
Jika dikenang kembali suasana dahulu sewaktu Barisan Nasional (BN) mentadbir Selangor, suasananya tidak begini. Saya terpaksa keluar kawasan untuk mencari ceramah-ceramah agama kerana kebanyakan masjid dan surau lesu tanpa majlis ilmu agama. Tentu tuan/puan juga perasan dan menghadapi keadaan yang sama bukan?
Kini, di bawah pentadbiran PR, di mana-mana sahaja ada majlis ilmu. Program-program masjid dan surau penuh tersusun. Lebih-lebih di hujung minggu. Selalu juga ada karnival-karnival yang berunsurkan keluarga dan agama. Terpaksa pula memilih mana satu hendak pergi disebabkan terlalu banyak dan padat. Memang Best!
Di samping itu, program-program yang berunsurkan hiburan keterlaluan yang diadakan oleh BN dahulu telah ditransformasikan kepada yang lebih baik. Konsert-konsert nyanyian dan tarian yang menggiurkan telah diganti dengan persembahan yang sederhana seperti nyanyian nasyid, talk show, acara-acara edutainment dan forum ilmiah yang sedikit sebanyak boleh mematangkan fikiran rakyat dan menanamkan nilai-nilai murni. Alhamdu-lillah.

Talkshow dan ceramah agama di Dataran Shah Alam.

Ceramah agama santai oleh sekumpulan ustadz di Stadium Kelana Jaya.

Solat jamaah di Stadium Kelana Jaya.
Itulah pengamatan zahir yang saya dapati sepanjang tahun-tahun yang berlalu di bawah pentadbiran PR. Saya sayangkan suasana begini. Ia suatu yang sangat dekat dengan hati saya. Mungkin tuan/puan juga sama. Dan saya mahu ia terus berkekalan di negeri tercinta ini. Bukan sahaja berkekalan, tetapi juga mudah-mudahan bertambah baik dan semakin murni dengan ajaran yang sahih dari agama Islam.
Sama-samalah kita pertahankan suasana ini di Selangor. Setiap kita mesti berperanan. Jangan dek kesilapan kita, nikmat tersebut dicabut oleh ALLAH Ta`ala dari negeri tercinta ini lalu menggersangkan hati rakyatnya dari majlis ilmu agama dan program-program yang mencambah kematangan fikir rakyat. Saya tidak sanggup melihat Selangor kembali seperti dahulu!
Semoga bukan sahaja Selangor, bahkan seluruh negeri di Malaysia berubah menjadi negeri yang lebih baik keadaannya. Melimpah kemakmuran, tersebar sejahtera dan diredhai ALLAH Ta`ala hendaknya, amin.
- muzir.wordpress.com
*Sumber: http://muzir.wordpress.com"
Isma Tanding Lapan Kerusi Parlimen, Tiga Kerusi DUN Bawah Tiket BERJASA
Posted on Friday, April 12 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Sumber Bernama
KUALA LUMPUR,
11 April (Bernama) -- Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyenaraikan
lapan calon untuk bertanding di lapan kerusi Parlimen dan tiga kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN) di atas tiket Barisan Jemaah Islamiah
Se-Malaysia (BERJASA) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).BERJASA dalam kenyataannya Khamis menyatakan calon yang tersenarai ialah Mohamad Ismail yang akan bertanding di Parlimen Subang dan DUN Kajang; Abdul Fisol Md Isa (Parlimen Alor Setar dan DUN Derga); dan Hamidi Abu Hassan (Parlimen Padang Serai dan DUN Gurun).
Calon lain ialah Abdul Halim Abdullah (Parlimen Seremban), Mohd Hazizi Ab Rahman (Parlimen Selayang), Shaharuzzaman Bistamam (Parlimen Tapah), Aminuddin Yahaya (Parlimen Wangsa Maju); dan Mohd Pathan Hussin (Parlimen Kapar).
"BERJASA menggesa pengundi menyokong sepenuhnya dan mengundi semua calon Berjasa untuk membolehkan Berjasa menjadi kuasa ketiga yang efektif dalam Parlimen," katanya.
BERJASA yang ditubuhkan pada 1977 sebagai parti alternatif kepada PAS yang telah memerintah Kelantan sejak lebih dua dekad. Ia menyertai pilihan raya umum kelima setahun kemudian.
Sumber: BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan