Posted on Friday, April 12 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Wartawan Buletin
KUALA TERENGGANU
- PAS dan Pakatan Rakyat negeri Terengganu akan mengadakan Majlis Solat
Hajat dan Munajat memohon keberkatan dari Allah SWT pada hari Khamis
malam Jumaat 18 April, minggu hadapan.Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, majlis perisytharan calon-calon bagi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen aan dibuat selepas majlis Solat Hajat tersebut.
"pada 18hb April ini, hari Khamis malam Jumaat, lepas solat Isya' di Rusila.......sebelum solat Isya' itu kita ada kuliah maghrib khas, yang akan disampaikan oleh (Tuan Guru) Presiden.......lepas solat Isya' kita adakan majlis solat hajat,
"dan lepas itu Majlis untuk perisytiharan calon,"ujarnya dalam satu sidang media yang diadakan di pejabat perhubungan PAS Terengganu di Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, di sini, hari ini, Khamis 11 April. [Lihat Video]
Beliau berkata, majlis yang tersebut yang diumumkan sebelum ini akan diadakan pada hari ini ditangguh, berikutan pengumuman tarikh penamaan calon Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hanya akan diadakan pada 20 April.
Katanya, calon-calon yang akan bertanding mewakili PAS akan membuat 'bai'ah' atau sumpah pengakuan duhadapan seluruh hadirin, sebaik selesai majlis perisytiharan tersebut.
Sumber
PRU13: Beri peluang PAS tumbangkan BN Terengganu
Posted on Thursday, April 11 @ 14:05:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Budakjalanan
Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD
Sebaik sahaja Parlimen Malaysia dibubarkan pada 3 April 2013 dan disusuli d
Ini kerana, rakyat telah menunggu sejak sekian lama seolah-olah tidak sabar untuk membuat pilihan berubah demi masa depan negara yang lebih baik. Tinjauan di Terengganu mendapati ‘respon’ rakyat untuk membuat perubahan landskap politik negeri semakin terasa sebaik sahaja Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia.
‘Perang’ poster antara PAS-Umno semakin rancak meski pun tarikh hari penamaan calon belum ditentukan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan PAS akan bertanding 76 kerusi Parlimen dan 237 kerusi Dun di seluruh negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini.
Malah, katanya tidak ada kerusi PAS yang akan ‘terlepas’ kecuali mungkin berlaku pertukaran kerusi antara rakan Pakatan Rakyat.
Menurut Ustaz Abdul Hadi, mesej PAS kepada rakyat agar dapat membuat perubahan pada PRU13 ini ke arah yang lebih baik bagi menyelamatkan negara dan rakyat seluruhnya.
Katanya, PAS akan mengemukakan calon-calon yang bertanding pada pilihan raya kali ini di kalangan ahli yang paling bertanggungjawab serta beramanah.
“Mesej kita (PAS) kepada rakyat Malaysia seluruhnya supaya buatlah (perubahan) yang (dapat) menyelamatkan negara dan rakyat secara yang menyeluruh.
“Insya’Allah, kita (PAS) akan kemukakan calon-calon yang paling bertanggungjawab, yang paling menunaikan amanah sama ada telah dibuktikan melalui kerajaan-kerajaan yang kita (Pakatan Rakyat) perintah, melalui kawasan-kawasan yang sudah dimenangi, melalui Pusat-pusat Khidmat Masyarakat yang dilakukan di kalangan kita (PAS) kepada rakyat sepanjang tahun 2008 hingga 2013 dan rakyat dapat menilainya,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media di kediamannya Kampung Rusila, Marang sempena pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak di Putrajaya, pada 3 April lalu.
Menurutnya, meski pun PAS belum lagi sebagai sebuah parti yang memerintah kerajaan pusat tetapi dapat menunaikan tanggungjawab mengikut kemampuan dengan penuh keikhlasan.
Beliau yang juga mantan Menteri Besar Terengganu dengan rendah dirinya hanya mahu melihat PAS menang dan Islam dilaksanakan di negeri ini.
“Cita-cita saya mahu melihat Islam dilaksanakan. Apabila ia (Islam) terlaksana, saya mati pun tak apa,” ujarnya sebagaimana yang dipamerkan pada billboard di tepi jalan, Kampung Rusila, Marang.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut pula turut mengumumkan PAS bakal bertanding tujuh dari lapan kerusi Parlimen di negeri ini.
Manakala, katanya, kerusi Dun Terengganu masih dalam rundingan terakhir dengan Parti KeADILan Rakyat (PKR) tetapi jika diterima mengikut status quo 2008, PAS akan bertanding 27 kerusi Dun.
Abdul Wahid mendakwa, PAS membuat keputusan tersebut setelah dipersetujui dalam perbincangan Pakatan Rakyat di peringkat pusat.
“Saya juga ingin maklumkan bahawa, kita (PAS) telah membuat keputusan setelah dipersetujui oleh Pakatan Rakyat, kita (PAS) akan bertanding di Terengganu ini tujuh kerusi parlimen daripada lapan kerusi parlimen.
“Insya’Allah, jika tidak ada ‘aral melintang’ pada 11 April 2013 ini hari Khamis malam Jumaat, bertempat di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang. Kita (PAS) akan umumkan secara rasmi calon-calon kita (PAS) yang mewakili parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13,” jelasnya dihadapan 15 orang wakil media.
Mengikut data pilihan raya 2008, negeri Terengganu mempunyai sejumlah 521,597 pengundi berdaftar iaitu 516,258 adalah pengundi biasa dan 5,339 adalah pengundi pos.
Pada tahun 2004, PAS bertanding tujuh kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dun manakala PKR pula bertanding satu kerusi Parlimen dan satu kerusi Dun di Terengganu.
PRU12 tahun 2008, menyaksikan PAS bermurah hati meminjamkan beberapa kerusi yang ditandinginya kepada PKR atas daras ‘memburu’ kemenangan pada pilihan raya tersebut.
Antara kerusi-kerusi Dun yang berpotensi menang jika ditakdirkan PAS diberikan amanah kembali bertanding iaitu Dun Bandar, Dun Bukit Besi, Dun Kota Putera dan Dun Permaisuri.
Ini berdasarkan fakta sejarah PAS pernah menguasai Dun-Dun tersebut pada PRU ke-10 tahun 1999 melalui calonnya Md Azmi Lop Yusof (Bandar), Roslan Ismail (Bukit Besi), Abdul Rahman @ Abdul Aziz Abas (Kota Putera) dan Rozali Mohammad (Permaisuri).
Selain dari lima kerusi tersebut Dun Seberang Takir antara Dun ‘harapan’ yang boleh menang meski pun agak sukar kerana terdapatnya pengundi pos tetapi Majlis Tindakan Dun (MTD) berkeyakinan tinggi kawasan berkenaan boleh dimenanginya.
Namun, atas dasar pakatan dan kerjasama diharapkan kedua-dua parti (PAS-PKR) boleh membuat permuafakatan yang terbaik demi mencapai kemenangan calon Pakatan Rakyat.
Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad menawarkan kesediaan PAS untuk bertanding di kerusi Dun Kota Putera bagi mewakili Pakatan Rakyat selepas mengambilkira kekuatan parti di semua cawangannya.
“Semua peringkat di Dun (Kota Putera) ini menyatakan sokongan padu kepada PAS bertanding di kerusi berkenaan untuk memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat bagi menumbangkan Barisan Nasional.
“Pada PRU12 lalu, kerusi Dun Kota Putera ini ‘diberi’ kepada PKR tetapi calonnya yang bertanding Mohd Md Amin tewas kepada calon BN, Muhammad Pehimi Yusof dengan majoriti 3,332 undi,” jelasnya.
Pengarah MTD Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhammad juga berkeyakinan tinggi PAS dan Pakatan Rakyat boleh ‘merampas’ kerusi di Dun Bandar dari tangan MCA-Barisan Nasional (BN) pada PRU13 ini.
Katanya, PAS dan Pakatan Rakyat boleh menang serta mampu merampas kerusi MCA di Dun Bandar sekiranya diberikan peluang untuk parti bertanding.
Menurutnya, berdasarkan sokongan dan 'mood' seluruh rakyat, Pakatan Rakyat boleh menang besar dan mengulangi kejayaan di negeri Terengganu serta dapat menawan Putrajaya.
"Bersempena (saat) hampir pilihan raya kali yang ke-13 ini, dalam suasana ini kita mengharapkan semua kita di Dun Bandar, Pemuda (PAS)....Muslimat menggembeling seluruh tenaga (dan) bersiap sedia, kita pasti dan amat yakin pilihan raya kali ini akan mendatangkan kemenangan yang besar kepada Pakatan Rakyat.
"Khususnya bagi negeri Terengganu kerusi Dun-Dun dapat kita (PAS) rampas dan InsyaAllah, kita (PAS) akan menawan negeri Terengganu dan bagi Dun Bandar sendiri kita juga amat yakin sekiranya PAS bertanding dan diberi peluang, kerusi yang dipegang oleh MCA dapat dirampas oleh PAS," tegasnya dengan penuh keyakinan.
Anuar Musa Digugur, Ibrahim Ali Calon BN
Posted on Thursday, April 11 @ 11:28:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh WTKO

Berita Muktahir daripada Bilik Gerakan Negeri Kelantan, Anuar Musa digugurkan daripada menjadi calon BN bagi pilihan raya umum ke-13 nanti. Bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan tersebut, tidak dicalonkan bertanding di mana-mana kerusi, sama ada DUN atau parlimen.
Anuar Musa banyak menghabiskan masa untuk kejayaan pasukan bolasepak Kelantan, The Red Warriors disamping menaikan dirinya dalam politik melalui gerak kerja bola sepak. Pernah mengaku bahawa ada 200,000 penyokong bola sepak dibelakang dia.
Dalam banyak kes yang dimaklumkan bahawa Anuar telah ditempelak oleh Najib dalam beberapa perjumpaan tertutup.
Menurut sumber tersebut, ada gerakan untuk membantah keputusan pengguguran ini melalui kutipan tandatangan. Ketua gerakan desakan ini berkata, mereka akan cuba cara terbaik, tapi sekiranya Najib tidak ambil endah, mereka akan buat cara kasar.
Tidak tahu apa cara kasar yang dimaksudkan tapi saya difahamkan daripada ayat "habis UMNO kali ini" bermaksud mereka akan cah kenting calon UMNO@BN.

Calon gugur daripada Bilik Gerakan
Yang manarik pula, dan menambahkan polimik UMNO Kelantan ialah Ibrahim Ali akan bertanding atas tiket BN.
Dalam hal ini Najib diberitakan berkata ada calon Bebas akan bertanding atas tiket BN. Menurut maklumat kenyataan ini setelahorang kanan Tun mahathir berjumpa dengan Najib pada petang 10 April lalu.
Maklumat muktahir, walaupun dalam mesyuarat akhir tak berstuju tetapi atas desarkan daripada Tun Mahathir sendiri menyebabkan ramai pimpinan UMNO 'mati kutu'.
Tun Mahathir mengganggap Ibrahim Ali sebagai "TUAN GURU"
Tun berkata beliau akan berkempen untuk Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket BN pada pilihan raya umum nanti.
"Kalau Ibrahim Ali menjadi calon, saya akan pergi ke Pasir Mas untuk berkempen. Dia punya (Pertubuhan) PERKASA bukan calang-calang. Parti (pertubuhannya) dah ada 400,000 orang ahli. Katanya.
"Kita berharap BN akan memberi tempat kepada Tuan Guru Datuk Ibrahim Ali. Ini adalah sebagai balasan. Kerana (budi) BN, kita balas," kata Tun lagi.
Nampaknya Kelantan akan kekal kepada Pakatan Rakyat (PAS). Pengolakkan ini makin ketara kerana pengikut setia UMNO mengganggap mereka ditipu dan diboodhkan oleh pimpinan atas, Anuar disingkir sedangkan Ibrahim Ali pula disanjung.
Kita tunggu episod seterusnya selepas tanda tangan yang diberita lebih 3000 ahli itu diketepikan.
Apakah itu memang pilihan kita?
Beberapa orang Melayu yang kurang biasa dengan makanan Jepun memasuki
sebuah restoran makanan Jepun untuk mencuba. Pelayan restoran Jepun itu
datang dan memberikan menu makanan yang ada di restoran berkenaan.
Nama-nama makanan semuanya berbunyi Jepun. Semua bunyi itu agak asing bagi pelanggan-pelanggan Melayu berkenaan.
"Sila pilih menu yang tuan-tuan mahukan", kata pelayan.

Oleh kerana mereka tiada pengalaman merasai makanan Jepun mereka kata: "Kami mahu menu yang sedap."
Pelayan itu pun mula membuat cadangan yang sedap pada pendapat beliau. Mereka pun setuju dan memesan makanan berdasarkan cadangan tersebut. Setelah makanan dihidangkan, para pelanggan melayu berkenaan mendapati ia tidak sedap seperti yang diharapkan.
Kata mereka: "Ini tidak sedap! Kami minta yang sedap! Sudahlah harganya pula mahal, kita tertipu!"
Pelayan menjawab: "Saya berikan berdasarkan pilihan tuan-tuan. Saya tidak bersalah. Tuan-tuan telah membuat pilihan tadi tanpa sebarang paksaan".
Pilihan yang terhad
Saya mulakan sketch di atas sebagai gambaran bagaimana manusia kemungkinan memilih apa yang bukan menjadi hasratnya sekalipun dia diberikan kebebasan memilih.
Hal ini juga dibincangkan oleh ahli-ahli teologi, falsafah dan kerohanian tentang sejauh manakah manusia benar-benar memilih apa yang dia benar-benar mahukan.
Who decides? Do I choose for myself? Am I really free to decide?
Namun saya tidak mahu tenggelam dalam perbahasan mereka. Saya ingin membahaskan perkara ini dengan lebih muda terutamanya di musim pilihan raya ini.

Kegagalan para pelanggan tadi memilih apa
yang mereka benar-benar mahukan iaitu makanan yang sedap adalah
disebabkan beberapa perkara. Antaranya, mungkin makanan yang sedap yang
mengikut selera Melayu mereka tidak wujud di restoran berkenaan.
Maka, walaupun hak memilih diberikan, namun pilihan mereka terbatas dan apa yang dihajati tidak wujud dalam senarai pemilihan.
Ini juga berlaku dalam hidup kita di mana kita kadang-kala walaupun mempunyai ruangan memilih tetapi apa yang menjadi pilihan kita tiada dalam senarai yang boleh kita pilih.

Ini telah
membataskan kebebasan pemilihan yang ada. Sehingga seseorang mungkin
terpaksa memilih yang terbaik antara yang buruk-buruk.
Ini disebut dalam qawaid fiqhiyyah "Yukhtar Ahwan al-Syarrain" atau "Akhaf al-Dararain" iaitu dipilih keburukan ataupun kemudaratan yang paling ringan dibandingkan yang lain.
Ertinya jika tiada pilihan kita disuruh memilih bahaya yang paling kurang dibandingkan yang lain.

Pengetahuan 'tikam ekor'
Kedua, kebebasan pemilihan tidak memberikan apa-apa makna jika kita
tidak mempunyai pengetahuan tentang apa yang kita pilih. Ini seperti
kaki ‘tikam ekor' yang sekalipun dia memilih nombor yang dia mahu,
tetapi semuanya tidak berasaskan ilmu pengetahuan.
Kejahilan! Ya kejahilan akan mensia-siakan kebebasan memilih sesuatu. Para pelanggan restoran Jepun tadi jahil tentang makanan Jepun. Sekalipun mereka diberikan peluang memilih, tetapi memilih dalam kejahilan.
Oleh kerana mereka jahil, maka terpaksa bergantung kepada pihak lain yang belum tentu tahu apakah maksud ‘sedap' yang sebenarnya menjadi hasrat mereka. Ataupun, mereka tertipu kerana mereka mudah ditipu sebab tidak tahu.
Mereka terdedah untuk ditipu atas nama pilihan sendiri. Padahal pilihan mereka ditentukan oleh pihak lain disebabkan kegagalan ilmu untuk menentukan pilihan yang benar-benar dikehendaki.

Justeru, memberikan kebebasan memilih tetapi tidak memberikan ilmu
mengenai pilihan yang ada hanya mensia-siakan hak pemilihan. Akhirnya,
walaupun seseorang mempunyai hak memilih tetapi pilihannya ditentukan
oleh pihak lain yang mengambil kesempatan atas kejahilan.
Dalam kata lain, memberikan kebebasan memilih, tapi tidak diberikan ruang ilmu untuk mengetahui senarai pilihan dengan adil dan betul adalah satu penipuan.
Kesempatan atas kejahilan
Manusia hari ini banyak yang tertipu oleh iklan palsu. Dunia pengiklanan mempunyai seni yang tersendiri untuk mempengaruhi pelanggan sehingga mereka membeli apa yang bukan sebenarnya hasrat mereka.
Media-massa demikian juga. Manusia akhirnya mempercayai apa yang bukan sebenarnya mereka patut percayai. Kedangkalan pengetahuan boleh diambil kesempatan oleh pihak lain untuk menipu pilihan seseorang.

Dalam pilihan raya, jika kebebasan memilih diberikan tetapi peluang
untuk rakyat mengenali setiap calon dan parti secara adil tidak
diberikan maka itu mensia-siakan hak memilih.
Jika ada pihak yang menghalang rakyat mengetahui latar senarai pilihan secara adil dan saksama bererti pihak itu adalah penipu dan perosak kepada hak memilih yang sebenar rakyat.

Islam melarang kita mengikut ataupun memilih sesuatu tanpa ilmu yang cukup.
Firman Allah: (maksudnya): "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya." (Surah al-Isra: 36).

Al-Quran menyuruh untuk kita mendengar dari pelbagai maklumat dan mengikut yang terbaik. Inilah yang dipanggil Ulul Albab. (maksudnya):
"...oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab." (al-Zumar: 17-18).
Ertinya, untuk seseorang dapat menjadi insan yang baik dia hendaklah mendengar pelbagai maklumat kemudian mengikut yang terbaik dari apa yang didengari dan dipelajari.
Jika ada pihak yang menghalang rakyat dari ruang mendapat maklumat yang seimbang, maka itu satu usaha untuk menyesatkan rakyat dari pilihan yang betul sama ada dalam pemikiran ataupun politik.
Tariq Ramadan dalam The Quest For Meaning menyebut: "..any society that does not guarantee the conditions for survival and life of all, education for all and rule of law to defend individual freedom (in the handling of interpersonal relationships) is a society that fails to respect basic human rights. It deprives its members of their potential and their powers, and, at best, encourages their illusions as to the immensity of power offered by the virtuality of their will, their dreams and their imagination." (57-58. Penguin Books, UK).

Penipu bukan umat Nabi Muhammad
Menipu
dengan cara mengelirukan pemilihan orang lain adalah satu kesalahan.
Penipuan bererti mengaburkan pengetahuan pihak yang memilih sehingga dia
memilih apa yang bukan pilihannya.
Justeru itu suatu ketika, Rasulullah SAW melintasi satu bekas makanan (untuk dijual), lalu baginda memasukkan tangannya ke dalamnya. Tangan baginda menjadi basah.
Baginda pun bersabda: "Apakah ini wahai empunya makanan (peniaga)?"
Dia menjawab: "Terkena hujan, wahai Rasulullah!"
Baginda bersabda: "Mengapa engkau tidak jadikan bahagian yang basah itu di atas makanan supaya orang boleh nampak? Sesiapa yang menipu, dia bukan dari pengikutku." (Riwayat Muslim).

Jika dilihat dalam
konteks pilihan raya, ramai yang menyembunyikan hakikat dan menzahirkan
yang baik sehingga orang ramai tertipu. Mereka menyangka mereka membeli
barangan yang baik, padahal itu sebenarnya buruk.
Mereka sangka mereka undi pihak yang baik, sebenarnya mereka memilih yang buruk. Namun, kempen yang bohong telah merosakkan hasrat pemilihan mereka yang sebenar.
Sesiapa yang terlibat dalam kempen yang sedemikian, dia bukan dalam pengikut umat Nabi SAW.

Kita impikan kerajaan dan pemimpin yang menjamin hak-hak rakyat memilih dengan cara yang adil dan saksama.
Pemberian hak mengundi secara bebas tidak bermakna jika ruang mengetahui apa yang hendak dipilih secara adil tidak bebas dan diberikan secara yang adil juga.
Keadilan media awam amatlah penting dalam proses pilihanraya yang adil. Jika tidak, kita memilih apa yang bukan pilihan kita kerana kita tertipu.

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Mahu pilih siapa - Najib, Anwar atau Hadi?
Perdana menteri melontarkan tiga nama, termasuk beliau sendiri, untuk dipilih oleh pengundi dalam pilihan raya umum nanti.
Tiga nama ini sebetulnya subteks jujur sebagai perlambangan tiga tokoh parti Melayu (walau PKR lebih pelbagai kaum) yang berupaya merebut Putrajaya.
Lim
Kit Siang, Karpal Singh atau Lim Guan Eng tidak tersenarai kerana dalam
paradigma politik negara ini, khususnya dari kaca mata Umno, pemimpin
bukan Melayu tidak layak dipilih menerajui Malaysia.
Najib Abdul Razak melontarkan tiga nama ini sewaktu berceramah ketika melancarkan manifesto BN hujung minggu lalu.
Selain bimbang asakan Pakatan Rakyat, beliau juga kelihatannya risau tahap sokongan dari dalam parti BN sendiri.
Maka
rayuannya itu turut meraih simpati terhadapnya (baca: calon boleh
menang pilihannya) daripada penyokong BN sendiri -- membayangkan rasa
tergugat dengan strategi terbarunya itu, "winnable candidates".
Pilihan senarai calon BN, seperti juga Pakatan, akan menentukan tahap sokongan dan sabotaj.
BN awal-awal lagi cuba mendisiplinkan "warlords" di peringkat bahagian dengan mengugut mereka agar mematuhi pucuk pimpinan.
Isu disiplin sentiasa menjadi agenda majlis tertinggi Umno dan media arus perdana sejak Najib memperkenalkan konsep "winnable candidates".
Pintar, tapi bukan begitu popular
Difahamkan, sejak dua tahun lalu, presiden Umno terpaksa menggunakan saluran maklum balas akar umbi yang berharga puluhan juta ringgit dan jenteranya sendiri untuk memastikan konsep ini dapat dijayakan.
Melaluinya, sekali gus akan membelakangkan saluran Umno bahagian bersama "warlords" masing-masing, wang pelincir jentera tersebut akan disalurkan terus kepada "calon-calon boleh menang" pilihan Najib.
Presiden
Umno, dengan sistem pangkalan data ini, mencipta saluran maklum balas
baru selain bahagian-bahagian dan jentera kerajaan seperti Jabatan
Kemajuan Masyarakat (KEMAS) atau Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).
Langkah Najib ini bolehlah dikira pintar tetapi beliau bukanlah terlalu popular sehingga jentera tradisi bahagian-bahagian Umno boleh menerimanya sebegitu sahaja.
Umno bahagian -- seperti juga parti-parti Pakatan -- ada waktu-waktunya boleh melancarkan "serangan balas" melalui pelbagai taktik sabotaj -- sama ada membiarkan calon sendirian, menyokong calon lawan, merosakkan jentera kempen atau tidak keluar mengundi.
Apatah lagi Najib dan keluarganya digayuti pelbagai kontroversi yang merimaskan Umno akar umbi.
Selain bermacam-macam kontroversi Najib, isterinya Rosmah Mansor dikatakan satu daripada beberapa punca akar umbi parti itu sulit untuk mempertahankan Umno daripada asakan pembangkang.
Penjelasan Jacob & Co, tauke barang kemas tersohor dunia, Sabtu lalu dalam hal cincin RM24 juta menunjukkan betapa seriusnya palitan kontroversi itu terhadap keluarga Najib dan risiko isu ini pada pilihan raya umum.
Gara-gara cincin "puaka" ini, Rosmah sebelumnya terpaksa bersumpah dalam satu majlis makan malam di Kementerian Pertahanan dan juga mengulangkan penafiannya dalam buku autobiografinya yang terbit baru-baru ini.
Layanan istimewa pada isteri PM
Tidak hairanlah, kononnya, satu kajian di sebuah universiti menunjukkan tanggapan terhadap Rosmah jauh lebih buruk di kalangan ahli Umno berbanding orang ramai yang sedia negatif sikapnya.
Namun, mungkin keluarga Najib tidak menyedari betapa ganjil imej isterinya di mata umum.
Lihat
sahaja pelancaran buku autobiografinya -- pelancaran awal dibuat oleh
sultan Pahang dan pelancaran sebenarnya oleh mantan perdana menteri yang
paling berkuasa Dr Mahathir Mohamad!
Apakah pernah ada sebuah buku isteri seorang perdana menteri yang baru memerintah selama empat tahun mendapat layanan seistimewa ini?
Namun, bukan hanya Najib bergelut dengan kontroversi. Calon perdana menteri Anwar Ibrahim juga tidak pernah kering daripada kontroversi.
Selain kes mahkamah sejak 1998 dan gosip-gosip seksual terkini, Anwar juga berdepan krisis kepercayaan di kalangan pemimpin-pemimpin kanan Pakatan sendiri, khususnya PAS.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang kelihatan tidak bercita-cita memimpin negara juga tidak selesa dengan Anwar.
Bukan
sekarang, malah sejak projek 16 September 2008 lagi, Abdul Hadi bersama
barisan penasihat kanannya meragui Anwar sehingga projek itu gagal
dilaksanakan oleh mantan timbalan perdana menteri itu.
Bagi PAS, lebih baik Tengku Razaleigh Hamzah -- rakan kongsi lama dalam projek Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada 1990 -- dipilih menerajui negara daripada Anwar.
Ahli parlimen Gua Musang akan berpindah kiblat politik sekiranya PAS mengundangnya berbuat demikian. Sejauh mana tokoh Umno Kelantan itu bersetuju dengan 'grand design' tersebut tidaklah dapat dipastikan.
Kontroversi reformasi vs kontroversi transformasi
Begitulah, khabarnya, keraguan kumpulan pemimpin atasan PAS terhadap Anwar.
Bagaimanapun selepas beberapa siri rundingan antara PAS dengan PKR yang menawarkan Ku Li dan siri rundingan balas yang dibuat PKR terhadap PAS, isu tersebut yang bermula sekitar Februari kini sudah reda.
Satu-satunya calon perdana menteri Pakatan, setakat hari ini (hari lain mungkin berubah lagi), hanyalah Anwar.
Jadi, apabila nama Hadi disebut oleh Najib, beliau sendiri tahu bahawa tokoh utama PAS itu bukanlah pencabar dekatnya.
Lagipun,
menurut sumber dalaman PAS, Hadi masih dibelenggu rasa tidak yakin diri
atau "inferiority complex" untuk menerajui PAS berdepan isu-isu
kompleks negara.
Bukan sahaja Hadi kekok berdepan dengan Umno, malah berdepan dengan PKR atau DAP. Hadi hanyalah seorang tuan guru yang selesa dengan kehebatannya itu.
Malah disebut-sebut juga ada presiden "de facto" dalam PAS yang menggerakkan Hadi; tidak ubah menteri besar "de facto" semasa parti itu menguasai Terengganu.
Maka, perdana menteri tidak menjadikan Hadi sebagai sasaran serangannya di Bukit Jalil. Sebaliknya Anwar diburuk-burukkan oleh Najib.
Tetapi rakyat tentunya sedar -- sama ada perdana menteri atau calon perdana menteri -- kedua-duanya bergelumang dengan kontroversi yang besar dan kedua-duanya juga berdepan dengan sabotaj dalaman yang boleh merosakkan peluang masing-masing.
Di hari mengundi nanti, kita layak memberikan kata dua kepada Najib dan Anwar.
Dan sekali gus terpaksa menjawab persoalan ini: Kontroversi siapakah yang mahu kita sokong -- kontroversi reformasi atau kontroversi transformasi?
FATHI ARIS OMAR seorang editor kanan di Malaysiakini
Tiga nama ini sebetulnya subteks jujur sebagai perlambangan tiga tokoh parti Melayu (walau PKR lebih pelbagai kaum) yang berupaya merebut Putrajaya.
Lim
Kit Siang, Karpal Singh atau Lim Guan Eng tidak tersenarai kerana dalam
paradigma politik negara ini, khususnya dari kaca mata Umno, pemimpin
bukan Melayu tidak layak dipilih menerajui Malaysia.Najib Abdul Razak melontarkan tiga nama ini sewaktu berceramah ketika melancarkan manifesto BN hujung minggu lalu.
Selain bimbang asakan Pakatan Rakyat, beliau juga kelihatannya risau tahap sokongan dari dalam parti BN sendiri.
Maka
rayuannya itu turut meraih simpati terhadapnya (baca: calon boleh
menang pilihannya) daripada penyokong BN sendiri -- membayangkan rasa
tergugat dengan strategi terbarunya itu, "winnable candidates".Pilihan senarai calon BN, seperti juga Pakatan, akan menentukan tahap sokongan dan sabotaj.
BN awal-awal lagi cuba mendisiplinkan "warlords" di peringkat bahagian dengan mengugut mereka agar mematuhi pucuk pimpinan.
Isu disiplin sentiasa menjadi agenda majlis tertinggi Umno dan media arus perdana sejak Najib memperkenalkan konsep "winnable candidates".
Pintar, tapi bukan begitu popular
Difahamkan, sejak dua tahun lalu, presiden Umno terpaksa menggunakan saluran maklum balas akar umbi yang berharga puluhan juta ringgit dan jenteranya sendiri untuk memastikan konsep ini dapat dijayakan.
Melaluinya, sekali gus akan membelakangkan saluran Umno bahagian bersama "warlords" masing-masing, wang pelincir jentera tersebut akan disalurkan terus kepada "calon-calon boleh menang" pilihan Najib.
Presiden
Umno, dengan sistem pangkalan data ini, mencipta saluran maklum balas
baru selain bahagian-bahagian dan jentera kerajaan seperti Jabatan
Kemajuan Masyarakat (KEMAS) atau Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).Langkah Najib ini bolehlah dikira pintar tetapi beliau bukanlah terlalu popular sehingga jentera tradisi bahagian-bahagian Umno boleh menerimanya sebegitu sahaja.
Umno bahagian -- seperti juga parti-parti Pakatan -- ada waktu-waktunya boleh melancarkan "serangan balas" melalui pelbagai taktik sabotaj -- sama ada membiarkan calon sendirian, menyokong calon lawan, merosakkan jentera kempen atau tidak keluar mengundi.
Apatah lagi Najib dan keluarganya digayuti pelbagai kontroversi yang merimaskan Umno akar umbi.Selain bermacam-macam kontroversi Najib, isterinya Rosmah Mansor dikatakan satu daripada beberapa punca akar umbi parti itu sulit untuk mempertahankan Umno daripada asakan pembangkang.
Penjelasan Jacob & Co, tauke barang kemas tersohor dunia, Sabtu lalu dalam hal cincin RM24 juta menunjukkan betapa seriusnya palitan kontroversi itu terhadap keluarga Najib dan risiko isu ini pada pilihan raya umum.
Gara-gara cincin "puaka" ini, Rosmah sebelumnya terpaksa bersumpah dalam satu majlis makan malam di Kementerian Pertahanan dan juga mengulangkan penafiannya dalam buku autobiografinya yang terbit baru-baru ini.
Layanan istimewa pada isteri PM
Tidak hairanlah, kononnya, satu kajian di sebuah universiti menunjukkan tanggapan terhadap Rosmah jauh lebih buruk di kalangan ahli Umno berbanding orang ramai yang sedia negatif sikapnya.
Namun, mungkin keluarga Najib tidak menyedari betapa ganjil imej isterinya di mata umum.
Lihat
sahaja pelancaran buku autobiografinya -- pelancaran awal dibuat oleh
sultan Pahang dan pelancaran sebenarnya oleh mantan perdana menteri yang
paling berkuasa Dr Mahathir Mohamad!Apakah pernah ada sebuah buku isteri seorang perdana menteri yang baru memerintah selama empat tahun mendapat layanan seistimewa ini?
Namun, bukan hanya Najib bergelut dengan kontroversi. Calon perdana menteri Anwar Ibrahim juga tidak pernah kering daripada kontroversi.
Selain kes mahkamah sejak 1998 dan gosip-gosip seksual terkini, Anwar juga berdepan krisis kepercayaan di kalangan pemimpin-pemimpin kanan Pakatan sendiri, khususnya PAS.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang kelihatan tidak bercita-cita memimpin negara juga tidak selesa dengan Anwar.
Bukan
sekarang, malah sejak projek 16 September 2008 lagi, Abdul Hadi bersama
barisan penasihat kanannya meragui Anwar sehingga projek itu gagal
dilaksanakan oleh mantan timbalan perdana menteri itu.Bagi PAS, lebih baik Tengku Razaleigh Hamzah -- rakan kongsi lama dalam projek Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada 1990 -- dipilih menerajui negara daripada Anwar.
Ahli parlimen Gua Musang akan berpindah kiblat politik sekiranya PAS mengundangnya berbuat demikian. Sejauh mana tokoh Umno Kelantan itu bersetuju dengan 'grand design' tersebut tidaklah dapat dipastikan.
Kontroversi reformasi vs kontroversi transformasi
Begitulah, khabarnya, keraguan kumpulan pemimpin atasan PAS terhadap Anwar.
Bagaimanapun selepas beberapa siri rundingan antara PAS dengan PKR yang menawarkan Ku Li dan siri rundingan balas yang dibuat PKR terhadap PAS, isu tersebut yang bermula sekitar Februari kini sudah reda.
Satu-satunya calon perdana menteri Pakatan, setakat hari ini (hari lain mungkin berubah lagi), hanyalah Anwar.
Jadi, apabila nama Hadi disebut oleh Najib, beliau sendiri tahu bahawa tokoh utama PAS itu bukanlah pencabar dekatnya.
Lagipun,
menurut sumber dalaman PAS, Hadi masih dibelenggu rasa tidak yakin diri
atau "inferiority complex" untuk menerajui PAS berdepan isu-isu
kompleks negara.Bukan sahaja Hadi kekok berdepan dengan Umno, malah berdepan dengan PKR atau DAP. Hadi hanyalah seorang tuan guru yang selesa dengan kehebatannya itu.
Malah disebut-sebut juga ada presiden "de facto" dalam PAS yang menggerakkan Hadi; tidak ubah menteri besar "de facto" semasa parti itu menguasai Terengganu.
Maka, perdana menteri tidak menjadikan Hadi sebagai sasaran serangannya di Bukit Jalil. Sebaliknya Anwar diburuk-burukkan oleh Najib.
Tetapi rakyat tentunya sedar -- sama ada perdana menteri atau calon perdana menteri -- kedua-duanya bergelumang dengan kontroversi yang besar dan kedua-duanya juga berdepan dengan sabotaj dalaman yang boleh merosakkan peluang masing-masing.
Di hari mengundi nanti, kita layak memberikan kata dua kepada Najib dan Anwar.
Dan sekali gus terpaksa menjawab persoalan ini: Kontroversi siapakah yang mahu kita sokong -- kontroversi reformasi atau kontroversi transformasi?
FATHI ARIS OMAR seorang editor kanan di Malaysiakini

Pilihan raya dan harta awam
Apabila
kita membaca Sirah Nabi SAW kita merasa betapa kita umat Islam
khususnya kepimpinan negara-negara umat Islam amat jauh dari mengambil
teladan dari sirah baginda yang agung.
Sekalipun nama Nabi Muhammad SAW itu sering digunakan oleh pelbagai pihak termasuk golongan politik, namun realitinya kita lebih banyak menggunakan label dari mengambil isinya.
Menjelang
pilihan raya, tentu pelbagai pihak akan menyebut nama Nabi SAW seakan
merekalah yang paling dekat dengan ajaran baginda.
Ada yang mengaku keturunan Nabi SAW untuk menebalkan poket dan mendekatkan diri kepada penguasa. Ada yang mengakui kononnya ‘salafi' bermanhaj salaf konon padahal merekalah yang menyimpang dari maqasid agama yang dibawa oleh Nabi SAW.
Ada yang membangkitkan soal perkauman, lalu menyatakan perjuangannya diajar oleh Nabi SAW. Golongan politik pula akan menggunakan sesiapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menguntungkan kehendak politik mereka.
Jika nama Nabi SAW boleh dijual, mereka mungkin akan menjualnya untuk mendapatkan untung politik.
Tidak pelik
Kita jangan hairan jika orang politik mempunyai pelbagai watak terutama musim pilihan raya ini. Kita mungkin melihat mereka bagaikan wali yang suci dengan penuh tawaduk bersujud di depan khalayak ramai dan media.
Kemudian
kita juga mungkin mendapati mereka penuh kerakusan kuasa, meratah harta
awam, membohongi rakyat jelata, berjanji dusta dan menipu semahunya.
Kesemuanya mungkin bagi yang menjadikan kuasa matlamat kehidupan mereka.
Tidak kira apa jenama parti sekalipun, jika penyakit gila kuasa bersarang dan menguasai salur darah dan nafas seseorang, dia ketagih kuasa dan mungkin melakukan apa sahaja.
Hudaibiyah
Saya amat kagum dengan kejujuran Nabi SAW dalam melaksanakan janji yang dimeterai dan tidak pernah khianat kepada persetujuan yang dibuat. Perjanjian Hudaibiyah yang dibuat pada tahun keenam hijrah antara bukti yang mengagumkan.
Ramai
juga sahabat tidak bersetuju dengan isi perjanjian tersebut yang
dimeterai antara Nabi SAW dengan kaum Quraish Mekah yang terkenal sejak
dari hari awal terus menerus memerangi Islam. Suhail bin ‘Amr mewakili
pihak Quraish bagi memeterai perjanjian tersebut.
Antara isi perjanjian yang dipersetujui yang ialah sesiapa dalam kalangan Quraish yang pergi kepada pihak Muhammad (kaum muslimin di Madinah) tanpa keizinan keluarganya hendaklah dipulangkan kepada pihak Quraish.
Sesiapa dalam kalangan mereka yang bersama Muhammad yang pergi kepada pihak Quraish, tidak dipulangkan kepada pihak Muhammad'. (Isi perjanjian ini disebut dalam pelbagai riwayat dari al-Bukhari, Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dll).
Nabi SAW telah bersetuju dengan kandungan perjanjian ini. Ditakdirkan semasa perjanjian dimeterai, anak Suhail bin ‘Amr sendiri yang dipanggil Abu Jandal yang menganut Islam datang kepada Nabi SAW dalam keadaan dirantai kerana diseksa oleh bapanya.
Dia berjaya melarikan diri dari kepungan lalu datang mendapatkan Nabi SAW dan kaum Muslimin.
Kata
Suhail kepada Nabi SAW: "Wahai Muhammad! Ini perkara pertama yang aku
tuntut engkau laksanakan bagi perjanjian ini, engkau hendaklah
kembalikan dia kepadaku."
Nabi SAW cuba memujuk Suhail dengan pelbagai cara agar mengecualikan kes Abu Jandal ini.
Namun Suhail tetap berkeras dengan isi perjanjian tersebut. Para sahabat begitu sedih melihat Abu Jandal yang menganut Islam tetapi diseksa dengan begitu dahsyat oleh bapanya. Dia dirantai dan dipukul.
Baginda Nabi SAW terpaksa mengembalikan Abu Jandal kepada bapanya disebabkan perjanjian tersebut.
Abu Jandal menjerit dengan suara yang kuat menyebut: "Wahai kaum Muslimin! Tergamak kamu mengembalikan daku kepada puak syirik yang akan menyeksa daku kerana agamaku?"
Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Jandal: "Wahai Abu Jandal! Bersabar dan haraplah pahala. Sesungguhnya Allah akan menjadikan untuk engkau dan mereka yang tertindas bersamamu jalan keluar. Kita telah mengikat perjanjian dengan kaum Quraish. Kita terpaksa patuh dan mereka juga kena patuh. Kita sama sekali tidak mengkhianati mereka." (Riwayat Ahmad dan sebahagiannya dari al-Bukhari dan Ibn Ishaq).
Janji ditepati
Demikianlah setianya Nabi SAW kepada perjanjian. Walaupun para sahabat ramai yang tidak bersetuju dan mencadangkan peperangan, namun bukanlah seorang nabi jika baginda mengkhianati perjanjian.
Memang, jika kaum Muslimin memilih perang kemungkinan besar mereka boleh menang, buktinya dua tahun kemudian disebabkan Quraish sendiri yang melanggar perjanjian, Nabi SAW pun menawan Mekah pada tahun kelapan hijrah.
Namun Nabi SAW tidak memilih perang atas strategi politik baginda yang kemudiannya terbukti amat berkesan.
Jika perjanjian dengan musuh Islam dipatuhi oleh Nabi SAW tanpa khianat, apatah lagi jika kita berjanji sesama Muslim ataupun antara pemerintah dan rakyat.
Setiap pihak, terutama yang mengaku Muslim, yang sering menggunakan nama Nabi Muhammad SAW lebih wajar untuk mematuhi persetujuan yang disepakati.
Setiap parti dalam negara ini sudah ada kerajaan sama ada di peringkat pusat ataupun negeri. BN dan Pakatan juga sama.
Pada musim pilihan raya, mereka tidak boleh menggunakan harta negara ataupun negeri yang menjadi milik semua untuk kepentingan parti mereka.
Kereta kerajaan, harta kerajaan dan kemudahan kerajaan tidak boleh digunakan secara khusus untuk kempen kepentingan diri ataupun parti.
Khianat
Mereka tidak boleh datang berkempen diri ataupun parti menggunakan kereta ataupun apa sahaja harta awam. Bukan semua sokong BN ataupun Pakatan. Jika yang pro-BN reda, yang pro-Pakatan mungkin tidak reda.
Jika yang pro-Pakatan reda, yang pro-BN mungkin tidak reda. Jika kedua pihak reda meredai dalam membelasah harta awam, mungkin mereka yang tidak pro BN atau Pakatan tidak reda. Maka, mereka jangan khianat amanah yang diberikan di tangan mereka.
Demikian juga media awam yang dibayar oleh harta kerajaan, hendaklah bebas dari kepentingan mana-mana parti politik.
Sekian lama sejak merdeka, pihak penguasa sering ‘merembat' habis-habisan media-media awam ini, termasuk TV Hijrah yang kelihatan ‘agama' yang turut digunakan untuk kempen. Padahal ia dibiayai oleh harta awam yang menjadi milik bersama.
Dalam negara demokrasi yang berjanji satu proses pilihan raya yang adil, janji wajib itu dilaksanakan. Saya akur, telah berlaku usaha pembaikian pengurusan pilihanraya kita untuk membolehkan ia lebih adil. Kita hargai. Namun masih ada ruang yang patut dibaiki.
Saya tidak fanatik mana-mana parti. Bukan juga penjilat mana-mana pemimpin kerajaan ataupun pembangkang. Saya juga tidak beriman dengan kejujuran mana-mana parti yang sedia ada itu.
Namun setiap rakyat memerlukan maklumat yang saksama untuk dia membuat pilihan. Media awam patutnya memainkan peranan tersebut.
Jika ada media yang dimiliki oleh pihak-pihak tertentu, pihak lain juga patut diberikan lesen memiliki media mereka untuk membolehkan mereka menyiarkan pandangan mereka. Mana-mana pihak yang sanggup membentuk kerajaan yang memberikan hak tersebut, wajar disokong.
Akhirnya, setelah ruang mengenali setiap pihak dibuka secara adil, bermula dari mereka di universiti sehingga atuk dan tok wan di kampung dapat berfikir semampunya apa yang menjadi hasrat mereka sebagai rakyat, mereka pun mengundi. Undian itu mempunyai harga dan maruah diri rakyat.
Percayalah, jika ruang sepenuh dibuka pun, tidak semestinya mereka akan menukar kerajaan ataupun memilih pembangkang. Jika mereka menukar pun, itu hak mereka yang diberikan oleh sebuah negara yang adil.
PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinnya menggambarlan pendirian rasmi Malaysiakini.
Sekalipun nama Nabi Muhammad SAW itu sering digunakan oleh pelbagai pihak termasuk golongan politik, namun realitinya kita lebih banyak menggunakan label dari mengambil isinya.
Menjelang
pilihan raya, tentu pelbagai pihak akan menyebut nama Nabi SAW seakan
merekalah yang paling dekat dengan ajaran baginda. Ada yang mengaku keturunan Nabi SAW untuk menebalkan poket dan mendekatkan diri kepada penguasa. Ada yang mengakui kononnya ‘salafi' bermanhaj salaf konon padahal merekalah yang menyimpang dari maqasid agama yang dibawa oleh Nabi SAW.
Ada yang membangkitkan soal perkauman, lalu menyatakan perjuangannya diajar oleh Nabi SAW. Golongan politik pula akan menggunakan sesiapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menguntungkan kehendak politik mereka.
Jika nama Nabi SAW boleh dijual, mereka mungkin akan menjualnya untuk mendapatkan untung politik.
Tidak pelik
Kita jangan hairan jika orang politik mempunyai pelbagai watak terutama musim pilihan raya ini. Kita mungkin melihat mereka bagaikan wali yang suci dengan penuh tawaduk bersujud di depan khalayak ramai dan media.
Kemudian
kita juga mungkin mendapati mereka penuh kerakusan kuasa, meratah harta
awam, membohongi rakyat jelata, berjanji dusta dan menipu semahunya. Kesemuanya mungkin bagi yang menjadikan kuasa matlamat kehidupan mereka.
Tidak kira apa jenama parti sekalipun, jika penyakit gila kuasa bersarang dan menguasai salur darah dan nafas seseorang, dia ketagih kuasa dan mungkin melakukan apa sahaja.
Hudaibiyah
Saya amat kagum dengan kejujuran Nabi SAW dalam melaksanakan janji yang dimeterai dan tidak pernah khianat kepada persetujuan yang dibuat. Perjanjian Hudaibiyah yang dibuat pada tahun keenam hijrah antara bukti yang mengagumkan.
Ramai
juga sahabat tidak bersetuju dengan isi perjanjian tersebut yang
dimeterai antara Nabi SAW dengan kaum Quraish Mekah yang terkenal sejak
dari hari awal terus menerus memerangi Islam. Suhail bin ‘Amr mewakili
pihak Quraish bagi memeterai perjanjian tersebut. Antara isi perjanjian yang dipersetujui yang ialah sesiapa dalam kalangan Quraish yang pergi kepada pihak Muhammad (kaum muslimin di Madinah) tanpa keizinan keluarganya hendaklah dipulangkan kepada pihak Quraish.
Sesiapa dalam kalangan mereka yang bersama Muhammad yang pergi kepada pihak Quraish, tidak dipulangkan kepada pihak Muhammad'. (Isi perjanjian ini disebut dalam pelbagai riwayat dari al-Bukhari, Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dll).
Nabi SAW telah bersetuju dengan kandungan perjanjian ini. Ditakdirkan semasa perjanjian dimeterai, anak Suhail bin ‘Amr sendiri yang dipanggil Abu Jandal yang menganut Islam datang kepada Nabi SAW dalam keadaan dirantai kerana diseksa oleh bapanya.
Dia berjaya melarikan diri dari kepungan lalu datang mendapatkan Nabi SAW dan kaum Muslimin.
Kata
Suhail kepada Nabi SAW: "Wahai Muhammad! Ini perkara pertama yang aku
tuntut engkau laksanakan bagi perjanjian ini, engkau hendaklah
kembalikan dia kepadaku." Nabi SAW cuba memujuk Suhail dengan pelbagai cara agar mengecualikan kes Abu Jandal ini.
Namun Suhail tetap berkeras dengan isi perjanjian tersebut. Para sahabat begitu sedih melihat Abu Jandal yang menganut Islam tetapi diseksa dengan begitu dahsyat oleh bapanya. Dia dirantai dan dipukul.
Baginda Nabi SAW terpaksa mengembalikan Abu Jandal kepada bapanya disebabkan perjanjian tersebut.
Abu Jandal menjerit dengan suara yang kuat menyebut: "Wahai kaum Muslimin! Tergamak kamu mengembalikan daku kepada puak syirik yang akan menyeksa daku kerana agamaku?"
Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Jandal: "Wahai Abu Jandal! Bersabar dan haraplah pahala. Sesungguhnya Allah akan menjadikan untuk engkau dan mereka yang tertindas bersamamu jalan keluar. Kita telah mengikat perjanjian dengan kaum Quraish. Kita terpaksa patuh dan mereka juga kena patuh. Kita sama sekali tidak mengkhianati mereka." (Riwayat Ahmad dan sebahagiannya dari al-Bukhari dan Ibn Ishaq).
Janji ditepati
Demikianlah setianya Nabi SAW kepada perjanjian. Walaupun para sahabat ramai yang tidak bersetuju dan mencadangkan peperangan, namun bukanlah seorang nabi jika baginda mengkhianati perjanjian.
Memang, jika kaum Muslimin memilih perang kemungkinan besar mereka boleh menang, buktinya dua tahun kemudian disebabkan Quraish sendiri yang melanggar perjanjian, Nabi SAW pun menawan Mekah pada tahun kelapan hijrah.
Namun Nabi SAW tidak memilih perang atas strategi politik baginda yang kemudiannya terbukti amat berkesan.Jika perjanjian dengan musuh Islam dipatuhi oleh Nabi SAW tanpa khianat, apatah lagi jika kita berjanji sesama Muslim ataupun antara pemerintah dan rakyat.
Setiap pihak, terutama yang mengaku Muslim, yang sering menggunakan nama Nabi Muhammad SAW lebih wajar untuk mematuhi persetujuan yang disepakati.
Setiap parti dalam negara ini sudah ada kerajaan sama ada di peringkat pusat ataupun negeri. BN dan Pakatan juga sama.
Pada musim pilihan raya, mereka tidak boleh menggunakan harta negara ataupun negeri yang menjadi milik semua untuk kepentingan parti mereka.
Kereta kerajaan, harta kerajaan dan kemudahan kerajaan tidak boleh digunakan secara khusus untuk kempen kepentingan diri ataupun parti.
Khianat
Mereka tidak boleh datang berkempen diri ataupun parti menggunakan kereta ataupun apa sahaja harta awam. Bukan semua sokong BN ataupun Pakatan. Jika yang pro-BN reda, yang pro-Pakatan mungkin tidak reda.
Jika yang pro-Pakatan reda, yang pro-BN mungkin tidak reda. Jika kedua pihak reda meredai dalam membelasah harta awam, mungkin mereka yang tidak pro BN atau Pakatan tidak reda. Maka, mereka jangan khianat amanah yang diberikan di tangan mereka.
Demikian juga media awam yang dibayar oleh harta kerajaan, hendaklah bebas dari kepentingan mana-mana parti politik. Sekian lama sejak merdeka, pihak penguasa sering ‘merembat' habis-habisan media-media awam ini, termasuk TV Hijrah yang kelihatan ‘agama' yang turut digunakan untuk kempen. Padahal ia dibiayai oleh harta awam yang menjadi milik bersama.
Dalam negara demokrasi yang berjanji satu proses pilihan raya yang adil, janji wajib itu dilaksanakan. Saya akur, telah berlaku usaha pembaikian pengurusan pilihanraya kita untuk membolehkan ia lebih adil. Kita hargai. Namun masih ada ruang yang patut dibaiki.
Saya tidak fanatik mana-mana parti. Bukan juga penjilat mana-mana pemimpin kerajaan ataupun pembangkang. Saya juga tidak beriman dengan kejujuran mana-mana parti yang sedia ada itu.
Namun setiap rakyat memerlukan maklumat yang saksama untuk dia membuat pilihan. Media awam patutnya memainkan peranan tersebut.
Jika ada media yang dimiliki oleh pihak-pihak tertentu, pihak lain juga patut diberikan lesen memiliki media mereka untuk membolehkan mereka menyiarkan pandangan mereka. Mana-mana pihak yang sanggup membentuk kerajaan yang memberikan hak tersebut, wajar disokong.
Akhirnya, setelah ruang mengenali setiap pihak dibuka secara adil, bermula dari mereka di universiti sehingga atuk dan tok wan di kampung dapat berfikir semampunya apa yang menjadi hasrat mereka sebagai rakyat, mereka pun mengundi. Undian itu mempunyai harga dan maruah diri rakyat.
Percayalah, jika ruang sepenuh dibuka pun, tidak semestinya mereka akan menukar kerajaan ataupun memilih pembangkang. Jika mereka menukar pun, itu hak mereka yang diberikan oleh sebuah negara yang adil.
PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinnya menggambarlan pendirian rasmi Malaysiakini.
Rasisme perkauman dan sejarahnya
Pekerja
parti tersebut menjeritkan "Bunuh Tian Chua" apabila naib presiden Umno
itu menggesa mereka bersatu di belakang Barisan Nasional (BN) dan
"menghapuskan pengkhianat" seperti naib presiden PKR - lebih dikenali
sebagai Tian Chua di mana sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) telah
dituduh menghasut serangan Sulu terhadap Sabah. - petikan Malaysian Insider
Discussing the battle against a Muslim warlord in Somalia, Boykin told another audience, "I knew my God was bigger than his. I knew that my God was a real God and his was an idol." - petikan Lt Gen William G "Jerry" Boykin dari Los Angles Times
Dua petikan laporan media di atas adalah kenyataan rasis. Para pembaca pasti akan bertanya bagaimana cara untuk memahami makna dan tanda kenyataan tersebut. Justeru, pembaca akan bertanya apa itu rasisme? Dari mana datangnya rasisme? Bagaimana rasisme berkembang? Dari mana sejarah punca rasisme?
Ini adalah soalan-soalan wajib dihuraikan agar kita semua mendapat pencerahan. Pencerahan ini juga diharapkan akan dapat digunakan untuk kita menilai diri kita sendiri. Menilai dan bertanya pada diri sendiri: apakah aku ini seorang rasis?
Satu jalur rasisme ialah fahaman perkauman. Fahaman perkauman akan membenci orang asing yang berbeza dari kumpulan sendiri. Jangan silap faham rasisme bukan hanya dimiliki oleh yang berkulit putih. Yang berkulit hitam, berkulit sawo matang atau berkulit kuning pun berkeupayaan untuk menjadi rasis. Asas rasisme bukan warna kulit.
Kebencian dan tidak suka kepada orang lain sahaja bukan rasisme. Kebencian tak tentu hala ini timbul dari prasangka yang disalut dengan kebodohan. Misalnya ada kenalan kita yang tidak suka orang lain kerana orang lain tidak bersunat. Atau tidak suka kerana orang lain ini makan pakai penyepit. Dan, dan, dan... ini bukan rasis. Ini sikap orang bodoh.
Rasisme sebagai satu jalur fahaman berkait rapat dengan kuasa. Yang TIDAK memiliki kuasa PASTI tidak akan memiliki keupayaan untuk menjadi rasis. Untuk rasisme bergerak ia wajib dibantu dan disokong oleh kuasa. Tanpa kuasa tidak wujud rasisme. Kuasa pula wajib disokong oleh modal. rasisme berpunca dari pemilikan harta kekayaan. Justeru, asal usul rasisme ialah perebutan harta kekayaan.
Kuasa imperial Anglo-Amerika yang menakluk dunia hari ini berasaskan rasisme. Amerika diteroka dan menjadi kaya raya dengan tenaga hamba abdi yang ditangkap dari Afrika. Justeru untuk menghalalkan penghambaan ini disebarkan ajaran tentang warga Afrika yang berkulit hitam ini bodoh, bebal dan hanya boleh bekerja di ladang.
Justeru orang kulit hitam dipaksa untuk jadi hamba. Tujuan memiliki abdi ini ialah untuk menggunakan tenaga mereka di ladang kapas. Tujuan berladang ialah untuk mengumpul harta kekayaan. Terbukti jelas asas rasisme ialah pengumpulan harta kekayaan. Di belakang fahaman ini ialah kuasa senjata tuan empunya ladang.
Fahaman dan falsafah rasis ini juga dibantu oleh agama. Ajaran agama yang mengajar dan mendidik manusia untuk hormat menghormati sesama manusia kini disongsangkan. Ada rabai, rahib, imam atau paderi yang menggunakan ayat-ayat suci untuk mengolah persetujuan mencari pengaruh. Lalu para agamawan ini mengakui bahawa agama anutan mereka sahajalah yang tepat. Hanya Tuhan mereka sahajalah yang benar. Hanya bangsa dan kaum mereka sahajalah dipilih oleh Tuhan.
Teknik penjajahan dan penghambaan di Amerika juga dijalankan oleh penjajah British di Tanah Melayu. Disebarkan propaganda tentang orang Melayu malas. Justeru melalui hujah ini, tanah dan bumi Melayu diambil. Dengan hujah ini British memiliki sebab untuk membawa masuk imigran India dan China ke Tanah Melayu. Sikap rasis British ini bertujuan untuk memunggah harta kekayaan bumi Melayu.
Konsep Melayu malas ialah falsafah, ideologi dan faham rasis dari British. Malah semua kuasa yang mengamalkan dasar rasis akan memiliki ajaran falsafah yang memperkecil, menghina atau membodohkan sesuatu kumpulan atau bangsa yang ingin dijajah. Kuasa British menghina Bangsa Melayu kerana kaum pemodal British mahu bijih, emas dan perak yang tersimpan dalam perut Tanah Melayu.
Setelah memahami konsep dan asal usul rasisme mari kita lihat politik terkini, lihat bagaimana penyokong United Malays National Organisation melaungkan "bunuh Tian Chua". Ini adalah laungan rasis yang disokong oleh kuasa. Bukan semua penyokong parti politik bebas melaungkan bunuh Si Polan atau Si Anu. Kalau para aktivis Angkatan Muda Keadilan bangun dan melaungkan "bunuh Najib" pasti dalam sekelip mata sahaja mereka akan digari. Di sini jelas peranan kuasa yang menjadi pemandu rasisme.
Kumpulan Pemuda United Malays National Organisation itu sedar bahawa mereka boleh melaungkan "bunuh Tian Chua" kerana mereka tahu di belakang mereka adalah kuasa yang menghalal dan mempertahankan perbuatan mereka.
Tian Chua dipilih untuk dibunuh bukan kerana sandiwara Lahad Datu atau kerana Tian Chua berkata "soldadu Mati Ibrahim Ali". Semua ini tidak betul. Tian Chua TIDAK pernah menyuarakan pendapat sedemikian. Tian Chua hendak dibunuh kerana Tian Chua China.
Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dalam ucapannya pada ceramah Pakatan Rakyat di Dataran Sungai Air Tawar, dengan lantang menyatakan Lahad Datu adalah ‘wayang' yang dipentaskan oleh United Malays National Organisation bagi tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat di Sabah. Tetapi Lajim TIDAK diusik kerana Lajim Melayu.
Banyak blog, banyak laman, ramai warga Sabah malah saya sendiri tidak pernah berhenti menganalisa Lahad Datu untuk menerangkan kepada pembaca bahawa Lahad Datu ini hanyalah satu sandiwara. Tetapi hanya Tian Chua dipilih kerana Tian Chua Cina.
Strategi rasis United Malays National Organisation ini mula disusun terperinci apabila parti ini tewas dalam pilihan raya 1969. Sebelum 13 Mei 1969 yang wujud hanyalah sikap prasangka antara kaum-kaum - Melayu tak suka China, India tak suka Melayu atau China suka Melayu. Sikap prasangka yang sedia wujud ini telah diolah untuk dijadikan satu ideologi yang disokong oleh kuasa daulah.
Ideologi rasisme disusun dan distrukturkan. Kemudian pada tahun 1974 lembaga Biro Tata Negara (BTN) diwujudkan untuk mengembangkan ideologi rasis ini. BTN sebagai satu organisasi boleh disamakan dengan kumpulan Brown Shirt yang membantu Hitler mewujudkan kuasa Nazi di Jerman. BTN bawah Jabatan Perdana Menteri, menyebar dan mengembangkan ideologi rasis Ketuanan Melayu yang menjadi falsafah pegangan United Malays National Organisation.
Kalau Brown Shirt bergerak untuk memboikot perniagaan orang Yahudi di Jerman. BTN pula menyebarkan pandangan bagaimana orang Melayu telah hilang harta kekayaan kerana kaum China dan India. China dan India ditakrif sebagai imigran yang wajib dimusuhi dan dicurigai. Lirik lagu Anak Anak Kecil Bermain Api - lagu resmi BTN - menjadi pedoman ideologi rasis BTN.
BTN mengembangkan ideologi rasis untuk menyokong dan memperkasa Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada tahun 1971. DEB ini berhujah bahawa Orang Melayu miskin kerana harta kekayaan negara ini dibolot oleh orang Cina. Keseluruhan Orang Cina mengikut istilah rasis BTN dilihat sebagai musuh untuk keseluruhan Orang Melayu.
BTN mengadakan kuliah dan bengkel tertutup. Anak-anak mahasiswa Melayu sahaja yang diwajibkan datang ke khemah BTN. Malah jika ada pelajar enggan datang ke khemah BTN mereka akan disenarai hitam. Para pelajar Melayu yang ingin menyambung pelajaran ke luar negara menjadi mangsa BTN. Jika gagal datang ke khemah BTN biasiswa akan ditarik dan mereka akan dinafikan hak belajar ke luar negara. Kuliah dan bengkel BTN juga diwajibkan untuk pegawai-pegawai kerajaan yang berbangsa Melayu. Dalam strategi BTN, untuk DEB berjaya maka para profesional Melayu wajib mendapat suntikan rasis. DEB memerlukan sokongan ideologi Ketuanan Melayu dari kaki tangan kerajaan.
Laungan "bunuh Tian Chua" yang kita dengar itu adalah hasil dari penyebaran fahaman rasisme Melayu. Fahaman rasisme Melayu ini semakin berkembang. Ini kerana lembaga BTN ini masih lagi wujud dan bergerak cergas. United Malays National Organisation yang kini terdesak amat-amat memerlukan ideologi rasis untuk terus bergerak. BTN diperlukan sebagai wadah fahaman rasis ketuanan Melayu dapat dikembangkan.
Orang ramai dan bakal pengundi tidak lagi menyokong konsep rasis Ketuanan Melayu. Kerana itu parti Ketuanan Melayu ini dengan bijak menggunakan pelbagai NGO sebagai anak syarikat untuk terus mengembang fahaman rasis. Badan NGO tajaan United Malays National Organisation ini sedang menyebarkan fahaman rasis dengan berselindung di belakang raja, bangsa dan Islam.
Jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa ‘muka-muka' besar dari BTN ini sedang bergerak cergas menyebarkan fahaman rasisme. Ramai pegawai-pegawai atau bekas pegawai BTN ini telah menyelinap masuk ke dalam pelbagai parti politik dan badan agama. Hasan Ali ‘taiko BTN' pada awalnya masuk ke dalam parti PAS, kini menjadi taiko Tiga Jalur. Roslan Kassim yang juga ‘taiko' BTN, pada awalnya memasuki PKR - kini bergerak cergas sebagai ketua penerangan Perkasa.
Di mana akan berakhirnya laungan rasis "bunuh Tian Chua" masih belum jelas. Apa yang jelas pada tahap ini kita wajib terus menentang dan menelanjangi rasisme ajaran BTN. Kita juga wajib tegas dan berani melawan ‘tunggul-tunggul' BTN yang bertaburan atau yang sedang menyamar sebagai Pak Lebai.

Politik baru lepas PRU ke-13
Saya
teringatkan keadaan Saidina ‘Ali bin Abi Talib RA yang menjadi khalifah
selepas krisis paling besar dalam sejarah umat Islam iaitu peristiwa
pembunuhan khalifah ketiga, Saidina ‘Uthman bin ‘Affan.
Umat Islam terpinga-pinga dengan keadaan politik baru ketika itu. Suatu pengalaman yang cukup baru, khalifah dibunuh dan pemberontak menguasai negara.
Dalam celahan itu, dengan desakan pemberontak dan umat Islam juga sebahagiannya bersetuju maka terlantiknya ‘Ali bin Abi Talib memegang jawatan khalifah.

Gawat
Suasana prasangka memenuhi dunia Islam ketika itu. Ini persis kata-kata Abu al-Hassan ‘Ali al-Nadwi:
"Pelantikan Saidina ‘Ali sebagai khalifah dibuat dalam keadaan yang paling gawat dan penuh dengan ujian getir dalam sejarah. Ini kerana apabila ‘Ali dilantik sebagai pimpinan kerajaan dan masyarakat atau dibai'ah sebagai khalifah dalam keadaan peristiwa syahidnya Khalifah al-Muslimin ‘Uthman ibn ‘Affan RA baharu sahaja berlaku dengan cara yang paling keji, kejam dan ganas.
"Pada zaman itu terkumpul faktor-faktor negatif seperti ketidakpuasan hati, sentuhan perasaan dan jiwa. Banyak pula khabar angin, persoalan dan salah faham yang timbul. Perasaan ingin tahu dan meminta penjelasan semakin melonjak-lonjak. Berita syahidnya ‘Uthman menjadi tajuk perbualan di mana-mana.
"Suara orang ramai kedengaran di sana-sini meminta pelaksanaan hukuman bunuh balas terhadap pembunuh ‘Uthman. Begitulah keadaan masyarakat manusia pada setiap masa dan zaman apabila berlakunya kejadian yang asing bagi mereka. Maka hilanglah ketenteraman dan ketenangan". (Al-Nadwi, Al-Murtadha, ms 141. Dar al-Qalam: Damsyik)

'Ali
menerima jawatan tersebut dalam keadaan yang demikian. Hasilnya,
berlakulah pergolakan politik yang dahsyat. Perpecahan rakyat,
kemunculan pelbagai aliran mazhab, pertumpahan darah dan seumpamanya.
Saya tertarik dengan jawapan Abdullah bin ‘Abbas apabila ‘Ali bertanya pandangannya tentang keadaan polisi-polisi yang ‘Ali ambil pada masa tersebut.
Antaranya, Abdullah bin ‘Abbas berpendapat sepatutnya semasa pembunuhan ‘Uthman, ‘Ali keluar ke Mekah dan tinggal di sana. Apabila orang ramai tidak dapat mencari pengganti khalifah mereka akan mencari ‘Ali dan menjemputnya ke Madinah lalu melantiknya sebagai khalifah.
Ini tentu tidak akan menimbulkan sebarang sangkaan buruk Bani Umayyah. Namun apa yang berlaku sekarang ialah ‘Ali menggantikan jawatan khalifah yang dibunuh ketika beliau sendiri berada di Madinah. Sudah tentu ada pihak yang menganggap ‘Ali perlu dipertanggungjawabkan (Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 4/438-439. Rawa‘i al-Turath al-Islami: Beirut).

Tempoh perubahan
Pandangan Ibn ‘Abbas itu ada benarnya. Ketika negara dalam krisis kepimpinan, pemimpin yang selamat ialah pemimpin yang berkemampuan yang digesa oleh rakyat untuk memimpin mereka.
Ini lebih baik dari pemimpin yang mengambil kedudukan dalam keadaan rakyat masih terpinga-pinga. Ya, walaupun pemimpin penyelamat semasa gawat juga diperlukan, namun sangat terdedah kepada pelbagai fitnah dan ketidakpuasan hati rakyat. Hal yang sama kita lihat berlaku kepada Presiden Morsi di Mesir sekarang.
Oleh kerana banyak dan tingginya ‘expectation' rakyat, di samping kekangan pelaksanaan yang ada disebabkan saki baki regim yang lepas dan pengalaman yang belum cukup baik, maka ia merupakan saat yang paling mencabar dan mudah disalahfahami.
Dr Morsi akhirnya dilihat terpaksa bertindak dengan gaya yang sedikit sebanyak ada persamaan dengan regim Mubarak yang lepas. Di samping al-Ikhwan al-Muslimin yang berpecah dan mempunyai beberapa pendekatan yang kontraversi dalam politik perubahan.

Keadaan ini kadang-kala
menunjukkan ada baiknya tokoh-tokoh gerakan Islam dan ilmuwan dalam masa
transisi politik berjalan hendaklah bersabar dengan memberi laluan
kepada pihak lain terlebih dahulu.
Apa yang penting hendaklah dipastikan pihak lain tersebut mendokong hasrat perubahan kepada yang lebih baik. Selepas tempoh yang rumit dan mood rakyat hendakkan perubahan yang seterusnya, maka di situ mungkin peranan tokoh-tokoh yang berwibawa akan lebih berkesan.
Mungkin laluan terpaksa diberikan kepada orang yang kurang kualiti tetapi mampu menjayakan perubahan yang seterusnya.
Nabi menyatakan kadang-kala orang yang jahat secara tidak langsung dapat membantu agama.
Sabda Nabi SAW: "Tidak akan masuk syurga melainkan orang yang beriman, dan sesungguhnya Allah (kadang-kala) menolong agama ini dengan lelaki jahat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Cabaran
Keadaan
dalam masa transisi mungkin banyak perkara tidak dapat dilaksanakan.
Suasana yang tidak kondusif akan menggagalkan banyak idea-idea yang
baik. Hal ini dirasai oleh Khalifah ‘Ali bin Abi Talib apabila dia
dipersoalkan tentang kegagalan melaksanakan undang-undang ke atas
pembunuh khalifah ‘Uthman bin ‘Affan.
Para sahabat Nabi SAW termasuk Talhah dan al-Zubayr telah menemui ‘Ali meminta kepadanya:
"Wahai ‘Ali! Kami mengisyaratkan agar engkau menegakkan hukum bunuh balas. Mereka adalah kaum yang terlibat dalam konspirasi pembunuhan ‘Uthman dan menghalalkannya.
Jawab ‘Ali: "Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku bukannya jahil tentang apa yang kamu semua tahu. Namun apa yang boleh aku lakukakn terhadap suatu kaum yang menguasai kita dan kita tidak mampu menguasai mereka.
"Hamba kamu dan golongan badawi yang ada telah menyertai mereka. Hamba kamu dan golongan badawi yang ada telah menyertai mereka. Mereka berada di tengah-tengah kamu dan bertindak apa sahaja yang mereka suka. Apakah kkamu melihat adanya kemampuan terhadap apa yang kamu mahu?" (Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 4/ 437).
Akhirnya, Ali yang diheret ke dalam kancah perbalahan sesama sahabah Nabi SAW yang padahal kesemua mereka mempunyai hasrat baik yang sama.
Proses perubahan yang paling mencabar ialah setelah sesuatu regim ataupun kuasa yang dinyahkan rakyat itu tumbang.

Seringkali
mengisi kemenangan jauh lebih sukar dan mencabar dibandingkan
merebahkan sesuatu kuasa. Saki-baki kesan kuasa yang lepas, mentaliti
rakyat, mentaliti dan sikap pendokong perubahan itu sendiri setelah
mencapai kemenangan, kemampuan idealisme dan kewibawaan kepimpinan
menjadi cabaran bagi sesebuah kerajaan baru.
Congakan politik hendaklah kemas kepada sesiapa yang membuat keputusan yang menjadi pemimpin utama sebaik sahaja mana-mana regim ataupun kuasa ditukar. Al-Rabi' al-‘Arabi (Arab Spring) memberi banyak pengajaran kepada pejuang perubahan.

Pasca PRU-13
Kita inginkan landskap baru politik bagi negara ini setelah nanti berlangsungnya ibu segala pilihan raya bagi negara ini iaitu PRU-13. Kita ingin melihat tamatnya krisis politik warisan kepada kemunculan urus tadbir yang sangat baik sebuah kerajaan (good governance).
Bermula dari kita tidak ingin lagi mendengar kisah pertarungan politik Mahathir-Anwar yang tidak habis-habis dan memakan korban pelbagai pihak, kepada tamatnya monopoli kerajaan terhadap harga diri rakyat, kronisme, rasuah, penyalah gunaan kuasa seperti di Sarawak dan seumpamanya.
Kita tidak ingin lagi memilih pemimpin yang kurang buruk secara perbandingan, tetapi ingin memilih pemimpin yang terbaik antara yang terbaik. Era dan warisan krisis politik Mahathir-Anwar mestilah diakhirkan kepada nafas politik baru yang lebih segar.

Kita
mesti pencenkan dinasour-dinasour politik yang sedia ada samada di
pihak BN ataupun Pakatam. Di samping semua mereka ada sumbangan
tersendiri dan kita menghargainya, tetapi mereka telah membawa dendam
warisan, politik era lama yang tidak sesuai lagi bagi generasi yang mahu
ke hadapan.
Kita mahu politik yang lebih segar bukan politik selak kain, tetapi politik telus dan idea yang bernas.
Ini harapan kita. Masih banyak kerja yang perlu dibuat selepas PRU-13. Masih banyak ruang untuk diisi dan perjuangan yang mesti dilangsungkan.
Kita ingin melihat Malaysia baru yang segar dan bebas dari mimpi-mimpi buruk semalam. Namun kita sedar semua itu tidak boleh berlaku melainkan PRU13 mesti mencetus satu perubahan besar yang memberi ruang dan peluang untuk perubahan seterusnya dapat dilakukan.
Kita mahu politik yang lebih segar bukan politik selak kain, tetapi politik telus dan idea yang bernas.
Ini harapan kita. Masih banyak kerja yang perlu dibuat selepas PRU-13. Masih banyak ruang untuk diisi dan perjuangan yang mesti dilangsungkan.
Kita ingin melihat Malaysia baru yang segar dan bebas dari mimpi-mimpi buruk semalam. Namun kita sedar semua itu tidak boleh berlaku melainkan PRU13 mesti mencetus satu perubahan besar yang memberi ruang dan peluang untuk perubahan seterusnya dapat dilakukan.
PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinnya menggambarlan pendirian rasmi Malaysiakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan