Jumaat, 12 April 2013

PM KETUJUH DALAM ILMU@PENGETAHUAN ALLAH....JIKA ITU YANG TELAH DITAKDIRKAN OLEH ALLAH....TIADA SAPE YANG BOLEH MENGHALANG

'Bukan Umno ambil Wangsa Maju, MCA beri balik'

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata MCA telah mengembalikan kerusi parlimen Wangsa Maju kepada Umno pada pilihan raya umum akan datang.

Bahkan tegasnya, Umno tidak berniat untuk merampas mana-mana kerusi termasuk di Wangsa Maju kerana BN mengambil sikap secara konsensus untuk menyelesaikan masalah.

NONE"Di Wangsa Maju, sebenarnya dia (MCA) beri balik kepada kita. Dahulu, semasa saya jadi pengerusi perhubungan Umno negeri kerusi (itu) khusus untuk kaum India.

"Entah tak tahu macam mana, diberikan kepada MCA bertanding. Itu saya tidak tahu. Semasa saya jadi pengerusi perhubungan, saya tahu ada lebih kurang 100,000 orang India.

"Jadi saya cadangkan tempat ini diberikan kepada kaum India. Tapi diberi kepada MCA, pinjamlah. Sekarang, MCA pulangkan balik dan dia baca keadaan. Dia rasional," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan KARISMA anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur di Putrajaya.

Beliau mengulas berhubung kemarahan ahli akar umbi MCA berhubung beberapa kerusi yang "dipinjamkan" kepada Umno dan parti komponen lain pada pilihan rayan umum akan datang.

Kerusi lain barangkali...
Antara kerusi yang menjadi pertikaian akar umbi adalah Gelang Patah, Tebrau, Wangsa Maju dan Kuantan.

Malah Pengerusi BN Wangsa Maju Datuk Shafie Abdullah dilapor membidas sikap dan tindak tanduk segelintir pemimpin MCA bahagian Wangsa Maju yang cuba menggertak BN bahagian itu menjelang pilihan raya umum.

mca member ngo support yew teong look 100413 lim choon hongBeliau menyifatkan kenyataan Setiausaha MCA bahagian Lim Choon Hong (kanan) yang mengugut menarik diri sekiranya ketua mereka Datuk Yew Teong Look tidak dicalonkan sebagai "memalukan BN".

Sementara itu, ditanya sama ada Umno akan bertanding kerusi lain MCA - antaranya yang disebut-sebut Gelang Patah dan Kuantan - Tengku Adnan berkata:

"Setakat ini barangkali... Kamu tunggulah (pengumuman)," katanya sambil menambah dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib hujung minggu ini atau awal minggu depan.

Diminta mengesahkan sama ada pembahagian kerusi "yang dipertikaikan" itu telah selesai, Tengku Adnan enggan menjawab secara langsung sebaliknya berkata:

"Kita ikut apa yang telah diputuskan," katanya sambil menambah selepas ini Najib akan menyampaikan watikah calon kepada ketua perhubungan Umno negeri untuk diumumkan.
Ku Nan yakin dua pertiga tolak Husam di P'jaya

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yakin pengundi di Putrajaya akan menolak Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang akan bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

Tengku Adnan, penyandang kerusi Parlimen itu, berkata beliau percaya Husam akan ditolak dua pertiga oleh pengundi di kawasan itu memandangkan beliau adalah "orang luar daripada Putrajaya".

NONEMenurut Tengku Adnan (kiri) lagi, rakyat akan memilih wakil rakyat "yang dikenali dan mengambil tahu keperluan mereka".

"Saya berkeyakinan Husam akan mendapat dua pertiga penolakan khusus dia datang daripada luar Putrajaya.

"Walaupun orang Putrajaya sebut saya bukan asal Putrajaya, ini tempat baru tetapi saya berada di sini (Putrajaya) dan sejak dibangunkan sejak 1990-an. Dan mereka lebih kenal," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan KAR1SMA anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan KL, di Putrajaya.

Tengku Adnan yang juga ketua Umno Putrajaya berkata Umno tidak gentar berdepan dengan Husam kerana kawasan itu didiami oleh pegawai kerajaan daripada pelbagai latar belakang dan asal-usul mereka.

"Saya yakin rakyat rasional (untuk memilih wakil rakyat)," katanya ketika ditanya sama ada sentimen kenegerian mempengaruhi pola pengundian di Putrajaya.

Faktor Kenegerian bukan isu
Menurutnya lagi, sentimen kenegerian "tidak ada kena mengena" untuk dijadikan faktor perubahan pengundi di kawasan itu.

"Kita rakyat Malaysia. Sentimen kenegerian tidak ada kena mengena. Dia rakyat negeri Kelantan ke, Johor ke, Selangor ke, dia tak ada kena mengena," katanya.

NONESesetengah pihak berpendapat, tindakan Husam yang juga exco kanan Kelantan berpindah tempat ekoran ramai rakyat kelahiran negeri itu kini mengundi di Putrajaya.

Sambil mengulangi dengan 'mengalu-alukan' Husam yang juga exco Kelantan bertanding di Putrajaya, Tengku Adnan berkata Umno dan parti komponen BN yakin mereka akan mempertahankan kerusi Putrajaya.

Bahkan, katanya selama ini, BN telah melakukan gerak kerja dan program sejak dahulu lagi.

"Selama ini rakyat mengetahui apa program dan kerja yang dilakukan oleh wakil rakyat sejak 2004 hingga sekarang.

"Mereka tahu wakil rakyat yang melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk rakyat," katanya yang juga setiausaha BN.

Umno mempunyai lebih 43 cawangan di Putrajaya dan parti komponen MCA, MIC dan Gerakan juga mempunyai cawangannya di kawasan tersebut.

Dalam pilihan raya umum lalu, Tengku Adnan mengalahkan calon PAS Mohammad Nor Mohamad dengan majoriti 2,734 undi di kerusi 95 peratus pengundi Melayu itu.
TI-M: Tidak perlu layanan istimewa pada Taib

Ketika Tan Sri Taib Mahmud melabelkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai "nakal" dan "tidak jujur", Transparency International-Malaysia (TI-M) mengingatkan ketua menteri Sarawak itu bahawa dipilih dalam pilihan raya tidak semesti membuatkannya tergolong dalam "kelas istimewa".

NONEPresiden TI-M Paul Low (kanan) berkata, oleh kerana Taib dipilih oleh rakyat, beliau patut menghormati dan menjunjung kedaulatan undang-undang pada setiap masa.

"Kita tahu beliau dipilih oleh rakyat. Tetapi ini tidak bermakna beliau tergolong dalam kelas istimewa (yang tidak boleh disiasat).

"Sebaliknya, oleh kerana dipilih rakyat, rakyat mahukan kamu lakukan perkara yang betul dengan menghormati dan menjulang kedaulatan undang-undang pada setiap masa," katanya kepada Malaysiakini.

Low mengulas sikap keras Taib pada SPRM awal minggu lalu, termasuk keengganannya memberikan kerjasama terhadap suruhanjaya antirasuah itu.
Bos Glomac juga dalam senarai MB BN di S'gor

Walaupun calon menteri besar BN di Selangor makin mari makin banyak, Ketua Pegawai Eksekutif Glomac (CEO) Fateh Iskandar Mansor nampaknya konsisten dalam senarai itu.

Lebih dikenali sebagai FD Iskandar, spekulasi seputar ahli perniagaan itu mula timbul apabila beliau dilantik sebagai bendahari Umno Selagor pada 2009.

NONESelepas empat tahun, ahli akademik masih melihatnya sebagai calon pilihan untuk kerusi itu sekiranya BN kembali merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.

FD Iskandar (kanan), 48, mengganggotai lembaga syarikat berkaitan BN yang terkenal.

(FD merupakan singkatan daripada nama datuknya Fateh Din. Singkatan ini turut digunakan oleh bapanya, FD Mansor.)

Pada 2009, beliau diletakkan dalam lembaga Kumpulan NSTP dan Media Prima Bhd, yang dilihat bagi mewakili kepentingan Umno dalam syarikat itu.

Sumber-sumber mendakwa, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak sendiri menawarkan jawatan itu kepada FD Iskandar dan pelantikannnya sebagai bendahari BN negeri sebenarnya khas bagi tujuan itu.
Dakwaan barang kemas arwah ibu hilang dalam simpanan polis

Seorang wanita hari ini membuat laporan polis selepas mendapati barangan kemas bernilai lebih RM50,000 milik keluarganya yang dijadikan bahan bukti dalam kes pembunuhan ibunya pada 1999 hilang dalam simpanan polis.
  
Tuan Rozita Tuan Kechil, 46, berkata barangan kemas itu berupa seutas rantai leher bermutiara, sepasang subang, seutas loket, seutas rantai tangan dan seutas rantai leher yang didakwanya hilang selepas disimpan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.
  
Tuan Rozita telah membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam pada 15 September tahun lalu serta menghubungi pegawai penyiasat kes berkenaan, namun tidak mendapat sebarang maklum balas sehingga kini.
  
"Saya dimaklumkan pegawai terbabit telah berpindah ke tempat lain, saya gagal menghubunginya lagi. Saya hanya mahu mendapatkan semula barangan kemas milik arwah ibu saya yang dimaklumkan kepada saya yang telah hilang," katanya dengan ditemani peguamnya Mohd Fadzli Mohd Ramly ketika membuat laporan di Balai Polis Kuantan hari ini.
  
"Kes sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana itu merupakan barangan kes dalam simpanan polis dan tidak sepatutnya hilang apabila dituntut semula," katanya.
  
Mohd Fadzli pula berkata kehilangan harta pusaka milik keluarga mangsa menimbulkan persoalan sama ada peti besi yang menyimpan barang kemas itu diceroboh atau sebaliknya namun berharap polis dapat menjalankan siasatan semula dengan teliti dan telus.
  
"Kami berharap kes ini dapat diselasaikan dengan segera dan jika tiada apa-apa maklum balas diterima, kami tidak menolak kemungkinan akan memfailkan tuntutan sivil di mahkamah bagi memastikan keluarga mangsa mendapatkan semula hak mereka,” katanya.
  
Ibu Tuan Rozita, Nik Khazanah Wan Yaakob, 50, seorang peniaga barang kemas ditemui rentung dalam van miliknya selepas dibakar tiga penagih di Kampung Kempadang di sini pada 4 Jun 1999.
  
Kesemua mereka kemudiannya dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuantan pada 2001.
  
- Bernama
PKR: Kenyataan polis bercanggah isu Sosma

Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata polis memberi kenyataan yang bercanggah dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila pasukan itu menyatakan akan menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (Sosma) bagi memastikan keselamatan semasa pilihan raya.

Penyandang kerusi parlimen Machang itu berkata, SPR dalam nota pertemuan mereka sebelum ini menyatakan dengan jelas bahawa akta Sosma 2012 tidak terpakai semasa kempen pilihan raya.

Menurutnya, SPR menyatakan bahawa kempen pilihan raya hanya tertakluk kepada peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1994.

"Saya merujuk nota ikhtisar (ringkasan) majlis pertemuan SPR dan parti politik. Jawapan SPR terhadap soalan mengenai Akta Perhimpunan Aman sewaktu berkempen ialah, semua bentuk kempen pilihan raya tertakluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1994 dan Sosma 2012 tidak terpakai.

"Ini satu pengasingan yang sangat jelas. Bukan saja soal tempoh tapi sekurang-kurangnya SPR beri penegasan yang sangat jelas.

"Justeru, SPR juga harus tampil memberi kenyataan menjawab apa yang telah dibuat oleh pegawai polis ini," katanya lagi dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tarikh pertemuan dengan SPR seperti yang didakwa.

Saifuddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan ketua Penolong Pengarah Undang-undang dan Pendakwaan PDRM Datuk Razali Basri yang disiarkan di laman New Straits Times hari ini.
Razali dalam laporan itu menyebut, individu yang didapati menimbulkan kekecohan atau ancaman keselamatan sepanjang tempoh berkempen akan disiasat di bawah Sosma dan didakwa mengikut Kanun Keseksaan.

Sementara itu, bekas naib presiden parti itu R Sivarasa dalam sidang media sama hari ini berkata kenyataan yang dikeluarkan Razali menunjukkan berlaku pertembungan di antara pihak polis dan SPR.

"Menggunakan Sosma dalam konteks tempoh berkempen hanya menjejaskan integriti proses pilihan raya.

"Kita desak polis henti buat kenyataan sedemikian. Polis kena ingat, badan atau institusi yang ada kuasa semasa proses pilihan raya bukan polis tapi SPR.

"Polis sepatutnya menghormati undang-undang Akta Kesalahan Pilihan Raya yang akan digunapakai," kata penyandang kerusi parlimen Subang itu.
Pelantikan perdana menteri selepas PRU

ULASAN Kebenaran adalah kasualti pertama dalam media massa yang dikawal oleh BN dalam pilihan raya umum Ke-13 yang akan datang.

Antara pembohongan yang disebarkan secara meluas dalam media aliran utama adalah pertama sekali, sejauh mana skop budi bicara Yang di-Pertuan Agong dalam menjemput seseorang menjadi perdana menteri untuk membentuk kerajaan persekutuan seterusnya.

Dan kedua, dakwaan bahawa BN dianggap sebagai "satu pihak" manakala Pakatan Rakyat dianggap sebagai "suatu gabungan" adalah berkaitan dalam menentukan tahap sokongan dalam Dewan Rakyat bagi tujuan melantik seorang perdana menteri.
Kita perlu merujuk kembali kepada Perlembagaan Persekutuan bagi jawapannya. Perkara 40(2) memperuntukkan bahawa:

"Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya dalam melaksanakan fungsi- fungsi yang berikut, iaitu: -
  1. pelantikan seorang Perdana Menteri
Perkataan "menurut budi bicaranya" mungkin menunjukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara yang luas.

NONEBagaimanapun, Perkara 43(2)(a) mengecilkan skop budi bicara itu dengan ketara mengikut pernyataan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik "ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan itu" sebagai perdana menteri.

Oleh itu, dalam terma perlembagaan itu sendiri, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak dengan kebebasan sepenuhnya. Sebaliknya, perdana menteri yang dilantik mestilah:

(i) seorang ahli Dewan Rakyat (bukannya Senator di Dewan Negara); dan
(ii) harus dapat menguasai keyakinan majoriti, iaitu, sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen daripada sejumlah ahli seramai 222.
Perkara-Perkara 40(2) dan 43(2)(a) hanya menyatakan perlembagaan konvensyen kerajaan berparlimen Westminister dalam terma yang nyata yang telah wujud selama sekurang-kurangnya dua abad yang mana dipraktikkan oleh Malaysia.

Kita mempunyai sebuah kerajaan, yang dipilih sekali dalam tempoh 5 tahun, yang bertanggungjawab kepada Parlimen, iaitu sebuah kerajaan yang dipertangunggjawabkan kepada cawangan perundangan yang dilantik.

Oleh sebab ia adalah tunggak asas demokrasi berparlimen, seseorang hanya boleh menjadi perdana menteri jika beliau pada mulanya boleh menguasai, dan seterusnya mengekalkan, untuk keseluruhan jangka masa 5 tahun berparlimen, keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
Ia boleh diperhatikan bahawa terma-terma "parti" dan "pakatan parti-parti" tidak dirujuk dalam Perkara 43(2)(b).

Bagaimana PM mencapai majoriti?
Ia mewakili kedudukan perlembagaan. Di bawah perlembagaan, ia tidak menyatakan bagaimana seseorang perdana menteri mencapai majoriti dalam Dewan Rakyat.

Perlembagaan yang bertujuan untuk berkhidmat sebagai undang-undang tertinggi di negara ini untuk generasi akan datang, telah dengan sengaja digubal secara luas, umum dan am, dan ia juga ditafsirkan dengan cara yang liberal.

Apa yang menjadi asas adalah keupayaan seorang perdana menteri untuk mengawal majoriti Dewan Rakyat supaya dia mempunyai kerajaan yang stabil.

Tugas yang dihadapi oleh Yang di-Pertuan Agong, sebagai Raja Berperlembagaan, adalah jelas apabila melantik seseorang perdana menteri selepas pilihan raya umum (berbeza dengan kematian atau persaraan seorang perdana menteri).

NONEYang di-Pertuan Agong menjemput Pemimpin pihak-pihak Pakatan - sama ada Najib Razak atau Anwar Ibrahim - yang mendapat sokongan daripada 112 atau lebih ahli Dewan Rakyat.

Ia adalah semudah dan sejelas itu. Saya telah menetapkan kedudukannya seperti yang dibincangkan oleh cendekiawan-cendekiawan perlembagaan di Malaysia, Britain, India dan Australia di Lampiran yang berikut.
Hakikat politik adalah penguasaan parti-parti dalam sistem demokrasi yang moden, dan yang lebih penting lagi adalah penggunaan whip parti untuk menjamin disiplin di kalangan ahli-ahli parti.

Ini bermakna bahawa parti-parti (atau pakatan parti-parti) adalah pelakon dominan dalam bidang politik. Mereka memilih calon-calon, membiayai mereka, dan memastikan bahawa mereka bertanding atas tiket parti yang menyokong manifesto parti.

Pengundi-pengundi sentiasa mengundi untuk parti, dan bukannya calon, walaupun terdapat calon-calon yang sentiasa berkarisma, yang akan menerima beberapa undi tersendiri, dan bukannya melalui parti mereka.

london tunnel explosion 070705 tony blairSelepas pilihan raya, ahli-ahli Parlimen yang berjaya menerima cemeti parti dan mengundi dengan parti mereka sepanjang hayat Parlimen tersebut. Parti itu sendiri memilih pemimpinnya.

Oleh itu, untuk semua tujuan praktikal, pemimpin parti politik yang telah memenangi pilihan raya umum akan dijemput oleh pemerintahan berraja untuk membentuk kerajaan akan datang.

Sebagai contohnya, Tony Blair yang memimpin Parti Buruh dalam kemenangan pada tahun 1998, dan telah dijemput oleh Queen Elizabeth untuk menjadi perdana menteri.

Dalam keadaan yang sedemikian, pemerintahan beraja tidak mempunyai apa-apa pilihan dalam perkara itu.
Di Malaysia, tiada satu parti (tidak juga Umno) yang telah dapat menguasai majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat. Sebaliknya, kerajaan merdeka pertama Malaya yang mengambil alih kuasa pada 31 Ogos 1957 adalah pakatan Perikatan yang terdiri daripada Umno, MCA dan MIC.

Birokrat yang patuh pada BN


Pada tahun 1972, pakatan Perikatan berkembang kepada pakatan BN yang kini terdiri daripada 14 parti politik yang berbeza. Semua enam perdana menteri Malaysia memimpin pakatan-pakatan, dan cara itu akan berterusan pada masa hadapan.
Maklumat palsu yang tersebar dalam media massa BN, bahawa terdapat perbezaan yang besar antara pakatan-pakatan BN dan Pakatan yang mana Yang di-Pertuan Agong perlu mengambil kira apabila melantik seorang perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-13.

Menurut hujah ini, Barisan telah didaftarkan sebagai sebuah parti politik dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Hasilnya, semua calon-calon bagi 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan oleh BN akan bertanding atas tiket BN yang sama.

Sebaliknya, calon-calon Pakatan akan bertanding sebagai calon-calon PAS, PKR atau DAP dan bukannya sebagai calon Pakatan. Ini adalah suatu hujah yang licik.

psm meets ros selangor 050906 discussApa yang tidak dinyatakan ialah ROS adalah suatu birokrat yang sama sekali patuh kepada kerajaan BN. Ia tidak bertindak secara bebas, adil atau betul. Hanya satu contoh sifat berat sebelahnya akan mencukupi.

Perlu diingatkan bahawa apabila Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Umno haram pada tahun 1986, ROS segera meluluskan permohonan Dr Mahathir Mohamad untuk pembentukan Umno Baru sementara menolak permohonan oleh bekas perdana menteri Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn bagi pendaftaran parti politik mereka sendiri.

Oleh itu, ia tidak menghairankan untuk mengetahui bahawa ROS menolak permohonan Pakatan untuk mendaftarkan dirinya sebagai sebuah parti politik manakala meluluskan permohonan yang serupa BN.

Oleh itu, Pakatan dihalang daripada bertanding sebagai sebuah parti tunggal.
Dalam keadaan sedemikian, dengan penyalahgunaan undang-undang, Pakatan tidak dilayani dengan cara yang sama dengan BN. Sesungguhnya ia tidak boleh, secara objektif, menjadi faktor yang berkaitan dalam pelaksanaan budi bicara Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 43(2)(b) berkenaan dengan siapa yang mungkin mendapat menguasai kepercayaan majoriti dalam Dewan Rakyat.
Apa yang terserlah dalam pilihan raya umum ini adalah satu pertandingan sengit yang menawarkan satu pilihan yang mudah dan jelas antara BN dan Pakatan.

Dengan sedemikian, ia adalah sebuah pilihan yang mudah dan jelas antara Najib dan Anwar sebagai perdana Menteri. Malah, dalam kempen gaya berpresiden yang diguna oleh Najib, keperibadiannya sangat ditegaskan, dan bukannya keperibadian Umno atau BN.

Jumlah pengundi 13.3 juta juga sedar bahawa mereka mempunyai pilihan yang mudah dan jelas ini dalam peti undi, dan dialu-alukan untuk mengundi di sepanjang garisan itu dalam dua penjuru pertandingan di semua kerusi yang dipertandingkan.

Agong perlu berpaling, jika perlu
Dengan latar belakang ini, tidak tepat untuk berhujah bahawa Najib boleh mengambil kira semua ahli Parlimen BN apabila mengira sokongan beliau di Dewan Rakyat, tetapi Anwar hanya boleh mengambil kira ahli Parlimen PKR (tetapi bukan orang lain yang telah dipilih di bawah DAP, PAS atau parti-parti Pakatan yang lain). Mitos ini perlu dimusnahkan.
Seperti semua rakyat Malaysia, Yang di-Pertuan Agong dan penasihat-penasihat istana beliau mengikuti kempen, pilihan raya dan keputusan dengan teliti.

Yang di-Pertuan Agong berhak secara berperlembagaan untuk menggunakan pertimbangan beliau secara senyap, tenang, bebas dan saksama.

azlanTiada tekanan atau ancaman yang perlu digunakan untuk mempengaruhi Yang di-Pertuan Agong. Episod yang memalukan di Sabah pada bulan April 1985 yang menyebabkan perebutan kuasa oleh Tun Mustapha dan Harris Salleh yang menjadi subjek litigasi dalam Tun Mustapha Harun v Tun Mohd. Adnan Robert dan Datuk Joseph Pairin Kitigan [1986] 2 MLJ 420, tidak harus diulangi.

Yang paling kritikal adalah Yang di-Pertuan Agong berhak untuk menerima nasihat undang-undang bebas, iaitu bebas daripada BN dan Pakatan.

Ini bermakna bahawa Jabatan Peguam Negara, yang telah bertahun-tahun memberi nasihat undang-undang yang berat sebelah kepada kerajaan BN, dan peguam negara yang secara berperibadi terhutang budi kepada Najib dan yang mendakwa Anwar sejak tahun 1998, juga tidak seharusnya menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan tugas paling penting beliau sebagai pemerintahan Raja berperlembagaan iaitu, pelantikan perdana menteri yang seterusnya.

Yang di-Pertuan Agong perlu berpaling ke arah lain untuk mendapatkan nasihat undang-undang bebas, jika ia menjadi satu keperluan.

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Tiada ulasan: