Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Keningau dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.

Beliau juga mengulangi kenyataan PRU13 ini adalah yang terakhir baginya.

"Ini adalah pertarungan untuk kebaikan semua rakyat di Sabah," katanya kepada pemberita selepas Himpunan Gelombang Biru dan pelancaran jentera Barisan Nasional (BN) Sabah yang bertema 'Tatap BN' di Penampang malam tadi.

Pelancaran itu dilakukan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Ditanya mengenai calon yang dikemukakan PBS pada PRU13 ini, Pairin berkata kemungkinan ada muka-muka baharu.

Walaupun muka baharu, rakyat di Sabah harus menyokong calon BN ini demi kelangsungan program transformasi yang dilaksana kerajaan negeri dan pusat, kata Pairin yang merupakan 'Huguan Siou' atau pemimpin agung kaum Kadazandusun Murut itu.

"Kita tahu masyarakat bijak membuat penilaian yang tulus ikhlas dengan memberi sokongan kepada kepimpinan BN berbanding pembangkang yang tidak sehaluan apatah lagi pendekatan mereka sukar dipercayai," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Pairin memenangi kerusi Parlimen Keningau dengan majoriti 4,264 undi mengatasi adiknya Datuk Jeffrey Kitingan yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kerusi DUN Tambunan pula dimenangi Pairin dengan majoriti 2,781 undi mengatasi Mozes Michael Iking juga daripada PKR.

- Bernama

Gambar: Program pertama Husam Musa di Putrajaya

http://malaysiaberih.blogspot.com, 12 Apr 2013



Sumber Gambar : FB P 125 Putrajaya

Datuk Husam Musa yang disahkan bertanding di Parlimen P 125 Putrajaya hadir di program pertamanya di kawasan itu.
Antara program yang dihadiri Husam termasuklah majlis tahlil,zikir dan tazkirah bersama Al Habib Ali bin Syeikh Abu Bakar dan anak anak yatim.
Selain itu buat pertama kalinya beliau turut mengadakan ceramah  di Putrajaya dan mendapat sambutan yang agak baik dari penduduk sekitar.
Doakan semoga kemenangan berpihak kepada beliau dalam merealisasikan impian Pakatan Rakyat ke PUTRAJAYA ~ Tinta Hijau DKB

Undi awal 5 hari, dakwat kekal tahan 3 hari?

Harakahdaily, 12 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Ekoran proses pengundian awal akan berlaku lima hari sebelum hari mengundi, ketahanan dakwat kekal kini menjadi persoalan.

Ini kerana, sebelum ini SPR menyatakan dakwa kekal hanya tahan tiga hari sahaja.

"Jika begitu, dakwat kekal pada tangan pengundi awal tidak akan ada lagi pada hari mengundi dan membolehkan mereka mengundi semula?" kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, Dr Hatta mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan penjelasan tentang perkara ini.

SPR mengumumkan, hari mengundi adalah 5 Mei manakala hari mengundi awal untuk polis, tentera, petugas SPR dan wartawan adalah 30 April 2013, lima hari sebelum hari mengundi.

Padahal sebelum ini, SPR memaklumkan hari mengundi awal adalah tiga sebelum hari mengundi.

Sebelum ini juga, pelbagai pendedahan dibuat tentang pengundi awal yang terdiri dari pasukan keselamatan, petugas SPR dan wartawan yang bertugas terdedah kepada pengundian berganda.

Seorang blogger lucah Umno Papagomo sebelum ini didedahkan mempunyai dua nama dalam senarai daftar pemilih SPR.

Namun selepas didedahkan, salah satu namanya telah dibuang dari senarai nama pengundi.

Antara penyelewengan dan salah guna kuasa Dr Mahathir

http://chegubard.blogspot.com, 11 Apr 2013

Antara penyelewengan dan salah guna kuasa Dr.M


buku yang diharamkan penjualanya di Malaysia
merakamkan banyak salah laku Mahathir

Senarai sebahagian kecil penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh Mahathir dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri:

Lihat di sini.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily. 
 
 Dengar ceramah lawan Dakyah UMNO untuk orang kampung!!!
Posted on Friday, April 12 @ 08:41:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh ALBA



Ceramah oleh Hj. Suhaimi Saad, Ketua Penerangan PAS Pahang yang menarik untuk ditayang dikampung-kampung. Terima kasih TVMakmur.

Paparan yang lebih jelas



Note: Set wayang pacak sila download dan tayang dikampung terutama dikubu UMNO karat Melayu - WM