Posted on Friday, April 12 @ 09:38:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh WTKO
(Wartawan TKO)

Dulu cuba perkenakan Hj Mohamad Sabu dalam isu seks. Kemudian ada beberapa siri serangan kepada pimpinan PAS Kelantan dalam masalah kahwin lebih tapi semuanya gagal.
Ada seorang pimpinan PAS Terengganu dipecatkan kerana ada beberapa perkara berkaitan dengan wanita yang boleh mengaibkan dan pimpinan ini berkempen dengan Idris Jusoh jatuhkan PAS Terengganu dan menjadi BN.
Hari ini kita disedarkan secara terkejut pasal video seks 11 miit 25 saat berkenaan Cikgu Pa dengan seorang wanita seperti gambar di bawah. Walau bagaimanapun saya percaya ramai dikalangan kita tak akan terkejut dengan cara kempen UMNO@BN ini.

Ada beberapa isu dalam edaran video seks ini:-
1. Utusan mendahuli semua kahbar lain dalam pemberitaan. Tajuk berita "Saya Diupah PKR Perangkap Mustapha Ali" - Wanita Dalam Video Seks sperti gambar di atas.
2. Polis membuat ringkasan laporan seperti berikut:
Pada 11/4/2013 jam lebih kurang 0745 hrs semasa pengadu bersama-sama KPL/S 14656 sedang menjalankan Tugas Rondaan MPV Kawasan pentadbiran Balai Polis Kg.Raja Besut Terengganu telah terima arahan daripada Bilik Gerakan IPD Besut untuk menjalankan pemeriksaan di Kampung Alor Lintang 22200 Kg.Raja Terengganu kerana terdapat maklumat orang awam menjumpai sampul surat yang mengandungi cakera padat berunsur lucah. Hasil pemeriksaan di hadapan pintu pagar di kawasan Perumahan Lorong Sekolah dan Lorong Hidayat Kg.Alor Lintang 22200 Kg.Raja Terengganu telah menjumpai (16) sampul surat berwarna putih dan setiap sampul mengandungi (1) keping cakera padat video gambar lucah. Kemudiannya barang kes di bawa balik ke IPD Besut Terengganu bagi tindakan lanjut.
Tangkapan ini mengatakan suspek adalah ahli PKR Kuala Terengganu.
Ini video dipendekkan:-
Video ini adalah lebih kepada memporak perandakan hubungan Pakatan Rakyat kerana cita-cita menjatuhkan BN@UMNO sudah nampak benih hasil!!
Awas jangan mudah terkeliru antara isu dan hasrat untuk menawan Putrajaya bagi membela hak rakyat dan Malaysia yang adil. Isu dan kepimpinan mana sekali pun termasuk Dato' Seri Anwar bukan subjek yang boleh memesongkan HASRAT DAN CITA-CITA RAKYAT untuk MENJATUHKAN KERAJAAN KORUPSI & ZALIM UMNO@BN.
Fokus, Fokus, Fokus!!!
Allah jua tempat kita merujuk!
Profesor Datuk Dr. Sidek Baba bertanding?
Posted on Friday, April 12 @ 09:36:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: anaabdullah
"
Salah
seorang kawan penulis ada berkata, Dr Sidek Baba bertanding PRU 13 ini.
Barangkali kebanyakan yang mengenalinya boleh setuju dan penulis turut
berkata “Ya”. Mengapa? Sejak menyertai umno bersama sama Datuk Seri
Anwar Ibrahim memang Dr Sidek Baba ada cita cita untuk jadi ketua
menteri Melaka.Macam juga Profesor Datuk Dr Ibrahim Shah bekas naib canselor UITM punya cita cita untuk dilantik sebagai ketua menteri Melaka sebaik bersara.
Maklum sahaja dalam umno mana mungkin orang baru akan dinaik pangkatnya begitu cepat. Bukan macam Anwar Ibrahim naik begitu cepat, maka jatuh pun cepat juga. Faham fahamlah cantas mencantas sering berlaku dalam umno sejak sekian lama. Lebih lebih lagi zaman Tun Mahathir jadi perdana menteri.
Bukan setakat di cantas malah ada yang dikerat hidup hidup pun ada. Atas sebab itu cita cita Profesor Datuk Dr. Sidek Baba tidak tercapai. Apapun beliau mengekakan dirinya dalam arena akademik di UIAM sehingga dalam jawatan Timbalan Rektor.
Oleh itu, cerita pasal dia (Dr Sidek) ini akan bertanding pada PRU 13 yang akan diadakan pada 5 Mei 2013 ini mungkin akan jadi reality, kerana Datuk Abu Seman Bekas Ahli Parlimen Masjid tanah tiada dalam senarai calon dan digugurkan.
Bermakna sah parlimen Masjid Tanah Melaka yang diwakili Datuk Abu Seman Yusop (bekas timbalan menteri) kosong dan memerlukan calon baru yang rasa penulis calonnya tidak lain dan tidak bukan ialah Dr Sidek Baba yang pernah dapat anugerah Tokok Maal Hijrah Lebih lebih lagi Dr Sidek Baba timbalan pengerusi kumpulan khas yang dibentuk untuk jatuhkan nama baik Anwar dianggap oleh Najib sebagai salah seorang bekas kawan akrab yang berjaya menjejaskan reputasi Anwar.
Jadi, munasabah Dr Sidek Bab ada dalam senarai calon untuk bertanding di parlimen Masjid tanah Melaka pada PRU 13 ini. Dikatakan, jika BN menang PRU 13 Datuk Dr Sidek Baba, dijangka akan dilantik sebagai menteri penuh dalam kabinet Najib. Juga munasabah, kerana beliau ada gelaran Profesor Dr berbanding dengan lain lain calon yang sudah diberi kepercayaan mengetuai satu satu kementerian. Mungkin akan dilantik sebagai menteri pelajaran sebagai mengenang jasa."
UMNO yang makin tolol dakwa PAS kianati melayu
Posted on Friday, April 12 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: senik
"
Assalamualikum,Slogan utama UMNO/BN untuk PRU 13 seperti terpampang di markaznya di Terengganu ialah PAS KUDA TUNGGANGAN DAP, PAS KIANATI MELAYU. Seorang kawan ketika memberi respon secara spotan sebaik saja melihat kain rentang ini menyebut UMNO macam orang tua nyanyuk yang dah tak ingat apa apa serta tidak tahu apa yang dikatakan itu kembali kepada dirinya sendiri.
Atau dengan kata kata lain, UMNO sudah semakin TOLOL kerana sudah tidak punya apa apa yang boleh ditawarkan kepada rakyat. Akibat ketololan UMNO ini terhasilnya ungkapan tolol seperti itu.
UMNO tidak berupaya menawarkan harga minyak yang murah sesuai dengan reputasi negara sebagai pengeluar minyak, tidak berupaya menawarkan pendidikan percuma dengan penghapusan PTPTN, tidak berupaya menurunkan harga kereta dan tidak berupaya menyaingi apa saja janji PR seperti termaktub dalam menifestonya.
Apa yang mampu ditawarkan UMNO/BN cuma beberapa imej 1Malaysia yang langsung tidak mampu dinikmati oleh SEMUA RAKYAT. Dengan imej inilah UMNO/BN saban hari mengiklankannya di kaca TV sedangkan yang menikmatinya hanya segelintir rakyat sahaja. Kerana terhadnya tawaran UMNO/BN dalam PRU 13, maka UMNO menjadi tolol, tidak dapat berfikir bagaimana untuk memenangi hati rakyat.
Akhirnya lahirlah ungkapan PAS kuda tunggangan DAP dan PAS mengkianati melayu dengan alasan atau hujah TGHH berpelukan dengan LKS.
Tetapi UMNO/BN tidak sedar, tindakan ini hanya akan memakan dirinya sendiri, cara kempen UMNO mungkin dilihat berkesan di Terengganu kerana Terengganu adalah negeri majoriti melayu dan sebahagian rakyatnya pula masih kurang cerdik kerana penangan wang ehsan Mahatihir dulu. Tetapi UMNO tidak sedar penerimaan rakyat di negeri lain yang menunjukkan penolakan rakyat terhadap mereka.
Oleh itu UMNO mungkin boleh menang besar di Terengganu mengambil kira tahap kecerdikan kebanyakan rakyatnya serta kelibat pengundi hantu. Tetapi apa guna kemenangan itu kalau persekutuan mereka tewas? Apa bagusnya kerajaan negeri untuk UMNO tanpa kerajaan persekutuan?
Walaubagaimanapun, perubahan minda pengundi Terengganu tidak boleh dipandang ringan, keadaan mungkin sudah berubah sekarang apatah lagi dengan membaca kain rentang yang tolol itu, malah mungkin ada yang mempersoalkan dakwaan bagaimana PAS boleh jadi kuda tunggangan DAP sedangkan DAP tidak kuat di Terengganu, cuma ada cawangan kecilnya di Kuala Terenganu sedangkan di daerah lain, bendera DAP pun tidak pernah berkibar.
Begitu juga dakwaan PAS kianati melayu, siapa yang bagi Genting Highland kepada Cina MCA?Siapa yang bagi ruang yang luas untuk Vincent Tan untuk mengautkan keuntungan besar hasil perniagaanya termasuk perniagaan spot toto dan penjualan arak di 7 elevennya? Vincent Tan itu siapa dan apa kaintannya dengan MCA? PKFZ juga siapa yang beri kelulusan?
Bila masa PAS terlibat dengan aktiviti pengkianatan ini sehingga tak pasal pasal dituduh pengkianat melayu? Tak kan kerana TGHH berpelukan saja sudah dianggap kianat sedangkan di Genting Highland beribu ribu ekar tanah diserahkan kepada ahli MCA, LGT oleh UMNO? Memang tolol, kerana menganggap berpelukan itu kianat tetapi meyerahkan tanah milik melayu kepada Cina dengan cara yang meragukan serta tanah itu dimajukan untuk menghina ugama Islam tidak pula dianggap pengkianat.
Itu tidak termasuk lagi pendedahan demi pendedahan bagaimana UMNO menyebabkan tanah rizab melayu tergadai di seluruh negara, umumnya oleh permainan licik MCA.
Ini bermakna UMNOlah kuda tunggangan MCA, dan UMNOlah kianati melayu. Tetapi UMNO menuduh PAS semata mata untuk berkempen. Oleh itu amatlah tolol kepada mana mana pengundi yang percaya dengan kempen UMNO dan memilih mereka pada 5/5/13 nanti, malah boleh disimpulkan setiap undi yang diperolehi UMNO/BN nanti mewakili rakyat Malaysia yang tolol setolol UMNO.
UMNO boleh juga diibaratkan seorang budak tadika yang berak di tengah jalan dengan disaksikan oleh orang ramai tetapi menuduh orang yang lebi tua darinya yang berak. Oleh itu siapa jua yang percaya kepada budak tadika itu boleh dianggap tolol! "
Bekas MB Selangor sertai Pas?
Posted on Friday, April 12 @ 07:34:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: imamsurau
"

SHAH ALAM – Spekulasi bekas menteri besar yang didakwa akan menyertai Pas dalam waktu terdekat sebagaimana didedah Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin kelmarin kemungkinan besar adalah bekas Menteri Besar Selangor.
Sumber Pas membayangkan bekas Menteri Besar Selangor , Tan Sri Muhammad Muhammad Taib adalah individu yang dimaksudkan itu diperkuatkan dengan kenyataan dua pemimpin tertinggi Pas Selangor yang tidak menafikan kemungkinan perkara itu berlaku.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan bekas Menteri Besar Selangor yang lebih mesra dipanggil Mat Taib itu akan menyertai Pas dalam masa terdekat berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Timbalan Pesuruhjaya Pas III Selangor, Khalid Samad.
“Beliau (Mat Taib) tidak ada hubungi saya. Saya tidak dapat mengesahkan perkara ini.
“Saya difahamkan, beberapa pegawai kanan Mat Taib ada menghubungi Khalid malah pegawai- pegawainya juga telah mengisi borang keahlian Pas seumur hidup,” katanya.
Muhammad menjadi menteri besar Selangor dari 1986 hingga 1997.
Dr Rani berkata, beliau hanya mengetahui perkara tersebut setelah diberitahu oleh Khalid sewaktu makan selepas mesyuarat ahli jawatan kuasa Pas Pusat, Selasa lalu.
sumber
Note: Masuk tak semesti jadi calon. Itu harus faham - WM"
Kartun Doremon Boleh 30 minit
Posted on Friday, April 12 @ 07:10:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Ahmad Nazri
Saya
berminat dengan program kartun yang disiarkan di kaca-kaca TV sejak
lama lagi, antara program kartun yang paling saya minati ialah Ultraman,
kadang-kadang sehingga terlupa makan dan mandi. Selalunya saya dan
rakan-rakan melekat depan TV selepas sahaja kami bermain-main. Masa
bergerak pantas dan tiba pula musim kartun Doremon, kartun Doremon
sangat disukai ramai, bukan sahaja oleh kanak-kanak bahkan orang dewasa
seperti sayapun tidak ketinggalan. Pada waktu petang adalah masa untuk bersantai di depan TV dengan program kartun Doremon, 30 minit tanyangan Doremon rasanya macam tidak cukup, namun apapun rasa ‘syok' sangat apabila dapat tengok Doremon. Hari ini walaupun zaman kegemilangan Doremon sudah berlalu namun kesan kekal diingatan, lagunya pun saya kira masih lagi ‘terngiang-ngiang' di cuping telinga peminat.
Hari ini masyarakat menyedari bahawa program-program seumpama itu langsung tidak memberikan kebaikan kepada perkembangan minda kanak-kanak bahkan minda segar kanak-kanak dikotori fikiran songsang yang tidak menentu. Pada 3 April 2013, Perdana Menteri, Dato Seri Abdul Najib Razak telah mengumumkan pembubaran parlimen untuk memberikan laluan kepada Pilihanraya ke 13 diadakan.
Apabila pemimpin negara melaungkan kata azimat iaitu "Demokrasi berparlimen" rakyat seperti saya tertanya-tanya apakah gambaran Demokrasi berparlimen itu?...Media arus perdana yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia 100% pro-Umno/BN memuji-muji Umno/BN serta memburuk-burukan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat langsung tidak diberkan ruang di media arus perdana..
Jentera kerajaan, Jentera Kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan pula digunakan sepenuhnya oleh pemimpin Umno/BN dan hari ini, Menteri Penerangan sementara berkata, BN yang masih dianggap sebagai kerajaan sementara (selepas bubar parlimen) pada masa ini boleh berbuat demikian (menggunakan jentera kerajaan) selagi tempoh kempen pilihan raya belum bermula.
"Sekarang kita di dalam suasana lingkungan bidang tugas kerajaan sementara. Kerajaan masih wujud di bawah Perkara 43 (Perlembagaan Persekutuan) dan perkara yang melibatkan kuasa eksekutif - Perkara 38 (melibatkan) Majlis Raja-Raja dan juga Perkara 43 (melibatkan) kuasa lantikan menteri - menteri dan juga di bawah akta fungsi menteri, semua menteri berfungsi dan semua jabatan kerajaan seperti biasa.
"Tetapi apabila dimulakan hari penamaan calon, pada hari itu tidak boleh mana-mana jabatan kerajaan mengambil bahagian dalam apa jua program yang menampakkan membantu pilihan raya satu-satu parti," katanya.
Pada saya dengan kata lain Umno/BN menggunakan seluruh jentera kerajaan untuk kegunaan parti politik mereka sejak merdeka lagi selain ditolak hari-hari kempen, Selama ini Pakatan Rakyat "mendakwa' Umno/BN menggunakan seluruh jentera kerajaan dalam kerja buat parti mereka itu bukanlah satu dakwaan palsu. Ketika media kerajaan menyiarkan secara langsung perbentangan Manifesto BN oleh Dato Seri Najib, Menteri Penerangan sementara itu hanya boleh beri 10minit sahaja kepada Pakatan Rakyat untuk membentangkan Manifesto mereka masing-masing sedangkan kartun Doremon pun boleh disiar selama 30minit. Saya kira Dato Seri Rais Yatim sudah hilang kewarasan berfikir sebagai manusia yang diberikan akal. Pemimpin Umno/BN hampir kesemuanya berfikiran kartun...(kecuali pemimpin seperti Gua Musang dan Johor Bahru), sebelum ini mereka kata bila Pakatan Rakyat ingin turunkan harga kereta negara akan jadi bengrap, hari ini apabila mereka ‘berjanji' menurunkan harga kereta, lain pula kata pemimpin Umno/BN.
Kartun Doremon pun boleh setengah jam...
memang kelakar..
Lepas bergaduh dengan MCA, UMNO bergaduh dengan MIC pula!!!!
Posted on Friday, April 12 @ 07:02:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh WTKO (Wartawan TKO)

Menurut maklumat, UMNO Ledang terutama UMNO DUN Gambir, Ledang Johor tidak bersetuju dengan calon daripada komponen BN diwakili oleh MIC semenjak pilihan raya ke 12 lalu. Tapi protes ini tidak ketara kerana menghormati Menteri Besar Johor dan kedudukan Samy Vellu sebagai Menteri dikabinet.
Cetusan rasa
tidakpuas hati berlaku paling ketara pada tahun 2008 apabila hampir
pilihan raya satu projek diluluskan iaitu pembinaan dua batang lampu
isyarat di hadapan Bank CIMB dan di hadapan Perhentian Teksi Bukit
Gambir.
Adun MIC M. Asojan mengatakan projek ini adalah usahanya dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu. Manakala UMNO pula mengatakan usaha daripada UMNO Dun Gambir. (Menurut sumber projek ini sekitar Feb 2008 - WTKO)

Akibat
daripada itu wujud protes membantah dalam PRU-12 oleh UMNO kepada calon
MIC. Fakta ini boleh dijelaskan melalui keputusan pilihan raya 2008,
dimana M. Asojan mendapat undi yang merosot begitu ketara sekali
berbanding pada PRU-11

Bibit
perpecahan makin ketara apabila dilihat M. Asojan hanya tertumpu gerak
kerja kepada kaum India sahaja di Dun Gambir. Beberapa rugutan telah
diadukan dalam mesyuarat tertutup Parlimen Ledang yang mana Menteri
Besar Johor sebagai Pengerusi UMNO Ledang.
Tapi perkara tidak ke mana dan rasa tidak puas hati dikalangan UMNO menebal.
Untuk PRU-13 UMNO Gambir mendesak sekali lagi untuk meletakkan calon UMNO di situ. Tapi mengikut maklumat keputusan akhir masih memihak kepada MIC. Akibat daripada itu wujud protes secara silent.
Ketika dihubungi Zaidi Majid, Ketua Pemuda oleh beberapa kenalan, dia tidak menolak UMNO membuat bantahan dan boleh berlaku untuk mengundi PAS di situ. Kata-kata sinis, walaupun dalam joke, "MIC kalah, baru UMNO ada ruang nak ambil kerusi" boleh dianggap satu kenyataan membenarkan undi protes kepada PAS.

Berlaku
silent protest di Dun Gambir. Setakat ini tidak kurang daripada 6
banner mendesak wakil rakyat DUN Gambir diwakili oleh wakil umno iaitu
Melayu beragama Islam.
Keluhan
ini tidak boleh dipandang sepi oleh pemimpin BN. Adakah ini juga
memberi kelebihan pada wakil PAS pada PRU-13 nanti. Sama-sama kita
tonton.
Yang paling jelas UMNO tamak dan tidak percaya kepada rakan komponan malah dipercayai kekalahan MCA teruk pada PRU lalu juga adalah rancangan UMNO?? Kita bongkar lagi!
Hasan Ali secara tiba tiba mengeluarkan kenyataan bahawa krisis dlm PR semakin kritikal kerana isu moral, akidah dan kepimpinan sehingga melemahkan PR.....
Utk Hasan Ali...Isu Moral, Akidah dan Kepimpinan berlaku dlm UMNO sebenarnya....kes pembunuhan Altantuya yg dibisukan oleh A.G walaupun ada bukti baru.. Kes Nong Chikcen dan wang haram.. Kes Ijat Moo yg melesapkan RM250 juta wang rakyat.. Kes Muddin yg mengangkat Fitnah sebagai Fakta lantas mengeluarkan Fatwa dan krisis dalaman UMNO diPerak, Johor, Kedah, Sabah dan Trengganu........
DENGAR ke Hasann...????
Yang paling jelas UMNO tamak dan tidak percaya kepada rakan komponan malah dipercayai kekalahan MCA teruk pada PRU lalu juga adalah rancangan UMNO?? Kita bongkar lagi!
Follow · 12 hours ago
Hasan Ali secara tiba tiba mengeluarkan kenyataan bahawa krisis dlm PR semakin kritikal kerana isu moral, akidah dan kepimpinan sehingga melemahkan PR.....
Utk Hasan Ali...Isu Moral, Akidah dan Kepimpinan berlaku dlm UMNO sebenarnya....kes pembunuhan Altantuya yg dibisukan oleh A.G walaupun ada bukti baru.. Kes Nong Chikcen dan wang haram.. Kes Ijat Moo yg melesapkan RM250 juta wang rakyat.. Kes Muddin yg mengangkat Fitnah sebagai Fakta lantas mengeluarkan Fatwa dan krisis dalaman UMNO diPerak, Johor, Kedah, Sabah dan Trengganu........
DENGAR ke Hasann...????
Pakatan Rakyat Johor Lancar Manifesto Sabtu Ini
Posted on Friday, April 12 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Sumber Nusajayakini
JOHOR BAHRU:
Pakatan Rakyat Negeri Johor akan melancarkan manifesto khusus untuk
rakyat Negeri Johor pada hari Sabtu, 13 April akan datang.
Pelancaran manifesto Pakatan Rakyat akan disempurnakan oleh Mrsyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat di Hotel New York, Johor Bahru.
Menurut Tuan Haji Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dalam sidang media pagi tadi, manifesto Pakatan Rakyat Negeri Johor bertemakan Johor Maju dan Berkebajikan.
"Manifesto ini merupakan manifesto yang berkisar pada kebajikan rakyat. Tema yang kita putuskan menunjukkan komited Pakatan Rakyat Negeri Johor untuk terus membangunkan Negeri Johor untuk lebih maju.
"Namun pembangunan yang ingin Pakatan Rakyat Negeri Johor adalah berpaksikan kepada kebajikan rakyat. Kita tidak mahu situasi rakyat ditindas di Pengerang berlaku lagi ", ujar beliau lagi.
Menurut beliau lagi, Pakatan Rakyat juga akan melancarkan buku ucapan Dr Boo Cheng Hau dalam sidang Dewan Undangan Negeri Johor yang lepas.
Turut akan dilancarkan ialah laman sesawang khas untuk manifesto Pakatan Rakyat Negeri Johor dan laman sesawang Nusajayakini yang akan digunakan sebagai medium penyalur maklumat Pakatan Rakyat Negeri Johor kepada rakyat Johor.
Hadir sama dalam sidang media tersebut adalah Saudara Onn Bin Jaafar, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, Saudara Steven Chong selaku Penolong Setiausaha Parti Keadilan Rakyat dan Saudara Norman Fernandez selaku Naib Pengerusi DAP Negeri Johor.
Sumber
Posted on Friday, April 12 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Sumber Nusajayakini
JOHOR BAHRU:
Pakatan Rakyat Negeri Johor akan melancarkan manifesto khusus untuk
rakyat Negeri Johor pada hari Sabtu, 13 April akan datang. Pelancaran manifesto Pakatan Rakyat akan disempurnakan oleh Mrsyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat di Hotel New York, Johor Bahru.
Menurut Tuan Haji Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dalam sidang media pagi tadi, manifesto Pakatan Rakyat Negeri Johor bertemakan Johor Maju dan Berkebajikan.
"Manifesto ini merupakan manifesto yang berkisar pada kebajikan rakyat. Tema yang kita putuskan menunjukkan komited Pakatan Rakyat Negeri Johor untuk terus membangunkan Negeri Johor untuk lebih maju.
"Namun pembangunan yang ingin Pakatan Rakyat Negeri Johor adalah berpaksikan kepada kebajikan rakyat. Kita tidak mahu situasi rakyat ditindas di Pengerang berlaku lagi ", ujar beliau lagi.
Menurut beliau lagi, Pakatan Rakyat juga akan melancarkan buku ucapan Dr Boo Cheng Hau dalam sidang Dewan Undangan Negeri Johor yang lepas.
Turut akan dilancarkan ialah laman sesawang khas untuk manifesto Pakatan Rakyat Negeri Johor dan laman sesawang Nusajayakini yang akan digunakan sebagai medium penyalur maklumat Pakatan Rakyat Negeri Johor kepada rakyat Johor.
Hadir sama dalam sidang media tersebut adalah Saudara Onn Bin Jaafar, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, Saudara Steven Chong selaku Penolong Setiausaha Parti Keadilan Rakyat dan Saudara Norman Fernandez selaku Naib Pengerusi DAP Negeri Johor.
Sumber
DAP ikrar bantu PAS, PKR menang 11 kerusi ditandingi, kuburkan BN di Kuala Lumpu
Posted on Friday, April 12 @ 06:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Sumber Roketkini
KUALA LUMPUR,
11 APRIL: DAP akan memastikan semua 11 kerusi Parlimen di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur akan dimenangi Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.
Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lim Lip Eng mahu agar DAP tidak hanya bekerja untuk kawasan pilihan rayanya semata-mata, tetapi turut membantu rakan Pakatan Rakyat (PR), PAS dan PKR dalam kempen pilihan raya di kawasan yang ditandingi mereka.
“Kami juga akan pastikan Parlimen Lembah Pantai terus kekal disandang Nurul Izzah Anwar. Saya minta sebolehnya kita semua all-out untuk pastikan Lembah Pantai kekal bersama PR,” katanya yang juga penyandang Parlimen Segambut pada satu majlis semalam.
Menurut Lip Eng, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik kini menunjukkan sikap sebenar beliau apabila tidak komited menjalankan tugas sebagai menteri bagi seluruh kawasan di Kuala Lumpur.
“Apa yang dia buat untuk Kuala Lumpur? Apa yang dia buat kepada peruntukan tahunan bagi Kuala Lumpur? Nampaknya sekarang mungkin dia sudah pegang portfolio Menteri di Lembah Pantai,” soalnya dengan nada menyindir.
Kenyataan beliau dikukuhkan lagi apabila Raja Nong Chik dilihat terlalu obses untuk menang di Lembah Pantai yang bakal ditandinginya.
“Kita boleh lihat perbezaan yang jelas antara Lembah Pantai dan tempat lain di Kuala Lumpur,” katanya.
Pada PRU 2008 lalu, calon PKR, Nurul Izzah berjaya menewaskan Naib Ketua Wanita UMNO ketika itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan majoriti 2,895 undi.
Sumber
Posted on Friday, April 12 @ 06:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Sumber Roketkini
KUALA LUMPUR,
11 APRIL: DAP akan memastikan semua 11 kerusi Parlimen di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur akan dimenangi Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lim Lip Eng mahu agar DAP tidak hanya bekerja untuk kawasan pilihan rayanya semata-mata, tetapi turut membantu rakan Pakatan Rakyat (PR), PAS dan PKR dalam kempen pilihan raya di kawasan yang ditandingi mereka.
“Kami juga akan pastikan Parlimen Lembah Pantai terus kekal disandang Nurul Izzah Anwar. Saya minta sebolehnya kita semua all-out untuk pastikan Lembah Pantai kekal bersama PR,” katanya yang juga penyandang Parlimen Segambut pada satu majlis semalam.
Menurut Lip Eng, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik kini menunjukkan sikap sebenar beliau apabila tidak komited menjalankan tugas sebagai menteri bagi seluruh kawasan di Kuala Lumpur.
“Apa yang dia buat untuk Kuala Lumpur? Apa yang dia buat kepada peruntukan tahunan bagi Kuala Lumpur? Nampaknya sekarang mungkin dia sudah pegang portfolio Menteri di Lembah Pantai,” soalnya dengan nada menyindir.
Kenyataan beliau dikukuhkan lagi apabila Raja Nong Chik dilihat terlalu obses untuk menang di Lembah Pantai yang bakal ditandinginya.
“Kita boleh lihat perbezaan yang jelas antara Lembah Pantai dan tempat lain di Kuala Lumpur,” katanya.
Pada PRU 2008 lalu, calon PKR, Nurul Izzah berjaya menewaskan Naib Ketua Wanita UMNO ketika itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan majoriti 2,895 undi.
Sumber

Tiada ulasan:
Catat Ulasan