Jumaat, 12 April 2013

JIKA DITAKDIRKAN KALAH MAKA REDA DAN TERIMALAH....TENTU ADA HIKMAH

Senarai terkini dan gambar calon KEADILAN yang telah disahkan bertanding
Posted on Friday, April 12 @ 05:42:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"

Bersama ini disertakan senarai terkini dan gambar calon KEADILAN yang telah disahkan akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13

Berikut calon-calon yang disahkan bertanding:
Mohamed Azmin Ali  P98 Gombak1. Mohamed Azmin Ali 
P98 Gombak
Timbalan Presiden, Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya
Pertahan kerusi
Datuk Saifuddin Nasution Ismail P18 Kulim-Bandar Baharu2. Datuk Saifuddin Nasution Ismail
P18 Kulim-Bandar Baharu
Setiausaha Agung
Pindah kawasan
Tian Chua P115 Batu3. Tian Chua
P115 Batu
Naib Presiden
Pertahan kerusi


N Surendran P17 Padang Serai4. N Surendran
P17 Padang Serai
Naib Presiden
Calon baru
Fuziah Salleh P83 Kuantan5. Fuziah Salleh
P83 Kuantan
Naib Presiden
Pertahan kerusi
Nurul Izzah Anwar P121 Lembah Pantai6. Nurul Izzah Anwar
P121 Lembah Pantai
Naib Presiden
Pertahan kerusi
Datuk Dr Mansor Othman P47 Nibong Tebal7. Datuk Dr Mansor Othman
P47 Nibong Tebal
Naib Presiden, Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang
Pindah kawasan
Rafizi Ramli P100 Pandan8. Rafizi Ramli
P100 Pandan
Pengarah Strategi
Calon baru
Dr Muhammad Nur Manuty P58 Bagan Serai Ketua Penerangan, Pengerusi KEADILAN Perak9. Dr Muhammad Nur Manuty
P58 Bagan Serai
Ketua Penerangan, Pengerusi KEADILAN Perak
Calon baru
William Leong P97 Selayang10. William Leong
P97 Selayang
Bendahari Agung
Pertahan kerusi
Onn Abu Bakar P153 Sembrong11. Onn Abu Bakar
P153 Sembrong
Ketua KEADILAN Cabang Putrajaya
Calon baru
 Dr Abdul Aziz Bari P92 Sabak Bernam12. Dr Abdul Aziz Bari
P92 Sabak Bernam
Bekas Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
Calon baru
dr Tan13. Datuk Dr Tan Kee Kwong
P116 Wangsa Maju
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin
Calon baru
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim P124 Bandar Tun Razak14. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
P124 Bandar Tun Razak
Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Menteri Besar Selangor
Pertahan kerusi
Shamsul Iskandar Mohd Akin P137 Bukit Katil15. Shamsul Iskandar Mohd Akin
P137 Bukit Katil
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Pengerusi KEADILAN Melaka
Pindah kawasan
Hoi16. Gooi Hsiao Leung
P9 Alor Setar
Ketua Biro Perundangan KEADILAN Kedah
Bertanding semula
Azman17. Dr Azman Ismail
P10 Kuala Kedah
Ketua Cabang KEADILAN Kuala Kedah
Calon baru
Datuk Fauzi Abdul Rahman  P82 Indera Mahkota18. Datuk Fauzi Abdul Rahman 
P82 Indera Mahkota
Pengerusi KEADILAN Pahang
Calon baru
Baru Bian P221 Limbang Pengerusi KEADILAN Sarawak19. Baru Bian
P221 Limbang
Pengerusi KEADILAN Sarawak
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak menang DUN
Murnie Hidayah Anuar P084 Paya Besar20. Murnie Hidayah Anuar
P084 Paya Besar
Peguam Hak Asasi Manusia
Calon baru
Ali21. Ali Biju
P205 Saratok
Timbalan Pengerusi KEADILAN Sarawak
PRN Sarawak menang DUN
Abg22. Abang Zulkifli Abang Engkeh
P201 Batang Lupar
Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya KEADILAN Sarawak
PRN Sarawak tanding DUN
SONY DSC23. Abun Sui Anyit
P216 Hulu Rajang
Setiausaha KEADILAN Hulu Rajang, pejuang hak tanah adat
Calon baru
Roland24. Roland Engan
P220 Baram
Peguam, pejuang melawan pembinaan empangan Baram
Calon baru
Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid P074 Lumut25. Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid
P074 Lumut
Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
Calon baru
amk i26. Dr Meor Ahmad Isharra Ishak
P061 Padang Rengas
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Perak
Seorang doktor gigi
Calon baru
Dr Lee Boon Chye27. Dr Lee Boon Chye
P071 Gopeng
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN
Pertahan kerusi
Mustafa Kamil Ayub P073 Pasir Salak Pengarah Biro Latihan KEADILAN
28. Mustafa Kamil Ayub
P073 Pasir Salak
Pengarah Biro Latihan KEADILAN
Calon baru
Zuraida Kamaruddin P099 Ampang Ketua Wanita KEADILAN29. Zuraida Kamaruddin
P099 Ampang
Ketua Wanita KEADILAN
Pertahan kerusi
Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein P160 Johor Bahru Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat30. Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein
P160 Johor Bahru
Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat
Calon baru
Steven Chong31. Steven Chong Shiau
P158 Tebrau
Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN
Calon baru
hIzwan i32. Mohd Hizwan Ahmad
P146 Muar
Ketua Cabang Muar
Calon baru
Datuk Idris Jauzi P150 Batu Pahat33. Datuk Idris Jauzi
P150 Batu Pahat
Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki, aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
Calon baru
34. Rahim Ali
P136 Tangga Batu
Ketua Cabang KEADILAN Tangga Batu
Calon baru
Datuk Johari Abdul P015 Sungai Petani35. Datuk Johari Abdul
P015 Sungai Petani
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN
Pertahan kerusi
Nor Azrina Surip @ Nurin Aina P014 Merbok Ketua Wanita KEADILAN Sungai Petani36. Nor Azrina Surip @ Nurin Aina
P014 Merbok
Ketua Wanita KEADILAN Sungai Petani
Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani
Calon baru
Hasan-Karim37. Hassan Karim
P144 Ledang
Naib Pengerusi KEADILAN Johor
Calon baru
julailey-jemadi-138. Julailey Jemadi
P141 Sekijang
Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
Calon baru
KhuzzanSeriGading39. Mohd Khuzzan Abu Bakar
P149 Sri Gading
Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Johor
Calon baru
Fariz Musa P085 Pekan40. Fariz Musa
P085 Pekan
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP)
Calon baru
41. Kamaruddin Chik
P040 Kemaman
Naib Ketua Cabang KEADILAN Kemaman
Calon baru
Ibrahim Yaacob P118 Setiawangsa42. Ibrahim Yaacob
P118 Setiawangsa
Dicalon semula
Berebut nak jadi YB, PKR dan PAS berperang sesama sendiri
Posted on Friday, April 12 @ 05:34:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"
Badrul Hisham Shaharin
Badrul Hisham Shaharin (kiri) ni rasanya TIDAK LAYAKjadi calon di DUN Sg Aceh kerna dia bukan pengundi berdaftar di sana... Saya rasa Datuk Mansor Othman buat kesilapan dalam pengumuman tersebut. Andai betul Badrul Hisham bukan pemilih di DUN Sg. Aceh, maka sikap culas dan lalai Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman amat memalukan PKR. Kesilapan teknikal seperti ini tidak seharusnya terjadi.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah, DUN Sungai Acheh
PAS akan bertembung dengan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat - PKR - dalam pertandingan tiga penjuru di kerusi DUN Sungai Acheh dengan meletakkan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah (gambar kanan) sebagai calonnya di situ.

Keputusan itu dibuat selepas Pengerusi PKR negeri itu, Datuk Mansor Othman malam tadi mengumumkan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, sebagai calon parti itu di kerusi berkenaan yang terletak dalam kawasan pilihan raya Tebal Nibong.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man membuat pengumuman tersebut di Pongsu Seribu -  kubu kuat parti itu di Tasek Gelugor pada kira-kira jam 10 malam ini.

Beliau berkata, pihaknya yakin calon-calon parti itu boleh menyapu bersih semua kerusi dalam pertandingan dengan Umno.

Menurut Salleh, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat yang panjang dengan kepimpinan PAS di Kuala Lumpur, semalam.

"Keputusan kami adalah muktamad," katanya, sambil menambah bahawa kepimpinan pusat juga telah memutuskan senarai calon untuk seluruh negara.

Katak hitam minta nyawa dari Najib Razak

Salleh lagi mengumumkan parti itu akan bertanding dua kerusi Parlimen dan lima kerusi DUN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum ke-13, yang ditetapkan pada 5 Mei.

Calon bagi dua kerusi parlimen ialah setiausaha Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden di kerusi Kepala Batas, dan bekas presiden Dewan Perniagaan Melayu, Datuk Abdul Rahman Maidin di Tasek Gelugor.

Calon-calon bagi empat lagi kerusi DUN termasuk Roshidi Hussein (Penaga), Arshad Md Salleh (Permatang Berangan), Asnah Hashim (Bayan Lepas) dan Zahadi Mohamad (Sungai Dua).

Setiap calon, tampil memberi ucapan ringkas selepas nama mereka diumumkan.
Anda mungkin juga meminati: Cara BN Berkempen
Inilah punca katak Ibrahim Ali marah sangat pada Anwar Ibrahim
Posted on Sunday, October 07 @ 12:20:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Sharpshooter

3 Oktober lalu Lidah Rasmi UMNO @ Utusan telah melaporkan, Ibrahim Ali mendakwa Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin penakut yang `bercakap tidak serupa bikin'.

Ini kerana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup ke Paris, Perancis ketika sesi perbahasan Bajet 2013 sedang berlangsung.

Kata Ahli Parlimen Pasri Mas itu lagi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir semasa Ketua Pembangkang itu berucap dituduhnya sebagai penakut sedangkan sebagai pemimpin kerajaan, sudah tentu Najib sibuk dengan pelbagai tugas rasmi.

Adakah Anwar pun begitu sibuk sehingga sanggup ke Paris atau pun takut untuk berada di dalam Dewan Rakyat kerana bimbang diserang oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)? Soal Ibrahim Ali.. – sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Ini jawapannya...

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima anugerah AMSS (UK) Lifetime Achievement Award 2010 (Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2010) daripada Association of Muslim Social Scientists United Kingdom (AMSS UK).

Anugerah itu diumumkan AMSS UK dalam satu kenyataan pada 5 Oktober 2010 dan ia akan disampaikan Pengerusi AMSS UK, Dr Anas S Al-Shaikh-Ali pada 4 Oktober 2012 di universiti terkemuka, Paris Sorbonne University.


Memetik laman rasmi AMKSS UK ( di SINI ), ia diberikan atas jasa dan sumbangan besar Anwar dalam bidang politik dan pemikiran ekonomi, mempromosikan tata kelola yang baik dan komitmen beliau pada prinsip keadilan dan toleransi.

Bersempena dengan anugerah itu, Anwar akan menyampaikan syarahan bertajuk ‘Adakah Kebangkitan Arab (Arab Spring) berpotensi untuk menjadi Kebangkitan Muslim?’.

Syarahan dianjurkan The Institute of International and Strategic Relations (IRIS France), The Advanced Studies Research Centre (Belgium) dengan kerjasama AMSS UK.

AMSS UK adalah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan (non-profit organization) berpangkalan di London dan komited kepada isu-isu tempatan dan global melalui penyelidikan, persidangan dan penerbitan.

Antara tokoh penerima anugerah itu adalah Edward Said (ahli akademik, penulis ‘Orientalism’), Mustafa Ceric (Mufti Besar Bosnia-Herzegovina), Seyyed Hossein Nasr (ahli falsafah Islam) dan Martin Lings (sarjana, penulis ‘Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources’).


Persoalannya disini ialah kenapa Anwar yang menerima anugerah ini.. bukan Najib?

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Senarai Kekayaan Anak-Anak Menteri Malaysia.Gila Punya Kaya...
Posted on Monday, November 05 @ 13:30:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: siasahkini

"
Pemimpin BN diketahui umum mempunyai gaya hidup mewah.elaun ahli Parlimen mahu pun menteri tidak melayakkan mereka memiliki rumah atau kereta mewah.

~ apatah lagi individu yang memiliki kekayaan melampau itu bukan datang dari keluarga kaya atau telah mempunyai perniagaan sendiri sebelum menjadi ahli politik.kebanyakkannya jadi kaya setelah menang pilihanraya atau diberi jawatan parti.


- kini gaya bermewah yang dipertikai rakyat mula menular ke sebahagian besar anak anak pemimpin BN.

~ tidak masuk akal dgn gaji ahli parlimen RM4,000 sebulan, Senator Dewan Negara RM6,000, Timbalan Menteri RM10,847 atau Menteri Kabinet RM14,907 mereka mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit dan kereta brharga ratusan ribu ringgit. Persoalan yang lebih menarik,bagaimanakah mereka mampu membelikan kereta kereta mewah untuk anak-anak?

~tentukan sekali pemimpin BN mendapat wang sampingan dari pelbagai sumber. pendapatan mereka dikatakan brjuta juta ringgit stahun dan tidak menjadi masalah untuk membiayai kehidupan mewah. kemewahan itu membuat rakyat MELUAT!. dengan gelagat gaya hidup mewah keluarga dan anak beranak pemimpin BN yg tak sedar diri, melantak hasil titik peluh Rakyat, Jelas dengan sikap Keborosan mereka merakalah membuat ramai lagi nasib si miskin di Malaysia tidak terbela ...

KEKAYAAN ANAK ABDULLAH AHMAD BADAWI

~ kamaludin diisytiharkan sebagai salah salah seorg 10 tokoh peniagaan Melayu teratas dgn aset melebihi RM320 JUTA sebaik PAK LAH menjadi Perdana Menteri. kamaluddin didakwa merupakan org dibelakang syarikat Scomi walaupun namanya tidak ada di dalam senarai Lembaga Pengarah Scomi yg brjumlah 9 org.
~ pada 2006 akhbar The Star melaporkan Petronas Carigali Sdn Bhd telah memberi kontrak sekurang kurangnya RM2 BILLION bagi membina pelantar minyak dari 2004 hingga 2006 kepada SCOMI.

KEMEWAHAN ANAK NAZRI AZIZ

~ anak kepada Menteri di jabatan Perdana Menteri nazri abdul aziz, Mohamad Nediam dilaporkan menjadi bintang dikalangan anak2 menteri kerana dibelit kontroversi berkenaan paparan pelbagai fotonya di beberapa blop brsama gadis2 jelita ~Nedim dilaporkan mempunyai sebuah kereta PORSCHE berharga sekitar RM700,000.beliau juga mempunyai pengawal peribadi yang sentiasa mengiringnya menaik kereta mewah.
~ baru2 ini pengawal peribadinya myerang seorg pengawal keselamatan kerana berlaku salah faham mendaftar masuk ke sbuah kondominium mount kiara.
~ Angkatan Muda Keadilan menuntut polis menyiasat Nedim yang pernah dikaitkan dalam 1 kes pembunuhan,Darren Kang di Sri Hartamas pada 2004.satu ironi, seorang anak menteri undang2 tidak faham undang2 dan trlajak ke dalam kes2 jenayah.

KEMEWAHAN ANAK LIM LEONG SIK
~ anak Dr. Ling leong sik,ling hee leong Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA pada zaman Dr mahathir didakwa telah mengumpul kekayaan sebanyak RM 1.2 BILLION!.
~ hee leong yang baru berumur 27 thn ketika itu tidak selayaknya mengumpul kekayaan yang sebegitu banyak.
~ pemimpin DAP,Lim Kit siang pada 1997 telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah agar kerajaan BN menyiasat skandal pengumpulan harta yng sebegitu besar dikhuatiri mengunakan kedudukan Lim Leong sik sbg menteri pengangkutan.namun sehingga ke hari ini tiada siasatan dijalankan.

KEMEWAHAN ANAK NAJIB RAZAK

~ ada beberapa org anak najib razak yg menjadi topik perbualan di internet.salah seorg dipercayai anak beliau bernama Ashman Najib,dan masih menuntut .foto dalam carian di beberapa blog mendedahkan gaya ashman yg mewah.
~ beliau didaka memiliki sebuah kereta mewah jenama Bantley yang tidak selayaknya dinaiki seorg remaja yang masih blajar.
~anak kdua najib bersama isteri pertamanya tengku puteri zainah tengku eskandar,mohd nazifudin najib merupakan salah seorg ahli lembaga pengarah syarikat Harvest Court Industries Bhd pada Oktober 2011.
~ beliau juga Pengerusi Sagajuta (sabah) Sdn Bhd, syarikat yang membangunkan 1 Borneo mall di Kota Kinabalu.mempunyai kepentingan sebanyak 13.83% selepas dilantik sbg ahli lembaga pengarah (BOD) Syarikat Harvest Court Industries Sdn Bhd.
~ pertunangan anak sulung najib bersama rosmah mansor,Nooryana najwa dengan warga kazakkhtan,Daniar nazarbayev,17 jun 2011.menelan pmbelanjaan RM79,053.
~ bil2 yang dikenal pasti sbg invois perbelanjaan jelas mengesahkan majlis itu ditanggung oleh kerajaan.sedangkan hanya majlis rasmi sahaja yang dibenar dari segi undang undang mengunakan wang negara.

KEKAYAAN ANAK SHAHRIZAT JALIL

~ dua anak shahrizat jalil dalam usia 20-an ,wan shahinur izran dan wan izzana fatimah zabedah memegang saham syarikat NFC.
~ anak2 shahrizat memiliki saham dalam Global Biofuture Pte Ltd,meatwork (singpore) Ptd Ltd.kdua duj syarikat itu didakwa memiliki modal berbayar S$3.65 juta,atau RM8.85 JUTA.

KEKAYAAN ANAK TAIB MAHMUD
~ taib mahmud yang memerintah Sarawak sejak 1980-an dianggap jelmaan Raja brooke ( James Brooke) di Sarawak.adik. Bradik dan anak beranaknya di berikan kekayaan yang melimpah ruah.
~ salah seorg anak taib mahmud,jamilah taib memiliki kekayaan luar biasa.beliau menguruskan kekayaan taib di Kanada melalui Sakto Corporation yg nilainya menjangkau ratusan juta Dollar dibawah nama menantu lelaki beliau,sean murray.
~ jamilah memiliki rumah mewah di malaysia dan luar negara.keluarga taib juga memiliki perniagaan Sakti International yang berpusat di Amerika Syarikat.
~ seorg lagi anak taib,abu bekir taib abdul taib mjadi kontrolversi selepas tuduhan pnceraiannya berjumlah RM500 juta dimahkamah syariah.
~ abu bekir brkahwin kali kdua dengan wanita Russia. isteri pertamanya Shahnaz a.majid,memohon penceraian.dalam permohonan pembahagian harta sepencarian istrinya menuntut :
1) RM100 JUTA tuntutan mutaah
2) RM300 JUTA harta sepencarian
~ slain itu menurut Shahnaz, suaminya,mempunyai perniagaan berbillion ringgit, juga mempunyai kereta Mercedes Benz, Lamboghini,Murcielago,Ferrari Spider,Bentley New Continental GT,Maserati Quortoporudi dan Alphard

KEKAYAAN ANAK DR MAHATHIR MOHAMAD

~ Mirzan mahathir,menguasai beberapa syarikat peniagaan besar seperti Sunway Building Tecnologies berhad,Capetronic Consumer Electronics Holdings berhad,World wide holdings berhad,Artwright holdings berhad dan lain2 lg.
~ mirzan pada 2011 muncul sbg salah seorg pgarah syarikat San Miguel Corp,syarilat konglomerat makanan terbesar di Filipina yang juga trlibat dgn perniagaan Arak.
~ terbaharu,mirzan dinamakan dalam afidavit di mahkamah India brkaitan siasatan pembangunan pelabuhan kakinada di Andra Pradesh.kerja2 pembinaan itu terlewat beberapa tahun dan perbendaharaan negeri mendakwa kerugian kira2 RM 33 juta antara 1999 dan 2007 disebabkan kelewatan itu.
~ Mokhzani mahathir majalah perniagaan Malaysia Business pernah melaporkan Mokhzani mahathir sbg antara 3 tokoh perniagaan melayu terkaya di Malaysia.beliau memiliki syarikat Kenchana Petroleum dan menduduki tangga ke 19 dalam senarai majalah itu dgn memiliki kekayaan sbyak RM 1.6 BILLION selain itu Mokhzani juga memiliki saham di dalam THB Industries Berhad,Tongkah holdings berhad dan Pantai Holdings berhad.
SEBEGINILAH MANUSIA YG HDUP DIALAS WANG KERTAS DUIT RAKYAT, SEJAHTERA LAH MEREKA HIDUP DIDUNIA, DAN YANG AMAT PERIT SEKALI KETIKA MATI DALAM KEALPAAN, SEMOGA ALLAH MEMBERI HIDAYAH KESEDARAN KEPADA MEREKA DAN SEDIA BRTAUBAT MENERIMA HUKUMAN DIDUNIA. MESTI DI BACA DAN HARUS DI TEKA, --> "HIDUP UMNO!" atau "HIRUP UMNO HIRUP!"...Tepuk dada tanyalah selera.
http://siasahkini.blogspot.com/2012/11/senarai-kekayaan-anak-anak-menteri.html
 
 Daim Dukun UMNO kasi Najib Razak kecut dan Zambry Kadir pucat
Posted on Sunday, October 14 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Orangni
Bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin meramalkan Umno BN hanya menang di Johor, Melaka dan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan selainnya dimenangi Pakatan Rakyat.

Daim berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau yang diterbitkan awal tahun ini, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Daim turut dipetik sebagai berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kini umpama “jeneral tanpa askar” dalam berdepan cabaran PRU.“Perdana Menteri dan pemimpin utama lain sudah pun melakukan lebih dari cukup.

Maka situasi semasa mereka umpama ‘jeneral tanpa askar’.“Di manakah askar-askar BN? Pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian perlu lebih proaktif melibatkan diri dengan orang ramai,” kata Daim.

Daim turut meramalkan agak sukar untuk Umno BN mengekalkan Sabah dan Terengganu ekoran krisis dalaman parti itu di kedua-dua negeri itu.Mengenai Negeri Sembilan, Daim tidak menolak bahawa Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang di situ ekoran gabungan KEADILAN, PAS dan DAP hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam kerusi untuk membentuk kerajaan.

Selain itu, kata Daim, Umno juga terpaksa mencari calon sesuai untuk menggantikan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika ini, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dijangka bertanding kerusi Parlimen untuk dilantik sebagai menteri persekutuan.

Mengenai Perak yang dirampas Umno BN yang diketuai Najib sejak Februari 2009, Daim melihat agak sukar untuk Umno BN kekal di negeri itu.Sementara Kelantan dan Pulau Pinang, Daim yakin Pakatan Rakyat akan terus memerintah di kedua-dua negeri itu.

Menjelang PRU 8 MAc 2008, Daim pernah meramalkan Umno BN akan kalah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun tiada siapa melihat dengan serius ramalan beliau.

Sehinggalah keputusan 8 Mac diumum yang yang menyaksikan Umno bukan sahaja kalah di negeri itu, kecuali Terengganu, malah buat pertamakali dalam sejarah BN hilang 2/3 kerusi Parlimen.

***Orgni:  Najib kecut dan Zambry kadir akan jadi putih sebab pucat dengan ramalan kajicuaca politik Tun Daim ni...hehehe....

Sumber: orangni.blogspot.com

Tiada ulasan: