Khamis, 11 April 2013

SIBER JADI TUMPUAN...BERITA DI TV DAN RADIO JUMUD HANYA BERITA BAIK SEBELAH PIHAK SAJA....DAN BERITA JAHAT SEBELAH PIHAK SAJA

TG Nik Aziz ziarah Wan Seman koma di hospital

Salmah Mat Husain, 10 Apr 2013
KOTA BHARU: Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Besut, Wan Seman Wan Hassan, 54, koma setelah terjatuh dan dihempap tangga sewaktu menyiapkan ‘pos’ di hadapan rumahnya pagi semalam.

Selepas kejadian jam 10.45 pagi, beliau dikejarkan ke Hospital Tengku Anis Pasir Putih, bagaimanapun dihantar ke Hospital Universiti Sains Kubang Kerian dekat sini.

Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkesempatan menziarahinya petang tadi sebaik sahaja dimaklumkan perkara itu.

Turut berada di sisi Wan Seman, isterinya Dzulkaedah Ali Mohammad, 50, yang juga Penghulu Wanita Parlimen Pasir Putih.

Tuan Guru yang begitu terkejut bila dikhabarkan berhubung perkara itu, terus mendoakan kesembuhan Wan Seman.

Beliau bagaimanapun berharap anggota keluarga bersabar menerima ketentuan Allah itu.

Dzulkaedah ketika ditemui berkata, doktor memberitahu terdapat darah beku di bahagian kepala suaminya sebesar 2.7cm akibat terjatuh dan terhentak.

“Kehadiran Tuan Guru hari ini benar-benar memberikan semangat pada saya, juga pada pimpinan yang lain, ramai yang telah datang menziarahinya.

“Saya ucapkan terima kasih pada semua. Saya juga memohon supaya rakan seperjuangan di luar sana juga mendoakan kesembuhan suami saya,” ujarnya.

Wan Seman juga dilantik sebagai guru pondok di Dun Gaal, Setiausaha UPU Gong Nangka.

Semalam, Tuan Guru berkesempatan menziarahi bonda anggota exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Hajjah Salma Idris, dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab ll sejak dua minggu lalu termasuk seminggu di ICU.

Tuan Guru ditemani adik Husam, Hafiz Musa.

Turkey dan PRU 13 Malaysia

Analisa Syafiq Shafii, 10 Apr 2013
Mengikuti perkembangan politik di Republik Turkey dan Malaysia adalah suatu yang cukup menarik.Turkey dan Malaysia adalah di antara negara contoh bagi negara Muslim terutamanya selepas Arab Spring yang berlaku di tanah Arab.

Kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan telah membuktikan kejayaan mereka di dalam dan luar negara. Kurangnya gejala rasuah, sistem pengurusan yang semakin baik, kurangnya konflik dalaman dan ekonomi yang semakin kukuh.

Dari tahun 2002,ekonomi Turkey telah meningkat dari tangga 26 kepada tangga 16 dunia sekarang. Malah di dalam misi 2023,Turkey telah meletakkan target untuk menjadi diantara 10 kuasa ekonomi terkuat dunia.

Polisi Luar Turkey

(Kanan, Menteri Luar Turkey, Ahmet Davutoglu bersama Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan)
Setelah beberapa kali percubaan Turkey untuk menyertai  Kesatuan Eropah (EU), kerajaan Turkey telah menukar pandangannya kepada negara-negara selatan (Afrika dan Amerika Latin), dan negara-negara Timur (Asia Tengah, Timur Tengah, Cina dan India).

Jika sebelum ini, Turkey yang hanya melihat kepada Barat telah mengubah polisinya dengan membuat hubungan yang baik dengan negara-negara Arab,sebagai contoh dengan menambah penerbangan setiap hari ke negara-negara seperti Yaman dan juga Lubnan, menghapuskan visa dengan Republik Syria dan juga telah menandatangani projek keretapi laju Istanbul-Madinah yang akan merentasi Republik Syria dan Jordan.

Antara misi 2023 Turkey adalah misi menghapuskan visa bagi passport Turkey ke seluruh dunia. Sejak tahun 2002, terdapat 46 negara yang tidak diperlukan visa bagi warga Turkey(visa percuma) dan telah meningkat kepada 64 negara pada tahun 2012. Malah angka itu akan ditingkatkan kepada 196 negara yang wujud di dunia sekarang sehinggalah menjelang tahun 2023.

Polisi 'tiada konflik' dengan negara-negara jiran yang diperkenalkan oleh Menteri Luar Turkey, Ahmet Davutoglu juga memberikan kesan yang begitu baik. Setelah berlakunya kebangkitan Arab pada 2010, Turkey adalah di antara negara yang terawal menyokong kebangkitan rakyat samada di Tunisia, Libya, Mesir dan turut tidak ketinggalan Republik Syria.

Pada September 2011, Perdana Menteri Erdogan di dalam siri lawatannya ke negara Tunisia, Mesir dan juga Libya,setelah berlakunya revolusi arab,telah berjaya membawa 200 orang usahawan Turkey untuk mengukuhkan ekonomi di negara-negara ini di dalam pelbagai bidang seperti petrolium, telekomunisasi, pengangkutan, perkhidmatan dan juga pendidikan.

Di dalam persaingan dengan dunia luar seperti AS, Perancis dan IMF, Republik Turkey telah menjalinkan hubungan yang cukup baik di dalam jangka masa yang panjang.

Perjuangan dalam isu Palestin


Tambahan pula, Turkey turut membuktikan usaha mereka dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin. Bermula dengan kisah 'one minute' di Davos pada Januari 2009, semasa perdebatan diantara Perdana Menteri Erdogan dengan Presiden Israel Shimon Peres yang berakhir dengan Perdana Menteri Erdogan  bangun dan meninggalkan ruang perdebatan itu.

PM Erdogan juga dengan lantang sekali mengutuk kekejaman dan pembunuhan yang telah berlaku di Gaza.

Setiap kali berlangsungnya persidangan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Erdogan dan Ahmet Davutoglu berulang kali mendesak untuk diberikan satu kerusi kepada Palestin di dalam PBB.Dan hasilnya,pada Februari 2013,usaha mereka telah berjaya, Palestin telah diberikan pengiktirafan dengan diberikan satu kerusi di dalam PBB.

(Erdogan memalukan PM Israel di Davos)

Selain itu, Turkey turut mendesak Israel untuk menarik embargo (sekatan) terhadap Gaza yang dikepung, sehinggalah Israel akhirnya terpaksa akur dengan menarik balik sekatan ekonomi itu. Dan yang terbaru, pada awal April, Israel juga telah memohon maaf kepada Turkey dalam isu serangan kapal Flotilla Mavi Marmara yang telah mengakibatkan kematian 9 warga Turkey.

Biasiswa kepada pelajar luar

Turkey merupakan diantara negara yang memberikan pendidikan secara percuma kepada seluruh warganegaranya. Malah, setiap tahun, kerajaan Turkey akan menyediakan biasiswa penuh kepada orang luar untuk belajar di Turkey bermula di peringkat sarjana muda sehinggalah PhD.

Projek biasiswaTurki ini akan menaja lebih 3000 hingga 4000 orang pelajar luar Turkey setiap tahun. Misi utama mereka dalam projek ‘pelaburan’ ini adalah untuk mengembangkan bahasa Turkey ke seluruh dunia.

Malah yang terbaru, Perdana Menteri Erdogan telah mengumumkan untuk memberikan perkhidmatan percuma kepada warga asing yang berada di Turkey tidak kira samada pelajar, pekerja ataupun pelancong dengan menganggap mereka ini adalah musafir.

Misi dan projek yang dirancang secara rapi oleh Turkey ini adalah satu misi yang cukup besar untuk satu jangka masa yang panjang. Negara luar sedang melihat apa yang dilakukan oleh Turkey. Turkey merupakan negara contoh bagi negara Arab yang baru mahu membangun dalam acuan demokrasi. Apakah misi ini akan berjaya untuk membentuk satu empayar Othmaniah baru (the new Ottoman) ?

Malaysia pada 5 tahun lepas dan PRU 13


Malaysia juga merupakan sebuah negara yang dipandang tinggi oleh warga dunia terutamanya dari dunia Islam. Malaysia adalah di antara negara yang pesat membangun dan kaya dengan sumber-sumber asli.

Pada tahun 1992, Malaysia adalah negara yang terlibat secara langsung di dalam usaha menangani isu Kosovo. Malaysia juga lantang dalam membincangkan isu Palestin.Dalam bidang ekonomi pula, Malaysia juga ke hadapan di dalam memperkenalkan ekonomi Islam.

Namun itu dulu

Menjelang Pilihanraya Umum 13 ini, saya sebagai rakyat marhaen yang memerhati dari jauh perkembangan politik tanah air juga ingin memberikan komentar selama pemerintahan kerajaan 5 tahun yang lepas di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak. Di manakah Malaysia di mata dunia?

(Erdogan dalam pertemuannya dengan Najib)

Bermula dengan isu pembelian kapal selam “scorpene” dan isu pembunuhan Altantuya Sharibuu yang merupakan warga Mongolia sehinggalah melibatkan mahkamah Perancis. Isu fitnah liwat Datuk Sri Anwar Ibrahim yang berakhir di mahkamah menunjukkan ia adalah fitnah.

Malahan yang terbaru, isu kekayaan negeri Sarawak yang telah diboloti oleh satu keluarga yang dibongkarkan oleh satu badan berkecuali dari luar negara, Global Witness. Isu-isu seperti ini telah memberikan pandangan buruk kepada warga dunia yang mengenali Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang pesat membangun.

Malaysia turut mempunyai hubungan yang kurang baik dengan negara-negara jiran seperti Filipina dengan isu yang terbaru,iaitu pencerobohan pengganas di Lahad Datu yang tidak ditangani dengan bijak selain daripada isu-isu dengan kerajaan Singapura dan Indonesia.

Kalau kita melihat  dengan lebih jauh, Malaysia kelihatan lemah dan lembap di dalam beberapa isu kemanusiaan seperti isu pembunuhan umat Islam Rohingya di Arakan, malahan Malaysia juga masih belum memberikan apa-apa respon terhadap isu Syria.

Selain daripada rakyat Malaysia, warga dunia juga sedang memerhati secara dekat PRU 13 ini dengan mengharapkan satu perubahan yang akan berlaku. Oleh itu, menjelang PRU 13 ini, kami rakyat Malaysia mahu mendengar apakah polisi-polisi luar yang akan di bawa oleh parti-parti yang akan bertanding dan seterusnya akan menerajui Malaysia.

Dengan polisi-polisi inilah, rakyat Malaysia akan memilih untuk mengundi siapa. Kami tidak mahu taburan wang, politik fitnah menfitnah, dan manifesto murahan. Kami rakyat Malaysia sudah matang dan bijak.

Salam PRU 13 dari Turkey.

*Penulis merupakan pelajar Master (Falsafah dan Agama) di Universiti Necmettin Erbakan, Turkey.

Mustafa ditanya siapa Bumiputra yang dapat AP import

Muhammad Faizal, 10 Apr 2013


(Husam dengan pembantunya di sidang media hari ini)


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa hari ini meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed memberi penjelasan berhubung tiga perkara utama.

Melalui surat terbuka Husam kepada Mustapa itu, beliau meminta menteri tersebut memberi penjelasan segera berhubung senarai syarikat bumiputra yang diberi keistimewaan membeli 11.5 peratus saham Felda dengan kelulusan MITI.

Malah menurut beliau lagi, Mustapa juga perlu menyatakan siapa pemegang 50 permit import (AP) mengeksport minyak sawit yang dikecualikan cukai.

Dalam pada itu Husam turut meminta agar Mustapa turut memberitahu siapa pemegang AP import kereta.

"Mustapa telah mengatakan akan menyaman saya berhubung dengan kenyataan saya terhadapnya merupakan satu fitnah.

"Tetapi setelah saya meneliti kembali ucapan, saya tidak menyatakan saham tersebut diberikan secara percuma tetapi saya menyatakan ia diberikan kepada setiap Ketua Umno Bahagian dan mempersoalkan kelayakan serta jumlah saham yang diperolehi," kata beliau pada sidang media di Pusat Media PAS sebentar tadi.

Tambahnya lagi, atas sebab tersebut beliau telah menghantar surat terbuka dan meminta Mustapa memberi penjelasan terhadap tiga perkara utama.

"Kita minta beliau jawap siapa kroni yang diberi keistimewaan mendapat saham felda dari kelayakan, senarai syarikat dan keuntungan yang mereka perolahi.

"Dalam pada itu juga, kita juga mahu tahu pemegang AP eksport minyak sawit mentah (CPO) yang mendapat keuntungan percuma atas pengecualian cukai dianggarkan sebanyak RM4 bilion," jelasnya.

Katanya lagi, bagi pemegang AP import kereta rata-rata dipegang oleh segelintir kroni yang menjadi kaya raya atas harga kereta yang lebih mahal yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Husam yang meminta agar Mustapa mendedahkan senarai penuh pemegang AP import kereta dan jumlah kekayaan yang telah mereka peroleh dari sistem yang menindas rakyat.

Bekas MP Machang meninggal dunia

Harakahdaily, 10 Apr 2013

KOTA BHARU: Bekas anggota parlimen (MP) Machang yang juga seorang peguam terkenal, Mohd Yusoff Mohd Nor, 73 meninggal dunia kira-kira jam 5.50 petang tadi akibat masalah buah pinggang.

Allahyarham yang juga bekas Yang Dipertua Berjasa, menang di parlimen Machang pada penggal 1999-2004, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Beliau dimasukkan ke wad pada Isnin lepas selepas muntah mengeluarkan darah ketika berada di rumah di Telipot dekat sini.

Adiknya, Prof Madya Mohd Najib Nor berkata, arwah hanya dikesan menghidapi penyakit buah pinggang selepas dimasukkan ke wad kelmarin.

“Jenazahnya akan dibawa pulang ke kampungnya di Pangkal Meleret, Machang dan dijangka disolatkan kira-kira jam 11 pagi esok,” katanya ketika dihubungi di sini.

Allahyarham Yusoff mendapat pendidikan awal di Madrasah Wataniah, Machang. Pada 1957 melanjut pelajaran ke Kolej Islam Malaya.

Kemudian melanjut pelajaran ke University Of Wales, United Kingdom dalam bidang undang-undang.

Pernah berkhidmat sebagai majistret, peguam persekutuan dan timbalan pendakwa raya. Dilantik sebagai Yang Dipertua Berjasa pada 1978 sehingga 1998.

Allahyarham meninggalkan empat anak dan seorang balu, Tengku Sharifah Norhayati Syed Abdul Kadir.

Sementara itu Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat berkata, kematian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada kerajaan negeri dan PAS Kelantan.

Katanya, arwah sering menjadi rujukan terutamanya isu-isu berkaitan dengan undang-undang.

“Kami mendoakan semoga rohnya berada bersama golongan orang-orang yang soleh. Diharapkan juga keluarganya bersabar dan menerima segala takdir yang menimpa dengan tabah,” katanya. - Al Fatihah

Kreativiti perang dalam alam siber

Harakahdaily, 10 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Pilihan raya umum ke 13 sudah menjadi pilihan raya  siber ababila pertembungan sebenarnya berlaku di media ini.

Yang hebatnya, laman siber tidak ada siapa yang mengawalnya sebagaimana kerajaan BN mengawal segala media tradisi negara.

Ekoran pengumuman SPR hari mengundi pilihan raya umum akan diadakan pada 5 Mei 2013, para penggunakan media siber ini memberikan tafsiran menarik mengenainya.

5.5. 2013 ditafsirkan sebagai 55 tahun Umno memerintah, 2013 tahun terakhirnya.

Lihat betapa kreatifnya para pengguna media baru ini dalam mencatur pertembungan dalam pilihan raya kali ini.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut memasukkan hal ini dalam facebook beliau mendapat  lebih 1,000 likes dalam masa tidak sampai satu jam manakala hampir 1,000 pula berkongsi bahan ini di laman mereka.

 

Tiada ulasan: