Khamis, 11 April 2013

TAAKUUUTTT......SEGALA KEBURUKAN DIBONGKAR

Harakahdaily diserang: PAS minta bertembung secara adil

Harakahdaily, 11 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Sejak Parlimen dibubarkan 3 April lalu, sudah empat hari Harakahdaily di serang oleh DDOS.

Ia bermula pada hari pembubaran DUN lagi sehingga ke hari ini.

Semalam dan pagi ini Harakahdaily di serang lagi.

"Saya memohon kepada pihak lawan kita supaya bertindaklah secara yang wajar dan tidak memusnahkan media musuh.

"Marilah kita bertanding secara adil. Apa yang hendak ditakutkan mereka sehingga menyerang media kami sedangkan mereka mempunyai berpuluh-puluh media," kata Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaafar (gambar) dalam kenyataannya.

Pihak IT Harakahdaily sedang berusaha keras untuk menyelesaikan masalah ekoran serangan yang bertalu-talu ini.

Beberapa versi telah cuba diwujudkan bagi membolehkan pembaca sentiasa mendapat maklumat terkini.

Selain Harakahdaily, pembaca boleh ke versi mobile iaitu m.harakahdaily.net. Jika laman ini menjadi berat, pembaca akan diarahkan terus keversi ringan (lite version) Harakahdaily.

Jika tidak boleh juga, pembaca boleh terus ke laman Facabook Harakahdaily di https://www.facebook.com/harakahdaily

Surat terbuka untuk Datuk Seri Mustafa Muhamad

Datuk Husam Musa, 10 Apr 2013
SURAT TERBUKA
UNTUK MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA,
YB DATUK MUSTAFA MUHAMAD


Datuk Seri,

A.    SENARAIKAN SYARIKAT BUMIPUTERA DIBERI KEISTIMEWAAN  MEMBELI 11.5% SAHAM FELDA  DENGAN KELULUSAN MITI

Felda telah disenaraikan di Bursa Saham. Peneroka Felda berakhir dengan memiliki hanya  2.5 % saham menerusi pinjaman bank.

11.5% saham FGVH dikhususkan kepada syarikat Bumiputera yang diluluskan oleh MITI di bawah YB Datuk Mustafa Muhamad. Jumlahnya  lebih besar dari yang diuntukkan kepada Peneroka.

Siapa kroni yang diberikan keistimewaan itu? Syarikat mana yang diluluskan oleh MITI untuk memiliki saham Felda?

Kenapa syarikat itu dipilih? Apa asas yang digunakan?

Adakah syarikat tersebut masih memiliki saham yang diberikan atau telah menjualnya?

Berapa keuntungan yang mereka perolehi dengan menjual serta merta saham itu selepas disenaraikan?

Kita minta YB Datuk Mustafa Muhamad mengeluarkan senarai syarikat berkenaan dan menjawab isu-isu berkaitan.


B.    SIAPA PEMEGANG 50 AP EKSPORT MINYAK SAWIT DIKECUALIKAN CUKAI?


AP eksport minyak sawit diperkenalkan pada tahun 2000. Pemegang AP  boleh mengeksport minyak sawit mentah (CPO) ke luar Negara dengan tidak payah membayar 23% cukai eksport sebagaimana pengeksport biasa.

Asalnya, CPO itu diizinkan di eksport ke Negara di mana syarikat berkenaan mempunyai kilang penapisannya sendiri.

Namun, kini CPO telah dieksport oleh pemegang AP ke pelbagai Negara yang langsung tidak mempunyai kilang penapisan syarikat-syarikat berkenaan seperti Maghribi, Vietnam, Itali, Perancis, Dominica, Congo dll.

Kenyataan ….


Pada tahun 2011, sebanyak 5.7 juta tan CPO dieksport menggunakan AP ini tanpa perlu membayar cukai.

Keuntungan percuma kepada pemegang AP bagi tahun tersebut dianggarkan sebanyak RM 4 bilion!

Ia bermakna kerugian kepada Negara.

Pada tahun 2012, quota eksport untuk pemegang AP ini telah dinaikkan kepada 7 juta tan.

Bermakna lebih banyak keuntungan dibuat oleh syarikat kroni pemegang 50 AP ini.

Pada masa yang sama, cukai eksport CPO tidak diturunkan sedangkan Indonesia telah dua kali menurunkannya dengan tujuan menjadikan harga minyak sawit Indonesia lebih murah di pasaran antarabangsa dan meningkat lagi jualan.

Malaysia tidak menurunkkannya. Ini menyebabkan permintaan dunia kepada minyak sawit kita semakin menurun kerana harga yang lebih tinggi disebabkan cukai eksport tidak diturunkan.

Akibatnya, ia merugikan pekebun kecil dan lading-ladang sawit Negara.

Kita meminta YB Datuk Mustafa Muhamad mendedahkan siapa pemegang AP eksport CPO ini.


C.    SIAPA PEMEGANG AP IMPORT KERETA?


Pada tahun 1997 ketika kemuncak perbalahan Tun Mahathir dan DSAI, Kerajaan telah menyiarkan sepenuhnya senarai pemegang AP kereta dan akhbar telah menyiarkan sepenuhnya senarai itu.

AP import kereta rata-rata dipegang oleh segelintir kroni yang menjadi kaya raya atas harga kereta yang lebih mahal yang terpaksa ditanggung oleh rakyat jelata.

Bersama surat terbuka ini dikepilkan memo oleh  Konsortium Pengimport-pengimport Kenderaan Generasi Baru (KPAGB)  yang menunjukkan pemberian AP oleh Miti di bawah YB Datuk Mustafa penuh dengan kepincangan.

Kita meminta YB Datuk Mustafa Muhamad mendedahkan senarai penuh pemegang AP import kereta dan jumlah kekayaan yang telah mereka perolehi dari system yang menindas rakyat jelata ini.



HUJAH-HUJAH KENAPA AP TERBUKA HARUS DI BUKA SEMULA SATU PERSATU PENILAIAN REALISTIK DAN BENAR


Pengenalan


Kerajaan telah mengumumkan asas kepada Dasar Automotif Negara (NAP) beberapa minggu yang lalu. Ianya dimaklumkan adalah sebahagian daripada strategi kerajaan untuk memastikan industry permotoran tempatan akan terus unggul dan membangun walaupun ketika menghadapi kemelut ketidak tentuan ekonomi dunia.

Bagi bidang pengimportan kereta baru, terpakai dan recond, terdapat beberapa perkara yang perlu mendapat perhatian khusus kerajaan sebelum NAP dilaksanakan. Ianya merangkumi aspek pembangunan industry tersebut disamping mempastikan objektif dan dasar kerajaan tercapai sebaik mungkin.

Objektif

Konsortium Pengimport-pengimport Kenderaan Generasi Baru (KPAGB) mencadangkan perkara-perkara beriktu untuk memantapkan lagi NAP:

•    Pembukaan semula AP terbuka dan penilaian semula kesemua syarikat-syarikat pemegang AP adalah wajib dan kritikal sekiranya kita mahu menjayakan dasar DEB dan pembangunan industry permotoran bumiputera di Negara ini secara total.

•    Realitinya penglibatan syarikat bumiputera di dalam pengedaran kenderaan baru, terpakai dan recond adalah jauh daripada apa yang kita fikirkan. Jumlahnya adalah sangat rendah 2%. Jumlah keseluruhan pengedar Bumiputera adalah sebanyak 14 syarikat berbanding jumlah keseluruhan 656.

KPAGB juga mencadangkan agar kerajaan memberi tumpuan kepada aspek-aspek berikut didalam pemantapan NAP:


•    Sector kenderaan francais

Berikut adalah jumlah pengedaran francais menurut buatan:




•    Sektor kereta recond (AP terpakai)

•    Terdapat 98 syarikat pemegang AP tetapi audit (2008) hanya terdapat 19 syarikat yang menjalankan perniagaan sendiri atau 21%. Yang selebihnya di jalankan oleh pihak ke tiga (Ali Baba).

•    Kebanyakan syarikat yang diberi AP telah lama mengambil jalan mudah dengan menjual AP tersebut. Kita melihat kedai-kedai recond car tumbuh macam cendawan selepas hujan.

•    Pada tahun 2005 terdapat sekitar 92 bilik pameran di lembah kelanag. Pada tahun 2007 ia meningkat kepada kira-kira 180 bilik pameran kereta recond. Lebih 85% peniaga-peniaga ini adalah bukan bumiputera.
Antara syarikat-syarikat yang terlibat adalah Meng Heng, Keong Heng, SG auto dan Beemer di Kuala Lumpur.

Meraka pada satu-satu masa mampu memegang stk kenderaan recond lebih 1,000 unit dengan kebanyakan stok kenderaan bernilai tinggi seperti Aston Martin, Ferrari dan sebagainya.

•    Walaupun MITI pada dasarnya telah memberi ‘pengampunan kepada syarikat-syarikat pemegang AP dan di atas kertas Berjaya memulihkan perniagaan meraka, tetapi sebaliknya berlaku, bilamana syarikat bukan bumiputera menukar singbord kepada syarikat pemegang AP.

Segala akuan perniagaan dan urusan bank (LOU) semuanya menggunakan syarikat pemegang AP.

•    Persoalan yang timbul adakah MITI bersedia dan serius mahu membetulkan keadaan? Hasil audit lalu oleh Ernst & Young telah membuktikan kewujudan syarikat bukan bumiputera yang mengndalikan AP syarikat bumiputera,

•    Menurut statistic semasa 85% stok kenderaan recond untuk jualan di dalam pasaran adalah milik bukan bumiputera menurut unit dan lebih 90% stok kenderaan dari aspek nilai jualan.

•    Pihak MITI tidak seharusnya terkesan di atas tekanan oleh pihak-pihak pengedar utama seoerti DRB, Daimler Crysle dan sebagainya kerana sebab berikut:

•    Mereka adalah syarikat gergasi dunia yang sememangnya mempunyai agenda menguasai pasaran antarabangsa hinggalah pasaran tempatan. Pasaran kenderaan reckond dan kenderaan baru adalah dua pasaran berbeza. Oleh itu alasan mengatakan bahawa reckond car menyebabkan jualan mereka terjejas adalah tidak benar sama sekali kerana hanya terdapat 2 pengedar bumiputera yang bersaing dengan mereka.

•    Sebahagian syarikat-syarikat pengedar utama ini bukanlah syarikat yangcekap dan berdaya saing. Syarikat DRB sejak dahulu lagi mengandu bahawa pasaran mereka juga terjejas akibat kemasukan kereta recond dan kenderaan komersial CDK.

Jumlah jualan meraka yang di katakana terjejas adalah lebih di sebabkan kerana kurang kecekapan dan strategi mereka mengimport jenis kenderaan dan harga jualan mereka yang terlalu tinggi.

Contohnya mereka mengimport kenderaan Honda Elysion baru yang masih tidak terjual lebih 200 unit kenderaan. Meraka menjual pada harga RM 380 ribu untuk kenderaan MPV yang tidak popular dan tidak relevan dengan keperluan pasaran tempatan.

Berbanding dengan UMW Toyota yang merupakan syarikat yang sangat efaktif dalam perniagaan mereka. Pada hakikatnya jumlah import kenderaan AP terbukaToyota lah yang paling banyak diimport berbanding dengan kenderaan jenis yang sama dengan kenderaan jualan DRB.

UMW Toyota mengambil langkah yang lebih bijak dan pendangan positif dengan menyediakan pusat servis dan alatganti untuk kenderaan import AP terbuka. Ini telah membuka peluang perniagaan baru UMW Toyota.


Husam Musa
Calon PAS Putrajaya

Husam yakin Tg Adnan akan kekal di Putrajaya

Harakahdaily, 10 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa (gambar) yakin Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor tidak akan meninggalkan Putrajaya untuk bertanding di tempat lain.

Ini kerana, jika beliau berbuat demikian beliau akan dituduh melarikan diri sedangkan beliau telah menjalankan tugas dengan baik selama ini.

"Saya tak jangka Tengku Adnan akan lari tinggalkan Putrajaya, dia jeneral dan memberikan khidmat yang baik sebelum ini.

"Jika beliau tidak bertanding di situ, beliau akan dianggap 'chicken out' (penakut) oleh lawannya," kata Husam dalam sidang media di Pusat Media PAS hari ini.

Beliau menjawab soalan wartawan yang ingin tahu pandangan beliau siapakah yang akan beliau akan lawan di Putrajaya kali ini.

Husam diumumkan sebagai calon PAS Parlimen Putrajaya oleh Presiden PAS semalam.

Husam dalam sidang media itu mengaku agak sukar untuk beliau menang di Putrajaya.

Ini kerana, jumlah pengundi yang kecil di samping pengundinya adalah rata-rata kakitangan kerajaan.

"Menurut kajian sebelum ini, peluang untuk Pakatan menang di Putrajaya hanya 40 peratus sahaja.

"Namun hari ini bagi saya, jumlahnya adalah 45 peratus untuk saya dan 55 peratus untuk BN," kata beliau sambil tersenyum.

Hari ini Husam mengumumkan akan membuka bilik gerakan bersama dengan pusat media PAS di Presint 9, Putrajaya.

Ia akan dilancarkan mulai malam esok.

 Ini gamaknya punca Noh Omar sunyi sepi sekarang..
Posted on Thursday, April 11 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Blog Gendang Perang

Jika perkhabaran seperti yang disiarkan dalam printscreen di bawah ini benar maka ia mungkin faktor penyebab senyap sunyinya Mr Noh Omar.

Noh Omar termasuk dalam senarai orang-orang yang digugurkan oleh BN.  BN telah melakukan yang terbaik bagi memenangi hati rakyat dengan menggugurkan mereka yang pernah dikaitkan dengan kontroversi.

Noh Omar adalah seorang yang paling banyak kontroversi di Selangor. Bermula dengan tuntutan oleh petani hingga kepada projek udang.

Hasrat Noh Omar untuk menjadi Menteri Besar Selangor jika BN memenagi pilihanraya di Selangor berkecai apabila dia tidak lagi tersenarai sebagai calon.

Tetapi Noh Omar tidak perlu bimbang kerana BN tidak akan menang di Selangor. Selangor akan tetap milik Pakatan Rakyat.


Dah penat-penat melalak sana-sini, tiba-tiba nama digugurkan daripada senarai calon. Frust menonggeng la member. Apa nasib Noh Omar kali ini? Ke mana arah tuju Noh Omar setelah kerjaya politiknya berakhir. Apa macam mau cari makan? wakaka

Undilah pakatan rakyat

Sumber


Abdullah Saamah langgar 3 notis MDT

Aslani M, 10 Apr 2013
TUMPAT: Notis pertama pembinaan tanpa kebenaran dihantar pada 7 Febuari 2013, namun pemilik pondok Kampung Tebing, Pengkalan Kubur, Abdullah Sa’amah masih meneruskan kerja-kerja pembinaan.

Kemudian notis kedua dihantar sekali lagi Majlis Daerah Tumpat (MDT) pada 17 Febuari lalu kerana pemiliknya terus berdegil. Kesemua notis berkenaan di bawah Seksyen 70 (1) Akta 173 Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Jurucakap MDT berkata, ekoran Abdullah masih meneruskan kerja-kerja pembinaan menyebabkan notis ketiga dan tindakan sita dimbil terhadap pemilik bangunan berkenaan pada 17 Mac lalu.

“Dan pada 8 April lalu notis kompaun dihantar kerana pemiliknya masih berdegil meneruskan kerja-kerja pembinaan tanpa kebenaran MDT.

“Malah sehingga sekarang pemilik bangunan itu belum menghantar sebarang pelan pembinaan kepada MDT. Selain itu notis pusaka juga belum dikemukakan bagi menjelaskan tanah tersebut milik Abdullah.

“MDT juga tidak menerima surat keizinan anggota keluarganya yang lain bagi memberi kebenaran kepada Abdullah sebagai ganti sekiranya tidak mahu menghantar notis pusaka,” katanya di sini.

Abdullah dalam kenyataan media hari ini mendakwa selepas 24 jam persidangan ulama pondok dan sekolah agama rakyat mengeluarkan deklarasi haram mengundi PAS, kerajaan Kelantan menyita pembinaan pondoknya.

Ahli Majlis MDT, Wan Akbar Wan Abdullah berkata, tidak berbangkit sama sekali dakwaan Abdullah pembinaan bangunan lima tingkat miliknya disita sebaik sahaja dia memfatwa mengundi PAS haram.

Katanya, tindakan menyita diambil MDT pada 17 Mac lalu kerana pemilik berdegil meneruskan kerja-kerja pembinaan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan.

“Adalah tidak berbangkit sama sekali dakwaan Abdullah kononnya pondoknya disita kerajaan PAS selepas dia mengeluarkan fatwa haram mengundi PAS dua hari lalu.

“Malah ada kakitangan bahagian penguatkuasa MDT memberitahu pemilik bangunan itu tidak kisah dikenakan kompaun kerana dia mampu membayarnya,” kata beliau.

Wan Akbar berkata, MDT tidak pernah memilih bulu, mana-mana pembinaan yang tidak mendapat kelulusan akan disita sekiranya masih berdegil selepas beberapa notis dikeluarkan.

Menurutnya tidak sepatutnya sebagai seorang yang menggelarkan dirinya sebagai seorang ulama, namun tidak mahu mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan.

Pada Ogos tahun lepas kerajaan pusat menganugerah cek bernilai RM2 juta kepada Abdullah yang disampaikan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

 

Muhyiddin tidak faham struktur cukai kereta

Harakahdaily, 10 Apr 2013


KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa harga kereta akan turun apabila Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (Afta) dilaksanakan sepenuhnya membayangkan beliau tidak memahami struktur cukai kereta yang dilaksanakan sendiri oleh BN.

Sekarang pun, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Afta sudah dilaksanakan apabila pembelian kereta-kereta yang dikilang di Asean tidak dikenakan sebarang cukai import.

Jelasnya, Afta dilaksanakan untuk menghapuskan halangan dagangan (trade barriers) dalam bentuk tarif import supaya barangan boleh bergerak bebas tanpa diskriminasi harga di dalam lingkungan pasaran besar Asean.

Beliau berkata, yang menyebabkan harga kereta naik melambung adalah cukai eksais dan cukai jualan yang dikenakan dari kadar minima 85% hingga ke 115% ke atas harga asal kereta.

“Cukai eksais dan cukai jualan inilah yang menjadikan harga jualan kereta bertambah satu kali ganda, bukannya cukai import kerana Afta telah pun menghapuskan cukai import ke atas kereta-kereta dari negara Asean,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas rafizi lagi, setiap tahun, 90% dari kereta yang dijual di Malaysia dikilang di Malaysia atau negara-negara Asean.

Oleh yang demikian, katanya untuk menurunkan harga kereta, dasar percukaian negara perlu ditukar dengan menghapuskan cukai eksais ke atas kereta seperti yang dicadangkan oleh PKR.

Sebab itu, ujar beliau apabila Muhyiddin sendiri tidak memahami faktor yang meningkatkan harga kereta sekali ganda, ini menimbulkan keraguan sama ada Barisan Nasional betul-betul ikhlas dengan janjinya untuk menurunkan harga kereta.

Lebih membimbangkan, kata Rafizi kenyataan Muhyiddin yang mengaitkan penurunan harga kereta dengan pelaksanaan Afta membayangkan bahawa janji itu hanya satu gimik politik yang tidak akan dilaksanakan oleh Barisan Nasional sekiranya menang nanti.

Justeru, Rafizi menyeru supaya Muhyiddin memberi penjelasan sama ada beliau tidak faham tentang struktur percukaian negara dan tersilap membuat kenyataan apabila menyebut pelaksanaan Afta akan menurunkan harga kereta.

“Atau beliau tahu rancangan Barisan Nasional untuk mengaitkan janji menurunkan harga kereta dengan Afta tetapi bukan cukai eksais, sekaligus mengesahkan bahawa Barisan Nasional tidak ikhlas untuk melaksanakan penurunan harga kereta,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau tidak akan memberi sebarang maklum balas terhadap kenyataan Muhyiddin bahawa Pakatan Rakyatlah yang menciplak Manifesto BN.

“Itu satu kenyataan bertaraf kebudak-budakan yang tidak selayaknya datang dari seorang bekas menteri kanan, maka ia tidak layak untuk diambil serius oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Kempen: Tidak bermoral guna harta kerajaan

Harakahdaily, 10 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Kumpulan bekas-bekas pesuruhjaya Suhakam (Proham) berpandangan penggunaan harta kerajaan untuk kepentingan politik perlu dihentikan oleh kerajaan sementara.

Menurut mereka, adalah menjadi tanggungjawab moral bagi parti politik untuk tidak menggunakan harta kerajaan biarpun tiada undang-undang jelas yang menghalang penggunaan tersebut.

"Amalan kontemporari di Malaysia menunjukkan bahawa ramai ahli politik yang menyalahgunakan sumber awam untuk mempromosikan agenda politik mereka dan parti-parti politik mereka.

"Amalan ini mesti berhenti untuk memastikan bahawa sumber-sumber awam yang digunakan untuk kebaikan bersama semua rakyat tanpa mengira anutan politik," kata Proham dalam satu kenyataan yang ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Tan Sri Simon Sipaun dan setiausaha agung Datuk Dr Denison Jayasooria.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini pula menegaskan tindakan kerajaan sementara yang menggunakan harta awam dan kerajaan tidak melanggar undang-undang selagi belum masuk tempoh berkempen yang sebenar.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, kerajaan sementara hanya tidak boleh menggunakan harta atau aset kerajaan bermula tarikh penamaan calon 20 April ini hinggalah hari mengundi pada 5 Mei.

Ia bermakna semua ahli politik masih ada 10 hari lagi untuk berkempen secara bebas sebelum terikat dengan undang-undang waktu kempen sebenar.

Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mempertahan tindakan BN menggunakan khidmat Jabatan Penerangan ketika majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN kawasan parlimen Batu di Kuala Lumpur Ahad lalu.

Beliau berpendapat, BN yang masih dianggap sebagai kerajaan sementara pada masa ini boleh berbuat demikian selagi tempoh kempen pilihan raya belum bermula.

Bagaimanapun banyak pihak melihat tindakan BN menggunakan harta kerajaan untuk kepentingan politik mereka itu satu tindakan tidak wajar.

Tiada ulasan: