Posted on Wednesday, April 10 @ 19:04:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh AnakSgDerhaka

Menurut seorang sahabat yang berada dalam barisan pengurusan penerbitan akhbar Sinar Harian, matlamat penerbitan ini ialah untuk menyiarkan laporan secara adil buat Kerajaan dan juga Pembangkang.
Oleh itu boleh dikatakan hingga ke saat ini Sinar Harian boleh dikatakan memberikan laporan yang telus buat kedua-dua belah pihak, biarpun ada kalanya laporannya kelihatan memihak kepada Kerajaan.
Jika dulu dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh Sinar Harian On-Line hasilnya telah memeningkan kepala Najib apabila hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Sinar langsung tidak memihak kepada Najib dan UMNO.. Lihat di SINI
Kali ini hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Sinar Harian juga menerima maklumbalas yang sama.. dengan lain ayat apa saja yang cuba dibawa oleh UMNO/BN ditolak oleh majoriti rakyat..
Kaji selidik kali ini berkisar tentang Manifesto untuk pilihanraya.. Jumlah pembaca yang mengambil bahagian dalam kaji selidik ini hingga jam 4.00 petang tadi ialah 6822 orang pembaca.
Bagi soalan "Jika anda seorang pengundi, manifesto parti mana yang memikat perhatian anda".. 81% pembaca meletakkan Manifesto Pakatan Rakyat sebagai lebih menarik..

Bagi soalan yang kedua pula "Manifeso yang mana meyakinkan anda, hingga bakal mempengaruhi sokongan anda"..
6034 dari 7321 pembaca yang mengambil bahagian iaitu 82% memberikan jawapan Manifesto Pakatan Rakyat..

Soalan seterusnya pula mengenai penilaian rakyat berhubung tawaran Manifesto Barisan Nasional, 62% pembaca menyatakannya sebagai 'Tidak Menarik', 21% menyatakannya sebagai 'Sederhana'..

Walaupun ianya bukanlah mewakili seluruh pengundi dalam Malaysia, sikit sebanyak ianya membuktikan bahawa apa yang di bentangkan oleh Najib dalam Manifesto BN itu hanyalah syok sendiri..
Hmmm.. mungkin ada kebenarannya dakwaan seorang sahabat dari UMB yang mengatakan ramai cybertrooper dari UMB masih bersama UMNO tetapi tidak menyokong UMNO lagi...
Jika mereka masih menyokong sudah tentu lebih dari 10,000 cybertrooper tu mampu mengubah hasil kajiselidik oleh Sinar ini..
Sumber
Mahathir mungkin bertanding Parlimen Putrajaya?
Posted on Wednesday, April 10 @ 19:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: mohdnoorawang
"
Walaupun
nama calun calun Barisan Nasional yang bakal bertanding telah
mutamatkan hari ini. Namun terdengar ada desakkan dari kumpulan pendesak
agar Tum Mahathir dicalun untuk bertanding kerusi parlimen Putrajaya.Mengikut sumber Mahathir bimbang bakal calun yang bertanding dikerusi parlimen Putrajaya PRU13 yang diadakan pada 5.Mei 2013 tumbang ditangan Datuk Husan Musa dari PAS.
Barisan Nasional akan mengumunkan senarai calun BN yang bertanding PRU13 oleh ketua perhubungan UMNO negeri Masing selepas taklimat tertutup calun BN hari ini. (10 4/2013).
Dari pandangan kami agak sukar Pengerusi atau persiden UMNO dan BN pusat untuk menerima Mahathir sebagai calun kerusi parlimen Putrajaya. Nama calun parlimen kerusi Putrajaya terkini ialahTengku Adnam Tengku Mansor.
Keputusan ditangan Datuk Sri Najib dalam hal hal pencalunan boleh berubah sehingga hari penamaan calun pada 20/4/2013 Isnin. Sanngupkah penjawat awam membuat perubahan menyokong dan pangkah PAS atau Husan Musa pada 5/5/2013 Ahad?.
Yang pasti Mahathir cukup takut parlimen Putrajaya BN tewas ditangan Husan Musa. Kami anggap berita Mahathir berminat mahu bertanding di Putrjaya hanya takut kepada bayang bayangnya sendiri atau hanya ilusi kumpulan Mahthir sahaja. agar tidak menjadi kenyataan.
Kita terserah kepada warga Putrajaya hampir 6,000 pengundi yang berdaftar dengan SPR membuat satu keputusan yang bersejahah dan terpahat denagn tinta emas dengan memangkah BULAN/PAS tanggal 5/5/2013."
Umno BN guna strategi kotor ‘beli calon’ tak terpilih – Anwar
Posted on Wednesday, April 10 @ 18:03:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Sumber Keadilandaily
PAHANG 10 APRIL:
Umno BN dijangka menaja pihak tertentu yang kecewa dan tidak terpilih
sebagai calon untuk bertanding melawan Pakatan Rakyat pada PRU 13.Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, strategi Umno yang dikesan sejak sebulan lalu ialah membeli sebanyak mungkin individu tertentu untuk dijadikan calon Bebas.
“Tetapi rakyat sudah putuskan, sama ada BN atau Pakatan. Tiada cara lain. Jika mahukan perubahan, kena sokong Pakatan – KEADILAN, PAS dan DAP.
“Jika bertanding (Bebas) kerana tidak dipilih jadi calon (KEADILAN), itu bukan amalan demokratik, kena ada agenda (perjuangan), bukan sebab mahu jadi calon semata-mata,” katanya.
Beliau menjawab demikian terhadap soalan berkaitan hasrat segelintir pihak yang mahu bertanding selepas mendapati nama mereka tidak disenarai sebagai calon KEADILAN.
Sidang media di Hotel Megaview, Kuantan itu bersempena pengumuman calon KEADILAN bagi beberapa kerusi Parlimen di Pahang.
Mengikut laporan media tempatan, segelintir ahli parti membuat pengumuman untuk menjadi calon Bebas selepas tidak terpilih sebagai calon PRU 13.
Justeru, Ketua Umum KEADILAN itu memberi amaran, mana-mana ahli yang menyokong parti lawan atau menjadi calon Bebas akan dipecat serta merta.
“Kalau belum, belumlah. Kalau tarik balik esok (kemudian), tak apalah,” katanya selepas Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh menyatakan, pengumuman bertanding mencukupi untuk dikenakan tindakan sedemikian.
Tontoni rakaman sidang media
(FZL)
Sumber
3 tokoh PAS tanding DUN di Negeri Sembilan
| Faiz Abdullah, | 11 Apr 2013 |

(Tiga tokoh PAS Negeri Sembilan, Dr Rosli, Taufek dan Zulkifli, bertanding peringkat DUN dalam pilihan raya ini)
JEMPOL: Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani (gambar) mengetuai cabaran PAS bersama Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan dalam pilihan raya umum kali ini.
Beliau akan mempertahankan kerusinya di DUN Paroi bersama AJK PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar di DUN Lenggeng.
Turut bertanding peringkat negeri adalah pakar ekonomi PAS Dr Rosli Yaakop di DUN Klawang.
PAS Negeri Sembilan mengumumkan calon Pilihan Raya Umum ke-13 di Muasasah Darul Syarif, Batu Kikir, Jempol malam tadi.
Pengumuman calon DUN dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani.
Sementara itu, calon-calon parlimen pula diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Turut hadir ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Dalam pilihan raya lalu, Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN Negeri Sembilan.
Mereka hanya memerlukan lima kerusi sahaja lagi untuk menang dan mentadbir Negeri Sembilan.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sebelum ini meramalkan Pakatan akan menang skurang-kurangnya tujuh negeri dalam PRU 13 ini dan Negeri Sembilan dipercayai salah satu daripadanya.
Berikut calon PAS Negeri Sembilan:
DUN
Paroi - Mohd Taufek Abdul Ghani
Lenggeng - Zulkefly Mohamad Omar
Labu - Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa
Klawang - Dr Rosli Yaakop
Chembong - Kamarol Ridzuan Mohd Zain
Bagan Pinang - Ramli Ismail
Sungai Lui - Nor Anif Selamat
Senaling - Zaharudin Othman
Johol - Norazman Mohamad
Kota - Ghazali Mohd Shom
Serting - Abdul Rahman Ramli
Gemencheh - Mohd Noor Yassin
Parlimen
Jelebu - Aiman Athirah Al-Jundi - Jelebu
Tampin - Zakaria Khalim
Jempol - Wan Aishah Wan Ariffin
Rahman Maidin calon PAS di Parlimen Tasik Gelugor
| Mohd Sabri Said, | 11 Apr 2013 |
PULAU PINANG: Tokoh korporat yang pernah memimpin kumpulan utama media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin (gambar) diumumkan sebagai calon PAS di Parlimen Tasik Gelugor.Pemilihan Abdul Rahman telah diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man di di perkarangan Markaz Besar PAS Pongsu Seribu sebentar tadi.
Rahman yang kini aktif membantu PAS dari segi mengujudkan imej yang baik dan mesra ekonomi dijangka bakal memberikan impak baru kepada penampilan PAS.
Beliau mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS tahun lalu selepas sekian laman membantu PAS secara belakang tabir.
Dalam pengumuman itu, Salleh memaklumkan, PAS Negeri Pulau Pinang akan bertanding enam kerusi DUN dan dua parlimen dengan mengemukakan dua muka baru daripada kalangan pemuda.
Mereka adalah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden yang bertanding di Parlimen Kepala Batas manakala Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Acheh, Nibung Tebal.
Antara muka baru yang turut bertanding ialah Zahadi Mohd di Dun Sungai Dua dan Rosidi Husain di Penaga.
Turut bertanding ialah calon Permatang Berangan, Arshad Saleh dan Dun Bayan Lepas, Asnah Hashim di samping Salleh sendiri yang akan mempertahankan kerusi Permatang Pasir.
Turut hadir ke program yang dipengerusikan Ketua Penerangan PAS Negeri, Saudara Bukhori Ghazali itu ialah Timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri dan Jawatankuasa Badan Perhubungannya PAS Negeri.
Bau kekalahan, Umno-MCA berpecah kerana rampasan kerusi
| Harakahdaily, | 10 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR:
Dengan bau kekalahan semakin kuat, Umno kini merancang untuk merampas
semua kerusi MCA di Johor untuk berdepan dengan DAP sendiri.Perkara ini pula menyebabkan keseluruhan pemimpin MCA kini duduk tidak tenang kerana semakin disisihkan.
Pada sebelah pagi hari ini, The Malaysian Insider melaporkan war room BN mempercayai bahawa calon Umno lebih berpotensi menang terhadap calon DAP daripada MCA.
Sebelah petangnya pula, Malaysiakini melaporkan para pemimpin MCA melenting kerusi-kerusi mereka dirampas oleh Johor.
Johor kini menjadi tumpuan pertahanan Umno selepas penasihat DAP Lim Kit Siang diumumkan sebagai calon parlimen Gelang Patah.
Menghangatkan perlawanan ini lagi ialah apabila Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub sebagai calon di Pulai.
Liew Chin Tong, ahli parlimen Bukit Bendera juga bertandang ke Johor dan akan bertanding ke Kluang.
PKR pula mengumumkan bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hashim Hussien dicalonkan di Johor Bahru.
“Umno panik sejurus Pakatan Rakyat mengumumkan jeneral-jeneral perang besar mereka bertanding di Johor. Johor ini maruah Umno dan BN. Dan masalahnya sayap kedua BN, iaitu MCA dan MIC kini cacat,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily ketika dihubungi.
“Apakah ini strategi terbaik Umno untuk menang?” tanya Harakahdaily.
“Entahlah. Strategis BN untuk PRU13 ini saya dah hilang keyakinan. Tengok cara Rais Yatim dan SPR main isu 10 minit tawaran kepada manifesto kepada pembangkang. Ingat boleh dapat mileage politik, tetiba BN guna 2 jam untuk bentang manifesto.
"Manifesto pula cedok apa yang mereka serang Pakatan Rakyat selama ini yang akan bangkrapkan negara. Sekarang TV pula ulang-ulang BN tak tiru manifesto PR, lagilah rakyat tahu kamu meniru. Sekarang Tingkat 2 B4 pula mencadangkan idea rampas kerusi MCA di Johor. Awak nilailah sendiri, ini nak bantu ke nak hancurkan BN dengan lebih cepat?” kata sumber itu lagi.
Tingkat 2, B4 dipercayai ialah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri yang mengaturkan strategi pilihanraya kali ini.
“Tak tahu siapa masukkan idea untuk rampas kerusi kawan kononnya demi kemenangan ke otak-otak di Tingkat 2, B4. Ada yang sengaja kuburkan BN. Umno tak pernah bentuk kerajaan dengan diri sendiri tanpa kawan-kawannya.
"Jika benar ini berlaku, Umno akan tumbang kerana langkah ini menyakinkan rakyat bahawa Umno panik.
"Ditambah pula dengan keberanian PAS menghantar Husam Musa ke Putrajaya yang dilihat ramai sebagai tanda keyakinan bahawa BN bakal tumbang tak lama lagi,” tegasnya.
PRU13: PAS tanding 7 kerusi parlimen di Sarawak
| Hashim Adam, | 10 Apr 2013 |
KUCHING: Pesuruhjaya PAS Sarawak, Haji Adam Ahid (gambar) mengesahkan
PAS akan bertanding tujuh kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan
raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung 5 Mei depan.
Beliau berkata, perkara itu telah disahkan pada mesyuarat PAS Pusat, semalam.
Calon PAS di Sarawak diketuai oleh AJK PAS Pusat, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, seorang peguam yang akan bertanding di P.197 Kota Samarahan.
Kerusi lain yang akan ditandingi ialah P.200 Batang Sadong yang akan diwakili Pengarah Pilihanraya PAS Sarawak Dr.(H) Mohd Jolhi.
PAS Sarawak juga turut menurunkan dua calon muslimat iaitu di P.206 Tanjung Manis yang akan diwakili Jurina Mut yang juga Setiausaha Dewan Muslimat PAS negeri dan bekas calon PAS di Tanjung Datu pada PRN 2011 lalu iaitu Nani Sahari di P.213 Mukah.
Selain itu PAS juga turut bertanding di P.207 Igan yang akan diwakili oleh Ajiji Fauzan.
Lebih menarik pada kali ini, bekas personaliti TV Al-Hijrah, Mohd Zaid @ Robby Tandang bertanding di P.218 Sibuti.
Selain itu, buat pertama kalinya PAS mencalonkan ahli DHPP Sarawak di P.209 Julau, Dr Ambrose Labang Jamba. Beliau adalah bekas pegawai tadbir Sarawak.
Menurut Adam lagi, memandangkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin meningkat terutamanya di kalangan anak muda, PAS Sarawak begitu yakin akan memenangi beberapa kerusi Parlimen.
Pada pilihanraya umum kali ini, 31 kerusi Parlimen akan dipertandingkan di Sarawak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan