Posted on Monday, April 08 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh Aspan Alias
Apa yang membuatkan Mahathir terlalu berdendam terhadap Lim Kit Siang hanya beliau sahaja yang tahu. Rakyat hanya boleh mengagak apa yang didendamkan oleh Mahathir. Tetapi kita ketepikan isu sebab dendam Mahathir terhadap bekas Ketua Pembangkang itu itu tidak pernah padam malahan lebih menyala dari masa-masa lampau
Mahathir mahukan UMNO dan BN menghabiskan riwayat LKS dalam politik kerana itu sahaja lah cara untuk membuatkan LKS bersara.
Wakil calon Ibrahim Ali Kenyataan dendam kesumat begitu tidak terkawal sehingga beliau (Mahathir) meminta calon ‘heavy weight’ untuk diturunkan melawan LKS di Gelang Patah dalam pilihanraya seperti Ghani Othman yang sekarang penyandang kerusi Menteri Besar Johor. Dr Mahathir berkata LKS tidak mahu bersara seperti beliau dalam politik sejak begitu lama. Tetapi kita bertanya pula kepada Dr Mahathir. Bagaimana pula beliau? Beliau masih lagi bermain politik yang begitu aktif sekarang ini walaupun sebelum ini beliau pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Sekarang masih lagi bermain politik dan tidak mahu berhenti-henti. Beliau masih lagi berperanan untuk mengganggu pelan dan kemahuan Najib Tun Razak dalam penentuan calon. Seperti saya katakan dalam posting yang lepas Mahathir masih lagi mahu menjadi penentu keadaan UMNO itu.
Jika
UMNO terlalu kuat beliau mahukan kekuatan UMNO itu diturunkan dengan
memberikan komen yang menjatuhkan kekuatan UMNO. Apabila UMNO sekarang
sudah agak hampir jatuh dengan sebenarnya beliau turun padang untuk
menaikkan sedikit kekuatan UMNO itu. Ini semua permainan politik
Mahathir yang tidak mahu berhenti dari politik negara.
Yang terakhir pula Mahathir mahukan Ibrahim Ali diambil oleh Najib
untuk menjadi calon UMNO di Pasir Mas. Beliau sentiasa masuk campur
dalam urusan negara yang sedang diurus oleh Najib. Semasa beliau menjadi
Perdana Menteri, tidak siapa pun boleh mempengaruhi kehendak beliau dan
beliau mentadbir negara mengikut kemahuan nafsu beliau sendiri.
Saya selalu berkata rakyat mesti bersatu kali ini di luar BN kerana
jika rakyat bersatu dalam UMNO dan BN, mereka akan ditunggangi oleh
kehendak Mahathir dan kroni serta keluarga beliau sendiri. Mahathir
tidak henti-henti bermain politik walaupun beliau telah bersara. Keadaan
politik yang kucar-kacir sekarang berpunca lama dahulu, iaitu semasa
zaman beliau menjadi peneraju negara ini. Hasilnya kita boleh lihat
sekarang.
"I love you, Tun...gua caya lu" |
Yang rakyat bergerak untuk melakukan perubahan ini adalah kerana
gara-gara beliau. Apabila beliau bersara Mahathir telah mewarisi negara
kepada pemimpin yang tidak pernah dididik oleh beliau dengan nilai
murni, sebaliknya mewariskan kepada pimpinan yang tidak mampu menjaga
kehormatan negara dalam erti sebuah negara berdaulat sebenarnya.
Rasuah besar yang bermula di zaman beliau telah melarat dan menjadi
barah dalam kerajaan hari ini. Barah ini tidak dapat dikawal lagi.
Tidak apalah begitu, tetapi biarkanlah rakyat membetulkannya. Tetapi
Mahathir kembali berpolitik dan UMNO tidak mampu untuk membuat keputusan
dengan betul kerana campur tangan beliau dalam politik tanah air.
Dr Mahathir lah yang sepatutnya bersara dan beliau sepatutnya tidak
lagi bermain politik. Jangan hendak mengata LKS sedangkan beliau lebih
gila bermain politik dan UMNO kini tidak boleh lagi membuat keputusan
sendirian tanpa campur tangan Mahathir.
UMNO yang lemah sekarang inilah yang dikehendaki oleh Mahathir kerana
kelemahan UMNO hari ini membolehkan beliau menjadi penting dan
terus-terusan berpolitik.
Asalkan boleh bermain politik menjadi tukang kempen Ibrahim Ali pun
jadilah. Yang penting beliau terus berpolitik. Belum lagi beliau berniat
untuk bersara.
Jadi tukang kempen Ibrahim Ali pun cukuplah...Harapan Rakyat: Harga Minyak Turun
Posted on Monday, April 08 @ 07:38:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber Demi Rakyat
Mohon bantu sebarkan untuk hujah & fakta Harapan Rakyat
Turunkan Harga Minyak: http://youtu.be/gEIEm3t4EG0
Turunkan Harga Kereta: http://youtu.be/nxjmGrkLVBM
Pendidikan Percuma: http://youtu.be/8t33rjUd6V0
Share dan like FB http://bit.ly/rafiziramli
Pastikan anda pulang mengundi nanti - Presiden
Posted on Monday, April 08 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Sumber Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta semua anak Terengganu di perantauan pulang mengundi dalam pilihan raya ke 13 ini.
Ini kerana, pilihan raya ini amat penting untuk mempastikan hala tuju negara dan mempastikan kepentingan Islam terjaga dengan baik selepas pilihan raya nanti.
Beliau berkata demikian ketika berucap di perjumpaan Anak-anak Terengganu di Perantauan yang diadakan di Dewan Kolej Universiti Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar, Kuala Lumpur hari ini.
(Antara yang menyertai himpunan anak Terengganu dengan Presiden PAS)
(Pimpinan PAS Terengganu dengan Presiden PAS)
Hampir 500 anak-anak Terengganu di perantau menyertai majlis itu.
Turut serta adalah para pimpinan PAS Terengganu para Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu iaitu Dr Alias, Saiful Bahri Mamat dan Muhyidin Abdul Rashid.
Turut serta adalah Haji Yahaya Ali, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu.
Dalam majlis itu para peserta perjumpaan itu berdialog dengan Presiden PAS serta para pimpinan PAS Terengganu itu.
Sumber
Harapan Rakyat: Pendidikan Percuma, Hapuskan PTPTN
Posted on Monday, April 08 @ 03:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber& Demi Rakyat
Mohon bantu sebarkan untuk hujah & fakta Harapan Rakyat
Turunkan Harga Minyak: http://youtu.be/gEIEm3t4EG0
Turunkan Harga Kereta: http://youtu.be/nxjmGrkLVBM
Pendidikan Percuma: http://youtu.be/8t33rjUd6V0
Share dan like FB http://bit.ly/rafiziramli
PRU13: 3 tawaran Wanita Pakatan untuk wanita Malaysia
Posted on Monday, April 08 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR: Wanita Pakatan Rakyat hari ini melancarkan tiga tawaran untuk wanita Malaysia.
Tiga tawaran itu adalah caruman wanita nasional sebanyak RM600 setahun, insentif penjagaan anak RM1,000 setahun untuk anak 13 tahun ke bawah dan agensi pembantu rumah tempatan.
Tawaran yang pertama adalah sebagai satu pengiktarafan kepada peranan wanita sebagai suri rumah.
"Komitmen kami adalah untuk mengangkat martabat wanita," kata Dr Mariah Mahmud ketika membaca kenyataan media itu.
Sidang media itu diadakan di Pusat Media PAS dan dihadiri oleh semua pimpinan utama wanita Pakatan Rakyat.
Antaranya Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff , Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail dan Setiausaha Wanita DAP, Teo Nie Ching.
Caruman wanita
Bagi tawaran Caruman Wanita Malaysia atau Tabung Simpanan Suri Rumah, RM600 setahun akan diberikan kepada setiap suri rumah di Malaysia dalam bentuk caruman.
"Konsep yang kita gunakan adalah gabungan antara simpanan hari tua seperti KWSP dan tabung bencana semacam Socso.
"Wanita boleh mengeluarkan caruman ini selepas berumur 55 tahun atau pencen atau bayaran akan dibuat sekiranya si wanita ini sedang menghadapi musibah," kata Dr Mariah ketika menjelaskan skim ini.
Insentif Penjagaan Anak
Untuk insentif penjagaan anak pula, Roziah Ismail Timbalan Ketua Wanita PKR yang juga Exco kerajaan negeri Selangor menjelaskan, konsep ini telah dilaksanakan di negeri Selangor.
"Setiap anak dari keluarga yang mempunyai pendapatan di bawah paras yang kita tetapkan akan diberikan kopun khas.
"Dengan kopun ini, ia boleh diserahkan kepada pusat jagaan kanak-kanak ini untuk mendapat rebat dari pengusaha pust jagaan dan pusat jagaan mendapat bayaran dari pihak kerajaan dengan kopun ini," jelas beliau tentang mekanisma pelaksanaan skim yang ditawarkan Wanita Pakatan ini.
Pengurus Rumah Tangga
Untuk Penubuhan Agensi Pembantu Rumah Tempatan pula, Naib Ketua Muslimah PAS, Mumtaz Mat Nawi menjelaskan, ia bertujuan untuk melahirkan 'Pengurus Rumah Tangga Profesional' di kalangan wanita tempatan.
"Kita mahu naikkan taraf profesion pembantu rumah kepada pengurus rumah tangga. Ia bertujuan untuk membolehkan mereka mendapat latihan yang cukup dari kerajaan dan mendapat pekerjaan yang sesuai dan mulia," katanya.
Melalui pendekatan ini, pembantu rumah yang dinaikkan taraf ini akan mendapat gaji yang setimpal sesuai dengan khidmat yang mereka berikan kepada keluarga yang menggaji mereka.
Teo Nie Ching ketika menjelaskan perkara ini berkata, beliau mempunyai pengalaman peribadi tersendiri dalam isu penjagaan anak sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan.
"Selepas saya melahirkan anak baru-baru ini saya membawa anak saya ke Parlimen. Saya bertanya dimana pusat penjagaan kanak-kanak yang dijanjikan kerajaan. Mereka kata tidak ada.
"Jadi saya anggap apa yang dijanjikan oleh Najib dalam manifesto BN hanyalah palsu saja...janji dicapati saja," katanya.
Sumber
Sah Pesuruhjaya Pas Perlis tidak di calunkan...
Posted on Monday, April 08 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog Batu vs Kayu
Sah Pesuruhjaya Pas Perlis, Ust Hashim Jasin tidak bertanding kali ini.Beliau mengumumkan penarikan diri dari bertanding pada PRU 13 semasa berceramah Jelajah Merdeka Rakyat Perlis malam tadi.
"Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya menarik diri dari bertanding pada PRU13" kata Ustaz Hashim Jasin.
Saya menarik diri kali ini bukan kerana saya ada salah laku, bukan kerana ditekan atau bukan kerana tidak di pilih oleh pimpinan Pas pusat ,tetapi saya dengan rela hati memberi laluan kepada muka baru bertanding pada kali ini.
Dengan nada merendah diri Ustaz Hasim berkata beliau memohon maaf kepada semua penyokong baik kawan atau lawan kerana sebagai manusia beliau tak lari dari melakukan kesilapan.
Ustaz Hashim memegang tiga penggal sebagai adun Sanglang semenjak pru 1999.Pada tahun 1988 menang pilihan raya kecil Arau dengan mendapat undi 12,864 mengalahkan calon BN.
Sumber: batuvskayu.blogspot.com
Apa tanda alamat ini?
Posted on Monday, April 08 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: tokpepijat
"Buat kali keduanya, sekonyong-konyong Dr Mahathir merendahkan sedikit "kepala" tanda hormat kepada bekas pengutuknya Ketua NGO Rasis Perkasa Ibrahim Ali.
Sebelum ini, Mahathir membodek agar buku biografi Rosmah Mansor digunakan di sekolah-sekolah KPM.
Kali ini beliau sanggup mencemar "duli" untuk berkempen PRU 13 bagi pihak Ibrahim Ali.
Cumanya masih ada tiga insan yang masih didendaminya iaitu Pak Lah, Khairy dan Anwar.
Pelik punya perangai Mahathir akhir-akhir ini. Apa tandanya?
Apa tanda alamat ini?
Kebenaran Dan Keadilan Ikut Kacamata UMNO.
Posted on Monday, April 08 @ 01:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: BayangDiAir
"Masing-masing dakwa benar. Masing-masing dakwa cari kebenaran. Penyokong UMNO dah jumpa kebenaran yang dicarinya. Kebenaran itu cukup jelas. Tak payah nak fikir-fikir lagi. Terang lagi bersuluh. Mari kita lihat. Mari kita nilai kebenaran bagi pihak UMNO.
1. Aku Janji bukan manifesto. Kalau manifesto, nanti rakyat kata UMNO penipu dan tak adil. Kerana adil dan benar bagi UMNO ialah 10 minit rakaman manifesto PR sama dengan 180 minit aku janji ( bukan manifesto tau) UMNO/BN secara langsung. PR juga ada Aku Janji. PR nak juga 180 minit secara langsung untuk Aku Janji. PR hanya tolak 10 minit rakaman untuk manifesto. Tetapi permintaan PR tidak dibenarkan kerana PR bukan di pihak yang benar.
2. Untuk UMNO, turun harga kereta baik untuk rakyat dan Negara. Bagi PR, turun harga kereta membangkrapkan Negara.
3. Bagi UMNO ( dan SPR juga), permit Harakah dua kali seminggu sama dengan permit harian Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo, RTM dan TV3. Bagi UMNO, tak adil kalau PAS diberikan lesen akhbar harian dan TV.
4. Bagi UMNO, DAP itu parti Cina manakala MCA itu parti para tok syeikh. Maka apabila Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri Pulau Pinang dikatakan negeri itu diperintah oleh Cina. Ketika Koh Tsu Koon jadi Ketua Menteri, UMNO relaks aje sebab Koh Tsu Koon itu keturunan tok syeikh.
5. Bagi UMNO, apabila PR buat demontrasi, dikatakan demontrasi itu bukan budaya kita. Apabila UMNO buat dikatakan itu persembahan kebudayaan. Tarian punggung dan hadiah kek tahi itulah budaya baru bagi kepercayaan penyokong UMNO.
6. Cara UMNO ambil kerajaan Perak bukan rampasan kuasa dan bukan juga gila kuasa. Yang gila kuasa bagi UMNO ialah mana-mana manusia atau parti yang cuba nak lawan UMNO melalui pilihanraya.
7. Bagi UMNO, orang yang bunuh Altantuya wajar dihukum mati tetapi orang yang mengarahkan pembunuhan biarlah terus menjadi misteri.
8. Bagi UMNO, berjuang untuk Islam ialah dengan mendirikan masjid dan berarak maulidurasul. PAS bukan berjuang untuk Islam kerana hudud tiada dalam al-Quran mengikut Amanat Tun Mahathir.
9. Bagi UMNO, yang luluskan lesen judi dan bina kilang arak itu bukan Melayu UMNO. Itu kerja MCA dan MIC. UMNO tak terlibat apa-apa pun cuma pergi tolong rasmi.
10. Bagi UMNO, DAP akan bina Negara Kristian biar pun DAP ada 40 MP yang kebanyakannya beragama Buddha manakala PBS yang majority Kristian itu sedang melaksanakan Negara Islam di Sabah bersama-sama UMNO.
Tak larat aku nak coretkan keadilan dan kebenaran dari kacamata UMNO. Kalian buatlah buku untuk dihadiahkan kepada orang yang sentiasa dilihat benar dan adil dulu, kini dan selama-lamanya."
Sidek Baba : Campakkan baju ilmuan untuk pakai baju Syaitan yang Dikenali......
Posted on Monday, April 08 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: tokpepijat
"
Setelah masuk ISA ketika zaman Reformasi 1999, nama Sidek Baba terus tenggelam dari persada Gerakan Islam.
Bekas orang kanan Anwar Ibrahim dalam ABIM ini tidak seperti Zahid Hamidi, Ezam Mat Nor dan seangkatan dalam reformasi. Zahid kini terus naik hingga jadi Menteri ATM. Ezam jadi senator.
Tetapi tidak bagi Sidek Baba. Setelah keluar ISA, seketika beliau mendiamkan diri hinggalah menjadi orang kuat UIA.
Beliau terkenal sebagai ilmuan intelektual. Juga kaya dengan memberi nasihat, motivasi dan pernah mengarang buku yang di depannya photo beliau bersama basikal tua.
Namanya melonjak umpama sebagai bapa yang memberi nasihat kepada anak-anak,ibubapa dan masyarakat. TV Hijrah dan Radio IKIM antara tempat beliau melontarkan idea dan pandangan selaku ilmuan.
Malangnya, beliau mengikuti jejak Dr Fazilah Kamsah. Menjelang PRU 13, dengan mencampakkan baju ilmuannya dan memakai baju "syaitan yang dikenali" !
Lebih malang lagi beliau kunjungi pejabat pencipta 'Syaitan yang Dikenali", Mahathir untuk bersama sehati sejiwa menyerang Anwar Ibrahim.
Kini beliau rela dilabelkan dengan Prof Kangkung yang memakai jubah Syaitan yang dikenali !
Sedihnya, dikala kapal UMNO sudah mula karam....Sidek Baba sedaya upaya berenang untuk menaikinya.
Sidek Baba : Campakkan baju ilmuan untuk pakai baju Syaitan yang Dikenali......"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan