Isnin, 8 April 2013

JANGAN JADI ORANG BODOH BERFIKIR....BILA MARUAH TERGADAI DAN DIJUAL DAN TAK FIKIR SYURGA ATAU NERAKA

Zaid Ibrahim sudah betul semula

Subky Latif, 08 Apr 2013
PEGUAM Zaid Ibrahim yang pernah menggempar politik negara sekarang seolah-olah membuat kejutan lagi apabila dalam laman webnya dia menyeru pengundi Melayu/Islam memberikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13 ini.

Padanya, Pakatan Rakyat diberi peluang dulu bagi membuktikan mereka boleh membuat perubahan atau tidak. Jangan mudah kata, negara akan muflis di bawah Pakatan Rakyat  sebelum ia diberi peluang.

Lalu disebutnya tentang PAS  yang tidak pernah diberi peluang mentadbir selain dari Kelantan, maka tiada bukti PAS tidak boleh memerintah negara dengan baik.

Pandangan terbaru Zaid itu adalah sikap yang betul. Seruannya kepada pengundi Melayu/Islam supaya memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat baik calon parti mana saja perlulah diberi perhatian oleh semua pihak.

Dalam kenyataannya itu tidak pula dia mengecualikan sokongan kepada calon PKR walaupun dia telah keluar PKR dan bergiat dalam parti lain.  Ertinya termasuk yang disuruhnya sokong ialah PKR.

Maka sikap terbarunya itu wajar disokong. Dalam saat semua pihak mahukan perubahan, maka dengan semuanya menyokong Pakatan Rakyat,  barulah perubahan itu dapat dicapai.

Saya menduga Zaid mahu berada dalam landasan politik yang betul semula. Apakah Zaid mahu mencari peluang untuk kembali semula ke  tengah arena politik yang popular? Politik yang paling popular pada masa ini ialah berada bersama Pakatan Rakyat. Kalau tidak mudah untuk bersama PKR semula, Zaid boleh memberi semua kerjasama dengan PAS  dan DAP tanpa mengganggu jalinan baik antara parti kerabat PR.

Sebarang tindakannya mendekati Pakatan semula jauh lebih mulia dari tindakan beberapa orang yang selama ini mengecam Dr.  Mahathir dan entah kerana apa lalu mengadapnya sambil minta ampun maaf daripadanya, menyesali mencercanya selama ini.

Ada baiknya komen baru Zaid itu dihargai. Walaupun kita kira dia kurang sabar semasa meninggalkan  PKR dulu, tetapi dia sudah memberi pandangan baik kepada Pakatan yang sedang berhempas pulas menghadapi BN itu.

Apapun Zaid menggemparkan politik negara apabila diberi peluang menjadi menteri, beliau telah memulih rekod perkhidmatan hakim-hakim yang ditribunal oleh Dr. Mlahathir dulu  dan dia telah mendapatkan imbuhan kewangan ganti  rugi kerana disingkirkan dulu. Tiada orang UMNO yang menilai jasa hakim-hakim itu tetapi Zaid membuat kerja yang mulia.

Kemudian dia menggemparkan negara apabila kerajaan Pak Lah yang menjadikannya menteri menahan tiga orang di bawah ISA  termasuk Teresa Koh. Zaid membantah, meletak jawatan menteri dan keluar UMNO. Walaupun kurang dari seminggu selepas penahanan, kerajaan membebaskan tahanan ISA itu tetapi Zaid tidak menarik balik perletakan jawatannya.

Semua kata, dia silap keluar PKR. Dia juga dikira silap menyertai parti politik yang ada nyawa ikan  saja. Sangkaan silap terbukti apabila dia bermasalah pula dengan politik barunya.

Sekarang membuat kenyataan betul. Moga-moga dia membuat banyak kenyataan betul lagi sehinggalah PRU berakhir.

Saya rasa Zaid boleh jadi orang yang boleh diterima masyarakat semula. Mungkin PAS adalah parti yang wajar didekatinya. Tidak perlu dia memohon jadi anggota PAS. Tetapi dia boleh meneruskan kerjasama dengan PAS Kota Bharu seperti yang dibuatnya sebelum ini. Dia memberi kemudahan kepada PAS memberi bangunannya yang mulanya bangunan itu dibina sebagai pejabat UMNO.

Dia boleh membantu PAS dalam PRU ini dalam berbagai cara. Tak perlu mengisi barang PAS. Selepas pilihanraya ini Zaid boleh menghadiri tiap-tiap minggu kuliah Jumaat Tok Guru Nik Aziz. Tunjukkan sikap seperti yang orang PAS tunjukkan. Biar orang lihat Zaid adalah orang PAS yang tidak menjadi ahli.  Lima tahun selepas itu pemimpin PAS akan isikan borang PAS untuk Zaid tanpa Zaid mohon menjadi ahli. Masa itu orang lihat Zaid seperti Khalid ibn Walid. Cerita Zaid pernah saman Kelantan tentang hudud lenyap dari ingatan.

 Ceramah Anwar Di Perlis Dan Kedah.. Macam Tiada Sambutan Je.[BN Kata]
Posted on Monday, April 08 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: abuluqman

"

DS Anwar Ibrahim bersama penduduk di Kg Jeram, Tunjang, Kedah



Bersama Penduduk Kg Jeram, Kubang Pasu Kedah



DS Anwar Ibrahim bercakap dihadapan 10,000 penyokong PR di Kuala Perlis

Sila KLIK FAN PAGE ORANG KAMPUNG untuk dapatkan maklumat sensasi/ terkini..."


 Alkisah posmen…
Posted on Monday, April 08 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

Ada seorang pakcik tua suka menerima surat.

Setiap hari dia akan menunggu kedatangan posmen.

"Terima kasih banyak-banyak. Anta paling hebat di dunia. Tiap-tiap hari ada surat untuk pakcik,” pakcik itu memuji posmen.

"Pakcik, ana ini penghantar surat sahaja,” jawab posmen itu.

"Tidak. Tanpa anta manalah surat ini dapat datang,” jawab pakcik itu kembali.

Pakcik ini menjadi terlalu memuja posmen.

Satu hari, di bulan Ramadhan…

Pakcik menunggu surat, tapi posmen tidak berhenti di depan rumahnya.

Untuk 4 hari berturut-turut, posmen tidak berhenti.

Hari ke 5, pakcik tak tahan, lalu menahan posmen.

"Mengapa anta tak hantar surat pada pakcik?” sergah pakcik itu.

"Sebab tak ada surat untuk pakcik,” jawab posmen itu.

"Mana mungkin tak ada surat. Sebelum ini, tiap-tiap hari anta akan hantar surat pada pakcik,” sergah pakcik itu lagi.

"Ana penghantar surat sahaja pakcik. Kalau tak ada orang hantar surat pada pakcik, ana tak ada apa yang boleh hantar pada pakcik,” jawab posmen dengan penuh sabar.

"Kalau tak ada surat, buatlah surat untuk pakcik! Itu pun tak tahu,” jawab pakcik itu.

Selepas seketika, surat pakcik mula datang kembali.

Satu hari, posmen itu memberitahu pakcik, "Besok ada orang baru ganti ana. Ana dah naik pangkat.”

"Habislah surat pakcik,” keluh pakcik itu.

Posmen tidak berkata apa-apa.

Besok posmen baru mula menghantar surat pada pakcik. Kebimbangan pakcik bahawa suratnya tidak sampai selepas posmen bertukar hilang bila posmen baru mengirimkan surat kepadanya.

"Bagusnya posmen baru ini. Surat masih datang seperti biasa. Tak sangka tukar posmen pun dapat lagi surat seperti biasa,” kata pakcik seperti biasa.

Anak pakcik yang mengirim surat setiap hari ke pakcik. Di bulan Ramadhan, anak pakcik kemalangan masuk hospital, tak sempat kirim surat, tapi juga tak beritahu pakcik kerana bimbang dia risau…

Begitulah kisah di mana pakcik terlalu memuja kebesaran posmen yang menghantar surat kepadanya, sehingga terlupa bahawa surat datang daripada pengirim surat. Posmen ini hanyalah pengirim sahaja. Jika ada surat, posmen akan hantarkan walau bertukar orang.

Begitu juga rezeki kita di bumi Allah. Rezeki kita Allah yang tentukan. Manusia jadi pengirimnya – kadang kala kerajaan jadi pengirimnya. Ada yang terlupa perkara ini sehingga menganggap kerajaanlah yang menentukan rezeki mereka. Walhal kerajaan ini pengirim sahaja. Bertukar kerajaan tidak akan menyekat rezeki yang Allah dah tentukan. Allah akan cari pengirim lain sekiranya rezeki itu dah ditentukan untuk kita.

Dapat cerita ini?

Senyum.

Sumber


 Blogger anti Pakatan Rakyat bantu promosi PAS DUN Kota
Posted on Monday, April 08 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: amkns

"Terima kasih diucapkan kepada blogger anti Pakatan Rakyat tauke-ikan.blogspot.com yang secara tidak langsung telah mempromosi laman web PAS DUN Kota (Parlimen Rembau) berkenaan kesungguhan PAS DUN Kota memperjuangkan isu tanah adat perpatih.

Sedikit salah faham tulisan blogger Tauke Ikan yang menulis “Seandainya tanah-tanah adat ini dikomersialkan untuk dijadikan taman perumahan, maka sudah hilanglah satu tanah kepunyaan orang Melayu untuk dikongsikan kepada bangsa lain.”.

Diharapkan para pembaca, khususnya anak Rembau dapat membaca kembali artikel asal di Laman Web PAS DUN Kota di http://pas-n28-kota.blogspot.com yang secara jelas membangkitkan isu berikut;

1. Pampasan tanah adat oleh kerajaan yang terlalu rendah jika dibandingkan dengan tanah hospital Rembau, iaitu sekitar RM50,000 seekar untuk tanah adat, sedangkan untuk hospital Rembau hampir RM1 juta seekar.

2. Tanah adat yang terbiar ini, dibangunkan sebagai kampung tersusun atau perumahan rakyat yang hanya boleh dibeli oleh pemilik asal tanah adat tersebut, waris-waris mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana dan seterusnya untuk anak tempatan (anak Rembau) di DUN Kota termasuk mereka yang bersemenda.

3. Rumah yang semakin mahal di Rembau, yang menyukarkan anak tempatan untuk membeli, rumah teres 1 tingkat kini berharga hampir RM150,000 di Kundur, Rembau

"




 Analisa PRU-13 : Persaingan hebat dan lebih meluas dijangka
Posted on Monday, April 08 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: setisab

"Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Kini, rakyat Malaysia boleh melangkah terus mengikuti episod seterusnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) - penamaan calon, tempoh berkempen dan akhirnya tarikh mengundi.

Yang pasti, kededua parti perikatan bakal bertanding - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) - akan mula memperkukuhkan hujah masing-masing bagi memancing sokongan sekitar 13 juta pengundi di seluruh negara itu.

Sesetengah pengamat percaya pengundi Malaysia kini semakin matang. Pakatan Rakyat mempunyai lebih ramai calon Melayu berbanding BN

"Ramai yang semakin menyedari isu semasa," kata pengamat politik daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Dr Arnold Puyok.

Mereka condong melihat ke arah dasar- dasar berbanding dengan kepopularan - atau mungkin juga kelantangan - calon- calon individu kededua parti yang bertanding.

Mereka akan melihat ke arah mutu hujahan, manifesto parti, aspirasi kehidupan masa depan dan rekod prestasi parti.

Apatah lagi sebahagian besar pengundi bagi PRU13 kini adalah mereka yang berusia antara 21 dengan 40 tahun.

Justeru, kededua BN dan PR berusaha giat menjanjikan harapan 'seberapa rasional mungkin' sebagai modal kempen untuk menarik sokongan pengundi.

Dari sudut rekod prestasi, BN satu-satunya parti perikatan yang memerintah Malaysia sejak merdeka pada 1957.

Namun, PR juga sudah memiliki rekod prestasi pentadbirannya sendiri selepas berjaya mengambil alih kuasa empat negeri - Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan - sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada Mac 2008.

BN misalnya, melalui kepimpinan Datuk Seri Najib, mahu menunjukkan kepada pengundi bahawa ia kini lebih bersedia mendengar keluhan rakyat dan bersikap reformis serta terbuka dalam pendekatannya.

Sejak mengambil alih pucuk kepimpinan BN pada April 2009, Datuk Seri Najib cuba menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang serius dalam usaha mengukuhkan kesejahteraan dan perpaduan rakyat melalui konsep '1Malaysia' yang dipeloporinya.

Beberapa dasar transformasi beliau dalam bidang ekonomi, pentadbiran negara dan perundangan dilihat sebagai usaha bagi memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap BN selepas PRU12.

Ini kerana pengalaman PRU12 merupaksan satu tamparan hebat kepada BN selepas ia kehilangan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat dan penguasaan dalam lima negeri - sebelum BN merampas kembali Perak pada Februari 2009.

Justeru, BN mahu pengundi menumpukan perhatian pada Model Ekonomi Barunya (MEB), yang dianggap mampu menggandakan purata pendapatan per kapita Malaysia kepada RM49,500 setahun menjelang 2020.

Ini sebagai tambahan kepada pelbagai rancangan transformasinya bagi memperbaiki kehidupan sosial rakyat dan meningkatkan pencapaian perkhidmatan awam.

Bgaimanapun, prestasi kerajaan negeri PR di Pulau Pinang dan Selangor sejak empat tahun lalu dan berupaya memperbaiki kelakonan ekonomi, ketelusan pentadbiran negeri itu melalui pengenalan sistem tender terbuka dan telus, skim bantuan khas kepada segmen penduduk bergaji rendah dan bermasalah, serta berjaya memulihkan imbangan kewangan negeri masing-masing sudah pasti tidak terlepas daripada penilaian positif pengundi.

Tambahan, PR pula sudah mempunyai manifesto, seperti yang sedang diuar-uarkan dalam jelajah pemimpinnya ke seluruh Malaysia baru-baru ini.

Manifesto PR, antaranya, menyentuh rancangan menghapuskan unsur diskriminasi dan dasar bantuan berasaskan kaum serta memperkenalkan dasar ekonomi dan pengagihan pendapatan lebih mesra rakyat.

Mengulas, para pengamat berkata mereka menjangkakan persaingan hebat lebih meluas dalam PRU13 berbanding dengan PRU12.

Selain itu, cita rasa pengundi semakin canggih dan mahukan ketelusan, keterlibatan dan kecekapan dalam jentera pentadbiran.

Mereka juga mahu lebih banyak ruang bersuara dalam proses demokrasi negara, penghapusan rasuah serta penyalahgunaan kuasa di kalangan institusi awam.

Sebaliknya, seperti dikatakan oleh Wan Saiful Wan Jan, seorang ketua eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Ehwal Ekonomi (Ideas), pendekatan dua parti yang bakal bertanding dalam pilihan raya kali ini masih lagi bersifat "populis".

Pengundi pula mahukan huraian jangka panjang bagi kesejahteraan negara.

Jadi, pihak mana yang mempunyai kelebihan?

Umumnya, pengamat berkata BN masih berpeluang kekal di Putrajaya, tetapi PR akan meraih lebih banyak kerusi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selangor, Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Johor diramalkan menghadapi pertandingan paling sengit, manakala Pulau Pinang dan Kelantan akan kekal bersama PR.

Kawasan yang diduduki kaum Kadazan Dusun dan Cina di Sabah pula dijangka memihak kepada pakatan pembangkang.

Adalah lebih elok untuk kita meneliti tumpuan antara kededua parti tersebut seperti dipaparkan di sini:



ANTARA TUMPUAN DUA PARTI

Barisan Nasional (BN) <>

Manifesto BN di peringkat "sentuhan terakhir"
  • Meneruskan konsep '1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' bagi menggalak perpaduan kaum.
  • Melaksanakan dasar-dasar Model Ekonomi Baru (MEB) dengan matlamat menggandakan purata pendapatan per kapita negara kepada RM49,500, atau AS$15,000, menjelang 2020.
  • Membaiki taraf perkhidmatan awam bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan pendidikan serta mengurangkan jenayah.
  • Meneruskan habuan bantuan wang tunai di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 setiap tahun kepada keluarga berpendapatan rendah jika diberi mandat.
  • Menaikkan paras gaji minimum penduduk daripada RM800 kepada RM900 sebulan.
  • Memberi ruang lebih luas kepada kegiatan politik dan demokratik melalui pembaharuan undang-undang.
Pakatan Rakyat (PR) <>

Pakatan Harapan Rakyat': KERAJAAN RAKYAT
  • Menghapuskan diskriminasi, menggalak perpaduan rakyat dan menggantikan dasar bantuan berasaskan kaum kepada sesuatu yang berasaskan keperluan.
  • Mengiktiraf dan meningkatkan martabat wanita dalam negara melalui Agenda Wanita Malaysia.
  • Melaksanakan dasar-dasar ekonomi bagi mewujudkan 1 juta peluang pekerjan dan meningkatkan pendapatan keluarga kepada RM4,000 sebulan.
  • Meningkatkan paras gaji minimum daripada RM800 kepada RM1,100 setiap bulan.
  • Menyemak sistem cukai Malaysia.
  • Memperkenal pendidikan tinggi percuma dan mengurangkan harga kereta.

 Takut yang amat sangat
Posted on Monday, April 08 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: anaabdullah

"Penulis berani mengatakan Tun Mahathir amat takut apabila Pakatan rakyat menang PRU 13 ini. Hatta Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga. Pendek kata semua penyokong rasional umno takut BN kalah.

Sememang orang orang umno seartus peratus takut dan bimbang dengan peralihan kuasa.Hilang kuasa bermakna hilang segala galanya, termasuk tak dapat kumpul harta yang jadi matlamat politik mereka.

Cuba anda bayangkan jika selama ini mereka hidup senanglenang dapat kumpul harta tiba tiba kerajaan bertukar tangan dan kuasa duduk pada orang lain pasti habislah peluang untuk mengumpul harta. Siapa tak takut.

Ini pada orang Melayu, lain pula pada orang China. BN memang orang china dapat untung, kerana kerajaan selama lamanya telah utamakan China berbanding Melayu yang semakin hari semakin papa kedana.

Pakatan Rakyat menang orang China berbahagia, kerana dari segi demokrasi siapa yang dapat kerusi lebih banyak dialah yang jadi ketua sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang, Parti Keadilan dan PAS jadi alat dan mangsa.

Usah Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor turut jadi mangsa, termasuk tidak boleh melaksanakan peraturan Islam yang telah digubal. Contohnya peraturan genda perempuan tidak boleh gunting rambut lelaki yang berjalan hampir 20 tahun itu telah ditarik balik.

Demikian juga mengenai penjualan arak di kawasan penduduk Melayu juga mendapat tentangan hebat dengan alasan peraturan itu seolah olah telah menutup reseki orang China, pada penulis Bn menang china untung dan pakaran menang china bahagia.

Oleh itu, apabila kerajaan bertukar tangan habislah peluang dan rung para pemimpin umno, terutama peluang untuk mengumpul harta yang sekian lama dijadikan matlamatnya. Mengapa? kerana orang lain pulak yang dapat peluang dan ruang itu.

Inilah amalam yang dilakukan oleh umno/BN sepanjang menjadi kerajaan. Orang lain tidak ada harapan untuk hidup senang lenang dan kayaraya.

Orang kalau jadi kakitangan kerajaan pun mustahil dapat naik pangkat dengan mudah jika tidak sokong umno, lainlah jika orang china.Orang China tak kira kamu parti apa akan diberi layanan yang cukup istimewa.

Demikian juga yang duduk di universiti. jangan diharap untuk jadi naik cesonler kalau tak sokong umno.Untuk dapat Profesor pun jauh sekali. Mereka akan kekal dengan gelarang Profesor madya sampai pencen.

Di sekolah pun begitu. Jangan diharap akan dilantik sebagai pengetua jika tak sokong umno. Inilah yang menakutkan orang yang sokong umno.

Anwar ketika jadi menteri pendidikan dulu pun begitu. Pedek kata habis orang orangnya naik pangkat dalam kementerian tersebut.

Inilah yang membuat orang orang rasional umno turut takut. Usah orang macam Datuk kadir jasin, malah Tun Mahathir pun turut merasai ketakutan itu jika pakatan rakyat jadi kerajaan, sebab itu Najib melakukan tranformasi ekonomi konon, BRIM yang jelas dan nyata membeli undi agar BN menang lagi PRU 13 ini."


 Harapan Rakyat: Turunkan Harga Kereta
Posted on Monday, April 08 @ 08:12:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Demi Rakyat







Mohon bantu sebarkan untuk hujah & fakta Harapan Rakyat

Turunkan Harga Minyak: http://youtu.be/gEIEm3t4EG0
Turunkan Harga Kereta: http://youtu.be/nxjmGrkLVBM
Pendidikan Percuma: http://youtu.be/8t33rjUd6V0
Share dan like FB http://bit.ly/rafiziramli


  Minit mesyuarat Alies Anor & Sidek Baba
Posted on Monday, April 08 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh BlogMaster

Terdapat sebuah Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Alies Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek Baba adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Mari sama-sama kita teliti Minit Mesyuarat kumpulan tegar ini dan siapakah yang bersama-sama Sidek Baba dan Alies Anor dan apa yang telah mereka rancangkan.

Minit Mesyuarat Kumpulan Tegar Siri 4/2012

Tarikh: 15 Disember 2012
Masa: 8.30 malam
Tempat: Bilik Operasi

Senarai Kehadiran

  1. Datuk Seri Alies Anor Abdul – Pengerusi
  2. Datuk Dr Sidek Baba – Timbalan Pengerusi
  3. Abdul Rahman Karimun
  4. Raja Arif Kamaruddin
  5. Osman Abdul Majid
  6. Rahiman Salleh
  7. Majid Hj Daud
  8. Syed Abul Hussin Syed Kismas
  9. Abdul Rashid Buyung - Setiauasaha
1.Ucapan Pengerusi
  • Mesyuarat dimulakan dengan bacaan AlFatihah.

  • Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua. Minit Siri 3/2012 diteliti dan diluluslan tanpa pindaaan.

  • Pengerusi mengingatkan bahawa pilihanraya sudah hampir dan tujuan mesyuarat malam ini bagi membincangkan projek yang belum selesai dan program yang akan dilaksanakan untuk tahun 2013.
2. Perkara-perkara berbangkit.

Datuk Dr Sidek Baba

Datuk Dr Sidek Baba memaklumkan program menghimpunkan 100 Pimpinan dan ahli ABIM dan para cendiakawan yang ada hubungan dengan ABIM telah berlangsung di UiTM Shah Alam . Jumlah yang hadir ialah 89 orang. Yang agak mengecewakan tidak ramai pimpinan ABIM yang hadir. Program berjalan lancar dan mencapai tujuan. Arahan jelas telah diberikan.

Tiga tindakan segera sebelum pilihanraya akan dilaksanakan.
  • Pertama, mereka akan menulis, mengutuk dan menghentam Anwar Ibrahim dalam blog-blog.

  • Kedua, sidang-sidang media akan diadakan dengan kekerapan setiap hari bagi mendedahkan keburukan Anwar dan familinya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

  • Ketiga, bahan-bahan bercetak akan diedarkan menceritakan keburukan Anwar dan akan diedarkan di kawasan-kawasan Melayu sahaja. Semua penulis telah dikenalpasti.
Percetakan edaran akan dibuat oleh Dewan Bahasa. Senarai yang hadir dalam perjumpaan dan senarai penulis-penulis seperti yang diedarkan.

Datuk Dr Sidek juga memaklumkan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan bekas-bekas pimpinan Keadilan yang meninggalkan Anwar bagi menyusun strategi dan gerakkerja untuk menyerang Anwar sebelum dan selepas pembubaran Parlimen. Mereka yang telah dihubungi dan bersetuju untuk sertai perbincangan ini ialah Senator Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Zahid Mohd Arip, Bekas Adun Perak Kapt. Osman Jailu, Jamaluddin Radzi dan Bekas Adun Kedah Mohd Radzi Salleh. Ada berapa nama lagi yang sedang diusahakan.

Datuk Dr Sidek juga memaklumkan Majlis Penerangan bersiri: Siapa itu Anwar Ibrahim akan bermula dengan gugu-guru MRSM Melaka dalam sedikit masa lagi. YAB Ketua Menteri telah dimaklumkan. Beliau mahu hadir bersama nanti.

Datuk Dr Sidek mencadangkan Urusetia berhubung dengan pejabat Tun Dr Mahathir agar satu pertemuan diadakan bagi menjelaskan gerakkerja yang kita lakukan. Juga bagi mendapat pandangan beliau apa lagi yang boleh dilakukan kerana Tun punyai banyak strategi menjatuhkan Anwar satu masa dulu. Mungkin pandangan Tun boleh dikongsi bersama.

En Osman Abdul Majid

En Osman memaklumkan kumpulan pelajar UUM yang diberi tugas untuk membina blog-blog telah bersedia untuk uploadkan berita Anwar. Empat dari mereka telah bertemu dengan bloger Papagomo di Pulau Pinang. Urusan pembayaran selesai.

En Osman memperingatkan mesyuarat kumpulan Pemuda UMNO yang ditugaskan untuk ganggu ceramah-ceramah Anwar tidak bagitu berkesan. Kelihatannya mereka takut kerana ada kes dimana mereka dipukul oleh penyokong Anwar dari kaum India, polis tidak bertindak mempertahankan mereka. Adalah dicadangkan khidmat Perkasa digunakan.

En Osman mohon Pengerusi ambil tindakan memaklumkan kepada Menteri Pertahanan akan terdapat kemasukkan Panglima Tentera secara ramai-ramai ke Pakatan Rakyat. Pegawai-pegawai tentera pangkat rendah sudah berani menghadiri ceramah-ceramah pembangkang. Dengan kemasukan Panglima mereka, ini akan memberi impak yang hebat.

En Osman juga bimbang dengan moral pihak polis yang bertugas di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. Mereka nampak akur dengan arahan pimpinan negeri. Sesuatu harus dilakukan. Mohon Pengerusi bawa perkara ini kepada pengetahuan Menteri Dalam Negeri.

Syed Abul Hussin Syed Kismas

Tuan Syed Hussin bangkitkan isu garis panduan media perdana. Terdapat isu-isu yang kontrovesial yang tidak diuruskan dengan baik oleh media. Sebagai contoh isu Kalimah Allah. Masyarakat Islam agak keliru dengan jawapan yang diberikan oleh Kerajaan. Minta Urusetia aturkan satu pertemuan diantara Majlis Keselamatan Negara dengan semua pimpinan media agar kegiatan diselaraskan. Semasa Pengerusi menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Pengerusi mainkan peranan ini tapi kini tidak terurus.

Tuan Syed Hussin ingatkan mesyuarat Anwar mempunyai pengaruh yang kuat dengan pemimpin Negara Islam dunia. Beliau bebas bergerak bertemu dengan mereka pada bila-bila masa. Pengerusi diminta menasihati Perdana Menteri supaya mesti ada program yang melibatkan Perdana Menteri dengan dunia Islam.

Antara yang boleh diambil tindakan segera ialah:

1) Lawatan ke Palestin

2) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Filipina Selatan

3) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Selatan Thailand

4) menunaikan Umrah. Kegiatan ini boleh menaikkan sokongan Melayu kepada Perdana Menteri.

Raja Ariff Kamaruddin

YM Raja Ariff bangkitkan bagaimana media nyamok seperti Suara Keadilan, Harakah dan beberapa media lain bagitu berani menyiarkan berita Anwar. Kritikan Anwar di media ini memberi kesan kepada orang Melayu. Sekatan mesti dikenakan ke atas mereka.

YM Raja Ariff juga bangkitkan isu Anwar menang dalam perbicaraan saman Utusan Melayu dan beberapa saman yang lain. Adakah jalan yang boleh digunakan untuk mempengaruhi mahkamah untuk tidak umumkan keputusan sebelum pilihanraya. Jasa baik Menteri harus diguna untuk minta hakim-hakim tangguh pengumumkan. Kita tidak pengaruhi keputusan hakim tapi minta tangguh pengumuman sahaja.

YM Raja Ariff menyebut media perdana banyak melaporkan kes kematian kaum India yang kononnya diakibatkan oleh Kerajaan. Anwar telah gunakan isu ini untuk mendapat sokongan dari kaum Bukan Melayu. Satu arahan tegas hendaklah dikeluarkan kepada media agar kes sebagini yang melibatkan Kerajaan dipadamkan dari pengetahuan umum.

3. Lain-lain hal

Pengerusi maklumkan beberapa projek dan program besar akan diumum dan dilaksanakan pada tahun hadapan dan minta mesyuarat beri pandangan dan feedback dalam mesyauart yang akan datang.

Parlimen besar kemungkinan akan dibubarkan pada awal bulan Mac 2013

Akan ada pergerakan Polis dan Tentera bersekala besar di Sabah pada bulan Januari dan Februari 2013.

Satu team baru yang akan diketuai oleh Papagomo telah ditubuh untuk rekacipta video clip skandal sex Anwar Ibrahim, keluarganya dan Pimpinan Kanan Keadilan. Projek ini akan beroperasi diluar Negara.

Pengerusi meminta Datuk Dr Sidek Baba ketuai sekumpulan pemikir bagaimana mahu pecahkan Pakatan Rakyat dan Anwar disisihkan oleh Pimpinan Pakatan yang lain. Dr Ramzan di Pejabat Tun akan membantu Dr Sidek.

Tuan Majid Daud diminta bina satu team bukan dari kalangan Pemuda UMNO untuk halang dan ganggu pergerakan Anwar dengan Bas Keadilan. Gunakan apa cara untuk memperlahan gerakan beliau. Elak dari berlaku pertembungan dua kumpulan kita dan mereka kerana kumpulan penyokong Anwar terlalu besar. Ini mungin membahayakan kumpulan kita. Jika apa-apa berlaku tidak tidak akan bertanggung jawab dan kita tidak akan mengaku mereka dari kumpulan kita.

Pengerusi memaklumkan semua ahli mesyuarat boleh mengambil tiket kapal terbang dari Zaleha, Setiausaha beliau dan mengucapkan selamat bercuti bersama famili.

Mesyuarat akan datang ialah pada minggu pertama bulan Januari 2013 dan akan dimaklumkan tarikhnya.

Mesyuarat ditangguhkan dengan membaca Wal’As.

Weblog M@RHAEN


Tiada ulasan: