Isnin, 8 April 2013

PENYAPU BARU LEBIH BERKESAN DARIPADA PENYAPU LAMA

Najib Razak mungkir janji, punca puluhan ribu pekerja bank turun ke jalanraya
Posted on Sunday, April 07 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Ajijoi



Setahun yang lalu, Kesatuan Sekerja Pekerja Bank Malaysia atau National Unìon of Bank Employees (NUBE) telahpun berjumpa, berbincang dan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak mengenai kegagalan pihak bank (terutamanya bank yang berasaskan kerajaan - GLC) dalam menangani permasalahan dan kebajikan para pekerja mereka.

Di dalam pertemuan tersebut, Najib Razak telahpun memberikan janji beliau untuk menyelesaikan permasalahan tersebut kepada Setiausaha Agung NUBE, Saudara J. Solomon yang mengetuai rombongan kesatuan itu.

Bukan sekali, tetapi telah 3 kali pertemuan NUBE dengan Najib Razak diadakan.

Kini, setelah setahun berlalu, janji yang diberikan oleh Najib Razak kepada NUBE masih tidak terlaksana sehinggakan pihak bank telah menjadi lebih berani dalam menekan dan menganiaya para pekerjanya.

Tiga bank GLC yang dikatakan terkehadapan dalam permasalahan dengan para pekerjanya adalah Maybank, CIMB Bank dan juga Bank Muamalat. Dan di antara tiga bank tersebut, salah satu CEOnya adalah adik Perdana Menteri sendiri, Nazir Razak yang menerajui CIMB.

Ini memburukkan lagi keadaan apabila Najib Razak dilihat berpihak kepada adiknya berbanding para pekerja bank yang sekaligus memusnahkan slogan yang diciptanya sendiri iaitu, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Sebagai memperingati setahunnya janji Najib Razak yang 'dicapati', puluhan ribu ahli NUBE telahpun turun ke jalanraya dengan berpiket di Maybank dan CIMB, di ibu negara semalam.

Piket yang dinamakan Piket Daulat 6413 itu telah berjaya membuktikan bahawa para pekerja bank bukanlah rakyat yang boleh dimungkiri janjinya.

Untuk gambaran mengenai Piket Daulat 6413 tersebut, bolehlah di layari di Facebook Friends of Unìon.

Dan untuk permasalahan pekerja yang ditindas oleh pihak bank, sila ikuti di SINI.

(Video) Kalau CEO bank tamak, letak jawatan - Piket Daulat 6413 NUBE


Ucapan oleh Setiausaha Agung NUBE (National Bank of Employees), Bro. J. Solomon pada Piket Daulat 6413 di hadapan CIMB HQ, KL pada Sabtu 6 April 2013.

Gambar Piket Daulat 6413 NUBE



Lokasi kedua Piket Daulat 6413 NUBE adalah di hadapan CIMB HQ di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.











J. Solomon memerhati suasana agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku

Kumpulan 'Buat Bising' yang menghangatkan suasana cuaca mendung



Tiupan 'VUVUZELA' ini begitu membingitkan gegendang telinga. Patut ditiup beramai-ramai pada telinga para CEO bank-bank di Malaysia




Pihak Polis memastikan jalan raya tidak ditutup oleh ahli-ahli NUBE

Ahli-ahli NUBE tetap mengikuti arahan agar memberi laluan kepada orang ramai walaupun sedang berpiket

Kereta peronda polis beberapa kali membuat rondaan



Ahli bunian dikesan, kaki tidak berpijak di jalanan

Kereta peronda polis yang ini mahukan ahli-ahli NUBE rapat ke bahu jalan, beri laluan yang lebih besar kepada kenderaan awam


Mengarahkan peserta-peserta piket naik ke atas bahu jalan. Tetapi masalahnya, bahu jalan sudah tidak boleh menampung jumlah peserta piket
Alamak, polis laaa...ahli Kiram ke Karim yang mula risau ni?



Pemandu teksi ini begitu sporting membawakan sepanduk piket

Bersesak-sesak kepanasan dalam cuaca mendung

Dua-duanya bank kerajaan

Memberikan ucapan di atas belakang lori















Ini daripada pemandangan di seberang jalan daripada CIMB HQ


Tetap ramai yang berpiket daripada seberang jalan
















Ucapan penutup piket oleh Setiausaha Agung NUBE, Sdr J. Solomon

"Hari ini maruah NUBE telah dikembalikan", Kalau CEO tak tahu jaga kebajikan pekerja, letak jawatan!" antara ucapan J. Solomon yang boleh diikuti di dalam video Piket

Hari ini NUBE membuktikan kesepakatan ahli-ahlinya dengan berjaya 'menawan' CIMB HQ di tengah ibu negara. Sekaligus menyatakan dengan lantang kepada pihak bank bahawa tuntutan kami adalah seriu


Sumber


 MB : Manifesto BN Sangat Lemah, Kurang Kajian
Posted on Sunday, April 07 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Siraj Mohd Zaini

BESTARI JAYA, 7 APRIL : Manifesto BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah sangat lemah dan tidak berkualiti.

Demikian reaksi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengulas manifesto BN yang diumumkan malam tadi.

“Saya dapati kualiti kajian manifesto BN sangat lemah, ini kerana kualiti kajian mereka tidak merangkumi apa yang dipanggil perkara-perkara ‘makro’ yang akan mengubah bentuk ekonomi negara.

“Saya rasa, ini adalah sebabnya Kerajaan Najib tidak menggunakan kepakaran yang sedia ada dalam penjawat awam,” katanya.

Katanya, kerajaan Najib tidak menggunakan khidmat Unit Perancang Ekonomi, Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Negara yang mempunyai pengalaman puluhan tahun dalam ekonomi negara.

“Saya pernah bekerja dengan rakan-rakan di Unit Perancang Ekonomi Malaysia, saya dapati kualiti kajian mereka sebelum PM membuat usul ini sudah diadakan apa yang dipanggil kajian kesesuaian dan cara perlaksanaan.

“Nampaknya Umno-BN manifestonya ‘ad hoc’ (tergesa-gesa),” jelasnya lagi.

Menurut Abdul Khalid lagi, untuk tidak bersikap berat sebelah, beliau tidak mahu membandingkan manifesto BN dengan Pakatan Rakyat tetapi ia boleh dibandingkan dengan manifesto yang dilakukan oleh Kerajaan Singapura.

“Kalau nak bandingkan, bandingkan manifesto Malaysia dan manifesto yang dilakukan di Singapura, dan daripada perbandingan yang saya lakukan malam tadi, kita kurang melakukan kajian,” ujarnya.

Sumber: selangorku.com

Mahu pilih siapa - Najib, Anwar atau Hadi?

ULASAN Perdana menteri melontarkan tiga nama, termasuk beliau sendiri, untuk dipilih oleh pengundi dalam pilihan raya umum nanti.

Tiga nama ini sebetulnya subteks jujur sebagai perlambangan tiga tokoh parti Melayu (walau PKR lebih pelbagai kaum) yang berupaya merebut Putrajaya.

NONELim Kit Siang, Karpal Singh atau Lim Guan Eng tidak tersenarai kerana dalam paradigma politik negara ini, khususnya dari kaca mata Umno, pemimpin bukan Melayu tidak layak dipilih menerajui Malaysia.

Najib Abdul Razak melontarkan tiga nama ini sewaktu berceramah ketika melancarkan manifesto BN hujung minggu lalu.

Selain bimbang asakan Pakatan Rakyat, beliau juga kelihatannya risau tahap sokongan dari dalam parti BN sendiri.

NONEMaka rayuannya itu turut meraih simpati terhadapnya (baca: calon boleh menang pilihannya) daripada penyokong BN sendiri -- membayangkan rasa tergugat dengan strategi terbarunya itu, "winnable candidates".

Pilihan senarai calon BN, seperti juga Pakatan, akan menentukan tahap sokongan dan sabotaj.

BN awal-awal lagi cuba mendisiplinkan "warlords" di peringkat bahagian dengan mengugut mereka agar mematuhi pucuk pimpinan.

Isu disiplin sentiasa menjadi agenda majlis tertinggi Umno dan media arus perdana sejak Najib memperkenalkan konsep "winnable candidates".

Pintar, tapi bukan begitu popular

Difahamkan, sejak dua tahun lalu, presiden Umno terpaksa menggunakan saluran maklum balas akar umbi yang berharga puluhan juta ringgit dan jenteranya sendiri untuk memastikan konsep ini dapat dijayakan.

Melaluinya, sekali gus akan membelakangkan saluran Umno bahagian bersama "warlords" masing-masing, wang pelincir jentera tersebut akan disalurkan terus kepada "calon-calon boleh menang" pilihan Najib.

machap election monitoring 080407 jasa officePresiden Umno, dengan sistem pangkalan data ini, mencipta saluran maklum balas baru selain bahagian-bahagian dan jentera kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) atau Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Langkah Najib ini bolehlah dikira pintar tetapi beliau bukanlah terlalu popular sehingga jentera tradisi bahagian-bahagian Umno boleh menerimanya sebegitu sahaja.

Umno bahagian -- seperti juga parti-parti Pakatan -- ada waktu-waktunya boleh melancarkan "serangan balas" melalui pelbagai taktik sabotaj -- sama ada membiarkan calon sendirian, menyokong calon lawan, merosakkan jentera kempen atau tidak keluar mengundi.

Philip Nassimi, MD of Jacob & Co rosmah ring 2Apatah lagi Najib dan keluarganya digayuti pelbagai kontroversi yang merimaskan Umno akar umbi.

Selain bermacam-macam kontroversi Najib, isterinya Rosmah Mansor dikatakan satu daripada beberapa punca akar umbi parti itu sulit untuk mempertahankan Umno daripada asakan pembangkang.

Penjelasan Jacob & Co, tauke barang kemas tersohor dunia, Sabtu lalu dalam hal cincin RM24 juta menunjukkan betapa seriusnya palitan kontroversi itu terhadap keluarga Najib dan risiko isu ini pada pilihan raya umum.

Gara-gara cincin "puaka" ini, Rosmah sebelumnya terpaksa bersumpah dalam satu majlis makan malam di Kementerian Pertahanan dan juga mengulangkan penafiannya dalam buku autobiografinya yang terbit baru-baru ini.

Layanan istimewa pada isteri PM

Tidak hairanlah, kononnya, satu kajian di sebuah universiti menunjukkan tanggapan terhadap Rosmah jauh lebih buruk di kalangan ahli Umno berbanding orang ramai yang sedia negatif sikapnya.

Namun, mungkin keluarga Najib tidak menyedari betapa ganjil imej isterinya di mata umum.

NONELihat sahaja pelancaran buku autobiografinya -- pelancaran awal dibuat oleh sultan Pahang dan pelancaran sebenarnya oleh mantan perdana menteri yang paling berkuasa Dr Mahathir Mohamad!

Apakah pernah ada sebuah buku isteri seorang perdana menteri yang baru memerintah selama empat tahun mendapat layanan seistimewa ini?

Namun, bukan hanya Najib bergelut dengan kontroversi. Calon perdana menteri Anwar Ibrahim juga tidak pernah kering daripada kontroversi.

Selain kes mahkamah sejak 1998 dan gosip-gosip seksual terkini, Anwar juga berdepan krisis kepercayaan di kalangan pemimpin-pemimpin kanan Pakatan sendiri, khususnya PAS.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang kelihatan tidak bercita-cita memimpin negara juga tidak selesa dengan Anwar.

tengku razaleigh hamzah in galasBukan sekarang, malah sejak projek 16 September 2008 lagi, Abdul Hadi bersama barisan penasihat kanannya meragui Anwar sehingga projek itu gagal dilaksanakan oleh mantan timbalan perdana menteri itu.

Bagi PAS, lebih baik Tengku Razaleigh Hamzah -- rakan kongsi lama dalam projek Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada 1990 -- dipilih menerajui negara daripada Anwar.

Ahli parlimen Gua Musang akan berpindah kiblat politik sekiranya PAS mengundangnya berbuat demikian. Sejauh mana tokoh Umno Kelantan itu bersetuju dengan 'grand design' tersebut tidaklah dapat dipastikan.

Kontroversi reformasi vs kontroversi transformasi

Begitulah, khabarnya, keraguan kumpulan pemimpin atasan PAS terhadap Anwar.

Bagaimanapun selepas beberapa siri rundingan antara PAS dengan PKR yang menawarkan Ku Li dan siri rundingan balas yang dibuat PKR terhadap PAS, isu tersebut yang bermula sekitar Februari kini sudah reda.

Satu-satunya calon perdana menteri Pakatan, setakat hari ini (hari lain mungkin berubah lagi), hanyalah Anwar.

Jadi, apabila nama Hadi disebut oleh Najib, beliau sendiri tahu bahawa tokoh utama PAS itu bukanlah pencabar dekatnya.

pas and mafrel meeting 031207 hadi awang and mustafa aliLagipun, menurut sumber dalaman PAS, Hadi masih dibelenggu rasa tidak yakin diri atau "inferiority complex" untuk menerajui PAS berdepan isu-isu kompleks negara.

Bukan sahaja Hadi kekok berdepan dengan Umno, malah berdepan dengan PKR atau DAP. Hadi hanyalah seorang tuan guru yang selesa dengan kehebatannya itu.

Malah disebut-sebut juga ada presiden "de facto" dalam PAS yang menggerakkan Hadi; tidak ubah menteri besar "de facto" semasa parti itu menguasai Terengganu.

Maka, perdana menteri tidak menjadikan Hadi sebagai sasaran serangannya di Bukit Jalil. Sebaliknya Anwar diburuk-burukkan oleh Najib.

Tetapi rakyat tentunya sedar -- sama ada perdana menteri atau calon perdana menteri -- kedua-duanya bergelumang dengan kontroversi yang besar dan kedua-duanya juga berdepan dengan sabotaj dalaman yang boleh merosakkan peluang masing-masing.

Di hari mengundi nanti, kita layak memberikan kata dua kepada Najib dan Anwar.

Dan sekali gus terpaksa menjawab persoalan ini: Kontroversi siapakah yang mahu kita sokong --- kontroversi reformasi atau kontroversi transformasi?


FATHI ARIS OMAR seorang editor kanan di Malaysiakini
Mukhriz: BN mampu turunkan harga kereta

Janji BN untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun  adalah realistik dan mampu dilaksanakan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata kerajaan telah lama berhasrat untuk menurunkan harga kereta tetapi mengambil masa untuk membuat perincian teliti bagi memastikan hasil kerajaan tidak terjejas dan pada masa sama rakyat dapat menikmati harga kereta yang lebih rendah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas Manifesto BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 selepas melancarkan Kelab Penyokong BN Jerlun Lembah Klang, di Kuala Lumpur semalam.

Manifesto BN bertajuk ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ yang dilancarkan oleh pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berjanji untuk menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

Menyentuh tentang penubuhan Kelab Penyokong BN Jerlun Lembah Klang, Mukhriz, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, berkata ia antara lain bertujuan membantu kira-kira 2,000 pengundi Jerlun di Lembah Klang  balik ke kawasan masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab semasa PRU-13 nanti.

- Bernama

Tiada ulasan: