Khamis, 11 April 2013

PRU13 MAKIN PANAS....INSYAALLAH KEPUTUSAN MELEGAKAN RAKYAT

PAS umum Nizar di Changkat Jering, Idris Ahmad kembali ke Bukit Gantang
Posted on Wednesday, April 10 @ 23:59:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Perakite Daily

MANJONG: PAS Perak telah mengumumkan akan bertanding 22 kerusi Dun pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien dalam satu program di Markas PAS Kg Permatang, Pasir Panjang, Manjung, dekat sini.

Katanya, satu pertambahan kerusi telah diperoleh apabila Dun Changkat Jering yang sebelum ini ditandingi PKR telah diserahkan PAS.

“PAS akan bertanding 22 kerusi pada PRU13 ini, pertambahan satu kerusi daripada pilihanraya yang lalu.

"Dun Lintang yang dulunya milik PKR diberikan kepada PAS bertukar secara sepakat dengan Dun Kenering,” katanya ketika berucap di hadapan ribuan hadirin.

Hadir sama ialah pimpinan PAS Perak dan seluruh jentera di semua kawasan.

Ustaz Abu Bakar turut mengumumkan beberapa calon yang akan bertanding pada PRU13 ini termasuklah AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang kembali ke parlimen Bukit Gantang.

Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pula diamanahkan bertanding di Dun Changkat Jering dan calon Dewan Muslimat, Hajjah Rohawati Abidin menggantikan Nizar di Dun Pasir Panjang.

Sementara itu, Ustaz Nazri Din diumum bertanding di Dun Kubu Gajah.

Jelasnya, calon-calon lain akan diumumkan secara serentak bersama Pakatan Rakyat dalam satu majlis besar yang akan diberitahu kelak,” jelas beliau lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, dalam satu program di Taman Bungai Raya, Kuala Kangsar, Naib Presiden PAS, Datiuk Mahfuz Omar telah mengumumkan Drs Khalil Idham Lim bertanding di Parlimen Kuala Kangsar.

Dalam PRU12 yang lalu, PAS berjaya memenangi 6 kerusi Dun iaitu Pasir Panjang, Changkat Jong, Gunong Semanggol, Titi Serong dan Selinsing.

DAP telah memenangi semua 18 Dun yang ditandingi manakan PKR menang 7 kerusi.

Dengan kemenangan itu,Pakatan Rakyat telah berjaya menubuhkan kerajaan baru dan Sultan Perak memperkenan Datuk Seri Nizar Jamaluddin daripada PAS sebagai Menteri Besar.

Namun kerajaan Pakatan Rakyat hanya bertahan 11 bulan setelah BN menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat itu secara zalim dan tidak bertamadun.

Sumber


 Demam PRU13
Posted on Wednesday, April 10 @ 21:00:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Sumber Fight for Justice & Freedom 
تقوم الساعة والروم أكثر الناس
“Berlakunya Kiamat dan Rom merupakan manusia terbanyak” (Riwayat Muslim).
Amru Bin Al-Ash mengulas tentang hadith ini:

لئن قلت ذلك إن فيهم لخصالا أربعا إنهم لأحلم الناس عند فتنة وأسرعهم إفاقة بعد مصيبة وأوشكهم كرة بعد فرة وخيرهم لمسكين ويتيم وضعيف وخامسة حسنة جميلة وأمنعهم من ظلم الملوك

Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya. Kedua; Mereka paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; Paling cepat menyerang balas musuh. Keempat; Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka. Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja.


Kata Prof Madya Dr Asri

“ Merenung hadis dan ucapan ‘Amr bin al-‘As ini, dapat kita lihat kekuatan dalam kehidupan masyarakat Barat ini sekalipun banyak perkara yang kita mungkin tidak bersetuju dengan mereka. Ciri-ciri kebaikan dan kekuatan yang disebutkan ‘Amr bin al-‘As dapat kita lihat dalam pengurusan mereka yang lebih baik dibandingkan masyarakat lain termasuk masyarakat muslim hari ini. Sikap mereka dalam mencegah kezaliman penguasa lebih baik dari masyarakat lain yang feudal. Royal Family mereka sekalipun berjasa dalam sejarah, namun hari ini tidak dibiarkan bertindak tanpa boleh dipertikaikan. Dengan itu masyarakat mereka hidup dengan penuh keyakinan terhadap hak dan suara mereka”


Sengaja memetik hadis di atas selepas mengulang tonton video Wacana Perdana- PRU13 & Masa Depan Islam yang berlangsung pada tahun lepas. Boleh cari di Youtube untuk menonton video penuh dan sama-sama fikirkan.

Sememangnya sekarang ni ‘musim’ pilihan raya, bila-bila masa saja parlimen bakal dibubarkan. Apabila semboyan pilihan raya telah berbunyi, maka setiap pemilih berdaftar bakal membuang undi untuk memilih wakil rakyat bagi peringkat DUN dan Parlimen.

Setiap perbuatan kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak termasuklah mengundi untuk memilih pemimpin. Justeru, kita perlu memilih pemimpin yang benar-benar berkelayakan untuk menerajui negara. Kesilapan memilih pemimpin akan memberikan impak yang negatif terhadap masa depan negara.

Sebagai  seorang mahasiswa, kita perlu peka dengan perkembangan semasa dan menilai sesuatu isu itu dengan adil. Kita tidak akan membuta tuli menerima sesuatu yang disogokkan oleh satu pihak tanpa mendengar daripada pihak yang lain. Pada zaman tiada sempadan ini, kita harus menapis setiap perkara yang kita kita baca dan dengar dengan hujah yang boleh diterima akal.

Penguasa zalim



Tersungkurnya para penguasa rakus di negara-negara Timur Tengah merupakan bukti kebangkitan rakyat menolak pemimpin yang menindas rakyat dan membolot harta khazanah negara untuk keluarga sendiri dan kroni. Apabila hal ehwal rakyat diabaikan, kebajikan rakyat diketepikan, suara rakyat didiamkan, maka rakyat sesebuah negara itu akan bangkit dengan satu hati untuk menumbangkan kerajaan zalim.

Sejarah akan terus berulang sekiranya pemimpin masih meneruskan pemerintahan yang zalim seperti kerajaan-kerajaan lain yang sudah tumbang. Tiada istilah terlambat untuk berubah daripada kerajaan yang tidak baik kepada kerajaan yang baik. Terpulang kepada pemerintah itu sendiri untuk menentukan pengendalian sesebuah kerajaan. Tetapi, harus beringat bahawa rakyat dibawah sedang memerhatikan tindak tanduk dan keberkesanan pengurusan sesebuah kerajaan.

Kebangkitan rakyat



Kesabaran rakyat ada hadnya. Apabila dihimpit dan ditekan dengan pelbagai penindasan dan kezaliman, akan ada insan-insan yang akan bangkit bersuara dan menuntut keadilan. Apabila suara mereka tidak diendahkan oleh pihak kerajaan, mereka akan cuba menekan kerajaan dengan demonstrasi jalanan untuk mendapatkan perhatian masyarakat antarabangsa. Kemuncak kezaliman pemerintah adalah dengan menangkap rakyat memperjuangkan hak mereka dan memukul mereka sesuka hati bagai anjing jalanan. Tindakan tidak berhati perut penguasa zalim ini memaksa rakyat bersatu bangkit menumbangkan kerajaan zalim ini sama ada melalui pilihan raya ataupun jalan raya. Revolusi dan kemenangan parti pembangkang di Timur Tengah merupakan simbol kebangkitan rakyat menentang penguasa zalim.

Pilihan raya atau jalan raya?



Sering kali kita mendengar dan membaca pertukaran pemerintah berlaku di negara-negara maju. Tidak pelik bagi warganegara dunia pertama untuk menukar pemimpin mereka setiap kali berlakunya pilihan raya. Hal ini menunjukkan kematangan mereka dalam memilih pemimpin dan hak mereka untuk memilih pemimpin yang benar-benar boleh menjamin masa depan rakyat sesebuah negara. Kebebasan bersuara dan media yang bebas membolehkan rakyat menilai sendiri hujah dan kekuatan mana-mana parti yang bertanding.
Jalan raya menjadi salah satu alternatif terakhir bagi rakyat apabila suara mereka tidak dilayan oleh pemerintah. Apabila hak bersuara dan kebebasan media dinafikan, rakyat yang kurang membaca terus menjadi dungu, manakala rakyat yang sudah sedar akan kebobrokan kerajaan akan terus ditekan dan memaksa mereka turun ke jalan raya menuntut hak.

Masalah rakyat



Pemimpin dipilih untuk menyelesaikan masalah rakyat selain daripada menggubal undang-undang di Parlimen. Rakyat bawahan bergantung kepada pemimpin pilihan mereka untuk suara mereka didengari. Kebajikan dan ekonomi rakyat harus dipantau dan diperbaiki dari semasa ke semasa. Duit pembayar cukai harus digunakan untuk kepentingan rakyat bukannya dibazirkan dengan program yang sia-sia. 

Ketirisan wang kerajaan dengan rasuah memburukkan lagi nama negara di mata dunia. Rakyat tidak memerlukan wakil rakyat rakyat yang mengambil kesempatan ke atas wang rakyat. Apa yang diperlukan oleh rakyat ialah masalah mereka ditangani dengan bijak dan tersusun dan bukannya dengan gula-gula pilihan raya yang hanya datang lima tahun sekali.

Hentikan pembodohan



Masyarakat hari ini bukanlah seperti masyarakat zaman 70-80 an dulu yang hanya menerima sesuatu berita atau isu itu daripada satu sumber sahaja. Masyarakat hari ini sudah boleh menilai sesuatu isu itu daripada pelbagai sumber alternatif. Rakyat  sudah muak dengan berita yang sudah diolah mengikut kehendak parti pemerintah. Media seharusnya adil dan tidak memihak untuk menjamin penyampaian berita yang sahih dan adil daripada mana-mana pihak. Sekatan untuk bersuara dalam media perdana merupakan satu tindakan kurang bijak parti pemerintah dalam usaha untuk memenangi hati rakyat. 

Rakyat hari ini sudah bijak menilai dan membandingkan tanah air sendiri dengan negara-negara luar. Jawapan kurang matang oleh pemimpin atasan negara dalam isu-isu seperti harga minyak petrol dan pendidikan percuma hanya menjadi modal ketawa rakyat.

Mengundi buat kali pertama



Semoga undi saya dan sahabat-sahabat yang lain merupakan undi yang dapat menjamin masa depan kita dan anak cucu kita kelak. Pilih pemimpin dan parti yang benar-benar berjiwa rakyat dan memahami masalah rakyat. Buanglah kepercayaan karut-marut bahawa menukar sesebuah kerajaan itu akan menimbulkan huru-hara. Bandingkan tawaran ataupun manifesto parti-parti yang bertanding dengan akal yang waras dan bukannya semata-mata kerana taasub.

Sekian. Terima kasih sebab sudi membaca.
 
 
 
 Cadangan Ikhlas Naib presiden PAS Datuk Husam Musa
Posted on Wednesday, April 10 @ 20:48:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: setisab

"Datuk Husam Musamencadangkan agar wakil pembangkang ditempatkan dalam jawatankuasa perolehan dan tender sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan persekutuan.
Melalui cara itu, kerajaan akan dapat menambah satu lagi mekanisme semak dan imbang dalam pentadbiran.
"Pada pandangan peribadi saya sebagai calon kawasan Putrajaya, jawatankuasa tender seharusnya menyertakan wakil pembangkang untuk memastikan (amalan) lebih telus, katanya.




Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, beliau turut mencadangkan agar anggota jemaah menteri dan majlis kerajaan negeri negeri mengisytiharkan harta sebaik sahaja Pakatan mengambil alih pentadbiran untuk mengelak penyalahgunaan kuasa.

Selagi BN Perintah, selagi itulah khazanah rakyat diratah.. !! 



Nota ringkas buat macai dan calon pru-13 PKR 
Anda mungkin juga meminati: Bincang PRU-13
 Macam mana boleh begini ini
Posted on Wednesday, April 10 @ 20:38:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: anaabdullah

"Penulis dimaklumkan ada lagi permasalahan yang masih belum selesai dalam pakatan rakyat, sedangkan pilihanraya umum ke 13 akan diumumkan tarikhnya besok.Jika benar ada beberapa permasalahan yang belum selesai beterusan juga dalam menghadapi PRU 13 sudah tentu untuk menang menjejak kaki putrjaya gagal. Permasalahan yang dimaklumkan itu tidak lain tidak bukan ialah Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Tan Sri Khalid Ibrahimnya. Azmin Ali dengan Azmin Alinya. Kahalid Samad dengan kalah khlida Samadnya.


Masing masing ada perancangan tersendiri. Maklum sahaja di Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang punya kuasa untuk menentukan calon, manakala Azmin Ali pula nak tunjuk kuasanya kerana beliau adalah Tilmbalan presiden Parti Keadilan rakyat.
Yang penulis hairan apa pula dengan Khalid Samad membuat Dr Mohd Rani pesuruhjaya Pas Selangor pening kepala dan risau dibuatnya.
Mustahil tak setuju dengan PAS Pusat melantik  Dr Mohd Rani sebagai pesuruhjaya PAS Selangor menggantikan Dr Hassan Ali yang di pecat itu.
Atau ada yang tak kena dilakukan oleh Dr Mohd Rani sepanjang menjadi pesuruhjaya Pas Selangor saehingga membuat Khalid Samad bertindak menzahirkan sikap “kekitaan” yang disebut Khalid samad dengan khalid Samadnya.
Bermakna aku lebih baik atau aku lebih lama dalam PAS berbanding dengan Dr Mohd Rani merupakan orang baru dalam PAS sudah diberi kepercayaan untuk megepalai Pas Selangor.
Setahu penulis PAS tidak pernah mengambil kira sama mada kamu lama dalam pas atau baru. Demikian juga soal calon, miskipun dalam perlembagaan dinyatakan seseorang calon sekurang kurang istiqamah  dengan parti selama lima tahun.
Akan tetapi harini, macam Fauzi Shaari yang baru sahaja menyertai PAS sudah diberi bertanding sebagai calon parlimen P 056 Larut Perak.
Sepatutnya PAS kena awasi dan berhati hati. Jangan ikut macam parti Keadilan rakyat yang meletakan KPT (B)Osman Jailu yang lompat parti punca kerajaan Perak dirampas semula BN pada PRU 12 lalu.
Kini nampaknya parti keadilan rakyat telah mengulangi kes sama iaitu meletakkan Laksamana pertama (B) Imran Abdul Hamid bertanding di parlimen Larut, Perak (P074) dan Brig Jen (B) Abdul Hadi Abdul Khattab bertanding di parlimen Tanjong Malim yang dikatakan belum diumumkan lagi.
Penulis barani mengatakan bahawa parti Keadilan rakyat tidak mengambil pengajaran dengan apa yang telah berlaku sebelum ini. Sepatutnya awasilah dan jadikanlah pengajaran dengan apa apa yang telah berlaku.  
PAS juga harus mengawasi. Jangan pakai serah bulat bulat pada takdir, sedangkan sudah banyak kali telah dipatuk ular dalam satu lubang.
Jangan sekali kali ukur dahulu tak betul sekarang ini Nampak sudah betul semula sepertimana suatu masa dahulu pernah tertipu dengan spesies Tun Mahathir yang serang Tun Abdullah dan berkata, Alhamdulillah Tun Mahatir sudah sedar dan insaf
Terbaru Subky Latif telah menilai semula Zaid Ibrahim yang dahulu tak betul tetapi sekarang ini  sudah betul semula tanpa buat kajian terlebih dahulu sepertimana yang diperintah oleh Allah jika kamu menerima berita dari orang munafik selidek dulu.
 Bila Umno tewas, rakyat untung
Posted on Wednesday, April 10 @ 20:44:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: amkns

"PAS telah menewaskan calon Umno di DUN Paroi dalam Parlimen Rembau semasa Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008. Inilah satu-satunya kerusi yang dimenangi PAS di Negeri Sembilan. Apabila Umno tewas di DUN Paroi, banyak program Barisan Nasional telah tertumpu di DUN ini termasuk mengadakan 3 Pusat Khidmat Masyarakat BN, beberapa majlis jamuan raya besar-besaran serta beberapa program lain termasuk lawatan pemimpin Umno peringkat pusat antaranya Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden Umno.
Kesimpulannya ialah, bila Umno tewas di mana-mana DUN, yang untung nanti ialah pengundi serta penduduk di DUN tersebut.



PUSAT KHIDMAT DUN PAROI BEROPERASI FEBRUARI
19 Januari 2010 - Barisan Nasional Negeri Sembilan akan menubuhkan sebuah lagi pusat khidmat masyarakat Barisan Nasional (BN) bagi memberi kemudahan kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan perkhidmatan. Pengerusi BN Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Mohamad Hasan berkata, pembukaan satu lagi Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi adalah selaras hasrat Kerajaan Negeri memenuhi keperluan masyarakat setempat. `DUN berkenaan bakal mempunyai tiga pusat khidmat memandangkan kawasan berkenaan mempunyai populasi penduduk yang lebih padat berbanding tempat lain.
PUSAT KHIDMAT DI DUN PAROI
19 Jan. 2010 - Slogan 'kerajaan prihatin' akan terus digerakkan untuk memberi keselesaan kepada rakyat termasuklah mewujudkan Pusat Khidmat Masyarakat Barisan Nasional (BN) dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai pembangkang. ''Kerajaan BN akan membuka satu lagi pusat khidmat dalam DUN Paroi, yang mana akan memberi kemudahan kepada rakyat yang mendiami kawasan sekitar termasuklah mereka yang berada dalam kawasan DUN Ampangan dan DUN Sikamat.
SETIAP DUN DI N.SEMBILAN ADA BAPA ANGKAT
SEREMBAN, 27 Mei 2009 - Setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan termasuk di bawah kawasan pembangkang akan mempunyai bapa angkat yang terdiri dari exco kerajaan negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata langkah tersebut berupa sebahagian dari pelan pemulihan politik di negeri itu. "Melalui rancangan ini, exco-exco yang dilantik perlu meluangkan masa untuk berintekrasi dengan penduduk," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini. Mohamad sendiri menjadi bapa angkat untuk DUN Mambau dan Paroi.
27 Sep 2012 - Penduduk Paroi dan Bandar Baru Ampangan, termasuk golongan peladang di negeri ini berbesar hati dan amat teruja dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berkunjung ke kawasan itu sempena program Jelajah Janji Ditepati (JJD), Sabtu ini.
3 Ogos 2012 - Lebih 10,000 umat Islam menyertai majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Masjid At-Taqwa, Paroi dekat sini semalam. Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada kira-kira pukul 6.15 petang dengan disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tunku Nujumuddin.
29 Julai 2012 - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu dapat dilihat daripada 1,538 laporan jenayah yang dihantar ahli Rakan Cop menerusi khidmat pesanan ringkas sepanjang bulan ini, sebanyak 1,013 telah diambil tindakan. ''Sumbangan ahli-ahli Rakan Cop amat penting dalam usaha menangani jenayah," katanya kepada pemberita semasa mengadakan tinjauan mesra di kawasan perumahan Taman Jasmin, Senawang di sini hari ini.
23 Mac 2012 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan janjinya untuk menemui penduduk di Taman Desa Rhu, Sikamat, dekat sini sempena lawatan kerja sehari pemimpin negara itu ke negeri ini, esok.
10 Feb. 2012 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diberi sambutan meriah ketika tiba di Masjid Sikamat dekat sini untuk menunaikan solat Jumaat hari ini. erdahulu, Perdana Menteri bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis makan tengah hari bersama lebih 400 tetamu.
15 Okt 2011 - Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa prihatin akan masalah rakyat dengan merangka pelbagai program demi manfaat mereka tetapi pembangkang sentiasa suka mencari kesalahan kerajaan. "Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi kerajaan sedangkan pembangkang hanya pandai menabur janji tetapi tidak pernah menunaikannya, katanya semasa berucap di hadapan 10,000 penduduk dan peniaga selepas meninjau kawasan pasar Ampangan dan sekitarnya di sini, hari ini.
20 SEPT. 2011 - Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj.Hasan berucap di Program Pemimpin Bersama Rakyat dan sambutan Merdeka Raya di Taman Satria, Senawang yang berlangsung semalam dengan mendapat sambutan luar biasa apabila hampir 10,000 orang datang dan dari pelbagai bangsa serta lapisan.
September 21, 2011 – Penduduk DUN Paroi hari ini seolah olah bangkit bagi membuktikan bahawa mereka sudah bersedia memberi semula kawasan DUN Paroi ke atas pentadbiran Barisan Nasional. ‘Majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 dan Sambutan Kemerdekaan ke 54 Peringkat DUN Paroi’ kunjungan lebih dari 10 ribu orang. Bertempat di Padang Sekolah Men. Keb. Senawang kehadiran Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dan isteri di sambut dengan persembahan Silat Gayong Taman Widuri. 
September 27, 2011 - Sambutan Aidilfitri 1432H dan Kemerdekaan Ke-54 kini masuk siri yang ketiga yang telah dianjurkan Jentera Pilihanra UMNO Bahagian Rembau. Program ini dianjurkan dalam rangka menawan kembali kerusi Dewan Undangan Negeri Paroi dapat ditawan semula oleh Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang. Sambutan kali ini yang bertempat di Padang Awam Flat Seroja, Tasik Jaya Paroi telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk tempatan.
Sumber : http://pasns.blogspot.com/2013/04/bila-umno-tewas-rakyat-untung.html

Tiada ulasan: