Posted on Thursday, April 11 @ 11:28:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh WTKO

Berita Muktahir daripada Bilik Gerakan Negeri Kelantan, Anuar Musa digugurkan daripada menjadi calon BN bagi pilihan raya umum ke-13 nanti. Bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan tersebut, tidak dicalonkan bertanding di mana-mana kerusi, sama ada DUN atau parlimen.
Anuar Musa banyak menghabiskan masa untuk kejayaan pasukan bolasepak Kelantan, The Red Warriors disamping menaikan dirinya dalam politik melalui gerak kerja bola sepak. Pernah mengaku bahawa ada 200,000 penyokong bola sepak dibelakang dia.
Dalam banyak kes yang dimaklumkan bahawa Anuar telah ditempelak oleh Najib dalam beberapa perjumpaan tertutup.
Menurut sumber tersebut, ada gerakan untuk membantah keputusan pengguguran ini melalui kutipan tandatangan. Ketua gerakan desakan ini berkata, mereka akan cuba cara terbaik, tapi sekiranya Najib tidak ambil endah, mereka akan buat cara kasar.
Tidak tahu apa cara kasar yang dimaksudkan tapi saya difahamkan daripada ayat "habis UMNO kali ini" bermaksud mereka akan cah kenting calon UMNO@BN.

Calon gugur daripada Bilik Gerakan
Yang manarik pula, dan menambahkan polimik UMNO Kelantan ialah Ibrahim Ali akan bertanding atas tiket BN.
Dalam hal ini Najib diberitakan berkata ada calon Bebas akan bertanding atas tiket BN. Menurut maklumat kenyataan ini setelahorang kanan Tun mahathir berjumpa dengan Najib pada petang 10 April lalu.
Maklumat muktahir, walaupun dalam mesyuarat akhir tak berstuju tetapi atas desarkan daripada Tun Mahathir sendiri menyebabkan ramai pimpinan UMNO 'mati kutu'.
Tun Mahathir mengganggap Ibrahim Ali sebagai "TUAN GURU"
Tun berkata beliau akan berkempen untuk Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket BN pada pilihan raya umum nanti.
"Kalau Ibrahim Ali menjadi calon, saya akan pergi ke Pasir Mas untuk berkempen. Dia punya (Pertubuhan) PERKASA bukan calang-calang. Parti (pertubuhannya) dah ada 400,000 orang ahli. Katanya.
"Kita berharap BN akan memberi tempat kepada Tuan Guru Datuk Ibrahim Ali. Ini adalah sebagai balasan. Kerana (budi) BN, kita balas," kata Tun lagi.
Nampaknya Kelantan akan kekal kepada Pakatan Rakyat (PAS). Pengolakkan ini makin ketara kerana pengikut setia UMNO mengganggap mereka ditipu dan diboodhkan oleh pimpinan atas, Anuar disingkir sedangkan Ibrahim Ali pula disanjung.
Kita tunggu episod seterusnya selepas tanda tangan yang diberita lebih 3000 ahli itu diketepikan.
Ini gamaknya punca Noh Omar sunyi sepi sekarang..
Posted on Thursday, April 11 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Blog Gendang Perang
Jika
perkhabaran seperti yang disiarkan dalam printscreen di bawah ini benar
maka ia mungkin faktor penyebab senyap sunyinya Mr Noh Omar.Noh Omar termasuk dalam senarai orang-orang yang digugurkan oleh BN. BN telah melakukan yang terbaik bagi memenangi hati rakyat dengan menggugurkan mereka yang pernah dikaitkan dengan kontroversi.
Noh Omar adalah seorang yang paling banyak kontroversi di Selangor. Bermula dengan tuntutan oleh petani hingga kepada projek udang.
Hasrat Noh Omar untuk menjadi Menteri Besar Selangor jika BN memenagi pilihanraya di Selangor berkecai apabila dia tidak lagi tersenarai sebagai calon.
Tetapi Noh Omar tidak perlu bimbang kerana BN tidak akan menang di Selangor. Selangor akan tetap milik Pakatan Rakyat.
Dah penat-penat melalak sana-sini, tiba-tiba nama digugurkan daripada senarai calon. Frust menonggeng la member. Apa nasib Noh Omar kali ini? Ke mana arah tuju Noh Omar setelah kerjaya politiknya berakhir. Apa macam mau cari makan? wakaka
Undilah pakatan rakyat
Sumber
Konspirasi SPR - Najib dalam penentuan Tarikh Mengundi
Posted on Thursday, April 11 @ 08:41:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh WTKO

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Ahad, 5 Mei 2013. Hari Ahad adalah hari berkerja bagi negeri-negeri seperti Terengganu, Kelantan dan Kedah.
Mungkin ada yang beranggap tidak mengapa diadakan pada hari Ahad, bukan hari Sabtu 4 Mei 2013. Tapi sebenarnya pengerusi SPR telah membuat perbincangan bagi memberikan kelebihan kepada Dato' Seri Najib untuk berkempen pada 4 Mei 2013 di Stadium bukit Jalil.
Pada 4 Mei 2013 (Sabtu) adalah tarikh untuk sambutan Hari Perhimpunan Pekerja dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia (alasan) Dato' Seri Najib.
Majlis Perhimpunan Perpaduan Sempena Hari Pekerja ini boleh didapati daripada laman Kementerian Sumber Manusia.
Sila rujuk di sini
http://jtksm.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=731%3Ajemputan-perhimpunan-hari-pekerja-2013&catid=47%3Amakluman&Itemid=594&lang=ms

Difahamkan dalam ucapan nanti Dato' Seri Najib akan mengumumkan beberapa inisiatif (Rasuah PRU) bila BN mengekalkan pemerintahan.
Ini adalah usaha Dato Najib terakhir untuk memenangi hati pekerja setelah maklumat terakhir daripada research UMNO@BN sekitar 71.6% pengawal kerajaan adalah penyokong Pakatan Rakyat dan mereka yang condong kepada Pakatan Rakyat.
SPR bersetongkol dengan UMNO@BN memutus tarikh untuk memberikan kelebihan kepada BN dan menepikan hak-hak mengundi pada hari bekerja untuk negeri-negeri kuat Pakatan Rakyat kerana mereka tahu lebih 70% pengawai kerajaan menyokong PR.
SPR adalah satu daripada komponen BN. Pakatan Rakyat harus memenangi PRU-13 bagi mematikan Malaysia bersih daripada penyelewengan, Rasuah dan korupsi.
Parti Negara, Rembau dan PRU 1
Posted on Thursday, April 11 @ 07:43:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: amkns
"Baba bin Ludek telah dilantik menjadi ADUN Negeri Sembilan pada tahun 1952-1955. Beliau berasal dari Chembong, Rembau. Semasa Pilihanraya Pertama Tanah Melayu tahun 1955 , Parti Negara telah menentang Parti Perikatan.
Parti Negara telah bertapak di Rembau dengan sokongan yang kuat dari mereka yang berpengaruh di daerah ini. Baba bin Ludek telah bertanding atas tiket Parti Negara. Namun Parti Negara tewas di Rembau semasa PRU tahun 1955 dan 1959 kerana , sokongan mereka tidak sampai ke peringkat akar umbi, di kampung-kampung.
Setelah Dato Onn Jaafar , Presiden Parti Negara meninggal dunia pada tahun 1961, Baba bin Ludek telah dilantik menjadi Presiden Parti Negara sehingga tahun 1964.
Sumber : http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/04/parti-negara-rembau-dan-pru-1.html
Orang Asli dijangka letak calon di kawasan BN
Posted on Thursday, April 11 @ 10:32:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: imamsurau
"
Kumpulan
masyarakat Orang Asli, yang dianggap sebagai deposit tetap Umno sejak
sekian lama, dijangka akan mengetengahkan beberapa orang wakil sebagai
calon mereka untuk bertanding dalam pilihan raya umum 5 Mei.Naib presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia Simpan Suda ketika dihubungi Malaysiakini berkata, antara kawasan yang menjadi tumpuan kali ini adalah kawasan parlimen Rompin dan Bera di Pahang serta Tapah di Perak.
Menurutnya, antara nama yang disebut-sebut sebagai calon adalah peguam dan aktivis Amani Williams-Hunt @ Bah Tony dan seorang lagi adalah pengerusi biro Felda dan Orang Asal PKR, Bob Manolan Mohamad.
Menurutnya, Bah Tony disebut-sebut sebagai calon parlimen Tapah manakala Bob Manolan, yang juga seorang timbalan ketua cabang PKR, untuk kawasan Bera.
Kedua-dua kawasan itu dikuasai BN dalam pilihan raya 2008 - kerusi Tapah disandang Datuk M Saravanan dari MIC dan Bera oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dari Umno.
Simpan yang pernah berkhidmat dua kali sebagai pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli pula berkata beliau sendiri bersedia untuk menjadi calon parlimen Rompin bagi merebut undi dari kira-kira 14,000 pengundi Orang Asli di kawasan itu.
Bagaimanapun, calon berkenaan hanya akan diputuskan dalam pertemuan bersama 28 orang Tok Batin minggu depan - beberapa hari sebelum tarikh penamaan calon 20 April.
Mesyuarat itu juga akan menentukan sama ada wakil masyarakat Orang Asli itu akan menyokong calon Umno atau Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.
"(Pada)18 hari bulan esok barulah tahu siapa (calon) ke mana, (sokong) sebelah mana, itu tak tahu lagi," katanya kepadaMalaysiakini.
Meski sokongan berkenaan masih belum jelas, calon dari kalangan Orang Asli itu dijangka akan menjejaskan majoriti BN sekiranya benar-benar akan bertanding.
Ditanya mengenai kecenderungannya sendiri, Simpan juga tidak mahu menyebut perkara itu dengan nyata.
"Saya ini nak kata (sokong) Umno ke parti mana tak tahu. Tapi (ketua umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim datang ke rumah saya di Port Dickson (di Kampung Sunggala)," katanya sambil tertawa.
Kemunculan lebih ramai calon dari masyarakat Orang Asli ini dijangka akan meningkatkan tumpuan mereka untuk membawa isu yang melanda komuniti masing-masing - khususnya tuntutan berkaitan hak dan pemilikan tanah.
Kumpulan masyarakat Orang Asli setakat ini hanya mendapat seorang wakil di Parlimen - Senator Muhammad Olian Abdullah dari Umno.
sumber"
PAS umum Nizar di Changkat Jering, Idris Ahmad kembali ke Bukit Gantang
Posted on Wednesday, April 10 @ 23:59:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Perakite Daily
MANJONG: PAS Perak telah mengumumkan akan bertanding 22 kerusi Dun pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) ini.Perkara tersebut diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien dalam satu program di Markas PAS Kg Permatang, Pasir Panjang, Manjung, dekat sini.
Katanya, satu pertambahan kerusi telah diperoleh apabila Dun Changkat Jering yang sebelum ini ditandingi PKR telah diserahkan PAS.
“PAS akan bertanding 22 kerusi pada PRU13 ini, pertambahan satu kerusi daripada pilihanraya yang lalu.
"Dun Lintang yang dulunya milik PKR diberikan kepada PAS bertukar secara sepakat dengan Dun Kenering,” katanya ketika berucap di hadapan ribuan hadirin.
Hadir sama ialah pimpinan PAS Perak dan seluruh jentera di semua kawasan.
Ustaz Abu Bakar turut mengumumkan beberapa calon yang akan bertanding pada PRU13 ini termasuklah AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang kembali ke parlimen Bukit Gantang.
Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pula diamanahkan bertanding di Dun Changkat Jering dan calon Dewan Muslimat, Hajjah Rohawati Abidin menggantikan Nizar di Dun Pasir Panjang.
Sementara itu, Ustaz Nazri Din diumum bertanding di Dun Kubu Gajah.
Jelasnya, calon-calon lain akan diumumkan secara serentak bersama Pakatan Rakyat dalam satu majlis besar yang akan diberitahu kelak,” jelas beliau lagi.
Dalam
perkembangan berkaitan, dalam satu program di Taman Bungai Raya, Kuala
Kangsar, Naib Presiden PAS, Datiuk Mahfuz Omar telah mengumumkan Drs
Khalil Idham Lim bertanding di Parlimen Kuala Kangsar.Dalam PRU12 yang lalu, PAS berjaya memenangi 6 kerusi Dun iaitu Pasir Panjang, Changkat Jong, Gunong Semanggol, Titi Serong dan Selinsing.
DAP telah memenangi semua 18 Dun yang ditandingi manakan PKR menang 7 kerusi.
Dengan kemenangan itu,Pakatan Rakyat telah berjaya menubuhkan kerajaan baru dan Sultan Perak memperkenan Datuk Seri Nizar Jamaluddin daripada PAS sebagai Menteri Besar.
Namun kerajaan Pakatan Rakyat hanya bertahan 11 bulan setelah BN menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat itu secara zalim dan tidak bertamadun.
Sumber
DAP gesa SPR kaji semula arahan wajibkan 240,000 petugas PRU undi pos
Posted on Thursday, April 11 @ 01:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Sumber Roketkini
KUALA LUMPUR,
9 APR: Apa akan jadi dengan 240,000 kertas undi kakitangan kerajaan
apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewajibkan mereka mendaftar
sebagai pengundi pos pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.Keresahan ini timbul apabila undi pos sering dihantui isu manipulasi dan ketelusan tambahan pula ia lebih mudah dikesan dan memberi ‘risiko’ kepada pengundi berkenaan.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching, berkata perkara itu dimaklumkan seorang guru yang menghadiri taklimat SPR yang diadakan di Bangi, 7 Januari lalu.
“Kakitangan yang menjadi petugas pilihan raya kini wajib menjadi pengundi pos. Perkara itu menimbulkan keraguan sebab pada PRU 2008, mereka dibenarkan keluar mengundi di kawasan masing-masing.
“Mereka juga boleh keluar makan dan menunaikan sembahyang bagi petugas beragama Islam,” ujar Teo pada satu sidang media.
Penyandang Parlimen Serdang itu menggesa SPR membenarkan petugasnya untuk mengundi lebih awal kerana ia lebih dipercayai dan boleh dipantau ejen parti politik.
“Kita harap SPR dapat mendengar dan prihatin dengan keresahan yang timbul itu,” kata beliau.
Satu daripada tuntutan Pakatan Rakyat (PR) dan Bersih untuk pilihan raya yang adil, bersih dan telus adalah pemansuhan undi pos.
Antara manipulasi dan penipuan yang boleh berlaku dalam undi pos ialah kerana pengundi mempunyai risiko untuk diugut dan pertindihan nama yang mana pengundi boleh mengundi secara pos dan pada masa yang sama boleh mengundi seperti biasa.
Sumber: Roketkini.com
Semangat Rakyat Mau Melakukan Perubahan Sudah Tidak Dapat Dibendung Lagi Oleh UM
Posted on Thursday, April 11 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Omak Kau!!!

Pergh!!!! Cukup mengkagumkan sehingga Omak kau terpesona sungguh melihat bagaimana rakyat Seremban betul-betul bertekad muktamad mau melakukan perubahan pada PRU 13 nanti.
Inilah pemandangan di Ceramah Ubah DAP di Taman AST, Bukit Kepayang, Seremban malam tadi.
Hujan turun dengan lebatnya sebelum ceramah dimulakan namun tiada seorang pun berganjak dari tempat duduk maupun yang berdiri. Sanggup berpayung dalam kesejukkan untuk menanti ceramah dimulakan.
Begitu sekali tingginya semangat dan iltizam yang dipamirkan oleh mereka.. Petanda betapa rakyat kini sudah bersedia habis mau melakukan perubahan.. Mengangkat Pakatan Rakyat menjadi pemerintah dan UMNO/BN sebagai pembangkang.
Segala propaganda murahan dan fitnah lucah yang dilemparkan keatas para pemimpin PR langsung tidak memberi kesan dan impak. Rakyat sudah bulatkan jiwa dan fikirannya mau perubahan dilakukan demi masa depan anak cucu cicit mereka.
Sumber: omakkau.blogspot.com
Semakin Jijik Buang Tebiat Minah Ni !!! Kesian
Posted on Thursday, April 11 @ 01:57:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber mediarakyat
Perang Ceramah: Khalid Samad vs Ummi Hafidah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan