Majlis Menandatangani Watikah Pembubaran Dun Kelantan
http://malaysiaberih.blogspot.com, | 05 Apr 2013 |
Gambar: Sekitar Majlis Menandatangani Watikah Pembubaran Dun Kelantan
Sumber gambar : FB UKMB
Tok Guru Nik Aziz menghadap
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri di Kubang Kerian
bagi memohon perkenan membubarkan Dun Kelantan.
Permohonan telah diperkenan Baginda Sultan Kelantan dengan menandatangani watikah pembubaran Dun ~ Tinta Hijau DKB
PRU13: TG Nik Aziz umum Dun Kelantan bubar
Salmah Mat Husain, | 05 Apr 2013 |
KOTA BHARU: Menteri
Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengisytiharkan
pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) jam 11.56 malam tadi setelah
mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V.
Beliau ketika mengisytiharkan perkara itu berkata, serentak dengan pembubaran itu, dokumen pengisytiharan pembubaran itu akan dihantar kepada pihak Suruhanya Pilihan Raya (SPR) malam tadi juga.
Beliau mengisytiharkan pembubaran itu di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR 10, di sini.
Tuan Guru seterusnya berkata, pembubaran itu juga selaras dengan Parlimen Malaysia yang telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 3 April lalu.
“Saya telah memohon ampuni perkenan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan untuk turut melakukan pembubaran Dun.
“Ianya mengikut perkara 46 (2) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Pertama),” ujar beliau.
Sehubungan itu, Tuan Guru seterusnya mengingatkan rakyat Kelantan dan Malaysia seluruhnya supaya memahami berpolitik adalah sunah Rasulullah.
Tuan Guru berkata, pada yang mengatakan politik dan agama satu perkara yang berasingan sewajarnya sedar tentang kesilapan itu.
Beliau seterusnya berkata, sewaktu Baginda berada di Madinah, Rasulullah telah mengetuai kerajaan dengan memegang tanggungjawab menteri kewangan, menteri dalam negeri, menteri luar dan sebagainya.
“Surat-surat yang dihantar oleh Rasulullah pada Raja-Raja sekitarnya menyedari Rasulullah adalah seorang pemimpin besar,” ujarnya.
Berikut kenyataan media Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung pembubaran Dun Kelantan.
Selaras dengan pembubaran parlimen yang telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 22 Jamadil Awwal 1434H bersamaan 3 April 2013M, saya telah memohon ampuni perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan untuk turut melakukan pembubaran Dewan Undangan Negeri Kelantan mengikut Perkara 46 (2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Pertama). Ini membolehkan penetapan tarikh hari penamaan calon dan pilihanraya bagi Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri dapat diadakan serentak.
Justeru, dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Dewan Undangan Negeri Kelantan dengan ini diisytihar dibubarkan pada hari ini 23 Jamadil Awwal 1434H bersamaan 4 April 2013M. Dokumen pengisytiharan pembubaran ini akan dihantar kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya dengan kadar yang segera.
Sekian, terima kasih.

Muhasabah Lahad Datu
Tuan Guru Abdul Hadi Awang, | 05 Apr 2013 |
Peristiwa
berdarah di Lahad Datu menjadi ujian kebijaksanaan kerajaan dan
kesetiaan seluruh rakyat terhadap negara. Walau pun berbeza kaum, agama
dan fahaman politik, namun tugas mempertahankan negara apabila diceroboh
dan keselamatannya diganggu gugat adalah kewajipan bersama mengikut
agama, adat dan akal yang waras. Maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan
seluruh ahlinya mendoakan Allah melimpahkan rahmat kepada anggota
keselamatan yang terkorban dan dimasukkan ke dalam kalangan para
syuhada, sekurang-kurangnya syahid akhirat dan disembuhkan mereka yang
tercedera, serta dikembalikan keamanan dan keselamatan negara.
Walau bagaimana pun muhasabah wajib dilakukan terhadap kerajaan yang diamanahkan menjaga keselamatan negara. Dalam hal ini pihak tentera dan polis tidak boleh dipersalahkan, kerana banyak asas dari sudut politik yang kukuh menunjukan bahawa peristiwa seperti itu tidak sepatutnya berlaku. Pasukan keselamatan juga tidak sepatutnya menjadi mangsa korban musuh yang tercipta dengan sebab kecuaian politik mereka yang memimpin negara sejak mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun yang lalu.
Persoalan asas yang kita ingin tanya ialah: “Mengapa asas keharmonian yang sedia ada di daerah itu tidak dijaga dan dibina dengan baik?”
Hakikatnya ialah, kedudukan serantau, kejiranan, serumpun, sekelurga dan seagama cuma dipisahkan oleh sempadan geografi dua negara. Malaysia mempunyai hubungan kejiranan dengan Filipina, dan sama-sama menjadi anggota Asean sejak penubuhannya pada 8 Ogos 1967 lagi.
Orang-orang Suluk, atau grup etnik Tausug pula mempunyai hubungan keluarga, agama dan budaya yang sama dengan sebahagian besar penduduk keturunan Sulu di Sabah yang sukar dipisahkan. Hubungan rapat ini menjadikan aktiviti keluar masuk antara rakyat kedua-dua negara berada pada kedudukan yang paling sukar untuk dikawal secara keras oleh pasukan keselamatan yang bertugas.
Tragedi ini berlaku kerana pihak politik yang berkuasa tidak menyelesaikan akar-usul masalah ini secara bijaksanaan sehingga berlakulah kemalangan yang sangat menyayat hati itu. Di samping kemarahan membara terhadap penceroboh yang tidak beretika, namun sifat kemanusiaan tetap berada dalam setiap orang yang berperasaan.
Muhasabah wajib dilakukan dengan meneliti dan memahami kerana beberapa perkara. Pertama, pemisahan secara sempadan negara yang berbeza dimulakan oleh penjajah asing terhadap rantau ini. Mereka sengaja meninggalkan bom jangka selepas mereka meninggalkan tanah jajahan dengan niat jahat, setelah mereka melaksanakan agenda pecah dan perintah di zaman penjajahan dahulu. Bukan sahaja pembahagian rantau ini di antara penjajah Inggeris, Belanda dan Sepanyol dan selepasnya Amerika juga mengambil tempat di Filipina secara khusus.
Kedua, perjanjian juga dibuat oleh penjajah ini secara menipu sultan-sultan dan raja-raja yang dilemah dan dihilangkan kedaulatannya.
Ketiga, setelah masing-masing mencapai kemerdekaan dengan negara yang berbeza dan mempunyai kedaulatannya, mengapa segala syarat perjanjian yang sudah lapuk di zaman penjajah yang sudah pulang ke negeri masing-masing, dengan pihak yang sudah diletakkan dalam lipatan sejarah masih lagi wujud? Mengapakah pihak kerajaan dalam negara kita ini masih menghidupkan lagi perjanjian seperti ini?
Keempat, negara Malaysia dan Filipina pula yang terlibat secara langsung dalam perjanjian damai yang memberi kuasa autonomi kepada bangsa Moro di Mindanao. Mengapa terlepas pandang terhadap wilayah dan kepulauan yang lain bersamanya, sehingga penyelesaiannya tidak lengkap dan masalahnya tidak selesai?
Perkembangan pendidikan, ekonomi dan sosial terbiar dan terus terbiar, kerana kerajaan Umno BN lebih menumpukan kepentingan politik mengejar kerusi mendapat takhta dan harta semata-mata, tanpa perhatian terhadap pendidikan, ekonomi dan sosial di kawasan berkenaan. Rakyat miskin terus di rumah dalam air sejak turun temurun, hanya segelintir di daratan dengan kemudahan yang terhad tanpa penyelesaian. Semua kecuaian tanpa cakna ini boleh menempah kesan negatif dalam kehidupan dan boleh mencetuskan ketegangan berbagai kaum. Semua perkara ini perlu dimuhasabah dengan adil dan ikhlas walaupun tercalar diri sendiri.
Tindakan ketenteraan mempertahankan kedaulatan negara, langkah menjaga keselamatan rakyat wajib dilaksanakan dengan berhemat, dalam masa yang sama jalinan hubungan tersebut di atas wajib diperbetulkan. Jangan ikut contoh buruk yang pernah dilakukan oleh penjajah semasa darurat dahulu, penyelesaiannya secara mengepung dan memaksa semata-mata tanpa pendekatan yang lain. Perlu difahami bahawa perasaan manusia tidak boleh dikepung dan dikongkong sepanjang masa, walau pun jasadnya dikepung dan dikongkong secara paksaan.
Peristiwa 13 Mei 1969 wajar menjadi iktibar apabila ianya ditangani sendiri oleh pemimpin di masa itu. Ditubuhkan Jawatankuasa Muhibbah melibatkan kerajaan dan seluruh pemimpin masyarakat, agama dan kaum yang berpengaruh tanpa mengira perbezaan agama, kaum dan politik. Seterusnya ditangani secara politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Konfrantasi dengan Indonesia juga dapat ditamatkan dengan pendekatan ini, walau pun ada yang terkoban dan cedera, akhirnya berakhir dengan damai tanpa dendam.
Janganlah pihak kerajaan Umno BN terus menerus berdegil tidak mengaku kesilapan atau mahu menangguk di air keruh, kerana kedua-duanya akan menenggelamkan kita semua, atau laksana Pakistan yang melahirkan Bangladesh.

Lebih 2,000 daftar e-paper Harakah percuma
Harakahdaily, | 05 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Tindakan Harakah mengadakan langganan percuma e-paper (http://epaper.harakah.net.my) kelmarin mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih 2,000 pengguna mendaftar dalam tempoh sehari ia dibuka.
Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar memberitahu, bahagian IT Harakah yang menguruskan pengaktifan akaun percuma e-paper ini menerima banyak pertanyaan berhubung cara untuk melanggan sejak dibuka.
Tatacara mengaktifkan langganan percuma sempena PRU13 bagi pengguna yang masih mempunyai akaun yang aktif:
Seterusnya log masuk ke akaun dan ikuti langkah 1 hingga 4 seperti di atas.
Seterusnya, anda bolehlah melayari ePaper dengan memilih jenis langganan percuma tersebut ataupun langganan berbayar (jika masih aktif).
E-Paper Harakah percuma sempena PRU13
Jangan sekali-kali gunakan agama untuk memutarbelitkan peraturan dan
perundangan yang ditetapkan agama Islam termasuk dalam soal jual beli
serta pinjaman yang apa yang dikatakan sebagai pinjaman kaedah secara
Islam itu.
Mana tidaknya pinjaman yang dikatakan sebagai pinjaman mengikut garis panduan kaedah Islam banyak sudah diselewengkan maksud pinjaman itu sendiri. Yang paling menyedihkan kita nama Islam digunakan secara berleluasa oleh institusi kewangan yang mengaku bahawa pinjaman yang mereka uruskan itu adalah secara Islam tetapi pada halnya tidak langsung mengikut apa yang Islam mahukan.
Ini adalah boleh diketegorikan sebagai penipuan dan mencemarkan agama Islam itu sendiri kerana mana mungkin kaedah secara Islam ini menindas sesiapa juga yang berurusan untuk membuat pinjaman secara Islam.
Pertama, apabila kita hendak meminjam membeli rumah atau pun kereta dengan cara Islam kononnya, tetapi mengapa bunga atau faedah yang dikenakan terlalu tinggi hingga kadangkala mencecah lebih daripada sekali ganda harga asalnya. Katakanlah kita ingin membeli sebuah rumah teres berharga RM150.000.00 tetapi mengapa apabila dibuat pinjaman selama 15 tahun atau 20 tahun harganya naik mendadak menjadi RM400.000.00 semasa perjanjian jual beli itu? Tidakkah ini satu penginayaan dan ada unsur-unsur penindasan kepada pelanggan? Alasan diatas mengikut tempuh masa harga pasaran dimasa 15 tahun atau 20 tahun akan datang tidak memuaskan pembeli. Hal ini kerana kita tidak dapat ramalkan apa yang akan berlaku didalam tempoh itu dan agama melarang keras mereka yang melakukan riba sebegitu rupa.
Kedua mengapa kalau kita terlewat bayar beberapa hari sahaja sudah dikenakan denda dan bunganya pula akan meningkat mencecah ratusan ringgit lagi dan apabila kita tidak menjelaskan bunga terlewat bayar tersebut maka bisinglah Pegawai-Pegawai Bank yang menghubungi kita dengan bermacam-macam ugutan. Adakah kaedah Islam melakukan zalim saperti ini?
Ketiga apakah bezanya pinjaman secara kaedah Islam yang disusun atur oleh bijak pandai Pegawai Kewangan yang mengaku dirinya Muslim sejati dengan secara kaedah konvensional yang berpandukan secara pinjaman ala Yahudi. Saya pendapat. Kedua-duanya lebih kurang seakan-akan sama sahaja dan hanya adanya perjanjian jual beli itu sahaja yang membezakan mereka tetapi dari segi penindasan dan kezaliman terhadap pelanggan tetap ada- penipuan yang begitu terancang.
Tidak ada gunanya belajar bidang agama yang ada kaitannya dengan kewangan kaedah Islam di pusat pengajian tinggi apabila balik dari Mesir atau seumpamanya dan berkerja diinstitusi kewangan yang masih menggunakan sistem riba yang dilaknati oleh Allah itu. Dalam hal sebegini mana perginya Alim Ulama? Tidakkah ini juga tanggungjawab mereka memberikan penjelasan dan bukannya memberikan alasan mencari jalan untuk kepentingan majikan seolah-olah cuba bagi menghalalkan riba itu yang boleh mengelirukan umat? Di mana Islamnya?
Dalam agama jangan sekali-kali kita memandai-mandai menghalalkan yang haram kerana ditakuti akan menjadi kemurkaan Allah yang akhirnya akan hilang punca, hilang nikmat agama dan hilang segalanya serta tiada tempat orang saperti ini diakhirat kelak.
Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar memberitahu, bahagian IT Harakah yang menguruskan pengaktifan akaun percuma e-paper ini menerima banyak pertanyaan berhubung cara untuk melanggan sejak dibuka.
Tatacara mengaktifkan langganan percuma sempena PRU13 bagi pengguna yang masih mempunyai akaun yang aktif:
- Log masuk ke akaun
- Di bahagian Add/Renew subscription - Membership * pilih jenis langganan Langganan Percuma Sempena PRU13
- Klik butang Order
- Langganan percuma tersebut akan ditambah ke akaun anda secara automatik - lihat di bahagian Your Subscription
Seterusnya log masuk ke akaun dan ikuti langkah 1 hingga 4 seperti di atas.
Seterusnya, anda bolehlah melayari ePaper dengan memilih jenis langganan percuma tersebut ataupun langganan berbayar (jika masih aktif).
E-Paper Harakah percuma sempena PRU13
Riba berselindung atas nama Islam?
Syed Abdullah Jamalullail, |
Mana tidaknya pinjaman yang dikatakan sebagai pinjaman mengikut garis panduan kaedah Islam banyak sudah diselewengkan maksud pinjaman itu sendiri. Yang paling menyedihkan kita nama Islam digunakan secara berleluasa oleh institusi kewangan yang mengaku bahawa pinjaman yang mereka uruskan itu adalah secara Islam tetapi pada halnya tidak langsung mengikut apa yang Islam mahukan.
Ini adalah boleh diketegorikan sebagai penipuan dan mencemarkan agama Islam itu sendiri kerana mana mungkin kaedah secara Islam ini menindas sesiapa juga yang berurusan untuk membuat pinjaman secara Islam.
Pertama, apabila kita hendak meminjam membeli rumah atau pun kereta dengan cara Islam kononnya, tetapi mengapa bunga atau faedah yang dikenakan terlalu tinggi hingga kadangkala mencecah lebih daripada sekali ganda harga asalnya. Katakanlah kita ingin membeli sebuah rumah teres berharga RM150.000.00 tetapi mengapa apabila dibuat pinjaman selama 15 tahun atau 20 tahun harganya naik mendadak menjadi RM400.000.00 semasa perjanjian jual beli itu? Tidakkah ini satu penginayaan dan ada unsur-unsur penindasan kepada pelanggan? Alasan diatas mengikut tempuh masa harga pasaran dimasa 15 tahun atau 20 tahun akan datang tidak memuaskan pembeli. Hal ini kerana kita tidak dapat ramalkan apa yang akan berlaku didalam tempoh itu dan agama melarang keras mereka yang melakukan riba sebegitu rupa.
Kedua mengapa kalau kita terlewat bayar beberapa hari sahaja sudah dikenakan denda dan bunganya pula akan meningkat mencecah ratusan ringgit lagi dan apabila kita tidak menjelaskan bunga terlewat bayar tersebut maka bisinglah Pegawai-Pegawai Bank yang menghubungi kita dengan bermacam-macam ugutan. Adakah kaedah Islam melakukan zalim saperti ini?
Ketiga apakah bezanya pinjaman secara kaedah Islam yang disusun atur oleh bijak pandai Pegawai Kewangan yang mengaku dirinya Muslim sejati dengan secara kaedah konvensional yang berpandukan secara pinjaman ala Yahudi. Saya pendapat. Kedua-duanya lebih kurang seakan-akan sama sahaja dan hanya adanya perjanjian jual beli itu sahaja yang membezakan mereka tetapi dari segi penindasan dan kezaliman terhadap pelanggan tetap ada- penipuan yang begitu terancang.
Tidak ada gunanya belajar bidang agama yang ada kaitannya dengan kewangan kaedah Islam di pusat pengajian tinggi apabila balik dari Mesir atau seumpamanya dan berkerja diinstitusi kewangan yang masih menggunakan sistem riba yang dilaknati oleh Allah itu. Dalam hal sebegini mana perginya Alim Ulama? Tidakkah ini juga tanggungjawab mereka memberikan penjelasan dan bukannya memberikan alasan mencari jalan untuk kepentingan majikan seolah-olah cuba bagi menghalalkan riba itu yang boleh mengelirukan umat? Di mana Islamnya?
Dalam agama jangan sekali-kali kita memandai-mandai menghalalkan yang haram kerana ditakuti akan menjadi kemurkaan Allah yang akhirnya akan hilang punca, hilang nikmat agama dan hilang segalanya serta tiada tempat orang saperti ini diakhirat kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan