Jaminan dengan tindakan, bukan perkataan
Perdana
menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan parlimen dibubarkan
bagi memberi laluan pilihan raya umum ke-13 dilangsungkan. Antara
intipati menarik ucapan PM dalam pengumuman semalam adalah jaminan
bahawa sebarang peralihan kuasa selepas pilihan raya umum akan
berlangsung dengan aman.
Komitmen beliau diungkapkan dengan usaha kerajaan sedia ada sentiasa menjunjung prinsip demokrasi, tekad transformasi politik yang dilaungkan serta serta komitmen dalam menghormati suara rakyat.
Rakyat memegang janji dan jaminan PM itu dan segala kata-katanya mesti dibuktikan dengan tindakan, bukan hanya perkataan semata-mata.
Tindakan paling utama bagi membenarkan kata-katanya adalah beliau sepatutnya melantik PM dan kerajaan sementara bagi mentadbir negara tanpa diganggu oleh BN.
Tidak ada pemimpin yang masih berlagak menteri turun merasmikan sesuatu aktiviti atau projek di kawasan dengan peruntukan kerajaan manakala pegawai-pegawai kerajaan bawahannya dikerah turun untuk berkempen bagi pihak dirinya.
Rakyat pula diberikan maklumat yang adil dan benar melalui sesi penerangan secara terbuka. Rakyat tidak diugut dengan pelbagai tindakan sekiranya memilih parti yang lain dari pemerintah, diberi ganjaran atau habuan seperti hadiah dan lain-lain.
Selain itu, Najib perlu memastikan tiada kempen politik kotor seperti provokasi melampau, serangan peribadi, memfitnah, video lucah dengan tujuan mengaibkan dan lain-lain lagi.
Najib perlu memberi jaminan bahawa media dibenarkan membuat liputan dengan adil dan bebas dengan semua pihak diberikan peluang berkempen dengan masa yang sama dan telah ditetapkan.
Jika beliau mempunyai masa berjam-jam di televisyen, bebas berucap di mana sahaja dengan bersiaran langsung, berforum, beliau juga perlu memberikan peluang yang sama kepada Pakatan Rakyat, bukan hanya 10 minit seperti yang ditawarkan sekarang.
Beliau juga perlu memastikan tidak ada insiden keganasan dilakukan khususnya oleh penyokong-penyokong partinya terhadap penyokong lawan politik beliau.
Beliau mesti berupaya menghalang penyokong partinya dari bertindak ganas serta memberi kuasa kepada pihak keselamatan menahan dan menangkap pencetus keganasan termasuk dari penyokong partinya sendiri.
Perjalanan pilihan raya pula perlu berlangsung dengan aman dan bersih tanpa ada cara kotor seperti manipulasi undi, penipuan dalam daftar pemilih, pengundi ragu, rakyat luar negara diberi kad pengenalan dan dibenarkan mengundi, pengundi yang dipindahkan dan lain-lain lagi.
Akhirnya, beliau harus akur dengan kehendak rakyat serta menerimanya dengan hati terbuka. Jika rakyat menerimanya, beliau kembali memimpin negara namun jika rakyat menolak beliau, beliau menerima dengan hati terbuka.
RIDUAN MOHD NOR ketua penerangan Dewan Pemuda PAS. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Demokrasi yang tercalar
Membiarkan umur kerajaan melepasi lima tahun mandat rakyat sememangnya menimbulkan pelbagai konotasi yang tidak sihat.
Saya akui bahawa 8 Mac 2013 bukanlah suatu tarikh yang diambil kira jika Perlembagaan Persekutuan menjadi rujukan.
Apa yang disebut kini adalah soal konvensyen yang diterimapakai oleh kebanyakan negara Komanwel. Ia membangkitkan suatu keabsahan tanggapan (legitimate expectation) di kaca mata rakyat.
Di manakah moral kerajaan yang masih memegang kuasa sedangkan rakyat menaruh 8 Mac 2008 sebagai tempoh mandat dari mereka?
Setiap apa yang kita lakukan, biarlah ia baik di kaca mata undang-undang dan baik di kaca moralnya. Demikian juga mandat sebuah kerajaan. Kita mahukan kerajaan yang sah di sisi undang-undang dan diterima dari moralnya.
Bukankah suatu ketempangan bila kerajaan yang ada kini sah di sisi undang-undang tapi tercalar di sisi moral?
Justeru, mahu tidak mahu konvensyen yang kini kian signifikan, iaitu berkaitan prinsip kerajaan sementara mesti dihormati demi memulihkan moral kerajaan yang ada.
Dalam negara-negara Komanwel, konvensyen ini bukan suatu yang asing. Australia umpamanya ialah sebuah negara yang ada menyediakan suatu pengisytiharan berkaitan kerajaan sementara.
Meskipun ia bukan suatu dokumen yang mengikat di sisi perundanga, setidak-tidaknya kerajaan Australia komited menghormati nilai-nilai demokrasi yang didokong oleh rakyat.
Disebut secara jelas lima prinsip kerajaan sementara termasuklah:
Apa yang jelas prinsip-prinsip kerajaan sementara ini mampu memperkasakan hak rakyat dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.
Rakyat mempunyai kemampuan menilai yang sama rata akan kemampuan parti yang mempertahankan kuasa dan parti lawan yang mencabar wibawa kerajaan yang sedia ada.
Berbalik kepada situasi Malaysia, saya akui prinsip kerajaan sementara tidak ada dalam mana-mana dokumen perundangan negara.
Namun sebagaimana yang ditekankan pada awal penulisan, konvensyen kerajaan sementara ini kian diterima pakai oleh negara-negara demokrasi bagi menzahirkan sebuah kerajaan yang benar-benar berwibawa.
Tidakkah kita mahu menampilkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai kerajaan yang sah di sisi undang-undang dan hebat pada moralnya? Itulah impian rakyat yang kian faham norma-norma demokrasi berparlimen hari ini.
Terbaru isu kontrak bernilai 4.27 bilion semasa LIMA 2013 di Langkawi cukup memberi imej yang amat tidak sihat kepada kerajaan yang memerintah.
Pada moralnya, kerajaan Malaysia hari ini sebuah kerajaan yang gagal menghormati prinsip-prinsip kerajaan sementara berasaskan legitimate expectation dan mandat rakyat.
Rakyat memerhati dan menanti, apakah lagi yang kerajaan ingin lakukan dalam masa-masa yang amat kritikal hari ini? Tiadanya tarikh pembubaran sebenarnya telah cukup untuk meletakkan moral kerajaan pada tahap yang tidak sewajarnya.
Apakah kelebihan tarikh pembubaran yang dipegang oleh perdana menteri menjadi suatu percaturan wang ringgit atau apa saja oleh pihak-pihak tertentu?
Tambah mencabul nilai demokrasi, percaturan itu menjadikan rakyat dan masa depan negara sebagai cagaran.
Apa pun, kerajaan hari ini menitipkan sejarah hitam dalam amalan demokrasi berparlimen bilamana mandat rakyat melepasi lima tahun dan telah ada Dewan Undangan Negeri yang terbubar secara automatik.
Mahu tidak mahu, rakyatlah kini yang berkuasa dan perlu bertindak untuk membetulkan pelbagai kepincangan yang berlaku dalam negara di setiap ceruk sistem pentadbiran negara.
PRU13 adalah wadah terbaik yang setiap rakyat tidak boleh tidak mengambil bahagian bagi mencipta perubahan.
MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

- Tiada penganugerahan kontrak-kontrak berskala besar.
- Tiada pembentukan polisi-polisi baru.
- Tiada pelantikan penting bagi mana-mana jawatan.
- Tiada keputusan penting berkaitan hal ehwal antarabangsa dibuat.
- Tidak membabitkan kakitangan awam dalam aktiviti-aktiviti kempen politik khususnya parti yang memerintah.
Apa yang jelas prinsip-prinsip kerajaan sementara ini mampu memperkasakan hak rakyat dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.
Rakyat mempunyai kemampuan menilai yang sama rata akan kemampuan parti yang mempertahankan kuasa dan parti lawan yang mencabar wibawa kerajaan yang sedia ada.
Berbalik kepada situasi Malaysia, saya akui prinsip kerajaan sementara tidak ada dalam mana-mana dokumen perundangan negara.
Namun sebagaimana yang ditekankan pada awal penulisan, konvensyen kerajaan sementara ini kian diterima pakai oleh negara-negara demokrasi bagi menzahirkan sebuah kerajaan yang benar-benar berwibawa.
Tidakkah kita mahu menampilkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai kerajaan yang sah di sisi undang-undang dan hebat pada moralnya? Itulah impian rakyat yang kian faham norma-norma demokrasi berparlimen hari ini.
Terbaru isu kontrak bernilai 4.27 bilion semasa LIMA 2013 di Langkawi cukup memberi imej yang amat tidak sihat kepada kerajaan yang memerintah.
Pada moralnya, kerajaan Malaysia hari ini sebuah kerajaan yang gagal menghormati prinsip-prinsip kerajaan sementara berasaskan legitimate expectation dan mandat rakyat.
Rakyat memerhati dan menanti, apakah lagi yang kerajaan ingin lakukan dalam masa-masa yang amat kritikal hari ini? Tiadanya tarikh pembubaran sebenarnya telah cukup untuk meletakkan moral kerajaan pada tahap yang tidak sewajarnya.
Apakah kelebihan tarikh pembubaran yang dipegang oleh perdana menteri menjadi suatu percaturan wang ringgit atau apa saja oleh pihak-pihak tertentu?
Tambah mencabul nilai demokrasi, percaturan itu menjadikan rakyat dan masa depan negara sebagai cagaran.
Apa pun, kerajaan hari ini menitipkan sejarah hitam dalam amalan demokrasi berparlimen bilamana mandat rakyat melepasi lima tahun dan telah ada Dewan Undangan Negeri yang terbubar secara automatik.
Mahu tidak mahu, rakyatlah kini yang berkuasa dan perlu bertindak untuk membetulkan pelbagai kepincangan yang berlaku dalam negara di setiap ceruk sistem pentadbiran negara.
PRU13 adalah wadah terbaik yang setiap rakyat tidak boleh tidak mengambil bahagian bagi mencipta perubahan.
MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Sudut pidato lebih baik dari doktrinisasi politik
GM13
menyambut baik kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pengarah
Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) Prof
Madya Dr Ismail Ali, bertarikh 28 Mac 2013 di New Sabah Times.
Kenyataan itu bagi memberi respon terhadap penangkapan lima aktivis GM13 yang ditahan Polis semasa mengadakan sudut pidato di Bandar Labuan pada 23 Mac lalu. Ini menunjukkan Dr Ismail sebagai seorang pemimpin yang sangat prihatin terhadap mahasiswa bawah jagaannya.
Kami yakin pihak pengarah selaku ahli akademik berpengalaman semestinya memahami konsep kebebasan akademik yang menjadi hak setiap warga universiti.
Hak ini menjadi teras kepada pengajaran dan pembelajaran universiti-universiti terkemuka di seluruh dunia.
Dalam magna carta universitatum yang ditandatangani lebih daripada 750 universiti pada tahun 1988, ada menyatakan secara jelas:
“Freedom in research and training is fundamental principle of university life, and government and universities, each as far as in them lies, must ensure respect for this fundamental requirement. Rejecting intolerance and always open to dialogue.”
Tindakan mahasiswa yang menyatakan pandangan melalui sudut pidato kepada masyarakat perlu dinilai dan dibincangkan oleh pihak universiti secara ilmiah. Hal ini kerana, isu yang dibangkitkan GM13 membabitkan kepentingan negara dan turut melibatkan kepentingan rakyat terbanyak.
Isu pilihan raya merupakan isu yang sangat dekat dengan rakyat, oleh itu tindakan mahasiswa memberi pendedahan berkaitan hak rakyat untuk mengundi perlu ditanggap secara positif oleh pihak universiti.
Mahasiswa sebagai sebahagian daripada warga universiti memiliki hak untuk mengulas isu pilihan raya secara akademik dengan pembawaan tersendiri.
Oleh itu adalah amat tidak wajar sekiranya inisiatif murni mahasiswa ini diheret ke kancah politik sempit oleh pihak universiti.
GM13 sentiasa bersedia untuk memberi penerangan secara terbuka dengan mana-mana pihak. Tindakan GM13 membuat sudut pidato secara terbuka juga menunjukkan kami bersedia menerima apa juga respon daripada masyarakat yang mendengar.
Tindakan mengadakan sudut pidato itu juga tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang bahkan Perlembagaan Persekutuan juga memberi peruntukan eksklusif kepada rakyat untuk mengeluarkan pandangan secara bebas dan terbuka.
Tindakan GM13 ini pada pandangan kami lebih adil sekiranya dibandingkan dengan tindakan sesetengah pihak universiti yang membenarkan dewan dewan kuliah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburuk-burukkan parti pembangkang dan aktivis mahasiswa.
Agenda doktrinisasi dalam dewan kuliah ini juga pada hemat GM13 lebih mencemarkan nama universiti kerana menunjukkan pihak itu mudah diperalat untuk kepentingan politik sesetengah pihak.
GM13 percaya, keterbukaan pengarah UMS Labuan dalam memberi ruang untuk pensyarah dan mahasiswa memperaktikkan kebebasan akademik secara kreatif dan kritis, akan mampu melonjakkan UMS sebagai peneraju perkembangan akademik yang lebih sihat dan terbuka.
GM13 juga menyeru rakan-rakan mahasiswa terutamanya mahasiswa UMSKAL untuk turut sama memeriahkan prinsip kebebasan akademik bagi membentuk suasana ilmiah yang lebih sihat.
Ilmu yang diperoleh dalam universiti perlu dicurahkan kepada rakyat bagi mengembalikan status universiti sebagai gerbang ilmu.
Mahasiswa juga perlu menghidupkan kembali fungsi mahasiswa sebagai sarjana rakyat yang berperanan besar dalam membina upaya fikir masyarakat ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang berpengetahuan tinggi.
Tugas ini merupakan tugas asasi mahasiswa sebagai anak muda negara yang sejak akhir-akhir ini semakin diabaikan akibat perlumbaan akademik yang tidak sihat dalam bilik kuliah.
AL MUGHNI SHAH JABRAN pengerusi GM13 Labuan dan ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) UMSKAL. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Pertahan keharmonian agama menjelang PRU
Berikutan
pelbagai aduan yang diterima oleh pihak Pemantau Kelantan berkaitan
aktiviti hasutan agama dan perkauman menjelang kempen PRU 13, selain
membuat aduan polis, pihak kami juga mengadakan kunjung hormat kepada
mereka yang bertanggungjawab dalam pelbagai agama.
Terbaru pasukan Pemantau Kelantan mengadakan perbincangan ringkas bersama Sahibul Fadhilah Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, timbalan mufti negeri di pejabatnya baru-baru ini.
Apa yang boleh disimpulkan, beliau amat kesal dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang menggunakan sentimen agama untuk memupuk kebencian antara rakyat menjelang PRU13.
Beliau juga menasihati pasukan Pemantau Kelantan agar terus iltizam mempertahankan keharmonian agama dan saling menghormati antara kaum yang pelbagai di negara ini.
Kunjung hormat pasukan Pemantau Kelantan juga telah diadakan kepada Timbalan Ketua Sami Wat Photivihan, Tumpat, Sami Sun Kok Wai dan Ketua Paderi Gereja Lady Fatima, Kota Bharu, Rev Father Robert Daniel.
Kedua-dua mereka mengucapkan setinggi terima kasih dan amat menghargai peranan Pemantau Kelantan yang disifatkan sebagai mewakili suara rakyat bertindak mempertahankan keharmonian agama dan perkauman yang mesti dipertahankan terutamanya di Kelantan, negeri yang aman damai.
Justeru sebagai mendokong prinsip-prinsip demokrasi yang diamalkan selama ini, pasukan Pemantau Kelantan amat mengalu-alukan sebarang laporan berkaitan apa jua tindakan yang condong mencabuli prinsip-prinsip sejagat demokrasi menjelang PRU 13.
Laporan berkaitan hasutan, penyalahgunaan tempat awam secara tidak adil, ugutan dan sebarang tindakan pengaruh tak berpatutan bagi meraih undi boleh diadukan ke talian 017 9231724 untuk tindakan dan pemantauan kami.
Sila nyatakan butiran kejadian termasuklah siapa yang terlibat,apakah tindakan, di mana dan bila ia berlaku. Kami menerima SMS atau pun panggilan.
Pemantau Kelantan akan sedaya mampu mempertahankan prinsip-prinsip demokrasi berparlimen yang sihat ke arah pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia.
MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF ketua Pasukan Pemantau Pilihan Raya Kelantan. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Mahathir harus muhasabah diri
Mahasiswa
Keadilan Malaysia ingin mengeluarkan kenyataan balas berhubung dengan
kenyataan yang dibuat oleh bekas perdana menteri Malaysia yang keempat,
Tun Dr Mahathir Mohamad semasa menyampaikan ucap utama dalam program
“Mahasiswa dan Graduan Pewaris Kepimpinan Negara di Universiti Teknikal
Malaysia, Melaka bertarikh 30 Mac lalu.
Beliau menuduh mahasiswa sekarang sebagai tamak dan tidak bersyukur dengan pemberian kerajaan.
Pada pendapat kami, mahasiswa bukanlah tamak dan tidak bersyukur dengan apa yang ada. Cuma kami menuntut supaya penambahbaikan dilakukan untuk sistem pengajian tinggi negara.
Kualiti silibus, metod pengajaran,demokrasi kampus, autonomi universiti dan dasar yuran pengajian masih banyak yang perlu dibaiki. Sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan yang terbaik untuk rakyat.
Dan sememangnya menjadi tanggungjawab rakyat untuk memikirkan apa yang terbaik untuk negara.
Mahasiswa juga tidak terikat untuk mengundi parti yang memerintah sekarang. Sekiranya mahasiswa merasakan apa yang dilakukan sekarang tidak sempurna, banyak kepincangan dan salah laku, maka itu adalah hak mereka untuk mengkritik dan mempertikai.
Mahasiswa juga mempunyai hak untuk mengundi parti yang mereka rasa lebih layak untuk meneraju kerajaan.
Dr Mahathir seharusnya muhasabah diri sebelum menuduh pihak lain tamak dan tidak bersyukur. Muhasabah diri untuk apa yang beliau telah lakukan kepada demokrasi dan pentadbiran negara.
Demokrasi negara hancur di bawah pentadbiran beliau. Begitu juga dengan demokrasi dan kebebasan akademik di kampus. Beliau jugalah yang menggubal undang-undang zalim seperti AUKU untuk menyekat kebebasan bersuara mahasiswa.
HAZIQ ABDUL AZIZ presiden Mahasiswa Keadilan Malaysia. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Di balik pujian melangit Daim Zainuddin
Tun
Daim Zainuddin adalah antara segelintir pemimpin veteran Umno yang
masih menyakini kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana
menteri. Pujian beliau melangit tinggi dengan mendakwa perdana menteri
(PM) telah melaksanakan tugasnya dengan begitu baik dan patut diberikan
mandat untuk menerajui negara dan meneruskan dasar-dasar transformasi
beliau.
Menjadi lumrah pemimpin Umno-BN, mengangkat pemimpin sendiri dengan menghentam pemimpin Pakatan Rakyat. Jika sebaliknya beliau memuji Datuk Seri Anwar dan Pakatan dengan menghentam Najib, maka ia berita menggemparkan yang tidak akan dimuatkan dalam ruangan media utama negara.
Sebenarnya rakyat sudah cukup matang, bijak dan tahu siapakah pemimpin yang layak diberikan mandat atau ditolak dalam PRU ke-13. PM sudah diberi tempoh empat tahun untuk melaksanakan segala janji dan pembaharuan. Tempoh empat tahun sejak 2009 sehingga 2013 sudah cukup untuk melihat segala hasil tangan beliau. Hendak uji apa lagi?
Di sebalik kejayaan yang diangkat melangit Daim terhadap kepimpinan PM, sebenarnya terserlah lagi kegagalan beliau. Dan antara kegagalan beliau yang paling ketara adalah memerangi rasuah, khususnya terhadap pemimpin-pemimpin negara serta skandal-skandal lain yang memalukan negara.
Belum pernah terjadi seorang perdana menteri dikaitkan dengan skandal besar seperti skandal komisen kapal selam Scorpene bernilai RM500 juta yang sedang dibicarakan di mahkamah Perancis. Belum pernah juga terjadi para pembantu dan pengawal peribadi PM disabitkan dengan hukuman bunuh warganegara Mongolia, Altantuya Shaaribu sehingga dihukum mati. Salah seorang pegawai khas beliau pula disebut sebagai antara pemain watak utama kes Liwat 2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari sendiri.
Di era Najib juga skandal rasuah Pusat Fidlot Nasional (NFC) bernilai RM250 juta berbangkit. Datuk Seri Dr Khir Toyo didapati bersalah kerana rasuah beberapa tahun yang lepas, manakala dakwaan rasuah sebanyak RM 40 juta Umno Sabah melibatkan ketua menterinya Datuk Seri Musa Aman dan taikun balak, Michael Chia, juga berlaku di era Najib. Skandal paling besar yang sedang meletup melibatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud mengenai penglibatan keluarga beliau dalam aktiviti penyelewengan mereka tersebar luas ketika ini.
Kesemua ini menjadi bukti betapa PM gagal mentransformasikan kerajaan menjadi kerajaan yang bersih, amanah dan adil. Ketika rakyat dibuaikan dengan pelbagai inisiatif dan insentif, rakyat pula tidak lupa bagaimana lemahnya PM memerangi rasuah dan penyelewengan di zamannya. Negara menjadi hampir lingkup oleh sikap ketamakan segelintir pemimpin negara membolot harta negara. Cukuplah mandat yang sebegini lama untuk Najib, menandakan berakhirnya era BN memerintah negara ini.
AHMAD ZAMRI ASA'AD KHUZAIMI timbalan pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Penjelasan KDN tentang laporan RCI Lahad Datu
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas dan artikel Malaysiakini, "PM Akan Umum RCI Lahad Datu" pada 23 Mac 2013 adalah berkaitan.
Untuk makluman pihak tuan, laporan artikel berkenaan adalah tidak tepat dengan maksud kenyataan YB Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Dalam sidang media berkenaan, YB Menteri Dalam Negeri telah menjawab soalan wartawan mengenai penubuhan ESSCOM yang akan diumumkan YAB Perdana Menteri pada sambutan Hari Polis yang disambut pada 25 Mac 2013. Walau bagaimanapun, Malaysiakini telah memetik laman Facebook harian berbahasa Cina dan melaporkan bahawa YAB Perdana Menteri akan mengumumkan penubuhan RCI Lahad Datu pada hari berkenaan.
Penerbitan laporan berkenaan telah mewujudkan salah faham berkaitan isu keselamatan di Lahad Datu. Sehubungan dengan itu, pihak tuan adalah dipohon untuk membuat pembetulan atau ralat di dalam portal Malaysiakini.com.
Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Nik Ahmad Khusairi Nik Ibrahim adalah ketua komunikasi korporat KDN yang menulis bagi pihak ketua setiausaha KDN

Budaya lorong gelap dalam 'Asmara Songsang'
Pementasan teater Asmara Songsang pada 25 Mac telah menimbulkan kontroversi dalam kalangan mahasiswa UPSI.
Selaku salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan juga Ketua Mahasiswa Pendidik, saya merasakan bahawa teater tersebut tidak wajar untuk di pentaskan di universiti ini.
Hal ini demikian kerana, teater tersebut menyentuh beberapa isu sensitif antaranya politik selain dari aksi yang tidak senonoh turut di hidangkan yang tidak bertepatan dengan ciri-ciri bakal guru yang sedang di bentuk.
Untuk makluman, pementasan teater ini adalah kerjasama antara MPP, Jabatan Hal Ehwal khas (JASA) dan KARISMA. Saya di sini melahirkan keraguan mengenai penglibatan JASA yang mana umum sedia maklum apa itu JASA dan peranannya.
Dengan pembabitan JASA, tidak mustahil teater ini di jadikan medium oleh kerajaan Umno-BN untuk "membelasah" Pakatan Rakyat dan individu-individu tertentu lantas mendoktrin sentimen kebencian kepada gabungan itu.
Pada peringkat awal, teater ini tidak mendapat kelulusan atas sebab-sebab yang di rahsiakan. Akan tetapi pihak JHEPA tetap meluluskannya.
Hal ini jelas sekali menggambarkan bahawa JHEPA tidak bersikap profesional kerana membenarkan pementasan teater berbaur politik di jalankan di universiti.
Sepatutnya pihak pentadbiran universiti haruslah bersifat neutral dalam menjalankan tugas, bukan berpihak kepada mana-mana parti politik.
Saya yakin jika mahasiswa dari universiti lain mahu pun masyarakat luar yang menyaksikan teater tersebut pasti akan berasa jijik dengan adegan yang di tayangkan.
Saya berharap agar isu ini di pandang serius oleh semua pihak terutamanya JHEPA serta pentadbiran kerana ini bukanlah budaya universiti pendidik, tetapi ia ibarat budaya lorong-lorong gelap.
Sepatutnya JHEPA lebih peka dengan perkara-perkara sensitif dan persekitaran universiti sendiri.
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

- Wirdatul Syamiraguru memerlukan 'transfoprmasi' haihhh ^_^
- Genji Madi · Ikuti · Pengulas Tertinggi · University of OxfordTeater asmara songsang masuk malaysia kini
- Noor Yusmizabagus la untuk tatapan bakal guru. hahahaha.
- Musa Awang · Pengulas Tertinggidia nak ngajar pada bebudak u ni supaya buat gitu perkara biasa. bila dah besor nanti tak jadi masaalah doh . sebab ado ngajo kat u dulu.
- Yang Reti Base · Pengulas TertinggiSaya amat bersetuju dengan pandangan Mohammad Syafiq Abdul Majeed.
Walau bagaimanapun, saya dapati Ketua Mahasiswa Pendidik ini belum menguasai bahasa Melayu! Sangat memalukan kaum pendidik apabila MSAM tidak dapat menguasai ejaan dalam bahasa Melayu!!!- Safiyyah Yahya · Pengulas Tertinggi · Anak kepada pengajar di University teknology park
Tiada ulasan:
Catat Ulasan