Isnin, 15 April 2013

ORANG BENAR2 DAPAT HAKIKAT SEMBAHYANG@SOLAT...MEREKA NI AKAN SOKONG ISLAM BERSERTA ULAMAK

Kejutan pengundi Melayu, Cina di Dun Sungai Rapat

Muhammad Faeez Azahar, 15 Apr 2013


Radzi bersama masyarakat Tionghua dalam program Jelajah Dun Sungai Rapat.

GOPENG: Calon PAS Dun Sungai Rapat, Ustaz Radzi Zainon optimis akan menawan Dun tersebut dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.

Menurutnya, ianya tidak mustahil setelah melihat peningkatan sokongan berlaku dengan cukup baik hasil daripada gerak kerja yang dilakukan oleh jentera parti.

Katanya, persiapan kali ini jauh lebih baik dan bersedia daripada pilihan raya tahun 2008 lalu yang berkesudahan PAS tewas dengan majoriti 636 undi.

Kata Radzi, PAS Kawasan Gopeng telah menggerakkan jentera daripada awal lagi dengan menonjolkan beliau sebagai calon di Sungai Rapat.

Ini, katanya telah memberi kelebihan kepada jentera untuk menggerakkan calon daripada awal lagi.

“Walaupun keputusan tidak menyebelahi PAS di Dun Sungai Rapat dalam PRU12 lalu, saya terus bekerja sepenuh untuk rakyat sehingga hari ini.

“Pusat Khidmat PAS juga sentiasa beroperasi dan pelbagai program kemasyarakatan telah diadakan,” katanya ketika ditemui Harakahdaily dalam program Jelajah Dun Sungai Rapat, semalam

Jelasnya, sokongan orang Melayu makin meningkat jika dilihat daripada culaan yang dibuat oleh jentera parti.

Sokongan bukan Melayu katanya sangat luar biasa khususnya kaum Cina yang dilihat akan menjadi peranan besar kemenangan PAS di Dun Sungai Rapat.

“Saya berkeyakinan tinggi kaum bukan Melayu khususnya Cina akan memberi sokongan lebih 80 peratus kepada PAS dan saya tidak menolak kemungkinan orang Melayu akan membuat kejutan kali ini,” jelasnya.

Radzi berkata, antara isu besar yang berlaku di Dun tersebut adalah kemiskinan dan setinggan yang terdiri daripada kaum Melayu.

Katanya, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam negara yang sudah merdeka lebih 55 tahun ditambah lagi Sungai Rapat berada di kawasan bandar.

Pada PRU12, beliau mendapat 9,999 undi manakala Datuk Hamidah Osman memperoleh 10,635 undi.

Majoriti kemenangan BN berjaya dikurangkan daripada 6,269 undi pada PRU11 kepada 636 undi dan ini adalah satu kejayaan besar kepada beliau.

Pertambahan pengundi di Dun tersebut sangat tinggi iaitu kira-kira 15 ribu dan ini bermakna Sungai Rapat adalah Dun kedua tertinggi pengundinya selepas Dun Manjoi.
“PRU12 lalu saya berjaya kurangkan majoriti dan kali ini saya berazam untuk memperoleh kemenangan sulung PAS di Dun Sungai Rapat,” tegasnya.
Calon PKR S'gor diumumkan, termasuk Semenyih
 
Pertembungan tiga penjuru sudah terbayang di Semenyih apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calonnya walaupun Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyatakan hasrat yang sama.

Ketua Cabang Serdang Hamidi Haasan dinamakan sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, sekali gus membuka kemungkinan berdepan dengan Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan selain calon BN.

PSM secretary-general S Arutchelvan at bar council forum 1Anwar bagaimanapun tidak mengumumkan kerusi lain yang sedang dalam pertikaian dengan PSM -- Kota Damansara yang disandang oleh Nasir Hashim -- kerana proses rundingan masih berjalan.

Bagaimanapun, terdapat pertukaran kecil apabila Setiausaha PKR Subang Manivannan Gowin akan bertanding di DUN Kapar dan Wong Chen akan mengggantikan Loh Gwo Burne di Kelana Jaya.

Penyandang kerusi Kapar P Manikavasgam bertukar ke kerusi DUN Bukit Melawati.

Sementara itu, Arutchelvan ketika dihubungi berkata, Anwar telah melanggar janjinya untuk tidak membuat pengumuman calon Semenyih sehingga mencapai kata sepakat.

"Mereka tidak tahu siapa sekutu dan musuh. Dan ini akan memberi kesan yang banyak di kerusi lain (yang dibincangkan) juga," katanya kepada Malaysiakini.

PKR bertanding di 11 kerusi Parlimen serta 21 DUN di Selangor.

Parlimen

Ampang: Zuraida Kamaruddin
Gombak: Azmin Ali
Hulu Selangor: Khalid Jaafar
Kapar: G Manivannan
Kelana Jaya: Wong Chen
Kuala Langat: Abdullah Sani
Pandan: Rafizi Ramli
Petaling Jaya Selatan: Hee Loy Sian
Sabak Bernam: Aziz Bari
Selayang: William Leong
Subang: R Sivarasa

DUN
Batang Kali: Ramachandran Kandasamy
Batu Caves: Amirudin Shaari
Batu Tiga: Rodziah Ismail
Bukit Antarabangsa: Azmin Ali
Bukit Lanjan: Elizabeth Wong
Bukit Melawati: S Manikavasgam
Dengkil: Borhan Aman Shah
Ijok: Idris Ahmad
Kajang: Lee Chin Cheh
Kota Anggerik: Yaakob Sapari
Kuang: Tengku Maraziah Tengku Sulaiman
Permatang: Yahya Mat Saari
Port Klang: Khalid Ibrahim
Rawang: Gan Pei Nei
Sementa: Daroyah Alwi
Semenyih: Hamidi Haasan
Seri Andalas: Xavier Jeyakumar
Seri Muda: Shuhaimi Shafie
Seri Setia: Nik Nazmi Nik Ahmad
Taman Medan: Haniza Talha
Rakyat disaran tolak politik ganas, lucah
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
15 April 2013
Rakyat disaran tolak politik ganas, lucah
Laporan muka hadapan Sinar Harian semalam.
PETALING JAYA - Rakyat disaran untuk menolak terus politik yang berbentuk ganas dan lucah agar keadaan itu tidak menjadi budaya politik di negara ini. Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Wilayah Persekutuan (PUMWP), Dr Mohd Fauzi Zakaria berkata, perang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) telah bermula dan pelbagai cara untuk menjatuhkan pihak lawan sudah dilakukan oleh parti yang bertanding.

"Gejala politik ganas dan lucah seperti serang peribadi lawan dalam kempen politik dengan fitnah seks bertujuan aibkan dan menjatuhkan maruah individu yang disasarkan semakin menjadi-jadi.

"Rakyat harus mengisytiharkan perang ke atas politik seperti ini yang akan menghina maruah dan integriti politik negara di mata dunia," katanya pada sidang media selepas majlis Wacana Kepimpinan Islam dan Isu semasa menjelang PRU13 semalam.

Selain PUMWP, wacana itu turut disertai oleh Teras Kepimpinan Keupayaan Melayu (Teras), Majlis Ulama Asia Tenggara (Shura) dan Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim)
Menurut Mohd Fauzi, pihaknya menggesa semua pihak yang melaksanakan kempen ketika PRU13 tidak terjebak dengan politik kotor sekali gus tidak membenarkan sebarang pihak menjadikan pilihan raya ini sebagai pilihan raya paling kotor dalam sejarah Malaysia.

"Usaha maksimum untuk menjernihkan politik negara ini perlu dilancarkan oleh semua pihak. Kita tidak mahu kempen seumpama itu menjadi budaya politik dalam negara kita yang mana mampu merosakkan generasi dan negara sendiri," katanya.

Menurut Presiden Teras, Mohd Azmi Abd Hamid, semua pihak terutamanya pihak berkuasa tidak sepatutnya membiarkan budaya intimidasi agar huru-hara tidak berlaku di negara ini.

"Ketika ini keadaan seolah-olah 'bom jangka' kerana banyak pihak yang cuba mencetuskan provokasi, oleh itu kita minta pihak berkuasa jalankan tugas mereka dengan profesional agar pihak yang terlibat dikenakan tindakan sewajarnya.

"Budaya intimidasi ini sangat bahaya kerana jika dibiarkan sudah pasti akan timbul huru-hara yang mana pihak yang ditekan tidak dapat menahan kesabaran mereka," katanya.

Mengulas mengenai memilih kepimpinan yang tepat dan menolak serangan peribadi yang berbentuk lucah, Mohd Azmi berpendapat, rakyat perlu bijak menilai dengan diselarikan amalan demokrasi yang dituntut Islam.

"Agama menolak untuk kita membudayakan politik fitnah dan lucah ini, bukan sahaja individu itu saja yang malu tetapi seluruh negara juga mendapat aib," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Shura, Abd Ghani Samsudin berkata, pihaknya berpendirian tanggungjawab mengundi adalah proses mengguna ruang demokrasi yang diamalkan sekarang dan ia perlu ditunaikan untuk memastikan kepentingan umat.

"Amalan pilihan raya perlu dimanfaat untuk tubuhkan sebuah kerajaan yang adil. Kami sanggah pendapat penglibatan umat Islam dalam pilihan raya bertentangan dengan Islam," katanya.

PKR umum senarai penuh calonnya di Selangor

Majdan Dagang, 15 Apr 2013

(Barisan calon PKR Selangor ketika diperkenalkan kepada umum malam tadi)


GOMBAK: Bertempat di Padang Bola, Jalan AU2 Keramat, Datuk Seri Anwar mengumumkan senarai calon PKR bagi Parlimen dan DUN Selangor.

Sebahagian besar calon terdiri dari muka-muka lama terutamanya yang menang dalam pilihan raya yang lalu. Namun terdapat juga calon yang digugurkan walaupun menang pada PRU12 2008.

Majlis dimulakan dengan nyanyian oleh Yasin, diikuti ucapan Azmin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim dan seterusnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Padang bola tersebut sesak dengan para penyokong Pakatan Rakyat yang datang untuk mengetahui bakal wakil rakyat masing-masing. Tiga khemah besar disediakan sebagai persiapan jika berlaku hujan.

(Persembahan Yasin memberikan semangat kepada orang ramai yang datang)

Walaupun pembahagian kerusi di Selangor antara komponen PR telah selesai, keputusan bagi DUN Kota Damansara masih lagi belum diputuskan kerana menunggu rundingan dengan PSM.

Yang berikut senarai penuh calon parlimen dan DUN PKR di Selangor.



Calon Parlimen

1. Sabak Bernam : Dr Abdul Aziz Bari

2. Hulu Selangor : Khalid Jaafar

3. Selayang : William Leong Jee Keen

4. Ampang : Zuraida Kamaruddin

5. Pandan : Mohd Rafizi Ramli

6. Kelana Jaya : Wong Chen

7. Petaling Jaya Selatan : Hee Loy Sian

8. Subang : Sivarasa K. Rasiah

9. Kapar : G. Manivannan Gowindasamy

10. Kuala Langat : Abdullah Sani Abdul Hamid

11. Gombak : Mohamed Azmin Ali



Dewan Undangan Negeri (DUN)




1) Pelabuhan Klang - Tan Sri Khalid Ibrahim

2) Bukit Antarabangsa - Azmin Ali

3) Batang Kali - Ramachandran a/l Kandasamy

4) Permatang - Mohd Yahya Mohd Sahri

5) Bukit Melawati - S Manikavasagam

6) Ijok - Dr Idris Ahmad

7) Kuang - Tengku Marziah Tengku Sulaiman

8) Rawang - Gan Pei Nei

9) Batu Caves - Amirudin Shari

10) Semenyih - Hamidi A Hassan

11) Kajang - Lee Chin Chen

12) Seri Setia - Nik Nazmi

13) Taman Medan - Haniza Talha

14) Bukit Lanjan - Elizabeth Wong

15) Kota Damansara - Tangguh

16) Kota Anggerik - Dr Yaakob Sapari

17) Batu Tiga - Rodziah Ismail

18) Sementa - Dr Daroyah Ali

19) Sri Andalas - Dr Xavier Jayakumar

20) Seri Muda - Shuhaimi Shafie

21) Dengkil - Borhan Aman Shah

Timb Pengarah Hospital antara calon PAS di Melaka

Harakahdaily, 15 Apr 2013

(Calon-calon PAS di Melaka diperkenalkan malam tadi)

MELAKA: PAS Melaka mengumumkan calon-calonnya  di Kg Tedong Pekan, Jasin malam tadi yang disempurnakan oleh  Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Kira-kira 70 peratus calon yang dikemukakan adalah muka baru yang kali pertama bertanding.

Mengetuai senarai calon-calon tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari (gambar kiri) yang akan bertanding di N09 Durian Tunggal.

Dua orang Pesuruhjaya PAS Melaka iaitu Ustaz Kamaruddin Sidek kekal bertanding di  N26 Serkam manakala Ustaz Mohd Nor Omar bertanding di N12 Pantai Kundur buat kali pertama.

Manakala bekas Timbalan Pengarah Hospital Melaka, Dr Mohd Khalid Kassim (gambar kanan) diletakkan sebagai calon di N17 Bukit Baru.

PAS Melaka juga buat kali pertama meletakkan  calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS iaitu Richard Wong dan calon muslimat iaitu Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Kintan Man di N28 Sungai Rambai.

Senarai calon-calon PAS Melaka :

N01 - Kuala Linggi -  Julasapiyah Kassim (Calon lama)
N02 - Tg Bidara - Imran Abdul Rahman (Calon lama)
N 04- Lendu - Asri Shaik Abdul Aziz (Calon baru)
N 05 -Taboh Naning - Abdul Halim Abdul Jalil (Calon baru)
N09 - Durian Tunggal - Adly Zahari. (Calon Baru)
N10 - Asahan - Richard Wong - (Calon baru)
N12 - Pantai Kundor - Mohd Nor Oma (Calon baru)
N17 - Bukit Baru - Dr Mohd Khalid Kassim (Calon baru)
N18 - Ayer Molek - Mohd Khairi Abdul Aziz (Calon baru)
N23 - Telok Mas - Harun Mohamed (Calon baru)
N26 - Serkam - Kamaruddin Sedik (Calon lama)
N27 - Merlimau - Yuhaizad Abdullah (Calon lama)
N28 - Sg Rambai - Kintan Man (Calon baru).
P134 - Masjid Tanah - Mohd Nasaie Ismail (Calon baru)

Lakaran sejarah Pakatan Rakyat di Segamat

http://gayapeneroka.blogspot.com, 15 Apr 2013
LAKARAN SEJARAH PR DI SEGAMAT

PR Segamat telah melakar sejarah apabila pihak Majlis Daerah Segamat membenarkan astaka dan padang awamnya untuk himpunan kebangkitan PRU13.


Solat Isyak di depan astaka

















PAS Terengganu bakal buat kejutan 18 April

Harakahdaily, 15 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat berkata jangan terkejut jika pengisytiharan calon PAS negeri kali ini bakal memenuhi inspirasi anak muda.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat berkata, pihaknya akan mengumumkan calon-calon yang bakal bertanding di parlimen dan Dun pada malam 18 April ini.

Jelasnya, ia ditangguhkan dari tarikh 11 April sebagaimana yang diumumkan sebelum ini memandangkan pihak SPR telah mengumumkan hari penamaan calon diadakan pada 20 April iaitu hari Sabtu dan tidak pada 14 April sebagaimana yang dijangkakan sebelum ini.

Tambahnya, timbulnya ulasan dan berita nakal seolah-olahnya penangguhan itu kerana timbulnya masalah dalaman parti Umno BN.

“Ianya tidak sebagaimana dakwaan bahkan PAS Terengganu kali ini lebih bersedia dengan gelombang rakyat serta kebangkitan anak muda.

“Sebab itu jangan terkejut jika pengisytiharan calon kali ini bakal memenuhi insirasi anak muda dengan calon-calon yang akan diumumkan nanti membariskan muka baru dan di kalangan orang muda,” tulis beliau di dalam blognya http://ustsaifulbahri.blogspot.com.

Beliau berkata, PAS Terengganu yang peka dengan perubahan yang dituntut rakyat dengan gelombang PAS Ganti Umno (PGU) dan bertemakan ‘Terengganu Maju, Islam Berdaulat & Negeri Berkebajikan’ telah melancarkan manifesto yang menjiwai kehendak rakyat dan merasa optimis bahawa 'Ini Kalilah' Wisma Darul Iman akan beralih kepimpinan ke tangan PAS dan Pakatan Rakyat.

Mengenai majlis pengisytiharan calon, katanya tentatif program tidak berubah sebagaimana asal iaitu Kuliah Maghrib khas yang akan disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila beserta solat hajat dan munajat.

“Selepas itu akan diadakan perisytiharan calon di Pentas Dewan Tok Guru. Jumpa di sana,” ujarnya.

Tiada ulasan: