Posted on Monday, April 15 @ 23:35:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: modayu
"
PR terutamanya dibawah pimpinan DSAI wajib menggunakan masa yang singkat ini untuk merealisasikan impian ramai rakyat malaysia utk mematikan nafsu umno yang semakin membuas sehingga berjaya 'membunuh' ramai musuh-musuh politik mereka dengan amat kotor sekali.
Untuk ingatan semua bahawa, jika PRU13 ini umno masih mengekalkan lagi kuasanya maka masa utk PR berehat itu sudah sampai. Ini kerana, jika PRU13 berjaya dijalankan dengan 'fair play', maka masa depan PR jika tewas lagi kali ini amat malanglah jawabnya. Ini kerana ketika mood rakyat sedang memuncak bersama PR pun keputusannya kalah jua, maka bila lagi masanya utk PR mendapat lagi mood yang cukup emas ini. Adalah malang jika kesempatan ini masih tidak memihak kepada PR sepenuhnya.
Akan tetapi jika umno/bn yang kalah kali ini, maka untuk umno bangkit semula dengan nama umno sudah tidak boleh lagi. umno pasti berpecah belah yang amat dasyat kali ini atas kekalahan yang mereka terima. Semua pimpinan umno pasti meninggalkan umno secara beramai2 atas kerana tiada lagi habuan yang boleh dikorek dari umno untuk mereka anak beranak. Ini kerana, mereka umno itu hidup atas semata2 duit dan kuasa. jika duit dan kuasa pun tidak ditangan mereka, maka apa yang mereka harus tunggu lagi. Perjuangan mereka demi negara dan bangsa serta agama itu adalah tipu daya mereka selama ini. Hanya menggunakan kononnya agama bangsa dan negara itu yang selama ini menyebabkan mereka sentiasa menang pasti akan dipijak2 oleh mereka. Mereka itu hanya berbohong semata2 utk berkuasa.
Dan jika umno kalah kali ini, najib pasti akan tersingkir,parti umno akan tinggal nama dan bangunan pwtc yang menempatkan pejabat umno itu pasti akan dilelong samada kepada orang lain mahupun PR akan mengambil alih bangunan itu dengan bayaran yang murah. Kita dapat tengok ketika ini yakni sekarang ini, yang memeriahkan pentas ceramah umno adalah terdiri daripada hantu2,pontianak2 dan juga syaitan2 yang bertopengkan manusia. Adalah sesuatu yang memalukan kepada umno dengan menampilkan manusia yang hanya sekadar ummi hafilda yang otaknya tidak mampu membawa malaysia jauh kepersada dunia. Umno memerintah negara ini hampir 55 tahun hanya sekadar mempu melahirkan ummi hafilda sahaja yang dijaja kesana kesini.
Kebanyakkan kempen2 umno hanya menumpang pada pengunjung2 PR. Dimana ada ceramah PR disitu umno buat bising.Hanya ini kah sahaja strategi perang umno dalam menakluki rakyat malaysia. MEmacak khemah disebelah khemah PR lalu membuat bising mengutuk dan mengeji insan PR yang tidak sehaluan dengan umno. Setakat itu sahajakah pemikir2 umno memikirkan untuk memenangi hati rakyat malaysia? Mana pergi consultant2 APCO yang dilantik umno untuk meremajakan umno? adakah setakat menampilkan ummi hafiilda sahaja yang mampu APCO berikan dengan bayaran jutaan ringgit?
Inikalilah PR harus berjuang demi rakyat malaysia.Ini kalilah masa yang amat sesuai untuk menakluki malaysia dengan menggunakan tangan2 rakyat malaysia dalam bentuk undi.Jika PR berjaya menakluki malaysia kali ini, percayalah PR akan duduk di putrajaya dengan masa yang agak lama.Mungkin akan timbul teori ANWAR menggantkan teori RAHMAN dimana Najib merupakan abjad terakhir pada teori itu. Teori ANWAR pasti bermula dengan Anwar dan seterusnya N utk Nurul Izzah (mungkin) W( tak tahu siapa), A( tak tahu siapa) dan R untuk Rafizi sebelum pembangkang ketika itu (mungkin tahun 2050) mengambil alih negara ini pula.
Untuk akhirnya, saya sebagai rakyat malaysia merasai denyut nadi perubahan yang diinginkan oleh mereka. Baik cina,india dan pastinya melayu inginkan perubahan besar pada PRU ini. India mahukan nasib mereka dibela oleh pimpinan india yang bersih dan amanah, cina mahukan pemimpin mereka yang sederhana dan mesra perniagaan tanpa sedikit pun unsur rasuah dipasaran dan orang melayu islam inginkan agama islam itu dipakai dalam kehidupan seharian para pimpinan agar malaysia ini terus makmur diredhai oleh Allah.
Masa untuk berubah semakin hampir. Jangan dipersia-siakan negara kita dengan tangan2 kurop kaki judi umno yang tidak pernah kenal dosa dan neraka dalam menerajui negara tercinta ini.
wallahuaklam
disini diserta 'resume' saya untuk pihak2 yang berminat untuk mengekploitasikan 'kekuatan' yang Allah beri pada saya dalam saya meneruskan sisa-sia hidup yang masih berbaki ini agar dapat saya menikmati sedikit 'kelazatan' hidup didunia yang sementara ini bersama keluarga saya yang saya sayangi.
yang baik itu adalah hak Allah dan yang serba kekurangan ini adalah diri saya sendiri.
wallahuaklam.
Fardhu kifayah compliance partner @ www.dadiydoo.com
md daud yusri fie alhutan melintangi
Gaduh UMNO-MCA: Menteri Pelacongan dari MCA di pacung
Posted on Monday, April 15 @ 16:55:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh Boo Su-Lyn

Menteri Pelancongan kerajaan sementara Datuk Seri Ng Yen Yen mengatakan hari ini “sangat santai” berkenaan dengan tidak diletakkan sebagai calon dalam Pilihan Raya 2013.
Naib presiden MCA itu digugurkan daripada senarai calon untuk kerusi parlimen Raub di Pahang walaupun sudah berkhidmat di kerusi itu selama tiga penggal.
“Saya sangat santai,” kata Ng kepada pemberita di ibu pejabat MCA di sini hari ini.
“Ini yang saya mahukan,” tambah beliau.
Akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau melaporkan awal bulan ini MCA Raub mungkin akan meletakkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut Datuk Ho Khai Mun di Raub.
Ho, ahli majlis mesyuarat negeri (Exco) kanan Pahang yang telah aktif dalam politik hampir 20 tahun akan berhadapan dengan calon DAP Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz bagi kerusi tersebut dalam pilihan raya umum ke 13.
Mohd Ariff merupakan bekas ADUN Pulau Manis, Pahang bagi Barisan Nasional (BN) selama satu penggal dan juga merupakan penulis blog di bawah nama “Sakmongkol AK47”.
Ng sebelum ini mengalahkan calon DAP di Raub, memenangi 9,822 majoriti undi pada 2004.
Akan tetapi, majoritinya dikurangkan kepada 2,752 undi pada Pilihan Raya 2008 yang menyaksikan MCA menang 15 daripada 40 kerusi parlimen yang mereka tandingi.
Penduduk Raub telah membantah penggunaan sianida bagi aktiviti perlombongan emas di sini, mengatakan mereka terdedah kepada bahan kimia yang membahayakan kesihatan — mungkin menjadi isu kunci kempen Pakatan Rakyat (PR). - MalaysianInsider
MCA Bergolak: 2 Lagi kena Pacung!
Posted on Monday, April 15 @ 17:57:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh FS

MCA mungkin tidak menurunkan dua personaliti penting partinya - bekas presiden Ong Tee Keat dan Naib Presiden Gan Ping Sieu - dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.
Sebelum ini Naib Presiden Dr Ng Yen Yen juga mengesahkan beliau turut tidak diturunkan.
Dalam beberapa maklumat yang diterima, penyingkiran Dr Ng Yen Yen adalah desakan daripada UMNO kerana mahukan kerusi itu ditandingi oleh yang lebih berkalibar bagi melawan calon PKR di situ.
Habislah UMNO Johor, kempen balik mengundi di Singapore
Posted on Monday, April 15 @ 16:50:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh M'kini

Enam rakyat Malaysia sedang disiasat di Singapura selepas mengusahakan kempen mengajak rakyat negara ini pulang mengundi pada 5 Mei ini.
Mereka didekati polis petang semalam selepas memulakan kempen daripada pagi dan diminta hadir ke balai polis bagi membantu siasatan kerana tidak mempunyai permit.
Seorang peserta Liew Sze Ping berkata, mereka diberitahu disiasat bawah Akta Ketenteraman Awam.
Akta
itu menetapkan supaya pihak yang berhasrat menyokong mana-mana kempen
atau idea harus mendapatkan permit terlebih dahulu daripada polis.Menceritakan insiden itu, Liew memberitahu, mereka memulakan kempen itu Bugis Street dan Tampines - dua kawasan yang sesak dengan orang ramai di republik itu.
Liew bagaimanapun berkata, mereka hanya berjalan dengan senyap sepanjang siar kaki dengan membawa poster dan plakad tanpa mengganggu orang ramai serta hanya bercakap apabila ditanyakan soalan.
Di sebalik semua rintangan itu, beliau tetap menegaskan bahawa usaha mereka baik dan murni kerana membantu mengajak rakyat Malaysia di negara jiran itu pulang mengundi.
Difahamkan tiket bas dan kapal terbang daripada Singapura ke pelbagai kawasan di Malaysia kini sedang laris terjual.
Situasi semasa menunjukkan ramai rakyat Malaysia berkhidmat di Singapura dan kumpulan ini boleh memberikan kesan yang signifikan dalam keputusan pilihan raya.
PRU 13: UMNO dan pitis!
Posted on Monday, April 15 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: notan
"
Assalamualaikum,,.Malam semalam, selepas solat Isyak di surau berhampiran anak kembar saya yang berusia 16 tahun pulang untuk meminta kebenaran memasang bendera BN dan UMNO yang katanya akan dibayar upah oleh JKK yang bertanggungjawab.
Terkejut dengan permohan ini, saya secara spotan tidak memberi keizinan sambil menegaskan mereka boleh memasang bendera PAS atau PKR tanpa upah sesenpun tetapi kalau bendera BN dan UMNO, tak payahlah sekalipun upahnya lumayan.
Reaksi spotan sebegini nampak tidak adil kepada anak anak yang masih tidak faham erti pertembungan politik antara BN dan PR, tetapi anak anak saya faham bagaimana marahnya saya kepada UMNO selama ini sehingga mereka tidak akan berani melakukan perkara seperti itu walaupun dibayar upah tanpa meminta kebenaran dari saya.
Harapan kepada anak anak agar mereka akan faham satu hari nanti dan akan meneruskan perjuangan menegakkan Islam sebagai cara hidup seandainya usaha yang dilakukan sekarang tidak berhasil atau akan terus mempertahankan carahidup Islam sekiranya usaha menghidupkannya berjaya sekarang.
Saya sudah tidak peduli dengan JKK yang kuat mempengaruhi anak anak yang belum sampai umur untuk kepentingan UMNO dengan umpan sedikit duit atau pitis serta petugas BN/UMNO kerana kesemua mereka diberi habuan kewangan dari sumber dana rakyat atau dana sumbangan tokey judi atau jutawan jadian mereka yang merompak harta rakyat.
Saya tidak peduli kerana orang orang macam ini sudah tidak mampu ditolong lagi kerana menyokong kebathilan dan kezaliman serta memakan harta benda yang haram sumbernya. Mereka sudah tidak dapat melihat kebenaran, sudah tidak dapat mendengar kebenaran dan sudah tidak dapat memahami kebenaran yang sepatutnya dicari oleh setiap orang Islam sebagai bekalan utama untuk mati dan meninggalkan zuriat keturunan atas landasan imam dan taqwa yang sebenarnya.
Manusia macam ini akan sanggup berbohong dan mengajak orang lain berbohong sama seperti pemimpin mereka. Sebab itu kita boleh mendengar saban hari pasti ada golongan termasuk golongan cerdik pandai yang akan berbohong untuk UMNO/BN. Sehingga mereka sanggup berbohong kononnya mahu menjaga Islam seperti berlaku di Kelantan, sanggup mengadakan sidang akhbar untuk menyokong BN/UMNO kerana menifesto dan prestasinya terbaik seperti dilakukan oleh beberpaa mahasiswa USM.
Begitu juga ada prof perubatan dari UM sanggup berbohong mengatakan kerajaan sekarang berjaya menyediakan kemudahan kesihatan untuk rakyat dengan tertubuhnya klinik 1Malaysia.
Pembohongan ini ada kaitannya dengan wang atau pitis. Kalau tiada RM, jangan harap ada pihak mahu mengaku kebaikan kerajaan UMNO/BN selama ini dan jangan harap ada yang mahu memuji sakan UMNO/BN.
Pendek kata semua pujian yang diluahkan kepada UMNO/BN termasuk kepada PM semuanya dibayar. Tiada keraguan tentang itu. Atas fakta ini, saya amat meragui kemampuan UMNO/BN menjadi pembangkang. Kalau semua sumber kewangan rakyat sudah tertutup buat mereka, apa yang mampu UMNO lakukan? "
Pontianak Bantu Ceramah UMNO di Lembah Pantai
Posted on Monday, April 15 @ 18:19:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh ALBA
Pontianak Bantu Ceramah UMNO di Lembah Pantai. Ceramah ini adalah bersebelahan dengan ceramah Nurul Izzah.
Video ini saya panjang daripada blogger pakatan rakyat, terima kasih kepada tukang buat video. Rasanya menarik untuk ditayangkan kerana cara UMNO berceramah macam orang separa gila!!
Paparan Lebih Jelas.
Rakyat Malaysia tolak parti lucah
Posted on Tuesday, April 16 @ 02:17:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: ohdarling
"

wahai rakyat malaysia, marilah bersama sama menolak parti yang meraikan kelucahan,selamatkanlah keluarga kita dari menonton video lucah ataupun gambar lucah secara berleluasa.
ubah sebelum parah, selamatkan malaysia"
Petua nak menang pilihanraya...
Posted on Tuesday, April 16 @ 02:19:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: paklongdin
"

Salam semua...
Baguih la, pilihanraya dah koi pelan dekat. Time ni la orang kampung segan nak kerja berat. Sebab musim ni la duit senang dapat. Pokok nyoq tak pernah panjat tapi main ngan duit ringgit, habih depa kerabat... haha..
Pacak bendera sat tapi inkam lebat... tu yang hebat.
Sempena
musim pilihanraya neh Pak Long nak bagi hangpa semua sikit petua. Petua
lagu mana nak pikat hati pengundi-pengundi. Nak pikat pengundi ni mudah
ja terutama sekali rakyat bawahan, orang kampung yang kolot macam Pak
Long ngan Mak Long hang ni ha...
Orang kampung
ni besa la. Depa nak tengok calon pemimpin yang imejnya sederhana. Jadi
kena la berlakon macam sederhana sangat bila jumpak ngan depa. Lagi pun
dunia la neh nak jadi pemimpin tak susah, tak percaya hangpa tanya
Rosmah... haha...
Pemimpin mesti la kena pandai
pimpin. Jadi mau dok rajin la pimpin ahli keluarga kita pi menjamu
selera kat warung-warung ataupun gerai-gerai hodoh kat tepi jalan.
Gerenti rakyat lega, orang kampung pun suka walaupun...
- Belanja tunang anak pompuan ja RM 409,767...
- Belanja bini tidoq hotel Atlantis Dubai ja RM140,000 satu malam...
- Belanja sambut harijadi ja RM 79,053...
- Belanja bini melilau luaq negara ja (2008-2011) RM 17 Juta...
- Belanja sebentuk cincin bini ja RM 24 Juta...
- Belanja sambut harijadi ja RM 79,053...
- Belanja bini melilau luaq negara ja (2008-2011) RM 17 Juta...
- Belanja sebentuk cincin bini ja RM 24 Juta...
Baguih dak petua Pak Long neh... hehe...
Iskk...! Jangan la risau, tok payah berjiwa kacau... Orang kampung bukannya tau apa kan! kan! kan...!
Wassalam...
Mat Taib sertai PAS
Posted on Tuesday, April 16 @ 02:14:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: imamsurau
"
Bekas naib presiden Umno Muhammad Muhammad Taib memutuskan menyertai PAS.
Bagaimanapun, beliau hanya akan diperkenalkan secara rasmi oleh parti Islam itu pada Isnin depan, dua hari selepas penamaan calon.
Difahamkan Muhammad menyerahkan borang permohonannya kepada Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din (kiri).
Anggota jawatankuasa Pusat PAS Kamaruddin Jaffar ketika dihubungi hari ini mengesahkan keanggotaann Muhammad tetapi enggan memberitahu di mana pengumuman itu akan dibuat.
Kamaruddin, bekas setiausaha agung PAS mengesahkan perkara itu ketika ditanya berhubung spekulasi bekas menteri besar itu akan bertukar parti.
Posted on Tuesday, April 16 @ 02:14:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: imamsurau
"

Bekas naib presiden Umno Muhammad Muhammad Taib memutuskan menyertai PAS.
Bagaimanapun, beliau hanya akan diperkenalkan secara rasmi oleh parti Islam itu pada Isnin depan, dua hari selepas penamaan calon.
Ia bagi mengelakkan dakwaan beliau mengambil langkah itu demi dicalonkan dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini.
Difahamkan Muhammad menyerahkan borang permohonannya kepada Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din (kiri).Anggota jawatankuasa Pusat PAS Kamaruddin Jaffar ketika dihubungi hari ini mengesahkan keanggotaann Muhammad tetapi enggan memberitahu di mana pengumuman itu akan dibuat.
Kamaruddin, bekas setiausaha agung PAS mengesahkan perkara itu ketika ditanya berhubung spekulasi bekas menteri besar itu akan bertukar parti.
Ulama mana sertai UMno ni…
Posted on Tuesday, April 16 @ 02:10:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: laniismaa
"
Sedap tajuk Utusan Malaysia hari ini, “PRU-13: Lagi ulama tinggalkan Pas, sertai UMNO”. Apabila berita tersebut dibaca, persoalannya di minda “ulama mana sertai UMno ni…”
Yang disebut dalam huraian beritanya;
Utusan tak tahan dengan ‘kesedapan’ tajuk “Sah Muhammad Taib sertai PAS”, “Bekas MB sertai PAS” yang berlegar-legar di media PR. Oleh itu, Utusan pun nakkan tajuk sedap juga… - Lagi.MY
Baca juga : Promosi Manisfesto, Najib Razak belanjakan RM1.2 juta sehari di Youtube?
TS Kadir dakwa pakar khas diupah buat video fitnah
Posted on Monday, April 15 @ 23:15:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: kamal_hasan
"
KUALA
LUMPUR: Bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir
(gambar) hari ini mendakwa beliau mendapat maklumat wujudnya pasukan
khas yang ditubuhkan pihak tertentu untuk membuat video fitnah bagi
merosakkan imej pemimpin politik tertentu.
Pemimpin veteran Umno yang menghubungi sendiri Harakahdaily berkata, pasukan khas itu terdiri daripada beberapa pakar video yang yang dibayar dengan upah khas.
"Saya diberitahu bahawa terdapat suatu pasukan khas yang pakar dalam kerja-kerja video ini telah ditubuhkan, dengan mendapat pembiayaan dan upah khas, bagi menjahanamkan imej tokoh-tokoh politik tertentu menerusi video-video seks.
"Mereka ini adalah pakar yang boleh memetik video-video tertentu dari internet dan diadunkan sedemikian rupa agar menyerupai imej pemimpin-pemimpin tertentu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas video fitnah terbaru yang mengaitkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
Kadir yang juga Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menyifatkan pembikinan video fitnah itu sebagai sangat jijik, kejam dan tidak masuk akal.
"Dan sekarang ini pula, yang ganjil dan pelik, terhadap seorang yang terkenal, bersih dan kuat beragama, Datuk Mustapha Ali," katanya sambil menyifatkan sangat mengenali peribadi Mustafa yang bersih, bermoral dan berprinsip tinggi sejak beliau menjadi Ketua Pemuda PAS pada awal 70an lagi.
Baliau juga yakin rakyat kini muak dan jijik dengan pihak yang menggunakan cara tidak bermoral itu dalam kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Saya yakin seluruh rakyat Malaysia mengutuk dan menjijikkan kempen politik seperti itu, dan saya berharap ianya dapat dihentikan serta merta.
"Sejak berpuluh tahun lamanya negara dan rakyat kita telah berpolitik secara yang begitu gentleman dan bersih, dan selepas 50 tahun lebih kita harus lebih dewasa dan lebih matang berpolitik," katanya.
silverheritage
Posted on Tuesday, April 16 @ 02:10:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: laniismaa
"

Sedap tajuk Utusan Malaysia hari ini, “PRU-13: Lagi ulama tinggalkan Pas, sertai UMNO”. Apabila berita tersebut dibaca, persoalannya di minda “ulama mana sertai UMno ni…”
Yang disebut dalam huraian beritanya;
Trend penyokong pembangkang khususnya golongan ulama dan tokoh agama kebelakangan ini menyertai UMNO jelas menunjukkan ada yang tidak kena dengan kepimpinan Pas.Utusan hanya menyebut “Yusof Mohamed”, tak pula disebut ustaz ke apa ke di pangkal namanya. Tak nak sebut ke apa atau tak berani sebut?
Terbaharu, sebanyak 80 penyokong tegar Pas di Puchong menyertai UMNO seterusnya menubuhkan Cawangan UMNO Baitul Dhuyuf.
Ketua kumpulan itu, Yusof Mohamed memberitahu, kekecewaan utama yang membawa kepada keputusan mereka menyokong UMNO kerana Pas kini semakin jauh terpesong daripada ajaran Islam. – Utusan Malaysia
Utusan tak tahan dengan ‘kesedapan’ tajuk “Sah Muhammad Taib sertai PAS”, “Bekas MB sertai PAS” yang berlegar-legar di media PR. Oleh itu, Utusan pun nakkan tajuk sedap juga… - Lagi.MY
Baca juga : Promosi Manisfesto, Najib Razak belanjakan RM1.2 juta sehari di Youtube?
TS Kadir dakwa pakar khas diupah buat video fitnah
Posted on Monday, April 15 @ 23:15:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: kamal_hasan
"
KUALA
LUMPUR: Bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir
(gambar) hari ini mendakwa beliau mendapat maklumat wujudnya pasukan
khas yang ditubuhkan pihak tertentu untuk membuat video fitnah bagi
merosakkan imej pemimpin politik tertentu.Pemimpin veteran Umno yang menghubungi sendiri Harakahdaily berkata, pasukan khas itu terdiri daripada beberapa pakar video yang yang dibayar dengan upah khas.
"Saya diberitahu bahawa terdapat suatu pasukan khas yang pakar dalam kerja-kerja video ini telah ditubuhkan, dengan mendapat pembiayaan dan upah khas, bagi menjahanamkan imej tokoh-tokoh politik tertentu menerusi video-video seks.
"Mereka ini adalah pakar yang boleh memetik video-video tertentu dari internet dan diadunkan sedemikian rupa agar menyerupai imej pemimpin-pemimpin tertentu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas video fitnah terbaru yang mengaitkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
Kadir yang juga Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menyifatkan pembikinan video fitnah itu sebagai sangat jijik, kejam dan tidak masuk akal.
"Dan sekarang ini pula, yang ganjil dan pelik, terhadap seorang yang terkenal, bersih dan kuat beragama, Datuk Mustapha Ali," katanya sambil menyifatkan sangat mengenali peribadi Mustafa yang bersih, bermoral dan berprinsip tinggi sejak beliau menjadi Ketua Pemuda PAS pada awal 70an lagi.
Baliau juga yakin rakyat kini muak dan jijik dengan pihak yang menggunakan cara tidak bermoral itu dalam kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Saya yakin seluruh rakyat Malaysia mengutuk dan menjijikkan kempen politik seperti itu, dan saya berharap ianya dapat dihentikan serta merta.
"Sejak berpuluh tahun lamanya negara dan rakyat kita telah berpolitik secara yang begitu gentleman dan bersih, dan selepas 50 tahun lebih kita harus lebih dewasa dan lebih matang berpolitik," katanya.
silverheritage
Tiada ulasan:
Catat Ulasan