Posted on Tuesday, April 16 @ 02:13:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: senik
"
Assalamualaikum.
Ada suara amaran kepada PM dan UMNO supaya jangan cabar rakyat pada PRU
13 nanti, tetapi sebenarnya rakyat sudahpun tercabar hasil perbuatan PM
dan UMNO.Tuntutan BERSIH agar diberi ruang yang samarata kepada
pembangkang di media utama negara tidak ditunaikan, sebaliknya hanya
muka hodoh PM dan kuncu kuncunya sahaja yang saban hari dan malam muncul
di TV dan akhbar perdana.Bukan itu saja, semua liputan termasuk iklan yang disiarkan semuanya untuk UMNO dengan dipenuhi dengan pembohongan termasuk liputan video sex yang melibatkan pemimpin PR.
Skandal pemimpin UMNO ditutupi walaupun kisahnya tersiar di akhbar luar negara, tetapi berita berita yang kurang enak didengar yang disiarkan melibatkan DSAI dan pemimpin PR lain oleh media asing akan dispin sehabis habisnya.Inilah perbuatan mencabar rakyat dengan kemuncaknya mungkin mengeluarkan hantu hantu dari kalangan pendatang asing di hari mengundi.
TV di Malaysia termasuk TV berbayar Astro dan TV yang berimejkan Islam, TV Hijrah digunakan sepenuhnya untuk berkempen dengan berita dan ulasan yang tidak benar sama sekali.BN diwar warkan sebagai kerajaan yang telah berjaya membawa negara ke mercu kejayaan sedangkan rakyat yang merasai satu demi satu penurunan kualiti kehidupan.
PM pula mendakwa dialah orang yang berjaya membawa transfomasi yang telah berjaya meningkatkan perkembangan ekonomi negara dan dengan peningkatan ini kerajaan gunakan untuk tolong rakyat.Tetapi hakikat sebenarnya yang dirasai rakyat ialah pertolongan Najib membawa kemunduran untuk negara sedangkan bininya berbelanja sakan dengan menggunakan wang rakyat.
PM membisu kepada satu isu yang mahu didengari rakyat ia itu harga minyak.PM tidak mahu rakyat tahu bahawa negara mengeluarkan minyak sedangkan PETRONAS berdiri megah di depan rakyat.Apabila PR menjanjikan harga minyak yang murah, PM dan kuncu kuncunya berkata negara akan bangkrap.Dakwaan ini menyanggah dasar transfomasinya yang dia sendiri kata telah berjaya.Rakyat dicabar hebat dengan pembohongan ini.
Begitu cabaran diberikan rakyat, PM masih mahu menjadi PM dan untuk itu adalah dijangka PM tidak akan menyerah dengan mudah.Sesuatu mungkin dirancang untuk menidakkan kemahuan rakyat yang tidak sukar dijangka.Lantaran itu, apakah persediaan rakyat untuk berdepan dengan penipuan PM ini?
PR Memerintah: Harga minyak turun 7 Mei 2013
Posted on Monday, April 15 @ 18:08:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh FS

Insya Allah 7 Mei, harga minyak di seluruh negara turun," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut sorakan gemuruh hampir 7,000 rakyat.Beliau berkata demikian pada ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Sabtu lalu.
Penurunan harga minyak antara agenda utama Pakatan Rakyat menuju Putrajaya, yang dimasukkan di dalam Buku Jingga dan Manifesto Pakatan Rakyat.
Ketua Umum KEADILAN itu juga konsisten menyatakan komitmen tersebut pada setiap siri ceramahnya.Katanya, penurunan harga minyak tidak mustahil untuk dilaksana, memandangkan kedudukan Malaysia selaku pengeluar minyak."Ini fakta, sebab itu (Perdana Menteri) Datuk Najib (Razak) tak mahu debat. Dia syarah di TV3 bukan main garang, marah saya.
"Tapi (dengan) saya, (dia) tak boleh jawab. Dia (hanya) marah seorang diri. Sebagai pemimpin, (sepatutnya) kamu kena pertahankan hujah kamu," kata Anwar.
7 Mei 2013 bakal menjadi hari bersejarah buat Malaysia apabila harga minyak yang beberapa kali dinaikkan BN sejak 2008 akan diturunkan Pakatan Rakyat jika berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan selepas menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13)Harapan ini yang ditunggu-tunggu seluruh rakyat akan dilaksana 21 hari lagi menjelang tarikh itu."Kamu (Umno BN) katalah apa-apa pun, kita bagi penjelasan. 5 Mei pilihan raya, 6 Mei (Pakatan) angkat sumpah.
Manifesto, calon faktor paling kritikal tentukan kemenangan
Posted on Monday, April 15 @ 16:52:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Budakjalanan
Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Selepas
Parlimen dibubarkan, saya kira dua faktor terpenting yang begitu
diperhatikan pengundi ialah pembentangan manifesto parti-parti
bertanding dan penampilan calon-calon berkaliber.Pakatan Rakyat mengemukakan Manifesto Rakyat enam minggu sebelum BN berbuat demikian, yang disiarkan secara langsung oleh hampir semua saluran TV di negara ini, ketika publik belum redakan membincangkan "tawaran lawak" slot 10 minit di RTM. Tempoh 10 minit itu, kata menteri berkaitan, Dr Rais Yatim, adalah untuk sekali siaran saja dan bukan siri berterusan seperti pandangan Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof. "Diberi sekali sahaja bukan tiap-tiap hari berkempen," kata Rais.
Rakan saya, seorang wartawan penyiaran, menasihatkan agar Harakah lebih menumpukan perbahasan mengenai manifesto, terutama penjelasan Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli, dan usah membazir masa kepada salahguna kuasa BN menggunakan dana dan kemudahan awam untuk berkempen PRU13.
Sukar memenuhi permintaannya apatah lagi melihat Najib Razak semakin ligat memperalat jentera kerajaan mempertahankan Putrajaya. Isnin lalu, melalui Buletin Utama TV3, saya melihat pesara kerajaan mempamerkan slogan "I Love BN", dalam program bersama Perdana Menteri. Pastinya bahan kempen itu disediakan Jabatan Perdana Menteri.
Itu hanya sekelumit bukti daripada rangkaian besar penyalahgunaan kuasa oleh BN.
Baru dua hari manifesto BN dilancarkan, di waktu "media talibarut" memberikan liputan luar biasa, reaksi rakyat tentunya mendukacitakan Najib. Ia menjadi bahan persendaan, terutama dalam internet, malah media antarabangsa, seperti Bloomberg turut mengesahkan manifesto itu hasil ciplakan Manifesto Rakyat.
"Kenapa dalam masa lebih 50 tahun, baru nak turun harga kereta? Dah 50 tahun lebih memerintah baru nak turun harga kereta. Bila kita buat, dia pun buat," kata Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Menurut Rafizi, hanya 14 peratus atau 22 janji BN itu (daripada 157 janji) adalah idea baru yang belum diumumkan atau dilaksanakan. "Tindakan menciplak ini terutama berhubung perkara besar seperti menurunkan harga kereta, menghapuskan tol, memberi permit teksi individu, peranan kerajaan membina rumah rakyat supaya tidak ditinggalkan kepada swasta, membina rumah untuk pekerja estet dan bantuan yang adil kepada sekolah menggambarkan BN akhirnya menerima hakikat Manifesto Rakyat adalah baik, mampu dilaksanakan dan menepati harapan rakyat," katanya.
Sebelum ini, pemimpin BN termasuk di peringkat tertinggi menyifatkan kebanyakan tawaran dalam Manifesto Rakyat bakal membankrapkan negara. Sebaik BN mengemukakan tawaran hampir serupa, sudah tentulah pemimpin sama bijak "bersilat lidah", malah ramai yang bergelar penganalisis politik, termasuk bertaraf profesor yang dahulunya turut "membelasah" Pakatan, kini menyokong 100 peratus janji-janji BN itu.
Saya tidak risau polemik berkaitan manifesto tiruan ini, cuma penjelasan harus disebar-luaskan ke segenap pelosok tanahair dalam bentuk perbandingan mudah, termasuk pemahaman tentang falsafah atau idea-idea besar yang membedakan tawaran BN dengan Pakatan, selain strategi jelas menurunkan kos hidup dan usaha mengeluarkan Malaysia daripada perangkap pendapatan sederhana.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menekankan: Pada tahun 1966, KDNK Malaysia perkapita adalah USD350, mendahului Korea Selatan sebanyak USD130. Hampir 50 tahun kemudian, KDNK Malaysia meningkat sehingga USD9,977 manakala Korea Selatan pula melonjak jauh mendahului Malaysia kepada USD22,424. Sehingga 31 Dis 2012, hutang Kerajaan Pusat sebanyak RM502 bilion, peningkatan 89% berbanding akhir 2007, RM266 bilion.
Selain manifesto, senarai calon-calon yang diumumkan turut menjadi tumpuan dan perhatian masyarakat. Saya tertarik dengan pengumuman Presiden PAS yang menamakan dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Husam Musa, untuk bertanding kerusi Parlimen Pulai dan Putrajaya.
Kedua-dua tokoh ini dikira berpindah daripada kerusi selamat di Kelantan ke kawsan berisiko tinggi, terutama sekali Husam. Putrajaya, berdasarkan undi yang diperolehi calon KeADILan dan PAS, masing-masing pada tahun 2004 dan 2008, merupakan kerusi selesa buat BN. Pada PRU2004, saingan BN hilang wang pertaruhan dan lima tahun lalu hanya meraih sekitar 25 peratus sokongan.
Mengenali Husam, tindakan "berani mati" itu membawa mesej dan isyarat jelas tentang kesungguhan PAS bersama-sama Pakatan Rakyat untuk menerajui Kerajaan Persekutuan. Selama ini, secara diam-diam, beliau memang disanjung oleh kakitangan awam, hatta dihormati pemimpin kanan kerajaan, termasuk bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Jika Salahuddin dan Lim Kit Siang mahu memastikan tsunami politik kali ini bersifat menyeluruh dan bermula dari selatan, kehadiran Husam di pusat pentadbiran kerajaan bakal menyempurnakan misi perubahan.
Sekadar membayangkan galasan amanah berat itu saja sudah cukup sukar dan membebankan, namun personaliti sehebat Husam menjadikan Putrajaya antara "kerusi panas" yang bukan hanya tumpuan media, tetapi digeruni penyandangnya.
Ahmad Said umum calun dan manifesto khas Terengganu.
Posted on Monday, April 15 @ 17:01:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: mohdnoorawang
"
Ahmad Said berkata ada tambahan khas dalam manisfesto Barisan Nasional untuk Negeri Terengganu bakal dinikamati rakyat Terengganu sebaik sahaja rakyat Terengganu memberi mandat memerintah semula selepasa 5 Mie 2013.
Mengikut sumber Ahmad Said bakal kekal kerusi menteri besar jika Barisan Nasional menang dalam PRU13.
Namun apakah tambahan kas manisfeto barisan Nasional Terengganu tidak diperolehi secara tepat. Ahmad berkata tunggu pengumumnnya bersama dengan pemgumum calaun Bn Negeri diumumkan.
Rata rata berpendapat manifesto tambahan mungkin ada air percuma khas rakyat miskin, wang saku khas secara (on-off) kepada golongan miskin, perumahan mampu milik, perumahan untuk rakyat miskin, bantuan persekolah, bantuan atau biasiswa kepada pelajar.
Walau apa kita tunggu pengumuman selanjiutnya dari ketua perhubungan UMNO/BN Terengganu Ahmad Said/
Kesimpulannya Ahmad said akan guna apa cara dan sumber untuk menawan hati rakyat terengganu agar tidak memberi undi kepada PAS, PKR pada 5/5/2013.
Jika Terengganu masih kekal juga dengan BN selepas 5/5/2013, memang rakyat Terengganu bebal dan tidak peka dengan kerakusan pemimpim UMNO Terengganu.
Era Ahmad Said berjuta juta ringgit hasil minyak dicampakkan dalam Tasek Kenyir dan ratusan juta dibuang dalam perut harimau dan singa serta dikoyakakan oleh beruk dan moyek dalam Zoo Kemaman.
Ahamd Said cukup jahat merampas tanah milik orang Melayu di Bandar dan menghapuskan indentiti bangsa Melayu di penggir bandar atasa nama pembangunan lestari kononya,
Kita tunggu apa yang mahu diwar warkan oleh ketua perompak modern dan lalun modern merampas wang dan tanah rakyat
ABCD / ASALKAN BUKAN CALUN DACING. KITA PANGKAH CALUN PAS, PKR DAN DAP."
Senarai Video BN – PR yang Menarik
Posted on Monday, April 15 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: fairuzhafeez
"
Berikut
adalah senarai video-video yang menarik untuk kita sebarkan. Tontoni
video ulasan Zulkifli & Rafizi tentang isu video seks, Kelantan,
tol, Q & C, NFC, ceramah bekas panglima dan banyak lagi. Senarai ini
dari forward e-mail ibu angkat saya di Selangor seorang peniaga.Mar 2013 – Forum in Hyatt Hotel Petaling Jaya – Growing Malaysia’s Economic Prosperity Needs A New Creative Mindset. (Loads of facts and figures – best listened using earphones) Must see especially for Professionals and Accountants.
Is Pakatan Rakyat Manifesto Financially Feasible?
by Rafizi : Is PR Manifesto feasible?
Would M'sia Go Bankrupt If Pakatan’s Manifesto Were To Be Implemented?
by Tony Pua
Regime Change To Allow The Nation To Take A Political Breather
by Dr Dzukefly Ahmad
Making PR States The Preferred Place To Live, Work, Invest & Play
by Lim Guan Eng
Making PR States The Preferred Place To Live, Work, Invest & Play
by Nizar Jamaluddin
Gambaran Sebenar & Kad Laporan Kelantan by Husam Musa
Towards A New & Better Malaysia by Anwar Ibrahim
We Must Do Better, We Can Do Better by Dr. Wan Azizah
18 Mar 2013 Ceramah Anwar at Pasir Gudang JohoreAnwar Ibrahim: Pakatan PAS PKR DAP, Inilah Kerajaan Pakatan Rakyat Part 1
Anwar Ibrahim: Lebuhraya Kita, Dulu Sekarang Selama-lamanya Kutip Tol Part 2
Anwar Ibrahim: Jangan Hina, Jangan Rampas, Jangan Rendah Akhlak Part 3
General (Retired) Tan Sri Md Hashim Hussein (Former Head of Armed Forces)Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein: Kenapa Saya Masuk PKR?
15 Mar 2013 First ever Ceramah of General (Rtd) Tan Sri Md Hashim at Batu Kurau Perak
Ceramah Sulung Politik Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein
16 Mar 2013 Very Good – Q & A Rafizi meets with Students in One World Hotel PJ(AIC) Siti Aishah S. Ismail: Anak Muda Harus Jadi Agen Perubahan Introduction by Siti Aishah
(AIC) Rafizi : You Have To Make Sure A New Malaysia Is A Reality My Background
Rafizi : There Is No Two Ways About It, PTPTN Has To Go
Rafizi : Our Strength Is That We Are Different, We Need To Learn From Each Other Being Different
Rafizi i: We Have To Be Firm, A New Malaysia Has No Place For Race Politics
Rafizi : Isu Cukai & GST GST
Rafizi : Pendidikan Percuma Adalah Hak Rakyat
Rafizi : Menghapuskan Tol & Menurunkan Harga Kereta
16 Mar 2013 Very Good – Q&A Anwar meet with Students(AIC) Anwar Ibrahim: Cabaran Bukan Sahaja Pakatan Rakyat, Tapi Cabaran Juga Kepada Anak Muda Intro by Teresa Kok
(Q&A) Anwar Ibrahim: Apakah Rancangan Untuk Sarawak?
(Q&A) Anwar Ibrahim: Sokongan Daripada Kawasan Majoriti Melayu
(Q&A) Anwar Ibrahim: What Keeps Me Going?
(Q&A) Anwar Ibrahim: Politics Of Conscience Or Courage Of Conviction
(Q&A) Anwar Ibrahim: Akan Dikaitkan Dibawah SOSMA Berkaitan Isu Lahad Datu?
(Q&A) Anwar Ibrahim: Implikasi Terhadap Pencerobohan Di Lahad Datu
Ceramah Anwar in Belaga Sarawak on 17 Mar 2013
Anwar Ibrahim: Kita Nak Calon Yang Berani, Kita Nak Calon Yang Kuat Kerja
Anwar Ibrahim: Mana Boleh? Negeri Kaya, Menteri Kaya, Tapi Rakyat Miskin?
18 Mar 2013 Global Witness on Sarawak Timber corruptionInside Malaysia’s Shadow State
6 Jan 2013 LTAT money, Boustead money to Raja Ropiah
Rafizi : ‘Land belongs to fed govt, not Awan Megah’
2 Jan 2013 Deepaks buy 19 pieces of Jewelry worth USD3.9 million for Rosmahhttp://www.youtube.com/watch?v=NnK3l1RnABY6
Dec 2012 NFC Scandal, Hongkong Money by RafiziBFM Uncensored – More Than Counting Cows : Rafizi BFM Interview
Rafizi: Siapa Lembu bin LembuSiasatan ICAC mendapat tumpuan duniaAhli Parlimen Hong Kong sedia membantu siasatan
May 2011 Good – Compare Zulkifli Nordin ceramah to Court Evidence presented by Rafizi Ramli on Anwar Sodomy 2Saya Tengok Bukti Jelas Anwar Liwat Saiful – Zulkifli Sodomy 2
Part 0. Kebenaran untuk Fitnah 2 terhadap Anwar Ibrahim (Rafizi) Part 1
PART 1. Saiful tidak pernah berada di dalam unit kondo (Rafizi) Part 2
PART 3. Sampel DNA telah ditanam (Rafizi) Part 3
PART 4. Rentetan Konspirasi: Siapa di belakang fitnah 2? (Rafizi) Part 4
Sumber : Edited Forwarded E-mail
Fairuz Hafeez
-------
p/s :
Sila baca juga Antara Blogger pro BN dan Cicak Tokek Apa yang sama, apa yang beza.
Mesti baca Video Anwar Terkam Mahasiswa = Tipu! Tukang Skrip Fail BM dan Buta IT !"
PRU 13 : Sasaran orang Cina ?
Posted on Monday, April 15 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: tokpepijat
"
Menjelang PRU 13 ini, UMNO merasakan ancaman dari PAS dan DAP paling menonjol berbanding dengan PKR.Ini berdasarkan rentetan peristiwa selepas PRU 12. Selepas PRU 12, tiada langsung wakil rakyat PAS yang melompat parti. Manakala dari DAP hanya seorang. Wakil rakyat PKR paling ramai melompat parti.
Strategi UMNO menghadapi PAS dan DAP ialah memecah belahkan ikatan kerjasama mereka. Itu yang utama. Malangnya itu tidak berjaya. Walaupun menggunakan isu Hudud, DAP dan PAS tidak termakan umpanan itu. Bahkan makin ramai ahli DAP memahami hudud mengikut wajah yang sebenar.
Kini UMNO kepanasan dan mati akal.
UMNO guna pelan kedua. Cipta klip video lucah. Sasarannya pimpinan atasan UMNO. Manakala serangan keatas DAP dengan 4 cara :
1) Menayang filem Tanda Putera. Sasaran penonton adalah orang Melayu. Matlamatnya menyemai rasa benci terhadap orang Cina. Dalam peristiwa itu ada kaitan dengan 13 Mei. Dan PRU 13 kali ini jatuh pada bulan Mei. Ini bukan kebetulan tetapi perancangan.
2) Anda lihat UMNO menggunakan Bapa Rasis Malaysia, Dr Mahathir untuk "menyiram" minyak bagi hidupkan api perkauman. Ucapan Mahathir yang juga penasihat NGO Rasis Perkasa tentang Lim Kit Siang di Gelang Patah adalah permulaan langkah UMNO menjana api perkauman.
Ingat Mahathir adalah "pakar" merancang kejahatan ! Mahathir pandai lontar batu,sembunyi tangan. Peristiwa rusuhan di Sabah setelah Berjaya tumpas adalah perancangan jahat Mahathir.
3) UMNO juga gunakan ROS untuk "mematikan" DAP. Kemungkinan ROS akan batalkan pendaftaran DAP menjelang PRU 13. Siasatan 2 hari menjelang penamaan calon bertujuan memastikan DAP dalam dilema.
Bagaimanapun kenyataan DAP mahu guna simbol BULAN jika dibatalkan pendaftaran merupakan satu "gempa bumi berskala 9.99 richer " buat UMNO !
4) UMNO juga gunakan SPR untuk psiko pemikiran orang Cina. Tarikh PRU 13 pada bulan Mei bukan satu kebetulan. Tujuannya menakutkan orang Cina tentang 13 Mei.
PRU 13 berlangsung bulan Mei. Peristiwa 13 Mei berlaku selepas PRU ke 3.
UMNO ingin mengugut orang Cina jika calon UMNO tewas, "bermakna orang Cina bencikan Melayu " . Itulah maksud Mahathir dan juak-juaknya yang rasis!
Langkah terbaik untuk semua orang Cina ialah senantiasa bersama PAS. Bersama PAS bermakna anda selamat dari kejahatan rasis UMNO. Manakala pimpinan PAS dan DAP teguhkan lagi ikatan erat persahabatan sejati untuk hadapi kejahatan rasis UMNO.
PRU 13 : Sasaran orang Cina ?"
Menunggu detik perang besar bakal melanda UMNO Kedah...
Posted on Monday, April 15 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Mat Kering Bakag Bata
Sumber
risikan MK dari ibupejabat BN Kedah mendapati 'perang saudara' antara
ahli-ahli UMNO bakal melanda negeri ini sebaik sahaja keputusan rasmi
calon BN dikeluarkan. Perang saudara untuk kali ini dijangka akan
berlaku dengan skala sekali ganda lebih besar dari yang berlaku pada
PRU12.Menurut sumber, untuk PRU13 boleh dikatakan hampir kesemua Parlimen dan DUN terdapat perebutan di mana sebahagian besarnya pula tiada jalan kompromi antara pihak yang berebut.
Cadangan awal BN Kedah mengumumkan senarai calon ialah pada 12 April namun ditunda ke 14 April, malangnya selepas dua hari berlalu senarai calon tidak boleh dimuktamadkan. "Sebaik cadangan yang hampir menjadi kenyataan 'terbocor' kumpulan yang tidak terpilih menemui Najib rombongan demi rombongan. Keadaan diburukkan lagi individu yang tidak terpilih telah menggunakan Tun Dr. Mahathir untuk melobi Najib," ujar sumber itu.
Menurutnya, hampir semua calon yang dilobi Mahathir diterima tanpa apa-apa persoalan oleh Najib. Hal ini menimbulkan kemarahan pihak yang tidak terpilih. "Mereka sangat marahkan Tun!" ujar sumber itu.
Menurut risikan itu lagi, antara yang menerima 'arahan' dari Tun Mahathir untuk disingkirkan ialah Datuk Latt Shariman, Datuk Johari Baharom dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Tun sendiri dikatakan menghubungi individu tertentu membuat rundingan untuk memberi laluan kepada individu lain yang menjadi pilihannya. Ini sangat merimaskan UMNO Kedah yang sebahagiannya masih menghormati Tun Mahathir.
BN Kedah dikatakan tidak akan mampu membendung penentangan dari dalam terhadap calon BN yang terpilih nanti. Jika Najib menawarkan ganjaran terhadap pesaing calon yang gagal ini mereka hanya akan menganguk-angguk di hadapan untuk dibekalkan ganjaran namun untuk mengundi BN... mereka tidak akan berbuat demikian.
"Tindakan yang bakal diambil oleh penyokong-penyokong krini dalam UMNO Kedah ini dijangka mempercepatkan kehancuran BN dan BN akan kekal sebagai pembangkang," ujar sumber risikan UMNO itu.
Sumber: kedahla.blogspot.com
Amiruddin: ‘Apa? Saya calon MB Kedah?’
Posted on Monday, April 15 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Muhamad Mat Yakim
ALOR SETAR
- Anggota Exco Kerajaan Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah tidak tahu
menahu mengenai cakap-cakap bahawa namanya ‘naik’ sebagai calon menteri
besar yang baru jika Pakatan Rakyat (PR) kekal berkuasa di negeri ini
selepas PRU13.Menurut Amiruddin, beliau sendiri tidak pasti sama ada akan terus dipilih sebagai calon pada pilihan raya ini, mengulas spekulasi mengenai namanya disebut-sebut sebagai calon menteri besar adalah sesuatu yang baginya terlalu jauh daripada jangkaan.
“Saya tak tau (spekulasi sebagai calon menteri besar), saya tak dengar. Sama ada saya akan terus dicalon atau tidak pun saya tak tau,” katanya ketika ditemui di Markas Besar Pas Anak Bukit, semalam.
Bekas jurutera Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) itu mula bertanding pada pilihan raya kecil Dun Anak Bukit menggantikan tempat Presiden Pas pada masa itu, Datuk Fadzil Noor yang meninggal dunia pada 23 Jun 2002.
Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin. Pada pilihan raya umum 2004, beliau berjaya mengekalkan kerusi itu.
Apabila PR berjaya mengambil alih kerajaan negeri pada pilihan raya 2008, Amiruddin dilantik sebagai anggota Exco hingga penggal berakhir.
Tarikh mengundi kali ini, iaitu 5 Mei juga mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia jatuh pada ulang tahunnya yang ke-51.
Sementara itu, Tinjauan Sinar Harian dalam kalangan pemerhati politik termasuk sumber dalaman Pas mendapati nama Pengerusi
Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan, Kerjaraya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga Industri dan Pelaburan itu menduduki senarai teratas calon Menteri Besar Kedah yang baru jika Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak bertanding lagi atau tidak dilantik semula selepas pilihan raya ini.
Ditanya pandangannya mengenai keupayaan Azizan untuk dikekalkan sebagai ketua kerajaan, Amiruddin berkata, beliau tidak nampak sebarang halangan untuk Pesuruhjaya Pas Kedah itu terus diberi kepercayaan.
“Kelmarin (Khamis) kita ada program Sawah Gemilang di bawah portfolio saya di Kuala Muda. Beliau (Azizan) turun dan kelihatan cergas. Saya tidak nampak atas sebab apa Ustaz Azizan tidak layak.
“Kalau kita nak kira, Gus Dur yang tidak nampak dan perlu diberitahu itu ini pun masih boleh jadi presiden untuk negara sebesar Indonesia. Ini (Azizan) tak sampai macam itu pun,” katanya.
Selain Amiruddin, turut disebut layak untuk menduduki kerusi Menteri Besar Kedah yang baru termasuk Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz ketika ditemui kelmarin bagaimanapun menafikan beliau akan bertanding kerusi Dun Bukit Pinang bagi membolehkannya dilantik ke jawatan itu.
Sumber: Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan