Selasa, 16 April 2013

CALON MUNGKIN TERKUAT DAN TERBAIK TAPI ATAU SOALNYA....PARTI TAK KUAT MACAM DULU....DAN MEMANG BUKAN YANG TERBAIK

Mat Taib sertai PAS

Bekas naib presiden Umno Muhammad Muhammad Taib memutuskan menyertai PAS.

Bagaimanapun, beliau hanya akan diperkenalkan secara rasmi oleh parti Islam itu pada Isnin depan, dua hari selepas penamaan calon.

Ia bagi mengelakkan dakwaan beliau mengambil langkah itu demi dicalonkan dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini.

NONEDifahamkan Muhammad menyerahkan borang permohonannya kepada Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din (kiri).

Anggota jawatankuasa Pusat PAS Kamaruddin Jaffar ketika dihubungi hari ini mengesahkan keanggotaann Muhammad tetapi enggan memberitahu di mana pengumuman itu akan dibuat.

Kamaruddin, bekas setiausaha agung PAS mengesahkan perkara itu ketika ditanya berhubung spekulasi bekas menteri besar itu akan bertukar parti.
Pasukan khas terbit video seks 'jahanamkan' tokoh politik
7:07PM Apr 15 2013
Sebuah pasukan khas ditubuhkan untuk menerbitkan video seks bagi "menjahanamkan" imej tokoh politik tertentu di mata umum, dakwa Presiden Penaja Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Dalam kenyataannya hari ini, Kadir berkata beliau diberitahu bahawa pasukan khas itu "mendapat pembiayaan dan upah khas" daripada pihak tertentu.

NONE"Mereka ini adalah pakar yang boleh memetik video-video tertentu dari internet dan diadunkan sedemikian rupa agar menyerupai imej pemimpin-pemimpin tertentu.

"Teknik untuk mengeluarkan video-video fitnah seperti ini memang boleh dibuat dengan mudahnya sekarang ini," katanya yang juga bekas menteri kabinet.

Beliau juga yakin rakyat Malaysia mengutuk kempen politik itu yang dianggap "menjijikkan" dan berharap ia dihentikan serta merta.

"Sejak berpuluh tahun lamanya negara dan rakyat kita telah berpolitik secara yang begitu gentleman dan bersih. Dan selepas 50 tahun lebih kita harus lebih dewasa dan lebih matang berpolitik," katanya.

Terkejut dengan tuduhan terhadap Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang didakwa menjadi mangsa video seks, Kadir juga berharap Mustafa "bersabar dan kuat menghadapi fitnah" tersebut.

"Saya sendiri kenal beliau secara peribadi sejak beliau menjadi ketua Pemuda PAS pada awal 70-an dahulu. Beliau tetap seorang yang bersih, bermoral dan berprinsip tinggi dan mempunyai keluarga yang bahagia.

"Saya yakin keyakinan terhadap beliau oleh ahli-ahli PAS dan rakyat Malaysia keseluruhannya lebih meningkat dan dihormati selepas fitnah yang menjijikkan ini," katanya.
Bekas presiden, naib presiden MCA tak dicalonkan
5:29PM Apr 15 2013
MCA tidak menurunkan dua personaliti penting partinya - bekas presiden Ong Tee Keat dan Naib Presiden Gan Ping Sieu - dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Naib Presiden Dr Ng Yen Yen juga mengesahkan beliau turut tidak diturunkan.

Keputusan menggugurkan Ong dan Gan ini dimaklumkan oleh pegawai di ibu pejabatnya hari ini kepada akhbar Cina yang sedang menyediakan edisi petang akhbar masing-masing.
Perkara tersebut telah disahkan berdasarkan senarai calon yang telah dikeluarkan oleh ibu pejabat parti itu lewat petang ini.
MCA dimaklumkan tentang pilihan Presiden BN Datuk Seri Najib Razak itu pagi ini.

Dalam perkembangan lain, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek mengesahkan parti itu akan bertanding di 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi negeri.

Ini bermaksud MCA kini kurang tiga kerusi berbanding 2008. Tiga kerusi itu adalah Gelang Patah, Kuantan dan Wangsu Maju.
Adik Beng Hock ditahan di Bidor

Adik perempuan Teoh Beng Hock - Lee Lan - dan tiga lagi aktivis dibawa ke balai polis Bidor, Perak, selepas mengedarkan risalah menggesa orang ramai menukar kerajaan dan menuntut keadilan untuk abangnya yang meninggal dunia secara kontroversi empat tahun lalu.

Penyelaras kumpulan Malaysians for Beng Hock antara yang ditahan.

NONEBeliau berkata, mereka pada mulanya didekati lima pegawai polis berpakaian biasa yang duduk dalam dua kenderaan, dengan sebuah daripadanya tanpa logo polis.

"Kami tanya sama ada kami ditahan, tetapi mereka enggan bercakap. Mereka minta kami bekerjasama dan ikut mereka ke balai polis untuk siasatan," kata Ng.

Katanya, oleh kerana MyKad mereka dipegang, mereka tiada pilihan selain menuruti permintaan polis itu.

Mereka dibenarkan beredar setelah kenyataan mereka dirakam.
DAP turunkan lagi ayam tambatan di Johor

FOKUS PRU Dengan kemungkinan besar pemimpin popular DAP Lim Kit Siang akan berdepan dengan orang kuat Umno Abdul Ghani Othman di Gelang Patah, lagi pemimpin DAP mungkin dibawa masuk untuk memperkuatkan penguasaan di Selatan Johor.

Presiden MCA Dr Chua Soi Lek sebelum ini dilaporkan mengesahkan bahawa bahagiannya di Gelang Patah dalam mesyuarat semalam akan memberikan kerusi Parlimen itu kepada Umno.

Ekoran itu, kepimpinan kanan DAP, termasuk setiausaha agungnya Lim Guan Eng dan Kit Siang dipanggil bermesyuarat malam tadi.
NONE
Mereka memfokuskan pencalonan untuk Kulai, kawasan Parlimen sebelah Gelang Patah dengan 56 peratus pengundi Cina - tertinggi di Johor.

Calonnya masih belum diputuskan tetapi beliau akan memainkan peranan penting memperkuatkan kempen pilihan raya DAP di negeri Darul Takzim itu.

Difahamkan bahawa dua calon sudah disenarai pendek - anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching dan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua - ditawarkan bertanding di Kulai.

"Kami percaya dua pemimpin muda ini akan membantu DAP memenangi hati pengundi muda semua bangsa ekoran imej bertenaga mereka dan profil di peringkat kebangsaan, sementara Teo boleh menggembleng pengundi wanita," kata sumber dalaman parti itu kepada Malaysiakini malam tadi.

Pua dan Teo yang berasal dari Batu Pahat, Johor berjaya menarik sambutan hebat pengundi Cina dalam kempen mereka di pelbagai bandar di negeri itu untuk minggu-minggu terakhir ini.

Dalam pilihan raya umum lalu, calon BN Ong Ka TIng mengalahkan calon DAP Ng Pak Siong dengan majoriti 11,744 undi.
Najib: BN bariskan calon terkuat dan terbaik

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BN hari ini telah memuktamadkan calonnya yang "terkuat dan terbaik" bagi berdepan calon pembangkang pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

Beliau yang juga pengerusi BN juga menegaskan sebanyak 33 peratus calon di peringkat parlimen terdiri daripada muka baru, manakala sebanyak 49 peratus terdiri calon baru di peringkat DUN.

NONEMenurutnya lagi, 91 peratus calon BN di peringkat parlimen mempunyai kelayakan akademik peringkat diploma ke atas.

"Dari segi penyertaan, sebanyak 31 peratus di kalangan profesional termasuk profesor universiti, pegawai PTD, badan-badan agensi kerajaan, doktor, peguam, ulama, (pemimpin) popular di peringkat akar umbi dan sebagainya.

"Umumnya saya yakin, ini pasukan BN yang terkuat mampu kita tampilkan. Dan saya yakin inilah pasukan yang mampu memenuhi akujanji manifesto dan membantu kerajaan dengan dasar tranformasinya," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan senarai dan watikah calon kepada presiden komponen parti dan pengerusi BN di seluruh negara.

NONEMenurutnya lagi pemilihan calon di peringkat parlimen dan DUN adalah berdasarkan kepada "sentimen dan jangkaan pengundi bahawa BN dan Umno sudah bersedia melakukan perubahan dan pembaharuan".

"Di samping itu, kita juga cuba mengambil kira perlunya kita membariskan wakil-wakil rakyat yang sedia ada, yang terdiri ada pengalaman berkhidmat dalam kerajaan.

"Ini kerana imbangan muka baru dan muka yang berpengalaman adalah amat penting. Kita bukan sahaja menampilkan pembaharuan, tetapi kita ada sebuah parti yang mana dengan mandat baru akan menubuhkan kerajaan akan datang, kita juga mampu mentadbir kerajaan dan berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Sehubungan itu, katanya, berdasarkan jadual, parti-parti komponen BN akan memaklumkan senarai calon masing-masing pada hari ini.
Umno umum calon esok
Manakala, pengerusi BN negeri-negeri akan mengumumkan senarai dan penyerahan watikah secara serentak pada keesokan harinya.

Bahkan katanya, pengumuman calon Umno akan dibuat esok.

"Ini merupakan barisan terbaik yang mampu disediakan. Ia (pemilihannya) adalah merupakan satu proses yang panjang yang dilakukan pada kali ini, meliputi banyak perundingan dengan parti komponen BN dan pengerusi BN negeri," katanya.
NONEMenjawab soalan, Najib berkata senarai calon yang diserahkan adalah "senarai terakhir" dan berharap tidak timbul situasi yang membolehkan pertukaran berlaku.

"Saya berharap tidak ada perubahan. Kami tidak menjangkakan perubahan. Saya berharap tidak timbul situasi yang membolehkan perubahan berlaku... Kami berharap (senarai) ini adalah final," tegasnya.

Kepada calon atau penyandang yang tidak terpilih, Najib turut mengucapkan perhargaan dan terima kasih dan ia tidak disebabkan mereka "gagal, bermasalah atau ada kepincangan".
Sebaliknya, katanya, tuntutan rakyat yang mahukan perubahan adalah antara sebab tindakan itu dibuat.

"Terima kasih kepada semua wakil rakyat yang tidak bertanding. Ia bukan stu penafian atas khidmat mereka selama ini.

"Kita berharap mereka terus menyokong parti dan memberi sumbangan dalam pilihan raya umum dan selepas itu," katanya.
Analisis BN berdasarkan andaian salah, kata PKR

Analisis BN bahawa janji dalam manifesto Pakatan Rakyat akan memufliskan negara ini dibuat berdasarkan andaian salah dan angka-angka yang palsu, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Beliau mendakwa menerima laporan analisis manifesto dalaman BN dan mendapati ia mengambil remeh potensi kerugian dalam hasil kerajaan.

NONEPeningkatan perbelanjaan juga ditaksir secara berlebihan dan analisis itu tidak mengambil kira penjimatan RM45 juta yang disasarkan Pakatan, kata Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Katanya, anggaran BN bahawa perbelanjaan mengurus akan melebihi RM270 juta dibuat berdasarkan perbelanjaan dan pembaziran kerajaan, yang dibuat ketika perbelanjaan mengurus setinggi RM202 bilion.

Rafizi berkata beliau menerima analisis BN berhubung manifesto Pakatan melalui e-mail daripada pihak tidak dikenali pada Jumaat lalu.

Beliau percaya pada keasliannya berdasarkan angka dalam dokumen itu selari dengan yang dinyatakan oleh pemimpin kanan BN.

Tiada ulasan: