PAS Kedah umum calon PRU13
Harakahdaily, | 18 Apr 2013 |
ALOR SETAR: Majlis perisytiharan calon PAS pada PRU13 Kedah telah diadakan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut malam tadi.
Ia diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.
Senarai calon PAS Kedah yang telah diumumkan itu dan lawan mereka daripada BN seperti berikut:
Parlimen
Jerlun: Datuk Dr Ismail Saleh lawan Datuk Othman Aziz
Kubang Pasu: Ir .Mohamad Jamal Nasir lawan Datuk Mohd Johari Baharom
Padang Terap: Mohd Nasir Zakaria lawan Datuk Seri Mahdzir Khalid
Pokok Sena: Datuk Mahfuz Omar lawan Datuk Sahlan Ismail
Pendang: Mohamad Sabu lawan Datuk Othman Abdul
Jerai: Mohd Firdaus Jaafar lawan Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Sik: Che Uda Che Nik lawan Dr Mansor Abdul Rahman
Baling: Brig.Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad Lawan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
Dun
Ayer Hangat: Zubir Ahmad lawan Mohd Rawi Abdul Hamid
Kota Siputeh: Ismail Wan Teh lawan Datuk Abu Hasan Sharif
Ayer Hitam: Abd Ghani Ahmad lawan Datuk Mukhriz Mahathir
Jitra: Dr. Rohani Abd Muttalib lawan Aminuddin Omar
Kuala Nerang: Syed Ibrahim Syed Omar lawan Badrul Hisham Hashim
Bukit Lada: Ust Ahmad ‘Izzat Mohd Shauki lawan Ahmad Lebai Sudin
Bukit Pinang: Wan Romani Wan Salim lawan Mokhtar Md Nor
Alor Mengkudu: Ahmad Yahaya lawan Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah
Anak Bukit : Datuk Ir Amiruddin Hamzah lawan Datuk Hashim Jahaya
Kubang Rotan: Mohd Nasir Mustafa lawan Datuk Latt Shariman
Pengkalan Kundor: Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi lawan Norhasnita Md Isa
Tokai: Dato Mohamed Taulan Mat Rasul lawan Najmuddin Darus
Sungai Tiang: Fadzil Baharom lawan Datuk Suraya Yaacob
Sungai Limau: Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak lawan Mohd Fadzilah Mohd Ali
Guar Chempedak: Musoddak Ahmad lawan Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail
Belantek: Abu Bakar Bakilani Abu Hassan lawan Datuk Mohd Tajudin Abdullah
Jeneri: Ahmad Tarmizi Sulaiman lawan Mahadzir Abdul Hamid
Tanjung Dawai: Ahmad Fakrudin Fakrurazi lawan Datuk Tajul Urus Mat Zain
Pantai Merdeka: Abdullah Jusoh lawan Datuk Ali Yahaya
Bayu: Mahmud Yaakob lawan Datuk Azmi Che Husain
Kupang: Johari Abdullah lawan Harun Abdul Aziz
Kuala Ketil: Md Zuki Bin Yusof lawan Mohd Khairul Azhar Abdullah
Merbau Pulas: Datuk Ashah Ghazali lawan Datuk Marlia Abdul Latif
Bandar Baharu: Mohd Khairi Mohd Salleh lawan Nor Sabrina Mohd Noor
KUALA LUMPUR: Ketika wanita membantah budaya kempen lucah, Wanita Umno Malaysia pula dipinggirkan sama sekali oleh Umno.
Selepas Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak bertanding kerana skandal NFC, bakal pengganti beliau, Datuk Kamalia Ibrahim (gambar), Timbalan Ketua Wanita Umno juga tidak dicalonkan kali ini.
Kemarahan wanita Umno ini berlaku ketika pelbagai NGO wanita kesal dengan bentuk kempen yang dibuat oleh musuh politik Pakatan Rakyat.
Hari ini, 14 NGO dan tiga personaliti terkenal membuat bantahan terhadap penyebaran video lucah di media khasnya facebook untuk meraih sokongan kepada parti yang memusuhi Pakatan.
Kamilia, seorang peguam yang berjaya, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.
“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN,” katanya sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian hari ini.
Selain beliau, turut tidak mendapat tempat kali ini adalah beberapa ketua Wanita Umno negeri. Antaranya Kedah, Johor dan Terengganu. Turut tidak mendapat tempat adalah Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
“Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional,” katanya.
“Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan,” katanya kesal.
“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.
“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya.

Jangan ingat wanita tiada perasaan - Kamilia Ibrahim

Bantah calon, bilik gerakan Umno ditutup
Mohd Sabri Said, | 18 Apr 2013 |
TASEK GELUGOR:
Akibat penolakan beberapa nama calon untuk Pilihan Umum ke-13, banyak
bilik gerakan Umno ditutup kerana tidak puas hati dengan pilihan nama
itu.
Di peringkat akar umbi, mereka mahu individu yang sering bekerja kuat dan turun padang, bukannya individu yang berpeluk tubuh serta tidak seaktif mana diangkat sebagai calon BN.
(Gambar: Papan tanda BN turut ditumbangkan.)
Antara bilik gerakan Umno yang ditutup ialah di Taman Desa Murni Sungai Dua, Merbau Kudung, Simpang Empat di Parlimen Tasek Gelugor kerana memprotes Datuk Seri Shariff Omar tidak disenaraikan sebagai calon bagi menggantikan Tan Sri Nor Mohamed Yakcob yang digugurkan.
Justeru, tidak hairanlah akan muncul calon bebas di beberapa Dewan Undangan Negeri (Dun) akibat desakan Umno bawahan.
BANTAHAN TERHADAP PENYEBARAN VIDEO LUCAH MENJELANG PRU 13
Seruan untuk Pengundi Malaysia, Jangan Gentar Buat Pilihan Bijak
Lokasi : Hotel Nouvelle, Seri Kembangan, Selangor
18 April 2013
Menjelang PRU Malaysia ke-13 yang bakal berlangsung 5 Mei ini, bahang kehangatan suasana berkempen semakin terasa. Semua parti politik terbabit merangka strategi untuk meraih sokongan dan mengalahkan lawan dalam perebutan kerusi DUN dan Parlimen.
Antara perkembangan terkini adalah meningkatnya aktiviti penyebaran video lucah yang dikatakan membabitkan beberapa individu pimpinan parti politik. Motif kepada perilaku terkutuk, tidak bermaruah dan pengecut tersebut jelas sekali bertujuan mahu mengaib, memalukan dan mengikis kredibiliti personaliti yang dikaitkan.
Kami, mewakili beberapa pertubuhan wanita dan individu persendirian yang tersenarai di bawah, sebulat suara MEMBANTAH KERAS aktiviti tidak bermoral ini dan mendesak agar perbuatan ini dihentikan serta merta oleh pihak berkenaan. Trend menyebarkan bahan tontonan berunsur lucah dan pornografi sebagai muslihat menjatuhkan lawan politik melambangkan kedangkalan tahap berfikir dan kerendahan moral kelompok yang terbabit.
Tindakan tersebut nyata bertentangan dengan nilai-nilai budaya bangsa dan ajaran Islam yang menekankan gaya hidup berakhlak mulia dan bersangka baik, yang merupakan ciri-ciri murni terpenting yang mesti ada dalam diri dan keperibadian seorang pemimpin yang layak dipilih.
Allah SWT yang Maha Suci menetapkan perbuatan zina sebagai salah satu dosa besar yang mesti dijauhi oleh manusia. Dalam masa yang sama, Allah SWT yang Maha Adil juga tidak sekali-kali membenarkan pertuduhan zina dibuat sewenang-wenangnya tanpa pembuktian
yang teliti, yang dibebankan di atas bahu pihak yang membuat tuduhan iaitu dengan kehadiran sekurang-kurangnya empat orang saksi.
Beban bukti yang dibawa ke hadapan sidang penghakiman mestilah dari kesaksian yang paling berintegriti, bukannya rakaman kamera tersembunyi yang diketahui umum terlalu mudah boleh diubahsuai menurut kemahiran pakar menggunakan teknologi terkini. Rakaman video belum cukup kuat untuk membuktikan sesuatu pertuduhan zina, malah ada di kalangan ulamak yang menolaknya sebagai bahan bukti.
Kami juga ingin mengingatkan masyarakat awam agar tidak terjebak dengan usaha mengarusperdanakan fitnah serta ghairah berkongsi klip-klip video tersebut kerana bimbang tindakan itu akan membuka ruang untuk masyarakat terjebak dalam jenayah qazaf (pertuduhan palsu).
Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh syarak, pelaku jenayah qazaf ini akan ditolak kesaksiannya selama-lamanya sehinggalah individu tersebut bertaubat.
Kami menyeru dan menuntut agar semua pengundi Malaysia khususnya kaum wanita:
• Menolak sekeras-kerasnya pihak parti politik yang menggunakan taktik berkempen yang kotor ini. Strategi menjatuhkan lawan melalui kaedah ini, benar-benar meng`hina’ (insulting) dan memperkecilkan keupayaan kognitif para pengundi Malaysia yang rata-ratanya sudah mencapai tahap intelektualiti yang tinggi dan matang.
• Menyelidik terlebih dahulu kesahihan dan keabsahan segala maklumat dan informasi yang diperolehi dari mana-mana pihak sekalipun, dan tidak secara membuta- tuli mempercayai setiap apa yang dilihat dan didengar dari pihak lain. Proses menyelidik dan memastikan kesahihan sesuatu berita yang diterima disebut sebagai proses "Tabayyun", sebagaimana yang dianjurkan oleh Al Quranul Karim dalam surah Al Hujurat, ayat 6 yang mafhumnya :
` Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti (tabayyun) agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan
kamu menyesal atas perbuatanmu itu.’
• Menggesa tindakan undang-undang yang tegas dikenakan ke atas pihak yang terbabit untuk memastikan fenomena budaya lucah dan pornografi ini dapat segera dibendung.
Sekali lagi kami membuat penegasan : bahwasanya kami tidak merelakan pencemaran budaya seperti ini berterusan sehingga anak cucu kami, generasi muda Malaysia terpaksa membesar dengan hidangan tontonan bahan lucah sepanjang masa.
Kami juga mengambil peluang ini untuk memperingatkan semua pengundi Malaysia khususnya kaum wanita supaya :
• Mengambil berat keperluan untuk keluar membuang undi pada 5 Mei nanti demi untuk menjalankan fungsi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap masa depan Negara dan bangsa
• Membuat pertimbangan dan pilihan terbaik dengan mendapatkan segala maklumat yang benar dan tepat untuk memilih wakil-wakil rakyat yang benar-benar layak, bertangungjawab dan amanah.
• Memilih calon-calon kepimpinan yang mampu menjadi suara rakyat dan gigih memperjuangkan kepentingan mereka di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen
Bagi semua pemimpin yang bakal terpilih menerajui tampuk pemerintahan negeri dan negara, kami menuntut agar penambahbaikan taraf hidup dan pengiktirafan sumbangan wanita Malaysia kepada kemakmuran Negara terus diambil perhatian dan diperkasakan, sebagaimana yang termaktub dalam setiap manifesto parti politik yang bertanding.
Suara wanita suara keramat, Sekalipun halus, tetap bersemangat, Undi wanita mampu menyelamat, Sebuah negara menjunjung syariat.
Prof Madya Dr HARLINA HALIZAH SIRAJ
Penyelaras Bantahan Bersama NGO Wanita
Merangkap
Naib Ketua Wanita IKRAM & Pengerusi JK Pembangunan Sosial IKRAM
SENARAI PERTUBUHAN DAN INDIVIDU PERSEORANGAN YANG MENYOKONG BANTAHAN
A. Pertubuhan
1) Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
2) Helwa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
3) Biro HALUANITA, Pertubuhan Himpunan Lepasan 4) Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
5) Integrated Muslimah Associations and Networks Alliance (IMAANA)
6) Pertubuhan Nisa’ Malaysia (NISA’)
7) Pertubuhan Mawaddah Malaysia (MAWADDAH)
8) Association of Women’s Initiative for 9) Research, Development & Advancement (WIRDA)
10) Muslimah Interest Zone and Networking (MIZAN)
11) Wadah Kecerdasan Umat Malaysia (WADAH)
12) Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA)
13) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
14) IKRAM Siswa
B. Individu perseorangan
1) Prof Dr. Muhaya Muhammad ( Pakar Motivasi & Personaliti TV)
2) Pn Wardina Safiyyah Fadhullah ( Pengacara dan Personaliti TV)
3) Ustazah Fatimah Syarha Hj Mohd Noordin ( Penulis Novel Dakwah & Penceramah)
KUALA LUMPUR: Calon PAS Dun Tanjung Batu, Fatmawaty Mohd Yusuf mendakwa berdepan gangguan emosi dan keselamatan apabila kereta miliknya disimbah cat merah awal pagi tadi. (Gambar atas)
Cermin tingkap rumahnya di Taman Tawau, Sabah turut dipecahkan dan nota ugutan bertulis 'TARIK DIRI ATAU!!!' ditinggalkan di tepi tingkap.
Selain kereta MyVi miliknya, simbahan cat merah tersebut turut mengenai kereta MyVi milik adiknya yang diparkir bersebelahan keretanya.
Menurut Fatmawaty, 30, kejadian disedari adiknya kira-kira jam 3 pagi apabila terdengar bunyi cermin pecah.
Sehubungan itu beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
"Saya buat laporan polis kerana merasakan emosi dan keselamatan saya terganggu dengan perbuatan khianat ini.
"Saya minta polis siasat perkara ini kerana sepanjang 27 tahun saya tinggal di sini, belum pernah berlau kejadian seperti ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau tidak menolak kejadian tersebut bermotif politik kerana ia berlaku selepas beliau diumumkan sebagai calon pada Sabtu lalu.
"Saya serah kepada polis untuk siasat siapa yang terlibat tapi kejadian ini berlaku selepas nama saya naik sebagai calon PAs dan beberapa hari sahaja menjelang penamaan calon," katanya.
Namun tegasnya, kejadian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
"Saya mula terlibat sepenuh masa dengan PAS sejak mula-mula habis belajar lagi.
"Jadi tidak mungkin saya akan tarik diri hanya semata-mata kerana menerima ugutan sebegini. Saya bersedia menghadapi apa sahaja halangan selepas ini," tegasnya yang merupakan lulusan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Katanya juga, ekoran kejadian tersebut, PAS Kawasan Kalabakan mengambil langkah meningkatkan lagi kawalan keselamatan menjelang hari penamaan calon dan pembuangan undi.
"Pihak keselamatan PAS berwaspada dengan kejadian ini dan saya sering ditemani pihak kesalamatan PAS ke mana-mana program yang saya pergi," katanya.

Wanita bantah video lucah dalam media
14 NGO 3 personaliti, | 18 Apr 2013 |

Calon PAS Tanjung Batu diugut ‘tarik diri atau’
Hazayani Zakaria, | 18 Apr 2013 |

Najib beri jalan mati untuk Ghani dan Mukhriz?
Harakahdaily, | 18 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR:
Di antara percaturan menarik yang dilakukan oleh Najib dalam
pilihanraya umum kali ini ialah memindahkan Ghani Othman bertanding di
Parlimen Gelang Patah untuk berhadapan dengan Lim Kit Siang dan
meletakkan Mukhriz Mahathir bertanding di Dun Ayer Hitam serta
dijanjikan kerusi Menteri Besar Kedah jika BN dapat menawan negeri itu.
Bagi penulis politik, Shahbudin Husin, sekali imbas, tindakan meletakkan Ghani bertanding di Gelang Patah dilihat seperti keputuan yang berani dan menunjukkan pemikiran di luar kotak sebagai jalan terbaik untuk "membunuh" karier politik Lim Kit Siang tetapi ia juga boleh "membunuh" karier politik Ghani yang sudah empat penggal menjadi Menteri Besar Johor.
“Walaupun dalam pilihanraya umum lalu, calon MCA menang di Gelang Patah dengan majoriti 8851 undi tetapi dengan 54 peratus pengundi kawasan itu terdiri daripada pengundi Cina, laluan Ghani tidaklah seperti melalui karpet merah, tambahan lagi dengan perkembangan semasa yang menunjukkan pengundi Cina memang menolak BN dan mahukan perubahan,” tulis beliau di dalam blognya.
Bagi Mukhriz pula, menurutnya tindakan Najib meletakkannya bertanding di Ayer Hitam serta dijanjikan jawatan Menteri Besar Kedah juga mengundang risiko yang tinggi dan sama seperti Ghani, beliau juga umpama diberikan jalan mati oleh Najib dalam pilihanraya kali ini.
Katanya, walaupun Mukhriz menang di Jerlun dalam pilihanraya 2008 lalu tetapi perjuangannya di Dun Ayer Hitam kali ini tidaklah semudah yang dijangka, tambahan pula kawasan itu dimenangi oleh calon PAS, Ghani Ahmad dengan majoriti 506 undi dengan menewaskan calon BN, Othman Aziz.
Ulasan beliau boleh baca di sini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan