3 tawaran Wanita Pakatan untuk wanita Malaysia
Salmiyah Harun, | 07 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Wanita Pakatan Rakyat hari ini melancarkan tiga tawaran untuk wanita Malaysia.
Tiga tawaran itu adalah caruman wanita nasional sebanyak RM600 setahun, insentif penjagaan anak RM1,000 setahun untuk anak 13 tahun ke bawah dan agensi pembantu rumah tempatan.
Tawaran yang pertama adalah sebagai satu pengiktarafan kepada peranan wanita sebagai suri rumah.
"Komitmen kami adalah untuk mengangkat martabat wanita," kata Dr Mariah Mahmud ketika membaca kenyataan media itu.
Sidang media itu diadakan di Pusat Media PAS dan dihadiri oleh semua pimpinan utama wanita Pakatan Rakyat.
Antaranya Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff , Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail dan Setiausaha Wanita DAP, Teo Nie Ching.
Caruman wanita
Bagi tawaran Caruman Wanita Malaysia atau Tabung Simpanan Suri Rumah, RM600 setahun akan diberikan kepada setiap suri rumah di Malaysia dalam bentuk caruman.
"Konsep yang kita gunakan adalah gabungan antara simpanan hari tua seperti KWSP dan tabung bencana semacam Socso.
"Wanita boleh mengeluarkan caruman ini selepas berumur 55 tahun atau pencen atau bayaran akan dibuat sekiranya si wanita ini sedang menghadapi musibah," kata Dr Mariah ketika menjelaskan skim ini.
Insentif Penjagaan Anak
Untuk insentif penjagaan anak pula, Roziah Ismail Timbalan Ketua Wanita PKR yang juga Exco kerajaan negeri Selangor menjelaskan, konsep ini telah dilaksanakan di negeri Selangor.
"Setiap anak dari keluarga yang mempunyai pendapatan di bawah paras yang kita tetapkan akan diberikan kopun khas.
"Dengan kopun ini, ia boleh diserahkan kepada pusat jagaan kanak-kanak ini untuk mendapat rebat dari pengusaha pust jagaan dan pusat jagaan mendapat bayaran dari pihak kerajaan dengan kopun ini," jelas beliau tentang mekanisma pelaksanaan skim yang ditawarkan Wanita Pakatan ini.
Pengurus Rumah Tangga
Untuk Penubuhan Agensi Pembantu Rumah Tempatan pula, Naib Ketua Muslimah PAS, Mumtaz Mat Nawi menjelaskan, ia bertujuan untuk melahirkan 'Pengurus Rumah Tangga Profesional' di kalangan wanita tempatan.
"Kita mahu naikkan taraf profesion pembantu rumah kepada pengurus rumah tangga. Ia bertujuan untuk membolehkan mereka mendapat latihan yang cukup dari kerajaan dan mendapat pekerjaan yang sesuai dan mulia," katanya.
Melalui pendekatan ini, pembantu rumah yang dinaikkan taraf ini akan mendapat gaji yang setimpal sesuai dengan khidmat yang mereka berikan kepada keluarga yang menggaji mereka.
Teo Nie Ching ketika menjelaskan perkara ini berkata, beliau mempunyai pengalaman peribadi tersendiri dalam isu penjagaan anak sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan.
"Selepas saya melahirkan anak baru-baru ini saya membawa anak saya ke Parlimen. Saya bertanya dimana pusat penjagaan kanak-kanak yang dijanjikan kerajaan. Mereka kata tidak ada.
"Jadi saya anggap apa yang dijanjikan oleh Najib dalam manifesto BN hanyalah palsu saja...janji dicapati saja," katanya.
MB doakan orang yang fitnahnya berubah
Mohd Nor Yahya, | 07 Apr 2013 |
Menteri Besar berkata, beliau tidak akan ambil tindakan mahkamah ke atas golongan terbabit biar pun kerap lagi melemparkan tuduhan fitnah terhadapnya.
“Umno yang tolak Islam, saya minta agar semua orang Umno dapat menerima Islam sepenuhnya. Macam mana kalau dah tolak Islam, amalan nak diterima Allah.
“Tolak Islam kerana menganggap Islam dah habis tempoh adalah berdosa,” katanya selepas merasmikan majlis penyerahan Pawah Rusa kepada 10 peserta di Pejabat Veterinar hari ini.
Mengenainya tindakan media menyiarkan separuh sahaja ucapannya, beliau berkata, itu satu kesalahan dilakukan pengamal media terutamanya yang dimiliki Umno.
“Sebab itu kita tak hairan ucapan kita sering diputar belitkan oleh media mereka,” katanya.
Beliau juga berkata, mereka yang menyokong perjuangan Islam namun kedekut dan tidak ikhlas dalam sembahyang pun tidak mendapat pahala.
Sementara itu kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar memperuntukkan RM220,000 bagi melaksanakan penternakan rusa di negeri ini.
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, seramai 10 peserta pertama dipilih Jabatan Veterinar sebagai projek perintis menternak rusa di Kelantan.
Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr Suratan Kamaruddin dan Timbalan Dekan Falkuti Veterinar UMK, Dr Mokhtar Arshad.
PRU13: Gambar tak wajib tayang dalam media perdana
http://kachipemas.blogspot.com, | 07 Apr 2013 |
PRU 13 : Gambar Ini Tak Wajib Tayang Dalam Media Perdana ....Wajib Lihat
Semangat orang muda kita yang menuntut luar negara.
Katanya gambar ini diambil di atas bukit Nabi Musa (Mount Sinai)PAS UNTUK SEMUA !! ♥ ♥ ♥ ♥
Kemeriahan PRU13 Semakin Terasa... Pelakon Abu Bakar Omar Isytihar Sokong PAS & Akan Membantu Jentera Pilihanraya PAS Di Parlimen Titiwangsa...
#Zed Zaidi "Bengang" Tak Agak-Agak?... ::.kikiki.::
DSAI mendirikan solat selepas tazkirah di Permatang Pauh
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Presiden PAS bertemu anak Terengganu hari ini
Harakahdaily, | 07 Apr 2013 |
Pertemuan itu akan diadakan di Dewan Kolej Universiti Zulkifli Mohamad, Taman Melewar jam 10.30 pagi hari ini.
Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Yahya Ali, pertemuan itu bertujuan untuk beramah mesra di samping dapat mendekatkan pimpinan dengan penduduk Terengganu di Kuala Lumpur.
"Presiden dijangka akan memberika amanat penting menjelang pilihan raya umum ini," kata Yahya.
Sehubungan itu, semua rakyat Terengganu yang berada di Lembah Klang dijemput untuk menyertai majlis ini.
Banner paling lawak BN jadi berita terhangat
Harakahdaily, | 07 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Bagi minggu ke 13, 2013, para pembaca Harakahdaily di Facebook dan Twitter paling berminat dengan artikel blog bertajuk “Banner paling lawak dari BN...” ditulis oleh paklongonline yang berkisar pada satu banner bekas presiden MIC.
Ia merupakan satu laporan berdasarkan satu banner yang dipasang di satu pagar yang menyatakan Datuk S Samy Vellu adalah calon boleh menang untuk BN.
Di tangga kedua ialah artikel bertajuk “'Datuk Seri' yang dikehendaki dilihat bersama Najib” berkisah mengenai orang yang paling dikehendaki polis iaitu Muhammad Ridzwan Sulaiman kerana dipercayai terlibat dengan gerakan teroris Sulu yang menceroboh Lahad Datu.
Ia dikatakan pernah kelihatan bersama-sama dengan Datuk Seri Najib Razak dalam satu program berkaitan dengan Palestin.
Penjelasan Khairul Fahmi Mat Som di artikel bertajuk “Khairul Fahmi jawab serangan media BN” mengenai tweetnya yang disensasikan media Umno pula mendapat tempat ketiga di hati pembaca Harakahdaily.
Berikut ialah 10 artikel terhangat 31 Mac ke 6 April.
Abu Bakar Omar isytihar sokong PAS
Harakahdaily, | 07 Apr 2013 |
(Abu Bakar dipakaikan baju T oleh Mohamad Nor dengan diperhatikan oleh Zamri, calon PAS Tititwangsa)
Pelakun lelaki yang terkenal semasa era filem Opah di dalam TV1 dan TV3 dahulu telah berikrar untuk menolong calon Pakatan Rakyat pada PRU13 ini.
Abu Bakar telah dipakaikan baju T Zamri Asa'ad, calon PAS Titiwangsa oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Mohamad Nor dalam satu majlis ceramah malam tadi.
Turut serta di majlis itu adalah Zamri sendiri yang diumumkan sebagai calon PAS di Titiwangsa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini.
Abu Bakar yang berasal dari Titi Gajah, Alor Setar, Kedah terkenal sebagai pelakon yang hebat dan pernah menang beberapa anugerah dalam bidang lakonan.
Pemuda PAS lantik Ustaz Azhar Idrus sebagai duta
Harakahdaily, | 06 Apr 2013 |
(Mohd Nor bersalam dengan Ustaz Azhar Idrus)
KUALA TERENGGANU: Pemuda PAS Terengganu telah melantik Ustaz Azhar Idrus sebagai duta mereka dalam pilihan raya umum akan datang ini.
Menurut laman Buletinonline, Ustaz Azhar (akan) menjadi 'Duta' Pemuda PAS di sepanjang (kempen) PRU-13,"beritahu ketuanya, Ustaz Mohamad Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi DUN Bukit Payong.
Dalam pilihanraya ini, naib ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah akan bertanding di peringkat parlimen.
Ustaz Mohd Nor Hamzah sendiri dijangka akan mempertahankan kerusi DUN Bukit Payong.
Timbalan ketua Ustaz Ridzuan Hashim pula, InsyaAllah akan meneruskan perjuangannya di DUN Teluk Pasu yang ditandingi beliau sebelum ini.
Beliau memberitahu perkara ini ketika ditemui Buletinonline selepas program 'Gatih Bersama Ustaz Azhar Idrus' di sini semalam, Jumaat 5 April.
Sehubungan itu, beliau berkata, DPPNT akan berusaha keras bagi memastikan calon-calon di kalangan pemuda yang diberi amanah untuk bertanding dalam PRU-13, memperolehi kejayaan dan menang.
Oleh itu, menurutnya, DPPNT akan akan melancarkan secara rasmi tawaran 'Anak Muda Berkebajikan' ke Wisma Darul Iman dan Putrajaya dalam masa terdekat.
"kita akan lancarkan (manifesto) tawaran anak muda berkebajikan ke wisma (Darul Iman) dan Putrajaya, dan kita mahu anak-anak muda tahu dan merasai, sesungguhnya kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat, (di) Terengganu dan Pusat, ambil cakna kebajikan dan agenda kehidupan mereka,"tambahnya
Sungai Siput: MIC tolak calon boleh menang
Harakahdaily, | 06 Apr 2013 |
Ini kerana Samy sendiri telah memaklumkan sebelum ini bahawa dia adalah 'winable candidate'.
"Adakah calon baru yang bakal diketengahkan oleh MIC untuk kerusi Parlimen Sungai Siput adalah calon boleh menang? Adakah juga Datuk Seri Palanivel sebagai calon boleh menang?" soal Dr Ahmad Nuri Al Amin, Ketua Penerangan PAS Perak.
Bagi Nuri, sepatutnya Palanivel yang juga Pengerusi MIC Perak perlu mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput dan bukannya menyerahkan kepada calon lain.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Palanivel ini sebagai sebahagian pertembungan terbuka yang kini berlaku di dalam MIC Perak.
Selepas ini beliau yakin ia akan berlaku pula di dalam Komponen Barisan Nasional (BN) yang lain termasuk sekutu baru mereka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas yang menyokong BN.
"Ini membuktikan BN terutamanya di Perak masih gagal menyelesaikan isu pembahagian kerusi sehingga kini," katanya.
Calon boleh menang juga sehingga kini masih tidak dapat dijumpai oleh BN atas faktor-faktor ketidak telusan yang sehingga kini dapat rakyat lihat terutamanya isu salahguna kuasa, rasuah dan kronisme yang masih tidak mampu diselesaikan oleh BN.
Manifesto: PR 10 minit, BN siaran langsung
Harakahdaily, | 06 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR:
Ketika Pakatan Rakyat (PR) bertungkus lumus menjelajah ke seluruh
negara bagi membentangkan manifesto pilihan raya kepada rakyat, Umno BN
mendapat laluan mudah apabila manifestonya disiarkan secara langsung
oleh media milik kerajaan dan media arus perdana.
“Agak lucu apabila dia (Umno BN) tawarkan 10 minit kepada Pakatan Rakyat untuk bentangkan manifesto (secara rakaman),” kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul kepada TV Selangor hari ini berhubung perkara itu.
Majlis pelancaran manifesto BN untuk PRU13 oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib di Stadium Bukit Jalil malam ini dalam satu majlis khas akan disiarkan secara langsung oleh media perdana di negara ini.
Johari turut mempersoalkan siaran langsung tersebut kerana kerajaan yang wujud ketika ini adalah kerajaan sementara di mana Umno BN sebagai pentadbir tidak boleh menggunakan agensi atau jentera kerajaan bagi kerja parti.
“Saya ingin bertanya sama ada Umno BN membayar atau tidak kepada RTM kerana menggunakan fasiliti kerajaan. Secara undang-undang, dia (Umno BN) tidak boleh menggunakannya untuk tujuan kerja-kerja parti,” ujarnya dipetik Selangorku.
Johari mendakwa, Umno BN melakukan perubahan terhadap manifestonya yang diyakini telah disiapkan awal tetapi ditarik semula apabila PR melancarkan manifesto lebih awal.
Sebagai contoh, katanya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak pernah didebatkan di dalam Parlimen sama ada bagi bajet 2010, 2011 atau 2012.
“Bila PR menyediakan Buku Jingga pada 2010 yang didalamnya jelas menyatakan bantuan RM1,000 setahun kepada rakyat khususnya berpendapatan rendah maka Umno-BN lantas melancarkan BR1M walaupun tiada bajet diluluskan oleh Parlimen.
“Ini menunjukkan Umno-BN ketandusan idea. Dia cuma akan buat ‘adjustment’ terhadap apa yang dia ada dan mengikut apa dicadangkan PR. Bagi saya, Umno-BN tidak mempunyai ‘originality’ tetapi ‘copycat’,” katanya.
“Agak lucu apabila dia (Umno BN) tawarkan 10 minit kepada Pakatan Rakyat untuk bentangkan manifesto (secara rakaman),” kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul kepada TV Selangor hari ini berhubung perkara itu.
Majlis pelancaran manifesto BN untuk PRU13 oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib di Stadium Bukit Jalil malam ini dalam satu majlis khas akan disiarkan secara langsung oleh media perdana di negara ini.
Johari turut mempersoalkan siaran langsung tersebut kerana kerajaan yang wujud ketika ini adalah kerajaan sementara di mana Umno BN sebagai pentadbir tidak boleh menggunakan agensi atau jentera kerajaan bagi kerja parti.
“Saya ingin bertanya sama ada Umno BN membayar atau tidak kepada RTM kerana menggunakan fasiliti kerajaan. Secara undang-undang, dia (Umno BN) tidak boleh menggunakannya untuk tujuan kerja-kerja parti,” ujarnya dipetik Selangorku.
Johari mendakwa, Umno BN melakukan perubahan terhadap manifestonya yang diyakini telah disiapkan awal tetapi ditarik semula apabila PR melancarkan manifesto lebih awal.
Sebagai contoh, katanya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak pernah didebatkan di dalam Parlimen sama ada bagi bajet 2010, 2011 atau 2012.
“Bila PR menyediakan Buku Jingga pada 2010 yang didalamnya jelas menyatakan bantuan RM1,000 setahun kepada rakyat khususnya berpendapatan rendah maka Umno-BN lantas melancarkan BR1M walaupun tiada bajet diluluskan oleh Parlimen.
“Ini menunjukkan Umno-BN ketandusan idea. Dia cuma akan buat ‘adjustment’ terhadap apa yang dia ada dan mengikut apa dicadangkan PR. Bagi saya, Umno-BN tidak mempunyai ‘originality’ tetapi ‘copycat’,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan