BN cedok manifesto, kata pemimpin Pakatan
Setiausaha
Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa BN menciplak kandungan manifesto
Pakatan Rakyat untuk dimasukkan dalam manifesto yang dibentang oleh
perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam tadi.Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Mustafa mendedahkan sekurang-kurangnya sembilan perkara yang didakwa dicedok daripada manifesto Pakatan.
Mustafa berkata BN hanya mengolah istilah tertentu dalam untuk membezakan antara kedua-dua manifesto tetapi "polisi yang dipinda mengikut cara kita".
Antara perkara yang dicedok daripada manifesto Pakatan itu, dakwa Mustafa, adalah janji untuk mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.
Manifesto Pakatan pula, katanya, menawarkan untuk menghapuskan cukai eksais kereta dalam tempoh lima tahun agar harga kereta lebih berdaya saing serta membolehkan kereta dikeluarkan dengan harga serendah RM25,000 sebuah.
Selain itu, BN juga berjanji untuk membina 1,000,000 rumah mampu milik termasuk 500,000 rumah melalui skim Perumahan Rakyat 1Malaysia.
Beliau membandingkan janji berkenaan dengan tawaran untuk membina 150,000 rumah akan dibina dalam akategori kos rendah, sederhana dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.
Selain itu, BN juga berjanji untuk meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas daripada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Dalam manifesto Pakatan pula, bayaran royalti itu kepada negeri pengeluar minyak dan gas itu ditawarkan untuk dinaikkan dari 5 peratus ke 20 peratus.
"Ini beberapa perkara yang disebut. Apa yang disebut dalam manifesto dalam manifesto BN banyak persamaan, bukan sahaja kebetulan tapi diceduk daripada manifesto Pakatan," katanya.
Sementara itu, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dalam satu sidang media berasingan hari ini berkata, beliau melihat bahawa manifesto yang diumumkan tidak disalin bulat-bulat daripada tawaran Pakatan tetapi cuba mengetengahkan tawaran “populis, tanpa perubahan fundamental”.
“Ini adalah plagiarisme dalam definisinya yang jelas. Manifesto itu populis, tetapi tercicir perkara yang lebih utama, iaitu reformasi fundamental,” katanya dalam ucapan selepas acara pemeriksaan kesihatan di kawasan Lembah Pantai hari ini.
Di sisi DAP pula, setiausaha organisasi kebangsaannya Anthony Loke berpendapat pengumuman Najib untuk meningkatkan bayaran melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada RM1,200 akan turut meningkatkan peruntukan untuk bantuan berkenaan kepada kira-kira RM6 bilion.
Loke dalam laporan The Star hari ini berkata, Pakatan sebaliknya menawarkan bantuan tunai kepada warga emas sebagai tanda penghargaan.
"Bila BN mengkritik kita bahawa pembangkang akan membankrapkan negara dengan manifesto kami, mereka sepatutnya melihat diri sendiri," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
PERKASA dakwa terima surat palsu Yusuf Al-Qardhawi
Naib
presiden PERKASA Datuk Zulkifli Noordin mendakwa Pakatan Rakyat akan
menyebarkan risalah palsu yang mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim mendapat sokongan ulama terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf
Al-Qardhawi.Laporan Mingguan Malaysia menyebut, MP Kulim-Bandar Baru itu mendakwa menerima salinan risalah bertarikh 2 Mac, didakwa sebagai surat dari ulama berkenaan yang mengandungi sokongan kepada Anwar.
“Ini merupakan politik terdesak Anwar untuk penuhi nafsu ke Putrajaya. Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan risalah palsu yang merupakan taktik kotor pembangkang,” kata Zulkifli seperti dipetik akhbar milik Umno itu.
Perlumbaan untuk menggunakan nama ulama besar tersebut dalam kempen politik di Malaysia bermula apabila lumpulan penyokong Anwar giat menyebarkan rakaman berhubung fatwa yang dikeluarkan Dr Yusuf terhadap pertuduhan Liwat II yang dihadapi oleh ketua pembangkang.
Malah, Anwar dalam ceramahnya juga sering mengulangi fatwa oleh Ketua Ulama Islam Sedunia itu, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun tidak mahu ketinggalan dalam usaha untuk menggunakan nama penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah tersebut.
Dalam ucapannya, Najib juga sering mengulangi mengenai sepucuk surat yang diterimanya daripada ulama Mesir itu.
Najib mendakwa Dr Yusuf menyatakan pengiktirafan dan penghargaan beliau kepada kerajaan terhadap misi lawatan kemanusiaan itu yang disifatkannya sebagai misi yang berani dan luar biasa.
Sokongan Dr Yusuf itu dikaitkan Najib dengan iltizam kerajaan pimpinannya untuk mempertahankan kalimah Allah.
Umno lawan Anwar 'habis-habisan' di Permatang Pauh
Umno
Bahagian Permatang Pauh tidak gentar untuk berhadapan dengan Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mempertahankan kerusi
Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Ketua UMNO bahagian itu Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata pihaknya tidak akan terjebak dengan muslihat politik Anwar yang sebelum ini mengumumkan untuk bertanding di luar kawasan kubu kuatnya itu kerana percaya tindakan Ketua Umum PKR itu sebagai helah untuk melekakan jentera pilihan raya Umno.
Beliau berkata pihaknya telah membuat persedian sejak awal lagi untuk berhadapan dengan siapa juga calon terutama penyandangnya, Anwar.
"Kita tahu Anwar tidak habis-habis menipu dengan taktik itu (mengumumkan bertanding di luar) supaya kita tidak payah bekerja kuat atau leka, sebaliknya beliau silap kerana Umno di sini telah membuat persedian dari awal lagi.
"Umno Permatang Pauh tidak akan terpedaya dengan taktik Anwar sebaliknya kita akan menentang beliau habis-habisan di kubu kuatnya," katanya kepada pemberita selepas Program Santai Anak Muda Berkoperasi Parlimen Permatang Pauh di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir di Bukit Mertajam hari ini.
Program yang dihadiri kira-kira 8,000 orang itu dirasmikan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Nik Ali Mat Yunus.
Anwar mengumumkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenanginya pada PRU-13 pada satu ceramah di Taman Pauh malam kelmarin.
Abdul Jalil berkata jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh sudah bersedia menggempur kubu lawan dan tidak akan memberi laluan mudah kepada Anwar untuk menang di parlimen itu.
"Kita memberi amaran kepada Anwar bahawa jentera di sini telah bersiap sedia dan tidak akan memberi laluan atau kemenangan mudah sebaliknya kita akan merampas kembali kerusi yang menjadi kubu kuat PKR itu pada pilihan raya kali ini," katanya.
Anwar memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas mengalahkan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim) pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008 dengan majoriti 15,671 undi.
-Bernama

'Kalau ada 100 PM, boleh beri 1 pada Anwar'
Mantan
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas beberapa
pemimpin utama Pakatan Rakyat yang bercita-cita ingin menguasai
Putrajaya jika berjaya mendapat dua pertiga majoriti parlimen pada
pilihan raya umum akan datang.
Antara pemimpin yang menjadi mangsa sindirannya adalah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh DAP Lim Kit Siang.
Berucap dalam majlis Perhimpunan Selamatkan Selangor hari ini, tanpa menyebut nama Anwar, Dr Mahathir menyindir pemimpin PKR itu yang bercita-cita ingin menjadi perdana menteri dan bukannya untuk memajukan negara ini.
"Sepatutnya negara kita ada 100 perdana menteri. Kita boleh beri satu jawatan kepada dia. Kalau di Putrajaya, kita boleh beri dia satu bilik untuk dia.
"Dia boleh jadi PM, sebab beliau minat sangat jadi PM. Dia bukan mahu menjadikan negara kita maju," katanya berseloroh diringi sorakan hadirin.
Berucap di hadapan kira-kira 3,000 hadirin di Shah Alam, Dr Mahathir turut menyindir Nik Aziz yang didakwanya bukan sebagai 'tok guru' tetapi 'pemimpin politik yang mahukan kuasa'.
'Nik Aziz, awak dah nyanyuk'
Mahathir turut mendakwa Nik Aziz sebagai 'nyanyuk' kerana didakwanya bercakap "haru-biru dan tanpa asas agama termasuk dakwaan memecah-belahkan umat Islam".
"Dah kata kepada semua orang, dia kata, kalau saya berhenti, dia akan berhenti. Tapi saya berhenti, dia tak berhenti. Dia nak bertanding lagi. Sudahlah, awak tu dah nyanyuk. Cakap haru-biru.
"Tidak ada asas agama sama sekali. Ini bukan tok guru, ini orang mengutamakan diri, tamak dan yang suka memecahbelahkan orang Islam," katanya sambil menambah sebaliknya ajaran Islam adalah menganjurkan persaudaraan dalam Islam.
Dr Mahathir menempelak dakwaan terhadap Umno bahawa anggotanya menjadi kafir, sembahyang dua imam, ditanam mayat dengan kubur berasingan dan menceraikan isteri yang menjadi ahli Umno.
"Daripada mana datangnya ajaran ini, Apakah datang daripada Islam atau datang daripada keingingan Nik Aziz nak jadi perdana menteri?
"Tapi sekarang ini diberikan kepada Anwar. Tapi Hadi pun teringin juga," sindir Dr Mahathir sambil diiringi dengan gelak ketawa hadirin.
Bakar semangat kecinaan
Sambil berseloroh Dr Mahathir berkata beliau mengakui beliau 'tersilap' kerana membina pejabat perdana menteri di Putrajaya "cantik sangat".
"Dulu nak lelong Putrajaya. Kalau kami menang, kami akan lelong Putrajaya. Sekarang ni hendak sangat pergi ke Putrajaya... Lelonglah, awat tak lelong.
"Cakap berlainan... Macam mana kita bagi bilik dekat Anwar Ibrahim. Kita juga boleh beri satu kerusi kepada Nik Aziz atau Hadi.
"Boleh duduk situ...(Duduk) asing-asing. Dalam bilik yang tebal. Orang ni kuat tau. Sebab tu kena ada dinding yang tebal," kata Dr Mahathir berseloroh yang diiringi dengan sorakan daripada hadirin.
Dr Mahathir juga membidas ahli parlimen Ipoh Timur yang didakwanya enggan bersara sepertinya, dan memberi peluang kepada muka baru untuk membuat perubahan.
"Sebab itu dia berpindah bertanding di kawasan Cina. Tak berani bertanding di kawasan Melayu. Sedangkan kita (BN) bertanding di semua kawasan.
"Mereka bergantung kepada orang Cina dan membakar semangat kecinaan rakyat Malaysia," dakwa Mahathir lagi.

- Gin Marvel · Ikuti · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, MalaysiaGM dapat lihat dari air wajah Madey ini, rasanya anda "TAK BERAPA NAK SIHAT"..harap dapat bertahan yer..!! Lihat bekas anak buah kesayangan Dr M ini jadi PM ke 7 dulu...hehe......!
PR ialah RAKYAT, BN itu adalah KRONIES....!!!
PR tak kisah DSAI tak dapat jadi PM sekali pun, hati kami sebagai Rakyat bawahan ni bertujuan utk membongkar segala ketirisan & penyelewengan harta Negara Malaysia & Rakyat. Juga Rakyat ingin melihat kembali ekonomi Malaysia kembali bersinar TANPA HUTANG RM 550 Bilion.....
Faham.....!!!! Pru 13, Asalkan Bukan Umno..!!!- Taguci Paradox · Pengulas Tertinggi · Smk Sultan Abdullah
- Fauzi Onizuka · Pengulas Tertinggi · Manger / Consultant di OzKreatif
- Zahari Ari · Pengulas Tertinggi · umur 48 tahun
- Uwajin Suprato · Ikuti · Pengulas Tertinggi · Eksekutif Kanan di Kuala Lumpur, MalaysiaSedap2 kata org nyanyuk, yg dia berhempas pulas setengah mampus nak mempertahankan UMNO/BN seolah2 Najib tak berapa nak cerdik. Kami rasa kamu ni nyanyuk dah lah....sekiranya PR menang PRU13, kamu sakit silap2 mati dalam mahkamah kut. Tunggu dan lihat. Semua ini terpalit dgn rasuah besar sebab itu mereka tidak lena tidor skrg ini. Semoga Allah memberi pertolongan agar perasuah besar ini dapat diadili.
- Sobri Yusoff · Pengulas Tertinggi · Sekolah atap saja
- Azrill Rii · Pengulas Tertinggi · umur 22 tahunPersoalan : Kalauilah dikatakan BN yang membuat video xxx kepada DSAI mengapa tiada video yang sama untuk Lim Kit Siang, Datuk Nik Aziz, Lim Guan Eng, Karpal Singh. Cuba fikir-fikirkan? Mengapa video seorng ni aje yang ada. Isu ini berterusan sejak bertahun-tahun lamanya. Soalnya ialah kerana dirinya letakkan dalam keadaan difitnah. Fikir2kanlah
- Mamatni La · Pengulas Tertinggi · Smsm
- Kyototan Abdul · Pengulas Tertinggi
- Omar Jais · Pengulas Tertinggi · Bekerja di JKR dan RTMMasih blom bertaubat nampaknya.....pintu taubat masih lagi terbuka...Allah masih beri dia pluang, dan ambillah ksempataan itu sblom nyawa kamu di angkat....banyakkan nonton drama'' tanah kubur'' supaya mjadi teladan...jgn biarkan rakyat myaksikan mayat anda dlm keadaan yg mengerikan.
- Din Ding · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai PetaniSobri Yusoff ....Mamak Kutty tu tinggi ke ilmu agama dia? Boleh jadi imam? Pandai mengajar agama? Pandai baca Quran? Bini pun tak boleh bimbing...sampai tua kerepot tak pernah tahu nak bertudung? Anak pun lintang pukang...tokeh arak...Sedap mulut mengata Nik Aziz... Sah nyanyuk...besok mati siapa yang nak solatkan kau Mamak Kutty? Anak kau? Siapa nak bacakan talkin? Anak kau?
- Ijan Ally · Pengulas Tertinggi · Sek. Men. Dato Jaafar Johor BahruKroni yg nyata awak tak nampak ke atau saja terseliuh mata? Yg nyata Lim KIt Siang, Guan Eng dan isteri..tu kroni.....gaji ADUN dan Parlimen mrk bertiga aje dah berapa..tu gaji!!!!Ada yg ada dua kerusi lagi...Karpal dan anaknya...tu kroni..yg ni..lagi kroni besaq...Nuar, Isteri dan Izzah...Nik Aziz, menantu..tu kroni Islam lagi...Ngeh bersepupu..tu pun kroni...
- Cari Damai · Pengulas Tertinggi
- Amn Mohdnor · Ikuti · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Aker SolutionsMadey telah mencipta fahaman melayu ...bukan fahaman Islam supaya jgn melawan pemimpin, imam2 x perlu sibuk utk mengetahui hal luaran politik, duk diam jer dlm masjid, rakyat x perlu sibuk mengetahui kemana duit hilang tanpa di selidiki...dan diperbodohkan lagi dgn rasuah BRIM umpama zaman jahiliah yg menabur duit pada hamba abdi yg dlm kesengsaraan..
- Mohamad Noor Mohd Zain · Pengulas Tertinggi · Penjaja kecil bumiputra di Ericsson Saudi ArabiaGM aku masih teringat kata2 Allahyarham bekas President PAS...dia kata "Kita doakan semoga Mahathir dipanjangkan umur oleh Allah agar dia dapat melihat segala kerosakan yg pernah dia buat semasa berkuasa dulu"...nah...sekarang dia mula menyaksikan kerosakan2 tersebut...
- Patrick Koh · Pengulas Tertinggi
- Khairrudin Omar · Pengulas Tertinggi
- Sasterawan Rimbas · Pengulas Tertinggi
- Babah Ayith · Pengulas Tertinggi · SM Vokasional Tawau
- Rumilah Marsono · Pengulas Tertinggi · umur 48 tahun
- Raja Mohd Shahrim · Ikuti · Pengulas Tertinggi · 1,367 orang pelanggan3,000 orang.. dah naik ker??.. mengikut sumber hanya sekitar 2,000 org saja..lantaklah..ni satu soalan yg patut ditanya pada Maddey Kerala.......
Siapakah yang memecahbelah rakyat dan negara sehinggalah lahir PKR, PAS dan DAP dibumi Malaysia.......???
Pusinglah mcm mana pun.. jawapannya akan kembali pada UMNO............ dan bapak agen perpecahannya adalah Maddey Kutty Migeul Iskandar Kiram Kerala...- Cliff Edison Wiffred Sibat · Pengulas Tertinggi · UiTM Shah Alam
- Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
- Radzi Suhaimi · Pengulas Tertinggi · Pengurus Ladang di Kerja sendiri jeeee
- Margono Gombal · Pengulas Tertinggi · Gosok gigi harimau di Berkerja di XLcenter,Depo kupang
- Shaifuddin Qudeen · Pengulas Tertinggi · High School Klang
- Rahim Yunus · Pengulas Tertinggi · Uitm
- Ijan Ally · Pengulas Tertinggi · Sek. Men. Dato Jaafar Johor Bahru
- Muhammad Hafidz · Pengulas Tertinggi · SMK Aminuddin Baki
- Ujang Jang · Pengulas Tertinggi
- Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2Shaifuddin Qudeen :
Sampai matipun Mahathir ini akan terus berdendam dgn Anwar..Sehinggalah saat nazaknya dia akan memanggil Anwar utk memohon Maaf.. - Cincinku Jutajuta · Pengulas Tertinggi · Pecacai di First Lady of Malaysia
- Khomarudden Mohd Khair Juhari · Pengulas Tertinggi · Bekerja di UTM Skudai
- Jamaludin AR · Pengulas TertinggiKacamata dia saja yang dia kira. Kasi debat terbukalah di tv sajalah mcm negara maju buat. Baru nama adil apa orang lain boleh cakap sama.Alasan basi untuk nak kekalkan kekuasaan keroni mereka.
PR memang betul 'gilakan kuasa', tetapi hanya mahu meletakan perkara ditempat yang betul. Tanggung jawab itu amanah Allah, dan bukan peluang nak kaut untung dan bankrupkan negara. - Babah Ayith · Pengulas Tertinggi · SM Vokasional Tawau
- Saiden Zakaria · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysiamadet hng duduk diam2 dah tua, tgk pak lah relax ja
- Alam Perwira · Texas A&M UniversityMakin kamu mencaci tok guru,semakin rakyat benci BN..kami anak muda tetap dengan kepimpinan tok guru...TAMATKAN REJIM BN!!
- Din Ding · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Petani
- Shaifuddin Qudeen · Pengulas Tertinggi · High School Klang
- Rozak Zaki · Pengulas Tertinggi · Design Engineer di Electro-Mechanical Engineering TechnologyWajib baca artikel terhot dari Sabahkini...madey disaran hassnar di hukum bunuh kerana mengkhinati negara dgn projek ic..baca pendedahan penuh di link..
"SAYA terkejut ketika Pesuruhjaya Polis Sabah, Maulana Babjee memanggil saya dan mengarahkan saya membunuh beberapa orang Kadazan dan Cina untuk mencetuskan rusuhan kaum. Saya tergamam!" kata Mantan Ketua Daerah Sandakan, OKK Asainar Bin M.P. Ebrahim @ Hassnar.
Asainar Bin M.P. Ebrahim @ Hassnar adalah salah seorang bekas tahanan ISA yang paling lantang menyuarakan isu PATI dan kad pengenalan Projek. Beliau merupakan salah seorang daripada 52 tahanan ISA yang menjadi dalang sindiket kad pengenalan projek.
link : http://shalehudin.blogspot.com/ 2012/03/ panas-wajib-baca-artikel-te rhot-dari.html
...'anak kecil main api'..at last ' bumi dipijak milik orang' sudah jadi realiti dan akan terus berlaku di negeri2 lain selagi umno berkuasa dan gila kuasa..... - Ijan Ally · Pengulas Tertinggi · Sek. Men. Dato Jaafar Johor Bahru
- Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA'Berucap dalam majlis Perhimpunan Selamatkan Selangor hari ini, tanpa menyebut nama Anwar, Dr Mahathir menyindir pemimpin PKR itu yang bercita-cita ingin menjadi perdana menteri dan bukannya untuk memajukan negara ini.'
Sudah2la mahathir. Semakin kamu bercakap, semakin menampakkan betapa dengki & sakit hatinya kamu terhadap Ds Anwar & pimpinan PR yg lain. Org bukan nak sgt jadi PM mahathir oii! Org dok fikir camne nak selamatkan rakyat & negara, dari org2 yg betul2 gilakan kuasa & pangkat, sehingga klau boleh nak perintah selama2nya. Yg sebetulnya, yg dok gila2kan sgt nak pd kuasa, umno & pimpinannya lah! Sendiri mau ingat la mahathir! Semakin kamu bercakap, semakin menampakkan betapa teruknya hati kamu. Lebih baik dok diam!...- Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
- Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERASeorg PM yg baik adalah seorg PM yg mengenal jauh kedlm permasalahan & kesusahan rakyat, & berusaha bagaimana utk menyingkirkan sgala kesusahan & bebanan ini dari rakyat. & dia pulak dari kalangan org biasa, bukan kalangan bangsawan & raja2. Ciri2 ini ada dlm Ds Anwar, maka layaklah dia menjadi PM sterusnya (ke7) bagi malaysia. Adakah PM2 umno sbelum ni sehingga skrg, mempunyai sikap/sifat sebegini?? Jauh sekali. Sbb itu mereka lebih mementingkan kedudukan mereka & kroni mereka, dari rakyat yg menderita dibawah (mahathir mesti lebih tahu)...
- Nasir Mohd · Pengulas Tertinggi
- Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA"Tidak ada asas agama sama sekali. Ini bukan tok guru, ini orang mengutamakan diri, tamak dan yang suka memecahbelahkan orang Islam," katanya sambil menambah sebaliknya ajaran Islam adalah menganjurkan persaudaraan dalam Islam".
Siapa yg x ada asas agama sama sekali mahathir? Kamu ker? Klau TGNA tu, banganglah sape yg kata dia x ada asas agama, sbb dgn pengetahuan agama yg luasnya itulah, org ramai anugerahkan panggilan Tok Guru pdnya. Kamu pulak, reti x agama? Bukan kamu ker yg dok kata sbelum ni, hudud x ada dlm al-Quran & hanya ciptaan ahli fekah?... - Cliff Edison Wiffred Sibat · Pengulas Tertinggi · UiTM Shah Alam
- Saplie Manap · umur 53 tahun
- Azrill Rii · Pengulas Tertinggi · umur 22 tahunPersoalan : Kalauilah dikatakan BN yang membuat video xxx kepada DSAI mengapa tiada video yang sama untuk Lim Kit Siang, Datuk Nik Aziz, Lim Guan Eng, Karpal Singh. Cuba fikir-fikirkan? Mengapa video seorng ni aje yang ada. Isu ini berterusan sejak bertahun-tahun lamanya. Soalnya ialah kerana dirinya letakkan dalam keadaan difitnah. Fikir2kanlah
- Sobri Yusoff · Pengulas Tertinggi · Sekolah atap saja
- Nasir Mohd · Pengulas Tertinggi
- Cari Damai · Pengulas Tertinggi
- Akik Desa · Pengulas Tertinggi · Miri, Sarawak
Dr M akan kempen untuk 'tuan guru' Ibrahim Ali
Menteri
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan berkempen
untuk Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket BN pada
pilihan raya umum nanti.
"Kalau Ibrahim Ali menjadi calon, saya akan pergi ke Pasir Mas untuk berkempen. Dia punya (Pertubuhan) PERKASA bukan calang-calang. Parti (pertubuhannya) dah ada 400,000 orang ahli.
"Kita berharap BN akan memberi tempat kepada Tuan Guru Datuk Ibrahim Ali. Ini adalah sebagai balasan. Kerana (budi) BN, kita balas," kata Dr Mahathir diiiringi dengan gelak ketawa hadirin.
"Tak macam orang itu, tak balas budi. Dia tikam daripada belakang," katanya tanpa menyebut nama individu yang dimaksudkannya.
Bekas presiden Umno itu berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dalam majlis Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran NGO pendesak Melayu PERKASA negeri itu di Shah Alam petang ini.
Bercakap di hadapan kira-kira 3,000 hadirin, bekas presiden Umno itu juga mengambil kesempatan menyeru supaya rakyat memberi sokongan kepada BN bagi membolehkan segala janji dapat ditunaikan kepada rakyat.
"Kalau tak tunai, saya akan datang sekali lagi. Tetapi saya tahu, Najib akan menunaikan janji. Mengundilah calon BN, tidak kira siapa jadi calon.
"Kita undi dacing, tengok dacing dan pangkah dacing. Bukan calon yang buat kerajaan tapi parti. Beri BN kemenangan, Insya-Allah, Selangor akan selamat," katanya sambil diiringi dengan tepukan hadirin.
Sebelum itu, Ibrahim dalam ucapannya mengumunkan akan menyerahkan jawatannya untuk dipangku oleh timbalannya Datuk Abdul Rahman Bakar pada 9 April ini kerana mahu mempertahankan kerusi Pasir Mas.
"Saya akan mempertahankan kerusi Pasir Mas... Membujur lalu melintang patah," katanya sambil menyeru hadirin membantu BN bagi mendapat kemenangan dua pertiga majoriti di parlimen.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan