Ahad, 7 April 2013

MUDAH AJE...NAK PILIH KAKI LIPAT ATAU KURANG SIKIT MELIPAT@NAK PILIH KAKI SONGLAP ATAU NAK PILIH YANG KURANG SIKIT

Mahathir dakwa Nik Aziz pemimpin politik tamak kuasa
Wartawan Sinar Harian
7 April 2013
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan "tok guru", sebaliknya hanya seorang pemimpin politik yang ingin mendapatkan kuasa.

Katanya, pemimpin Pas itu sekadar 'peminat politik' yang tamak mendapatkan kuasa dengan menggadai agama.

"Orang tidak panggil tok guru, tetapi hanya peminat politik yang tamak mendapatkan tempat dengan menggadaikan agama.

"Ini bukan pemimpin, hanya nak undi dan mendapatkan kuasa. Inilah Nik Aziz yang bukan berjuang untuk Islam," katanya pada ucaptama Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran Perkasa di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2 di sini, semalam.

Beliau berkata, Nik Aziz hanya menipu rakyat untuk mendirikan negara Islam, walhal tanpa sokongan DAP, tidak mungkin Pas dapat mendirikan negara Islam ala Pas.

"Ada 222 kawasan (Parlimen), tetapi kalau Pas hanya bertanding 65 kawasan sahaja, bolehkah Pas menjadi kerajaan, tanpa sokongan (Pengerusi DAP) Karpal Singh, Pas tidak dapat apa-apa.

"Tetapi Islam  Pas dan Islam kita nampak berbeza. BN tidak pernah menolak Islam, dengan mengisytiharkan negara ini negara Islam.

"Tetapi Pas nak buat (engara Islam) untuk menang kerusi dan Islam itu bergantung kepada Karpal Singh," katanya.

Tambah Dr Mahathir, sekarang Nik Aziz sedar dan terpaksa mengemis meminta pertolongan DAP dan PKR kerana dia tahu, mendirikan negara Islam ala Pas tidak mungkin dapat dilaksanakan.

Beliau turut menyelar keputusan Nik Aziz masih lagi meneruskan jawatannya meskipun usia sudah lanjut.

"Kata nak berhenti, tetapi apabila saya sudah berhenti, dia (Nik Aziz) tidak berhenti lagi, hendak bertanding lagi dalam pilihan raya umum ini," katanya.


Johor diselubungi teka-teki calon MB baru

7 April 2013
Datuk Abdul Ghani Othman
Datuk Abdul Ghani Othman
JOHOR BAHRU - Teka-teki paling popular di Johor ketika ini menyentuh persoalan berhubung siapakah calon Menteri Besar Johor yang baru menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman.
 
Rakyat Johor sudah hampir pasti akan mendapat Menteri Besar yang baharu bagi menggantikan Abdul Ghani yang telah memimpin negeri selatan tanah air ini selama empat penggal bermula dari 1995.
 
Dengan Abdul Ghani, anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom sudah hampir pasti akan bertanding di kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), beberapa nama disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Johor yang baru.
 
Menteri Besar itu kini disebut-sebut akan mempertaruhkan dirinya menentang Penasihat DAP Lim Kit Siang di kerusi Parlimen Gelang Patah, di dalam pertandingan yang disifatkan sebagai "Titanic Battle" pada PRU-13.
 
Di antara nama yang paling kerap disebut rakyat Johor ketika ini adalah Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mohamed Khaled Nordin, yang juga Anggota Parlimen Pasir Gudang.

Sebenarnya nama Mohamed Khaled telah pun disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Johor yang baharu sejak dua penggal pilihan raya umum yang lepas, tetapi ia tidak menjadi kenyataan pada saat-saat akhir.
 
Menteri Pengajian Tinggi itu dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, pertimbangan yang penting bagi mereka yang menaruh harapan mahu menjadi Menteri Besar Johor.
 
Menurut beberapa pemimpin Umno negeri yang enggan dinamakan, Khaled merupakan calon teratas dalam senarai pemimpin Umno yang menjadi pilihan untuk mengambil alih tempat Abdul Ghani.
 
"Khaled mempunyai dua pilihan iaitu sama ada bertanding di dua kerusi DUN iaitu Tiram atau Tanjung Puteri kerana DUN Permas yang berada di bawah Parlimen Pasir Gudang merupakan milik MIC," katanya.
 
Bagaimanapun Menteri Pengajian Tinggi itu dijangka memilih DUN Tiram kerana kedudukannya yang berhampiran dengan Parlimen Pasir Gudang bagi membolehkannya terus dekat dengan kawasan parlimen itu.

Jika beliau memilih untuk bertanding di DUN Tanjung Puteri pula, Mohamed Khaled dijangka akan berganding semula dengan mentornya Anggota Parlimen Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
 
Selain Menteri Pengajian Tinggi, nama-nama lain yang disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Johor yang baharu termasuk Ketua Umno Bahagian Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim.
 
Nur Jazlan, Pengerusi UDA Holdings dan seorang akauntan bertauliah juga dilihat calon sesuai untuk jawatan Menteri Besar Johor bagi meneruskan usaha agresif kerajaan negeri dan Pusat untuk menarik pelaburan ke Johor dan Iskandar Malaysia.
Mudah sahaja: Najib atau Anwar?
Tan Sri Abdullah Ahmad
7 April 2013
(K) TAN SRI ABDULLAH AHMAD
$entry.content.caption.value
KOLUM pertama ‘Skesta PRU13’ (Rabu 6 Februari) bertajuk: Referundum: Najib atau Anwar? Di Kelantan, kesinambungan atau cuba Umno pula? Sepuluh minggu kemudian dan setelah Parlimen dibubar pun pilihan pengundi tidak berubah. Masih simple: Najib atau Anwar? Di Kelantan Pas atau Umno? Soalan ini tidak akan bertukar hinggalah keputusan PRU13 diumumkan. Sudah mafhum?

Media Barat nampaknya bersetuju dengan kesimpulan saya. Kata International Herald Tribune, Khamis 4 April, “Vote could end long rule of coalition built from ethnic-based parties.” Tambahnya, “It’s Najib Tun Razak or Anwar Ibrahim.” PRU13 berkemungkinan menamatkan pemerintahan BN yang lama itu yang tunjaknya adalah parti komponen berasakan etnik. Pas sebuah parti agama (Islam). DAP etnik Cina chauvinis walaupun pada teorinya non-racial; PKR pula parti salad. What’s new? Media Barat, pada keseluruhannya, menjuarakan Anwar Ibrahim dan parti yang kononnya bukan perkauman! Pada mereka DAP bukan perkauman kerana ia inginkan, pada teori sahaja, membentuk Malaysian Malaysia. Pas bukan parti Islam sebenar; ia parti berasaskan agama maka gerakan itu menyokong pembentukan Malaysian Malaysia. Begitu juga PKR. Parti mana yang sebenarnya lebih berbahaya? Yang berasaskan etnik atau agama?

Pada orang Barat dan bukan Melayu, “Melayu /Peribumi/Islam kuasai politik Malaysia.” Mereka bisu seribu bahasa tentang “Cina dan konglomerat antarabangsa mendominasikan ekonomi, kewangan dan Ekonomi Baru di Malaysia”. Mereka – seperti parti yang mereka sokong – boleh membilang bintang di langit tetapi di muka mereka tidak sedar!

Bagaimana pula dengan ketidakadilan yang wujud dalam bisnes, industri dan profesion di mana kedominan bukan Melayu yang lebih nyata itu? Tanya seorang nasionalis yang berjaya sebelum solat Jumaat di masjid Tabung Haji, Jumaat 5 April:
“Benarkah Melayu dominasi politik?”
“It does seem so.”
“Kalau begitu kenapa PM Najib melutut apabila menghadapi tuntutan Cina?”
“It’s good politics. He badly needs Chinese support because we are divided and sub-divided!”
“Menang sorak kampung tergadai; marahkan nyamuk kelambu dibakar?”
“Yes.”
Soal jawab terhenti apabila imam membaca khutbahnya bermaudhuk “memilih pemimpin yang berwibawa, berakhlak, berpekerti dan beriman!”
Waktu makan di Ampang Walk, kami bertiga teruskan dialog yang terhenti tadi. Yang ketiga setuju sahaja, dia seorang arkitek.
(Sumbangannya; “betul, betul!”)
“Cina main politik seperti mereka main catur. Mereka cerdik, ada strategi.”
“Kalau Melayu/Peribumi/Islam tidak berpecah-belah kita boleh atasi demand, tuntutan dan apa pun desakan mereka dan apa strategi pun mereka guna.”
“Wang mereka?”
“Wallahua’lam!”

Walaupun pengundi Cina, pada zahir amat pro-DAP, (bukan Pas bukan PKR), usaha Najib mendekati mereka – terutama yang di atas pagar dan muda-mudi – saya kira menguntungkannya kerana kaum Cina lazimnya realis; mereka tidak sentimental seperti orang kita. Mereka tidak akan masuk tender/bisnes/projek jikalau melakukannya merugikan mereka. Sebab itu mereka gunakan Melayu/Peribumi/Islam masuk tender, beli tanah - terutama di Kelantan. Hatta saya dengar dari sumber-sumber sahih ada yang simpanan wang di Lembaga Tabung Haji melalui sekutu taat setia Melayu/Islam mereka! BN menang mereka untung. Kalau PR menang mereka bahagia!

Orang Melayu, Islam dan Peribumi dalam PR bermain politik jangka pendek sebab itu mereka ghairah, ada ketika agak sombong; gembiranya berkerat rotan, berpatah arang dengan Umno. Cina tidak macam kita. Tentang warisan, heritage: bahasa, sekolah Cina, adat resam dan peluang bisnes dan pekerjaan mereka senantiasa sekata dan sehati! Satu tauladan yang baik Melayu, Islam dan Peribumi mesti ikut. Suka duka PRU13, adalah peluang terbaik PKR memenanginya; juga kesempatan atau lubang terakhir Anwar; pada PRU14 Anwar berusia 70 tahun.

Tuntutan Cina disokong kuat oleh sekutu mereka di luar dan di dalam negara. Membuat demand tidak salah dalam demokrasi berparlimen walaupun tuntutan itu mengetepikan tradisi dan sejarah dan mencabuli Sosial Kontrak asalkan desakan itu tidak amat keterlaluan yang mengancamkan harmoni kaum dan ketenteraman awam. Networking Cina lebar, mega dan amat berpengaruh. Networking dan pengaruh Melayu/Islam/Peribumi lazimnya sempit, lemah dan amat suka berkhutbah, berseminar dan bermuzakarah sesama sendiri yakni kepada kabilah yang sudah setuju dengan tukang syarah/pemimpin/ulama. Yang aneh dan agak menggelikan hati “Melayu Baru” lebih kepinginan, gila-gila mahu jadi ‘Malaysian’ dari Cina dan India kononnya mahu tunjuk mereka sudah “arrived”! Sudah kuat, tidak perlu tongkat dan kerusi roda lagi; daya saing sudah sampai, mengikut mereka sendiri, ke tahap global! Atau malu diklasifikasikan Melayu/Islam? Itu sebenarnya, pada pendapat setengah Melayu lama.

Pilihan di depan kita simple, saya tegaskan tanpa loyar: Pilih Anwar kalau kita sudah sedia, sudah gagah untuk menghadapi politik baru: “It’s all about new politics, development, business, education and employment based on class, not race.” Pengikut PR sudah sempurna sebab itu mereka menerima meritokrasi seperti di Singapura, hurai Speaking. Pilih Najib dan BN kalau kita belum sanggup menerima pemerintahan meritokrasi ala Singapura, kalau belum rela berkongsi kedudukan dan hak istimewa yang dipusakai dan sahih, andainya kita tidak mahu putus-putus menerima bimbingan, bantuan, pembiayaan, sponsorship dan naungan dari kerajaan; jika kita ingin bahasa, agama dan adat resam kita terus dilindungi, dipertingkatkan lagi; kalau kita belum mahu agama dan bahasa kita berstatus serupa dengan bahasa dan agama lain, kalau kita mahu perlembagaan terus dikekalkan, institusi yang wujud akan terus wujud; negara terus makmur, aman dan damai undilah Najib dan BN.

Di Kelantan, nampaknya Pas mampu bertahan tetapi tidak di Kedah. DAP akan terus memerintah Pulau Pinang begitu juga PKR di Selangor kecualilah calon BN di ke empat negeri PR ini memang ‘luar biasa’ maka tidak mustahil satu dua negeri akan tumpas. Sesungguhnya, “politics, especially in Malaysia, are the art of the possible” tegas Speaking. Di peringkat nasional, BN akan menang dengan majoriti yang memuaskan; lebih daripada cukup.

Pilihlah yang telah teruji. Ini bukan masa buat eksperimen, ini bukan waktu acu, cuba dan try. Datuk nenek kita dahulu cuba Jepun kerana tak sukakan orang putih. Bacalah sejarah. Kita hanya baru nak maju sedikit, itu pun setelah 56 tahun merdeka. Mahukah kita ambil risiko dengan sebuah kerajaan yang belum teruji? Yang akan didominasikan oleh DAP? Lebih bijak, lebih selamat dengan BN yang dikepalai Umno.
 
Anggota Parlimen Pulai itu yang cenderung dalam bidang ekonomi, juga fasih berbahasa Mandarin dan mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan pemuda Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura serta komuniti perniagaan republik itu.

Bagaimanapun, akhir-akhir ini muncul satu lagi nama pemimpin Umno yang menjadi sebutan ramai di Johor sebagai calon Menteri Besar iaitu, anggota DUN Kukup Datuk Md Othman Yusof yang mesra dengan panggilan "Datuk MOY".
 
Beliau merupakan pemilik majalah komik terkenal "Ujang." - Bernama
Bayi baru lahir dibuang tepi jejambat, mungkin dipukul hingga mati
IZWAN ROZLIN
7 April 2013
Bayi baru lahir dibuang tepi jejambat, mungkin dipukul hingga mati
Mayat bayi yang ditemui berbungkus dengan kain.
PETALING JAYA – Menyayat hati apabila mayat bayi perempuan baru dilahirkan berbungkus dengan kain selendang ditemui di tepi jejambat menuju ke Damansara Damai di Lebuhraya Sungai Buloh–Kepong, semalam.

Mayat bayi perempuan cukup sifat itu ditemui oleh seorang pejalan kaki kira-kira jam 7 pagi.

Difahamkan lelaki itu curiga selepas terlihat bungkusan kain tiba-tiba berada di tepi jejambat. Dia membuka bungkusan itu dan menemui mayat bayi yang lengkap berpakaian serta memakai lampin pakai buang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya percaya mayat bayi itu ditinggalkan di situ beberapa jam sebelum ditemui.
Menurutnya, kesan kecederaan didapati di mata kiri. Tali pusatnya telah dipotong dan disapu ubat luka.

“Bayi itu mungkin dipukul atau dihempas, berdasarkan kecederaan mata atau ditekup sehingga tidak dapat bernafas berdasarkan buih yang keluar dari hidung.

“Kita masih menyiasat kes ini dan menunggu laporan bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi balai polis terdekat.
Hadi Awang: Pas kerjasama dengan PKR, DAP kerana tidak menentangnya

7 April 2013
Abdul Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
ALOR SETAR - Pas memilih untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR kerana kedua-dua parti itu tidak menentangnya, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Umno menolak pelaksanaan hukum Islam yang kita (Pas) mahu.
Kita tidak akan bekerjasama dengan syaitan. Oleh kerana DAP tidak menentang kita, lebih baik kita bekerjasama dengan mereka dan PKR," katanya semasa berucap melancarkan manifesto pakatan ketiga-tiga parti itu di Kedah di Kompleks Pas Batu 9, dekat sini malam tadi.
Ketika ditanya pemberita selepas itu adakah perkataan syaitan yang digunakannya merujuk kepada Umno, beliau hanya berkata "Itu kena tanya (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad). Saya hanya mengulangi amanat Tun Dr Mahathir."
(Dr Mahathir pernah dipetik menggunakan pepatah Inggeris "better the devil you know than the angel you don't' yang membawa maksud "lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali" tetapi telah diminta bertaubat oleh Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din baru-baru ini kerana dikatakannya Dr Mahathir membuat kenyataan sanggup bersama dengan syaitan.
Ketika mengulas permintaan pemimpin Pas itu, Dr Mahathir dilaporkan berkata Harun Din berkata demikian kerana mungkin beliu tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris sehingga membuat tafsiran sedemikian (devil itu syaitan).
Abdul Hadi mendakwa Umno tidak memahami konsep negara berkebajikan yang hendak dilaksanakanya apabila parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan PKR.
Katanya konsep itu lebih luas dan berlainan dengan yang diamalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu memberi bantuan kepada fakir miskin, membina rumah orang susah dan subsidi tertentu.
Beliau berkata negara berkebajikan Pas meliputi pemberian susu percuma untuk anak baru lahir, rawatan dan subsidi.
Katanya Pas telah 99 peratus memuktamadkan pemilihan calon untuk di 76 kawasan dalam PRU13 dan nama mereka akan diumumkan bila-bila masa sahaja. - Bernama
Mayat bayi tanpa kepala ditemui terapung

4 April 2013
SANDAKAN - Mayat seorang bayi perempuan tanpa kepala ditemui terapung di perairan Pulau Nunuyan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata mayat bayi malang yang dipercayai berusia lingkungan tujuh bulan itu ditemui penduduk kampung pada kira-kira 6 petang.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan, untuk dibedah siasat.

Tiada sebarang tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

Tiada ulasan: