Jumaat, 19 April 2013

MACAM DAH KETENTUAN@TAKDIR ALLAH...JIKA TERJADI TENTU ADA HIKMAH.... ALLAH SAJA TAHU...SEGALA PUJI BAGI ALLAH



Laporan Risikan Bukit Aman : PR 145 vs BN 77 ??
Posted on Friday, April 19 @ 02:16:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: psyco

"khalid-abu-bakar.gifBerita ini telah di nafikan oleh Timbalan IGP Khalid Abu Bakar berkenaan wujudnya  Laporan Risikan PDRM Bukit Aman . Pada situasi begini mungkin samaada Khalid tidak iktiraf Pasukan Risikan PDRM yang di ketahui begitu cekap dalam operasi risikan.

Tiada sorang pemimpin PR yang akan menjangka jika benar risikan itu di lakukan atau risikan itu bocor dari anggota risikan itu sendiri ? Rakyat Malaysia hanya memohon PDRM agar bersikap adil dalam menjalankan tugas dan amanah rakyat

Kenyataan Mengarut - Timbalan KPN

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Polis menafikan dakwaan kononnya wujud laporan risikan Bukit Aman bahawa pakatan pembangkang akan memenangi pilihan raya umum ke-13 dengan memperoleh 145 kerusi Parlimen berbanding 77 untuk Barisan Nasional.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali.

"Apa yang saya boleh katakan ini merupakan kenyataan yang tidak benar dan sama sekali mengarut," katanya ketika dihubungi Bernama Khamis.

Sebuah akhbar melaporkan dakwaan itu dibuat seorang pemimpin veteran pembangkang dalam satu ceramah politik di Kulai, Johor pada Selasa malam.

-- BERNAMA

 
Kenyataan Mengarut - Timbalan KPN


  Menuju negara Kristian selepas PRU 13?
Posted on Friday, April 19 @ 00:43:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: MaZaShah

"Benarkah perkara tersebut akan berlaku? Disini terdapat beberapa hujah dan fakta bagi membantu anda untuk mematahkan hujah mereka yang mempercayai fitnah tersebut.

Artikel ini dipetik daripada www.bangsarakyat.blogspot.com. Penulis berasa terpanggil menulis artikel ini untuk menjawab tomahan/fitnah yang dilemparkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.



Ini adalah senarai persepsi/fitnah yang ditaburkan oleh pihak tertentu untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu/Islam supaya tidak mengundi parti politik tertentu sebagai (cth PR/DAP) :-

A) Kononnya hak istimewa Melayu/Bumiputera akan dihapuskan.
B) Kononnya hak dan kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan
C) Kononnya Majlis Raja-raja Melayu dihapuskan
D) Kononnya Bahasa Melayu tidak lagi dijadikan sebagai bahasa kebangsaan.
E) Kononnya agama Kristian akan mengantikan agama Islam sebagai agama rasmi.

Benarkah perkara-perkara di atas yang termaktub didalam perlembagaan boleh dipinda begitu sahaja? Disini merupakan hujah untuk mematahkan hujah mereka yang mempercayai fitnah tersebut. Menurut Perlembagaan Persekutuan (undang-undang tertinggi negara), berdasarkan Perkara 159 dan 161E, perkara-perkara di atas hanya boleh di pinda melalui sokongan majorit 2/3 majoriti di Dewan Rakyat (Parlimen) dan Dewan Negara termasuklah dengan kebenaran Majlis Raja-raja.

Ini bermakna untuk meminda perkara yang dinyatakan di atas, parti tersebut perlu mendapat sekurang-kurangnya 148 sokongan di kerusi Parlimen + 39 sokongan di Dewan Negara dan perkenan Majlis Raja-raja Melayu.

Sejujurnya, ia agak mustahil bagi DAP mendapat sokongan 148 di kerusi parlimen tersebut kerana pada PRU-12 mereka hanya bertanding 47 kerusi dan memenangi 28 daripadanya.

Jika mereka memenangi 47 kesemua kerusi tersebut sekalipun, mereka masih gagal untuk mendapatkan majoriti 148 untuk meminda perlembagaan. Jika ini pun mereka tidak mampu tercapai tidak perlulah saya menceritakan langkah pindaan seterusnya iaitu 39 sokongan dari 59 dan perkenan Raja-raja Melayu, kerana ia mustahil untuk dicapai.

Tambahan pula umat Kristian hanya membentuk lebih kurang 9.2% sahaja daripada penduduk Malaysia (Berdasarkan Jabatan Statistik Malaysia, 2010), adakah masuk akal 9.2% ini mempunyai kekuatan/kuasa politik untuk menukarkan agama rasmi Malaysia?

Jika ditambah wakil non-muslim dari pembangkang dan pihak pemerintah, mereka masih jauh sekali untuk mencapai jumlah 148/222. Lihatkan, bagaimana pihak tertentu menakutkan pengundi Melayu/Islam dengan tomahan fitnah palsu. Adakah anda ingin pembodohan seperti ini terus berlaku? Jika tidak, pastikan setiap undi anda membawa padah kepada mereka. (Artikel ini dipetik daripada www.bangsarakyat.blogspot.com )
p/s :- mohon kerjasama pihak admin xremove link atas, demi menghormati hasil kerja penulis asal. kerjasama amat dhargai

 Cissssssss,melawan fakta guna kereta ajee...
Posted on Thursday, April 18 @ 23:52:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: Dukunpasir

"

Setiap rakyat Malaysua samada yang layak mengundi atau layak tapi tidak mengundi mempunyai sekurang kurangnya sebiji kereta. Bila disebut kereta, kereta ini ada dibeli melalui pinjaman bank terutama untuk kereta baru......bila ada pinjaman Bank...pasti ada jumlah tahunan dibayar balik.......



Inilah isu politik yang cuba penulis uraikan.....
 Kejadian ini......

" Risau aku kalau pembangkang menang!! Habis huruhara negara nanti". Kata seorang pokcik yang baru sampai dan terus order KOPI JANTAN satuuuuuuuu!

"Betul tu...aku setuju ! Habis anak anak aku yang kerja kerajaan kena berenti keje..sorang tu baru jee dapat jadi cikgu awal taun lepas..." Seorang lagi pakcik bersetuju sambil hirup Milo Ais.

"Itulah! Anak aku yang jadi askar kat Lahad Datu entah apa nasibnya kali ni...baru ja kawin..risau aku ..." Sambil kunyah karipap Pokcik itu berkata.

"Dah elok aman damai negara kita...nak ditukar tukar pulak...ingat macam tukar tayar apa!!". Marah betul pakcik ini.

"Errrrrrr....Pok cik ada kereta". Tanyaku pada Pokcik yang sedang makan karipap.

" Ada.....tuuu..." .Ditunjuknya kereta Proton Wira yang penulis rasa model 1994 berdasarkan pada no plat keretanya.

" Ko ni ...orang cerita pasal politik ko cerita pasal kereta...potong stim betullah.." Marah lagi Pakcik tadi dengan pertanyaan penulis tadi.

"Ada sebab saya tanya...saya nak beri contoh paling mudah". Kataku sambil senyum.

"Contoh apa plak...dah memang bahaya kalau kita tukar kerajaan yang ada....."


" Kalau salah TUKAR KERAJAAN, kenapa perlu ada SPR ,kenapa perlu ada Pilihanraya setiap 5 tahun sekali...dan..err..kenapa dinamakan negara ni DEMOKRASI ...baik tukar aja negara ni jadi sistem satu parti....tul tak?" Kataku menyebabkan pakcik dan Pokcik tadi diam dan memandang tepat ke arahku.

"Sebenarnya tukar parti atau disebut pemerintah ini ibarat macam kereta...PEMBANGKANG BAWA SEBIJI KERETA BARU UNTUK KITA UJI DAN NILAI...
MANAKALA BARISAN NASIONAL JUGA BAWA KERETA TAPI KERETA LAMA YANG TELAH KITA GUNAKAN SEKARANG NI...terpulang pada kita nak CUBA KERETA BARU atau masih nak BERSAMA KERETA LAMA yang pakcik pokcik pun dah rasa ada kalanya kereta tu  semput ada kalanya laju......

Bila kita tukar kereta, KITA TETAP DAPAT KERETA, tidak akan jadi motor mahupun bas...kereta itulah yang akan digunakan untuk urusan seharian kita,sama jugalah bila TUKAR KERAJAAN, tidak ada seorangpun kakitangan kerajaan termasuk guru,askar dan penjawat awam akan dibuang...

Alaaaaa...macam sekolah lah Pakcik...bila kita dapat GURUBESAR baru kat sekolah tu ,ada ke pakcik sebagai JAGA sekolah tu dibuang kerja? Ada ke guru guru serta murid murid sekolah tu diberentikan?? Kan semua biasa saja...mungkin dengan adanya guru besar baru sekolah tu lebih cemerlang...

Berbalik pada isu kereta tadi...KITA TUKAR SELERA UNTUK RASA KERETA BARU CUMA 5 TAHUN SAJA ...Kalau kita rasa kereta tu tak selesa dan memenuhi kehendak kita, kita TUKAR LAGI PADA KERETA LAMA .......tapi kita tetap dapat kereta ...jika pembangkang perintah pun saya tetap begini,tetap menjadi penternak dan melayan...pakcik tetap seorang peneroka...sama jaa kita ni". Penulis terang dengan panjang lebar ......

" Pandai la ko punya ayat". Perli Pokcik itu pula.

" Bukan pandai ...saya cuma nak betulkan FAKTA dan andaian saja,jangan kita salah faham dengan SISTEM DEMOKRASI yang KITA SENDIRI AMALKAN ". Kataku menyebabkan Pokcik dan Pakcik itu diam..saling memandang satu sama lain......

" Betul juga kata kamu tu...tapi.......pakcik TETAP AKAN PANGKAH BARISAN NASIONAL KALI NI...walau kereta lama pakcik puas hati!!". Keras betul hati orang tua ni....bisik hati ku. Namun itu tidak mengapa kerana sekurangnya sudah diterangkan APA YANG SELAMA INI CUBA DISEMBUNYI DAN  DITAKUTKAN ! 

Penulis cuma tersenyum bila melihat pakcik itu berlalu dengan motosikalnya dan Pokcik tadi menuju ke kereta proton Wiranya.....

TRIBA TRIBA.........

BAHU PENULIS DITEPUK tak kala sibuk melayan SMS ....

"Errrrrrrrrrrr...TOLONG TOLAK KERETA...TAK HIDUP PLAK!! " Kata Pokcik tadi menyebabkan penulis TERSENYUM........

 Lagi tanda nak menipu dalam PRU 13, kali ini dari pengerusi SPR!
Posted on Thursday, April 18 @ 23:50:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: senik

"
Assalamualaikum,,
Dalam rancangan di Radio IKIM dan ketika menjawab satu soalan pendengar, pengerusi SPR menegaskan tiada siapa ada hak menghalang pengundi hantu dari mengundi.Katanya proses pendaftaran oleh SPR berdasarkan SALINAN IC biru(mykad) sahaja sementara SPR tiada kuasa memastikan IC  tersebut  palsu atau tidak.Jawaban bodoh dan mendedahkan negara dijual.Di negara lain seperti India sudah menggunakan teknologi scaning ibu jari menerusi komputer dan peliknya, banyak jabatan serta agency dan badan badan swasta menggunakan scaning seperti ini bagi mengelakkan penipuan.Tetapi tidak SPR yang masih menurut perintah UMNO untuk memperbanyakkan penipuan.Tandanya pada PRU 13 nanti pasti ada pengundi hantu dari spesis pendatang asing!SPR sudah mengesahkannya.


Ini juga bermakna tuntutan BERSIH tidak akan dipenuhi, suara rakyat  akan diabaikan, media perdana yang masih berkempen untuk BN sahaja, tiada ruang untuk PR  dan pengundi hantu masih bertebaran dalam daftar undi.
Pengerusi SPR dengan lantang mengatakan rakyat yang sah warganegara tidak ada hak menghalang pengundi hantu kerana mereka ada IC sedangkan IC itu diberi oleh UMNO!
SPR sebagai badan bebas tidak sepatutnya berbuat begitu.SPR tidak terikat untuk bersubahat dengan pengkianat negara.Kalau pedatang asing tetap pendatang asing walaupun mereka ada IC, kenapa SPR tiada kuasa untuk menyekat pendaftaran mereka? BOHONG sebenarnya, kerana yang terjadi ialah SPR bekerja dan bersubahat dengan UMNO untuk mengkianati negara!
Timbalannya ialah orang yang bertanggungjawab mendaftarkan jutaan pendatang Filipina di Sabah dulu.Sudah jelas tentang itu dan sewajarkan dia dibicara dan dipenjarakan.
SPR sudah boleh diharap lagi, SPR pengkianat negara!
Apa kata rakyat? jalanraya?

 Perlantikan Tok Penghulu
Posted on Thursday, April 18 @ 23:50:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: ocean

"

AMBO NK BAGI PENDAPAT LAH SEKIT TETAPI HARAPAN NYE JANGAN LAH DI PINGGIRKAN PENDAPAT AMBO NIH JUGA HARAPNYA TOK KIRO LAH SAPO2 YG BERKUASO TETAPI HARAP NYA BUAT LAH PEMILIHAN YG TEPAT BG LANTIKAN TOK PENGHULU BG KAMPUNG2 DAN MUKIM YG TERBABIT - SBB NYO AMBO DUK PERHATIAKAN UTK SEKIAN LAMO NYO TOK PENGHULU BUKANNYA NYO DI LANTIKAN DENGAN UNDIAN DARI PENDUDUK KAMPUNG YG MANE TOK PENGHULU TU TINGGAL .


 TOK PENGHULU DI LANTIK OLEH PIHAK ATASAN, MANA LAH KETAHUI PEAIL PERANGAI / TUTUR KATA /TINGKAH LALU / DISPLIN /PERIBADI TOK PENGHULU TERSEBUT DARIPADA YG AMAT2 MENGENALI TOK PENGHULU TU ADALAH PENDUDUK KAMPUNG TEMPAT TOK PENGHULU TU TINGGAL. SISTEM SEKARANG NI MEME DAH TAK RELEVAN UTK DI TERUSKAN.HARAPAN NYA UTK MASA2 HADAPAN BUAT LAH LANTIKAN DENGAN CARA MENGUNDI - MENGUMPUL PENDUDUK KAMPUNG DI BALAI RAYA DAN JALANKAN UNDIAN - RASA NYA BARU ADIL DAN BERKESAN.
KENAPA AMBO MENGUTARAKN HAL INI - SEBAB NYO TOK PENGHULU LANTIKAN DARI PARTI PEMERINTAH TAK MENJALANKAN AMANAH YG DI BERI - MEMINTA ORANG LAIN BUAT KERJA UTK DIA - MANELAH ORG TU TAHU ANOK BUAH NYO TAHU PERIHAL KEHIDUPAN ANOK BUAH NYO LG PUN TOK PENGHULU YG DI LANTIK TU DAH TUA & BERPENYAKIT -TOK CEKAT NK WAT TUGASAN MITO TLG ANAK BUAHNYA YG MUDO  
DAN DAH RAMAI YG DAH TAK NAK MEMANGKAH PARTI YG MEMERINTAH - BG YG KECEWA BAIK UNDI BN..........
SO INGAT2 LAH PARTI YG MEMERINTAH JANGAN DUK SEDAP DUDUK MUSIM NAK NGUNDI NI - HATI MANUSIA MEME TK DPT NK DI DUGA NAMUN MEME LAH PARTI PERINTAH TK LEH NAK JAGA SEMUA RAKYAT JELATA NYA TETAPI PERANAN TOK PENGHULU YG MEMBUAT ANOK BUAH (PENDUDUK KAMPUNG) MEMBENCI PARTI PEMERINTAH......


 



 Sekadar di pinggiran kata Ibrahim si katak puru
Posted on Thursday, April 18 @ 23:49:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: senik

"

Assalamualaikum,,..
Ibrahim si katak puru sedang menghitung hari, hajatnya tidak kesampaian walaupun dia berkata mahu masuk Parlimen.Suasana tidak menyebelahinya walaupun bermati matian berjuang (nampak macam pura pura) dalam perkasa yang lemah longlai.Satu ketika dulu ketika dipinggirkan oleh UMNO, dia pernah merintih dengan katanya cukuplah dapat bertenggek di lambo Tok Guru.Bertengkek bermakna sekadar di pinggiran seperti lirik lagu Manan Ngah, bersamamu tidak ku sampai ke puncak sana.Bersama PAS, Berahim hilang arah dan bersama UMNO dan Mahathir, Berahim si katak puru sekali lagi bertenggek sekadar di pinggiran!


Berahim berharap sangat dapat bertanding atas tiket BN.Dia menggunakan khidmat Mahathir yang kononnya negarawan terbilang yang disanjungnya, tidak seperti DSAI yang kononnya tidak berwibawa seperti Mahathir.Tetapi akhirnya negarawan yang diharapkan suaranya didengar Najib terpelanting jauh dan mungkin sudah tidak dapat bangun lagi.Kesannya Berahim terpaksalah bertengggek di pinggiran lagi.
Kalau dulu rintihannya didengari oleh Tok Guru walaupun hari ini ramai yang persoalkan keputusan Tok Guru meminjamkan lambang PAS kepadanya.Tok Guru tidak membenarkan Berahim bertenggek di lambonya, tetapi memberikannya kerusi Pasir Mas kepadanya, tetapi kali ini Berahim benar benar bertenggek di pinggiran banglow Najib.Padan muka mung Berahim.
Berahim masih lagi menyeru ahli perkasa memberikan sokongan kepada BN kecuali di Pasir Mas kerana Berahim masih mahu bertenggek di bunglow Najib, mana tahu timbul rasa kasihan Rosmah nanti.Jadi tukang angkut cincinpun jadilah!
Hari ini Berahim mungkin menyesal dengan keputusannya melawan arus dulu semata mata dengki dengan DSAI.Kalau boleh Berahim mahu duduk di kerusi DSAI tetapi dasar katak yang suka melompat tidak memungkinkan dia duduk di kerusi itu.Pada Berahim, dia boleh bertanding lagi atas tiket PAS kalau dulu dia tidak melenting melompat ke arah manusia yang pernah menyingkirkannya.
Akibatnya Berahim kena tanggung sendiri, terpaksalah bertanding dengan lambang katak puru  dan mengambil risiko hilang wang pertaruhan!



 Bersedia Rakyat Malaysia DAP guna Simbol PAS dan PKR
Posted on Thursday, April 18 @ 23:48:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: mohdnoorawang

"

Pemimpin tertinggi DAP mengadakan mesyuarat tergembar. Pehak pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah menghantar surat kepada DAP tidak mengiktitraf jawatan kuasa DAP pusat (CEC).
DAP disisat oleh ROS berkaitan kesilapanteknikal semasa pemilihan parti Disember 2012.


Hampir pasti calun DAP yang bertanding atas tiket atau simbol roket tidak sah. Pilihanraya 5/5/2013 calun DAP mungkin akan bertanding menggunakan simbol PKR atau PAS komponen pakatan rakyat.
Semua rakyat Malaysia dan kepada 13 juta pengundi perlu faham permainan jahat barisan nasional agar calun DAP tidak dapat bertanding.
Namun kita mengharap ROS jangan bertindak kejam dan mengikut telujunk atau arahan pemimpin BN/UMNO.
Kami berharap rakyat faham permainan jahat BN/UMNO . Dan kita rela dan jangan ada syak wangsangka jika DAP menggunakan pakai simbol BULAN/PAS dan MATA/PKR bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 pada 5/5/2013.




 Nilai persahabatan: PAS, KEADILAN sedia benarkan DAP guna logo
Posted on Thursday, April 18 @ 23:24:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


Oleh Roketkini



KUALA LUMPUR, 18 APR: Berikutan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, rakan-rakan Pakatan Rakyat bingkas bangun menawarkan calon-calon DAP bertanding dengan menggunakan logo PAS dan KEADILAN.



Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, mungkin DAP menggunakan logo PAS dan PKR dalam PRU kali ini jika ROS yang dipergunakan oleh Barisan Nasional masih tetap mahu menyekat DAP daripada bertanding.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di sini yang turut dihadiri Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Tindakan ROS tidak mengiktiraf CEC DAP mengakibatkan wujud kerisauan bahawa logo DAP tidak boleh digunakan oleh calon-calon DAP kerana surat kuasa parti yang harus dikepilkan bersama borang pencalonan mestilah ditandatangani ketua parti yang diiktiraf, seperti yang termaktub dalam peraturan pilihanraya.
“Pada saya, saya tidak nafikan bahawa tindakan ini adalah bermotifkan politik semata-mata,” kata Mustafa mengulas tindakan ROS. “Jika mereka (calon-calon DAP) bertanding tanpa logo yang diiktiraf, mereka akan jadi calon bebas. Tapi kami rakan dalam pakatan ini dan kami akan tetap bantu-membantu sama lain,” tambah beliau.
Mustafa menegaskan bahawa PAS cukup bersedia untuk membantu rakannya ketika DAP berhadapan dengan ujian sebegini di saat-saat PRU akan bermula.
“Saya telah menghubungi Mursyidul Am (Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat) dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Abdul Hadi Awang dan mereka berkata kita tak ada masalah, kita akan tolong DAP,” ujarnya.
Sementara itu, Saifuddin pula berkata, tindakan ROS meletakkan DAP dalam situasi yang sukar dalam tempoh 48 jam sebelum penamaan calon adalah satu perbuatan yang sangat zalim dan kejam.
“DAP adalah sekutu penting dalam Pakatan Rakyat, mempunyai pengaruh yang kuat dan merupakan rakan utama.
“Kami juga telah membuat ketetapan sebagai menunjukkan semangat kekitaan dan esprit de corps Pakatan Rakyat. Kami bersetuju untuk bila-bila masa sahaja mengeluarkan watikah untuk calon-calon DAP,” kata beliau.
Semangat setiakawan Pakatan Rakyat membuktikan bahawa semakin BN menggila untuk menghancurkan perpaduan rakyat Malaysia pelbagai kaum, semakin kukuh ikatan persaudaraan di kalangan warga Malaysia.
Ini adalah kerana semakin ramai rakyat sedar tentang kezaliman dan kekejaman UMNO dan BN menggunakan isu-isu perkauman dan keagamaan yang sempit semata-mata kerana mahu mengekalkan kuasa mereka yang semakin rapuh. – Roketkini.com




 Melaka lagi best!! Umno Melaka Bergolak Pos Ditutup!
Posted on Thursday, April 18 @ 23:19:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Blog Kerabu Bersuara



Pemuda UMNO masjid tanah, Melaka bergolak.. Mereka mengambil tindakan dengan menutup markaz mereka sendiri

Pasal tak puas hati calon yang diumumkan adalah calon bidan terjun bukan mesra rakyat.

Habislah Melaka kali ini!!!


Tiada ulasan: