Posted on Thursday, April 18 @ 16:13:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: notan
"Assalamualaikum, Sidek Baba yang bertaraf dr kepala sampah, mendakwa Dr. Mazlan Ismail bukan calang lawan untuk DSAI.Makanya kita menantikan pertembungan sengit antara dua tokoh ini, tetapi betul ker Dr.Mazlan ini seorang tokoh seperti DSAI? Kalau memang dia seorang tokoh kenapa saya tidak pernah dengar namanya sehingga pengumuman di buat oleh Najib mengenai calon BN Permatang Pauh yang kemudianya disahkan sebagai ahli PAS seumur hidup.Seorang tokoh tidak akan bersikap yoyo, tegas dengan prinsip dan tidak mudah dibeli.Dr Mazlan tidak mempunai ciri ciri itu, malah dia membohongi ikrarnya sendiri untuk menjadi ahli PAS seumur hidup.Sidek Baba mengigau agaknya meletakkan Dr Mazlan di tahap tokoh!
Sidek Baba sendiripun sudah membohongi prinsipnya sendiri apabila bersahabat dengan UMNO dan mengacukan pistol airnya kepada rakan karibnya sendiri, DSAI.Orang yang membohongi prinsip sendiri tidak layak bercakap apatah lagi memperlekeh sahabat sendiri dan mengangkat seorang yang hilang kredibiliti kerana membohongi perjuangannya sebagai seorang tokoh yang akan mencabar hebat DSAI.
Sidek Baba memberikan tiga sebab kenapa dia meninggalkan DSAI, keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme dan kredibiliti.Tapi sedarkah Sidek Yang dia menyokong dan memuji seorang yang bukan sahaja hilang kredibiliti malah secara jelas tidak berprinsip apabila mengatakan Dr Mazlan ialah lawan yang boleh memberi masalah kepada DSAI.Sepatutnya seorang yang tegas dengan kredibiliti, harus menolak DR. Mazlan seperti mana dia menolak DSAI.
Maknanya Sidek Baba sendiri sudah hilang kredibiliti dan tidak layak bercakap apatah lagi memuji kerajaan yang ada sekarang sebagai kerajaan yang telah berjaya membawa kebahagiaan kepada rakyat serta kerajaan yang menerima Islam.Kata Sidek Baba "Siapa kata kerajaan tolak Islam, yang betul katakan betul dan yang baik katakan baik...dan jika tidak benar katakan tidak benar dengan etika yang baik. Itulah cara kita,"
Kenapa Sidek Baba berkata yang tidak betul sebagai betul? Itu bohong namanya dan mustahil dengan taraf dr kepala sampah dan membuat kajian yang lama mengenai DSAI, Sidek Baba tidak sedar bahawa kesemua yang disebut olehnya itu hanyalah helah pragmatis UMNO sahaja, tidak sedikitpun kerajaan menerima Islam secara syumul.Sah dan jelas Sidek Baba mengatakan yang tidak betul sebagai betul!
Lagipun sebahagian besar yang disebut Sidek Baba itu sebenarnya jasa dari DSAI, apakah Sidek Baba tertinggal dalam kajianya mengenai sumbangan DSAI terhadap tertubuhnya universiti Islam dan bank Islam?
Sidek Baba boleh membuat orang ketawa apabila berkata dia solat ishtikarah (dan mendapat petunjuk ) mengenai DSAI dan dakwaannya itu benar.Betul ker Sidek Baba membuat solat Ishtikarah(dan mendapat petunjuk) sebab orang yang mendapat petunjuk tidak akan menyokong pengajur kebathilan seperti UMNO dan tidak akan mengatakan sesuatu selain yang benar! Sidek Baba ternyata berbohong dengan petunjuk yang didakwanya itu.
Sidek Baba tidak layak memberi nasihat kepada pengundi baru yang sebenarnya hanyalah dakyah agar pengundi baru bertemunya lebih dahulu untuk dibrainwash sebelum mengenali DSAI. Licik juga Sidek Baba tetapi mungkin juga akan ditertawakan oleh pengundi baru kerana katanya, ekonomi negara berkembang dengan baik dan faedahnya dirasai oleh rakyat.Otak kau Sidek Baba, kalau betul ekonomi berkembang baik dan faedahnya dirasai rakyat, kenapa rakyat masih lagi membayar harga minyak yang tinggi? Kenapa perlu meminjam untuk belajar? Kenapa perlu bersesak sesak di hospital kerajaan untuk mengambil ubat?
Kepada Sidek Baba, ingat pantun dua kerat ini :
Siakap Senohong, gelama ikan duri
Bercakap bohong, lama lama mencuri.
Kalau belalang , tetap belalang
Jangan ajar helang menerkam mangsa!
UMNO vs Wanita UMNO... Sebelum ini UMNO vs MCA.. Kah kah!!
Posted on Thursday, April 18 @ 23:04:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh WTKO
Semalam dengan lantang Timbalan ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim berkata beliau kecewa dengan “penghinaan” yang ditunjukkan apabila parti itu tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti berkenaan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.
Kamilia juga berkata, ketua Wanita Umno negeri di Kedah, Johor dan Terengganu juga tidak diletakkan sebagai calon.
Kamilia berkata, beliau menjangkakan untuk diletakkan sebagai calon di kerusi parlimen Kuala Kangsar, di bahagian Umno yang diketuainya.
Datuk Kamilia dalam kenyataan belum memutuskan apakah tindakan yang akan diambil oleh Wanita UMNO berhubung perkara ini.
Hari ini Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menepelak Timbalan Ketua Wanita itu dengan berkata Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim telah menolak tawaran menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kawasan Bukit Chandan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Sepatutnya Datuk Kamilia kena terima hakikat dia hanya layak untuk Dun bukan Parlimen!
Sehubungan itu, kata Perdana Menteri tidak timbul sama sekali soal beliau tidak diberi tempat dalam PRU13 atau tidak dihargai oleh BN.
Beliau menjelaskan tawaran kepada Kamilia adalah termasuk jawatan Exco, jika BN menubuhkan kerajaan, tetapi beliau turut menolaknya.
Difahamkan Datuk Kamilia tidak menerima tawaran itu disebabkan mengikut bilik gerakan UMNO Perak (negeri dia sendiri menjadi Ketua Bahagian Kuala Kangsar) UMNO @ BN akan tewas dengan Pakatan di Perak.
Jadi sebenarnya janji Dato' Seri Najib adalah janji manis sahaja. Jawatan EXCO Kerajaan Perak adalah suatu yang tidak pasti dan mustahil!!
NIAT bantah Zulkifli Noordin sebagai calon BN
Posted on Thursday, April 18 @ 11:58:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh WTKO
Satu perhimpunan membantah percalonan Zul Noordin, Parlimen Shah Alam oleh Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) telah dilakuan semalam (3 petang) di berhampiran air pancur Brickfields berdekatan Stesen Kl Sentral. Jurucakap kumpulan itu, Pengerusi NIAT Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim antara lain mendesak Perdana Menteri menimbang untuk menukar calon Parlimen Shah Alam.
Menurut Datuk Taslim bantahan dibuat kerana Zulkifli Noordin tidak bersifat 1 Malaysia kerana menghina kaum India dikalangan Hindu dan Islam.
Sifat biadap terhadap agama Hindu dan kaum India termasuk Islam dengan perkataan yang menghina seperti "Keling Paria" tidak boleh dimaafkan.
Sumber: Gambar dr blog klik
Pendaftaran DAP tak terbatal, boleh guna simbol parti dalam PRU13
dikemaskini Pendaftaran
DAP tidak terbatal dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya
dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata Pendaftar Pertubuhan Datuk
Abdul Rahman Othman.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menarik perhatian Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) memaklumkan kepada DAP semalam bahawa ia sedang mengkaji pendaftaran parti itu berikutan pertikaian di kalangan anggotanya.
Sementara menanti penyelesaian pertikaian berkenaan, kenyataan itu menyebut Pendaftar Pertubuhan tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan parti itu pada 15 Dis 2012, mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966.
"Bagaimanapun, pendaftaran DAP tidak terbatal dan ia masih boleh menggunakan simbolnya semasa PRU13," kata Abdul Rahman.
Beliau turut berkata siasatan berhubung pemilihan parti itu akan diteruskan.
Kemelut yang berlaku dalam DAP itu timbul selepas ramai anggotanya dilapor mempersoal ketelusan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP berikutan wujud perubahan mendadak dalam keputusan pemilihan kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, selain dakwaan kenapa lebih 700 perwakilan dinafikan hak
mengundi.
Dalam satu sidang akhbar di ibunegara, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa telah menerima surat ROS bertarikh 17 April, menyatakan ROS tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan CEC parti DAP.
Berdasarkan keputusan ROS itu, parti tidak berkuasa mengeluarkan surat watikah pelantikan kepada mana-mana calon parti menggunakan simbol parti iaitu roket pada PRU13, katanya.
Sehubungan itu, Lim berkata DAP bercadang menggunakan simbol PAS di Semenanjung dan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah dan Sarawak pada PRU13.
Lim sebelum itu mengadakan mesyuarat bersama Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, yang menurut pemimpin DAP itu mendapat persetujuan pemimpin parti masing-masing berhubung penggunaan simbol PAS dan PKR.
Beliau turut berkata sepucuk surat yang diterima semalam menyatakan ROS telah bersetuju menangguhkan penyiasatan berhubung pemilihan jawatan CEC.
Dalam surat itu, kata Lim, ROS telah bersetuju bahawa penyiasatan tersebut yang sepatutnya dijalankan hari ini, ditangguh ke 9 Mei.
- Bernama
Ini telah disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.
"Tidak affect bolih bertanding," kata Abdul Aziz kepada Malaysiakini
dalam jawapannya melalui SMS.
ROS telah memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.
Berikutan itu, ROS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai.
Satu salinan surat ROS kepada DAP telah dihantar kepada SPR.
Pakatan Selangor berkata apabila penstrukturan semula syarikat-syarikat industri air berjaya, seluruh rakyat Selangor akan berpeluang memegang saham-saham yang dikeluarkan oleh syarikat air milik kerajaan negeri.
"Ini bermakna hak air dipegang secara amanah oleh kerajaan negeri bagi pihak rakyat. Mulai saat itu nanti rakyat Selangor adalah pemiliki sebenar air di negeri ini,” kata Pengerusi Pakatan Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam manifesto yang dilancarkan malam ini.
Ini sebagai tambahan kepada pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pakatan selama tempoh lima tahun pentadbirannya - janji yang dibuat sebelum pilihan raya 2008.
BN dalam manifesto yang dilancarkan semalam juga menjanjikan pemberian 20 meter padu air percuma bagi penduduk Selangor.
Dalam manifestonya itu, Pakatan juga berjanji untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan.
Manifesto tujuh halaman Pakatan itu memberi tumpuan kepada memperkukuhkan lagi dasar-dasar kerajaan negeri yang telah dilaksanakan dalam tempoh lima tahun lepas dan secara amnya menawarkan sambungan kepada program-program yang sedia ada.
Berikutan adalah petikan kandungan manifesto Pakatan Selangor:
Perumahan - Tempat Kediaman untuk Semua
• Memperuntukkan RM100 juta kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Kerajaan Negeri yang bertujuan merangka dasar perumahan secara menyeluruh khususnya bagi menyediakan rumah mampu milik yang ermutu serta menguruskan projek-projek perumahan lain yang mengutamakan tahap kemampuan rakyat untuk membeli.
• Menambah perumahan mampu sewa di bandar-bandar raya dan bandar-bandar bagi keluarga yang tidak mampu memiliki rumah persendirian.
• Membina Rumah Mampu Milik dengan keluasan minimum 800 kaki persegi, berharga di bawah RM150,000 seunit.
• Mewujudkan Skim Perumahan Rakyat bagi pembeli yang menghadapi kesukaran mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, dengan cadangan peruntukan berjumlah RM250 juta atau RM50 juta setahun.
Keusahawanan dan Inovasi - Semua Rakyat Selangor Mendapat Peluang
• Menubuhkan Perbadanan Keusahawanan Negeri Selangor bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam pendidikan dan latihan keusahawanan.
• Mewujudkan dana khas bagi melaksanakan program pembelajaran sepanjang hayat ke arah usaha meningkatkan kelayakan akademik dan menambah baik kemahiran golongan rakyat yang memerlukan.
Sebanyak 5% daripada rizab negeri akan digunakan untuk membiayai program-program ini setiap tahun.
• Membina kiosk dan gerai bagi peniaga kecil sebagai usaha menggalak dan mendidik pengusaha persendirian membuang tabiat menyewa.
Pengangkutan Awam bagi Lembah Klang
• Memastikan perlaksanaan pembinaan projek Jambatan Ketiga Klang yang bernilai RM300 juta
• Membina Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu di Shah Alam, ibu negeri Selangor.
• Menyediakan pengangkutan awam percuma dan mesra pengguna, termasuk perkhidmatan bas, di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang dan Kajang.
• Menyediakan lorong berbasikal bagi kawasan perumahan baharu di lokasi terpilih.
Pemilikan Tanah
• Meningkatkan kecekapan memproses urusan pemilikan tanah dan meneruskan tawaran bagi Pemilikan Geran Tanah Persendirian kepada pemohon yang layak, termasuk mereka yang sudah menghuni di kediaman persendirian dalam tempoh lebih 12 tahun.
• Memajukan Tanah Rizab Melayu dengan lebih tersusun bagi meningkatkan nilai dan dalam masa yang sama melindungi hak dan keistimewaan komuniti Melayu.
• Meneruskan kerja Badan Bertindak Tanah Orang Asal Selangor (BBTOAS) untuk melindungi tanah adat Orang Asal.
Pembangunan Pertanian
• Memajukan tanah pertanian secara bersepadu.
• Mengganda pendapatan petani, penternak dan nelayan dengan cara mempertingkat dan memodenkan industri-industri pertanian, penternakan dan perikanan.
Hab Halal
• Menubuhkan sebuah “Hab Halal” di peringkat negeri, termasuk mengeluarkan Pensijilan Halal Negeri Selangor.
Perlindungan Alam Sekitar
• Memperketat undang-undang berkaitan dengan pembangunan di lereng bukit.
• Mempertingkat kesedaran orang awam terhadap perlindungan alam sekitar.
• Memperhebat usaha untuk menanam semula dan melindungi kawasan hutan negeri sebagai kawasan utama tadahan air dan jelapang hijau.
• Meneruskan usaha untuk membersih sungai tertentu, dan membangunkan taman-taman di tebing sungai bagi kegunaan orang awam.
• Mempromosi teknologi hijau di semua peringkat pentadbiran awam di samping menggalakkan usaha untuk memerangi perubahan iklim dan memastikan negeri Selangor bebas tenaga nuklear.
KESEJAHTERAAN RAKYAT
Pakatan Rakyat berusaha dengan gigih untuk menguruskan aset-aset negeri sebagaimana diamanahkan oleh rakyat, dan menggunakan semua sumber negeri secara berhemat dan berhemah bagi kebajikan golongan rakyat yang memerlukan pembelaan atau bantuan. Menggunakan sumber ini, Kerajaan Pakatan Rakyat komited untuk menjaga hak pekerja dalam memperolehi gaji yang setimpal termasuk menggalakkan penubuhan kesatuan sekerja atas tujuan menjamin maruah golongan pekerja.
Dalam tempoh lima tahun yang berlalu, dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor” berjaya melaksanakan sembilan program kepada golongan rakyat Selangor yang memerlukan bantuan, meliputi bayi dan warga
usia emas, anak pekerja ladang, golongan kelainan upaya dan mangsa dera rumah tangga.
Lebih RM862.5 juta telah memanfaatkan sekitar 1.6 juta rumah penduduk Selangor. Oleh itu, dengan sikap bertanggungjawab dan komited terhadap dasar-dasar membantu rakyat, maka Pakatan Rakyat akan berusaha lebih gigih lagi untuk membantu meringankan beban rakyat dalam tempoh lima seterusnya, kerana sebagai kerajaan yang prihatin, Pakatan Rakyat dalam penggal keduanya nanti bertekad untuk bekerja tanpa jemu bagi mensejahterakan rakyat Selangor menerusi dasar-dasar yang berikut:
Pemberdayaan Wanita
• Memperuntukkan RM50juta untuk Tabung Pemberdayaan Wanita Selangor dengan tujuan menyediakan prasarana baik bagi meningkatkan mutu kehidupan wanita dari segi kewangan, taraf hidup serta keselamatan.
• Pemeriksaan percuma kanser payu dara dan rahim bagi wanita di samping meneruskan pemeriksaan mammogram percuma yang disediakan sebelum ini.
• Meluas dan melebarkan dua Skim Mikrokredit yang sedia ada (Skimsel dan Mimbar) dalam kalangan belia dan wanita, dengan tumpuan khusus kepada ibu tunggal.
• Memastikan agar semua bangunan kerajaan menyediakan kemudahan nurseri dan tadika dalam tempoh 5 tahun
Keselamatan
• Mengusahakan dan memperluaskan “Polis Komuniti” yang dibiayai kerajaan negeri.
• Menambah jumlah pegawai penguatkuasa di majlis tempatan bagi melakukan rondaan di kawasan kejiranan.
• Menambah lampu dan CCTV di kawasan majlis tempatan.
Penjagaan Kesihatan
• Pemeriksaan percuma kanser testis dan prostat bagi lelaki.
• Menubuhkan Tabung Dialisis Rakyat Selangor bernilai RM10 juta bagi bangunan dan subsidi rawatan.
Orang Kelainan Upaya
• Memastikan supaya semua kemudahan awam dan tempat ibadat adalah mesra pengguna bagi orang kelainan upaya.
• Menyediakan dan melaksanakan Skim Khas bagi memperkasa golongan orang kelainan upaya.
Bantuan Pendidikan
• Anak yang Ibu bapanya berpendapatan sehingga RM3,000 kini adalah layak untuk mendapat RM1,000 Hadiah Masuk Universiti.
RAKYAT MENERUSI AKTIVITI KEAGAMAAN DAN KEBUDAYAAN
Di bawah Pakatan Rakyat, peruntukan dana negeri bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kebudayaan semua kaum, khususnya program-program silaturrahim dalam keluarga dan komuniti, terbukti memberikan kesan positif dalam hal meningkatkan kesedaran beragama kepada individu dalam setiap kaum di samping meningkatkan kefahaman mereka terhadap agama-agama kaum lain.
Oleh itu, Pakatan Rakyat mahu terus memberi bantuan dana kepada pertubuhan-pertubuhan keagamaan - bagi merapatkan hubungan kekeluargaan sesama mereka di samping memberi kefahaman terhadap agama kaum-kaum lain, dan bantuan dana ini juga diberikan kepada institusi pendidikan yang menyokong atau bekerja menjayakan program-program dalam bidang-bidang berikut:
Agama
• Meluluskan pembinaan tiga Kompleks Islam Bersepadu meliputi sebuah masjid, pusat pendidikan dan pusat komuniti (bagi permohonan masjid baharu).
• Menyediakan kawasan tanah bagi semua rumah ibadat (masjid, kuil, tokong, gereja), perkuburan dan rumah pembakaran mayat.
Pendidikan
• Melancarkan biasiswa Menteri Besar bagi pelajar ijazah lanjutan dengan bon Kerajaan Negeri sebagai usaha membentuk sebuah Bank Pemikir Negeri Selangor (Selangor Brain Bank).
• Menambah jumlah Ma’ahad Integrasi Tahfiz Sains dan menubuhkan sebuah KAFA Menengah, di samping menaik taraf kemudahan yang sedia ada.
• Menambah elaun bagi memastikan warga kerja sekolah agama mendapat gaji minimum RM1,500 sebulan di samping memperbanyakkan aktiviti pengajaran yang setimpal dengan gaji.
• Menyediakan kawasan tanah bagi pembinaan bangunan sekolah agama rakyat, SJK(C) dan SJK(T) di samping menaik taraf infrastruktur yang sedia ada.
• Menyediakan bantuan tambahan sebanyak RM2 juta setahun kepada sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Jenis Kebangsaan.
Pembangunan Keluarga
• Memberi wang tunai RM500 kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan kali pertama.
• Memastikan agar semua bangunan kerajaan menyediakan kemudahan nurseri dan tadika dalam tempoh 5 tahun.
• Meneruskan program Skim Mesra Usia Emas, memberi wang hadiah harijadi bernilai RM100 pada hari lahir yang ke-60.
Pembangunan Kebudayaan
• Membina 3 Pusat Kebudayaan di tebing Sungai Klang bagi komuniti Melayu, India dan Cina di Klang dengan dibiayai kerajaan negeri dan swasta.
KERAJAAN RAKYAT
Di bawah Pakatan Rakyat, Selangor merupakan negeri pertama di Malaysia meluluskan Pindaan Kebebasan Maklumat yang membolehkan orang ramai mencapai maklumat berkaitan kerajaan negeri. Ketelusan turut diperluas dengan pengisytiharan harta oleh Menteri Besar dan setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan pembentukan Jawatankuasa Khas bagi Kecekapan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT). Dasar-dasar yang mencirikan kerajaan rakyat Selangor ini, akan diteruskan oleh Pakatan
Rakyat bagi mentadbir urus negeri Selangor pada penggal kedua kelak.
• Melaksanakan dasar menurunkan kuasa secara berperingkat menerusi pelaksanaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan.
• Mempertingkat peranan Mesyuarat Kerajaan Negeri melalui pelbagai cara, termasuk Pindaan Akta Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor.
* Manifesto ini perlu dibaca bersama manifesto Pakatan Harapan Rakyat di peringkatnasional.
Kok bagaimanapun masih kekal mempertahankan kerusi parlimen Seputeh, namun Liu langsung tidak disenaraikan untuk mana-mana kerusi.
DAP hari ini turut menyenaraikan pengarah strateginya, Ong Kian Ming untuk kerusi parlimen Serdang, menggantikan penyandang Teo Nie Ching yang dipilih untuk bertanding di kerusi Pulai, Johor.
Penyandang kerusi DUN Sungai Pinang Teng Chang Khim pula akan mempertahankan kerusinya.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menarik perhatian Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) memaklumkan kepada DAP semalam bahawa ia sedang mengkaji pendaftaran parti itu berikutan pertikaian di kalangan anggotanya.
Sementara menanti penyelesaian pertikaian berkenaan, kenyataan itu menyebut Pendaftar Pertubuhan tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan parti itu pada 15 Dis 2012, mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966.
"Bagaimanapun, pendaftaran DAP tidak terbatal dan ia masih boleh menggunakan simbolnya semasa PRU13," kata Abdul Rahman.
Beliau turut berkata siasatan berhubung pemilihan parti itu akan diteruskan.
Kemelut yang berlaku dalam DAP itu timbul selepas ramai anggotanya dilapor mempersoal ketelusan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP berikutan wujud perubahan mendadak dalam keputusan pemilihan kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, selain dakwaan kenapa lebih 700 perwakilan dinafikan hak
mengundi.
Dalam satu sidang akhbar di ibunegara, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa telah menerima surat ROS bertarikh 17 April, menyatakan ROS tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan CEC parti DAP.
Berdasarkan keputusan ROS itu, parti tidak berkuasa mengeluarkan surat watikah pelantikan kepada mana-mana calon parti menggunakan simbol parti iaitu roket pada PRU13, katanya.
Sehubungan itu, Lim berkata DAP bercadang menggunakan simbol PAS di Semenanjung dan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah dan Sarawak pada PRU13.
Lim sebelum itu mengadakan mesyuarat bersama Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, yang menurut pemimpin DAP itu mendapat persetujuan pemimpin parti masing-masing berhubung penggunaan simbol PAS dan PKR.
Beliau turut berkata sepucuk surat yang diterima semalam menyatakan ROS telah bersetuju menangguhkan penyiasatan berhubung pemilihan jawatan CEC.
Dalam surat itu, kata Lim, ROS telah bersetuju bahawa penyiasatan tersebut yang sepatutnya dijalankan hari ini, ditangguh ke 9 Mei.
- Bernama
Pengerusi SPR kata DAP masih boleh bertanding
DAP
masih boleh mengemukakan calon seperti biasa pada hari penamaan calon
tanpa mengira keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menggantung
jawatankuasa pusat parti itu.Ini telah disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.
"Tidak affect bolih bertanding," kata Abdul Aziz kepada Malaysiakini
dalam jawapannya melalui SMS.
ROS telah memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.
Berikutan itu, ROS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai.
Satu salinan surat ROS kepada DAP telah dihantar kepada SPR.
Pakatan S'gor janji rakyat miliki saham syarikat air
Dalam
usaha untuk menangani manifesto pilihan raya BN Selangor, Pakatan
Rakyat berjanji untuk membuka peluang kepada rakyat negeri itu memiliki
saham air Selangor. Pakatan Selangor berkata apabila penstrukturan semula syarikat-syarikat industri air berjaya, seluruh rakyat Selangor akan berpeluang memegang saham-saham yang dikeluarkan oleh syarikat air milik kerajaan negeri.
"Ini bermakna hak air dipegang secara amanah oleh kerajaan negeri bagi pihak rakyat. Mulai saat itu nanti rakyat Selangor adalah pemiliki sebenar air di negeri ini,” kata Pengerusi Pakatan Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam manifesto yang dilancarkan malam ini.
Ini sebagai tambahan kepada pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pakatan selama tempoh lima tahun pentadbirannya - janji yang dibuat sebelum pilihan raya 2008.
BN dalam manifesto yang dilancarkan semalam juga menjanjikan pemberian 20 meter padu air percuma bagi penduduk Selangor.
Dalam manifestonya itu, Pakatan juga berjanji untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan.
Manifesto tujuh halaman Pakatan itu memberi tumpuan kepada memperkukuhkan lagi dasar-dasar kerajaan negeri yang telah dilaksanakan dalam tempoh lima tahun lepas dan secara amnya menawarkan sambungan kepada program-program yang sedia ada.
Berikutan adalah petikan kandungan manifesto Pakatan Selangor:
Perumahan - Tempat Kediaman untuk Semua
• Memperuntukkan RM100 juta kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Kerajaan Negeri yang bertujuan merangka dasar perumahan secara menyeluruh khususnya bagi menyediakan rumah mampu milik yang ermutu serta menguruskan projek-projek perumahan lain yang mengutamakan tahap kemampuan rakyat untuk membeli.
• Menambah perumahan mampu sewa di bandar-bandar raya dan bandar-bandar bagi keluarga yang tidak mampu memiliki rumah persendirian.
• Membina Rumah Mampu Milik dengan keluasan minimum 800 kaki persegi, berharga di bawah RM150,000 seunit.
• Mewujudkan Skim Perumahan Rakyat bagi pembeli yang menghadapi kesukaran mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, dengan cadangan peruntukan berjumlah RM250 juta atau RM50 juta setahun.
Keusahawanan dan Inovasi - Semua Rakyat Selangor Mendapat Peluang
• Menubuhkan Perbadanan Keusahawanan Negeri Selangor bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam pendidikan dan latihan keusahawanan.
• Mewujudkan dana khas bagi melaksanakan program pembelajaran sepanjang hayat ke arah usaha meningkatkan kelayakan akademik dan menambah baik kemahiran golongan rakyat yang memerlukan.
Sebanyak 5% daripada rizab negeri akan digunakan untuk membiayai program-program ini setiap tahun.
• Membina kiosk dan gerai bagi peniaga kecil sebagai usaha menggalak dan mendidik pengusaha persendirian membuang tabiat menyewa.
Pengangkutan Awam bagi Lembah Klang
• Memastikan perlaksanaan pembinaan projek Jambatan Ketiga Klang yang bernilai RM300 juta
• Membina Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu di Shah Alam, ibu negeri Selangor.
• Menyediakan pengangkutan awam percuma dan mesra pengguna, termasuk perkhidmatan bas, di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang dan Kajang.
• Menyediakan lorong berbasikal bagi kawasan perumahan baharu di lokasi terpilih.
Pemilikan Tanah
• Meningkatkan kecekapan memproses urusan pemilikan tanah dan meneruskan tawaran bagi Pemilikan Geran Tanah Persendirian kepada pemohon yang layak, termasuk mereka yang sudah menghuni di kediaman persendirian dalam tempoh lebih 12 tahun.
• Memajukan Tanah Rizab Melayu dengan lebih tersusun bagi meningkatkan nilai dan dalam masa yang sama melindungi hak dan keistimewaan komuniti Melayu.
• Meneruskan kerja Badan Bertindak Tanah Orang Asal Selangor (BBTOAS) untuk melindungi tanah adat Orang Asal.
Pembangunan Pertanian
• Memajukan tanah pertanian secara bersepadu.
• Mengganda pendapatan petani, penternak dan nelayan dengan cara mempertingkat dan memodenkan industri-industri pertanian, penternakan dan perikanan.
Hab Halal
• Menubuhkan sebuah “Hab Halal” di peringkat negeri, termasuk mengeluarkan Pensijilan Halal Negeri Selangor.
Perlindungan Alam Sekitar
• Memperketat undang-undang berkaitan dengan pembangunan di lereng bukit.
• Mempertingkat kesedaran orang awam terhadap perlindungan alam sekitar.
• Memperhebat usaha untuk menanam semula dan melindungi kawasan hutan negeri sebagai kawasan utama tadahan air dan jelapang hijau.
• Meneruskan usaha untuk membersih sungai tertentu, dan membangunkan taman-taman di tebing sungai bagi kegunaan orang awam.
• Mempromosi teknologi hijau di semua peringkat pentadbiran awam di samping menggalakkan usaha untuk memerangi perubahan iklim dan memastikan negeri Selangor bebas tenaga nuklear.
KESEJAHTERAAN RAKYAT
Pakatan Rakyat berusaha dengan gigih untuk menguruskan aset-aset negeri sebagaimana diamanahkan oleh rakyat, dan menggunakan semua sumber negeri secara berhemat dan berhemah bagi kebajikan golongan rakyat yang memerlukan pembelaan atau bantuan. Menggunakan sumber ini, Kerajaan Pakatan Rakyat komited untuk menjaga hak pekerja dalam memperolehi gaji yang setimpal termasuk menggalakkan penubuhan kesatuan sekerja atas tujuan menjamin maruah golongan pekerja.
Dalam tempoh lima tahun yang berlalu, dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor” berjaya melaksanakan sembilan program kepada golongan rakyat Selangor yang memerlukan bantuan, meliputi bayi dan warga
usia emas, anak pekerja ladang, golongan kelainan upaya dan mangsa dera rumah tangga.
Lebih RM862.5 juta telah memanfaatkan sekitar 1.6 juta rumah penduduk Selangor. Oleh itu, dengan sikap bertanggungjawab dan komited terhadap dasar-dasar membantu rakyat, maka Pakatan Rakyat akan berusaha lebih gigih lagi untuk membantu meringankan beban rakyat dalam tempoh lima seterusnya, kerana sebagai kerajaan yang prihatin, Pakatan Rakyat dalam penggal keduanya nanti bertekad untuk bekerja tanpa jemu bagi mensejahterakan rakyat Selangor menerusi dasar-dasar yang berikut:
Pemberdayaan Wanita
• Memperuntukkan RM50juta untuk Tabung Pemberdayaan Wanita Selangor dengan tujuan menyediakan prasarana baik bagi meningkatkan mutu kehidupan wanita dari segi kewangan, taraf hidup serta keselamatan.
• Pemeriksaan percuma kanser payu dara dan rahim bagi wanita di samping meneruskan pemeriksaan mammogram percuma yang disediakan sebelum ini.
• Meluas dan melebarkan dua Skim Mikrokredit yang sedia ada (Skimsel dan Mimbar) dalam kalangan belia dan wanita, dengan tumpuan khusus kepada ibu tunggal.
• Memastikan agar semua bangunan kerajaan menyediakan kemudahan nurseri dan tadika dalam tempoh 5 tahun
Keselamatan
• Mengusahakan dan memperluaskan “Polis Komuniti” yang dibiayai kerajaan negeri.
• Menambah jumlah pegawai penguatkuasa di majlis tempatan bagi melakukan rondaan di kawasan kejiranan.
• Menambah lampu dan CCTV di kawasan majlis tempatan.
Penjagaan Kesihatan
• Pemeriksaan percuma kanser testis dan prostat bagi lelaki.
• Menubuhkan Tabung Dialisis Rakyat Selangor bernilai RM10 juta bagi bangunan dan subsidi rawatan.
Orang Kelainan Upaya
• Memastikan supaya semua kemudahan awam dan tempat ibadat adalah mesra pengguna bagi orang kelainan upaya.
• Menyediakan dan melaksanakan Skim Khas bagi memperkasa golongan orang kelainan upaya.
Bantuan Pendidikan
• Anak yang Ibu bapanya berpendapatan sehingga RM3,000 kini adalah layak untuk mendapat RM1,000 Hadiah Masuk Universiti.
RAKYAT MENERUSI AKTIVITI KEAGAMAAN DAN KEBUDAYAAN
Di bawah Pakatan Rakyat, peruntukan dana negeri bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kebudayaan semua kaum, khususnya program-program silaturrahim dalam keluarga dan komuniti, terbukti memberikan kesan positif dalam hal meningkatkan kesedaran beragama kepada individu dalam setiap kaum di samping meningkatkan kefahaman mereka terhadap agama-agama kaum lain.
Oleh itu, Pakatan Rakyat mahu terus memberi bantuan dana kepada pertubuhan-pertubuhan keagamaan - bagi merapatkan hubungan kekeluargaan sesama mereka di samping memberi kefahaman terhadap agama kaum-kaum lain, dan bantuan dana ini juga diberikan kepada institusi pendidikan yang menyokong atau bekerja menjayakan program-program dalam bidang-bidang berikut:
Agama
• Meluluskan pembinaan tiga Kompleks Islam Bersepadu meliputi sebuah masjid, pusat pendidikan dan pusat komuniti (bagi permohonan masjid baharu).
• Menyediakan kawasan tanah bagi semua rumah ibadat (masjid, kuil, tokong, gereja), perkuburan dan rumah pembakaran mayat.
Pendidikan
• Melancarkan biasiswa Menteri Besar bagi pelajar ijazah lanjutan dengan bon Kerajaan Negeri sebagai usaha membentuk sebuah Bank Pemikir Negeri Selangor (Selangor Brain Bank).
• Menambah jumlah Ma’ahad Integrasi Tahfiz Sains dan menubuhkan sebuah KAFA Menengah, di samping menaik taraf kemudahan yang sedia ada.
• Menambah elaun bagi memastikan warga kerja sekolah agama mendapat gaji minimum RM1,500 sebulan di samping memperbanyakkan aktiviti pengajaran yang setimpal dengan gaji.
• Menyediakan kawasan tanah bagi pembinaan bangunan sekolah agama rakyat, SJK(C) dan SJK(T) di samping menaik taraf infrastruktur yang sedia ada.
• Menyediakan bantuan tambahan sebanyak RM2 juta setahun kepada sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Jenis Kebangsaan.
Pembangunan Keluarga
• Memberi wang tunai RM500 kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan kali pertama.
• Memastikan agar semua bangunan kerajaan menyediakan kemudahan nurseri dan tadika dalam tempoh 5 tahun.
• Meneruskan program Skim Mesra Usia Emas, memberi wang hadiah harijadi bernilai RM100 pada hari lahir yang ke-60.
Pembangunan Kebudayaan
• Membina 3 Pusat Kebudayaan di tebing Sungai Klang bagi komuniti Melayu, India dan Cina di Klang dengan dibiayai kerajaan negeri dan swasta.
KERAJAAN RAKYAT
Di bawah Pakatan Rakyat, Selangor merupakan negeri pertama di Malaysia meluluskan Pindaan Kebebasan Maklumat yang membolehkan orang ramai mencapai maklumat berkaitan kerajaan negeri. Ketelusan turut diperluas dengan pengisytiharan harta oleh Menteri Besar dan setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan pembentukan Jawatankuasa Khas bagi Kecekapan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT). Dasar-dasar yang mencirikan kerajaan rakyat Selangor ini, akan diteruskan oleh Pakatan
Rakyat bagi mentadbir urus negeri Selangor pada penggal kedua kelak.
• Melaksanakan dasar menurunkan kuasa secara berperingkat menerusi pelaksanaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan.
• Mempertingkat peranan Mesyuarat Kerajaan Negeri melalui pelbagai cara, termasuk Pindaan Akta Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor.
* Manifesto ini perlu dibaca bersama manifesto Pakatan Harapan Rakyat di peringkatnasional.
DAP gugur Teresa, Ronnie dari senarai calon DUN
Dua
orang anggota exco dalam kerajaan sementara Selangor Teresa Kok dan
Ronnie Liu tidak lagi disenaraikan untuk mempertahankan kerusi DUN
masing-masing, Kinrara dan Pandamaran, dalam pilihan raya umum 5 Mei.Kok bagaimanapun masih kekal mempertahankan kerusi parlimen Seputeh, namun Liu langsung tidak disenaraikan untuk mana-mana kerusi.
DAP hari ini turut menyenaraikan pengarah strateginya, Ong Kian Ming untuk kerusi parlimen Serdang, menggantikan penyandang Teo Nie Ching yang dipilih untuk bertanding di kerusi Pulai, Johor.
Penyandang kerusi DUN Sungai Pinang Teng Chang Khim pula akan mempertahankan kerusinya.
Dua doktor PAS Kedah digugur, seorang ke Jerlun
Pengumuman
calon PAS Kedah bagi kerusi parlimen dan DUN malam tadi sudah pasti
amat ditunggu-tunggu oleh banyak pihak termasuk pemerhati politik tanah
air.
Pengumuman yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Datuk Seri Azizan Razak itu juga memperlihatkan kejutan termasuk mengundang dakwaan pelbagai pihak 'cubaan membunuh' kerjaya politik dua doktor perubatan yang menjadi wakil rakyat terbaik sama ada di DUN atau parlimen.
Tindakan PAS menyenaraikan semula Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Dr Ismail Salleh mungkin sedikit melegakan penyokongnya di negeri itu.
Namun mempertaruhkan beliau di kerusi parlimen Jerlun dianggap banyak pihak sebagai usaha 'memancungnya' di situ, apabila beliau bakal berdepan tentangan Setiausaha Umno Kedah Datuk Othman Aziz.
Dr Ismail adalah yang dipertua PAS Alor Setar dan menjadi wakil rakyat Alor Mengkudu dalam pilihan raya umum lalu. Tempat beliau kini digantikan dengan Ketua Pemuda PAS Kedah Ahmad Yahya.
Pemerhati politik melihat tindakan PAS itu sebagai 'pelik bin ajaib' kerana sokongan terhadap Dr Ismail telah 'mengakar' di situ, tetapi dipindahkan ke kawasan baru walaupun rakyat Kedah mungkin maklum namanya.
Sebelum ini, desas-desus bertiup kencang apabila seorang lagi timbalan pesuruhjaya Datuk Phahrolrazi Zawawi akan diletakkan di kerusi tersebut.
Tetapi, dengan pengumuman tersebut berakhir misteri nasib beliau - antara pemimpin yang dianggap 'kritikal' terhadap pentadbiran Azizan - untuk dipindahkan ke Jerlun.
PAS memutuskan untuk mengekalkan Phahrolrazi mempertahankan kerusi Pengkalan Kundor yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu.
Persoalan yang timbul, apakah faktor yang menyebabkan berlaku perubahan calon di Jerlun yang sebelum ini ura-ura diberikan kepada Phahrolrazi, kemudian melepaskan 'baton' itu kepada Dr Ismail.
Apakah disebabkan desakan dan tekanan akar umbi menyebabkan PAS memutuskan untuk mengekalkan Phahrolrazi di DUN Pengkalan Kundor bagi meredakan 'pergeseran dalaman' dan menyerahkan kepada Dr Ismail yang sebelum ini dikatakan tiada kerusi untuknya.
Atau apakah usaha itu dilihat untuk 'membisukan' terus suara Dr Ismail dengan meletakkannya di kubu kuat BN - yang sebelum ini beliau dilihat 'tidak sebulu' dengan Azizan sehingga enggan dilantik semula menjadi exco kerajaan.
Dan apakah alasan yang terkuat untuk meletakkan ustaz muda - Ahmad Yahya - di Alor Mengkudu yang dianggap banyak pihak tidak mempunyai akar umbi sekaligus mensia-siakan peranan dan pengaruh Dr Ismail selama ini di kubu kuatnya.
Apakah kerana Ahmad dianggap oleh banyak pihak sebagai 'calon MB kita' menyebabkan Dr Ismail terpelanting nun di Jerlun. Atau wujudnya usaha 'mencantas' semua yang dianggap 'tidak sebulu' dengan 'warlord' PAS di Kedah.
PAS negeri boleh memberi seribu satu alasan, tetapi barang diingat perasaan dan semangat 'lillahi taala' jentera parti yang berpanas dan berembun perlu diambil kira bagi memenangkan calon pilihan mereka di peringkat kawasan dan cawangan.
Pemerhati politik melihat pengaruh Dr Ismail yang juga bekas exco Kedah diperlukan bagi membantu calon PKR merampas kerusi parlimen Alor Setar yang dimenangi tipis oleh menteri kabinet Datuk Seri Chor Chee Heung dengan majoriti 189 undi sahaja pada PRU 2008.
Namun begitu menjawab persoalan itu, Pengarah Pilihan Raya PAS negeri Mohamad Yusof Husin menjelaskan keputusan meletakkan Dr Ismail diputuskan oleh PAS Pusat yang menurutnya, Dr Ismail patut diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
"Ini kehendak PAS pusat. Beliau patut berada di parlimen. Beliau menang di Alor Mengkudu dan mungkin berdasarkan kepentingan tersebut, beliau perlu diangkat di parlimen," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Ditanya sama ada tanggapan meletakkan PAS meletakkan Dr Ismail di parlimen itu dianggap mahu 'membunuhnya', Mohamad Yusof menolak dakwaan itu kerana "sokong parti itu ada di mana-mana dalam negeri itu".
"Penyokong PAS ada di mana-mana sahaja. Kita pernah menang parlimen Jerlun pada 1999. Tapi pada 2008 kita kalah kerana Mukhriz bertanding dan Dr Mahathir pun berkempen.
"Sekarang ini berbeza, di atas kertas kita tidak begitu sukar untuk menang. Kalau kita berjaya sedikit dan gelombang tambahan, mungkin Ayer Hitam (dipertahankan) dan Kota Siputeh dapat dekat kita," katanya.
Mengulas keputusan parti meletakkan Ahmad Yahya menggantikan Dr Ismail di Alor Mengkudu, Mohamad Yusof berkata kerajaan Pakatan memerlukan sumbangan beliau untuk membantu kerajaan negeri dan parti.
Persoalan kedua yang timbul lagi, ke mana hilangnya Dr Mohd Hayati yang berkhidmat dengan cemerlang di parlimen Pendang sebelum ini. Beliau hilang begitu sahaja 'tanpa kubur' dan tiada sebarang kerusi untuknya.
Sebelum ini diura-urakan bertanding di DUN Sungai Tiang, kini tidak disenaraikan terus dalam saf calon yang yang bertanding pada pilihan raya umum 5 Mei ini.
Apakah Dr Hayati dianggap tidak mampu mempertahankan auranya sekurang-kurangnya di dua DUN dalam parlimen Pendang. PAS memutuskan untuk meletakkan di Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di Pendang.
Manakala PAS mempertaruhkan Fadzil Baharom di Sungai Tiang dan mengekalkan Datuk Mohamed Taulan Rasul untuk mempertahankan kubu kuatnya di DUN Tokai. Nama Dr Hayati tidak disebut langsung.
Menjawab perkara berbangkit itu, Mohamed Yusof berkata Dr Hayati dengan 'rela hati' menyerahkan kerusi tersebut kepada timbalan presiden.
Malah, kata Mohamed, parti juga memberi 'hint' mengenai laluan sukar yang ditempuhinya jika beliau bertanding di Sungai Tiang khususnya berdepan dengan masyarakat Siam.
"Dia kata tak apa, tak tanding bagi laluan kepada orang lain. Lagi pun dia ada kerja lain, (beri) tumpuan kepada kliniknya," katanya.
Di DUN Tokai, parti dan kerajaan negeri Pakatan memerlukan khidmat dan pengalaman Mohamed Taulan yang mempunyai hubungan baik dengan pegawai tadbir kerajaan negeri dan membanti Azizan menyelesaikan masalah pentadbiran, kata Mohamed Yusof.
Seorang lagi doktor yang juga bekas exco Dr Hamdan Khalib pula dilaporkan digugurkan dalam senarai calon untuk mempertahankan kerusi DUN Tanjong Dawai yang dimenanginya dengan majoriti 79 undi pada 2008.
Mohamad Yusof yang pernah ditahan ISA bagaimanapun menjelaskan Dr Hamdan mahu menarik diri dan tidak mahu dicalonkan dalam pilihan raya umum ini tetapi akan membantu parti dan kerajaan.

Nik Aziz tak anggap pencalonan anaknya sebagai proksi
Menteri
Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menganggap pencalonan
anaknya, Nik Abduh, untuk bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas pada
pilihan raya umum 5 Mei depan sebagai 'proksi' mewakilinya sebagai
pemimpin tertinggi PAS.
Jelas beliau semua calon PAS adalah mewakili parti itu, bukan mewakili pemimpin tertentu.
Menurutnya beliau tidak memberi petunjuk kepada pimpinan PAS supaya memilih anaknya itu bertanding di mana-mana kawasan pilihan raya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran kutipan derma bagi membina masjid Al-Ihsan di kawasan Perumahan Taman Maju di Kota Bharu hari ini.
Nik Abduh dijangka ditentang calon bebas Datuk Ibrahim Ali dan calon BN, Che Johan Che Pa.
Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata secara kebetulan, anaknya itu memang sudah lama berminat dalam politik dan sedia untuk bertanding.
"Beliau juga sudah lama bergiat cergas dalam politik dan menjadi timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan