Jumaat, 5 April 2013

KRONI...DAPAT DAN SAPU LAH

Selepas daftar 2 hari, dapat kontrak 7 tahun

Harakahdaily, 05 Apr 2013

TEMERLOH: Syarikat YP Maintenance Sdn Bhd yang dimiliki Johari Harun dan Syufina Yaakob mencipta sejarah apabila mendapat kelulusan kontrak untuk menyelenggara jalan seluruh negeri Pahang selama tujuh tahun hanya selepas 2 hari ditubuhkan.

Mengikut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, syarikat YP Maintenance didaftarkan pada 4 Februari 2013 dengan nombor pendaftaran 1033787.


(Surat kelulusan kontrak tujuh tahun dari kerajaan negeri Pahang kepada YP yang diluluskan pada 6 Februari 2013)

“Ini bermakna syarikat itu dianugerah projek sebegitu besar pada usia 2 hari. Ini jelas satu salahguna kuasa dan cara merompak duit rakyat sinomim dengan budaya kerajaan Umno-BN yang diketahui umum,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut carian SSM, terdapat dua ahli lembaga pengarah syarikat iaitu Johari Harun  (No KP: 700120-06-5739) yang beralamat di Janda Baik dan Syufina Yaakob (No KP 800912-02-5514) yang beralamat di Batu Caves. (SSM3.jpg)

Tidak dapat dipastikan samada mereka khasnya Syufina Yaakob mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Semakan Harakahdaily dengan laman web SPR mendapati, Johari Harun mengundi di Janda Baik, Ketari di bawah parlimen Bentong, kawasan datuk Adnan Yaakub. Namun begitu semakan terhadap nama Syufina berdasarkan no kad pengenalannya mendapati  tidak ada sebarang rekod dinyatakan.

Sebelum ini, Harakahdaily mendedahkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang bersidang pada 6 Februari 2013 telah menganugerahkan kontrak berkenaan kepada YP Maintenance.

Kontrak 7 tahun itu diketahui umum dengan kemunculan sepucuk surat yang ditandatangani Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Datuk Ir Haji Rosman Haji Yahya bertarikh 27 Februari 2013. (lihat SSM4.jpg)

Satu surat rasmi mendedahkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang bersidang pada 6 Februari 2013 telah menganugerahkan satu kontrak penyelenggaraan jalan negeri Pahang kepada sebuah syarikat selama tujuh tahun.

Dalam surat yang ditandatangani Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Datuk Ir Haji Rosman Haji Yahya, kontrak tersebut diberikan kepada Syarikat YP Maintenance Sdn Bhd bermula 1 April 2013.

“Pembiayaannya adalah dari peruntukan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri,” baca surat tersebut yang ditujukan kepada “Jurutera Daerah JKR Kuantan/ Temerloh / Jerantut / Pekan / Maran / Bentong / Rompin / Kuala Lipis / Cameron Highlands / Raub / Bera.”

“Ia telah menimbulkan persoalan kenapa ia dibuat untuk tempoh yang begitu panjang?” soal Tuan Ibrahim.

Surat itu turut menyatakan bahawa jalan-jalan yang terlibat dalam kontrak ini ialah jalan-jalan negeri di bawah JKR seperti yang disenaraikan dalam Malaysia Road Record Information System (MARRIS) tetapi tidak termasuk jalan di dalam kategori yang lain.


(Bukti syarikat YP baru ditubuhkan pada 4 Februari)

Surat itu turut mengarahkan sebarang rundingan yang belum dimuktamadkan dengan kontraktor lain perlu dibatalkan.

“Oleh yang demikian, segala kerja-kerja undi dan sebut harga untuk kategori Jalan Raya Negeri Di Bawah JKR yang masih di peringkat tawaran dan masih belum disetuju terima kepada kontraktor hendaklah dibatalkan.

"Walaubagaimanapun, kerja-kerja undi dan sebut harga yang telah disetujuterima oleh kontraktor boleh diteruskan sehingga siap,” tulis surat itu lagi.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat turut menuntut penjelasan daripada Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengenai kontrak berkenaan.


1.     Mengapa Syarikat YP Maintenance dipilih? Apakah nasib bakal melanda kontraktor-kontraktor jalan Kelas F dan peluang kerja anak tempatan?

2.     Apakat butiran perjanjian antara kerajaan negeri dengan Syarikat YP Maintenance?

3.     Bagaimana perjanjian ini boleh menguntungkan warga Pahang? Apakah sebutharga YP Maintenance jauh lebih rendah berbanding kontraktor lain?

4.     Apakah YP Maintenance memenangi kontrak ini melalui tender terbuka?

5.     Berapa jumlah nilai kontrak 7 tahun tersebut? Mengapa 7 tahun dan bukan diperbaharui setiap tahun?

6.     Jika YP Maintenance tidak dapat melaksanakan tugas kontrak, apakah kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mendenda dan membatalkan kontrak?

“PAS dan Pakatan Rakyat Pahang berjanji akan menilai kembali kontrak ini, dan tidak akan mengagak-agak mengambil tindakan susulan untuk menjaga nasib kontraktor F dan anak tempatan apabila kami diberi mandat menerajui Pahang selepas PRU13,” tegas Tuan Ibrahim.

PAS dan Pakatan Rakyat Pahang, katanya tidak akan membiarkan perkara ini berlarutan menjadi ‘SYABAS’ kedua seperti di Selangor dan syarikat bekalan air PAIP di Pahang, di mana kerajaan terpaksa menghabiskan berjuta ringgit tanpa mendapat kembali perkhidmatan yang sewajarnya.

“Kontrak ini menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN tengah membuat persiapan untuk tewas dengan menganugerahkan kontrak kerajaan kepada syarikat kroni untuk menjamin pendapatan mereka pada masa hadapan,” tambah beliau.

Tun Musa kempen untuk menangkan Pakatan?

Omak kau, 05 Apr 2013





Billboard "NEGARA TAK AKAN BANKRAP JIKA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH" oleh Tun Musa Hitam kini banyak terpacak megah di merata tempat di Pulau Pinang.

Ungkapan itu beliau ucapkan semasa soal jawab Dialog Survival Ekonomi Melayu di Kompleks Karangkraf Kuala Lumpur pada 12hb Mac 2013 yang lalu.


Klik untuk baca sepenuhnya laporan blog Omak Kau.

Kantoi! Bekas Sarjan Mejar dedah Utusan tipu

Omak kau, 05 Apr 2013



Utusan sanggup menipu dalam apa jual hal....Sampaikan nasib bekas tentera pun lidah biawak rasmi UMNO, Utusan Malaysia sanggup menipu dan memfitnah.

JASIN - "Saya malu kerana saya masih sihat dan mempunyai pencen tetapi ditanya kenapa saya boleh menerima kad itu,".

Itulah luahan seorang pesara tentera yang terkilan dan kesal berhubung penyiaran gambarnya oleh sebuah akhbar arus perdana sebagai penerima Kad Sara Hidup Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedangkan dia tidak pernah menerima kad terbabit.

Mohd Ali Baba, 53, berkata, siaran gambar itu bukan sahaja memalukan dirinya malah menjadi persoalan dalam kalangan rakan-rakan memandangkan jawatannya yang terakhir adalah sebagai sarjan mejar.

Menurutnya, ramai rakan seangkatannya menghubunginya dan mempersoalkan kehidupan dia sekarang kerana syarat penerima Kad Sara Hidup ATM adalah pesara tentera yang miskin dan kurang bernasib baik ataupun yang terdiri daripada Orang Kurang
Upaya (OKU).

"Ada yang marah saya menafikan menerima kad itu kerana gambar sudah disiarkan seluruh Malaysia sedangkan hal sebenarnya (gambar) adalah ketika saya menerima kad pesara tentera daripada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi pada 2011.

"Tapi pada tahun ini, gambar itu diguna pakai semula sebagai penerima kad yang memang saya sendiri tak pernah terima dan miliki," katanya kepada Sinar Harian, dekat sini semalam.

Klik untuk baca laporan penuh blog Omak kau

Mirzan, Raja Nong Chik antara 1,500 miliki syarikat luar pesisir

Omak kau, 05 Apr 2013


Ahli politik ternama Malaysia, kaum kerabat dan rakan kongsi mereka antara yang memiliki syarikat luar pesisir secara rahsia di Singapura dan British Virgin Islands (BVI), menurut maklumat dari dokumen yang bocor.

Mereka termasuklah anak lelaki bekas perdana menteri Mirzan Mahathir, Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dan Micheal Chia, yang pernah dikaitkan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Fail-fail yang diperoleh daripada Gabungan Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ) yang berpangkalan di Washington dan diteliti Malaysiakini menunjukkan, seramai 1,500 rakyat Malaysia memiliki syarikat luar pesisir - yang digelar Switzerland baru - serta BVI, syura percukaian rendah.

Klik untuk baca lanporan lanjut dalam blok Omak Kau.

Politik ‘Orang Muda’ dan ‘Orang Lama’

Budak kampung, 05 Apr 2013
Saya menulis sebagai orang muda yang gemar melihat corak kepimpinan orang muda dan sedang menilai perbezaan antara kepimpinan “orang muda” dan “orang lama”. Salah seorang pemimpin “orang muda”  yang sedang hangat diperbincangkan sekarang ialah mantan ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff yang juga digelar “Kampung Boy”.

Di benak saya sekarang adakah semangat dan kesungguhan Mohd  Yusmadi  yang selama ini membela penduduk di Parlimen Balik Pulau akan berkubur begitu sahaja selepas tidak tercalon? Atau beliau masih akan membela penduduk Balik Pulau atas dasar beliau merupakan penduduk tempatan di situ?

Jarang kita dapat melihat seorang wakil rakyat yang begitu berkobar-kobar membela apabila melibatkan hak penduduk ke atas tanah mereka. Mungkin kerana latar belakang Yusmadi yang merupakan seorang Peguam maka bagi beliau adalah satu kemestian kepada beliau untuk memastikan hak penduduk di bawah jagaan beliau tidak tertindas.

Yusmadi yang telah membela nasib hampir 100 keluarga yang terlibat dalam kemelut hak pendudukan tanah di Kampung Binjai, Kampung Teluk Kumbar, Kampung Kuala Jalan Baru, Bukit Kechil dan terbaru Kampung Pondok Upeh.

Sepanjang prosiding perundangan berlangsung beliau tidak mengenakan apa-apa caj guaman kerana bagi beliau adalah tanggungjawab beliau untuk memastikan penduduk di bawah jagaannya tidak tertindas. Segala perbelanjaan sepanjang kes berlangsung bagi memastikan penduduk di bawah jagaan beliau terbela adalah ditanggung oleh beliau sendiri.

Berbalik kepada topik utama, perbezaan politik antara “orang muda” dan “orang lama” amat jelas apabila melihat kebanyakan wakil rakyat terutama daripada parti kerajaan mempunyai banyak wang untuk ditaburkan kepada rakyat maka semakin dekat dengan pilihanraya rakyat akan di berikan pemberian berbentuk wang dan kebendaan.

Berbeza dengan corak politik “orang muda” yang salah seorang daripadanya yang saya ikuti perkembangan ialah Yusmadi Yusoff, mereka lebih bersemangat untuk memastikan tiada yang tertindas dengan memastikan hak-hak asas penduduk seperti hak untuk mempunyai tempat tinggal, hak untuk mendapat pendidikan, hak untuk mendapat peluang pekerjaan , hak mendapat nasihat perundangan dan hak-hak asas yang lain wajib dipenuhi terlebih dahulu.

Dua pendekatan ini amat berbeza dan ianya bergantung kepada pengundi-pengundi untuk memilih  calon yang mana dapat memenuhi hasrat dan impian mereka. Sebagai orang muda, saya pilih cara pimpinan “orang muda” yang bukan sekadar menabur wang tetapi mempunyai satu kesungguhan untuk memastikan nasib rakyat terbela untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik.

Anak Perlis berjumpa Haron Din Selasa depan

Bashir Ishak, 05 Apr 2013
KANGAR: Bagi mempertemukan pimpinan Perlis dengan pengundi di perantauan, persatuan Anak Perlis di Perantauan akan mengadakan program Ramah Mesra pada hari Selasa, 9 April akan datang.

Ia bagi menghimpunkan anak-anak Perlis menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang.

Program akan diadakan di Kelab Shah Alam, No. 1A Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13 Shah Alam bermula jam 8.00 malam.

Antara tetamu undangan yang bakal menghadiri program tersebut ialah Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din serta Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

Anak-anak Perlis di sekitar Lembah Klang dijemput hadir ke program ini untuk sama-sama mendengar amanat daripada pimpinan serta berkongsi pandangan menjelang PRU akan datang.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi (019-4170244)

Mafrel pantau setiap fasa PRU 13

Harakah, 05 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Badan Pemantau Pilihan Raya Adil dan Bebas (Mafrel) akan memantau setiap fasa dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, kata pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar).

Pemantauan katanya akan berjalan sebelum, semasa berkempen dan semasa pembuangan undi berjalan.

Paling utama, Mafrel akan membuat pemantauan khusus terhadap media massa akan dijalankan oleh badan pemantau pilihan raya bagi memastikan tidak berlaku penyalahgunaan jentera media kerajaan untuk kegunaan kempen parti politik tertentu.

Laporan penuh dalam Harakah cetak Ahad ini.

Tiada ulasan: