Posted on Wednesday, April 10 @ 14:19:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: setisab
"
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diadakan pada 5 Meimanakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April.
Ini diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu sidang akhbar hari ini.
Menurutnya, seramai 13,268,002 layak mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 ini.
Aziz berkata, untuk PRU13 ini, SPR menggunakan daftar pemilih induk 2012, daftar tambahan suku tahun pertama 2012, daftar tambahan suku tahun kedua 2012, daftar tambahan suku tahun ketiga 2012 dan daftar tambahan suku tahun keempat 2012.
Manakala tarikh pengundian awal ditetapkan pada 30 April, katanya.

Anda mungkin juga meminati: Nota buat PKR
Aishah layak jadi calon
Posted on Wednesday, April 10 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Blog Gendang Perang
Setidak-tidaknya kelulusan akademik yang ada padanya, pendidikan di University of Auckland dan memiliki Ijazah Sains Politik.
Ceramah anjuran PAS sebelum ini selalunya hanya dalam 10 ke 20 peratus sahaja. Jika ada penceramah wanita pun kehadiran wanita hanya sekitar 25 peratus sahaja. Itu paling tinggi.
Tetapi ceramah Aishah di Seremban tempoh hari dihadiri oleh 50 peratus golongan wanita termasuk gadis remaja. Golongan gadis dan wanita yang hadir pada malam itu dalam lingkungan umur 21 tahun ke 50 tahun.
Daripada jumlah hadirin lebih 10,000 orang itu, jika separuh daripadanya adalah gadis remaja dan wanita, ini bermakna Aishah mempunyai kekuatan menarik sokongan kaum hawa.
“Kita sedia maklum sejak sekian lama PAS dan Pakatan Rakyat masih tidak mendapat sokongan majoriti golongan wanita jika dirujuk kepada keputusan PRU ke-12 dan sebelum itu.
“Golongan wanita Melayu merupakan golongan paling liat untuk mengundi calon Pakatan Rakyat. Saya kira jika kita letak Aishah sebagai calon PRU di Jempol, kita mampu mendapat penambahan undi yang drastik daripada pengundi wanita dan anak muda,” kata pemimpin tersebut.
Pemimpin itu turut merasakan status ibu tunggal Aishah juga “carry weight” dan pengundi yang berstatus ibu tunggal di Jempol tidak akan teragak-agak akan memberikan undi kepada Aishah.
Sumber: wasukalu.com
Posted on Wednesday, April 10 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Blog Gendang Perang
Setidak-tidaknya kelulusan akademik yang ada padanya, pendidikan di University of Auckland dan memiliki Ijazah Sains Politik.Ceramah anjuran PAS sebelum ini selalunya hanya dalam 10 ke 20 peratus sahaja. Jika ada penceramah wanita pun kehadiran wanita hanya sekitar 25 peratus sahaja. Itu paling tinggi.
Tetapi ceramah Aishah di Seremban tempoh hari dihadiri oleh 50 peratus golongan wanita termasuk gadis remaja. Golongan gadis dan wanita yang hadir pada malam itu dalam lingkungan umur 21 tahun ke 50 tahun.
Daripada jumlah hadirin lebih 10,000 orang itu, jika separuh daripadanya adalah gadis remaja dan wanita, ini bermakna Aishah mempunyai kekuatan menarik sokongan kaum hawa.
“Kita sedia maklum sejak sekian lama PAS dan Pakatan Rakyat masih tidak mendapat sokongan majoriti golongan wanita jika dirujuk kepada keputusan PRU ke-12 dan sebelum itu.
“Golongan wanita Melayu merupakan golongan paling liat untuk mengundi calon Pakatan Rakyat. Saya kira jika kita letak Aishah sebagai calon PRU di Jempol, kita mampu mendapat penambahan undi yang drastik daripada pengundi wanita dan anak muda,” kata pemimpin tersebut.
Pemimpin itu turut merasakan status ibu tunggal Aishah juga “carry weight” dan pengundi yang berstatus ibu tunggal di Jempol tidak akan teragak-agak akan memberikan undi kepada Aishah.
Sumber: wasukalu.com
Persada sedia bantu Husam ambil Putrajaya
Posted on Wednesday, April 10 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR:
Persatuan Anak Kelantan Darul Naim Di Selangor & Kuala Lumpur
(PERSADA) mengalu-alukan langkah PAS mencalonkan Datuk Husam Musa
sebagai calon Pakatan Rakyat untuk merebut kerusi P125 Parlimen
Putrajaya pada PRU nanti.
Menurut Setiausaha Agong Persada, Razali Mat Ail pencalonan Husam dilihat sebagai satu pengiktirafan yang tinggi kepada ketokohan dan keterampilan beliau.
Katanya, Husam telah mempamerkan rekod yang cemerlang sepanjang perkhidmatannya dalam kerajaan dan organisasi sebagai anggota exco kanan dan Naib Presiden Pas.
Tambahnya, Husam diyakini mampu memikul tugas dan amanah jika terpilih mewakili Parlimen Putrajaya berdasarkan rekod lampau beliau yang pernah menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum ini.
"Kami juga menyeru kepada seluruh pengundi Putrajaya khususnya dan rakyat Malaysia amnya supaya menilai dan meneliti keupayaan, kemampuan dan sumbangan Husam sepanjang kariernya dalam politik dan kerajaan, seterusnya memberikan kepercayaan dan undi kepada beliau," katanya.
Persada juga akan mengambil langkah membantu Husam menawan Putrajaya dengan menggerakan jentera kempen mereka secara aktif.
Persada juga menyeru anak-anak Kelantan diperantauan untuk bersama mereka bagi memastikan kemenangan kepada Husam yang merupakan kebanggaan anak Kelantan seluruhnya.
Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan calon-calonnya yang akan bertanding di kerusi parlimen antaranya Husam Musa di Putrajaya, Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu di Pendang, dua Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub masing-masing di Pokok Sena dan Pulai.
Sumber
Posted on Wednesday, April 10 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR:
Persatuan Anak Kelantan Darul Naim Di Selangor & Kuala Lumpur
(PERSADA) mengalu-alukan langkah PAS mencalonkan Datuk Husam Musa
sebagai calon Pakatan Rakyat untuk merebut kerusi P125 Parlimen
Putrajaya pada PRU nanti.Menurut Setiausaha Agong Persada, Razali Mat Ail pencalonan Husam dilihat sebagai satu pengiktirafan yang tinggi kepada ketokohan dan keterampilan beliau.
Katanya, Husam telah mempamerkan rekod yang cemerlang sepanjang perkhidmatannya dalam kerajaan dan organisasi sebagai anggota exco kanan dan Naib Presiden Pas.
Tambahnya, Husam diyakini mampu memikul tugas dan amanah jika terpilih mewakili Parlimen Putrajaya berdasarkan rekod lampau beliau yang pernah menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum ini.
"Kami juga menyeru kepada seluruh pengundi Putrajaya khususnya dan rakyat Malaysia amnya supaya menilai dan meneliti keupayaan, kemampuan dan sumbangan Husam sepanjang kariernya dalam politik dan kerajaan, seterusnya memberikan kepercayaan dan undi kepada beliau," katanya.
Persada juga akan mengambil langkah membantu Husam menawan Putrajaya dengan menggerakan jentera kempen mereka secara aktif.
Persada juga menyeru anak-anak Kelantan diperantauan untuk bersama mereka bagi memastikan kemenangan kepada Husam yang merupakan kebanggaan anak Kelantan seluruhnya.
Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan calon-calonnya yang akan bertanding di kerusi parlimen antaranya Husam Musa di Putrajaya, Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu di Pendang, dua Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub masing-masing di Pokok Sena dan Pulai.
Sumber
20 Pondok Kelantan Sokong Kepimpinan Ulama' Kelantan
Posted on Wednesday, April 10 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Sumber DUP Kelantan

Sebanyak 20 institusi pondok seluruh Kelantan hari ini berikrar menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.
Pada masa yang sama mereka turut berikrar untuk turut serta bersama PAS dan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada PRU13 akan datang.
Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pusat Pembangunan Pondok Berhad, Ustaz Ahmad Shairazi Atiqullah, selepas mesyuarat khas di JKR 10, tengah hari tadi.
Menurut Shairazi, program khas Ijtima Ulama’ dan Guru Pondok dari 20 institusi pondok seluruh negeri ini akan diadakan pada 14 April ini bermula 4.00 petang hingga 12.00 malam.
Menurutnya, 100 orang yang hadir hari ini hanyalah wakil-wakil dari pondok seluruh Kelantan untuk berbincang berhubung program khas itu.
"Seramai 4,000 orang ulama serta pelajar pondok akan berkampung di Pondok Pasir Tumbuh untuk menghadiri program tersebut," ujarnya.
Menurutnya, majlis perasmian akan dilakukan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan penutup oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sehubungan itu, semua guru serta pelajar pondok di seluruh Kelantan diminta hadir pada program itu.
Turut hadir pada mesyuarat itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohammad Daud, Ustaz Muhammad Mustapha, Ustaz Nik Razi Nik Mat dan lain-lain kepimpinan ulama dan pondok.
Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Ustaz Hassan Mahmod, ketika menjawab soalan media berkata, dakwaan yang mengatakan ulama pondok tidak menyokong Tuan Guru amat tidak benar.
Menurutnya, yang ada hanya seorang dua ‘orang pondok’ yang tidak mempunyai pelajar di pondoknya.
"Mana-mana pemimpin pondok dan pondok bertauliah semuanya memberi sokongan pada kepimpinan Tuan Guru," ujarnya.
Sumber: dupnk.org.my

Budaya UMNO - Ini Namanya Taksub Overdose
Posted on Wednesday, April 10 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Sumber FB Pakatan

Terdapat bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai qaza‘ (قزع).
Qaza‘ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya.
Larangan melakukan qaza‘ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang bermaksud :
"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud :
"Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: "Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya)."
(Hadis riwayat Abu Daud)
Sumber: FB Pakatan Rakyat Elections News

Isu-Isu Tempatan dan Fakta sekitar DUN Chembong, Parlimen Rembau
Posted on Wednesday, April 10 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: amkns
"
ISU PERTAMA - Tanah adat kerajaan bayar RM1.20 sekaki, tanah untuk hospital Rembau RM22.00 sekaki
ISU KEDUA - Hospital Rembau dijangka siap selepas 3 tahun tender ditutup
ISU KETIGA - UiTM Rembau, berapa pampasan tanah untuk penduduk yang terlibat dengan projek ini?
ISU KEEEMPAT - Landasan pesawat kecil dibina di Rembau, berapa pampasan tanah untuk penduduk yang terlibat dengan projek ini?
ISU KELIMA - Sekolah Menengah Agama Rembau tiada padang, Dasar 1 Murid 1 Sukan Gagal
ISU KEENAM - Pemuliharaan Bangunan Bersejarah di DUN Chembong
ISU KETUJUH - Bau busuk ganggu penduduk
FAKTA PERTAMA - ADUN N.Sembilan dari Chembong bangkitkan isu hospital Rembau sejak tahun 1952
FAKTA KEDUA - Orang Chembong dilantik sebagai Presiden Parti Negara
Ulasan penuh bergambar isu-isu di atas pada pautan berikut di rembau-hari-ini.blogspot.com"
Posted on Wednesday, April 10 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: amkns
"
ISU PERTAMA - Tanah adat kerajaan bayar RM1.20 sekaki, tanah untuk hospital Rembau RM22.00 sekakiISU KEDUA - Hospital Rembau dijangka siap selepas 3 tahun tender ditutup
ISU KETIGA - UiTM Rembau, berapa pampasan tanah untuk penduduk yang terlibat dengan projek ini?
ISU KEEEMPAT - Landasan pesawat kecil dibina di Rembau, berapa pampasan tanah untuk penduduk yang terlibat dengan projek ini?
ISU KELIMA - Sekolah Menengah Agama Rembau tiada padang, Dasar 1 Murid 1 Sukan Gagal
ISU KEENAM - Pemuliharaan Bangunan Bersejarah di DUN Chembong
ISU KETUJUH - Bau busuk ganggu penduduk
FAKTA PERTAMA - ADUN N.Sembilan dari Chembong bangkitkan isu hospital Rembau sejak tahun 1952
FAKTA KEDUA - Orang Chembong dilantik sebagai Presiden Parti Negara
Ulasan penuh bergambar isu-isu di atas pada pautan berikut di rembau-hari-ini.blogspot.com"
Reaksi minda di pagi Rabu
Posted on Wednesday, April 10 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Sumber FB DUP Kelantan
Dulu PAS nak buat negara Islam, BN kata tak sesuai kerana Malaysia rakyatnya majmuk.
Sekarang PAS guna pendekatan Negara Berkebajikan, BN kata PAS dah lupa Negara Islam.
Dulu PAS tak buat pakatan dengan parti bukan Islam, BN kata PAS ekstrimis, anti sosial dan tak releven.
Sekarang PAS berkawan dengan DAP, PKR dan ada DHPP, BN kata Pas dah berubah demi kuasa dan dah sesat.
Dulu PAS hanya didokong oleh tok guru, ulama dan orang kampung, BN kata PAS tak moden, fundamentalis dan parti orang kampung.
Sekarang PAS didokong oleh Ulama, profesional dan teknokrat Islamis, BN kata PAS dah tinggalkan kempimpinan Ulama.
Dulu Pakatan buat janji nak turunkan harga kereta, BN kata negara dan industri kerta akan bengkrap.
Sekarang BN pula tiru manisfeto nak turunkan harga kereta, semua pencacai kata itu yang terbaik dari BN.
Dulu DAP bantah hudud, BN kata kita perangi DAP yang anti Islam.
Sekarang CHUA SOI LEK bantah hudud, BN kata itu hanya kata-kata individu.
Dulu BN jadi kerajaan Pahang, Johor dan Melaka sampai sekarang masalah air masih tak selesai.
Sekarang bila berkempen sebut bagi BN menang di Selangor dan Kelantan,kerajaan BN akan selesaikan masalah air di kedua-dua negeri.
Apa komen anda?
Sumber
Posted on Wednesday, April 10 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Sumber FB DUP Kelantan
Dulu PAS nak buat negara Islam, BN kata tak sesuai kerana Malaysia rakyatnya majmuk.Sekarang PAS guna pendekatan Negara Berkebajikan, BN kata PAS dah lupa Negara Islam.
Dulu PAS tak buat pakatan dengan parti bukan Islam, BN kata PAS ekstrimis, anti sosial dan tak releven.
Sekarang PAS berkawan dengan DAP, PKR dan ada DHPP, BN kata Pas dah berubah demi kuasa dan dah sesat.
Dulu PAS hanya didokong oleh tok guru, ulama dan orang kampung, BN kata PAS tak moden, fundamentalis dan parti orang kampung.
Sekarang PAS didokong oleh Ulama, profesional dan teknokrat Islamis, BN kata PAS dah tinggalkan kempimpinan Ulama.
Dulu Pakatan buat janji nak turunkan harga kereta, BN kata negara dan industri kerta akan bengkrap.
Sekarang BN pula tiru manisfeto nak turunkan harga kereta, semua pencacai kata itu yang terbaik dari BN.
Dulu DAP bantah hudud, BN kata kita perangi DAP yang anti Islam.
Sekarang CHUA SOI LEK bantah hudud, BN kata itu hanya kata-kata individu.
Dulu BN jadi kerajaan Pahang, Johor dan Melaka sampai sekarang masalah air masih tak selesai.
Sekarang bila berkempen sebut bagi BN menang di Selangor dan Kelantan,kerajaan BN akan selesaikan masalah air di kedua-dua negeri.
Apa komen anda?
Sumber
Menjawab Dakwaan Ulama Pondok Tolak PAS Kelantan
Posted on Wednesday, April 10 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Nik Mohamad Abduh
1)
PAS Kelantan maju sejak sekian lama dengan sokongan para ulama pondok.
Jika mereka tolak PAS, sudah pasti PAS semakin lemah, sedangkan PAS
semakin kuat hari ini.
2) Majoriti besar tokoh ulama pondok Kelantan yang terkenal sentiasa mendukung perjuangan PAS. Sebaliknya, individu yang mendakwa mewakili pondok Kelantan hanyalah mula dikenali selepas dipopularkan oleh media kerajaan. Jelas, mereka bukanlah ulama besar Kelantan.
3) Lebih 20 institusi pondok di Kelantan telah memperbaharui ikrar mereka menyokong kerajaan PAS Kelantan. Ia mewakili hampir 90% pondok Kelantan. Adakah 10% boleh mendakwa mewakili pondok?
4) Pondok Pasir Tumbuh yang merupakan pondok terbesar di Kelantan tidak pernah berbelah bagi menyokong PAS Kelantan sejak dulu lagi.
5) Abdullah Saamah yang paling lantang menyerang PAS di Kelantan hanyalah mentadbir sebuah pondok di Tumpat yang mempunyai pelajar yang cukup dibilang dengan jari.
6) Kebanyakan hujah menolak PAS Kelantan hanyalah berkisar perbezaan pendapat dalam perkara furu' fiqh dan akidah di kalangan ulama khalaf dan salaf di Kelantan. Ia telah dengan sengaja diseret ke dalam soal politik dengan niat memecah-belahkan sokongan pondok terhadap PAS Kelantan.
7) Hakikatnya, walaupun perbezaan perdapat dalam perkara furu' akidah dan fiqh terus wujud, seluruh ulama Kelantan pelbagai aliran sepakat untuk bersatu berjuang menegakkan Islam melalui PAS. Pendakwa sebagai mewakili ulama pondok hanyalah cuba mengambil peluang melalui suara politik untuk menyerang dan memasyhurkan hukum-hakam mereka yang keras ke atas ulama yang tidak sealiran.
8) Hujah terkini berkaitan isu kalimah Allah hanyalah modal murahan menolak PAS. PAS sepakat melalui keputusan majlis syura ulamanya dengan pendirian yang sama dengan pendapat majoriti ulama Malaysia. Ia hanyalah bedilan peluru ke udara untuk mencetus kebisingan.
9) Sebaliknya, pendakwa sebagai mewakili ulama pondok tidak pula menyerang umno yang jelas mempermainkan kalam Allah. Antara kalimah Allah (dalam istilah Melayu) yang hanya satu perkataan (Allah) dan kalam Allah yang berjumlah 30 juz al Quran, mana lebih utama untuk dijunjung dan dipertahankan?
Bukankah pelik, menyokong umno sebagai 'pejuang' kalimah Allah, tetapi memejam mata terhadap sikap umno yang konsisten menentang kalam Allah dalam pemerintahan.
10) Menentang PAS yang menjunjung Islam dengan menyokong umno yang menjunjung sekularisme adalah hujah paling mudah untuk menolak pendirian pihak yang mendakwa mewakili pondok Kelantan. Ia menjadi tanda besar kecetekan ilmu dan maklumat yang telah pun dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia.
Sumber Facebook Nik Mohamad Abduh
Posted on Wednesday, April 10 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Nik Mohamad Abduh
1)
PAS Kelantan maju sejak sekian lama dengan sokongan para ulama pondok.
Jika mereka tolak PAS, sudah pasti PAS semakin lemah, sedangkan PAS
semakin kuat hari ini.2) Majoriti besar tokoh ulama pondok Kelantan yang terkenal sentiasa mendukung perjuangan PAS. Sebaliknya, individu yang mendakwa mewakili pondok Kelantan hanyalah mula dikenali selepas dipopularkan oleh media kerajaan. Jelas, mereka bukanlah ulama besar Kelantan.
3) Lebih 20 institusi pondok di Kelantan telah memperbaharui ikrar mereka menyokong kerajaan PAS Kelantan. Ia mewakili hampir 90% pondok Kelantan. Adakah 10% boleh mendakwa mewakili pondok?
4) Pondok Pasir Tumbuh yang merupakan pondok terbesar di Kelantan tidak pernah berbelah bagi menyokong PAS Kelantan sejak dulu lagi.
5) Abdullah Saamah yang paling lantang menyerang PAS di Kelantan hanyalah mentadbir sebuah pondok di Tumpat yang mempunyai pelajar yang cukup dibilang dengan jari.
6) Kebanyakan hujah menolak PAS Kelantan hanyalah berkisar perbezaan pendapat dalam perkara furu' fiqh dan akidah di kalangan ulama khalaf dan salaf di Kelantan. Ia telah dengan sengaja diseret ke dalam soal politik dengan niat memecah-belahkan sokongan pondok terhadap PAS Kelantan.
7) Hakikatnya, walaupun perbezaan perdapat dalam perkara furu' akidah dan fiqh terus wujud, seluruh ulama Kelantan pelbagai aliran sepakat untuk bersatu berjuang menegakkan Islam melalui PAS. Pendakwa sebagai mewakili ulama pondok hanyalah cuba mengambil peluang melalui suara politik untuk menyerang dan memasyhurkan hukum-hakam mereka yang keras ke atas ulama yang tidak sealiran.
8) Hujah terkini berkaitan isu kalimah Allah hanyalah modal murahan menolak PAS. PAS sepakat melalui keputusan majlis syura ulamanya dengan pendirian yang sama dengan pendapat majoriti ulama Malaysia. Ia hanyalah bedilan peluru ke udara untuk mencetus kebisingan.
9) Sebaliknya, pendakwa sebagai mewakili ulama pondok tidak pula menyerang umno yang jelas mempermainkan kalam Allah. Antara kalimah Allah (dalam istilah Melayu) yang hanya satu perkataan (Allah) dan kalam Allah yang berjumlah 30 juz al Quran, mana lebih utama untuk dijunjung dan dipertahankan?
Bukankah pelik, menyokong umno sebagai 'pejuang' kalimah Allah, tetapi memejam mata terhadap sikap umno yang konsisten menentang kalam Allah dalam pemerintahan.
10) Menentang PAS yang menjunjung Islam dengan menyokong umno yang menjunjung sekularisme adalah hujah paling mudah untuk menolak pendirian pihak yang mendakwa mewakili pondok Kelantan. Ia menjadi tanda besar kecetekan ilmu dan maklumat yang telah pun dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia.
Sumber Facebook Nik Mohamad Abduh
Penangan Tabiat ‘Loyar Buruk’
Posted on Wednesday, April 10 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Hasrizal
“Sesungguhnya ada perbuatan yang menjadi kebiasaan kita hari ini, membawa ke Neraka!” Kata Ustaz Ali.
“Heee, takutnya. Insaf!” sampuk Udin.
Kawan-kawannya ketawa kecil.
Ustaz Ali sering terganggu dengan sikap anak muridnya yang berkelakuan begini. Anak muda sering melakukannya. Orang tua menjadi contoh ikutan mereka.
Berdakwah dengan masyarakat hari ini, sering menemukan kita dengan satu sikap yang meletihkan kita dan merugikan mereka iaitu kelakuan yang disebut sebagai ‘loyar buruk’. Ia sering memomokkan nasihat yang bersungguh kepada sesuatu yang cuba dilucukan. Ia mengingatkan kita kepada tingkah laku raja zalim yang memerintah di zaman Ibrāhīm ‘alayhi al-Salām:
Firman Allāh SWT:
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِي حَاجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رَبِّهِ أَنْ آتَاهُ اللَّهُ الْمُلْكَ إِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّيَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا أُحْيِي وَأُمِيتُ قَالَ إِبْرَاهِيمُ فَإِنَّ اللَّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ فَبُهِتَ الَّذِي كَفَرَ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: “Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan”. Ia menjawab: “Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan”. Nabi Ibrahim berkata lagi: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?” Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. [Al-Baqarah 2: 258]
Apabila Ibrāhīm berhujah bahawa Tuhannya itulah yang sebenarnya menghidupkan dan mematikan, raja yang zalim itu mengeluarkan kenyataan bernada ‘loyar buruk’ apabila beliau juga mendakwa boleh menghidupkan dan mematikan iaitu dua lelaki, satu dibunuhnya dan satu lagi dilepaskan, seperti keterangan riwayat Qatādah dan lain-lain di dalam Tafsir ibn Kathīr berkenaan ayat ini.
Raja yang zalim itu tahu, beliau tidak seperti Allāh yang mampu menghidupkan dan mematikan, tetapi membuat dakwaan itu sebagai ‘defence mechanism’. Kerana itu dakwaannya dibuat tanpa kalimah الّذي seperti yang terdapat dalam penghujahan Ibrāhīm.
Biar pun bergurau itu lumrah kehidupan, janganlah sampai kita tidak dapat membezakan suasana, malah lebih buruk lagi, menjadikan gurauan itu sebagai cara untuk kita bersikap angkuh dalam penghujahan. Menyembunyikan sifat degil terhadap kebenaran, dengan melucukannya dalam ungkapan bahasa Melayu, sebuah ‘loyar buruk’!
Berhati-hatilah.
HASRIZAL @ 43000 BSP
Sumber: saifulislam.com
Posted on Wednesday, April 10 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Hasrizal
“Sesungguhnya ada perbuatan yang menjadi kebiasaan kita hari ini, membawa ke Neraka!” Kata Ustaz Ali.“Heee, takutnya. Insaf!” sampuk Udin.

Manifesto BN & PR, Mana Nak Pilih?
Posted on Wednesday, April 10 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: al-bahanj
"
Saya
menjenguk secara sepintas lalu manifesto BN dan PR. Dua-dua bagus dan
menguntungkan rakyat, saya kira. Itu sekadar sekali pandang oleh orang
awam, tanpa analisis yang mendalam.
Mana-mana manifesto jika dapat dilaksanakan, alhamdulillah. Dan jika kedua-dua manifesto dapat direalisasikan, saya OK juga. Asal sahaja mensejahterakan negara dan rakyat.

Persoalan yang lebih utama bagi saya ialah orang yang bakal memimpin negara kita. Jenis manakah?
Manifesto baik jika orang yang melaksanakannya itu jenis yang amanah, maka baiklah proses dan hasilannya nanti.
Sebaliknya, jika manifesto baik tetapi pelaksananya tidak amanah, maka benda yang baik pun akan jadi kotor dan rosak.
Ibarat kereta sehebat Ferrari. Jika orang yang memandunya berhemah, maka baiklah kenderaan itu, mendesup tidak menyusahkan orang lain dan 'O&O cost' pun sangat baik. Tapi jika pemandunya bangsat, maka semua akan terpalit akan kebangsatannya itu. Kereta boleh rosak, pengguna jalan raya lain akan terganggu dan pemandu itu sendiri boleh tercelaka sendiri.
Fikirlah dalam-dalam mengenai perkara yang penting ini. Pilihlah pemimpin yang ada unsur al-amanah dan al-quwwah. Fikirlah dengan rasional. Ukurlah dengan iman.
Elemen al-quwwah iaitu berkemahiran, berkecekapan, berilmu dan berketrampilan memang banyak ada pada manusia hari ini lantaran perkembangan institusi ilmu dan peluang memperolehinya. Saya kira kedua-dua BN dan PR ada elemen ini.
Tetapi elemen yang sangat kurang malah asing pada manusia hari ini ialah elemen al-amanah. Elemen al-amanah iaitu jujur, amanah dan dipercayai inilah menjadi elemen kritikal yang perlu dibuat penilaian oleh semua kita ketika membuat pemilihan pemimpin. Mana satukah yang lebih mempunyai elemen al-amanah? PR atau BN?
Jika kita memperhalusi dan menitikberatkan dua elemen di atas, seterusnya memilih pemimpin berdasarkan pertimbangan itu, nescaya banyak kebaikan akan diperolehi masyarakat. Justeru, janganlah hanya melihat kepada manifesto sahaja. Manifesto adalah janji. Janji orang yang tidak amanah belum tentu ditepati walau dia mencanangkan 'Janji Ditepati'.
Moga Malaysia jadi negara yang sejahtera dan mendapat keampunan ALLAH. Baldatun toyyibatun wa Rabbun ghafuur.
- muzir.wordpress.com
Muka-muka ni saya tak percaya! Maaf."
Posted on Wednesday, April 10 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: al-bahanj
"
Saya
menjenguk secara sepintas lalu manifesto BN dan PR. Dua-dua bagus dan
menguntungkan rakyat, saya kira. Itu sekadar sekali pandang oleh orang
awam, tanpa analisis yang mendalam.Mana-mana manifesto jika dapat dilaksanakan, alhamdulillah. Dan jika kedua-dua manifesto dapat direalisasikan, saya OK juga. Asal sahaja mensejahterakan negara dan rakyat.

Persoalan yang lebih utama bagi saya ialah orang yang bakal memimpin negara kita. Jenis manakah?
Manifesto baik jika orang yang melaksanakannya itu jenis yang amanah, maka baiklah proses dan hasilannya nanti.
Sebaliknya, jika manifesto baik tetapi pelaksananya tidak amanah, maka benda yang baik pun akan jadi kotor dan rosak.
Ibarat kereta sehebat Ferrari. Jika orang yang memandunya berhemah, maka baiklah kenderaan itu, mendesup tidak menyusahkan orang lain dan 'O&O cost' pun sangat baik. Tapi jika pemandunya bangsat, maka semua akan terpalit akan kebangsatannya itu. Kereta boleh rosak, pengguna jalan raya lain akan terganggu dan pemandu itu sendiri boleh tercelaka sendiri.
Fikirlah dalam-dalam mengenai perkara yang penting ini. Pilihlah pemimpin yang ada unsur al-amanah dan al-quwwah. Fikirlah dengan rasional. Ukurlah dengan iman.
Elemen al-quwwah iaitu berkemahiran, berkecekapan, berilmu dan berketrampilan memang banyak ada pada manusia hari ini lantaran perkembangan institusi ilmu dan peluang memperolehinya. Saya kira kedua-dua BN dan PR ada elemen ini.
Tetapi elemen yang sangat kurang malah asing pada manusia hari ini ialah elemen al-amanah. Elemen al-amanah iaitu jujur, amanah dan dipercayai inilah menjadi elemen kritikal yang perlu dibuat penilaian oleh semua kita ketika membuat pemilihan pemimpin. Mana satukah yang lebih mempunyai elemen al-amanah? PR atau BN?
Jika kita memperhalusi dan menitikberatkan dua elemen di atas, seterusnya memilih pemimpin berdasarkan pertimbangan itu, nescaya banyak kebaikan akan diperolehi masyarakat. Justeru, janganlah hanya melihat kepada manifesto sahaja. Manifesto adalah janji. Janji orang yang tidak amanah belum tentu ditepati walau dia mencanangkan 'Janji Ditepati'.
Moga Malaysia jadi negara yang sejahtera dan mendapat keampunan ALLAH. Baldatun toyyibatun wa Rabbun ghafuur.
- muzir.wordpress.com
Muka-muka ni saya tak percaya! Maaf."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan