Caretaker: Pemuda PAS serah memo ke SPR
| Salmiyah Harun , | 11 Apr 2013 |
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Raja Iskandar Al Hiss mempertikaikan tindakan BN pada waktu ini yang masih menggunakan jentera kerajaan walaupun parlimen sudah dibubarkan.
Sedangkan katanya, pelaksanaan konsep kerajaan sementara yang disyorkan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Khas (PSC) dan bakal dikemukakan oleh SPR sangat bertepatan dan wajib dilaksanakan oleh kerajaan bagi menjamin pilihan raya yang adil dan aman.
"Kita meminta kerajaan sementara sama ada di peringkat negeri atau pusat mematuhi 11 perkara sebagaimana di nyatakan oleh Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar," katanya.
Memorandum tersebut diserahkan kepada Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said di lobi pejabat suruhanjaya itu di sini.
Tegasnya, rasional untuk melaksanakan konsep kerajaan sementara adalah bagi menghormati prinsip peluang sama rata bagi semua pihak yang berpatisipasi dalam proses pilihan raya dan prinsip kelangsungan perkhidmatan kerajaan dalam menjaga kepentingan awam.
Memandangkan konsep ini tidak pernah dilaksanakan secara komprehensif di negara ini, Pemuda PAS mencadangkan agar kerajaan persekutuan dan negeri mengambil model kejayaan kerajaan sementara di beberapa negara Komanwel seperti Australia, Bangladesh untuk dilaksanakan dalam tempoh PRU-13 ini.
Katanya, antara amalan baik yang wajar dicontohi untuk dijadikan kod etika sepanjang tempoh tersebut iaitu, tiada penggubalan dasar dan keputusan besar, tiada perlantikan jawatan utama, tiada kelulusan tender dan kontrak besar, dan paling utama tiada penyalahgunaan kewangan, jentera dan media oleh kerajaan yang memerintah.
Justeru katanya, Pemuda PAS sentiasa komited untuk berpatisipasi dalam proses pilihan raya secara berakhlak dan berstrategi, menghormati etika dan prinsip undang-undang, mengiktiraf hak rakyat memilih secara bijak dan menghormati segala keputusan yang dibuat oleh rakyat.
Putrajaya: Medan pertempuran intelek dalam PRU13
| http://abuhassanadam.blogspot.com/, | 11 Apr 2013 |
Masih ada antara kawan-kawan yang mengatakan bahawa BN akan memenangi
PRU 13 atas alasan bahawa kemenangan BN adalah atas faktor orang
kampung. Kononnya orang kampung akan memberikan undi kepada BN kerana
pengaruh radio, tv, guru KEMAS, pemberian wang, kain batik, kain pulikat
(kain sarung) dan lain-lain. Lantas mereka mengatakan BN pasti akan
menang juga akhirnya.
Aku ‘panas telinga’. Bukan kerana mereka kata BN akan menang. Bukan. Ini negara demokrasi. Aku sudah tentu tak setuju. ‘Pantang’ aku kalau ada yang memperlekehkan (memperbodohkan, memperkecilkan) orang kampung. Aku orang kampung ‘totok’ ( orang asli). Bagi aku aku orang kampung ( Melayu kampung) itu amat mulia hatinya. Lurus. Ikhlas. Tak pandai berpura-pura. Bagi aku perkataan kampung itu membayangkan ketenangan, harmoni, aman, ‘melancholy’.
Ringkasnya orang kampunglah yang bertanggungjawa sekiranya sesuatu parti politik itu menang atau kalah. Mungkin betul tetapi tak semuanya betul. Aku kata begitu kerana,
Dengan kesediaan Dato’ Husam Musa untuk bertanding di Putrajaya memberikan kesempatan kepadaku untuk menarik nafas lega. Sebab. Putrajaya boleh dijadikan sebagai medan pertempuran golongan intelek. Orang Melayu yang cerdik pandai. Golongan terpelajar. Sekiranya keputusan PRU13 nanti memihak kepada BN juga, maka terbuktilah bahawa bukan orang kampung (yang kononnya tidak berapa cerdik) saja yang memenangkan calon BN. Orang bandar yang cerdik dan terdedah pun begitu juga.
Dengan demikian sekiranya masyarakat di Putrajaya ingin membuktikan bahawa mereka adalah golongan intelek yang waras dan berfikiran rasional, maka mereka perlu melakukan sesuatu untuk memenangkan Dato Husam Musa. Trend pemikiran rakyat kini adalah amat berbeza dengan trend sebelumnya. Aku tak dapatlah nak mengatakan samada yang dilakukan oleh kerajaan BN itu betul atau tidak. Ada yang betul dan banyak juga yang tak berapa betul. Disinilah letaknya kebijaksanaan pengundi Putrajaya untuk membuat penentuan.
Hampir seratus peratus pengundi di Putrajaya adalah golongan terpelajar. Pegawai dan kakitangan kerajaan. Amat terdedah dengan berbagai punca maklumat. Akhbar, radio, TV dan internet. Dan golongan inilah yang menjalankan segala dasar yang diputuskan oleh kerajaan. Merekalah yang menentukan maju mundurnya kerajaan sekarang. Di samping itu mereka amat tahu tentang masalah yang mereka hadapi apabila berhadapan dengan ahli politik yang sentiasa memikirkan tentang ‘survival’ poltik yang mereka dokong.
Dato Husam Musa tentunya mempunyai suatu hasrat yang terpendam mengapa beliau ‘berani’ menawarkan diri di Putrajaya, menyedari bahawa Putrajaya adalah suatu kawasan selamat bagi BN. Bukan kerana kehebatan penyandang wakil rakyat di situ tetapi kerana keadaan Putrajaya yang terdiri dari masyarakat yang seolah-olah terkepung. Dan bilangan pengundinya juga amat berkurangan berbanding dengan kawasan-kawasan parlimen lain.
Dato’ Husam akan mengembelingkan segenap tenaganya untuk ‘mencelikkan’ masyarakat Putrajaya tentang pemerintahan dan pentadbiran yang dijalankan oleh BN semenjah puluhan tahun yang lampau. Sekurang-kurangnya kehadhirannya di situ akan mencelikkan para pegawai dan kakitangan kerajaan yang menghuni berbagai kementerian di Putrajaya dengan berbagai pendedahan yang akan didedahkannya. Sekiranya impaknya tidak secara terus, namun sekurang-kurangnya imbasnya akan terkena juga. Pasti Dato Husam akan mempersoalkan tentang,
Tentulah banyak lagi isu-isu yang boleh dibongkar oleh Dato’ Husam untuk didedahkan kepada masyarakat yang kononnya amat celik dengan berbagai perkara. Dato Husam tentunya ‘berbahasa’ yang berbeza dengan ‘lagu dan irama’ yang pernah dilakukannya di Kelantan. Kononnya Kelantan dianggap sebagai kawasan luar bandar (kampung) oleh setengah orang. Dan kini ‘ orang kampung’ (Dato Husam) akan mencuba nasibnya di bandar, di kawasan elit yang berpendidikan tinggi.
Rakyat akan mendoakan agar ‘orang kampung’ ini akan berjaya dalam PRU13 nanti. Dan kepada golongan elit di Putrajaya, tunjukkanlah kesetiaan dan keikhlasan anda kepada ‘anak kampung ‘ ini. Sekiranya waras dan rasional hujah yang dikemukakannya, maka berikanlah undi anda kepadanya. Sekiranya ‘orang kampung’ ini masih tidak berubah dan tidak menampakkan satu anjakan dalam perjuangannya untuk menerokai Kurun ke 21, maka kekalkanlah calon BN yang ada.
Masyarakat Putrajaya akan membuat penentuan. Rakyat di Malaysia sedang memerhatikan tindakan anda kerana rakyat Malaysia secara keseluruhan sudah pun membuat keputusan dan penentuan lama sebelum pengumuman pembubaran parlimen untuk diadakan PRU13.
Abuhassanadam
11 April 2013
Sudah
banyak pendedahan dan bukti dikemukakan pemimpin Pakatan Rakyat dalam
isu membabitkan tuntutan royalti minyak bagi negeri Kelantan.
Malah, isu itu turut dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan keadilan sewajarnya buat Kelantan dan rakyat seluruhnya.
(Cover buku Royalti: Amanah Dikhianati yang ditulis Datuk Husam Musa)
Namun, kerajaan pusat yang bertanggungjawab mengagihkannya melalui Petronas enggan berbuat demikian dan terus-menerus menafikan hak rakyat negeri itu.
Inilah yang didedahkan oleh Datuk Husam Musa melalui buku terbarunya, 'Royalti: Amanah dikhianati' yang kini mula berada di pasaran.
Menurut buku itu, pada 15 November 1974, Dewan Rakyat diberitahu bahawa semua negeri, melainkan Sabah dan Selangor telah menandatangani perjanjian dengan Petronas sebagaimana yang dikehendaki Akta Kemajuan Petroliam, 1974.
Selangor, kemudiannya dimaklumkan turut bersetuju menandatangani perjanjian tersebut.
Mengikut perjanjian tersebut, tiap-tiap negeri akan menerima lima peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh Petronas ataupun agensi-gensi ataupun kontraktor-kontraktornya.
Perkara di atas dipertegaskan sendiri Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Husin ketika menjawab pertanyaan Lim Kit Siang yang ketika itu ahli parlimen Petaling Timur.
Itulah kata-kata pengasas Petronas, yang diucapkan di Dewan Rakyat yang mulia, yang sewajarnya kejujuran seorang negarawan tidak dinodai.
Apatah lagi jika ia dinodai oleh anaknya sendiri, yang merupakan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Itulah asas yang termaktubnya sebuah persetujuan, di mana perjanjian penyerahan hak petroleum oleh negeri-negeri kepada Petronas dengan janji manis di bayar wang tunai lima peratus. Soalnya, di mana janji itu?
Tiga
dokumen penyerahan hak (vesting deeds) kuasa petroleum oleh negeri
Kelntan, kerajaan persekutuan dan Sabah mendapati setiap patah perkataan
dan ayatmya sama.
Sama ada yang ditandatangani oleh Kelantan, kerajaan persekutuan dan negeri Sabah atau mana-mana negeri di Malaysia.
(Muka belakang buku Royalti: Amanah Dikhianati)
Ia termasuk dokumen akuan pembayaran tunai lima peratus sebanyak dua kali setahun oleh Petronas kepada kerajaan-kerajaan negeri atas pengeluaran petroleum negeri terbabit.
Namun, Kelantan dilayan secara berbeza berbanding negeri-negeri lain sedangkan ia merujuk kepada satu akta yang sama.
Berdasarkan ketiga-tiga dokumen tersebut, semua pihak baik kerajaan negeri atau persekutuan hanya layak menerima lima peratus bahagian masing-masing.
Bagaimanapun, kerajaan Persekutuan dibayar lima peratus bahagian Kelantan dan Terengganu oleh Petronas, selain pembayaran tunai lima peratus yang sepatutnya dibuat dua kali setahun yang dipegang kerajaan pusat.
Hakikatnya dokumen-dokumen berkenaan mendedahkan amalan pecah amanah yang jelas, yang dilakukan kerajaan kepada Kelantan.
Selain dokumen-dokumen yang dinyatakan ini, lebih banyak dokumen lain yang menunjukkan mengapa Kelantan wajar diberikan hak royaltinya yang akan di.
Buku 'Royalti: Amanah Dikhianati' tulisan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ini merungkai lebih banyak dokumen-dokumen berkaitan dalam usaha membawa kembali hak rakyat Kelantan.
Buku ini boleh didapati di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dengan harga RM10 senaskhah. Sila hubungi 013-2728804 untuk mendapatkan buku ini.
Aku ‘panas telinga’. Bukan kerana mereka kata BN akan menang. Bukan. Ini negara demokrasi. Aku sudah tentu tak setuju. ‘Pantang’ aku kalau ada yang memperlekehkan (memperbodohkan, memperkecilkan) orang kampung. Aku orang kampung ‘totok’ ( orang asli). Bagi aku aku orang kampung ( Melayu kampung) itu amat mulia hatinya. Lurus. Ikhlas. Tak pandai berpura-pura. Bagi aku perkataan kampung itu membayangkan ketenangan, harmoni, aman, ‘melancholy’.
Ringkasnya orang kampunglah yang bertanggungjawa sekiranya sesuatu parti politik itu menang atau kalah. Mungkin betul tetapi tak semuanya betul. Aku kata begitu kerana,
- Orang kampung sekarang bukan macam orang Melayu tahun 50an atau 60an. Sekarang mereka sudah banyak terdedah.
- Kebanyakan orang kampung sekarang memiliki kelulusan minimum di peringkat SPM. Sekurang-kurangnya. Hanya bilangan kecil yang tidak memiliki kelulusan sedemikian. Maknanya tentulah oleh berfikir dengan waras.
Dengan kesediaan Dato’ Husam Musa untuk bertanding di Putrajaya memberikan kesempatan kepadaku untuk menarik nafas lega. Sebab. Putrajaya boleh dijadikan sebagai medan pertempuran golongan intelek. Orang Melayu yang cerdik pandai. Golongan terpelajar. Sekiranya keputusan PRU13 nanti memihak kepada BN juga, maka terbuktilah bahawa bukan orang kampung (yang kononnya tidak berapa cerdik) saja yang memenangkan calon BN. Orang bandar yang cerdik dan terdedah pun begitu juga.
Dengan demikian sekiranya masyarakat di Putrajaya ingin membuktikan bahawa mereka adalah golongan intelek yang waras dan berfikiran rasional, maka mereka perlu melakukan sesuatu untuk memenangkan Dato Husam Musa. Trend pemikiran rakyat kini adalah amat berbeza dengan trend sebelumnya. Aku tak dapatlah nak mengatakan samada yang dilakukan oleh kerajaan BN itu betul atau tidak. Ada yang betul dan banyak juga yang tak berapa betul. Disinilah letaknya kebijaksanaan pengundi Putrajaya untuk membuat penentuan.
Hampir seratus peratus pengundi di Putrajaya adalah golongan terpelajar. Pegawai dan kakitangan kerajaan. Amat terdedah dengan berbagai punca maklumat. Akhbar, radio, TV dan internet. Dan golongan inilah yang menjalankan segala dasar yang diputuskan oleh kerajaan. Merekalah yang menentukan maju mundurnya kerajaan sekarang. Di samping itu mereka amat tahu tentang masalah yang mereka hadapi apabila berhadapan dengan ahli politik yang sentiasa memikirkan tentang ‘survival’ poltik yang mereka dokong.
Dato Husam Musa tentunya mempunyai suatu hasrat yang terpendam mengapa beliau ‘berani’ menawarkan diri di Putrajaya, menyedari bahawa Putrajaya adalah suatu kawasan selamat bagi BN. Bukan kerana kehebatan penyandang wakil rakyat di situ tetapi kerana keadaan Putrajaya yang terdiri dari masyarakat yang seolah-olah terkepung. Dan bilangan pengundinya juga amat berkurangan berbanding dengan kawasan-kawasan parlimen lain.
Dato’ Husam akan mengembelingkan segenap tenaganya untuk ‘mencelikkan’ masyarakat Putrajaya tentang pemerintahan dan pentadbiran yang dijalankan oleh BN semenjah puluhan tahun yang lampau. Sekurang-kurangnya kehadhirannya di situ akan mencelikkan para pegawai dan kakitangan kerajaan yang menghuni berbagai kementerian di Putrajaya dengan berbagai pendedahan yang akan didedahkannya. Sekiranya impaknya tidak secara terus, namun sekurang-kurangnya imbasnya akan terkena juga. Pasti Dato Husam akan mempersoalkan tentang,
- Kerajaan Kelantan yang tidak menerima royalti minyak sedangkan sepatutnya negeri itu berhak mendapatnya.
- Penggunaan harta kerajaan yang digunakan oleh para menteri dalam kerajaan sementara untuk kepentingan parti BN dalam PRU 13.
- Penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh para menteri dan kroni-kroni kerajaan BN.
- Penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh ahli UMNO yang menggunakan status bumiputera (Melayu )demi untuk mengkayakan diri dan keluarga.
Tentulah banyak lagi isu-isu yang boleh dibongkar oleh Dato’ Husam untuk didedahkan kepada masyarakat yang kononnya amat celik dengan berbagai perkara. Dato Husam tentunya ‘berbahasa’ yang berbeza dengan ‘lagu dan irama’ yang pernah dilakukannya di Kelantan. Kononnya Kelantan dianggap sebagai kawasan luar bandar (kampung) oleh setengah orang. Dan kini ‘ orang kampung’ (Dato Husam) akan mencuba nasibnya di bandar, di kawasan elit yang berpendidikan tinggi.
Rakyat akan mendoakan agar ‘orang kampung’ ini akan berjaya dalam PRU13 nanti. Dan kepada golongan elit di Putrajaya, tunjukkanlah kesetiaan dan keikhlasan anda kepada ‘anak kampung ‘ ini. Sekiranya waras dan rasional hujah yang dikemukakannya, maka berikanlah undi anda kepadanya. Sekiranya ‘orang kampung’ ini masih tidak berubah dan tidak menampakkan satu anjakan dalam perjuangannya untuk menerokai Kurun ke 21, maka kekalkanlah calon BN yang ada.
Masyarakat Putrajaya akan membuat penentuan. Rakyat di Malaysia sedang memerhatikan tindakan anda kerana rakyat Malaysia secara keseluruhan sudah pun membuat keputusan dan penentuan lama sebelum pengumuman pembubaran parlimen untuk diadakan PRU13.
Abuhassanadam
11 April 2013
Buku 'Royalti: Amanah Dikhianati' dedah kebejatan BN
| Anis Nazri, | 11 Apr 2013 |
Sudah
banyak pendedahan dan bukti dikemukakan pemimpin Pakatan Rakyat dalam
isu membabitkan tuntutan royalti minyak bagi negeri Kelantan.Malah, isu itu turut dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan keadilan sewajarnya buat Kelantan dan rakyat seluruhnya.
(Cover buku Royalti: Amanah Dikhianati yang ditulis Datuk Husam Musa)
Namun, kerajaan pusat yang bertanggungjawab mengagihkannya melalui Petronas enggan berbuat demikian dan terus-menerus menafikan hak rakyat negeri itu.
Inilah yang didedahkan oleh Datuk Husam Musa melalui buku terbarunya, 'Royalti: Amanah dikhianati' yang kini mula berada di pasaran.
Menurut buku itu, pada 15 November 1974, Dewan Rakyat diberitahu bahawa semua negeri, melainkan Sabah dan Selangor telah menandatangani perjanjian dengan Petronas sebagaimana yang dikehendaki Akta Kemajuan Petroliam, 1974.
Selangor, kemudiannya dimaklumkan turut bersetuju menandatangani perjanjian tersebut.
Mengikut perjanjian tersebut, tiap-tiap negeri akan menerima lima peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh Petronas ataupun agensi-gensi ataupun kontraktor-kontraktornya.
Perkara di atas dipertegaskan sendiri Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Husin ketika menjawab pertanyaan Lim Kit Siang yang ketika itu ahli parlimen Petaling Timur.
Itulah kata-kata pengasas Petronas, yang diucapkan di Dewan Rakyat yang mulia, yang sewajarnya kejujuran seorang negarawan tidak dinodai.
Apatah lagi jika ia dinodai oleh anaknya sendiri, yang merupakan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Itulah asas yang termaktubnya sebuah persetujuan, di mana perjanjian penyerahan hak petroleum oleh negeri-negeri kepada Petronas dengan janji manis di bayar wang tunai lima peratus. Soalnya, di mana janji itu?
Tiga
dokumen penyerahan hak (vesting deeds) kuasa petroleum oleh negeri
Kelntan, kerajaan persekutuan dan Sabah mendapati setiap patah perkataan
dan ayatmya sama.Sama ada yang ditandatangani oleh Kelantan, kerajaan persekutuan dan negeri Sabah atau mana-mana negeri di Malaysia.
(Muka belakang buku Royalti: Amanah Dikhianati)
Ia termasuk dokumen akuan pembayaran tunai lima peratus sebanyak dua kali setahun oleh Petronas kepada kerajaan-kerajaan negeri atas pengeluaran petroleum negeri terbabit.
Namun, Kelantan dilayan secara berbeza berbanding negeri-negeri lain sedangkan ia merujuk kepada satu akta yang sama.
Berdasarkan ketiga-tiga dokumen tersebut, semua pihak baik kerajaan negeri atau persekutuan hanya layak menerima lima peratus bahagian masing-masing.
Bagaimanapun, kerajaan Persekutuan dibayar lima peratus bahagian Kelantan dan Terengganu oleh Petronas, selain pembayaran tunai lima peratus yang sepatutnya dibuat dua kali setahun yang dipegang kerajaan pusat.
Hakikatnya dokumen-dokumen berkenaan mendedahkan amalan pecah amanah yang jelas, yang dilakukan kerajaan kepada Kelantan.
Selain dokumen-dokumen yang dinyatakan ini, lebih banyak dokumen lain yang menunjukkan mengapa Kelantan wajar diberikan hak royaltinya yang akan di.
Buku 'Royalti: Amanah Dikhianati' tulisan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ini merungkai lebih banyak dokumen-dokumen berkaitan dalam usaha membawa kembali hak rakyat Kelantan.
Buku ini boleh didapati di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dengan harga RM10 senaskhah. Sila hubungi 013-2728804 untuk mendapatkan buku ini.
Baru sehari kena serang dah menyerah kalah?
| http://cenangau.blogspot.com, | 11 Apr 2013 |
Begitulah hebatnya pemimpin PR
berbanding pemimpin BN. Itu baru sehari, kalau Adnan Mansur tunggu
jugak memang penat la dia nak tempuh lagi 22 hari sebelum mengundi .
Mengulas khabar angin tu Husam dilaporkan berkata:
TheMalaysianInsider pada Selasa melaporkan:
KUALA LUMPUR, 9 April — Pakatan Rakyat (PR) mula menggerakkan jentera mereka untuk merobohkan kubu kuat Barisan Nasional (BN) apabila PAS hari ini mengesahkan Datuk Husam Musa akan bertanding menentang Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur di kerusi Parlimen Putrajaya.
Pengumuman yang dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS sebentar tadi menyaksikan keyakinan PR semakin menebal untuk menawan kubu BN apabila meletakkan naib presiden mereka di bandar kerajaan itu.
"Saya mengumumkan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa akan bertanding di Putrajaya," kata Abdul Hadi pada sidang media hari ini. - TMI.
Mengulas keputusan tu Husam Harakahdaily melaporkan:
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa tidak gentar untuk bertanding di kerusi parlimen Putrajaya walaupun ramai yang menjangkakan kerusi itu akan 'mematikan' beliau.
Husam ketika memberi ucapan sebaik sahaja diumumkan sebagai calon di Putrajaya mengakui kerusi yang diamanahkan itu sukar untuk dimenangi, namun baginya ia dilihat satu cabaran yang besar dan perlu digalasnya dengan bijak. - Hrkh.
Penyandang kerusi tu Adnan Mansor pula mengulas macam yang dilaporkan TheMalaysianInsider:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak gentar dengan pengumuman PAS akan meletakkan Naib Presiden mereka, Datuk Husam Musa (gambar) di kerusi Parlimen Putrajaya kerana beliau tidak akan mendapat sokongan di sana.
“Apa yang boleh saya katakan adalah saya akan mempertahankan Putrajaya,” kata Tengku Adnan yang dikenali sebagai Ku Nan kepada The Malaysian Insider melaalui khidmat pesanan ringkas di sini. - TMI.
Itu cerita kelmarin, semalam bertiup kencang khabar angin kata Adnan Mansor tak mau dicalonkan semula di kerusi tu atas sebab nak tumpukan kepada perniagaan dan jawatan sebagai Setiausaha Agung Umno dan BN.
Mengulas khabar angin tu Husam dilaporkan berkata:
"Saya tak jangka Tengku Adnan akan lari tinggalkan Putrajaya, dia jeneral dan memberikan khidmat yang baik sebelum ini.
"Jika beliau tidak bertanding di situ, beliau akan dianggap 'chicken out' (penakut) oleh lawannya," kata Husam dalam sidang media di Pusat Media PAS hari ini. - Hrkh.
Walaupun baru kelmarin Adnan
Mansur kata akan pertahankan kerusi tu memang tak mustahil semalam dia
ubah fikiran setelah dia sedar siapa dia berbanding Husam.
Dan semalam Husam memperlihatkan siapa dia melalui Surat Terbuka Untuk Datuk Seri Mustafa Muhamad Menteri Perdagangan Antarabangsa, Mustafa Muhamad. Dia tulis surat tu sebagai 'Calon PAS Putrajaya.
Aku yakin surat tu dia tulis sendiri dan boleh jadi semacam pengenalan siapa Husam Musa. Hangpa yag tak baca lagi boleh baca di Harakahdaily.
Berbanding dengan Adnan Mansor yang 5 tahun dulu dibelasah teruk pasai cadangan BANGANG dia supaya "melanjutkan masa berhibur di pusat-pusat hiburan sampai pukul 5.00 pagi". Satu cadangan yang bertentangan dengan konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh PakLah yang jadi Perdana Menteri masa tu.
Jauh sangat kut kalau nak bandingkan halatuju dan kefahaman ekonomi antara Husam dengan Adnan Mansor.
Begitulah hebatnya pemimpin PR berbanding pemimpin BN. Itu baru sehari, kalau Adnan Mansur tunggu jugak memang penat la dia nak tempuh lagi 22 hari sebelum mengundi.
Apapun, memang sesuai sangat PAS letakkan calon hebat macam Husam ni di Putrajaya. Kalau dia berjaya tawan Putrajaya takdak sebab untuk Husam tak dilantik jadi orang penting dalam kerajaan baru pimpinan Pakatan Rakyat selepas PRU13 nanti.
Kalau di Putrajaya pun Umno BN kalah tentu punya BN akan dapat kerusi kurang berbanding Pakatan Rakyat dan kerajaan bertukar tangan/.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan