Jumaat, 12 April 2013

JANGAN NAK LAWAN DAN CABAR KUASA ALLAH...KEMATIAN KITA PUN TAK BOLEH TANGGUH...DUK DIDUNIA NI JANGAN JADI ORANG JAHAT DAN BERPERAGAI IBLIS DAN SYAITAN

Ini dia satu lagi lambang "Kegagalan Projek Mega"?

http://batuvskayu.blogspot.com, 11 Apr 2013
Apa dah jadi dengan terowong SMART bernilai jutaan billion.Projek yang konun untuk mengatasi masalah banjir kilat di Kuala Lumpur.

Kewujudan terowong itu masih gagal memainkan peranan tujuaan asal ia dibina.

Amat malang bagi warga KL, terowong Smart indah khabar dari rupa.Adakah ianya melambangkan kegagalan atau satu lagi projek projek gajah putih kerajaan Barisan Nasional?
*****




Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang semalam 10hb April 2013, menyebabkan beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat yang teruk

Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.

Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata hujan lebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesak teruk di beberapa laluan utama.


Banyak harta awam musnah dalam kejadian banjir kilat semalam.

*************************

Allah tak janjikan apa-apa kesenangan dunia pada semua hambaNya tetapi Allah janjikan ujian-ujian yang akan d beri untuk hambaNya untuk menjadi hamba yang beriman dan yakin pada Allah yang mana Allah sahaja yang boleh diletakkan sepenuh kepercayaan..bukan pada manusia yang merasa kan diri mereka seperti 'Tuhan'.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Beza ceramah PR dulu dan sekarang

Syed Abdullah Syed Osman ,
Kalau diperhalusi, sambutan pengundi semasa ceramah atau majlis yang diadakan oleh PAS, PKR dan DAP sebelum PRU12 iaitu dalam tahun 2008, sambutan yang diberikan pada tahun 2013 untuk PRU-13 sangatlah ketara bezanya.

Kita cerita tentang fakta sebenarnya dan bukannya auta, untuk memberikan gambaran suasana yang terjadi setakat ini di mana-mana ceruk dalam negara ini. Kalau semasa PRU12 dahulu, setiap ceramah tidaklah seramai mana yang datang dan untuk mendapat seribu orang yang hadir itu pun sudah dikira sangat bagus. Ketika itu selalunya hanya beberapa ratus sahaja yang datang dan itu pun kalau yang naik kepentas memberikan ceramah adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin teritnggi parti. Kini, kita dapat lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana sambutan begitu sangat luarbiasa setiap kali adanya ceramah walaupun majlis yang diadakan hanya dihadiri oleh AJK pusat atau Negeri sahaja.

Inilah senario yang berlaku sekarang ini. Orang yang hadir untuk mendengar ceramah berduyun-duyun datang walaupun terpaksa meletakkan keenderaan mereka berkilometer daripada pentas ceramah. Diperhatikan juga rakyat tidak lagi bersembunyi atau menyorokkan muka di dalam gelap gelita di sebalik pokok ataupun berselindung di sebelah bangunan. Apakah ini tanda-tanda bahawa rakyat sudah bersedia untuk berubah dan mengubah Kerajaan yang ada sekarang ini atau hanya suka-suka sahaja untuk mendengar ceramah cara percuma yang tidak dikenakan apa-apa bayaran.

Susah untuk membaca hati rakyat kerana berbagai-bagai persepsi yang kadangkala membingungkan kita dan sukar untuk menganalisiskannya dengan tepat. Apakah sebenarnya berada di benak hati masing-masing dan hanya akan menjadi kenyataan nanti apabila pengumuman keputusan pilihan raya itu diumumkan secara rasmi itu nanti.

Ada yang berkata bahawa Barisan Nasional (BN) akan menang kerana manifestonya yang berkonsepkan 'akujanji' itu mampu menarik para pengundi nanti. Ada pula yang berpendapat bahawa rakyat kini mahukan perubahan angin yang baru kerana manifesto parti pembangkang juga tidak kurang hebatnya kerana berjanji untuk menghapuskan tol dan menghapuskan pinjaman PTPTN serta akan menyediakan berbagai-bagai kebajikan yang lain termasuk imbuhan berlipat kali ganda untuk rakyat itu nanti.

Agak susah untuk diramalkan siapa sokong siapa sekarang ini walaupun di dalam keluarga kita sendiri dan lagi pun undi adalah rahsia. Begitulah juga jika kita tanya mereka yang pro pembangkang akan memilih parti kesukaan mereka sahaja walau apa pun yang terjadi dan penyokong BN juga akan sentiasa mempertahankan parti itu dalam keadaan apa sekali pun.

Jadi, di sini kita ambil jalan tengah iaitu apa-apa yang kita sedang lihat di sekeliling dan membuat andaian sendiri kerana itu lebih tepat dan lebih realistik. Dalam hal sebegini tiada siapa dapat ramalkan akan pengundi golongan muda dan golongan atas pagar (mungkin ada segelintir) dan kemungkinan kempen diakhir-akhir sebelum hari pengundian akan menjadi penentunya nanti.

Walau bagaimanapun diharap parti-parti yang bertanding itu menerima hakikat apa juga keputusan pilihan raya itu nanti kerana rakyat yang akan menerima manfaatnya kelak. Berkempenlah secara sihat dan sesiapa yang menang kita ucapkan tahniah dan yang kalah cuba lagi diPRU-14 nanti. Buat apa kita bertegang urat dan bergaduh sesama sendiri dan diharapkan selepas PRU-13 terimalah siapa sahaja pemimpin kita asalkan dapat memberikan sumbangan kepada rakyat dan negara serta agama terpelihara sebagaimana yang dituntut oleh Islam.

Menunggu harga kereta turun

Warga kelas menengah,
Ketika saya memasuki alam pekerjaan, kereta proton telah pun wujud. Ketika itu untuk membeli sesebuah kereta memerlukan wang yang banyak kerana harga kereta memang mahal berbanding nisbah gaji.

Untuk mendapat kereta baru, seseorang itu perlu mengorban 1/ 3 daripada gajinya. Bagi seorang graduan, kereta sedan yang paling sesuai dengan gajinya pada ketika itu hanyalah kereta proton, dan pinjaman 7 hingga 9 tahun. Untuk membelinya seseorang itu perlu pula membayar 10 peratus wang pendahuluan. Pembeli pula kadang kala terpaksa menunggu berbulan-bulan sebelum mendapat kereta yang dibeli.

Itu sahajalah yang termampu – menghabiskan 1/ 3 gaji untuk sebuah kereta sedan yang mutunya tidak seberapa – tidak termasuk lain-lain kos penjagaan, cukai jalan, minyak, tol dan sebagainya.

Pada ketika itu, kebanyakan rakyat terpaksa menerima sahaja. Walaupun ramai yang tidak puas hati dengan harga kereta yang mahal, mereka tiada saluran untuk menyatakan perasaan tidak puas hati. Sehingga tahun-tahun 2000, kesedaran rakyat makin tinggi dan pembangkang di Malaysia semakin mendapat tempat.

Akhirnya, setelah sekian lama rakyat diperkotak-katikkan, tawaran pembangkang yakni Pakatan Rakyat dalam manifestonya akan menurunkan harga kereta amat-amat ditunggu. Cukuplah lebih 55 tahun kami ditindas tanpa apa-apa pembelaan.

Walalupun BN turut menawarkan penurunan harga kereta, hakikatnya tawaran itu sudah terlewat. Kalau BN benar-benar prihatin, kenapa tidak turunkan dari dahulu sahaja. Tambahan pula tawaran Pakatan rakyat lebih menarik, jelas dan lebih dipercayai.

Pakatan Rakyat akan menurunkan cukai eksais secara berperingkat dengan bertujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun, sementara BN hanya menurunkan harga sekitar 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun.

Kami sememangnya menunggu saat-saat itu dan moga-moga Pakatan rakyat menang PRU13 nanti!
Wan Azizah sahkan tidak bertanding PRU13

11 April 2013
Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah Wan Ismail
PETALING JAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengesahkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau berkata, lebih baik beliau menumpukan perhatian kepada kempen dan menarik sokongan pengundi wanita kepada partinya.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak bertanding. Saya mahu fokus kepada kempen," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.

Beliau menafikan telah diketepikan kerana tidak bertanding dan berkata, beliau masih presiden parti.

Mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau pernah menulis surat kepada Dr Mahathir sebanyak 18 muka surat 15 tahun lalu mengenai salah laku suami beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi timbalan perdana menteri, Wan Azizah berkata: "Saya tidak pernah menulis surat itu."

Minggu lalu Dr Mahathir memberitahu media mengenai surat itu, tetapi tidak mendedahkan kandungannya.- Bernama
Bicara Cinta dan pelancaran buku Nik Aziz Isnin ini

11 April 2013
Bicara Cinta Nik Aziz
Bicara Cinta Nik Aziz
SHAH ALAM - Sinar Harian yang membawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi program Bicara Minda awal minggu ini, akan mengetengahkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerusi program Bicara Cinta Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Isnin ini.
Bersempena program itu, buku berjudul Bicara Ini Demi Ilahi yang mengisahkan kepimpinan Mursyidul Am Pas dan Menteri Besar Kelantan itu akan turut dilancarkan.

Program kali ini akan berlangsung mulai jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini.
Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti program ini, yang dianjurkan bersama oleh Sinar Harian dan Sinar Harian Online, boleh menghubungi Laila (019-3310211), Ida Aziz (019-6222874), Rini (019-3371066 atau 019-2808492 (Fazli).
Wan Azizah bayangkan Khalid tidak kekal MB Selangor

11 April 2013
 Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah Wan Ismail
PETALING JAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini membayangkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin tidak akan dikekalkan sebagai menteri besar Selangor sekiranya pakatan PKR-DAP-PAS terus mentadbir negeri ini selepas pilihan raya umum Ke-13 (PRU13).

Beliau berkata PKR mempunyai beberapa calon berpotensi untuk menyandang jawatan itu, selain Abdul Khalid.
  
"Tak kisahlah siapa yang akan menjadi MB di Selangor, asalkan dia mempunyai dasar yang baik," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini.

Dr Wan Azizah berkata demikian apabila diminta mengulas kedudukan Abdul Khalid berikutan pengumuman Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa Abdul Khalid akan hanya mempertahan kerusi parlimen Bandar Tun Razak pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

Ditanya tentang calon yang berpotensi untuk menyandang jawatan tertinggi di Selangor itu, beliau hanya berkata: "Mereka yang bertanding bagi kerusi negeri di Selangor."

Menurut laporan, Abdul Khalid mungkin tidak akan dikekalkan sebagai menteri besar Selangor berikutan perselisihan pendapat yang dikatakan wujud antara beliau dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali. - Bernama

NEGARA MALAYSIA PAKSIKAN APA?
BN janji ubah landskap Kelantan paksikan Islam

11 April 2013
PRU13
PRU13
KOTA BHARU - Barisan Nasional (BN) Kelantan berjanji untuk mengubah landskap negeri ini dengan pelbagai pembangunan yang menjadikan Kelantan membangun dan maju berpaksikan Islam.

Perkara itu dinyatakan dalam Manifesto atau Akujanji BN khas untuk Kelantan bertemakan 'Rakyat Dihati Janji Ditepati' yang dilancar Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed di Bangunan Umno di sini, hari ini.

B
N juga mahu menampilkan imej Islam sebagai agama kemajuan, progresif dan berpaksikan kepada kejayaan dalam usaha membawa perubahan besar di Kelantan. 

BN akan memperlihatkan Islam dari segi kemuliaan akidah bagi memastikan kemajuan dan kemakmuran umat Islam dan rakyat Kelantan menjadi kenyataan berdasarkan prinsip maqasid syariah.

"Inilah kewajipan kita, sebab kita akan berdiri di atas dua prinsip penting iaitu Islam dan kecemerlangan," kata Mustapa.

Menurut Akujanji BN Kelantan itu, BN akan melaksanakan pentadbiran negeri ini berteraskan Islam, mempromosikan prinsip kesederhanaan (wasatiyah) dalam semua pendekatan, meningkatkan peranan institusi masjid dan surau sebagai pusat
pendidikan seumur hidup.

BN juga berjanji untuk mengadakan program pembangunan ummah dan pembinaan insan secara tersusun dan bersepadu, memantapkan institusi pengajian al-Quran, menubuhkan pusat latihan perkaderan Islam dalam melahirkan para daei (pendakwah), imam dan pegawai masjid yang berwibawa, menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat.

Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat, menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat, mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan kenaikan gaji.

Selain itu, BN berjanji untuk meningkatkan kualiti sekolah agama rakyat dan membenarkan pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan, dan menyediakan bantuan kewangan kepada sekolah agama rakyat dan sekolah pondok.

Manifesto itu turut memuatkan tujuh janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memajukan Kelantan jika BN diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Tujuh janji itu ialah pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, stadium baharu, perumahan rakyat sebanyak 3,000 unit, kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 penuntut, membina masjid yang menjadi ikon negeri dengan kos RM50 juta, mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, menyelesaikan masalah bekalan air dan memberi tanah kepada rakyat Kelantan yang layak.

Manifesto itu juga memuatkan tujuh janji Mustapa jika BN diberi mandat memerintah negeri ini, iaitu menjanjikan pentadbiran yang adil, urus tadbir yang telus, amanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN akan mengutamakan anak-anak tempatan dalam pengagihan tanah.

Mengamal, menggalakkan serta menerapkan nilai-nilai murni sekali gus mengelakkan amalan fitnah, tuduhan, tomahan atau kata-kata kesat di kalangan masyarakat, kerajaan BN tidak akan menggondolkan tanah di Hulu Kelantan. 

Menanamkan semangat patriotisme dan cintakan negara, menyediakan masa depan yang lebih baik untuk orang muda, dan BN akan mengotakan apa yang dijanjikan. - Bernama
Kit Siang gesa pemimpin Pakatan kunci mulut, fokus misi tumbang BN

11 April 2013
Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
JOHOR BAHRU - Anggota veteran DAP Lim Kit Siang meminta semua pemimpin parti itu dan rakan sekutu dalam pakatan pembangkang berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan peluang mereka untuk menang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Kit Siang, calon DAP bagi kerusi Parlimen Gelang Patah berkata demikian ketika pertelingkahan sesama sendiri di antara pemimpin DAP dan PKR Johor semakin memuncak berhubung isu pembahagian kerusi dalam pilihan raya kali ini.

"Saya seru semua di dalam DAP, pemimpin, ahli dan di dalam pakatan supaya hanya fokus kepada satu matlamat dan bermula hari ini berhenti daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh digunakan untuk melemahkan matlamat kita ini."

"Kita perlu hentikannya. Jawapan saya sangat jelas, sekarang hentikan semuanya dan fokus kepada musuh utama," katanya kepada pemberita di pejabat kempennya di Taman Ungku Tun Aminah di sini hari ini.

Kenyataan Kit Siang itu merujuk kepada perbalahan antara Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dengan pemimpin kanan DAP Johor iaitu bekas anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) Senai, Ong Kow Meng.

Perbalahan kedua-dua pemimpin DAP Johor itu berpunca akibat rasa tidak puas hati Ong terhadap keputusan Cheng Hau dalam isu pemilihan calon-calon DAP bagi PRU13 di Johor.

Semalam, Kow Meng pada sidang medianya juga mahukan Pengerusi DAP itu meletak jawatan.

Selain itu baru-baru ini, Cheng Hau bersama-sama timbalannya Norman Fernandez dan Tan Chen Choon turut meletak jawatan di dalam jawatankuasa pemilihan calon kerana tidak berpuas hati terhadap keputusan DAP pusat menghantar beberapa "calon payung terjun" ke Johor.

DAP Johor turut bertelingkah dengan rakan pembangkang mereka, PKR kerana berebutkan beberapa kerusi termasuk kerusi Parlimen Gelang Patah, Dun Johor Jaya dan kerusi Parlimen Segamat.

Fernandez dua hari lepas, menyifatkan penyerahan kerusi tradisi DAP di Segamat kepada PKR untuk ditandingi Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng sebagai suatu "pengkhianatan."

Kit Siang tidak menafikan parti-parti pembangkang di dalam pakatan berbeza pendapat, tetapi ia bukan hanya berlaku di kalangan pembangkang malah turut berlaku di mana-mana sahaja.

Beliau mahukan semua pemimpin DAP dan pakatan pembangkang melupakan seketika perbalahan sesama sendiri dan menumpukan usaha menghadapi PRU13. - Bernama

HUKUM ALLAH TAK PERNAH KECUNDANG DAN SILAP
Wan Muhammad Azri: 'Saya bukan Papa Gomo, tunggu hari penamaan calon'
RUZY ADILA IDRIS
11 April 2013
PRU13
PRU13
SHAH ALAM - “Bukan saya yang akan bertanding.. Itu bukan saya... Itu Papa Gomo,” demikian kata individu yang dikaitkan sebagai Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Beliau berkata, sebaik Papa Gomo membuat pengumuman telah pun mengambil borang pencalonan dan akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau dihujani panggilan telefon.

“Pagi ini (semalam) sahaja sudah empat orang telefon, semalam lagi sudah beberapa orang telefon minta komen saya.

“Sekarang ni mereka (pembangkang) kata saya Papa Gomo, sedangkan saya bukan Papa Gomo,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

PKR mendakwa Papa Gomo tidak layak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berdasarkan rekod jenayah beliau sebelum ini.

Naib Presidennya, N Surendran berkata, menurut Fasal 48 Perlembagaan, Papa Gomo tidak boleh bertanding.

Menurut Wan Muhammad lagi, bukan hanya pihak media cuba mendapatkan pengesahan mengenai dakwaan itu, malahan beberapa kenalannya juga ada berbuat demikian.

“Kawan saya sendiri ada hubungi saya mengenai hasrat untuk bertanding, saya pun sudah nafikan perkara itu.

"Sebelum ini pembangkang mendakwa Wan Muhammad Azri ini sebagai Papa Gomo. Macam mana nak sahkan yang saya ini Papa Gomo? Siapa Papa Gomo ini pun kita tak tentu lagi,” katanya lagi.

Wan Muhammad juga berkata, “kita tunggu sahajalah kemunculan Papa Gomo pada hari penamaan calon. Saya rasa itu lebih sesuai,” katanya.

Penamaan calon akan diadakan pada 20 April.

Tiada ulasan: