Jumaat, 12 April 2013

SILAP2 HARIBULAN....JOHOR PUN BUNGKUS....INSYAALLAH

PRU13: Calon Pakatan di Perak sudah muktamad

Muhammad Faeez Azahar, 11 Apr 2013
IPOH: Pakatan Rakyat Perak akan melancarkan manifesto Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) peringkat negeri secara rasmi pada 15 April ini.

Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abd Malik berkata, dengan tema ‘Pakatan Harapan Rakyat’, majlis tersebut akan diadakan di Hotel Riverfront, Ipoh jam 10 pagi.

Katanya, majlis itu akan dihadiri oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Perak yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Menurutnya, manifesto yang akan dilancarkan ini adalah sangat menarik dengan pelbagai tawaran yang diberikan rakyat setelah melihat kemampuan hasil negeri ini.

Khairuddin berkata, pimpinan Pakatan Rakyat telah membuat kajian yang lama dengan mendengar idea daripada pelbagai pihak untuk mencipta satu manifesto yang terbaik untuk rakyat di negeri Perak.

“Kami akan melancarkan satu manifesto terbaik peringkat negeri Perak 15 April ini dengan tema Pakatan Harapan Rakyat,” Katanya dalam sidang media di Bilik Media Pakatan Rakyat, Ipoh di sini hari ini.

Hadir sama ialah, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, Naib Pengerusi PKR Perak, Chan Ming Kai, AJK PAS Perak, Zainuddin Mohd Yusof, Bendahari DAP Perak, Lim Pek Har, Penolong Setiausaha Pemuda PAS Negeri, Safarizal Saleh dan Exconya, Hafez Sabri.

Dalam majlis yang sama, beliau berkata, Pakatan Rakyat akan mengisytiharkan semua calon yang akan bertanding pada PRU13.

Jelasnya, semua calon tersebut akan melafazkan ikrar bersama tanda kesepakatan ketiga-tiga parti itu.

Dalam pada itu, Khairuddin berkata, pembahagian kerusi ketiga-tiga parti sudah selesai 100 peratus dan calon-calon sudah muktamad, hanya menunggu pengisytiharan secara rasmi.

“Pembahagian kerusi setakat ini sudah selesai semuanya, dan parti komponen sudah memutuskan siapa yang akan bertanding,” jelasnya lagi.

PRU13: Alumni pegawai Felda bantu PAS

Hazayani Zakaria, 11 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Bekas pegawai kanan Felda antara calon PAS yang akan bertanding kerusi Parlimen di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei depan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman membayangkan calon tersebut merupakan anak tempatan dan sudah lama bergerak bersama PAS dalam menangani isu-isu Felda.

Pengumuman calon di Johor akan diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 13 April ini dalam lawatannya ke negeri itu.

"Apa yang menarik kali ialah penglibatan bekas-bekas pegawai Felda membantu PAS di tanah rancangan.

"Pencalonan bekas pegawai Felda ini menunjukkan PAS memilih tokoh-tokoh dari pelbagai segmen masyarakat," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) turut berkata, alumni pegawai Felda sudah mula berkampung di Felda bagi membantu PAS dan Pakatan Rakyat berkempen di kawasan tersebut.

"Setakat ini alumni ini mempunyai kira-kira 300 ahli dan mereka sudah mula berkempen untuk PAS di seluruh negara.

"Kalau dulu golongan ini merupakan cabaran bagi PAS kerana mereka membantu BN tapi kali ini mereka membantu PAS. Dengan perkembangan ini, saya yakin lebih ramai kakitangan Felda yang akan menyokong PAS," katanya lagi.

Justeru katanya, PAS mempertingkat kempen di kawasan Felda kerana yakin BN akan berusaha mempertahankan kubu kuat mereka.

"Felda ini sejak sekian lama menjadi deposit tetap BN jadi kali ini PAS akan meningkatkan kempen di Felda dengan bantuan alumni pegawai Felda ini," katanya.

Mazlan juga memberitahu, seorang lagi tokoh dari Felda akan mengumumkan untuk menyertai PAS sebelum penamaan calon pada 20 APril ini.

"Seorang lagi tokoh dan orang kuat Felda akan mengisytiharkan untuk bersama-sama PAS," katanya.

Selain itu ujarnya, sokongan anak muda terhadap PAS dan Pakatan Rakyat juga meningkat di kawasan Felda kali ini.

"Ramai anak muda yang menunjukkan sokongan dan membantu PAS menaikkan bendera dan berkempen melalui lama-laman sosial jadi ini satu perkembangan yang baik dan PAS mempunyai harapan yang cerah kali ini," katanya.

'Money'festo BN jangka pendek - Dr Dzulkefly

Muhammad Faizal, 11 Apr 2013


(Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang medianya hari ini)


KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan manifesto yang dibentangkan Barisan Nasional (BN) bersifat jangka pendek.

Beliau yang turut memberitahu, manifesto tersebut juga ternyata tidak menangani masalah-masalah pokok ekonomi dan tidak langsung mahu melakukan penstrukturan semula ekonomi bagi menangani isu monopoli dan pengherotan pasaran.

Malah beliau menjelaskan manifesto BN hanya bertujuan untuk memancing pengundi sahaja.

"Manifesto BN tidak mampu menandingi tawaran Pakatan Rakyat yang ternyata gagal menangani lebuhraya bertol bahkan sebaliknya meletakkan tawaran-tawaran yang samar dan sengaja tidak dijelaskan perincian angka dan tempoh.

"Pentadbiran BN sememangnya sudah sebati dengan sistem memperkayakan kroni terutamanya ahli perniagaan yang mempunyai hubungan dengan kerajaan, sebab itulah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengumumkan penghapusan monopoli seperti penguasaan dalam perniagaan gula, beras mahupun sistem tv berbayar," jelasnya pada sidang media di Pusat Media PAS hari ini.

Tambahnya lagi, tindakan monopoli ini merupakan kemungkaran ekonomi dan tatakelola yang membebankan rakyat di bawah sebaliknya hanya memberi kepentingan kepada kroni.

Dr Dzulkefly yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut menjelaskan manifesto BN itu juga turut gagal menciplak penghapusan bayaran tol dengan cara kerajaan mengambil kembali lebuhraya seperti yang dicadangkan dalam manifesto Pakatan Harapan Rakyat.

Kata beliau, sebaliknya Najib hanya mengulangi pengumuman tidak menaikkan tol sehingga 2016.

"Kita persoalkan kenapa sehingga 2016 sahaja, selepas 2016 kadar tol akan terus meningkat pada kadar lima peratus setiap tiga tahun sehingga 2037.

"Ternyata Najib tidak mempunyai komitmen untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat," sambung beliau lagi.

Jelasnya, lebih malang lagi apabila Najib ingin meneruskan agenda penswastaan lebuhraya sebagai kaedah pembinaan lebuhraya dan merangsangkan sektor pembinaan.

"BN dengan bangga meletakkan lebuhraya Pantai Barat dalam manifesto mereka yang pastinya akan dikenakan tol.

"Rakyat mungkin tidak sedar apabila terdapat beberapa projek lebuhraya bertol yang diberikan kepada kroni sedang dilaksanakan dan pasti akan membebani rakyat apabila ia siap kelak," tambah beliau lagi.

Dr Dzulkefly menekankan manifesto Pakatan Rakyat bersesuaian dengan kehidupan rakyat dalam usaha menurunkan kos sara hidup apabila berjanji akan menghapuskan tol bermula dengan lebuhraya yang sudah mendapat pulangan modal berbanding dengan BN yang hanya akan menurunkan tol secara berperingkat.

Antara lebuhraya yang hampir muktamad perjanjian konsesi adalah Damansara-Shah Alam (DASH) dan South Ulu Kelang Expressway (SUKE) kedua-duanya dimiliki Prolintas yang seratus peratus Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Pengundi Dun Gambir mahu Umno jadi calon

Harakahdaily, 11 Apr 2013

(Seorang lelaki India sedang mengambil gambar banner yang dipasang di Dun Gambir)

JOHOR BAHRU: Para pengundi khasnya Umno mahu DUN Gambir di bawah parlimen  Ledang diserahkan kepada calon Melayu dari Umno untuk bertanding.

Untuk itu, mereka membuat silent protest dengan menaikkan kain rentang di beberapa kawasan itu semalam.

Tidak kurang enam banner mendesak wakil rakyat Dun Gambir diwakili oleh wakil umno iaitu Melayu beragama Islam dinaikkan.

BN meletakan calon India dari MIC sejak dua penggal lalu di sini.
Walaupun menang tetapi majoriti telah jatuh dan besar kemungkinan akan kalah kali ini jika tiada perubahan calon dilakukan oleh BN.

"Selama ini tidak pernah ada protest seperti ini di DUN Gambir  tetapi perkembangan terbaru ini menunjukan rakyat semakin kecewa dengan pemimpin mereka dan rakyat Gambir mulai matang dan memahami konsep demokrasi," kata seorang penduduk tempatan kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, keluhan ini tidak boleh dipandang sepi oleh pemimpin BN.

"Adakah ini juga memberi kelebihan pada wakil PAS?" soal beliau.

Anak muda Pahang diajak sertai Konvoi Tolak

Harakahdaily, 11 Apr 2013
KUANTAN: Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) yang mula dilancarkan di Kuala Lumpur beberapa minggu lepas hari ini telah tiba di bahagian utara tanah air.
Konvoi akan meneruskan jelajah ke negeri Pahang Darul Makmur yang menjadi destinasi terakhir Konvoi Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN bagi Semenanjung Malaysia.

Konvoi akan berlangsung pada Ahad, 14 April bermula dari Temerloh sekitar jam 8.00 pagi yang bakal dilepaskan secara rasmi oleh calon P. 088 Temerloh, Hassan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Konvoi akan disertai sebanyak 1,000 kenderaan bermotor yang terdiri daripada NGO dan Parti Politik iaitu SAMM, Anti Lynas, Anak, GM13, Ameerah, Perantau, Nisa', Gamis, Royalti, ARC dan seluruh anak muda sekitar Pahang.

Konvoi bermula di Temerloh dan akan singgah di Maran, Srijaya, Kuantan dan berakhir di Pekan dalam satu program yang dinamakan "Malam Kebangkitan Anak Muda: Tolak Umno BN".

Menurut Pengerusi Gamis Pahang, Ahmad Fatihi Makhtar memberitahu, antara tujuan utama program itu dijalankan adalah untuk mencetus satu gelombang dan momentum Tolak Umno BN dalam usaha untuk memenangkan Pakatan Rakyat sekaligus menawan Wisma Sri Pahang.

Sehubungan itu, beliau mengajak dan menyeru semua anak muda di Negeri Pahang, tanpa mengira latar belakang usia, taraf hidup mahupun parti politik, untuk menyertai Konvoi Tolak dan juga Malam Kebangkitan Anak Muda: Tolak Umno BN pada Ahad ini.

Antara aktiviti sepanjang konvoi adalah mengedar risalah, mengadakan 'speaker corner', mengumpul tandatangan dan persembahan 'basking' dan 'flashmob' di pantai Teluk Cempedak sebagai simbolik penolakan anak muda terhadap Umno BN.

Pada malamnya pula akan diadakan pidato anak muda dari pelbagai latar belakang NGO dan wakil parti politik serta serahan deklarasi anak muda bersama Pakatan Rakyat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari akaun rasmi Facebook Gamis Pahang dan blog Gamis Pahang.

Nor Mohamed, Nazri, Tg Adnan digugurkan?

Harakahdaily, 11 Apr 2013

(Mereka yang dikatakan akan gugur)

KUALA LUMPUR: Jika benar kumpulan penyokong tegar Tun Dr Mahathir Mohamad masih berpengaruh dalam Umno, ramai tokoh-tokoh Umno akan hilang kerusi mereka dalam pilihan raya ini.

Antaranya, Nor Mohamed Yakcop, Awang Adek Hussein, Noh Omar, Mohd Nazri Aziz dan Tengku Adnan Tengku Mansor.

Nor Mohamed adalah pemegang kerusi BN untuk Parlimen Tasek Gelugor,  Noh Omar Tanjung Karang, Nazri Aziz Padang Rengas manakala  Tengku Adnan Putrajaya. Awang Adek disebut sebagai calon BN di Bachok.

Mereka dikatakan berada dalam senarai 'Drop list' atau senarai nama yang digugurkan berdasarkan Rocky Bru atau  nama sebenarnya Ahirudin Bin Attan.

Selain drop list, Rocky juga memasukkan nama dua tokoh muda Umno iaitu Reezal Merican dan Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai orang yang tidak dibenarkan bertanding (NOT ALLOWED TO CONTEST).

Di samping itu, beliau juga menamakan empat tokoh Umno di dalam senarai 'NO MORE OF THESE'

Mereka adalah Abdul Rahim Tamby Chik,  Mohd Isa Samad, Radzi Sheikh Ahmad dan Syed Hamid Albar.

Berikut adalah senarai penuh mereka yang tidak akan bertanding kali ini menurut Rocky.


DROP LIST:
1.   Nor Mohamed Yakcop
2.   Awang Adek Hussein
3.   Shahrizat Jalil (she already announced not to contest)
4.   Noh Omar
5.   Abdullah Ahmad Badawi
6.   Abdullah Md Zin
7.   Abu Seman Yusop
8.   Azalina Othman
9.   Azmi Khalid
10. Baharum Mohamed
11. Bung Mokhtar Radin
12. Halimah Mohd Sadique
13. Hamim Samuri
14. Ismail Kassim
15. Jamaluddin Jarjis
16. Lilah Yassin
17. Mohd Nazri Aziz
18. Mohd Johari Baharum
19. Mohd Zin Mohamed
20. Rafidah Aziz
21. Rosnah Abdul Rashid Shirlin
22. Tengku Adnan Tengku Mansor
23. Shahrir Samad


NOT ALLOWED TO CONTEST
1.  Reezal Merican
2.  Abdul Azeez Abdul Rahim


NO MORE OF THESE

1.  Abdul Rahim Tamby Chik
2.  Mohd Isa Samad
3.  Radzi Sheikh Ahmad
4.  Syed Hamid

Ketiadaan Pak Lah buka laluan di Kepala Batas

Mohd Sabri Said, 11 Apr 2013
PULAU PINANG: Ketiadaan Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam arena politik tanahair khususnya di Parlimen Kepala Batas memberi laluan baik untuk PAS memenangi kerusi yang selama ini terlalu sukar ekoran pengaruh datuknya Tuan Guru Haji Abdullah Fahim.

Demikian kata, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas, Saudara Hafiz Kassim mengulas pengistiharaan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Datuk Taib Azamudden bertanding di Kepala Batas semalam.

Ujarnya, kali ini Ustaz Afnan Hamimi (gambar) dijangka akan berhadapan dengan calon pilihan Pak Lah iaitu Ketua Pergerakan UMNO Bahagian Kepala Batas, Reezal Merican Naina Merican ataupun bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Helmi Rashid

"Sesiapa pun calon yang diletakan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) kita terus berhadapan.  Kali ini kami yakin boleh kalahkan calon BN.  Apa yang wajar buat sekarang ialah turun padang bertemu rakyat, " terangnya.

Pada Pilihanraya Umum ke 12 lepas walaupun tewas calon PAS, Ustaz Subri Mohd Arshad berjaya memberikan tamparan hebat apabila mengurangkan majoriti Pak Lah sehingga hampir sepuluh ribu undi.

Menurut sumber, masyarakat Tionghua tidak menyukai Reezal kerana isu tertentu sebaliknya mereka lebih senang dengan Helmi Rashid kerana beliau lebih berpengalaman dalam politik dan pentadbiran.

Tambahan lagi kem Umno Kepala Batas menjadi seperti anak ayam kehilangan ibu setelah Pak Lah membuat pendirian tidak akan mempertahankan kerusi yang disandangnya sekian lama.

Menurut Hafiz lagi, 'mood rakyat' kini lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat maka sebab itulah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak begitu bimbang dengan tarikh pembubaran Dun.

PRU13: Harapan mahasiswa Malaysia

Muhammad Hamidi bin Zamri,
Tepat jam 11.30 pagi, bertarikh  3 April 2013, persoalan yang bermain dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia akhirnya terjawab dengan pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dato Sri Najib Razak. Tahniah diucapkan.

Ketika ini, semua parti yang bertanding pastinya menguatkan jentera masing-masing untuk berperang dalam PRU13 ini. Kepada seluruh mahasiswa Malaysia, sekarang merupakan masa yang terbaik untuk terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam PRU13 ini. Sama ada menjadi penyokong bahkan pendokong kepada mana-mana parti politik yang bertanding. Tidak perlu ada kebimbangan lagi kerana PRU13 ialah PRU pertama setelah berlakunya pemindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Mahasiswa dibenarkan untuk berceramah, berkempen, menjadi pencadang kepada calon yang bertanding bahkan untuk menjadi calon sekalipun.

Sebagai mahasiswa Malaysia yang cintakan negara ini, kami memberi peringatan dan amaran kepada mana-mana parti politik yang bertanding khususnya parti Barisan Nasional yang memegang tampuk pemerintahan Malaysia sebelum pembubaran parlimen agar perjalanan PRU13 kali ini benar-benar mengamalkan prinsip demokrasi yang adil dan  berteraskan kepada “padang permainan yang sama rata” (a lavelled playing field).

Rakyat Malaysia harus buktikan bahawasanya negara ini tidak lagi terperangkap sebagai sebuah negara membangun terutamanya dalam aspek demokrasi sehinggakan demokrasi di Malasysia masih lagi dianggap kurang matang (quasi-democracy). Hal ini harus diubah bermula dari sekarang. Sebagai mahasiswa,kami akan perhatikan sepanjang proses pilihan raya pada kali ini dan kami tidak akan teragak-agak untuk membuktikan protes kami atas ketidaksetujuan dan ketidakrelaan kami terhadap mana-mana pihak yang cuba untuk bermain ‘kotor’ dalam PRU13 di kertas undi nanti!

‘Media’, ‘Money’ dan ‘Machinery’

Perjalanan pilihan raya biasanya dikaitkan kepada 3 M merujuk kepada factor ‘Media’, ‘Money’ dan ‘Machinery’. Ketika ini Malaysia masih lagi mengamalkan demokrasi terhad, maka kecenderungan untuk menyalahgunkan ketiga-tiga faktor ini masih tinggi. Tidak mustahil untuk berulang lagi dalam PRU13 kali ini. Dalam isu media, Malaysia seharusnya meneladani negara maju seperti Amerika Syarikat, Great Britain dan Jepun yang memberi peluang yang sama rata kepada semua parti politik yang bertanding dan dibenarkan untuk membeli ‘airtime’ di mana-mana stesyen televisyen dan radio untuk berkempen. Bahkan kita kalah kepada negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Filipina dalam isu akses media bebas dan adil.

Agensi penguatkuasaan dan institusi awam seperti PDRM, SPRM dan khususnya SPR harus dibebaskan dan berkecuali daripada menyebelahi mana-mana parti politik. Badan-badan ini merupakan milik rakyat. Begitu juga dengan faktor rasuah politik sewajibnya semua parti politik hentikan mengamalnya. Di Malaysia, politik wang dan pilihan raya seolah-olah tidak dapat dipisahkan. Justeru, kami menuntut agar SPRM benar-benar menggunakan kuasa kebalnya untuk menghalang berlakunya rasuah dalam PRU13 kali ini. Perkara yang lebih memalukan adalah para pemimpin yang terlibat dalam rasuah masih lagi dilihat bebas memegang jawatan penting dalam kerajaan dan parti politik. Ini adalah satu perkara yang cukup memualkan dan mahasiswa akan berkeras untuk menolaknya!

Harus diingat oleh kita semua, jika proses pilihan raya pada kali ini berjalan secara telus dan bersih, yang untung adalah kita semua sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira parti dan kaum. Hal ini kerana PRU yang bersih dan adil akan melahirkan barisan pimpinan negara yang telus dan berkualiti. Tidak seharusnya kita biarkan perjalanan politik negara kita ditentukan oleh undang-undang rimba dalam ertikata siapa yang kuat dia akan dapat sehingga mengenepikan faktor moral dan etika. Begitu juga tradisi politik yang dicetuskan oleh Machiavelli seperti pendekatan matlamat menghalalkan cara cukup bertentangan dengan nilai agama Islam dan agama-agama lain harus kita banteras sekeras-kerasnya.

Peringatan kepada rakyat dan mahasiswa:


Jadilah pengundi yang matang dan semua daripada kita harus belajar menjadi kritis agar kita benar-benar membuat penilaian yang adil dan tepat untuk memilih calon dan parti yang selayaknya menjadi nakhoda Malaysia tercinta, yang bersedia berkhidmat untuk rakyat bukannya tersalah memilih pemimpin yang palsu dan menggadai maruah negara.

Salam PRU dari mahasiswa untuk semua!

Muhammad Hamidi bin Zamri
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Al-Quran jelaskan; Celakanya golongan penyokong kezaliman

Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, 08 Apr 2013
Sebagaimana Allah Taala memerintahkan semua agar berlaku adil, Allah juga melarang semua pihak daripada melakukan kezaliman. Allah mengharamkan kezaliman dengan larangan yang sekeras-kerasnya. Allah mencela orang yang berlaku zalim. Allah berjanji akan menghukum mereka dengan hukuman yang berat di dunia dan juga di akhirat. Firman Allah Taala:

"Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim." (Ali Imran:57)


"Dan siapakah lagi yang lebih aniaya dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keterangan-Nya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya." (Surah al-Ana'am : ayat 21)

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim." (Surah al-Maidah : ayat 51)

"Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka." (surah al-Kahfi : ayat 59)

"Kesudahannya rumah-rumah mereka itu telah runtuh ranap, dengan sebab mereka berlaku zalim; sesungguhnya kejadian yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mahu mengetahui (akan sebab dan musababnya)." (Surah an-Naml : ayat 52)


Al-Quran – lebih jauh – telah melarang orang Muslim menjadi orang yang zalim. Begitu juga al-Quran melarangnya daripada menjadi pembantu kepada orang yang zalim, atau cenderung kepada orang yang zalim, kerana dia akan ikut serta dalam dosa dan balasan kezaliman tersebut. Firman Allah Taala tentang Fir’aun:

"Dengan sebab itu, Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya serta Kami humbankan mereka ke dalam laut; maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang zalim." (surah al-Qasas : ayat 40)

Lihatlah bagaimana Allah sertakan bala tentera bersama Fir’aun dan menganggap kesemua mereka adalah manusia zalim. Firman Allah lagi:

"Dan janganlah kamu cenderung menyokong orang-orang yang zalim kelak (kalau kamu berbuat demikian), api neraka akan membakar kamu. Pada hal tiada seorang penolong pun untuk kamu selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat apa-apa pertolongan." (Surah Hud : ayat 113)


Perkataan “Ar-Rukuun” dalam ayat ini bererti cenderung, maka dengan cenderung sahaja pun kepada kezaliman sudah diharamkan oleh al-Quran dan diikatkan dengan cucuhan api neraka, di samping kehilangan pertolongan Allah kepada mereka.

http://www.tarbawi.my

Tiada ulasan: