Ahad, 14 April 2013

JANGAN BUAT KERJA2 BODOH...ATAU BUAT KERJA HINGGA RAKYAT BERTAMBAH MELUAT LAGI BENCI

Saya hampir jadi mangsa - Aishah

Salmah Mat Husain, 14 Apr 2013
KOTA BHARU: Penyanyi Aishah (gambar) atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin mendakwa beliau hampir menjadi mangsa perbuatan jahat musuh politik PAS apabila rumahnya ditebuk atapnya untuk dipasang kamera.

Namun nasib menyebelahinya dengan cara ia disedari lebih awal apabila atas rumahnya bocor apabila ditimpa hujan.

Ekoran itu, beliau menyedari bumbung bahagian bilik tidurnya dikorek dipercayai untuk memasang kamera CCTV.

“Syukur alhamdulillah, Allah memelihara kita, Allah sentiasa bersama kita, begitu juga dalam kes Datuk Mustapha Ali, insyaallah, Allah akan memberi petunjuknya nanti,”ujar Aishah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian penyebaran video tidak bermoral Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali, yang kini menjadi bulan hangat di seluruh negara semalam.

Sebelum itu beliau menyampaikan ceramah di Dun Tawang, Bachok dekat sini bersama Adunnya, Ustaz Hassan Mahmod.

Bagi Aishah, sesiapa sahaja yang berada bersama PAS termasuk Pakatan Rakyat akan menjadi mangsa politik kotor pihak lawan sebagai modal akhir untuk mempertahankan hayat.

Artis yang juga calon PAS Jempol Negeri Sembilan itu berkata, ianya dijangka ‘bom’ hayat untuk menyelamatkan parti pemerintah sebelum ini untuk berhadapan dengan pihak lawan yang semakin mendapat sokongan rakyat.

Tambahnya, sedangkan tindakan begitu juga akan menjadi senjata ‘makan diri’ kerana akhirnya akan terpalit terkena diri.

Beliau yakin rakyat tidak akan menelan fitnah itu mentah-mentah kerana mereka telah sedar dan cerdik untuk terus bermimpi dengan permainan fitnah.

Jelasnya, mentaliti rakyat Malaysia bukan lagi di zaman dunia ketiga, mereka sekarang berpendidikan tinggi, paling besar pendidikan agama.

“Pihak lawan tidak perlu buat sesuatu perkara yang cukup jijik sekiranya sedar mereka adalah sebuah parti yang baik serta mampu membela rakyat.

“Tidak perlu takut, sebaiknya dedahkan apa yang ingin kita buat dan kejayaannya juga, bukan berterusan menekan pihak lawan dengan fitnah yang mengaibkan, kerana keaiban itu akan menikam diri kita juga,”ujarnya.

Dun Tawang adalah tempatnya yang terakhir untuk menyampaikan ceramah sebelum pulang menumpukan perhatian di Parlimen Jempol.

Sepanjang seharian beliau berada di Kota Bharu, Aishah turut mendapat sokongan dan doa restu dari rakyat di negeri itu apabila bertemu dengannya untuk membeli belah di Bazar Buluh Kubu.

Jika menang, Husam mahu TG Nik Aziz jadi imam di Putrajaya

Harakahdaily, 14 Apr 2013

(Penyataan Husam di facebook yang mendapat sambutan hebat)

PUTRAJAYA: "4 minggu lagi akan bertemu hari Jumaat semula. Ketika itu, kita tidak tahu siapa akan memerintah.

"Jika diberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat, Murshidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akan menjadi Imam untuk solat Jumaat."

Itulah kata-kata Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS yang bakal bertanding di Putrajaya kali ini.

“4 minggu lagi akan bertemu hari Jumaat. Sekiranya saya berjaya tawan P-125 Putrajaya & Pakatan Rakyat berjaya tawan Malaysia, saya akan pastikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjadi Imam untuk Solat Jumaat selepas kemenangan,” katanya.

Kata-kata Husam disambut dengan hebat oleh warga maya di Facebook. Di laman Page Rasmi P-125 Putrajaya, kata-kata itu mendapat 1,707 Likes dan 133 shares.

Keratan kata-kata Husam kemudian menjadi viral di Facebook dan dishare di pelbagai segmen komuniti.

“Doakan ia menjadi kenyataan,” ialah kata-kata yang ditulis sebagai membalas harapan Husam.

“Tak sabar nak solat belakang Tok Guru... moga2 statement ni akan menjadi kenyataan..semangat Putrajaya nanti disinari dengan majlis ilmu insya'Allah amin,” tulis Fastaqim Kama Umirta di laman Facebook Harakahdaily.

Peminat Facebook Ustaz Tuan Ibrahim pula menulis: “Amin.. perkenankanlah Ya Allah…”tulis Marley Zane.

Di Facebook Ustaz Nasrudin Hassan pula, peminat Jatt Omar menulis, “Kami doakan agar TGNA boleh menjadi imam dimana2 tanpa ada halangan.....kita sebagai pengundi harus jalankan tanggungjawab ini.”

Marilah sama-sama kita menjalankan tanggungjawab untuk memastikan harapan ini terjadi.

Penender kantin sekolah dipaksa sertai Umno

Aslani M, 14 Apr 2013
BACHOK: Usahawan, peniaga kecil dan petani di Bachok kini kerap menerima tekanan pemimpin Umno. Ramai petani diugut tidak lagi mendapat baja subsidi kerana hadir pada program ceramah PAS.


Beberapa penduduk yang hadir pada ceramah PAS di Takel, Dun Tawang baru-baru ini memberitahu mereka menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada JKKKP.

“Pemimpin Umno terbabit mengugut tidak mahu lagi memberi baja kepada petani di sini kerana hadir pada program ceramah anjuran PAS.

“Beberapa penduduk menerima SMS berbau ugutan tersebut ketika menghadiri ceramah di Takel baru-baru ini,” kata seorang petani di sini.

Tahun lepas bekas Adun Tawang, Hassan Mohamood mendedahkan petani dipaksa memasang bendera dacing di rumah mereka bagi membolehkan mendapat baja subsidi padi.

Hassan ketika dihubungi memberitahu ramai penduduk di sini mengadu mereka diugut pemimpin Umno peringkat cawangan, akan disekat baja subsidi kerana hadir program ceramah PAS.

Katanya, bukan sahaja petani yang menjadi mangsa ugutan Umno, sebaliknya penendar kantin sekolah juga dipaksa mengisi borang Umno.

“Mereka dipaksa menyokong Umno sekiranya tidak perniagaan akan terjejas. Beberapa pengusaha kantin memberitahu diugut pemimpin Umno.

“Malah ada yang dipaksa berlakon menyerah borang menyertai Umno ketika kehadiran Naib Presiden Umno, Datuk Dr Zahid Hamidi ke Bachok beberapa hari lalu,” katanya.

Akhbar milik Umno hari ini melaporkan seramai 300 ahli dan penyokong PAS di Tawang keluar daripada parti itu dan bertekad menyokong Umno.

Hassan yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Bachok berkata, berdasar semakan di setiap cawangan PAS di Dun Tawang tidak ada ahli parti itu yang menyertai Umno.

Katanya, apa yang berlaku beberapa peniaga dalam kalangan penduduk tempatan di Tawang dipaksa mengisi borang Umno bagi mengelakkan perniagaan mereka terjejas.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Hassan menafikan PAS menyogok penyokong Umno dengan memberi habuan sebanyak RM500 kepada seorang wanita Umno di Bachok.

“Tidak pernah berlaku ada jentera kempen muslimat PAS yang memberi wang sebanyak RM500 seperti didakwa Datuk Dr Awang Adek.

“Jentera kempen muslimat PAS tidak membawa wang sebanyak itu ketika kempen dan mereka hanya datang bertemu mata dan bertanya khabar sahaja.

“Tuduhan Ketua Umno Bachok tersebut tidak berasas sama sekali,” katanya.

Sebaliknya sebelum ini seorang penduduk di Kampung Budi mendedahkan wakil kepada Awang Adek beberapa kali datang menemuinya bagi menawarkan wang supaya tidak lagi menyokong PAS.

DAP buat laporan polis terhadap Dr. Mahathir

Harakahdaily, 14 Apr 2013
KUALA LUMPUR: DAP hari ini membuat satu laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung satu artikel dalam blog bekas Perdana Menteri itu yang didakwa bersifat fitnah terhadap parti itu dan menghasut kepada kebencian kaum.

Laporan polis itu dibuat Biro Undang-Undang DAP Lim Lip Eng pagi tadi.

Ianya berkaitan artikel bertajuk "Gelang Patah" yang antara lain mendakwa kemenangan penasihat DAP Lim Kit Siang di parlimen itu hanya akan membawa konflik dan permusuhan antara kaum.

Dr. Mahathir juga mendakwa, kehadiran Kit Siang yang akan bertanding di Gelang Patah sebagi cuba menghancurkan kerjasama sedia ada antara majoriti masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina.

Dalam satu kenyataan bersama pemimpin DAP hari ini, mereka berkata, laporan polis itu dibuat ekoran dakwaan dalam artikel tersebut tidak berasas dan bersifat fitnah terhadap Kit Siang.

"Artikel  tersebut ditulis dengan niat jahat untuk tujuan menghasut perasaan benci di kalangan kaum-kaum di Malaysia,' kenyataan itu dipetik.

Selain Lim Lip Eng, turut menandatangani kenyataan itu termasuk Pengarah Strategi Pilihan Raya DAP Dr Ong Kian Ming, serta Naib Pengerusi DAPSY Tiew Wey Kheng.

Menurut mereka, pihak polis wajar menyiasat Dr Mahathir, di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan undang-undang lain yang sesuai.

"Jika polis tidak mengambil apa-apa tindakan, ini akan menghantar mesej kepada rakyat bahawa penggunaan kebencian dan hasutan akan dibenarkan semasa kempen PRU ke-13," katanya.

Mangga dan epal jadi bahan kempen

Harakahdaily, 14 Apr 2013

(Seorang lelaki Cina mengecat buah mangganya menjadi logo PAS)


KUALA LUMPUR: Tersebar di Facebook hari ini dua keping gambar kempen yang menambat hati warga maya.

Gambar pertama di ambil oleh Ustaz Afnan Hamimi ketika menyantuni pengundi Cina di Kepala Batas.

Pengundi cina sedang mengecat warna putih di buah mangga di luar rumahnya menandakan sokongan pada PAS.

Gambar tersebut mendapat 184 Likes dan 434 shares di Facebook Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang yang menyiarkan gambar itu terlebih dahulu.

Kemudian gambar itu menjadi kegemaran warga maya apabila mencatat 2,188 Likes dan 878 shares  di Facebook Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan 2,090 Likes dan 211 shares di Facebook Harakahdaily.

Gambar kedua pula ialah 3 epal hijau yang ditampal sticker putih ditengahnya melambangkan bendera PAS.

Gambar itu dishare oleh seorang aktivis berbangsa Cina di Facebook Ustaz Tuan Ibrahim setelah melihat gambar ‘mangga PAS’.

Gambar tersebut juga disambut ramai dengan 909 Likes di Facebook Ustaz Tuan Ibrahim dan 1,040 Likes di Facebook Harakahdaily.

Perang poster di Kelantan

Salmah Mat Husain foto Rizal Tahir, 14 Apr 2013



PERANG POSTER……Sebaik sahaja parlimen dibubarkan, semua petugas parti mengambil tanggungjawab memasang bendera di tempat masing-masing.

Dengan pelbagai kreativiti ianya ianya diterjemahkan pada orang ramai sama ada berupa bom, meriam, wau bulan dan sebagainya.

Bagaimanapun cara tradisional, deretan lambing bulan sebegini sentiasa menjadi tarikan orang ramai.

Gambar ini dirakamkan di Jalan Sabak, berhampiran Kampung Tebing Tinggi petang tadi. Ianya mula dipasang sejak seminggu lalu sedikit demi sedikit akhirnya ianya menjadi rimbun dan menarik.

Sementara itu, PAS Kampung Pek Machang lain pula kreativitinya apabila mengubah bendera PAS berbentuk 'K' sebagai simbolik untuk mengekalkan kerajaan PAS Kelantan.

'K' menarik perhatian ramai apa lagi ianya terletak dilaluan utama Machang-Kuala Krai

Salahuddin sahkan bekas menteri besar sertai PAS

Harakahdaily, 14 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata, bekas menteri besar  itu sendiri menghubungi beliau dan menyatakan hasrat tersebut.

"Saya mengesahkan salah seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS.

"Beliau sendiri menelefon saya pagi ini dan memberitahu hasrat itu dan akan menyatakan hasrat itu kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Tambah Salahudin, bekas menteri besar itu akan mengisytiharkan perkara tersebut kepada umum dalam masa terdekat.

"Beliau sendiri akan mengumumkan kemasukan ke dalam PAS dalam masa terdekat ini," katanya.

Harakahdaily difahamkan, bekas MB berkenaan adalah dari negeri utara semenanjung.

Beliau berbuat demikian kerana kesal dengan perebutan, cantas mencantas dan perpecahan teruk yang sedang berlaku dalam Umno sekarang.

Tiada ulasan: