Staf JPM dakwa dipukul pemimpin kanan Umno
| Harakahdaily, | 14 Apr 2013 |
Lelaki tersebut yang juga berstatus ketua cawangan Umno itu mendakwa, kejadian itu berlaku di Putrajaya pada 5 April lalu pada sekitar jam 11.30 pagi.
Ekoran itu juga mangsa telah membuat satu laporan polis terhadap pemimpin kanan Umno itu di IPD Putrajaya pada hari sama.
Dalam salinan laporan polis yang dihantar kepada media, pengadu mendakwa telah pergi ke pejabat pemimpin Umno itu pada hari tersebut untuk mengadu masalah yang dihadapinya.
"Sebaik saja saya masuk ke pejabat (pemimpin Umno itu) terus menampar muka saya sebanyak lebih kurang lima kali dan menyepak bahagian belakang badan saya.
"Saya tidak tahu mengapa beliau bertindak sedemikian terhadap saya.
"Saya telah mengalami kesakitan di bahagian muka dan belakang badan saya tetapi tiada sebarang kecederaan ataupun luka yang saya alami," laporan polis itu dipetik.
"Tujuah saya buat laporan polis ini adalah untuk melindungi diri dan takut sekiranya saya diapa-apakan di kemudian hari.
"Laporan polis dibuat oleh saya tanpa dipaksa oleh mana-mana individu," kata lelaki berusia 50 tahun itu.
Mangsa juga mendakwa sedang menimbang untuk membawa kes itu kepada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Awas mujtahid celup!
| Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar, | 14 Apr 2013 |
Fokus artikel ini ialah membincangkan secara ringkas betapa ketatnya syarat untuk menjadi seorang Mujtahid yang mampu mengeluarkan fatwa untuk kepentingan umum.
Pertamanya, seseorang itu mestilah faham segala makna apabila membaca al-Quran dalam bahasa asalnya serta faham kenapa ayat al-Quran berkenaan di turunkan Allah SWT serta pelbagai tafsir oleh ulama besar seperti Imam Hanafi, Shafie,Maliki, Hambali, Al Ghazali dan lain-lain.
Keduanya, seseorang itu mesti faham semua hadis sahih dalam bahasa asalnya dan dapat membezakan antara hadis sahih, hadis lemah dan hadis palsu. Ada lebih 600,000 hadis namun cuma 6,000 sahaja yang di terima sebagai sahih oleh Imam Bukhari dan Muslim. Kadang-kadang kata-kata sahabat Nabi di sebut oleh “Mujtahid Mee Segera” sebagai Hadis.
Ketiga, ijmak para ulama iaitu persetujuan para ulama termasyhur pada era selepas kewafatan Nabi dan selepas meninggalnya para Sahabat Nabi. Apabila Jumhur Ulama yakni majoriti ulama telah bersetuju dalam satu-satu isu, pada kebiasaanya ulama ulama era moden tidak patut cuba mempertikaikan lagi keputusan kolektif gandingan bersama Imam Hanafi, Imam Shafie, Imam Maliki dan Hambali umpamanya.
Keempat, Qiyas yakni kiasan yang di capai oleh para ulama setelah mengkaji dengan mendalam al-Quran, hadis sahih dan Ijmak. Sebagai contoh, Allah SWT mengharamkan perkara yang memabukkan termasuk Arak. Justeru, Jumhur Ulama membuat keputusan kolektif sebarang perkara yang memabukkan selain daripada arak juga haram contohnya, menjadi penagih dadah.
Sebelum diiktiraf sebagai mujtahid, selain keempat-empat perkara di atas, ada lagi perkara yang perlu di fahami iaitu ikhtisan, iaitu keutamaan oleh para ulama terhadap beberapa keputusan yang dikeluarkan untuk isu yang sama. Cuma ulama yang benar-benar berilmu sahaja yang mampu memilih keputusan yang terbaik untuk diterima apabila terdapat beberapa keputusan dalam isu yang sama.
Seterusnya, beban kefahaman istishab iaitu andaian yang sesuatu perkara itu berterusan melainkan dapat dibuktikan sebaliknya. Sebagai contoh, kehilangan seseorang untuk beberapa tahun pertama tanpa khabar berita tidak boleh dianggap telah meninggal dunia tetapi diandaikan masih hidup melainkan dapat dibuktikan sebaliknya.
Satu lagi beban selepas memahami kesemua di atas ialah memahami maslahah iaitu kepentingan umum. Ulama yang tidak berjumpa alasan sewajarnya untuk mengeluarkan fatwa setelah berulang kali meneliti kesemua perkara di atas bolehlah menggunakan kepentingan umum sebagai alasan. Namun orang biasa yang bidangnya bukan ilmu agama yang tidak belajar Usullul Din, Usullul Fiqh, Maqasid Shariah, Qawaid Fiqiyah dan sebagainya jangan bermimpi untuk mula berfatwa untuk mempengaruhi masyarakat umum.
Seterusnya ialah memahami al-Urf atau adat yang tidak bertentangan dengan syariah dalam berfatwa, yakni setelah gagal mendapat apa-apa keputusan kukuh setelah meneliti semua sumber sumber fiqah di atas.
Selain itu, seseorang itu mengetahui dan memahami semua fatwa sahabat dan ini bukan perkara mudah melainkan mereka yang fasih membaca pelbagai kitab rujukan dalam Bahasa Arab. Jangan sesekali sesiapa mudah perasan yang dengan membaca terjemahan dalam Bahasa Inggeris maka terjemahan berkenaan itu semestinya tepat. Inilah tipu daya musuh musuh Islam dalam proses membantu menterjemahkan kitab. Ada bahagian tertentu terjemahannya mungkin tidak tepat. Oleh itu amatlah merbahaya untuk cuma membuat fotokopi terjemahan dalam bahasa Inggeris sebagai dalil untuk digunakan dalam mahkamah umpamanya.
Justeru amat penting masyarakat mula belajar memahami Bahasa Arab supaya sekurang-kurangnya kita tidak menjadi seperti burung kakak tua yang hanya menyebut apa-apa yang diajar tetapi tidak memahami apa yang sedang di sebut.
Jika Imam Solat Tarawih di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menggigil takut membaca ayat mengenai siksaan neraka jahanam tetapi ada juga Imam kita berlagu irama riang segar dan lancar ketika membaca ayat yang sama. Agaknya berapa ramaikah dalam kategori Imam yang kita ada yang fasih membaca dalam Bahasa Arab tetapi tidak tahu apa yang di baca? Seperti kata-kata cikgu sekolah buta huruf dalam filem Pendekar Bujang Lapok, “Lain di baca, lain di eja”.
Andainya seseorang itu telah mencapai semua tahap di atas, bukanlah bermaksud dia sudah layak mengeluarkan fatwa untuk masyarakat. Dia mungkin boleh membuat Ijtihad peribadi sekiranya setelah meneliti kesemua rujukan rujukan sumber fiqah yang disebut diatas dan keputusan Ijtihad peribadinya hanyalah terpakai untuk dirinya sendiri sahaja, bukan untuk orang lain.
Tetapi dalam Perbankan Islam umpamanya, jika seseorang itu adalah Penasihat Syariah yang dibayar elaun oleh Bank yang menjadikannya sumber rujukan, keputusannya bukanlah bertaraf fatwa kerana kebiasaanya golongan ini akan menggunakan ilmu yang mereka ada untuk mencari nas untuk menyebelahi pihak bank.
Dalam suatu perbincangan tertutup yang membabitkan pegawai bank konvensional dan firma guaman, memberikan persepsi negatif Perbankan Islam. (Sila rujuk temuramah Majalah Malaysian Business dengan saya keluaran 1 hb Mei 2009, Crucial Legal Issues in Islamic Banking & Finance)
Namun tujuan penulisan artikel ini sempena PRU ke 13 ialah untuk menyedarkan masyarakat betapa mudahnya masyarakat di kelentong oleh mereka yang merasakan diri mereka mampu berfatwa tetapi sebenarnya menjual maruah diri mereka.
Contoh mereka yang boleh disebut di sini termasuklah Harusani Zakaria, Mufti Perak, Abdullah Samah - ulama pondok yang selepas berfatwa mendapat dana kerajaan persekutuan. Manakala mereka yang hampir tiada ilmu agama seperti Hasan Ali, Zul Nordin, Ibrahim Ali. Termasuk juga Dr Sidek Baba yang bergabung dalam Jati membuat ketetapan yang berbentuk fatwa disiar utusan Malaysia jumaat 12 april 2013 iaitu Melayu Islam wajib undi BN. Pada pandangan saya, ketiga-tiga mereka dalam Jati ini mungkin keadaan ‘temporary Insanity and Unsoundness of mind’ apabila mengeluarkan fatwa sedemikian.
Fatwa songsang dan sesat yang dikeluarkan oleh golongan ini disiar pula oleh media seperti Utusan Malaysia dan TV3. Majlis Fatwa pula menjadi bisu kelu terhadap hal-hal sedemikian.
Menteri Besar Terengganu dan TPM yang mengeluarkan pendapat berbentuk fitnah terhadap PAS sebagai parti ajaran sesat adalah contoh klasik ahli politik yang mengeluarkan pendapat tetapi mahu rakyat biasa memahaminya sebagai fatwa. Manakala apabila Abdullah Samah dan sekumpulan guru pondok berfatwa bahawa haram undi PR disiar media pada 8hb April 2013, rakyat sudah dapat menilai betapa agama mudah dilacurkan golongan berserban berjubah ketika negara sedang di ambang PRU 13.
Sebagai penutup, saya mencadangkan supaya Majlis Fatwa Kebangsaan patut dirombak semula apabila kerajaan baru mengambilalih kuasa nanti. Ahli-ahli lama di rehatkan, manakala ahli-ahli baru yang benar-benar layak di lantik. Majlis Fatwa Kebangsaan patut di keluarkan daripada bernaung di bawah mana-mana agensi Kerajaan Persekutuan. Sepatutnya, Majlis Fatwa bernaung di bawah Majlis Raja Raja dan Yang Di Pertuan Agong tanpa campurtangan mana mana ahli politik yang memerintah. Melantik seorang yang bergelar Professor Emeritus semata mata kerana gelarannya sebagai Pengerusi MajlisFatwa adalah umpama melantik pengadil bola untuk mengadili pertandingan suara burung terkukur. Namun inilah yang mungkin dikehendaki oleh kerajaan persekutuan kerana mudah untuk mengawal orang yang semacam ini.
Najib belanja RM609,000 sehari di Twitter
| Milo Suam, | 13 Apr 2013 |

Najib Razak belanja RM609 ribu sehari promosi #ManifestoBN di twitter.
Ia dikesan oleh blogger Milo Suam.
Klik untuk melihat analisa blogger ini.
Akal menjadi keutamaan dalam mentadbir - TG Nik Aziz
| Rizal Tahir, | 14 Apr 2013 |

(Tg Nik Aziz bersama para pemimpin Pakatan di Johor)
PULAI: Untuk mentadbir negeri atau negara tidak memerlukan peruntukkan dan modal yang besar semata-mata, sebaliknya akal fikiran yang lebih berharga dari wang ringgit.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata sewaktu mula menerajui pentadbiran Kelantan, Umno mendakwa kepimpinannya hanya bertahan tiga bulan sahaja.
“Memang betul jika diukur dari segi kewangan, sebab Angkatan (Angkatan Perpaduan Ummah) menang ketika tabung kewangan begitu kecil, tetapi untuk mentadbir negeri atau negara tidak memerlukan wang yang banyak, sebaliknya akal.
“Kalau
mentadbir negara tidak guna akal sebaiknya, wang yang banyak tidak ada
gunanya, alhamdulillah kita menang di Kelantan hampir 23 tahun
lamanya,”ujarnya lagi.(TG Nik Aziz memberikan ucapan di Pulai)
Tuan Guru berkata demikian ketika berucap di Majlis Hi Tea Bersama Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pemimpin Pakatan Rakyat (Johor), semalam.
Pada masa yang sama beliau berkata perjuangan Pakatan Rakyat (PR) bukan hanya untuk membela satu kaum iaitu Melayu sahaja, sebaliknya bangsa lain Cina, India dan sebagainya akan diperjuangkan bersama.
Katanya, semua bangsa perlu memerlukan antara satu sama lain.
Ia seumpama satu anggota pada sebuah badan sekiranya tidak cukup ianya akan menjadi cacat.
“Saya bersyukur masyarakat Cina dan India kini sudah boleh menerima perjuangan PAS,”ujarnya.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula berkata orang Cina merupakan satu bangsa yang sejak awal bertamadun.
Kerana itu mereka bijak serta mampu berfikir khususnya dalam politik.
Jelasnya, kerana rekod perjuangan PAS di samping kerajaan yang ditadbir PR tiada rekod penyelewengan, membuatkan mereka semakin yakin dengan Pakatan Rakyat.
Pada masa yang sama Salahuddin turut mengumumkan calon yang bakal dicalonkan pada PRU-13 ini merupakan pemimpin PR yang tiada rekod penyelewengan.
Sama ada di Selangor, Kelantan, Kedah atau Pulau Pinang, keterampilan calon yang berwibawa menjadi pilihan pimpinan untuk mencalonkan mereka.
Katanya, ianya untuk memastikan Johor mendapat perubahan yang sebaiknya sebagaimana di negeri-negeri lain.
“Kerana itu saya sanggup meninggalkan kerusi yang selamat sebelum ini Parlimen Kubang Kerian untuk berpindah ke Johor demi untuk masyarakat negeri ini yang lebih baik,”ujarnya.
Turut hadir dalam majlis berkenaan, Ketua Penerangan PAS Johor, Haji Ghazali Ayob dan Pengerusi DAP negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau.
Nama calon BN diketahui esok
14 April 2013
Dato' Seri Najib Tun Razak
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan ketika dihubungi Sinar Harian Online petang ini.
Surat jemputan liputan yang dikeluarkan juga mengesahkan Majlis Penyerahan Surat Tauliah BN akan diadakan esok. Ia akan berlangsung di Menara Dato' Onn jam 11 pagi.
Sinar Harian Online difahamkan Najib, selaku Pengerusi BN dan Presiden Umno, akan meneruskan tradisi di mana pengumuman calon akan dibuat oleh pengerusi negeri masing-masing.
Ahmad berkata, pemimpin BN setiap negeri akan menghadiri pertemuan esok, yang dijangka akan turut disertai pemimpin parti komponen perikatan itu.
"Calon boleh menang yang terbaik terpilih," kata Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan Umno ketika mengulas soalan mengenai surat jemputan media yang telah dikeluarkan oleh Setiausaha Kerja BN.
Beberapa calon berpotensi yang dihubungi Sinar Harian Online berkata pihaknya tidak menerima sebarang panggilan setakat 6 petang tadi.
"Kemungkinan pagi esok akan dihubungi jika terpilih sebagai calon," kata seorang pemimpin tertinggi parti komponen BN.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah menetapkan 20 April ini sebagai hari penamaan calon manakala 5 Mei sebagai hari mengundi.
Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun menjadi rebutan pilihan raya umum kali ini.
Sementara dipetik Bernama, Ahmad berkata, pengerusi BN negeri akan pulang ke negeri masing-masing untuk mengumumkan calon-calon PRU13 BN bagi kerusi Dun dan Parlimen.
"Kebanyakan negeri dijangka membuat pengumuman esok dan Selasa ini, dan itu semua terpulang kepada mereka (pengerusi-pengerusi negeri)," katanya.
Parti-parti komponen Pakatan Rakyat, yang dijangka akan memberi saingan sengit kepada BN kali ini sudah mengumumkan senarai calon berperingkat-peringkat sejak seminggu lalu.
Najib yang menerajui BN sejak April 2009 dilihat mengambil pendekatan mengumumkan calon seminggu sebelum penamaan calon bagi membolehkan rakyat menerima dan pada masa yang sama mengelakkan unsur sabotaj.
Sementara itu di KOTA BAHARU, Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pengumuman calon BN negeri itu akan diumumkan selepas mendapat lampu hijau daripada Najib.
"Kemungkinan esok muktamad (senarai calon)," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media BN Kelantan di sini hari ini.
Beliau berkata BN Kelantan telah mengemukakan cadangan calon yang terdiri daripada muka lama dan baharu, tokoh agama, Pemuda dan Wanita, dan senarai itu telah mendapat pandangan daripada semua pihak, termasuk perbincangan dengan ketua-ketua Umno bahagian masing-masing.
Beliau berharap mereka yang tidak dicalonkan, tidak merajuk dan mengkhianati parti itu seperti mensabotajnya dengan "cah keting."
"Kalau merajuk sekali pun fikirlah yang kita perlu kembali untuk bekerja demi untuk merampas Kelantan daripada Pas dan untuk masa depan rakyat yang perlukan pembelaan kita," katanya.
Bekas MB bakal sertai Pas dari utara?
14 April 2013
Salahuddin Ayub
Salahuddin berkata, bekas menteri besar itu sendiri menghubungi beliau dan menyatakan hasrat tersebut.
"Saya mengesahkan salah seorang bekas menteri besar akan menyertai Pas.
"Beliau sendiri menelefon saya pagi ini dan memberitahu hasrat itu dan akan menyatakan hasrat itu kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.
Menurut Salahuddin, bekas menteri besar itu akan mengisytiharkan perkara tersebut kepada umum dalam masa terdekat.
"Beliau sendiri akan mengumumkan kemasukan ke dalam Pas dalam masa terdekat ini," katanya.
Harakahdaily difahamkan, bekas menteri besar berkenaan adalah dari negeri utara Semenanjung.
Beliau berbuat demikian kerana kesal dengan perebutan, cantas-mencantas dan perpecahan teruk yang sedang berlaku dalam Umno sekarang.
Kelmarin, Sinar Harian membawa laporan seorang bekas menteri besar akan menyertai parti itu.
Laporan itu berkata kemungkinan pemimpin itu dari Selangor atau Perak.
Bicara Ini Demi Ilahi: 'Pesanan Nik Aziz buat semua'
14 April 2013
Bicara Cinta Nik Aziz
Demikian nukilan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam bukunya berjudul Bicara Ini Demi Ilahi yang akan dilancarkan pagi esok.
Beliau seterusnya menulis: "Isteri saya tidak merungut walaupun jam tika itu sudah menunjukkan pukul 3 pagi."
"Sebaik meletakkan kepala di ribanya, saya dapat rasakan segala keserabutan hilang begitu sahaja," kata Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas.
Pena beliau juga menulis, "tidak terluah dengan kata-kata rasa syukur ini kerana dianugerahkan dengan isteri sepertinya sejak perkahwinan kami pada 20 November 1962."
Nik Aziz juga berkata, beliau bersyukur kerana dianugerahkan seorang isteri dan anak-anak yang sentiasa menyokong apa jua usaha beliau lakukan.
"Isteri yang sentiasa sabar dan memahami walaupun urusan saya terlalu padat," katanya yang mengetuai kerajaan negeri Kelantan sejak 1990.
Buku ini akan dilancarkan sempena program Bicara Cinta Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Auditorium Kompleks Media Karangkraf di sini jam 10.30 pagi esok.
Nik Aziz yang lahir pada tahun 1931 berkata, beliau bersyukur kerana ALLAH masih memanjangkan usianya.
"Doa aya, moga usia yang masih ada ini dapat digunakan sebaik-baiknya untuk memperjuangkan agama ALLAH dan sentiasa dalam ketaatan kepada-NYA.
"Inilah pesanan saya buat semua. Marilah kita gunakan usia yang masih berbaki ini untuk mentaati-NYA. Usia kita ini tidak lama.
"Sekejab sahaja. Setiap hari, kita semua sedang dalam perjalanan menuju untuk bertemu ILAHI," katanya.
Dalam bukunya, Nik Aziz juga menurunkan pesan kepada kaum bapa dan ibu.
"Justeru, suka saya berpesan kepada semua khususnya buat lelaki bernama suami. Bertanggungjawablah dalam memikul peranan sebagai seorang suami," katanya.
Kata Nik Aziz: "Anak-anak adalah tanggungjawab kita. Jika bukan kita yang membentuk, membimbing, mengajar dan mendidik mereka, siapa lagi?"
"Bagi isteri pula, bersabarlah dalam menghadapi kerenah suami. Siapa pun mereka, mereka tetap suami kita.
"Sekiranya suami marah-marah, isteri perlu bersabar dan berdiam diri agar sengketa tidak berpanjangan.
"Kebahagian adalah segala-galanya. Kebahagian adalah harta yang tidak boleh dijual beli," katanya lagi.
Buku Bicara Ini Demi Ilahi diterbitkan oleh Grup Buku Kumpulan Media Karangkraf.
Pengurus Besarnya, Sri Diah Shaharuddin berkata, buku ini adalah hasil koleksi ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh Nik Nik Aziz.
"Karya ini merupakan himpunan kata-kata motivasi, kata-kata perjuangan yang dilafazkan oleh Tuan Guru, ia akan memberi gambaran jelas mengenai hubungan manusia dengan si pencipta-Nya," katanya.
"... antara pengisian karya ini adalah tentang akhlak orang Islam mengikut lunas-lunas Islam, perjuangan Islam yang sebenar, peranan seorang khalifah yang merujuk kepada kaum lelaki iaitu bagaimana seorang lelaki itu mendidik anak dan isteri ke arah kebaikan sepertimana yang dianjurkan oleh Islam, tentang ukhuwah iaitu hubungan antara masyarakat dan jiran tetangga," katanya lagi.
Menurut Sri Diah, sasaran awal pelancaran buku ini adalah ketika Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tetapi ia berjaya dikeluarkan lebih awal.
"Pada hari pelancaran buku ini nanti, akan ada perkongsian ilmu bersama Tuan Guru, kepada sesiapa yang kelapangan dijemput hadir," katanya.
Di peringkat awal sebanyak 5,000 naskhah akan diedarkan susulan tempahan diterima. Ia akan dijual RM19.90 senaskhah.
"... saranan saya buku ini patut dimiliki oleh semua orang terutama mereka yang ingin mencari jalan menjadi mukmin sejati sepertimana mengikut lunas-lunas Islam," kata beliau lagi.
Katanya, "buku ini sesuai untuk semua golongan lelaki, mahupun perempuan sebagai isteri, pelajar dan masyarakat."
"...kita ketepikan ideologi politik, kita ketepikan perbezaan fahaman, buku ini lebih kepada nasihat seorang ayah kepada anaknya,ingat ianya bukan buku politik tetapi ianya kompilasi ceramah dan kata-kata nasihat Tuan Guru," kata beliau.
Program Bicara Cinta Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berlangsung mulai jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari esok.
Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti program ini, yang dianjurkan bersama oleh Sinar Harian dan Sinar Harian Online, boleh menghubungi Laila (019-3310211), Ida Aziz (019-6222874), Rini (019-3371066 atau 019-2808492 (Fazli).
PRU13: Cuepacs minta cuti 5 dan 6 Mei
14 April 2013
$entry.content.caption.value
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata pemberian cuti itu penting untuk menggalakkan lebih ramai penjawat awam terutama yang bekerja di bandar, pulang ke kampung atau kawasan mengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka.
Walaupun hari mengundi pada 5 Mei adalah hari Ahad, tetapi ada beberapa negeri yang merupakan hari bekerja pada hari tersebut, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Kongres Cuepacs di sini, hari ini.
"6 Mei, yang jatuh pada hari Isnin, Cuepacs minta agar penjawat awam ini diberi cuti supaya mereka tidak terburu-buru untuk balik ke tempat kerja terutama bagi yang bekerja mengikut syif.
"Bayangkan, kalau penjawat awam itu bekerja di Kuala Lumpur dan mengundi di Kelantan mungkin susah atau mungkin ada yang terpaksa ambil cuti sendiri," katanya.
Omar juga turut mencadangkan kepada JPA untuk membenarkan penjawat awam mengeluarkan 20 peratus daripada jumlah ganjaran perkhidmatan masing-masing pada usia 50 tahun.
Pengeluaran itu bagi membolehkan kira-kira 1.4 juta penjawat awam menampung perbelanjaan mereka atau menggunakan wang berkenaan untuk menyelesaikan sebarang pinjaman kewangan sebelum berpencen, katanya.
Menyentuh mengenai sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei ini, beliau berkata Cuepacs akan mengadakannya di Negeri Sembilan dengan tema "Cuepacs Pejuang Kebajikan Pekerja." - Bernama
Politik dulu, kini amat berbeza
14 April 2013
Md Ariffin sering membaca surat khabar dan saluran media lain untuk mengetahui maklumat terkini terutama mengenai PRU13.
Pesara kerajaan, Md Ariffin Othman, 68, dari Kampung Simpang Empat, Chendering, sedikit kesal dengan sikap parti politik sekarang yang tidak boleh bersatu seperti yang pernah dialaminya lebih 40 tahun lalu ketika musim pilihan raya.
“Kalau dibandingkan, memang pakcik suka suasana mengundi pada zaman dahulu kerana orang ramai dapat bersatu, malah boleh berkongsi lokasi ceramah.
“Dahulu, Padang Maziah adalah lokasi utama calon masing-masing memperkenalkan diri dan masa itu, ceramah yang disampaikan tidak menyentuh langsung perkara mengaibkan orang, apatah lagi kutuk-mengutuk seperti yang berlaku hari ini,” kata bapa empat anak ini kepada Sinar Harian.
Menurut Md Ariffin yang pertama kali membuang undi pada 1969, dia sendiri tidak dapat meneka parti pilihan rakan-rakannya sehinggalah pada hari mengundi.
“Ini kerana semua penduduk bersepakat menghadiri ceramah disampaikan, sama ada daripada parti Pas, Negara mahupun Kapal Layar (Perikatan).
“Kami sama-sama menaiki kenderaan ke lokasi ceramah dan ketika mendengar syarahan calon, masing-masing menilai sendiri calon mana yang mahu dipilih tanpa sebarang provokasi atau berlaku kes pukul dan sebagainya,” ceritanya.
Keadaan itu sangat berbeza jika mahu dibandingkan pilihan raya sekarang yang kebanyakannya berpuak-puak malah tidak mampu disatukan walaupun bukan pada musim mengundi.
Ditambah pula, samseng-samseng parti dan usaha menghalang pengundi membuang undi dan sebagainya yang tidak dapat dilihat pada zaman dahulu walaupun terdapat parti yang menentang kerajaan.
Namun katanya, walaupun pilihan raya terdahulu lebih menggembirakannya tetapi pada PRU13 kali ini, dia sangat teruja untuk mengetahui kesudahan pilihan raya itu nanti kerana pelbagai isu dan perkara berbangkit dibincangkan parti masing-masing termasuk video, gambar, manifesto dan sebagainya.
“Saya terlebih teruja untuk melihat bagaimana pilihan raya kali ini kerana banyak perkara berlaku daripada pelbagai sudut termasuk calon dan pengundi itu sendiri,” katanya.
SU Politik PM sedia cabar Mahfuz jika dicalon
14 April 2013
Sahlan (dua, kanan) dan Dr Cheah Soon Hai (kanan) meninjau gerai buah-buahan semalam.
Sahlan diuar-uarkan bakal calon di Parlimen Pokok Sena, menggantikan Datuk Abdul Rahman Ibrahim, yang tewas kepada calon Pas, Datuk Mahfuz Omar pada PRU12.
Anak jati Pokok Sena ini bagaimanapun tidak menolak jika diberi mandat oleh pucuk pimpinan untuk merampas kembali Parlimen Pokok Sena yang sebelum ini milik Barisan Nasional (BN).
Ketika ditanya sama ada bersedia memikul amanah itu, Sahlan berkata, akan akur apa jua keputusan termasuk jika diarahkan bertanding di Pokok Sena.
“Sama ada jadi calon atau tidak, itu bukan kami tentukan, itu hak Perdana Menteri. Buat masa ini saya diarahkan supaya membantu kerja pilihan raya di kawasan ini bagi pastikan rakyat kembali sokong BN,” katanya.
Menurutnya, tugas utamanya adalah menambah majoriti kerusi BN di Kedah dengan memastikan Pokok Sena termasuk Dun Bukit Lada dan Bukit Pinang menjadi milik parti itu.
“Persoalan siapa calon tidak timbul, kita tunggu sahaja pengumuman Perdana Menteri,” katanya.
Mengulas sama ada bersedia berdepan dengan Mahfuz, Naib Presiden Pas, Sahlan menyifatkan ia bukan masalah besar kepada mana-mana calon Umno.
“Sesiapa yang bertanding di Pokok Sena, saya percaya akan ada petanda positif. Apa yang dibuat oleh perdana menteri telah memberi
gambaran positif kepada rakyat, calon hanya perlu tingkatkan gerak kerja,” katanya optimis mahu gempur kubu kuat Pas itu.
Sahlan turut menyifatkan persepsi bahawa Pokok Sena adalah kubu kuat Pas hanya pada 2008, dan ia pasti berbeza pada 2013.
“Saya percaya dalam tempoh itu, sudah banyak pembaharuan dibuat oleh kerajaan pusat. Rakyat Malaysia tahu berterima kasih kepada kerajaan dan tahu menilai mana satu batu dan permata. Keharmonian kaum juga komitmen kerajaan BN untuk pastikan negara aman, itu yang rakyat mahu,” katanya.
Terdahulu, Sahlan bersama penyandang kerusi Dun Derga, Dr Cheah Soon Hai yang juga Pengerusi Gerakan Kedah, mengadakan ‘walkabout’ di Pasar Koboi Teluk Wan Jah untuk meninjau projek pembinaan pasar baru bernilai RM7.5 juta, yang dijangka siap dalam tempoh 10 bulan.
Projek menaik taraf pasar ini adalah peruntukan kerajaan pusat yang disalurkan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan