Ahad, 14 April 2013

LAWAK SAJA....SEBAB SEDAR DAH TUA 55 TAHUN...TU PILIH RUMAH ORANG2 TUA

Facebook PALSU “Mustafa Ali” Paparkan Klip Video, Pengakuan
Posted on Sunday, April 14 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Afix Redzuan

SHAH ALAM, 13 APR: Satu akaun peribadi laman sosial Facebook dengan menggunakan nama ‘Mustafa Ali’ ditemui dan turut memaparkan pautan sebuah klip video aksi seks dengan tajuk ‘Memang Betul Ini Saya’.

Lebih mengejutkan, laman akaun ini baru sahaja diwujudkan sekitar 10 jam lalu selain memaparkan status semasa yang menyatakan ‘Mustafa Ali’ adalah individu di dalam klip video berkenaan.



“Saya akui yang saya merupakan pelaku dalam klip video tersebut dan kejadian tersebut berlaku dua tahun yang lepas dan saya ingin tegaskan, perlakuan saya tidak menggambarkan perjuangan PAS kerana ia adalah kesilapan peribadi saya,” memetik status semasa yang dinaikkan sekitar 10 jam lalu.

Akaun berkenaan didakwa mempunyai ‘motif politik’ bertujuan memburukkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kerana dikaitkan sebagai individu di dalam klip video seks berdurasi 11 minit 27 saat yang dinaikkan dua jam lepas.

Laman akaun berkenaan boleh diakses pada pautan https://www.facebook.com/profile.php?id=100005696323534 fb palsu mustafa ali 01



Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, Pas menyatakan sokongan penuh kepada Mustafa menghadapi serangan politik seperti mana yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bagi pihak PAS kita tidak mahu terganggu dengan cubaan-cubaan musuh mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu yang sengaja diwujudkan dengan pelbagai fitnah menjijikan.

“Dalam mood rakyat ingin membawa perubahan dama Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ganguan sebegini akan muncul. Saya yakin pelbagai Facebook ciplak direka akan sentiasa wujud,” katanya kepada TV Selangor.

Beliau turut mengingatkan para petugas parti agar terus melakukan tugasan dalam usaha memenangi PRU-13.

Dalam pada itu, memetik laporan portal Malaysiakini dan Bernama hari ini, Mustafa mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanahair.



Ketika berucap di satu majlis di markas PAS Kampung Molek di Dungun malam semalam, beliau berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.

“Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah… saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno,” katanya.

Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas penyebaran gambar dan video seks tersebut.

Sumber: selangorku.com


  Najib Tak Reti Bezakan Tugas Kerajaan Dengan Parti!
Posted on Sunday, April 14 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Greenboc



Dalam Buletin Utama TV3 malam Ahad (& gambar dari Bernama di atas -GB), jelas sekali Najib Razak semasa turun ke Sabah, merasmikan program kerajaan berkaitan isu Lahad Datu, ESSCOM, memakai topi berlambangkan dacing BN, dan paparan kamera memberikan fokus kepada topi itu.

Najib diiringi Ketua Polis Negara dan juga Jeneral Tentera (PAT), selain empat menteri, Hishammuddin, Zahid, Musa Aman dan Shafie Apdal. Makin menjolok mata berkempen atas platform kerajaan ....

-fb Ahmad Lutfi Othman

Ulasan GB


Inilah tahap pemimpin UMNO BN.

Lansung tidak memperlihatkan pengetahuan dan hormatnya mereka terhadap perbezaan diantara kerajaan dan parti.

Menggunakan wang rakyat sesuka hato untuk kepentingan parti.

Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya dimana mereka akan dihumban keluar dari Putrajaya kerana pencabulan konsep kerajaan dengan perbelanjaan parti menggunakan wang rakyat tersebut.

Sumber


DAP bidas Mahathir keluar kenyataan ‘bodoh’ takutkan rakyat Malaysia
Posted on Sunday, April 14 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Roketkini

KUALA LUMPUR, 12 APR: Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan kemenangan DAP di Gelang Patah akan menyebabkan konfrontasi kaum adalah berbahaya, lapuk dan tidak waras.

Senator Dr Ariffin Omar berkata ketika diminta mengulas kenyataan tidak bertanggungjawab Dr Mahathir itu dalam blognya hari ini dan dipetik media.

Dr Mahathir dengan sewenang-wenangnya mendakwa kemenangan Lim Kit Siang “akan membawa konflik dan permusuhan antara kaum, untuk menimbulkan sentimen benci di kalangan orang Cina ke atas orang Melayu,”

Kata Dr Ariffin, rakyat Malaysia sudah mula sedar bahawa UMNO sememangnya sebuah parti perkauman, tidak jujur dan menggunakan taktik menakut-nakutkan rakyat dengan momokan kaum demi kepentingan politik mereka.

“Kalau dia (Mahathir) nak sokong UMNO, sokonglah. Tak siapa pun akan peduli. Ini negara demokrasi. Tapi jangan buat kenyataan ‘nyanyuk’ seperti ini untuk takutkan orang ramai.

“DAP, kita memang berdiri atas prinsip perpaduan kaum. Lim Kit Siang bukan manusia bodoh nak timbulkan kekacauan kaum sebab daripada sudut politik, dia pun perlukan undi Melayu,” jelas beliau.

Dr Ariffin berkata, kenyataan Dr Mahathir seperti yang dilaporkan media sebelum ini bakal memerangkap UMNO sendiri di Johor khususnya.

“Kalau UMNO nak letak calon mereka ganti calon MCA di Gelang Patah, mereka juga perlukan sokongan dan undi orang Cina,” katanya.

Sehingga kini, jentera kempen DAP di Johor terutamanya di Gelang Patah tidak berhadapan dengan masalah malah menerima sambutan baik masyarakat setempat dalam setiap program anjuran DAP atau anjuran bersama Pakatan Rakyat (PR).


Sumber: Roketkini.com

 


 Air: Pakatan percuma untuk rakyat, BN ‘percuma’ untuk S’pura
Posted on Sunday, April 14 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Aliff Fikri

JOHOR 14 APRIL: Perjanjian pembekalan air antara Johor dan Singapura membuktikan Umno tidak bijak mengurus bahan mentah itu berbanding Pakatan Rakyat, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

“Ingat perjanjian air Johor-Singapura? Johor jual kepada Singapura dengan harga 3 sen setiap 1,000 liter. Singapura proses, rawat kemudian jual balik pada harga 50 sen Dollar Singapore.

“Perjanjian itu berkuat kuasa hingga 2061. Inilah perjanjian yang cukup unik hasil dari ‘kepandaian’ Umno BN memerintah,” katanya, sinis pada pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Johor malam tadi.

Sebaliknya, Setiausaha Agung KEADILAN itu berkata, Pakatan jauh lebih bijak mengurus air hingga mampu memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat.

“Tawaran 15 perkara dalam manifesto Johor,  sebahagiannya diaplikasi dari pengalaman  memerintah beberapa negeri. Contohnya, air percuma,” kata beliau.

Mengulas lanjut, Saifuddin percaya hanya Pakatan mampu mengurus kewangan dengan baik dan amanah, malah sudah membuktikanya.

“Ambil alih Selangor dari Umno BN aset keuntungan akhir Mac 2008 ialah RM600 juta. Lima tahun perintah, ia berjumlah RM2.6 bilion. Peningkatan RM2 bilion.

“Kelantan pula diiktiraf negeri bebas rasuah. Selama 22 tahun perintah tiada seorangpun pimpinan diheret ke mahkamah kerana rasuah,” katanya.

Beliau berkata, ia hasil sikap amanah dan prinsip pimpinan yang mahu rakyat memperoleh nikmat, bukan engejar kepentingan tertentu.

“Urus kewangan ibarat kawal edaran darah ke tubuh manusia. Jika ia terkepung atau luka dan tak dirawat segera, darah keluar banyak menyebabkan tubuh jadi lemah.

“Begitulah jika kewangan jika tak diurus dengan berhemah – membazir, bocor dan rasuah, pengurusannya jadi rosak,” kata calon Parlimen Bandar Baharu Kulim itu.

(FZL)

Sumber


 Anak Muda "TOLAK" Berkumpul Depan Stadium Runtuh Gong Badak, Kuala Ter
Posted on Sunday, April 14 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Omak Kau!!!

Anak Muda "TOLAK" Berkumpul Depan Stadium Runtuh Gong Badak, Kuala Terengganu Untuk TOLAK Dan Runtuhkan UMNO/BN Pada Pru 13 Nanti!!!!!

Sebagai tanda simbolik, anak-anak muda dari kumpulan TOLAK telah berhimpun pagi ini didepan Stadium Sultan Mizan, Gong Badak Kuala Terengganu yang runtuh tidak sampai setahun siap dibina, dan masih belum dibaik pulih, sebagai azam dan penyumbang semangat mau tolak dan meruntuhkan kerajaan zalim, korup UMNO/BN Terengganu pimpinan Ahmad Said.

Sambutan diberikan amatlah memberangsangkan sekali.







Sumber: omakkau.blogspot.com

 Menifesto Pakatan Rakyat Johor Disambut Tepukan Gemuruh Rakyat
Posted on Sunday, April 14 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Nusajaya Kini

JOHOR BAHRU - Majlis Pelancaran Menifesto Pakatan Rakyat Johor berlangsung dengan kehadiran luar jangka apabila ratusan rakyat Johor membanjiri Dewan Ballroom Hotel New York, Johor Bahru hari ini.

Majlis dihadiri oleh beberapa personaliti penting Pakatan Rakyat ini yang antaranya ialah Mursyidul Am, Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Dato’ Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor, Dato’ Saifudin Nasution dan mantan ahli parlimen Ipoh Timur.

Beberapa janji yang mengutamakan kebajikan dan keutamaan rakyat dibentangkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Menurut mantan ahli parlimen Kubang Kerian, Saudara Salahuddin Ayub, Menifesto Rakyat Johor yang dibentangkan hari ini jelas membuktikan bahawa pimpinan Pakatan Rakyat Johor benar-benar mengutamakan kepentingan rakyat Johor.

Antara yang disenaraikan dalam menifesto rakyat Johor adalah berkenaan pemberian kontrak secara terbuka, menghadkan pemerintahan menteri besar kepada dua penggal, membasmi rasuah dan ketirisan, mengkaji semula polisi penswastaan yang merugikan rakyat, 10 meter padu air percuma, kurangkan kadar cukai tanah dan kurangkan kadar cukai harta.

Selain itu, menifesto rakyat Johor ini juga mengemukakan bantuan RM1000 untuk kelahiran anak, gaji minimum RM1100 dan mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Johor.

"Kita yakin bahawa menifesto rakyat Johor yang diutarakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat Johor mampu untuk meyakinkan seluruh warga Johor untuk memenagkan semua calon-calon Pakatan Rakyat yang bertanding dalam PRU-13 5 Mei ini," jelas belliau.

Sumber: www.nusajayakini.com



UMNO cabul Rumah Orang Tua jadi Bilik Gerakan
Posted on Sunday, April 14 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Muhammad Nuruddin



Rumah Orang-Orang Tua Islam Seri Payung di Kampung Ara Payung Batu Gajah pun dicabul UMNO Batu Gajah apabila dijadikan Bilik Gerakan UMNO.





UMNO Parti miskin tanpa maruah bukan sekadar merempat di Dewan Orang Ramai, malah Rumah Orang Tua-Tua juga mereka ingin menempel.

Jika dibenarkan Masjid dan tandas masjid juga ingin diguna UMNO yang mengaku Parti serba ada.

Selepas penamaan calon, operasi menghalau mereka keluar dari premis bukan parti perlu dilakukan.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat

Sumber: landskapsiasah.blogspot.com



SMK Pedas di DUN Chembong, apa sudah jadi?
Posted on Sunday, April 14 @ 01:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"Rembau 13 April 2013 – Wartawan RHI (Rembau Hari Ini) berkesempatan turun padang bersama Rozmal bin Malakan, Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau bagi meninjau beberapa permasalahan dan isu semasa di DUN Chembong dalam Parlimen Rembau.

Lokasi pertama yang dilawati ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Pedas berhadapan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas. Menurut penduduk setempat, sekolah ini telah lama siap namun masih tidak dapat digunakan. Tinjauan RHI mendapati memang benar sekolah ini telah siap, namun pagarnya berkunci dan semak samun telah mula tumbuh. Menurut Rozmal , di DUN Chembong sejak dahulu lagi hanya ada dua buah sekolah menengah kebangsaan harian, iaitu SMK Dato Sedia Raja dan SMK Undang Rembau.

Kini sekolah ini telah sesak, terutamanya SMK Dato Sedia Raja, ini terbukti apabila setiap pagi hari persekolahan lalulintas di kawasan sekolah ini mengalami kesesakan yang luar biasa di jalan utama Seremban-Rembau. Taman perumahan di DUN Chembong semakin banyak termasuk di Pedas. Oleh itu Kementerian Pelajaran perlu memberi penjelasan kenapa SMK Pedas ini masih tidak boleh digunakan walaupun telah siap.

Menurut Rozmal, beliau akan berbincang dengan calon PAS DUN Chembong, Hj Kamarol Ridzuan Mohd Zain untuk beliau membuat tindakan susulan akan beberapa isu di DUN Chembong.

Seterusnya RHI melawat ke tapak Masjid Baru Kariah Kundor Ulu di Pedas. Papan tanda yang usang dengan kawasan yang sudah menjadi hutan ini menjadi tanda tanya apakah tapak ini akan dibangunkan sebagai Masjid Baru Kariah Kundor Ulu.

Kemudian Rozmal membawa RHI ke tapak projek Hospital Rembau. Menurut Rozmal walaupun fasa 1 kerja tanah projek ini telah siap, namun fasa 2 membina bangunan hospital hanya akan dimulakan dalam tempoh 3 tahun selepas tender ditutup.

Terdapat beberapa persoalan besar mengenai tapak hospital Rembau ini menurut Rozmal. Yang pertama ialah tanah ini ditawarkan oleh PKNNS dengan harga yang begitu tinggi iaitu pada kadar RM22 sekaki sekitar RM1 juta seekar, sedangkan tanah adat berhampiran yang terlibat dalam projek pembangunan kerajaan hanya diberi pampasan pada kadar RM1.20 sekaki atau sekitar RM50,000 seekar.

Yang keduanya ialah tapak hospital ini adalah merupakan tanah industri. Apabila tanah industri ini dijadikan tapak hospital, maka ini akan menyekat pelabur baru atau pelabur sedia ada untuk mengembangkan perusahaan mereka di sini, seterusnya menyekat peluang pekerjaan untuk anak Rembau.

Yang ketiganya, tapak hospital ini yang didirikan atas tapak tanah industri menyebabkan ianya berjiran dengan beberapa industri yang amat berhampiran. Rozmal mempersoalkan adakah Kementerian Kesihatan telah melakukan kajian akan tahap kesihatan dan tahap pencemaran di kawasan ini samada sesuai untuk didirikan hospital.

Lokasi seterusnya ialah Sekolah Menengah Agama Rembau di pekan Rembau. Walaupun sekolah ini ditubuhkan sejak tahun 1959 lagi, namun sekolah ini tiada padang sekolah atau lain-lain kemudahan sukan yang sempurna seperti dewan, gelanggang futsal dan sebagainya walaupun terdapat tanah lapang yang berjiran dengan sekolah ini.

Lawatan ke Sekolah Menengah Agama Rembau ini dikejutkan apabila pagar sekolah ini dipasang bendera Barisan Nasional.

Seterusnya RHI ke Kg Seberang Batu Hampar, kawasan yang dikatakan akan dibangunkan projek landasan kapalterbang ringan seperti mana yang dimaklumkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan pada ketika itu pada tahun 2008.

Akhir sekali RHI pergi ke lokasi yang dilaporkan terdapat kemalangan akibat buluh bendera di jalan utama Seremban-Rembau berhampiran Medan Selera Chembong. Maklumat lanjut kemalangan tersebut belum dapat disahkan, namun tinjauan mendapati beberapa bendera di pembahagi jalan telah tiada hanya terdapat beberapa tapak tiang bendera yang tinggal.

Rozmal mengatakan calon PAS DUN Chembong , Hj Kamarol akan turut mengetengahkan beberapa isu yang berbangkit di kawasan ini ke peringkat negeri dan pusat.

Gambar-gambar penuh lawatan RHI tersebut di rembau-hari-ini.blogspot.com

"

Tiada ulasan: