Posted on Tuesday, April 09 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber mediarakyat
Abdullah Saamah kata, NIk ini Umat Syaitan
Posted on Tuesday, April 09 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: mohdnoorawang
"
Malah Abdullah Saamahdalam bengkel tiga hari membuat kenyataan "Nik Aziz takbur,taksub. Orang macam ini bukan umat Nabi Muhammad, ini umat syaitan. Bengkel tiga hari itu berhimpun ulama ulama pondok yang diketuai oleh seorang yang bernama Harun. (inti pati berita diamnil dari utusan).
Kerana habuan dunia yang sementara terlalu ramau ilimuan ugama dan cerdik pandai ugama Islam ada yang begelar doktor sanggup menjual ugma keran wang dan pangkat.."
PRU13: Mohamad Sabu di Pendang, Husam di Putrajaya
Posted on Tuesday, April 09 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber HarakahDaily
KUALA LUMPUR: PAS
hari ini mengumumkan Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu akan
bertanding di Parlimen Pendang, manakala Naib Presiden Datuk Husam Musa
di Putrajaya.
KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengumumkan Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang, manakala Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya.
Selain itu, dua lagi Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub masing-masing akan bertanding di Parlimen Pokok Sena, Kedah dan Pulai, Johor.

"Saya sendiri saya tak boleh umum, biar negeri yang umum," katanya dalam nada berseloroh.
Ketika ditanya tentang kerusi yang akan ditandingi Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Tuan Guru Abdul Hadi dalam nada bergurau berkata "dia bertanding seluruh Malaysia".
Mohamad Sabu kemudian mencelah dengan mengumumkan bahawa presiden PAS itu akan mempertahankan Parlimen Marang yang diwakilinya.
Pada sidang media sama, Kerabat Diraja Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad turut diumum sebagai calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pula di Larut, Perak.
Selain itu, Wan Aishah Wan Arifin juga turut diumum sebagai calon bagi Parlimen Jempol Negeri Sembilan.

PRU13: Calon Pas Diumum Hari ini

Husam Musa Tanding P.125 Putrajaya,
Posted on Tuesday, April 09 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: mohdnoorawang
"
PAS
bakal mencipta sejarah dan terpahat dalam sejarah demokrasi
perlembagaan. Pilihanraya umum ke-13 mengesahkan Datuk Paduka Husam Musa
bertanding kerusi parlimen P.125 Putrajaya.Syabas anak kelahiran Kelantan dan anak didik Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat sanggup berhjrah diluar Kelantan dengan seribu resiko dan dugaan. Keruis P125 Putrajaya tidak asing bagi PAS.
Pilihanraya umum ke-12 2008, calun PAS Muhammad Noor bin Mohammad hanya mendapat 1,304 undi dan calun Barisan Nasional (BN) Tengku Adanam bin Tengku Mansor mendapat 4,038 undi. Barisan Nasional (BN) mendapat majoriti 2,734 undi.
Kerusi P125 sekarang disendang oleh BN, Tengku Adnan bin Tengku Mansor. Tahun 2013 mengkin berlaku perubahan besar penduduk dan pengundi P125, Putrajaya dengan kapasiti penduduk seramai yang berdafyar dengan SPR seramai 6.608 orang pengundi.
Husan Musa berdepan dengan pengundi 6,608 orang, rata rata pengundi hampir 89% adalah kakitangan kerajaan Malaysia. Sanggupkah kakitangan kerjaan memberi undi kepada PAS atau Husan Musapilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan bulan April 2013. atau bulan MEI 2013.
Cabaran yang paling getir kakitangan kerajaan untuk atau sanggupkah pengundi Putrajaya memberi undi kepada PAS?. Husan Musa memerlukan 3000 pengundi untuk menang kerusi P125 Putrajaya.
Jika pengundi P`125 bijak dan celik berpolitkseharusnya pengundi memberi undi kepada Husan Musa. Jika jawapan sebaliknya, ini bermakna kakitangan kerajaan tidak peka dan ambil peduli apa yang berlaku dalam politik Malaysia.
Rakyat Malaysia akan menunggu keputusan PRU13 terutama kerusi P125, Putrajaya penuh debaran. Peluang untuk PAS menang cukup terbuka luas. Dan majoriti pengundi kerusi P125 adalah bangsa Melayu. Inilah salah satu punca Husan Musa dibelit jawpan kekalahan.
Apa pun syabas pada PAS dan khasnya Husan Musa sanggup berhijrah demi mempertahankan maruah dan bangsa Melayu dan politik. Namun Husan Musa akan kekal bertanding DUN Kelantan PRU13."
Manifesto: Kata akan bankrap, ciplak pula
Posted on Tuesday, April 09 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Sumber Harakahdaily
KUALA LUMPUR:
Sejak Pakatan Rakyat melancarkan manifestonya pada 25 Februari 2013,
para pemimpin Umno-BN telah menyerang bahawa tawaran Pakatan Rakyat akan
menyebabkan negara muflis.Tapi, Sabtu lepas, BN melancarkan manifesto yang hampir sama dengan apa yang ditawarkan Pakatan Rakyat.
Rakyat, terutamanya anak-anak muda dan warga internet terus menuduh BN menciplak manifesto PR dengan hanya mengubah ayat-ayat supaya tidak kelihatan sama.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan.
Ia termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya di Sabah dan Sarawak.
Ketua Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pula berkata 22 perkara dalam manifesto PR diceduk BN.
Media antarabangsa Bloomberg juga memandang perkara ini dalam sudut yang sama.
“Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Blomberg.
Jadi apakah hikmah di sebalik semua ini.
Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, semua ini menunjukkan bahawa janji-janji PR sememangnya boleh dilaksanakan tanpa memufliskan negara sebagaimana yang didakwa BN.
“Sebelum ceduk, Umno-BN kata akan bangkrapkan negara. Selepas ceduk, Umno-BN kata mampu lakukan.
"Tersiratnya ialah Umno-BN mengakui manifesto Pakatan Rakyat sememangnya boleh dilaksanakan. Betul tak?” tulis Tuan Ibrahim di Facebooknya.
Tuan Ibrahim juga menyindir dengan serangkap pantun buat BN.
Rendang ayam lauk lazat,
Terlampau banyak jadi biasa,
Mulut jangan cepat sangat,
Kerana mulut diri binasa.

LAPORAN BERKAITAN
Bloomberg juga dakwa Najib ciplak manifesto Pakatan
BN ciplak manifesto Pakatan dengan ketara
Sumber: Harakahdaily
Datuk Seri Najib Razak secara terbuka akui manifesto Pakatan Rakyat pratikal
Posted on Tuesday, April 09 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: setisab
"
Datuk Seri Najib Razak dan seluruh kepimpinan Umno BN secara langsung dan terbuka akhirnya mengakui
manifesto Pakatan Rakyat mendepani pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)
adalah satu jaringan perancangan yang amat pratikal dan boleh
dilaksanakan andai Pakatan Rakyat menang dan diberi peluang untuk
mentadbir negara selepas PRU-13.Perakuan, pengiktirafan dan penghargaan oleh Datuk Seri Najib Razak serta kepimpinan Umno BN terhadap intipati manifesto Pakatan Rakyat ini dilafaskan serentak dalam majlis perlancaran manifesto Barisan Nasional untuk PRU-13 akhir minggu lalu.
Dalam keadaan ketandusan pemimpin berilmu dan cerdik pandai dalam Umno BN, Datuk Seri Najib Razak terpaksa menciplak hampir 100 peratus intipati manifesto Pakatan Rakyat yang pada awalnya dikatakan sebagai bakal membangkrapkan negara.
Selagi Umno BN Perintah, selagi itulah khazanah rakyat diratah.. !!
Nota ringkas buat macai dan calon pru-13 PKR
Tindakan meniru dan menciplak hampir keseluruhan manifesto Pakatan Rakyat oleh Umno BN dengan sendirinya membuktikan seluruh kepimpinan Umno BN menerima, menghargai dan mengakui idealisma yang dibawa oleh Pakatan Rakyat melalui manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU-13.
Oleh yang demikian, Kerajaan Rakyat menasihatkan kepada para pemilih dalam pilihan raya umum ke-13 nanti agar memahami maksud tersirat Datuk Seri Najib Razak;
"Umno BN tidak mempunyai pakar perancang dan pentadbir negara yang berkemampuan, justeru; Rakyat harus beri peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui negara selepas PRU-13". ~ Najib Razak.Anda mungkin juga meminati: 13th general election"
Umno cuba ‘halalkan’ salah guna premis
Posted on Tuesday, April 09 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Blog Perakite Daily
IPOH: PAS
Perak mendapat maklumat bahawa Umno sedang berusaha untuk
‘menghalalkan’ penyalahgunaan premis awam seperti dewan orang ramai yang
dilakukan mereka ketika ini di seluruh negeri Perak.Pengarah Pilihanraya PAS Perak, Asmuni Awi berkata, pelbagai cara dan helah sedang dilakukan termasuklah cuba memberi tawaran sewa kepada Umno.
Katanya, tindakan tersebut adalah salah kerana bercanggah dengan sistem demokrasi dan konsep keadilan.
“Langkah untuk memanipulasi keadaan itu adalah langkah yang tidak betul.
Kalau pun ada cubaan menawarkan sewa, tawaran tersebut hendaklah dikeluarkan kepada umum termasuklah kepada pihak PAS dan Pakatan Rakyat,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini, hari ini.
Hadir sama ialah Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin dan Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss serta Safarizal Saleh.
Mengulas lanjut, beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, pihak yang bertanggungjawab terutama Setiausaha Kerajaan Negeri haruslah berani mengambil tindakan kerana ketika ini kedudukan semua parti politik adalah sama rata selepas sahaja pembubaran parlimen.
Katanya, ketika ini negeri ini dibawah kerajaan sementara dan segala perkara terletak dibawah kuasa Setiausaha Kerajaan Negeri.
Tegas Asmuni, pihaknya akan menghantar momerandum kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mendesak pihak tersebut mengambil tindakan dan mengarahkan semua premis milik masyarakat itu dikosongkan.
“Kami tidak teragak agak untuk mengambil tindakan jika tidak mengosongkan premis tersebut dalam tempoh yang ditetapkan kerana ianya jelas melanggar undang-undang,”katanya yang juga seorang peguam.
Kata Asmuni, lebih daripada 817 dewan orang ramai telah disalah gunakan, itu tidak termasuk pejabat penghulu, perpustakaan dan surau.
Tegas beliau, BN haruslah berani menggunakan premis sendiri untuk beroperasi seperti yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.
Sementara
itu, Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata,
tindakan tersebut turut bertentangan dengan kod Tataetika Pilihan Raya
yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).Beliau turut menunjukkan satu contoh tentang salah guna premis iaitu Rumah Orang-Orang Tua Islam Seri Payung di Kampung Ara Payung, Batu Gajah.
Katanya, sepanduk “Undilah Barisan Nasional” telah dinaikkan dan menutup papan tanda rumah orang-orang tua itu dan dijadikan bilik gerakan BN.
“Rumah tersebut adalah hak Jabatan Kebajikan Masyarakat namun ianya disalahgunakan oleh Umno untuk dijadikan bilik gerakan BN.
“Kami kesal dengan tindakan tersebut dan berharap pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan sewajarnya,” jelas Ustaz Nuri.
Sumber
Sebarluaskan radio hijau.fm kepada masyarakat Malaysia
Posted on Tuesday, April 09 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: elharaki
"
Pelancaran
radio internet rasmi Parti Islam SeMalaysia (PAS) iaitu radio hijau.fm
mampu meningkatkan kefahaman masyarakat melalui medium yang luas
terhadap isu-isu yang berlaku sepanjang PRU-13 agar rakyat mampu membuat
perubahan yang total dalam memastikan UMNO/BN tumbang dalam PRU-13 kali
ini.Untuk memastikan sebaran maklumat kepada masyarakat awam sampai di semua peringkat, maka tugas kita untuk menyebarluaskan hijau.fm perlu dilaksana dengan meluas agar sasaran pengundi yang mengundi PAS & Pakatan Rakyat meningkat dalam PRU-13. Antara sasaran umum yang perlu kita cakna ialah:
1. Restoran/medan selera dan sebagainya
2. Kedai runcit , mall. gedung membeli-belah dan sebagainya
3. Markaz/dewan orang ramai berkumpul
4. Cybercafe atau pusat tumpuan anak muda
5. Kawasan perumahan dan sebagainya
6. Tempat tumpuan masyarakat awam
Memandangkan ramai di kalangan kita memiliki peranti canggih seperti notebook, smartphone dan sebagainya serta mahir dalam penggunaan internet ditambah dengan sound system & speaker yang kita miliki akan memudahkan sebaran radio hijau.fm ini dilaksanakan dengan sebaik mungkin Selain itu penggunaan kB/s yang rendah iaitu sekitar 32kB/s untuk melayari radio hijau.fm hanya memerlukan kelajuan internet yang sangat rendah untuk sama-sama kita sebarluaskan maklumat sepanjang PRU-13 ini kepada masyarakat umum.
Bagi yang memiliki internet di rumah boleh berkongsi atau salurkan kepada premis yang kita sasarkan untuk sebarluaskan radio ini dan bagi pengguna broadband boleh sebarkan radio ini dimana anda berada sama ada melalui speaker kereta dan sebagainya. Maksimumkan penggunaan Internet anda sepanjang kempen PRU-13 ini untuk memenangkan PAS dan Pakatan Rakyat untuk membawa perubahan kepada rakyat Malaysia.
Link radio hijau.fm :
http://www.hijau.fm/v1/Laman_Utama.html
Software smartphone , Ipad, Tablet dan sebagainya:
TuneIn Radio (http://tunein.com/get-tunein/)
Like & Share
https://www.facebook.com/pages/El-Haraki/108823549239406?ref=hl"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan