Rabu, 10 April 2013

BUKAN SEBIJI DAH BERBIJI2...CUMA HIDAYAH TAK DE LAGI UNTUK MEMAHAMI ISLAM

Manifesto: Siapa tiru siapa?
Posted on Tuesday, April 09 @ 10:34:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh AB JALIL BACKER


TIDAK sampai 24 jam selepas dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ternyata manifesto Barisan Nasional (BN) yang bertemakan 'Menepati Janji Membawa Harapan' mendapat reaksi yang begitu hebat sekali. Mungkin ini kali pertama sejak beberapa dekad lalu, manifesto pilihan raya umum di negara ini menjadi topik perbualan utama rakyat Malaysia.

BN telah memperkenal 17 perkara yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan rakyat.

Untuk perbahasan kita boleh akui topik-topik yang diutarakan oleh manifesto PR turut disebut dalam manifesto BN. Namun idea yang sama seperti harga kereta, pemberian bantuan kepada orang miskin, sistem pendidikan, kos sara hidup adalah isu universal yang diperkatakan oleh orang ramai.
 

Harga kereta

Manifesto PR

Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.

Mewujudkan industri automotif negara yang benar-benar berdaya saing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.


Manifesto BN
Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

Kerajaan telah mengumumkan Dasar Automatif Negara yang dikaji semula pada 2009 yang antara lain menyatakan: “Adalah menjadi keutamaan kepada MITI dalam mempromosikan perdagangan antarabangsa yang bebas dan menguntungkan negara. Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Malaysia komited untuk mengurang atau menghapuskan duti import semasa secara berperingkat.” Ini bermakna kerajaan sejak 2009 telah merancang  pengurangan harga kereta secara berperingkat. Jika pengenalan Dasar Automatif Nasional 2006 dan 2009 yang diperkenal kerajaan diambil kira, maka jelas peniru sebenar ialah PR.


Dasar Perumahan

Manifesto PR
150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina pada penggal pertama pentadbiran PR.


Manifesto BN
Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA

Kerajaan mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Pada tahun 2008, SPNB berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di bawah program Rumah Mampu Milik. Malah perdana menteri telah melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad yang ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00. Manifesto BN sebenarnya kesinambungan program kerajaan sedia ada.


Kereta api laju

Manifesto PR

Memulakan langkah ke arah membina sistem kereta api laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara.

Manifesto BN
Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar

Pada 1995, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-5 telah mencadangkan pembinaan sebuah landasan kereta api yang bermula dari Singapura dan melintasi Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja hingga ke Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China. Pemimpin pelbagai negara ASEAN dan China telah menyatakan persetujuan terhadap cadangan tersebut.


Lebuh raya Sabah dan Sarawak

Manifesto PR
Memulakan pembinaan lebuh raya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat.

Manifesto BN
Membina 2,300 km Lebuhraya Pan Borneo bermula dari Sematan, Sarawak hingga ke Serudung, Sabah.

Lebuh Raya Pan Borneo telah dirancang sejak 1970-an dan sebahagiannya telah disiapkan. Akibat kemelesetan ekonomi kerajaan menangguhkan sebahagiannya. Pada Februari 2012, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan mengaktifkan semula kerja menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo yang menelan belanja RM423 juta yang diluluskan di bawah RMK-10.


Royalti Petroleum

Manifesto PR
Menaikkan royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.

Manifesto BN
Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Tidak ada janji PR untuk menaikkan royalti minyak dalam Manifesto PR (PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal). Namun jika PR membawa masuk pun dalam manifesto mereka yang telah diubah, ia tidak menjejaskan apa-apa kerana BN sejak dahulu telah menegaskan bahawa sungguhpun  bayaran royalti hanya 5% kepada negeri pengeluar minyak dan gas namun peruntukan yang mereka terima setiap tahun kadang-kadang boleh mencecah sehingga 20% daripada hasil keuntungan minyak negeri tersebut. Ini bermakna apa yang dijanji oleh BN dalam manifesto hanyalah memperkukuhkan apa yang dibuat sebelum ini secara aku janji.


Permit Teksi

Manifesto PR
Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.

Manifesto BN
Meningkatkan jumlah permit teksi individu.

Tiada sebarang peniruan dalam dakwaan ini kerana manifesto BN  hanya menjanjikan untuk meningkatkan jumlah permit teksi individu bukannya menghapuskan permit teksi syarikat. Malahan dalam sidang Dewan Rakyat Oktober 2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk memberi sejumlah permit teksi kepada individu yang layak dalam usaha membaiki sistem penyewaan teksi.

Hasilnya pada Mac 2013 yang lalu kerajaan telah meluluskan 1,000 permit teksi individu. Malahan mereka ini telah diberi geran RM5,000 bagi pembelian Proton Exora. Bagaimana sesuatu yang telah kerajaan janjikan sejak tahun lalu dan dilaksanakan tahun ini dianggap meniru manifesto PR yang baru dilancarkan tahun ini?


Pangkalan data 

Manifesto PR
Mewujudkan sistem pangkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sedia ada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan.

Manifesto BN
Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu.


Ulasan:
Nak tahu siapa tiru siapa, kita  ambil satu contoh harga kereta. Lihat carta ini.



Adakah BN pernah terfikir 55 tahun memerintah??
BN hanya fikir nak ambil cukai RM20 -RM100 ribu setiap orang beli kereta... Itu kerja BN


 ADUN N.Sembilan bangkitkan isu hospital Rembau sejak tahun 1952
Posted on Tuesday, April 09 @ 10:09:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"

Isu daerah Rembau perlunya ada hospital bukannya timbul pada tahun 2008 semasa PRU-12. Isu hospital Rembau ini telah dibangkitkan oleh seorang ADUN Negeri Sembilan pada tahun 1952 lagi, iaitu oleh Baba bin Ludek seorang nasionalis yang dilupakan dari Chembong, Rembau.


Sejak dilantik menjadi ADUN, Baba Ludek sering menimbulkan soal mendirikan sebuah hospital di daerah Rembau. Pada tahun 1952 beliau bertanya, “Is it included in any Government scheme that Rembau should have a hospital? If the answer is affirmative, please state when the Government propose to build it”. Dan dalam persidangan dewan terakhir untuk tahun 1954, kembali lagi beliau mengajukan soalan yang sama, “What action has been taken by Government since my resolution to establish a Hospital at Rembau, when the inhabitance of Rembau be able to see a hospital erected at Rembau”. 

Sumber : rembau-hari-ini.blogspot.com

 

" YDP MPK otaknya sama taraf dengan ketua JKKK
Posted on Tuesday, April 09 @ 10:14:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: mohdnoorawang

"YDP Majlis Perbandaran Kemaman Haji Mustafa Khalid otak fikirnya sama dengan otak fikirnya  JKKK  Kg, Pasir Sebutir dalam filem P.Raml. Kepada  Haji Mustafa Kahlid gunakan jawatan YDP sebagao satu jawatan perkhidmatab awam yang baik dan adil dalam semua bidang.

Jangan tergila sangat kepada parti UMNO anda seorang seoarang yang berjawatan kerajaan untuk semua rakyat, Bukan untuk UMNO sahaja, Semua orang Kemaman tahu anda seorang yang teramat kuat sokong UMNO dan jiwaeaga anda cukup sayang pada UMNO. Itu hak anda wahai Haji Mustafa Khalid.
Namun dalam melaksanakan tugas awam jangan bertindak mengikut selera UMNOtanpa melihat dari sudut adil dalam bertindak. *****uh  terbaik untuk baru ini Tuan telah mengarahkan perkerja MPK membuang dan mencabut semua bendera PAS (dera bulan) sekitar dalam bandar Kemaman.
Dalam masa yang Tuan tidak mengarhkan pekerja MPK tidak mencabut dan mambuabg bendera dacing (dera BN) yang tergantung dan berada dalam Bandr Cukai?. Disini jekas YDP MPK bertindak mengikut selera parti tuan bukan mengikut akta yang ada dalam MPK.
Ayuh warga MPKkhasnya DUN Cukai marilah kita pangkoh BULAN atau PAS dalam PTU13 bakal berlangsung  SABTU 27/4/2013. Kita campakkan dacing dalam Sungai Geliga. guna gamok/
 Cakap Tak Serupa Bikin & Jeng... Jeng... Jeng...!!!!
Posted on Tuesday, April 09 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Blog Ikut Suka Aku

Dulu semasa kepala rambut lebat... cakap macam ni.., Sekarang kepala dah serupa landasan kapalterbang nak bagi 10 minit sahaja kepada Pakatan Rakyat "live" di TV...

Nak ulas lebih2 pun... rasanya tak perlu sebab lu orang pun dah tahu siapa itu umno laknatullah.... hahahaha.... kalau tak menipu, tak putar belit bukan umno namanya... pasal tu kena tambah "laknatullah" kerana Allah sememangnya melaknat sikap2 keji hambanya... tak begitu bunyinya Tuan Guru Ibrahim Ali.... hahahaha.... (Mahadeath gelar si katak tua tu sebagai Tok guru pulak... paraaaahhhh....)



Kepala Mahadeath dah betul2 wengggg... wa cakap luuu... ntah apa punya nyanyuk orang tua tu boleh bagi gelaran "Tok Guru" kepada Raja Katak tuuuu... tapi gua tetap akui jugak laaaa... Ibrahim Al-Kataki selayaknya mendapat gelaran tersebut sebagai "Tok Guru Penghasut Perkauman"

Ni satu hal lagi.... puak2 umno laknatullah Pinang Sebatang dah mula menerima hakikat bahawa ... jeng... jeng... jeng.... hahahaha....

"umno - maksudnya united malai national organisations" bukannya "united mamak naina organisations"... hahahaha...


Gambaq gua rembat dari Biaqpila.

Tetapi cukupkah setakat peringkat cawangan atau bahagian sahaja yang menyedari hal tersebut...???? Sepatutnya melayu2 yang kononnya memperjuangkan bangsa melayu selama ini memperhebatkan kempen menolak kaum mamak dalam parti nasionalis umno. Barulah ada keyakinan bahawa umno adalah parti melayu... bukannya macam sekarang ini..., mamak pokemon (nak carut tuuu.. hehehe) berlambak2 dah tu berlagak mengalahkan melayu...!!!!

Puak2 umno laknatullah sekalian, gua bagi cadangan kepada lu orang semua supaya mendesak kepimpinan lu orang untuk buat perubahan dengan kementerian berkaitan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya mengubah status mamak kepada Bangsa India dan status Agama sebagai Islam dalam MyKad atau I/C diorang.

Itupun kalau lu orang masih sayangkan parti keris telanjang tu laaaa.... hahahaha..., lepas perambat semua mamak2 pokemon keluar dari umno laknatullah...., lu suruh diorang tubuhkan parti diorang sendiri dan jangan bercakap pasal melayu sebab diorang takda hak dan diorang bukannya melayu... spesies kaduk naik junjung tu bukannya boleh bagi peluang beb...!!!!

Walau apapun.... gua sokong kempen pemuda Pinang Tunggal dalam isu menolak calon2 Mamak Haramjadah dari umno laknatullah... keep it up guys.... tolak calon mamak... mampus calon mamak umno... mampus calon mamak umno...!!!!

Melayu Penang dan Kedah dah mula buka mata... baru sedaq dari lena bahawa calon2 mamak nih... menyusahkan jer.... hahahaha... lepaih nih bila ada mesyuarat pemilihan jawatan kuasa.... jangan dok gatai ***** pulak nak lantik kaum mamak jadi Ketua hangpa.... hahahaha...

Tuuuu.... Ketua Pemuda Pulau Pinang.... sepatutnya hangpa humban awal2 lagi... itu pokemon nala punya auta tuuuu... hahahaha....!!!!

Nota: Gua takda masalah dengan Perkauman dalam Malaysia, cuma gua tak suka parti yang mengaku sebagai parti melayu tetapi menerima "Mamak Pokemon" sebagai melayu... bodoh ke tak bodoh melayu2 umno laknatullah selama ini... lu orang pikiaq tengok...!!!!

Sumber
Perghhhhh : Padan Muka Kena sebiji Dengan TG Nik AZIZ
Posted on Tuesday, April 09 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: abuluqman

"UMNO bina masjid bukan sebab Islam-Nik Aziz

KOTA BHARU 7 April

Setelah menuduh solat orang UMNO tidak mendapat pahala, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor.



Nukilan Abu Luqman.. Berita Menarik LAGI KLIK SINI "




 Tsunami Politik..?
Posted on Tuesday, April 09 @ 10:18:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: spikeT

"

Sebelum tahun 1998 aku tak terdedah dengan perkataan tsunami, Perkataan tsunami tak pernah aku dengar ketika cikgu-cikgu mengajar disekolah. Selepas tahun 1998 baru aku mengenali apa itu tsunami. Bagi aku tsunami adalah satu gelombang yang teramat kuat memusnahkan apa saja struktur yang kuat dan tidak meninggalkan kesan kecuali kesan kemusnahan.

Begitulah juga kisah tsunami yang berlaku di Aceh,Thailand dan persekitaran asia dulu.Memusnahkan apa saja dan kehilangan harta benda dan sebagainya.Amat dasyat kesan perkataan tsunami ini.

Politik juga tidak ketinggalan dari serangan tsunami.Gelombang kecil Tsunami politik  mula aku terasa pada tahun 1998 ketika Dato Sri Anwar Ibrahim (Timbalan Perdana Menteri ) ketika itu dilucutkan jawatan atas tuduhan liwat tidak bermoral.Perkataan liwat sering kali aku berkumandang di TV,Radio,Suratkhabar,dll media.Aku menjadi rimas untuk menerangkan pada anak aku apa dia liwat,apabila anak aku  sering bertanya apa itu erti liwat yang diceritakan tanpa malu berkumandang setiap hari.Sebagai bapa pelbagai cara untuk aku menerangkan semua itu.

Tahun 1998 aku lihat ceramah politik mula segar kembali dengan kehadiran beribu dan berpuluh ratus ribuan orang sesekali ceramah diadakan.Sebelum itu hanya parti PAS yang mengadakan ceramah tapi dalam ratusan orang saja yang hadir.Tahun 1998 merupakan tahun pertama aku mendengar ceramah ketika itu di bandar baru bangi.Ketika itu Tuan Guru Nik Aziz adalah penceramah utama dan saat dan ketika itulah aku mula berhijrah.Ketika itu aku lihat kaum melayu adalah kelompak yang memenuhi padang rumput tempat2 ceramah diadakan.Selepas itu aku rasa ceramah sudah menjadi biasa bagi rakyat untuk bersama mendengar untuk mendapatkan maklumat sebab disaat itu media utama telah mula dicurigai berita yang di sebarkan.Gelombang ini memnag dicetus oleh peristiwa pelucutan jawatan dato seri anwar ketika itu.

Gelombang tsunami politik itu sentiasa berkocak semenjak itu ,isu utama ketika itu ketidakpuasan hati rakyat banyak berkaitan dengan keronisme dan rasuh.Gelombang tsunami politik seolah-olah dapat diatas dengan hanya dapat melihat riak-riak kecil saja,hanya keputusan yang membanggkan hanya kemenangan dato sri wan azizah di permatang pauh.Rakyat bagai memberi peluang untuk UMNO untuk berubah,namun peluang yang diberi bagi dipersia-siakan setelah diberi mandat selesa ketika itu.Isu Rasuah terus berlaku dan semakin membesar dan bagai tidak terkawal.Akhirnya tsunami politik mula melanda begitu kuat sehingga memusnahkan banyak negeri.Kemusnahan yang teruk mula dibangunkan dan segala kekotoran mula dibersihkan dan rakyat mula nampak kenapa tsunami itu penting.Kemusnahan bukan untuk selamanya dan ia akan bangkit menjadi lebih baik.Begitu juga di Jepun ,Aceh ,Thailad yang mengalami tsunami,lihat bagaimana mereka bangkit dari kemusnahan..

Tahun 2008 aku sempat pergi menjengok satu ceramah politk yang penceramah utamanya Dato Sri Anwar Ibrahim bertempat di Seri Gombak,dan ketika itu aku tengok suasana di pandang rumput ceramah di dipenuhi oleh pelbagai kaum yang aku tak pernah tengok ketika tahun 1998 dulu.Setelah hujan renyai aku pulang dan yang lain tidak bergerak mengikuti ceramah dato Sri Anwar Ibrahim.

Kini aku dah tak pernah pegi ceramah dan aku hanya mendengar di youtube,blog-blog dan juga ketika melayari internet.Aku lihat tanpa aku di padang-padang ceramah tetap ramai dan telah menjadi sebegitu ramai sehingga sukar untuk dibilang berapa ratus ribu orang yang menghadirinya.Kini pelbagai kaum menunjukkan sokongan tanpa rasa takut untuk kebaikan bersama,berlainan sungguh dari PRU tahun 1998 dan 2008.

Tahun 1998 hanya kaum melayu bangkit menentang kemungkaran dan tahun 2008 seblingan kaum lain yang masih takut-takut bersama-sama mengharungi tsunami politik.Tahun ini aku lihat semua kaum ingin bersama-sama mengharungi tsunami politik dan akan bangkit membentuk satu bangsa Malaysia yang bersih,cemerlang dan terbilang untuk negara ini.

Aku tidak lagi sekuat dulu untuk hadir di ceramah-ceramah politik ,Namun aku bangga  generasi akulah yang menghidupkan dan merancakkan gelombang rakyat supaya hadir mendapat maklumat bukan hanya di media-media utama kerajaan sahaja.Kini kuasa internet telah menjadi sumber rujukan rakyat yang tidak dapat dibendong lagi.Aku tak perlu lagi menerangkan apa itu liwat,tsunami dan sebagainya kerana anak aku lebih tahu apa yang dia orang ingin tahu dan mahu.Ia menjadi lebih mudah dan mereka tahu yang mana itu intan dan kaca.Biarlah anak-anak ku dan rakan sebayanya merasai gelombang tsunami politik pada pilihan PRU 13 nanti, Agar mereka akan bangkit membersihkan kesan-kesan kemusnahan yang sedia ada dan membina satu wawasan baru buat rakyat Malaysia.Kini aku tidak lagi takut denga tsunami sebab setiap kemusnahan itu pasti ada rahmat disebaliknya.

Dari jauh aku melihat,sudah cukup  lama (15 tahun ),aku mengenal erti rasuh dalam negara kita dan ia tetap menjadi isu utama negara kita sehingga kini.Aku sanggup berhadapan dengan Tsunami Politik jika itu dapat menyembuhkan luka 15 tahun yang aku rasa dan dengar pasal rasuh dan perasuah dalam negara ini.Tsunami politik pasti akan memberi harapan yang lebih segar dan jitu buat anak-anak ku membina negara maju dan aman.Maafkan kami generasi ayah mu yang meninggalkan kamu dengan semua permasalahan ini.Apakah Tsunami Politik akan tiba ? Jika YA, Selamat datang tsunami politik aku rela untuk mu demi kebaikan semua."




 Exco Serah Kereta Hak Milik KN PP
Posted on Tuesday, April 09 @ 08:58:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Batu Maung



Serah Kunci, Pegang Intergriti

GEORGE TOWN - Pemegang amanah sebagai Y.A.B Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng, hari ini, mengumumkan penyerahan kunci kenderaan rasmi Kerajaan Negeri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus di sini.

Menurutnya, penyerahan kunci kenderaan rasmi Kerajaan Negeri turut melibatkan pemegang amanah Timbalan Ketua Menteri I dan Timbalan Ketua Menteri II serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang lain.

"Kenderaan rasmi tidak harus disalahguna untuk kegunaan persendirian atau parti sebaliknya ia harus digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan Negeri sahaja.

"Inilah intergriti yang dipegang oleh Kerajaan Negeri sungguhpun kini hanya sebagai pemegang amanah," ulas Guan Eng pada sidang akhbar di Komtar, sebentar tadi.

Tambahnya, intergriti harus dipraktikkan secara fizikal dan bukan hanya tahu melafazkannya.

"Bercakap adalah perkara lain dan melakukannya pula adalah suatu perkara yang lain pula.

"Hari ini kita (pemegang amanah Kerajaan Negeri) akan menyerahkan kunci kenderaan masing-masing kepada Setiausaha Kerajaan Negeri," tambahnya.




Guan Eng turut menegaskan bahawa penggunaan kenderaan rasmi adalah hanya untuk majlis rasmi Kerajaan Negeri dan bukan digunakan untuk tujuan berkempen.

"Sungguhpun menjelang Pilihanraya Umum (PRU13), kenderaan rasmi ini tidak akan digunakan untuk ceramah dan kempen.

"Begitu juga pemandu, mereka hanya akan bertugas mengikut waktu pejabat dan apabila menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan," tambahnya.

Dalam pada itu, Guan Eng turut mengulas manisfesto yang dilancarkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Sungguhpun manisfesto BN menyentuh soal kekangan rasuah, namun BN tidak pula menyatakan tatacara (measurements) membanterasnya.

"Salah satunya ialah melalui pengumuman awam pengisytiharan aset dan pelaksanaan tender terbuka," katanya.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri telah mengamalkannya sejak 2008 dan ianya terbukti berkesan apabila kempen anti-rasuah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dipuji oleh Transparency International.

"Seterusnya menghalang pemimpin dan ahli keluarga pimpinan kerajaan berurus niaga dengan kerajaan demi kepentingan peribadi.

"Melalui pendekatan ini, rasuah dapat dihindari," ulasnya lagi.

Tiada ulasan: