Isnin, 15 April 2013

FITNAH...BILA MEREKA TAK MENGIRA DOSA DAN NERAKA....FIKIRKAN KEMENANGAN SERTA WANG YANG MUNGKIN BOLEH MENGALIR

Presiden PAS lawat tapak hospital Rembau 16 Apr 2013
Posted on Sunday, April 14 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Hebahan Oleh: amkns

"Presiden PAS, Dato Seri Tn Guru Hj Abd Hadi Awang akan melawat ke tapak hospital Rembau di DUN Chembong pada jam 10 pagi Selasa 16 April 2013 ini. Hospital Rembau adalah merupakan satu projek yang penuh kontroversi yang menimbulkan pelbagai persepsi dan persoalan penduduk setempat dari harga tanahnya yang terlalu tinggi jika dibandingkan dengan tanah adat, kedudukannya yang terlalu hampir serta berjiran dengan beberapa kilang, serta membantutkan pembangunan atau pembesaran kilang sedia ada yang menyekat penambahan peluang pekerjaan anak tempatan.

Ianya adalah sebahagian dari lawatan dua hari Presiden PAS ke Negeri Sembilan pada 15 dan 16 April 2013.

Jadual penuh lawatan Presiden PAS ke Negeri Sembilan adalah seperti berikut :

Isnin 15 Apr, 5 ptg – Dailog dengan NGO Cina, Parlimen Seremban

Isnin 15 Apr, 7 mlm – Kuliah Maghrib di Dataran Tok Dagang, DUN Paroi

Isnin 15 Apr, 10.30 mlm – Ceramah Perdana di Klawang, Parlimen Jelebu

Selasa 16 Apr, 8 pagi – Minum bersama penduduk di DUN Labu

Selasa 16 Apr, 10 pagi – Lawatan ke tapak hospital Rembau, DUN Chembong

Selasa 16 Apr, 11 pagi – Melihat penerokaan besar-besaran Hutan Simpan Miku, DUN Johol

Selasa 16 Apr, 12 tgh – Makan tengahari bersama orang ramai di pekan Gemencheh, Parlimen Tampin

Layari laman web PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com/"


 KEJAM Sanggup mereka tuduh Nik Aziz begini
Posted on Sunday, April 14 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: dukunpasir

"Penulis TERKEJUT DAN TAK SANGKA..... Anda pula?

Berpolitik ada had dan batasan ,bila isu kematian dibuat MAINAN untuk kepentingan parti ianya TIDAK DAPAT DITERIMA baik penyokong parti mahupun penyokong pembangkang...... penulis buktikan.....

Didalam Islam dan selaku pihak yang mendakwa memperjuang dan mempertahankan Islam, kita diajar jika ada musuh yang sakit kita perlu doakan kesejahteraan musuh bukan mencerca MUSUH.



Tetapi mengunakan isu SAKIT DEMI KEPENTINGAN POLITIK PENULIS RASA PRESIDEN UMNO PUN TAK SETUJU!

Patut ke kita lakukan ANDAIAN SEPERTI INI??



BOLEH bertambah ke jumlah penyokong yang semakin berkurang JIKA KITA LAKUKAN TINDAKAN SEBEGINI??

Jika Admin ini tidak percaya dan yakin dengan ideanya...... LIHAT BUKTI BETAPA PENYOKONG SENDIRI MEMBANTAH TINDAKAN INI??



LAGI BUKTI ISU DIATAS DISINI"

Khalid ke Perlabuhan Klang untuk tebus kesilapan

Selangorku, 14 Apr 2013

(Khalid di sambut penyokong PAS dan PKR serta DAP di Perlabuhan Klang)

PELABUHAN KLANG: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap pencalonnya di kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai peluang untuk beliau menebus “kesilapan” lima tahun dahulu.

Ini kerana menurut setiausaha politiknya Faekah Husin, penyandang kerusi Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah,  dipilih oleh Abdul Khalid sendiri.

Pada pilihanraya ke-12, pada Mac 2008, Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang dengan majoriti 4,407 di bawah tiket PKR.

Pada Oktober 2009, Badrul meletak jawatan dalam PKR dan ishtiyar bahawa beliau telah keluar parti dan mengumumkan dirinya sebagai Adun mb khalid pelabuhan klang calon 03Bebas.

Di dalam ucapannya, Abdul Khalid mengakui kesilapannya dahulu dalam memilih Badrul Hisham dan berkata ketika itu beliau ditemui oleh Yang dipertua PAS Pelabuhan Klang Ismail Arshad.

“Dia cakap Badrul ni tak betul, orang PAS tak setuju dengan dia … Jadi saya kena cari orang nak ganti, dia kata orang PAS ada ganti.

“Saya kata tunggu dulu sebab saya perbetulkan masalah ni. Saya ntah macam mana, tak boleh buat apa. Saya pilih Badrul ni. Saya pun tak tahu macam mana nak buat.

“Itulah pengajaran pada saya, orang yang kita pilih mungkin tak kena,” kata Abdul Khalid di dalam satu majlis sepetang bersama Menteri Besar di Pandamaran Jaya di sini semalam.

Sekiranya dipilih rakyat, Abdul Khalid berjanji akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah kawasan tersebut yang lima tahun diabaikan oleh Badrul Hisham.

“Banyak masalah di Pelabuhan Klang yang tiada orang berani selesaikan. Saya jadi Adun saya selesaikan. Masalah seperti kilang dan pemilikan tanah, kita akan selesaikan.

“Boleh jadi masalah (projek terbengkalai) PKFZ saya boleh selesaikan,” ujar Abdul Khalid yang disambut laungan daripada 300 penyokong Pakatan Rakyat yang hadir pada satu majlis di Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya di sini semalam.

Abdul Khalid akan meninggalkan kerusi Dun Ijok yang akan dipertandingkan oleh Ketua PKR Wilayah Persekutuan Dr Idris Ahmad.

Turut hadir di majlis tersebut MP Klang Charles Santiago dan bekas Adun Pandamaran Ronnie Liu.

Setujukah anda ?
Posted on Sunday, April 14 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: tokpepijat

"Menjelang penamaan calon 20hb ini, sudah ramai bakal-bakal calon diumumkan oleh PR. Barangkali satu isu yang perlu dilontar untuk difikirkan bersama. Ada yang pro dan ada yang kontra.

Iaitu tentang pencalonan anak pimpinan tertinggi PAS iaitu Ustaz Abdul Khalil anak Presiden dan Ustaz Nik Abduh anak Mursyidul Am.

Adakah mereka berdua bakal dicalonkan? Jika ia, adakah satu langkah yang bijak?

Melihat tradisi kepimpinan PAS, jarang bahkan barangkali tiada dalam satu penggal terdapat keluarga pimpinan PAS samada anak,isteri yang menjadi calon sezaman dengan pimpinan PAS.

Mujahid Yusof Rawa hanya muncul di pentas politik secara serius apabila almarhum Yusof ArRawi tidak lagi menjadi pimpinan PAS.

Biasanya pimpinan atasan PAS tidak akan "membenarkan" anak beranak mereka menjadi calon pilihanraya. Barangkali untuk mengelakkan timbul persepsi tentang kroni atau "parti anak beranak".

Inilah uniknya PAS berbanding sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

Walaupun ianya bukan libatkan hukum hakam tetapi barangkali dari segi persepsi dan stategi politik.

Sewajarnya perkara sebegini perlu dikekalkan.

Setujukah anda?"
 


Mahathir ketua juru kempen BN/UMNO .
Posted on Sunday, April 14 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: mohdnoorawang

"Tun Mahathir bekas perdana menteri Malaysia selama 22 tahun berkempen seluruh Malaysia dengan berbagai-bagai nama program. Dalam setiap ceramahnya hentam Anwar Ibrahim dan DAP.

Mahathir otak fikirnya sekarang macam ketua JKKK. Cukup takut jika Pakatan Rakyat menang pada pilihanraya umum ke-13, Amat malang yang dikatakan seorang negarawan ulung, tapi jiwa dan hati dan tutur katanya tidak bersifat seorang yang cerdik.

Untuk rekod Mahathir pernah ditolak oleh perwakilan UMNO negeri untuk hadir kepersidangan tahunan UMNO. Adakah selama 22 tahun berkuasa tidak ada kesalahan dan kelemahan era Mahathir ?.

Namun sebilangan cerdik pandai dan orang ramai memuji melangit era Mahathri berkuasa. Amat bodoh dan amat malang jawapannya.

Mahathir adalah seorang arkitek yang merosakkan bangsa Melayu dan tanah melayu secara dan raja berpelembagaan.

Era mahathri semua insituisi kerajaaan hancur dan berkecai terutama jabatan kehakiman dan lain lain jabatan yang ada kepentingan Mahathir.

Mahathiri pernah mengharam UMNO dengan menggunakan kuasa mahkamah. Sekarang Mahathir cukup rancak berkempen untuk BN/UMNO. Dengan satu tujuan agar BN/UMNO kekal menang dan berkuasa.

Projek Mahathri yang terang dan jelas mahu anaknya Muhkriz mencapai cita citanya satu hari nanti bergelar menteri besar dan perdana menteri Malaysia.

Malah paling lucunya incik Ibrahim Ali di gelar TUAN GURU. Mahathir memberi gambaran kepada pemimpin UMNO agar incik Ibrahim Ali bertanding atas simbol DACING BN.

Kesimpulannya mahathrir cukup gusar dan takut jika pilihanraya umum ke-13 tidak berpihak kepada Bn/UMNO berkuasa di Puratjaya."


 TG Haron Din keluar PAS, sebaran pencacai UMNO.....
Posted on Sunday, April 14 @ 20:58:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,..

Satu pagi selepas beberapa hari parlimen dibubarkan, penulis menerima satu panggilan talipon dari  seorang rakan bertanya akan kebenaran berita TG Haron Din keluar PAS.Terkejut dengan berita itu, penulis bertanya kembali dari mana beliau mendapat tahu pasal itu? Jawabnya wall FBnya dipenuhi oleh berita tersebut lalu penulis menafikannya kerana percaya itu semua mainan pencacai UMNO yang makin hilang arah dan mengesahkan bahawa TG Haron Din akan bertanding di Arau atas tiket PAS.Setelah mendengar penjelasan penulis, barulah kawan ini percaya semua berita yang diterimanya di wall FBnya itu semuanya palsu.


Penulis tidak menjangkakan berita angin ini begitu serius sehingga penulis mendengar penafian TGHH  dan ketika melayari FB penulis yang agak lama tidak dilayari, baru penulis sedar rupa rupanya masih ramai pencacai yang aktif menyebarkan berita ini.Satu berita yang penulis baca hasil share seorang friend FB yang pro UMNO mengatakan TG Haron Din mengesahkan beliau keluar PAS.Macam mana pencacai boleh menyiarkan berita sebegini seola olah ianya berita yang sudah disahkan.Teruk betul puak pencacai UMNO hari ini.
TG Haron Din sendiri ketika berceramah menafikan semua  berita ini tetapi nampaknya pencacai UMNO tidak akan berhenti  menyebarkannya seiring dengan sebaran dan mainan isu video lucah Cikgu Pa.UMNO jelas terdesak untuk menarik perhatian pengundi.
Menjelang 5.5.2013, berita berita palsu sebegini akan terus disebarkan oleh pencacai UMNO dengan bantuan utusex dan berita hairan, Kebanyakan rakyat sudah lali dengan kaedah yang digunapakai oleh UMNO.Ketika pencacainya terus menyebarkan fitnah, pemimpinnya pula muncul dengan wajah hero filem hindustan.Jijik dan meloyakan.
Masanya sudah tiba untuk setiap umat Islam yang sayangkan ugamanya bangkit bersolat hajat dan berqiamulai mohon agar ALLAH menghapuskan semua kebathilan dan kezaliman bersama penganjurnya dan semuga bumi ALLAH ini diuruskan oleh orang orang yang layak menjadi khalifah ALLAH.Doa adik TGNA wajar diistiqamahkan oleh umat  Islam yang takutkan amaran bala ALLAH.
Jejak TGHH untuk bersolat hajat secara sendirian wajar diikuti oleh semua umat Islam yang takutkan ALLAH.


Top100 Ranking Blog PR 1 April - Amenoworld dipintas


Nampaknya ranking kali ni cukup menarik. Takhta teratas carta dah berubah, bukan lagi blog Amenoworld tapi dah dipintas 2 blog lain.

Carta kali ni diungguli oleh blog EraPasca yang mencanak dari tangga ke-6 carta yang lepas terus ke tangga pertama, diikuti blog AnakSungaiDerhaka. Tahniah blog EraPasca.

Untuk ranking Top50 kali ni naik sikit, 4,082 mata kepada 81,114 dengan BloglistMalaysia paling meningkat dengan 2,179 mata, blog baru lepas blog lama kena hack.

Untuk carta kali ni aku masukkan blog http://bankami.blogspot.com/ yang terus ke tangga 28.
TopBlog PR
Pilihan Cenangau
Malaysia
01/04/13
Topblog
01/04/13
Malaysia
16/03/13
Topblog
16/03/13
Turun
Naik
Era Pasca198148565
Anak Sungai Derhaka222224620
AmenoWorld23632201-2
Kelab Greenboc29443053-1
Addin414542250
Milosuam422660593
Tukar Tiub43974044-3
Salehudin48885337-1
Omak Kau52796018-1
Kedah.kini74410949122
Mohd Sayuti Omar7801185210-1
Kerengga945121160175
Manjongmari10061389711-2
Kedahlanie.info1063141138151
Cenangau1065151143161
Jalan Pulang11251617832812
Kerajaan Rakyat113517100514-3
ek-eleh1186181486235
Gendang Perang1313191205190
Pahang Daily13172096213-7
Kachip Emas133321119218-3
Al-Husseyn147222129120-2
Ikutsukaaku ISA1488231889296
Batu vs kayu1596241584251
Zakri Ali1630251749272
Ibnu Hasyim166226151624-2
Sedaka Sejahtera17462729444518
BanKami188228BaruBaruBaru
Dunia Cacamerba191629139522-7
Pencacai Semalaysia1920302638399
The Cyber Sniper19523132174918
Biaqpila199532134321-11
IdaMan204533163226-7
Nizar Coretanku2119342345362
Cipan Tapir Tenuk212935220033-2
Warta Maya219536229234-2
sabahdaily220037201231-6
Malaysiaberih2223382839435
Bloglist Malaysia22633944425920
Sisi Bukit2279403064488
Mimpi Senja239241232635-6
Mountdweller2472422964464
Blog Hangit249643246838-5
Muslimeen United254044190930-14
Sakmongkol255545237837-8
Cananglahnie266946291644-2
Mat Indera Sipejuang3090473690536
PASPB318648273141-7
Kerabu Bersuara333849306347-2
Idah Salam3412503250500

Aiyang3607514693609
Aspan Alias39355253456311
Penburuk396553267140-13
Laksamana Bkt Bintang4132544123551
MediaPerak.net434655219132-23
Orang Ni443356386054-2
Al-Banjari Online4520575607658
Sharpshooter4586584987613
Paklong Online463959424757-2
Dialog Rakyat4665607142699
Yong suka kuning471161329151-10
Siyasahsyariah5711625572642
Naimnikmat57176388387916
Pulakdah5727647154706
Haluan Kiri577465443858-7
Gaya Peneroka5912665935660
Warta Subhi5920676782670
AnakMudaMalaysia636268366852-16
Mutaligat639869419456-13
Tempayan Retak7915708367777
Wfauzdin798971114218413
AgenDSAI8208727398720
Marhaen8440737645730
Telok Bakong88917410072817
Utusankini891175117628712
Nusajayakini928376143249216
Ajijoi936077701368-9
Paapaada972078793075-3
Al-Brangi1046879879578-1
Sokong PR1060480725271-9
Pakat-pakat kalih1203781146449413
Aduka Taruna121638212292886
Edyesdotcom12406832459911229
Kedah-Online12519841119383-1
Perakite Daily1265285788774-11
Misai Merah131548613116904
M3M1318487814076-11
Lagi Berita134258814848957
Ada Aku Kesah134578914607934
Bebaskan Malaysia14090902632411424
Dango Mamamat14627911151586-5
Penarikbeca1478492532662-30
Fendi Tazkirah148199315784996
Demo Lonie1485794198321039
Bicara Abu Nawas14931951142585-10
Pak Karamu1532196225961059
Al-Bakistani15420971107182-15
Karat Hijau1631598966780-18
Kosongcafe16766992890811718
Wartawan Lmn Reformasi170821001508997-3
*Data pada 1 April 2013 12.02pm.
Kalau nak tengok carta yang sebelum-sebelum ni, boleh klik di sini.


Warlords sedia menunggu siapa calon Umno

Penulis Khas Harakahdaily, 14 Apr 2013


(Para pemimpin muda Umno...siapa yang akan mendapat tempat kali ini)


TERPAMPANG di dada-dada akhbar-akhbar tradisional edisi 11hb April berita mengenai kesiapsagaan Barisan Nasional berdepan dengan rakyat untuk mendapat mandat memerintah negara untuk satu penggal lagi pada 5 Mei ini.

Melihat pada gambar-gambar yang disiar, rata-rata pemimpin BN sedang senyum dan ketawa seolah-olah tiada pergolakan dalaman.

Yang hadir, kira-kira 2,000 pemimpin di peringkat bahagian parti-parti komponen BN seluruh negara pada di PWTC 10hb April lalu juga amat bersemangat, bertepuk, berteriak tanda setuju, seolah-olah semuanya elok berlaka.

Walhal, ramai yang menerima jemputan untuk perjumpaan dengan pengerusi BN Datuk Seri Mohd Najib Razak bukannya datang semata-mata untuk mendengar pesanan-pesanan akhir pra-PRU13.

Sudah berkali-kali mereka mendegar nasihat yang sama - di Perhimpunan Agong Umno, semasa pertemuan tertutup dengan Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta dalam perhimpunan-perhimpunan politik yang dianjur BN dan Umno sepanjang lebih dua tahun.

Mereka lebih berminat mahu tahu siapa yang tersenarai bertanding atas tiket BN nanti.

Lebih-lebih lagi akhbar-akhbar telah membuat spekulasi yang Najib bakal mengumumkan senarai calon BN dimajlis itu.

Dalam hati para pemimpin BN sekarang ini, terutama Najib sebenarnya,  penuh keresahan. Najib amat risau, takut ahli-ahli parti peringkat akar umbi akan memberontak apabila nama-nama calon BN bakal diumumkan, paling awal esok (Isnin).

Najib selaku pengerusi BN dijadualkan menyerah surat watikah calon pilihanraya BN  di Ibupejabat BN di Menara Datuk Onn, PWTC esok (Isnin) dan terserah kepada pengerusi pilihanraya BN negara sama ada menyerah surat watikah tersebut kepada calon-calon di negeri masing-masing pada hari yang sama ataupun berikutnya (Selasa).

BN di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Wilayah Persekutuan, telah sah akan menyerah surat watikah itu pada hari Selasa dan selepas inilah "revolusi" dalaman akan bermula.

Najib dikatakan pening kepala dengan tangan-tangan luar yang terus menerus mencuba ketengahkan nama-nama tertentu sebagai calon.

Ramai yang mengunakan pemimpin veteran parti yang disegani Najib untuk melobi bagi pihak mereka, tidak kurang yang guna penyokong dari bahagian masing-masing mendesak supaya mereka bertanding sepenggal lagi walaupun sudah menjadi wakil rakyak lebih dari tiga penggal setelah terdengar khabar angin mereka telah digugurkan dari senarai calon.

Kes paling klasik ialah apabila seorang menteri penggal lalu telah menguna khidmat isteri sendiri untuk melobi supaya beliau dikekalkan.

Dalam pertemuan 10hb April itu, Najib membuat seruan terakhir kepada pemimpin akar umbi BN supaya menerima senarai calon yang bakal diumumkan kelak.

Beliau tidak mahu melihat sejarah 2008 berulang apabila pemimpin-peminpin bahagian atau "warlords" memberontak dengan mensabotaj parti kerana tidak terpileh untuk bertanding.

Pada pilihanraya umum lalu, ada yang bertindak menutup bilik gerakan, tidak keluar mengundi serta mempengaruhi penyokong mereka juga supaya tidak mengundi serta membayar pengundi supaya tidak memangkah calon-calon tertentu seperti yang dilaporkan kepada Lembaga Disiplin Umno oleh ahli-ahli Umno dari beberapa negeri termasuk Pulau Pinang dan Kelantan.


Tindakan seumpama inilah yang telah mengkecilkan peluang menang calon-calon BN di kerusi-kerusi yang mereka bertandingi.

Najib memang cukup takut berdepan dengan masaalah yang sama kerana terang-terang ahli dan pemimpin akar umbi parti-parti komponen BN, lebih-lebih lagi di kalangan Umno hanya asyik bercakap mengenai siapa akan menjadi calon BN di 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN yang akan ditandingi BN nanti.

Ada ketua bahagian Umno dikatakan tidak membenarkan ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) membuka bilik gerakan sehingga senarai calon diketahui.

Ini seolah-olah pemimpin bahagian itu tidak akan bekerjasama sekiranya dia ataupun calon yang disukainya tidak bertanding.

Memang mudah bagi Najib meminta pemimpin akar umbi yang berminat bertanding supaya jangan merajuk terlalu lama, 24 jam katanya sudah cukup dan mereka perlu kembali membantu jentera parti memenangkan calon BN.

Hakikatnya Najib sendiri amat arif dan ketika dapat menduga apa yang bakal berlaku nanti kerana "warlords" Umno memang dikenali lebih mementing diri dan perpegang kepada peribahasa "biar putih tulang, jangan putih mata".

Dahulu saya juga difitnah - Dr Halimah

Selangorku, 14 Apr 2013

(Dr Halimah ketika berucap di Klang)

KLANG: Pemimpin Umno-BN disarankan agar bertaubat serta tidak lagi menggunakan bahan lucah dan seks sebagai senjata politik mereka, saran Adun Selat Kelang, Dr. Halimah Ali.

Ujar Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan,  Umno seharusnya malu dan sedar bahawa perbuatan tersebut jauh menyimpang dan sama sekali tidak mencerminkan kesucian agama Islam dan ketuanan budaya Melayu yang sering diuar-uarkan.

“Patut rasa malu, orang bukan Islam pun tidak menggunakan cara ini, cara yang jijik. Jangan guna isu seks, malu sikit dengan budak-budak, dengan anak-anak muda.

“Kalau ada video Chua Soi Lek pun tidak patut ditayangkan, inikan pula pemimpin PAS yang berpuluh tahun memperjuangkan Islam,” sambung Halimah tegas dalam satu sidang media semalam.

Sambil mengutuk tindakan tersebut yang disifatkan jijik, Halimah berkata video tersebut merupakan fitnah terbaru untuk menjatuhkan pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

“Dulu saya juga pernah dituduh berkhalwat di Crystal Crowne, Klang sedangkan ketika itu saya menghadiri satu forum bersama rakan-rakan lain.

“Kami dalam PAS tiada tujuan lain melainkan perjuangkan Islam, jika Umno benar-benar mampu perjuangkan Islam, PAS boleh bubar,” tambahnya lagi.

Terbaru, beberapa blog pro-Umno memuatkan video yang didakwa melibatkan seorang lelaki mirip Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dengan seorang wanita tidak dikenali dalam sebuah bilik hotel.

“Taubatlah Umno dan mana-mana pihak yang terlibat. Tak takut bala diturunkan? Mereka patut tahu,” ujar Halimah.

Tiada ulasan: