
Gelang Patah terlucut dari tangan MCA?
Presiden
MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek masih enggan mendedahkan sama ada
partinya akan dibenarkan untuk mempertahankan kerusi parlimen Gelang
Patah, sehari sebelum BN mengumumkan senarai calonnya secara rasmi.Bercakap kepada pembertia selepas satu pertemuan bersama pemimpin MCA Johor hari ini, Chua berkata beliau sekadar menyebut bahawa BN akan mengetengahkan calon yang "boleh menang".
Beliau juga enggan mengesahkan sekiranya MCA akan memberi laluan kepada Umno di Gelang Patah, dan menegaskan bahawa BN mempunyai formula perkongsian kuasa dan menggesa wartawan menunggu pengumuman rasmi esok.
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dijadualkan untuk menyerahkan watikah kepada calon yang disahkan untuk mewakili parti itu, dalam satu acara di ibu pejabat Umno esok.
Antara yang tidak hadir ke pertemuan hari ini ialah ketua bahagian MCA Gelang Patah Jason Teoh yang disebut-sebut sebagai calon parti itu untuk Gelang Patah.
Kerusi itu menjadi perhatian apabila DAP mengumumkan untuk meletak pemimpin veterannya Lim Kit Siang sebagai calon di kerusi tersebut.
MCA menguasai kerusi tersebut pada 2008 dengan majoriti lebih 8,800 undi.
PAS DUN Kota catat sejarah di tempat pertabalan Raja Melewar
Posted on Sunday, April 14 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: amkns
"
Rembau
13 Apr 2013 – PAS DUN Kota hari ini mencatat sejarah apabila buat
pertama kalinya dalam sejarah pilihanraya umum di Malaysia Bilik Gerakan
UPU Kg Penajuh (Penajis) berjaya ditubuhkan dan mendapat sambutan yang
luar biasa oleh penduduk setempat dalam majlis makan lemang dan
pengenalan calon PAS DUN Kota sebentar tadi.Menurut Tn Hj Abdul Rahman selaku pengerusi majlis yang juga merupakan veteran PAS di DUN Kota, inilah pertama kali dalam sejarah pilihanraya Bilik Gerakan PAS serta Pakatan Rakyat berjaya ditubuhkan di sini. Kg Penajuh (Penajis) adalah merupakan tempat yang penuh bersejarah di Negeri Sembilan kerana ianya adalah tempat pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama iaitu Raja Melewar.
Menurut Sdr Izamri selaku Pengarah Pilihanraya PAS DUN Kota, inilah pertama kali dalam sejarah pilihanraya beberapa Bilik Gerakan telah berjaya ditubuhkan antaranya di Legong Ulu, Kendong, Selemak dan Titian Bintangir yang mempunyai pengundi yang ramai.
Selain calon PAS DUN Kota, Hj Ghazali Mohd Shom yang hadir dalam majlis tersebut, turut hadir ialah Ustaz Mustafa Dolah selaku Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS N.Sembilan, Rozmal Malakan selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau, Hakki Bawadi selaku Ketua Pemuda PAS Rembau dan Puan Maznah Talib selaku AJK Muslimat PAS Rembau.
Antara yang isi ceramah yang menarik perhatian penduduk setempat ialah isu pampasan tanah pelebaran jalan Chengkau-Penajuh (Penajis) di mana penduduk hanya diberi pampasan RM1.20 sekaki persegi, yang adalah amat tidak munasabah iaitu lebih kurang RM52,000 seekar.
Apa yang mengejutkan dalam program pada malam ini ialah ianya turut dihadiri oleh ramai golongan wanita tempatan yang jarang kelihatan di program-program lain sebelum ini.
Gambar-gambar sekitar program tersebut di pas-n28-kota.blogspot.com
"
Ismail Sabri: Jangan tuding Umno isu video lucah
Sikap
pembangkang sering menyalahkan Umno setiap kali berlaku krisis didakwa
membabitkan pemimpin mereka boleh diibaratkan seperti cuba
menyembunyikan pekung di dada, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.Katanya Umno selama ini sibuk merancang dan membangunkan negara daripada segi ekonomi, sosial dan sebagainya sehingga tiada masa untuk memikirkan perkara remeh-temeh termasuk hal membabitkan isu peribadi pemimpin pembangkang.
"Janganlah menuding jari kepada Umno apabila timbul krisis salah laku pemimpin pembangkang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai pengedaran video lucah memaparkan individu dikatakan mirip seorang pemimpin PAS selepas majlis pengagihan tong sampah Alam Flora kepada 322 penduduk di Taman Kerayong Jaya, di Bera hari ini.
Ismail Sabri berkata pembangkang tidak boleh sewenang-wenangya membuat tohmahan dan tuduhan terhadap Umno apabila berlaku pendedahan salah laku yang didakwa membabitkan pemimpin mereka.
"Dalam suasana pilihan raya umum ini pemimpin pembangkang akan menyalahkan kerajaan dengan pelbagai tohmahan supaya rakyat membenci kerajaan," katanya.
- Bernama
Abadi Bakh and 2 other friends shared Yas Zy's photo.
SAH...!!!! MAT TAIB SERAH BORANG PAS....Sunday, April 14, 2013
Bekas Menteri Besar Selangor, Mat Taib sah sertai Pas
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib atau nama timangannya Mike Tyson dilaporkan telahpun menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS) sebentar tadi.
Beliau dikatakan telah menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Dr Harun Din dirumah Dr Harun Din di Bangi tadi.
Pengisytiharan kemasukan Mat Taib ke dalam parti Pas pula akan dilakukan Tuan Guru Haji Hadi Awang pada malam esok.
Sama-sama kita nantikan pengisytiharan ahli baru Pas ini nanti.
Semoga dengan kemasukan bekas menteri besar selangor daripada Umno ini bakal memberikan impak dan tenaga positif kepada Pas dan juga Pas Selangor secara khususnya.
Marilah berdoa agar ramai lagi tokoh-tokoh besar berhijrah untuk bersama-sama dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.
TAKBIR !!!! [SEBARKAN]
Ambiga muncul di acara Nurul Izzah
Pengerusi
bersama BERSIH Datuk S Ambiga muncul ke satu majlis bersama Nurul Izzah
Anwar pada malam tadi dalam satu majlis berhubung kempen pilihan raya
penyandang kerusi parlimen Lembah Pantai itu.Kemunculan itu dilihat menunjukkan Nurul Izzah berjaya mendapatkan bantuan pemimpin pro-reformasi pilihan raya itu berhubung isu daftar pemilih.
Dalam majlis itu Nurul Izzah memberi ucapan kepada kira-kira 400 orang yang memenuhi satu lorong di Bangsar, Kuala Lumpur.
Kedua-dua pemimpin berkenaan juga dijadualkan hadir untuk mempromosi kempen sukarelawan pemantau pilihan raya BERSIH, yang dinamakan kempen PEMANTAU.
Ambiga dalam ucapannya pada malam tadi bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tidak menyebelahi mana-mana sisi politik dan akan turut berucap di platform BN.
Namun, apa yang menjadi masalah adalah: "Saya menerima jemputan dari Pakatan Rakyat".
Kes tetak: Polis buru empat individu
Sepasang
adik beradik merupakan antara empat suspek utama yang sedang diburu
setelah dipercayai terbabit dalam kes tetak berhubung pemasangan bendera
parti di Kemaman pada Jumaat lalu.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K.Manoharan berkata pihaknya telah mengenal pasti keempat-empat mereka yang berusia lingkungan 20-an hingga 30-an yang merupakan penduduk tempatan.
"Kita juga masih mengesan seorang lagi individu yang juga dipercayai penduduk tempatan," katanya kepada Bernama.
Menurutnya, pasangan adik beradik itu pernah ditahan dan didakwa Rabu lalu kerana mencetuskan pergaduhan dan pertengkaran dengan membuat bising di markas parti politik.
Mahoharan meminta kesemua suspek menyerah diri bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian 11 malam itu, seorang pekerja parti yang berusia lingkungan 40-an cedera parah setelah ditetak dengan parang dan dipukul dengan kayu oleh lima individu ketika mangsa bersama rakannya sedang memasang bendera parti.
Mangsa dilapor dalam keadaan stabil di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.
Kes disiasat di bawah seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan.
- Bernama
Mustapa: PAS masih belum bina jambatan di Tumpat
Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata
pembukaan jalan yang sangat penting bagi laluan dari Langgar ke Pasir
Pekan sejauh hampir dua kilometer itu telah menyelesaikan masalah
kesesakan teruk di laluan itu."Jambatan ini telah menyelesaikan masalah kesesakan teruk penduduk sebelum ini yang terpaksa bersesak apabila menggunakan jambatan sedia ada kerana ia tidak lagi mampu menampung jumlah kenderaan yang semakin banyak," katanya pada gimik pelancaran pembukaan jambatan itu di Tumpat, hari ini.
Jambatan berharga RM184.4 juta yang mula dibina pada 2007 itu mula dibuka bagi laluan sehala antara Pasir Pekan ke Langgar sejak lebih seminggu lepas.
Mustapa berkata jambatan itu dijangka boleh digunakan sepenuhnya pada Jun atau Julai ini.
"Apabila siap, pengguna boleh melalui enam lorong berbanding dua lorong pada jambatan lama. Ini projek yang sangat besar dan menggunakan enam lorong yang ternyata mampu menyelesaikan sepenuhnya masalah kesesakan," katanya.
Beliau menafikan laporan yang mendakwa berlakunya keretakan serius di jambatan itu, dan segala masalah yang didakwa mampu diselesaikan.
Pengguna tidak perlu bimbang untuk menggunakan jambatan itu, katanya.
Mustapa juga berkata rakyat Kelantan perlu menilai janji kerajaan Kelantan pimpinan PAS dengan kerajaan persekutuan dibawah pimpinan BN.
Kerajaan PAS Kelantan sehingga kini gagal membina jambatan antara Kampung Cina di sini ke Palekbang, Tumpat seperti yang dijanjikan, katanya.
- Bernama

![SAH...!!!! MAT TAIB SERAH BORANG PAS....
Sunday, April 14, 2013
Bekas Menteri Besar Selangor, Mat Taib sah sertai Pas
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib atau nama timangannya Mike Tyson dilaporkan telahpun menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS) sebentar tadi.
Beliau dikatakan telah menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Dr Harun Din dirumah Dr Harun Din di Bangi tadi.
Pengisytiharan kemasukan Mat Taib ke dalam parti Pas pula akan dilakukan Tuan Guru Haji Hadi Awang pada malam esok.
Sama-sama kita nantikan pengisytiharan ahli baru Pas ini nanti.
Semoga dengan kemasukan bekas menteri besar selangor daripada Umno ini bakal memberikan impak dan tenaga positif kepada Pas dan juga Pas Selangor secara khususnya.
Marilah berdoa agar ramai lagi tokoh-tokoh besar berhijrah untuk bersama-sama dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.
TAKBIR !!!! [SEBARKAN]](http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s480x480/547224_4082010946870_2017766991_n.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan