Rabu, 17 April 2013

DULU LAIN SEKARANG LAIN...LAGU DULU....MACAM BETUL JE

Ibrahim Ali tidak dicalunkan, tiada kawasan BN/UMNO yang minat
Posted on Wednesday, April 17 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: mohdnoorawang

"Datuk Ibrahim Ali ketua Perkasa dan bekas calun parlimen kerusi Pasir Mas yang dimenangi atas tiket PAS dan menjadi calun bebas. Ibrahim Ali tidak dicalunkan oleh BN/UMNO Kelantan dalam pilihanraya umum yang ke-13.

Cadangan Mahathir agar Ibrahim Ali dicalunkan atas tiket Bn/UMNO Kelantan tidak berjaya memperngaruhi Najib dan Muhyiddin. Mungkin Ibrahin Ali akan bertanding atas tiket bebas di parlimen Pasir Mas.

Keputusan BN/UMNO Kelantan tepat tidak meletakkan Ibrahim Ali bertanding di Pasir Mas, Ibrahim Ali telah dipecat keahlian UMNO seumur hidup. Cadangan Mahathir agar Ibrahim Ali bertanding atas tiket BN/UMNO ditolak.

Nasib Anwar Musa (TS) agak baik, beliau dicalunkan bertanding kerusi parlimen Ketereh. Begitu juga ahli paling veteran UMNO Tengku Razaliegh Hamzah kekal bertanding dan mempertahankan kerusi parlimen Gua Musang.

Walau apa pun Kelantan tetap dikuasai oleh pakatan rakyat dan PAS mnerajui kerajaan Kelantan selepas 5/5/2013.

ABCD. ASALKAN BUKAN CALUN DACING."


 Ibrahim Ali dah naik angin, turut tanding DUN
Posted on Tuesday, April 16 @ 23:34:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: laniismaa

"Ibrahim Ali di antara orang yang paling frust hari ini. Frust menonggeng sehingga  merintih, katanya dia tak diberi peluang, mungkin rupanya tak cantik sebagaimana Zulkifli Noordin yang diberi peluang bertanding atas tiket BN.

Ibrahim_Frust
Selain terpaksa bertanding calon bebas untuk Parlimen Pasir MAS, dia yang dah naik angin berkemungkinan akan turut bertanding sebagai calon Dewan Undangan Negeri dalam PRU kali ini untuk melepaskan anginnya pada UMno.
Dia minta rakyat beri sokongan kepada calon BN walau di mana sahaja kecuali Pasir Mas.
"Di mana saya akan turut bertanding di kerusi DUN dan Parlimen atas tiket bebas, kita tunggu (pengumuman) pada 20 haribulan ini (penamaan calon). Saya tidak boleh beritahu sekarang sebab saya calon bebas, simbol akan ditunjukkan oleh pihak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan akan pilih salah satu daripada simbol yang ada."
"Saya tidak mahu cakap apa-apa sebab saya minta rakyat Kelantan untuk beri sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional kecuali di Pasir Mas. Di Pasir Mas pun, saya tidak mahu bersaing atau berlawan dengan pihak Barisan Nasional. Cuma saya hendak masuk Dewan Rakyat, dan kalau boleh saya hendak masuk Dewan Undangan Negeri." kata Ibrahim Ali. - mStarOnline
Ha!! ha!! orang yang dah pening dan anginnya yang belum surut bercakap. Kasihan ye...mentah-mentah Presiden Perkasa dimalukan Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin. Lama Ibrahim membodek, akhirnya Zulkifli yang dapat dacing!! - Lagi.MY
BACA JUGA - Faizal Tahir bengang Zul Noordin calon Shah Alam

 Zul Nordin tak jadi guna lambang katak gomok!
Posted on Wednesday, April 17 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,..

Akhirnya Zul Nordin tak perlukan lambang kakat gomok seperti bos perkasanya yang terpaksa guna lambang katak puru di PRU 13 nanti. Ini kerana Zul Nordin ditawarkan bertanding di Shah Alam atas tiket BN.

Naib presiden perkasa yang nampaknya lebih perkasa dari bosnya yang tidak terpilih bertanding atas tiket BN walaupun disokong oleh Mahathir. Presiden perkasa pula terpaksa bersaing di Pasir Mas menentang calaon BN.

Situasi yang agak aneh kerana Presiden tidak dipiih tetapi naib presiden pula yang dipilih menjadikan janggal bagi perkasa memberikan sokongan kepada BN pada ketika bos mereka bersaing dengan calon BN.

Atau mungkin percaturan hanya sebagai pengacau undi semata mata? Sejarah di Pasir Mas pernah mencacatkan Berahim Ali kalah teruk sebagai calon bebas dan calon BN pula tidak pernah menang di situ sejak tertubuhnya semangat 46 yang diwakili Berahim.

Berahim tak pernah serik walaupun hakikatnya pada PRU 12 dulu Berahim menang atas tiket dan lambang PAS. Tapi tak apa, naib presidennya Zul Nordin boleh menonjolkan dirinya mengatasi bos perkasanya.

Barangkali ada lagi the riding MP selepas PRU 13 nanti, itupun kalau BN diterima oleh pengundi Shah Alam dan kalaupun BN ditolak di sana, Zul Nordin masih ada peluang kerana ramai pendatang Bangla, Nepal, Indon, Pakistan dan Monggolia(agaknyalah) yang sudah diberi IC dan didaftar sebagai pengundi di Shah Alam yang bakal memberi undi kepada Zul Nordin si katak gomok.

Zul Nordin boleh pasang angan angan untuk jadi the riding MP sekali lagi dengan peluang yang diberi Najib tanpa perlu risau mengenainya lambang katak gomok lagi.

Cuma Zul Nordin perlu ingat dia bakal berdepan dengan ahli ahli UMNO Shah Alam yang terkenal dengan kegemaran memboikot calon yang tidak digemari mereka!"


 Pada 6 Mei 2013
Posted on Wednesday, April 17 @ 01:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: DUKUNPASIR

"Pada 6 Mei 2013 kejadian ini PASTI BERLAKU yang akan menjadi sejarah pada negara kita. Samada ianya BERUBAH atau samada ianya kekal tidak berubah,

"TAHNIAH!! AKHIRNYA IMPIAN KITA TERLAKSANA.....terima kasih pada sokongan rakyat........ini kerajaan rakyat dan untuk rakyat. Kami berjanji akan cuba memberikan yang terbaik untuk rakyat selepas anda berani "UBAH"

Mari kita lupakan semua sengketa semasa kita hadapi Pilihanraya yang lepas, mari kita sama sama bangunkan negara tak kira bangsa,tak kita fahaman politik...Hentikan semua sengketa kerana ini bukan masanya kita untuk derita,ini masanya untuk berjaya..........."


Anwar Ibrahim Perdana Menteri

"Terima kasih pada sokongan rakyat yang terus memberikan peluang pada Barisan Nasional untuk terus membangunkan negara......Segala janji janji yang dibuat akan dikotakan ".

Ternyata rakyat bijak membuat pilihan,janji DITEPATI, rakyat didahulukan"


Najib Razak Perdana Menteri......

BUATLAH SATU PILIHAN DARI 2 KEJADIAN DIATAS YANG PASTI BERLAKU PADA 6 MEI 2013.....

Kita disini tetap begini....jika anda seorang pemandu teksi anda tetap pemandu teksi jika yang menang ialah Pakatan Rakyat, jika anda adalah seorang polis, anda tetap menjadi polis jika yang menang ialah Barisan Nasional......... cuma kita selaku rakyat

...mengharap SESUATU SINAR untuk esok dari MEREKA MEREKA YANG TELAH KITA PILIH INI.....

ISU POLITIK RUMAH MAWI DIMASUKI PENCURI ...Klik sini!"



Jika Umno/BN Tumbang, Tumbanglah Pengkhianat!
Posted on Tuesday, April 16 @ 22:47:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: IbnuSabah

"Jika Pakatan Rakyat menang PRU 13, yang akan senang ialah rakyat terbanyak. Kepimpinan PAKATAN RAKYAT PAS/PKR/DAP di Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Perak (dulu sebelum dikudeta perompak) telah membuktikan pentadbiran mereka yang baik, telus dan beramanah. Itu baru 5 tahun di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, 20 tahun lebih di Kelantan dan hampir setahun di Perak. Dan di Terengganu 1999-2004.

Yang bimbang dan takut, jika umno/BN tumbang ialah para pemimpin umno/BN yang kaya raya hasil kerja tidak amanah mereka dari zaman Mahathir kutty jadi PM (1982-2003), kemudian zaman Pak Lah (2003-2010) dan sekarang Najib anak Razak (2010-5 Mei 2013).
Bukti satu persatu telah terdedah dan terbongkar (sila rujuk dan baca melalui media alternatif).
Jika umno/BN tumbang dan kalah dalam PRU 13. Yang akan ganti mentadbir dan memimpin negeri dan negara kita ialah Pakatan Rakyat/PAS/PKR/DAP dan seluruh pendokong mereka. Pendokong Pakatan Rakyat ialah seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, cintakan ketelusan, cintakan pemimpin yang amanah, cintakan kerajaan yang adil, cintakan pemimpin yang ikhlas.
Tumbang umno/BN tumbanglah perasuah. Tumbang umno/BN selamatkan duit dan harta rakyat dari diratah oleh para pemimpin umno/BN dan anak-beranak mereka. Tumbang umno/BN tumbanglah para pemimpin komisyen. Tumbang umno/BN tumbanglah pemimpin pengkhianat mengadai IC kepada warga asing di Sabah. Tumbang umno/BN bebaslah penjawat awam daripada diperkudakan oleh para pemimpinnya.
Tumbang umno/BN akan bebaslah SPR daripada diperkuda umno/BN. Tumbang umno/BN akan selamatlah balai raya untuk kegunaan seluruh rakyat.
Tumbang umno/BN selamatlah sistem kehakiman negara daripada diperkosa dan diperkuda oleh umno/BN. Tumbang umno/BN selamatlah projek-projek kerajaan daripada peningkatan nilai harga. Tumbang umno/BN selamatlah Petronas daripada diratah oleh umno/BN. Tumbang umno/BN selamatlah jabatan-jabatan kerajaan daripada campurtangan umno/BN. Tumbang umno/BN selamatlah masjid/surau daripada halangan umno/BN untuk para ulama muktabar menyampaikan ilmu. Tumbang umno/BN selamatlah kawasan balak. Tumbang umno/BN selamatlah universiti daripada diperkuda oleh umno/BN.
Tumbang umno/BN selamatlah khazanah negeri dan negara. Tumbang umno/BN bebaslah sistem pengurusan negeri dan negara daripada campurtangan politik yang melampau. Tumbang umno/BN selamatlah Perlembagaan Negeri/Negara daripada diperkosa umno/BN.
Tumbang umno/BN berdaulatlah sistem federalisme. Tumbang umno/BN selamatlah PDRM, SPRM dan ATM daripada diperkuda oleh umno/BN untuk kepentingan politik sempit mereka.Tumbang umno/BN selamatlah BTN.
Tumbang umno/BN suburlah perpaduan. Tumbang umno/BN matilah api perkauman melampau jajaan PERKASA. Tumbang umno/BN akan lupuhlah budaya fitnah dan lucah.
Tumbang umno/BN akan suburlah demokrasi. Tumbang umno/BN akan suburlah media bebas.
Tumbang umno/BN akan bebaslah para ulama dan cendikiawan untuk berkarya dan menegur kemungkaran yang berlaku dalam negara.
Tumbang umno/BN akan suburlah nilai-nilai murni, akhlak mulia dan hidup sihat kalangan rakyat. Tumbang umno/BN akan suburlah kelas-kelas, kuliah-kuliah di masjid-masjid.
Tumbang umno/BN akan tersekatlah segala bentuk skandal yang merugikan rakyat, negeri dan negara. Tumbang umno/BN selamatlah segala wang ringgit dan harta negeri dan negara.
Tumbang umno/BN akan terbelalah rakyat miskin dan susah. Tumbang umno/BN akan bertambahlah senang kehidupan rakyat, kerana pemimpin Pakatan Rakyat yang lebih amanah dan ikhlas.
Tumbang umno/BN selamatlah dana dan projek untuk kemajuan rakyat, negeri dan negara.
Tumbang umno/BN selamatlah negeri dan negara daripada warga asing menjadi pengundi bagi memilih pemimpin negeri dan negara. Awas! isu pencerobohan di Lahad Datu Sabah adalah antaranya disebabkan pengkhianatan Mahathir dan kroni-kroninya semata-mata untuk melampiaskan nafsu politik jahat mereka untuk berkuasa, tanpa memikir keselamatan rakyat, negeri dan negara.
Soalan kenapa perlu memberi IC kepada begitu ramai warga asing dari Filipina dan Indonesia di Sabah sebagai pengundi. Kenapa tidak mempercayai undi rakyat sendiri! Inilah jahatnya Mahathir dan kroni-kroninya.
Tumbang umno/BN bertambahlah rakyat yang bijak, berani dan ikhlas membangun negeri dan negara.
Tumbang umno/BN PTPTN DIHAPUSKAN. Tumbang umno/BN rakyat dapat PENDIDIKAN PERCUMA. Tumbang umno/BN negeri-negeri minyak dapat ROYALTY 20%. Tumbang umno/BN rakyat dapat HARGA KERETA LEBIH MURAH. Tumbang umno/BN LEBIH BANYAK MANFAT UNTUK RAKYAT TERBANYAK (Sila rujuk dan baca MANIFESTO PAKATAN RAKYAT DAN BUKU JINGGA)
Maka dengan yang demikian, rakyat mesti bersama mengundi calon-calon Pakatan Rakyat di seluruh negara.
Hanya dengan undi seluruh penyokong dan rakyat Malaysia negeri/negara diselamatkan daripada pengkhianatan para pemimpin umno/BN yang rasuah, tidak amanah dan menjual IC kepada warga asing.
Sekian dulu. UNDILAH CALON-CALON PAKATAN RAKYAT!!!

 Malaysia Bawah BN Negara Paling Amal Rasuah Tertinggi di Dunia
Posted on Tuesday, April 16 @ 22:44:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: ahmadhadeed

"

Mengikut Kajian Transparency International, Malaysia di bawah pemerintahan BN (tulang belakangnya UMNO) ada  lah negara yang paling kuat mengamalkan rasuah mengatasi Indonesia, Mesir dan Senegal. Dari jumlah responden yang di tanya berkaitan ' tidak dapat bersaing dalam perniagaan akibat rasuah' - 50 peratus menjawab ya.Ini bermakna kalau tak beri rasuah tak boleh berniaga. Ini bukan saja terbukti dari research tetapi juga di rasai oleh rakyat Malaysia keseluruhannya.



Ini bermakna peniaga yang ingin bersaing dengan sihat akan kalah bukan kerana produk atau perkhidmatan nya tidak baik atau sebut harga nya tidak manasabah tetapi kerana pesaing lain lebih berupaya merasuah pihak pihak tertentu untuk mendapat tender atau kerja kerja supplying barangan dan perkhidmatan. Kita tahu bahawa kebanyakan tender besar adalah tender kerajaan yang berharga berbillion ringgit. 

Rasuah memberi kesan yang buruk kepada negara selain dari memadamkan semangat persaingan perniagaan yang sihat, Ia akan menyebabkan ketirisan duit negara akibat sebut harga yang tinggi melebihi harga sebenar. Rasuah menghasilkan projek yang kurang bermutu, saperti stadium runtuh dan kolam renang berkarat dan sekaligus menyebabkan kos maintainace yang tinggi. Ini semua membazir duit rakyat. Rasuah juga menyebabkan rosak nya kepercayaan rakyat kepada sistem kerajaan.
BN dan UMNO sudah tentu akan memperbaharui azam nya untuk memerangi rasuah dan kronisme namun itu semua nya bohong yang selalu diperbaharui setiap pilihanraya. Isu besar yang menjustifikasikan menjatuhkan BN dan UMNO adalah rasuah. Mengikut kajian juga perniagaan di Malaysia berkisar dikalangan beberapa pemain tertentu saja. Cuba bayangan berapa billion transaksi berasuah berkisar di kalangan celaka celaka ini. 
Inilah masa nya rakyat menukar kerajaaan sebelum Malaysia menjadi Greece atau Italy. Cegah sebelum parah, tukar sebelum sukar di pulih,

 Zulkifli Nordin reka lagu Khas Untuk UMNO setelah diistiharkan Calon Transformasi BN

Oleh ALBA



Zulkifli Nordin telah mereka satu lagu khas untuk UMNO bagi menyatakan kegembiraannya menjadi calon transformasi UMNO @ BN 


 Walaupun RM1,000
Posted on Tuesday, April 16 @ 19:37:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: IbnuSabah

"Kisah sogok-menyogok di musim pilihanraya sudah sebati dalam jiwa dan hidup orang umno/BN. Ada cerita di sebuah kampung di Sabah pada malam mahu mengundi esoknya, malam itu akan bergerombolanlah agen-agen umno/BN datang rumah ke rumah untuk merasuah rakyat di kampung-kampung sebagai sogokan atau dalam bahasa lain sebagai minyak pelincir.

Begitu sekali umno/BN terdesak untuk mendapatkan undi dan kuasa, sanggup melayan rakyat seperti pengemis yang kelaparan di malam hari.

Mendengar telatah dan sikap bawaan politik 'kebendaan' umno/BN ini, adalah sangat memalukan. Rakyat diasuh dengan cara kebendaan bila nak berkuasa mesti guna wang sogokan.
Rakyat tidak diasuh dengan kecerdikan dan budaya ilmu. Sedang ilmu akan membina akal rakyat yang berjiwa besar dan tamadun. Kebendaan akan mematikan usaha sekaligus menjadikan rakyat berjiwa subsidi dan malas.
Inilah pendekatan politik hamba dan pengemis. Benar wang ringgit diperlukan setiap orang. Namun, budaya sogokan untuk berkuasa akan menjadikan 'rasuah' menjahanamkan daya saing secara sihat dan semangat berusaha akan mati.
Nanti satu masa akan muncullah rakyat seperti hamba orang politik atau pengemis politik yang tidak bertamadun. Lebih dahsyat lagi bila rakyat dijadikan lembu tunggangan para pemimpin umno/BN yang tiada jati diri seorang pemimpin yang berwibawa dan berwawasan.
Cerita beberapa kawan pula di pejabatnya ada kawan-kawannya kata kalau umno/BN tak bagi duit tambang, duit minyak atau tak bagi RM tak akan turun ngundi.
Hal ini juga sudah dicerita kawan penulis sebelum ini. Betapa teruknya budaya sogokan pilihanraya ini. Untuk memilih pemimpin negeri dan negara mesti pakai duit baru boleh gerak kaki ke pusat mengundi.
Siapa yang mengasuh rakyat sedemikian? Kalau bukan umno/BN.
Murahnya harga satu undi untuk memilih seorang pemimpin bagi orang umno/BN. Pasal itu juga mereka sedia jual IC dan gadai maruah negeri dan negara kepada warga asing.
Apakah pemimpin bernilai RM20, RM30, RM50 atau kain pelikat atau sebiji tangki air atau sekeping zink atap rumah atau pemimpin pengkhianat menjual IC kepada warga asing untuk undi umno/BN setiap pilihanraya yang hendak dipilih lagi kali ini.
Tepuk dada tanya iman. Ketuk kepala tanyalah otak.
Ini Kali Lah...rakyat Malaysia mesti dan wajib tukar pemimpin umno/BN kepada pemimpin Pakatan Rakyat/PAS/PKR/DAP/PPPS/APS/PSM untuk mentadbir dan memimpin negeri dan negara kita ke arah lebih baik.
Contoh dan bukti kepimpinan terbaik sudah ada depan mata, walaupun kisah dan cerita kebaikan negeri Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Perak (dulu sebelum dikudeta umno/BN)
Seorang sahabat menegaskan walaupun mereka beri RM1,000, saya tetap undi calon Pakatan Rakyat. Inilah rakyat Malaysia yang berjiwa besar, wang ringgit boleh dicari, nilai seorang pemimpin untuk memimpin negeri dan negara bukan pada RM atau harta peribadinya, tetapi wibawa, akal, ilmu, akhlak dan taqwanya.
Insya Allah, jika rakyat Malaysia berjiwa besar, tidak akan memlih dan mengundi kerana sogokan RM.
Sekian dulu...Jangan lupa UNDI CALON-CALON PAKATAN RAKYAT DI KAWASAN ANDA.

 Tidak disenarai calon BN, Ibrahim Ali tetap tanding di Pasir Mas
Posted on Tuesday, April 16 @ 19:36:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: imamsurau

"KOTA BHARU - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mengumumkan akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas  sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau juga akan bertanding kerusi Dun. Bagaimanapun pilihannya itu akan diumumkan pada hari penamaan calon Sabtu ini.

“Terus terang saya berharap akan dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN). Tetapi saya tidak disenaraikan dan sebabnya tidak diketahui,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, hari ini.

Ketibaan Ibrahim pada jam 4.20 petang itu  disambut oleh lebih 500 ahli Perkasa.

Menurutnya, walaupun tidak terpilih tetapi beliau langsung tidak berkecil hati dan menyeru kepada semua ahli Perkasa di seluruh negara supaya memberi sokongan kepada BN.

Beliau berkata, pilihannya untuk terus bertanding di Parlimen Pasir Mas bukan bererti beliau menentang BN tetapi atas dasar sebagai penyandang serta keinginan rakyat yang mahu beliau terus mempertahankan kerusi tersebut.

Sementara itu, ketika ditanya oleh pemberita simbol apakah yang akan digunakan oleh Ibrahim untuk PRU13 nanti, dengan berseloroh berkata, beliau mungkin memilih simbol katak puru.

“Saya akan pilih salah satu simbol yang akan diberikan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada penamaan calon nanti,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Ibrahim yang bertanding atas tiket Pas menewaskan calon BN, Datuk Rosdi Mahmad dengan majoriti 8,991 undi.

sumber

Umi Hafilda jangan main hentam kromo, nanti mati susah!
Posted on Tuesday, April 16 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,,..

Umi Hafilda macam tak serik serik, terus dengan lagu dia! Tapi kali ini lebih menjadikannya betina gharib(istilah orang Teganu untuk wanita tak bermaruah) kerana keceluparan mulutnya yang tak tahu malu dan tak tahu adat sopan melayu ketika berkata kata.

Kata kata seperti main punggung, penzina dan peliwat jadi bahan wiridnya di mana mana saja dia bercakap. Perempuan melayu jenis apa macam ni? Jenis UMNO barangkali kerana memang UMNO sukakan benda benda lucah! atau perempuan jenis tak belajar ilmu ugama dan adat istiadat melayu serta perempuan yang tak takut mati dan azab kubur.

Kerana tidak takut mati, Umi Hafilda mengulangi sumpah laknat seperti tahun 1998 dulu. Dia sedar tiada apa apa kesan dari sumpah laknatnya dulu, jadi dia bersumpah lagi. Mungkin padanya sumpah itu tidak bermakna apa apa sekadar untuk meyakinkan orang bahawa dakwaannya mengenai DSAI benar.

Umi Hafilda menuduh DSAI penzina pada ketika dia tidak pernah menjawab pengakuan seorang petani dari Serawak bahawa dia pernah berzina dengan Umi Hafilda ketika menjadi saksi perbicaraan DSAI tahun 1998 dulu. Mulut Umi Hafilda menjadi semakin lancang ketika menyerang Nurul Izzah di Pantai Dalam.

Tanpa menghormati Nurul Izzah sebagai perempuan, isteri orang dan anak orang dia menuding jari kepada Nurul Izzah dan mendakwa bapak Nurul Izzah adalah penzina dan peliwat. Dia menuduh ketika DSAI meliwat Azizan, Nurul Izzah masuk bilik dan melihat aksi bapanya.

Sungguh celupar Umi Hafilda. Walaupaun bermati matian Umi Hafilda menyerang Nurul Izzah tapa sedikitpun rasa hormatnya, tetapi hakikat yang berlaku tidak menyokong Umi Hafilda. Lainlah kalau Umi Hafilda menampilkan kedudukan semasa Azizan yang didakwanya menjadi mangsa liwat DSAI dan mengemukakan bukti anak saudaranya adalah darah daging DSAI seperti didakwanya dulu bagi menjustifikasikan tuduhan zinanya terhadap DSAI.

Barang diingat dalam Islam Umi Hafilda perlu mengemukakan 4 orang saksi, bukan bersumpah dan kalau gagal, menuduh wanita yang baik berzina akan menyebabkan Umi Hafilda boleh disebat 80 kali kalau hudud dilaksanakan.

Ini bermakna, tiada siapa termasuk Umi Hafilda boleh celupar menuduh membabi buta dan sepatutnya juga UMNO yang mana pentasnya digunakan oleh Umi Hafilda tidak membenarkan Umi Hafilda mengaibkan orang secara public.

Kalau apa yang dikatakan Umi Hafilda itu betul, tidak sepatutnya dia membuka aib orang tetapi kalau Umi Hafilda cuma hentam kromo sedangkan apa yang dikatanya tidak benar sama sekali maka Umi Hafilda sudah mengaibkan orang dengan kebenaran UMNO( Itu yang berlaku) dan tunggulah balasan ALLAH kalau tidak di dunia ini semasa hidup sudah tentu selepas mati.

Umi Hafilda jangan hentam kromo, nanti mati susah!"


 Dr M takut dipenjarakan jika PR menang, cuba heret Anwar dalam skandal RCI Sabah
Posted on Tuesday, April 16 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Wong Choon Me

Nampaknya bekas PM Mahathir Mohamad akhirnya mahu berhadapan dengan kenyataan bahawa Pembangkang akan memerintah kerajaan persekutuan selepas pilihanraya ke-13 nanti.

Jika berlaku sedemikian, Mahathir yang berusia 87 tahun yang telah didakwa menggelapkan sekurang-kurangnya US$ 100 billion dari perbendaharaan negara tahu bahawa dia tidak akan terlepas dari pada undang-undang daripada pesaing utama yang juga bekas timbalannya, Anwar Ibrahim yang sekarang memimpin Pakatan Rakyat, pakatan pembangkang utama negara.

“Ada yang berkata saya patut meninggalkan Malaysia sebelum keputusan pilihanraya diumumkan. Perkara pertama yang akan dilakukan oleh Pakatan jika memegang kuasa adalah untuk menutup semua lapangan terbang supaya tiada jet persendirian boleh berlepas. Mereka akan mengambil tindakan kea atas orang yang tidak sebulu dengan mereka atau anggap tidak baik dengan mereka,” ini adalah antara komen yang diutarakan oleh bekas lelaki paling berkuasa ini pada hari Khamis.

PR akan bertindak secara professional

Dalam ucapan yang dibuat dalam sebuah forum ekonomi di Kuala Lumpur, Mahathir juga berseloroh dengan menyatakan kelegaannya kerana Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) tidak lagi wujud dan Pakatan yang menggesa pemansuhannya tidak boleh memenjarakan sesiapa sahaja apabila berkuasa kelak.

“Tanpa ISA saya lebih merasa selesa,” kata Mahathir, yang semasa memerintah secara autoritarian, telah memenjarakan ribuan rakyat dibawah undang-undang kejam ISA yang membenarkan kerajaan pimpinannya menahan lawan politik mereka tanpa perbicaraan untuk jangka masa yang tidak diketahui.

Tidak diketahui jika Mahathir cuba mendapatkan maklumat bagaimana Anwar dan Pakatan akan menghukumnya tuduhan rasuah nanti, [baca DR M IBARAT SYAITAN: Tidak boleh digantung, patutkah kita penjarakan seorang yang berusia 87 tahun, bagaimana kita akan MENGHUKUMNYA?] atau adakah dia hanya membuat percaturan politik, penasihat DAP, Lim Kit Siang yang ironinya pernah menjadio mangsa ISA Mahathir menegaskan bahawa Pakatan tidak akan bertindak atas dendam tetapi professional.

“Boleh tenangkan Dr M- tiada yang akan membalas dendam padanya,” kata Kit Siang dalam akaun twitternya. DAP, bersama parti Anwar, PKR dan parti Islam PAS yang diketuai oleh Hadi Awang dari Pakatan Rakyat.

Dr M yang jahat

Mahathir yang telah dikritik hebat dan juga didakwa pengkhianat tertinggi negara juga mahu menyeret Anwar dalam skandal kewarganegaraaan untuk undi di Sabah.

Tidak hairanlah jika Mahathir, yang dianggap sebagai Syaitan cuba untuk memaksa rakyat Malaysia untuk mengundi BN kerana ia merupakan ‘syaitan yang yang sudah dikenali’ daripada Pakatan, yang merupaka ‘malaikat’ yang tidak diketahui- tidak merasakan bahawa dia perlu memberi sebarang bukti ke atas dakwaannya.

“Dia mempunyai kuasa pada masa itu,” kata Mahathir, apabila ditanya jika dia pernah mengarahkan Anwar untuk memberikan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak bersyarat.

“Dia selalunya mengambil inisiatif untuk melakukan lebih (dari sepatutnya). Apa yang dijalankan selalunya berbeza dari apa yang diarahkan.

Khianat

Mahathir yang merupakan perdana menteri dan juga menteri dalam negeri pada tahun-tahun Malaysia menghadapi ketegangan iaitu antara 1980-an dan 90-an telah mengakui bahawa Projek I.C Sabah atau Projek M adalah ideanya sendiri.

Tetapi dia mendakwa bahawa dia tidak pernah melakukan sebarang jenayah dalam memberikan kewarganegaraan kepada pekerja asing di Sabah malah menyamakan tindakannya dengan tindakan perdana menteri pertamaTunku Abdul Rahman, yang telah memberikan kewarganegaraan kepada pekerja Cina dan India sebagai sebahagian usaha untuk mendapatkan kemerdekaan dari penjajah British pada tahun 1957.

Walau bagaimanapun, Anwar dan Pakatan telah menuduh Mahathir menawarkan secara rahsia, kerakyatan kepada warga asing jika mereka bersetuju untuk mengundi BN pada pilihanraya tahun 1994, perbuatan khianat paling dasyat terhadap negara.

Anwar yang pada ketika itu merupaka timbalan perdana menteri dan juga menteri kewangan telah menafikan penglibatan dalam Projek M, dengan menegaskan bahawa dia tidak tahu apa yang telah berlaku.

Dalam Inkues Suruhanjaya bagi skandal kerakyatan untuk undi yang sedang berjalan di Sabah, saksi dari Jabatan Pendaftaran Negara telah tampil untuk memberi kenyataan menerima arahan dari setiausaha politik Mahathir, Aziz Shamsuddin dan Allahyarham Megat Junid, timbalan menteri dan juga pengikut setia Mahathir.

“Mahathir sememangnya terkenal dengan kejahatan seperti ini. Dia mahu mencemarkan nama baik Anwar. Lihatlah pada dakwaan liwat yang direncanakan olehnya terhadap Anwar untuk menyembunyikan kerugian sejumlah RM 30 billion dalam pertukaran wang asing dan salah tadbir urus ekonomi- ia sama seperti tidak jujur dalam politik dan perbuatan kejam,” ketua jawatankuasa disiplin PKR, Tan Kee Kwong memberitahu Malaysia Chronicle.

Malaysia Chronicle






Tiada ulasan: