MB Pahang pertahan kerusi Dun Pelangai, tampil 12 muka baru
16 April 2013
Datuk Seri Adnan Yaakob
Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, penyandang kerusi Parlimen Rompin pula akan bertanding bagi mempertahankan kerusi berkenaan, sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini, yang mengatakan beliau akan bertanding di kerusi Dun.
Adnan ketika mengumum dan menyampaikan watikah kepada calon-calon BN Pahang di Bangunan Yayasan Pahang di sini berkata 12 muka baru ditampilkan untuk Dun bagi mewakili Barisan Nasional (BN).
Muka baru itu akan bertanding di Dun Tras, Beserah, Tanjung Lumpur, Peramu Jaya, Luit, Chenor, Kuala Semantan, Bilut, Ketari, Sabai, Triang dan Bukit Ibam.
Bagi Parlimen, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertahankan Parlimen Pekan, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dicalon untuk kawasan Cameron Highlands, Parlimen Raub, yang sebelum ini disandang Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen, akan ditandingi Timbalan Pengerusi MCA Pahang, Datuk Hoh Khai Mun, yang sebelum ini merupakan penyandang kerusi DUN Bilut.
Kerusi Parlimen Jerantut akan ditandingi muka baru, Ahmad Nazlan Idris menggantikan penyandang, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, manakala kerusi Parlimen Indera Mahkota akan ditandingi Datuk Wan Adnan Wan Mamat, yang sebelum ini penyandang kerusi DUN Tanjung Lumpur.
Bagi kerusi Parlimen Kuantan, setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohamad Suffian Awang akan mewakili BN bagi merampas semula kerusi yang dimenangi calon PKR Fuziah Salleh pada pilihan raya umum 2008.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempertahankan kerusi parlimen Bera.
Selain lima kerusi parlimen berkenaan, sembilan lagi kerusi parlimen akan ditandingi penyandang bagi kerusi parlimen itu.
Dua exco kerajaan negeri Pahang digugurkan daripada senarai calon BN ialah Datuk Ishak Mohamed (penyandang Dun Bebar) dan Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz (penyandang Dun Bukit Ibam).
Tiga calon wanita akan bertanding mewakili BN ialah Datuk Maznah Mazlan yang juga penyandang kerusi DUN Muadzam Shah, Datuk Shahaniza Shamsuddin (penyandang Dun Kuala Sentul) dan muka baru, Nurhidayah Mohamad Shahaimi (Dun Luit).
Sebanyak 14 kerusi parlimen di Pahang dan 42 kerusi Dun dipertandingkan pada pilihan raya umum nanti. - Bernama
Calon BN N9: 21 muka baru, Rais digugurkan
16 April 2013
Mohamad Hasan menyampaikan watikah pelantikan calon kepada Khairy Jamaluddin yang dicalonkan bertanding semula di Parlimen Rembau. Foto Bernama
SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilanmenampilkan 21 muka
baru sebagai calon yang akan bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 36
Dewan Undangan Negeri (Dun) negeri ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum
(PRU) ke-13.
Pada majlis pengumuman senarai calon BN di sini hari ini, Pengerusi BN
negeri Datuk Seri Moham ad Hasan mengumumkan Naib Ketua Umno Bahagian
Jelebu Zainuddin Ismail sebagai calon bagi kerusi Parlimen Jelebu.
Pengumuman itu sekali gus mengesahkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak disenaraikan sebagai calon.

Bekas Menteri Besar dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
dicalonkan semula untuk bertanding di kerusi Parlimen Jempol, sementara
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan mempertahankan kerusi
Parlimen Rembau.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan Timbalan Menteri
Kemajuan Luar Bandar Datuk Hasan Malek kekal bertanding di kerusi
masing-masing iaitu di Parlimen Tampin dan Kuala Pilah.
Bagi kerusi Parlimen Teluk Kemang pula, Ketua Penerangan MIC Datuk V S
Mogan diumumkan sebagai calon, sementara kerusi Parlimen Seremban dan
Rasah akan diwakili muka baharu Teo Eng Kian (Timbalan Setiausaha
Organisasi MCA Negeri) dan pengerusi MCA negeri Datuk Yeow Chai Thiam.
Bagi kerusi Dun pula, Mohamad yang juga Menteri Besar akan
mempertahankan Dun Rantau, sementara veteran Umno yang juga Ketua Umno
Bahagian Seremban Datuk Ishak Ismail dicalonkan bertanding di kerusi Dun
Lenggeng.
Sementara penyandang kerusi Parlimen Jempol Datuk Lilah Yasin dicalonkan bertanding di kerusi Dun Palong.
Terdahulu dalam ucapannya sebelum mengumumkan perkara itu, Mohamad
berkata, senarai calon kali ini merupakan gandingan antara pemimpin lama
dan baharu mewakili setiap lapisan masyarakat yang diharap mampu
menjulang BN pada PRU ini.
Katanya, nama-nama yang diumumkan telah disaring dan dinilai pucuk
pimpinan atasan dan mereka yang digugurkan atau tidak dicalonkan perlu
menerima dengan hati terbuka dan perlu bekerjasama sebagai satu pasukan
bagi memastikan kemenangan.
"Janganlah merasa terkilan atau sebagainya sebaliknya kita mesti
pastikan BN menang pada PRU ini bukan hanya menang majoriti mudah tapi
dengan majoriti dua pertiga," katanya.
16 April 2013
Datuk Seri Shahidan Kassim
16 April 2013
Dr Zambry Abdul Kadir
[DIKEMAS KINI] IPOH - Menteri Besar Datuk, Seri Dr
Zambry Abdul Kadir dan empat menteri di Perak kekal dalam senarai calon
BN negeri untuk mempertahan kerusi yang disandang pada pilihan raya umum
5 Mei ini, di samping 11 calon generasi muda yang turut dinamakan
dalam senarai penuh yang diumumkan hari ini.
BN Perak menampilkan 35 orang atau 60 peratus calon muka baharu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan lima atau 21 peratus muka baharu untuk kerusi Parlimen.
"Dalam proses peremajaan parti, 11 calon daripada generasi muda dipilih untuk mewakili suara golongan itu dalam Dewan Negeri. BN Perak turut menampilkan lapan calon wanita yang akan bertanding di Dun dan dua calon di Parlimen," kata Zambry yang juga pengerusi BN Perak, pada majlis pengumuman calon-calon negeri, di Bangunan Umno di sini hari ini.
Calon termuda BN negeri ialah anggota Jawatankuasa Pemuda MCA Kampar Daniel Wa Wai How, 25, yang bertanding di kawasan Dun Keranji dan yang lain termasuk Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin, (Parlimen Parit Buntar), Ketua Puteri Umno Perak Salbiah Mohamed (Dun Temengor) dan pegawai khas Menteri Pengangkutan Ting Tai Fook (Dun Sitiawan).
Zambry akan mempertahan kerusi Dun Pangkor manakala menteri di Perak yang mempertahan kerusi masing-masing ialah Menteri Kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Parlimen Tambun), Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datoh), Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha (Lumut) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz (Padang Rengas).
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin kekal mempertahan kerusi Parlimen Larut manakala Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berpindah ke Parlimen Taiping dari Gerik.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K Devamany pula berpindah kerusi dari Parlimen Cameron Highlands ke Parlimen Sungai Siput, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong kekal di kerusi Kampar dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan di kawasan Parlimen Tapah.
Selain itu, Zambry berkata, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas diminta oleh pucuk pimpinan pada saat akhir untuk bertanding di Dun Pasir Bedamar berikutan calon yang disenarai pendek tidak menepati kriteria yang ditetapkan parti.
Zambry berkata, Kayveas yang sebelum ini bertanding bagi kerusi Parlimen Taiping membuat pengorbanan memenuhi permintaan pucuk pimpinan untuk bertanding kerusi Dun bagi membantu kemenangan BN di Perak.
Beliau berkata senarai calon yang dikemukakan BN mempamerkan gandingan pelbagai latar belakang yang terdiri daripada golongan profesional dalam bidang perubatan dan perundangan, ahli akademik dan agama serta golongan pendidik dan pentadbir.
Selain Salbiah, antara calon wanita yang membawa cabaran BN di peringkat Dun ialah Exco kanan negeri Datuk Hamidah Osman (Sungai Rapat), Ketua Pergerakan Wanita Umno negeri Datuk Rusnah Kassim (Behrang), Ketua Wanita Umno Bahagian Padang Rengas, Datuk Siti Salmah Mat Jusak (Lubuk Merbau), Exco Puteri Umno Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah), Ketua Wanita Gerakan Ipoh Timor Ceylyn Tay Wei Lung (Canning) dan anggota Jawatankuasa MCA di Pantai Remis Koh Ser Yun (Pantai Remis).
Pengumuman itu turut menyaksikan kesemua anggota Exco kerajaan negeri sebelum Dun dibubar, kekal bertanding kecuali Datuk Ramly Zahari. Penyandang kerusi Dun yang digugurkan termasuk Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Kubu Gajah), Datuk Ahamed Pakeh Adam (Lintang), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu) dan Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Kampong Gajah).
Datuk Nadzri Ismail (Manjoi) pula tidak disenaraikan kerana memilih untuk tidak bertanding.
Zambry berkata parti amat memahami ada nama yang dikehendaki tidak senaraikan sebagai calon BN namun mereka juga perlu ingat bahawa tidak semua yang dihajati dapat dipenuhi.
"Kita selesaikan semua dengan semangat musyawarah dalam BN, kita tidak umumkan nama-nama calon menggunakan pentas-pentas ceramah dan kita berjaya selesaikannya dengan baik sekali," katanya.
Dengan penampilan gabungan pelbagai latar belakang dan calon muka baru terutama daripada golongan belia serta wanita, beliau berkata, BN Perak bertekad melaksanakan aku janji serta tidak akan mengulangi peristiwa pahit pada tahun (PRU) 2008.
16 April 2013
Abdul Aziz Mohd Yusof
KUALA LUMPUR - Dengan bahang Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hangat,
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekali lagi meminta parti-parti politik
yang bertanding supaya berkempen secara sihat dan mematuhi undang-undang
pilihan raya.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yakin jika ia dilaksanakan, pilihan raya umum kali ini dapat dijalankan dengan lancar dan dalam keadaan baik.
"Kalau itu dipatuhi oleh semua pemimpin politik, saya fikir tidak apa jika kempen panas atau getir tetapi ia sihat...itu sangat penting," katanya pada temu bual 'Dalam Radar' kelolaan Bernama Radio24 di Wisma Bernama di sini.
Sambil mengingatkan semua pihak bahawa pilihan raya umum diadakan sekali dalam masa lima tahun, beliau berharap mereka tidak terlalu emosional dan membangkitkan sentimen semasa kempen.
"Bertandinglah dengan sihat, ikut peraturan-peraturan jika nak berkempen," katanya.
Rabu lepas, SPR mengumumkan hari penamaan calon pada Sabtu ini manakala hari pengundian ditetapkan 5 Mei.
Dalam pada itu, Abdul Aziz berharap semua pihak berkenaan dapat memberikan kerjasama baik kepada SPR dan pihak berkuasa pada pilihan raya umum kali ini termasuk tidak membawa penyokong terlalu ramai pada hari penamaan calon.
"Kita kena ubah budaya ini. Saya mohon kerjasama sebab di bawah undang-undang, saya tidak ada kuasa menegah mereka tetapi saya pohon mereka jangan datang terlalu ramai kerana ia menyusahkan pihak berkuasa dan orang ramai," katanya.
Beliau berkata perkara itu dibangkitkannya pada 14 perjumpaan bersama pemimpin-pemimpin parti politik sebelum ini.
Mengenai dakwaan segelintir pihak berhubung kertas undi bernombor, beliau berkata perkara itu tidak berlaku dan menjamin undi adalah 100 peratus rahsia.
Ditanya sama ada kertas undi boleh dianggap sah jika dakwat kekal tertumpah ke atasnya, Abdul Aziz berkata jika perkara itu berlaku, pengundi boleh memohon kertas undi baharu daripada pegawai pilihan raya.
Bagaimanapun, katanya perkara itu tidak mungkin berlaku kerana dakwat kekal itu boleh kering di jari dalam tempoh tiga saat.- Bernama
16 April 2013
Kok Liang
TELUK INTAN - Perkenalan singkat ketika menghadiri kenduri kahwin kakak
di Kampung Gajah yang baru menjangkau tiga bulan mengundang padah buat
seorang calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) apabila dia menjadi
mangsa rogol oleh temannya itu.
Dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa berusia 15 tahun itu baru berkenalan dengan suspek dan diajak keluar berjalan-jalan sekitar Teluk Batik kemudiannya ke Teluk Intan sebelum mengajak gadis itu ke rumah abang suspek di Labu Kubong.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisoner Goh Kok Liang berkata, suspek berusia 19 tahun itu membawa pelajar sebuah sekolah di Kampung Gajah ke sebuah rumah kosong milik abang lelaki tersebut di Labu Kubong.
Menurutnya, setiba di tempat kejadian, kira-kira jam 12.30 tengah hari, Sabtu lalu, suspek yang bekerja sebagai buruh kasar membawa masuk mangsa sebelum merogol pelajar tersebut.
“Selepas memuaskan nafsu, mangsa mengalami pendarahan teruk akibat dirogol suspek sebelum lelaki itu membawa pelajar itu ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk pemeriksaan.
“Ketika suspek membawa mangsa ke HTI, petugas bertanyakan apa yang terjadi dan lelaki itu menjawab bahawa pelajar itu terjatuh,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Kok Liang berkata, petugas HTI yang tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan oleh suspek, turut menyoal kepada mangsa sebelum mengakui dirogol lelaki itu.
Katanya, menyedari mangsa dirogol suspek, petugas HTI menghubungi keluarga mangsa dan satu laporan polis dibuat oleh abang ipar pelajar perempuan tersebut.
"Kami menahan suspek bagi membantu siasatan terhadap kes tersebut.
“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya
Shahidan Kassim tanding kerusi Parlimen Arau
16 April 2013
Datuk Seri Shahidan Kassim
BERIKUT senarai calon BN PRU13 Perlis yang diumumkan Pengerusi BN Negeri pagi ini.
P001 Padang Besar - Zahidi Zainol Abidin
N01 Titi Tinggi - Khor Hock Kong
N02 Beseri - Mat Rawi Kassim
N03 Chuping - Asmaiza Ahmad
N04 Mata Ayer - Khairi Hassan
N05 Santan - Sabry Ahmad
P002 Kangar - Shaharuddin Ismail
N06 Bintong - Rela Ahmad
N07 Sena - Abdul Jamil Saad
N08 Indera Kayangan - Por Choo Cor
N09 Kuala Perlis - Mat Hassan
N10 Kayang - Ahmad Bakri Ali
P003 Arau - Shahidan Kassim
N11 Pauh - Azlan Man
N12 Tambun Tulang - Ismail Kassim
N13 Guar Sanji - Jefpari Othman
N14 Simpang Empat - Nurulhisyam Yaakob
N15 Sanglang - Fathul Bari Mat Jahaya

MB Perak, 4 menteri kekal bertanding
16 April 2013
Dr Zambry Abdul Kadir
BN Perak menampilkan 35 orang atau 60 peratus calon muka baharu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan lima atau 21 peratus muka baharu untuk kerusi Parlimen.
"Dalam proses peremajaan parti, 11 calon daripada generasi muda dipilih untuk mewakili suara golongan itu dalam Dewan Negeri. BN Perak turut menampilkan lapan calon wanita yang akan bertanding di Dun dan dua calon di Parlimen," kata Zambry yang juga pengerusi BN Perak, pada majlis pengumuman calon-calon negeri, di Bangunan Umno di sini hari ini.
Calon termuda BN negeri ialah anggota Jawatankuasa Pemuda MCA Kampar Daniel Wa Wai How, 25, yang bertanding di kawasan Dun Keranji dan yang lain termasuk Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin, (Parlimen Parit Buntar), Ketua Puteri Umno Perak Salbiah Mohamed (Dun Temengor) dan pegawai khas Menteri Pengangkutan Ting Tai Fook (Dun Sitiawan).
Zambry akan mempertahan kerusi Dun Pangkor manakala menteri di Perak yang mempertahan kerusi masing-masing ialah Menteri Kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Parlimen Tambun), Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datoh), Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha (Lumut) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz (Padang Rengas).
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin kekal mempertahan kerusi Parlimen Larut manakala Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berpindah ke Parlimen Taiping dari Gerik.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K Devamany pula berpindah kerusi dari Parlimen Cameron Highlands ke Parlimen Sungai Siput, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong kekal di kerusi Kampar dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan di kawasan Parlimen Tapah.
Selain itu, Zambry berkata, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas diminta oleh pucuk pimpinan pada saat akhir untuk bertanding di Dun Pasir Bedamar berikutan calon yang disenarai pendek tidak menepati kriteria yang ditetapkan parti.
Zambry berkata, Kayveas yang sebelum ini bertanding bagi kerusi Parlimen Taiping membuat pengorbanan memenuhi permintaan pucuk pimpinan untuk bertanding kerusi Dun bagi membantu kemenangan BN di Perak.
Beliau berkata senarai calon yang dikemukakan BN mempamerkan gandingan pelbagai latar belakang yang terdiri daripada golongan profesional dalam bidang perubatan dan perundangan, ahli akademik dan agama serta golongan pendidik dan pentadbir.
Selain Salbiah, antara calon wanita yang membawa cabaran BN di peringkat Dun ialah Exco kanan negeri Datuk Hamidah Osman (Sungai Rapat), Ketua Pergerakan Wanita Umno negeri Datuk Rusnah Kassim (Behrang), Ketua Wanita Umno Bahagian Padang Rengas, Datuk Siti Salmah Mat Jusak (Lubuk Merbau), Exco Puteri Umno Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah), Ketua Wanita Gerakan Ipoh Timor Ceylyn Tay Wei Lung (Canning) dan anggota Jawatankuasa MCA di Pantai Remis Koh Ser Yun (Pantai Remis).
Pengumuman itu turut menyaksikan kesemua anggota Exco kerajaan negeri sebelum Dun dibubar, kekal bertanding kecuali Datuk Ramly Zahari. Penyandang kerusi Dun yang digugurkan termasuk Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Kubu Gajah), Datuk Ahamed Pakeh Adam (Lintang), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu) dan Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Kampong Gajah).
Datuk Nadzri Ismail (Manjoi) pula tidak disenaraikan kerana memilih untuk tidak bertanding.
Zambry berkata parti amat memahami ada nama yang dikehendaki tidak senaraikan sebagai calon BN namun mereka juga perlu ingat bahawa tidak semua yang dihajati dapat dipenuhi.
"Kita selesaikan semua dengan semangat musyawarah dalam BN, kita tidak umumkan nama-nama calon menggunakan pentas-pentas ceramah dan kita berjaya selesaikannya dengan baik sekali," katanya.
Dengan penampilan gabungan pelbagai latar belakang dan calon muka baru terutama daripada golongan belia serta wanita, beliau berkata, BN Perak bertekad melaksanakan aku janji serta tidak akan mengulangi peristiwa pahit pada tahun (PRU) 2008.
SPR: Kempen secara sihat, elak emosi serta sentimen
16 April 2013
Abdul Aziz Mohd Yusof
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yakin jika ia dilaksanakan, pilihan raya umum kali ini dapat dijalankan dengan lancar dan dalam keadaan baik.
"Kalau itu dipatuhi oleh semua pemimpin politik, saya fikir tidak apa jika kempen panas atau getir tetapi ia sihat...itu sangat penting," katanya pada temu bual 'Dalam Radar' kelolaan Bernama Radio24 di Wisma Bernama di sini.
Sambil mengingatkan semua pihak bahawa pilihan raya umum diadakan sekali dalam masa lima tahun, beliau berharap mereka tidak terlalu emosional dan membangkitkan sentimen semasa kempen.
"Bertandinglah dengan sihat, ikut peraturan-peraturan jika nak berkempen," katanya.
Rabu lepas, SPR mengumumkan hari penamaan calon pada Sabtu ini manakala hari pengundian ditetapkan 5 Mei.
Dalam pada itu, Abdul Aziz berharap semua pihak berkenaan dapat memberikan kerjasama baik kepada SPR dan pihak berkuasa pada pilihan raya umum kali ini termasuk tidak membawa penyokong terlalu ramai pada hari penamaan calon.
"Kita kena ubah budaya ini. Saya mohon kerjasama sebab di bawah undang-undang, saya tidak ada kuasa menegah mereka tetapi saya pohon mereka jangan datang terlalu ramai kerana ia menyusahkan pihak berkuasa dan orang ramai," katanya.
Beliau berkata perkara itu dibangkitkannya pada 14 perjumpaan bersama pemimpin-pemimpin parti politik sebelum ini.
Mengenai dakwaan segelintir pihak berhubung kertas undi bernombor, beliau berkata perkara itu tidak berlaku dan menjamin undi adalah 100 peratus rahsia.
Ditanya sama ada kertas undi boleh dianggap sah jika dakwat kekal tertumpah ke atasnya, Abdul Aziz berkata jika perkara itu berlaku, pengundi boleh memohon kertas undi baharu daripada pegawai pilihan raya.
Bagaimanapun, katanya perkara itu tidak mungkin berlaku kerana dakwat kekal itu boleh kering di jari dalam tempoh tiga saat.- Bernama
Pelajar dirogol buruh kasar
16 April 2013
Kok Liang
Dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa berusia 15 tahun itu baru berkenalan dengan suspek dan diajak keluar berjalan-jalan sekitar Teluk Batik kemudiannya ke Teluk Intan sebelum mengajak gadis itu ke rumah abang suspek di Labu Kubong.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisoner Goh Kok Liang berkata, suspek berusia 19 tahun itu membawa pelajar sebuah sekolah di Kampung Gajah ke sebuah rumah kosong milik abang lelaki tersebut di Labu Kubong.
Menurutnya, setiba di tempat kejadian, kira-kira jam 12.30 tengah hari, Sabtu lalu, suspek yang bekerja sebagai buruh kasar membawa masuk mangsa sebelum merogol pelajar tersebut.
“Selepas memuaskan nafsu, mangsa mengalami pendarahan teruk akibat dirogol suspek sebelum lelaki itu membawa pelajar itu ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk pemeriksaan.
“Ketika suspek membawa mangsa ke HTI, petugas bertanyakan apa yang terjadi dan lelaki itu menjawab bahawa pelajar itu terjatuh,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Kok Liang berkata, petugas HTI yang tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan oleh suspek, turut menyoal kepada mangsa sebelum mengakui dirogol lelaki itu.
Katanya, menyedari mangsa dirogol suspek, petugas HTI menghubungi keluarga mangsa dan satu laporan polis dibuat oleh abang ipar pelajar perempuan tersebut.
"Kami menahan suspek bagi membantu siasatan terhadap kes tersebut.
“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan