BN tumbang Melayu makin kukuh - pakar Perlembagaan
| Harakah, | 17 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR:
Kedudukan orang Melayu, bahasa kebangsaan, agama Islam dan Raja-raja
Melayu akan terus kekal kukuh kerana perlembagaan telah memahat mati
semua peruntukan yang berkenaan. Jika Pakatan perolehi majoriti dua pertiga sebanyak 148 kerusi sekalipun, ia hanya di Dewan Rakyat.
Tetapi Dewan Negara majoritinya masih senator lantikan Umno-BN yang dengan sendirinya tidak membolehkan sebarang pindaan Perlembagaan kerana syarat majoriti dua pertiga itu di kedua-dua Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Ia juga memerlukan perkenan Majlis Raja-Raja berdasarkan peruntukan perlembagaan itu.
Sebab itu, tidak timbul soal Pakatan meminda atau memansuh peruntukan-peruntukan berkenaan bahkan Pakatan bakal mengukuhkannya lagi.
Inilah ulasan pakar undang-undang perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari (gambar) yang bakal disiarkan Harakah dalam edisi Jumaatnya.
Dapatkan Harakah mulai esok untuk mendapat penjelasan lanjut.
Kajian: Rakyat tidak percaya video kaitkan Anwar
| Harakahdaily, | 17 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Kajian
yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya
(UMCEDEL) berhubung video seks yang dikaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim
mendapati majoriti rakyat Malaysia tidak mempercayaainya.Daripada 2044 responden, 728 dari mereka tidak mempercayai video tersebut, 919 tidak pasti manakala hanya 402 yang memilih percaya.
"Kajian yang dilakukan secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur melibatkan etnik Melayu, Cina, India dan lain-lain mendapati bahawa mereka yang percaya kepada video seks yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sekitar 16-20 peratus sahaja.
"Manakala jumlah yang tidak percaya dan tidak pasti menyumbangkan peratus yang tertinggi," kenyataan mereka dipetik.
Mereka juga menyimpulkan bahawa kajian yang dilakukan dalam bulan November hingga Disember 2011 menunjukkan bahawa publisiti besar-besaran yang dilakukan bagi mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video tersebut gagal meyakinkan rakyat Malaysia untuk percaya tentang perkara itu.
Kami akan pastikan calon BN tewas – Shariff Omar
| Mohd Sabri Said, | 17 Apr 2013 |

TASEK GELUGOR: Mantan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Shariff Omar mengakui pengumuman muka baru sebagai calon Pilihanraya Umum ke-13 oleh Umno Pulau Pinang semalam boleh membawa kekalahan dan kehancuran Barisan Nasional (BN).
Beliau yang berbaju 'T' belang berseluar hitam ketika berucap di hadapan ribuan penyokong di pekarangan kediamanya di Pokok Machang, di sini malam tadi kelihatan kecewa.
Ini kerana beliau tidak disenaraikan sebagai calon BN menggantikan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang digugurkan sebaliknya memberikan mandat kepada Ketua Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahya, yang pernah mengalahnya ketika pemilihan Umno beberapa tahun lalu.
Shariff yang juga mantan Timbalan Menteri Pertanian menegaskan, kerusi tersebut sepatutnya menjadi miliknya semula setelah dipinjamkan atas saranan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menamakan Nor Mohamed Yakcop sebagai calon pada Pilihan raya Umum ke-12 lalu.
"Kenapa janji tidak ditepati macam slogan BN. Nampak gayanya dah jadi capati. Apa kata kali ni kita koyak BN yang sengaja memilih individu yang tidak bekerja sebagai calon,” ujarnya.
"Keputusan yang diambil nanti bukan keputusan sendiri tapi atas sokongan hadirin malam ini. Kami akan pastikan calon BN tewas," tambahnya.
Calon: Belum apa-apa, dah nafi campur tangan
| Harakahdaily, | 17 Apr 2013 |
"Menjelang PRU ini saya telah banyak difitnah dan ditohmah... inilah yang saya rasa sebagai isteri pemimpin negara dan perkara itu sememangnya tidak boleh dielakkan.
"Antara (tohmahan) yang saya dengar, ada pihak yang bercakap saya masuk campur dalam pemilihan calon...itu tidak benar kerana kalau saya masuk campur pasti saya tahu siapa yang dicalonkan atau digugurkan," kata Rosmah yang dipetik Sinar Harian Online.
Satu sumber Umno memberitahu Harakahdaily, Rosmah tidak boleh menyalahkan pihak pemerhati politik yang melihat calon-calon yang dikemukakan BN semalam mirip calon pilihan isteri perdana menteri itu.
“Ini gerenti bukan senarai calon yang disukai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini lebih mirip citarasa calon Kak Ros.
"Boleh dikatakan Najib telah memilih calon-calon yang menepati citarasa isterinya. Sekarang di kalangan Umno sendiri dah tersebar ungkapan calon-calon ini ialah calon-calon Kak Ros,” kata sumber itu.
Beliau juga terkejut melihat orang yang paling tidak disenangi Mahathir, Khairy Jamaluddin tersenarai sebagai calon untuk Rembau dan ahli parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir 'dihalau' ke Dewan Undangan Negeri (Dun).
“Di mana ada Khairy, di situlah tanda kekalahan Mahathir. Selepas berusaha sekian lama, Mahathir masih gagal mencantas Khairy. Ada Khairy di dalam senarai bermaksud Mahathir dah tewas di tangan Kak Ros.
"Kak Ros bukan suka sangat kat Khairy, tapi Khairy adalah tropi kemenangan bila berlawan dengan Mahathir. Dan Kak Ros nak send signal itu, dan pada masa yang sama terlalu gelabah dituduh sebagai dalang dalam pemilihan calon,” kata sumber Umno itu lagi.
Sumber itu juga memberitahu, kerjaya politik Mukhriz kini katanya sedang cuba ditamatkan oleh golongan tertentu.
“Jika tidak, mengapa bagi Ayer Hitam, kawasan kuat PAS dan bukan Kota Seputih,” soalnya.
“Saya dah bagitahu awal lagi winnable candidate ini tiada piawai. Winnable ialah mengikut kesukaan Kak Ros,” katanya lagi.
Selain itu, beliau juga bberkata Umno Shah Alam kini berasa malu apabila Timbalan Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin dicadangkan sebagai calon di sana.
“Mereka kata pencalonan Zulkifli sekarang dah jadi bahan jenaka di masjid-masjid negeri Selangor,” katanya.
Nasib 4 katak: Hilang madu sepah dibuang
| Harakahdaily, | 17 Apr 2013 |
(Jamaludin, Othman, Hee dan Keshvinder...kemana mereka)
IPOH: 'Hilang madu sepah dibuang'. Setelah berjaya mendapat kuasa, mereka yang berjasa kepada mereka selama ini dibuang begitu sahaja.
Itulah nasib empat bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak yang menolong BN menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan di Perak.
Dalam pengumuman calon-calon BN semalam, kesemua mereka tidak mendapat sebarang kerusi dalam pilihan raya ini.(Dalam kenangan...Najib ketika mengumumkan tindakan tiga ADUN Pakatan keluar parti dan sokong BN. Sekarang ke mana mereka?)
"Setelah rampasan kuasa di Perak, kini BN mengkhianati 4 katak yang bantunya rampas kuasa. Rakyat tak akan lupa. Ini Kalilah!" tulis Nga Kor Meng, bekas Exco kerajaan negeri Perak.
Sebelum ini, beliau yang juga Setiausaha DAP Negeri Perak mencabar Barisan Nasional (BN) menyenaraikan empat calon bebas, Datuk Hee Yit Fong, Jamaluddin Radzi, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Keshvinder Singh sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Nga Kor Ming berkata, keempat-empat penyandang kerusi Dun itu perlu diberi peluang susulan tindakan mereka meninggalkan parti masing-masing untuk membolehkan BN mentadbir negeri ini.
Katanya, BN perlu mengenang jasa keempat-empat penyandang kerusi Dun itu dengan mencalonkan mereka untuk bertanding semula pada pilihan raya umum kali ini.
"Mereka perlu diberi peluang selepas tindakan mereka menamatkan pemerintahan sebuah kerajaan yang mendapat mandat sepenuhnya daripada rakyat. Kami cabar BN Negeri Perak senaraikan 'fantastic four' ini sebagai calon PRU13.
"Peletakan keempat-empat calon bebas itu bakal membuktikan tahap sebenar sokongan rakyat kepada mereka," katanya pada sidang media, di sini sebelum ini.
Huru-hara: Jangan takutkan pengundi buat perubahan
| Harakahdaily, | 17 Apr 2013 |

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diingatkan tidak perlu takut untuk membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan berlangsung 5 Mei nanti biarpon dimomokkan akan berlakunya huru-hara.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, rakyat tidak perlu panik dengan dakwaan akan berlakunya huru-hara jika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara kerana pasukan keselamatan adalah profesional dalam menjalankan tanggungjawab bagi memastikan peralihan kuasa berlaku secara aman.
Katanya, apa sahaja keputusan yang akan diumumkan pada pilihan raya ini nanti, pasukan keselamatan perlu menjaga kemananan dalam tempoh itu.
“Perdana Menteri, Najib Razak sendiri memberikan jaminan akan berlaku peralihan kuasa secara aman. Kita menasihatkan bahawa perlunya wujud peralihan secara aman,” kata Musa dipetik Selangorku.
Beliau berkata demikian semasa Forum Untuk Keamanan dan Peralihan Kuasa Secara Aman Pasca PRU-13 yang berlangsung di sebuah hotel ibu negara di sini.
Disamping itu, beliau berkata pemimpin politik tidak sewajarnya mengeluarkan sebarang komen yang menakut-nakutkan rakyat dengan pelbagai dakwaan akan berlaku huru-hara, supaya rakyat akan merasa tenteram.
"Sebagai pemimpin, mereka patut menasihatkan rakyat bertenang dalam memilih kerajaan pilihan hati mereka," kata Musa, yang dilihat lantang menyuarakan pendapatnya selepas bersara.
"Bagi saya, (kenyataan) itu hampir seperti menghasut," tambahnya.
Beliau juga percaya pasukan keselamatan mempunyai keupayaan perisikan yang mantap jika ada mana-mana kumpulan yang mahu mencetuskan sebarang kekacauan dengan mengambil tindakan lebih awal.
Turut serta pada forum itu bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat (ATM), Leftenan Jeneral (B) Datuk Abd Ghafir Abd Hamid sementara Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mazlee Malik menjadi perantara.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa mendapat maklumat bahawa Pakatan Rakyat akan menimbulkan huru hara pada hari mengundi.
Katanya, Pakatan Rakyat bertindak demikian kerana semakin bimbang dengan kebangkitan rakyat menyokong Barisan Nasional (BN).
Malaysia Oh Malaysia
| A Aziz, | 17 Apr 2013 |
Pada waktu dan detik ini dan entah sampai bila rakyat Malaysia akan terbelenggu dengan pemerintah yang zalim, rasuah, kronisme, menipu rakyat dan pelbagai kebejatan dalam pentadbiran serta tadbir urus negara,
Sampai bilakah kita sebagai rakyat Malaysia tidak mahu membuka pintu mata hati?
Tiada ertinya jika hanya berdiam diri,
Melihat perilaku pemerintah yang mahu membolot kekayaan negara,
Penyesalan tidak membuahkan apa-apa,
Tidak akan sama sekali mengurangi penderitaan rakyat.
Wahai rakyat Malaysia yang saya kasihi,
Ketahuilah bahawa negeri ini kaya,
Khazanah alam melimpah ruah,
Tapi tahukah engkau?
Ribuan petani terusir dari tanah sendiri,
Pemerintah sebebasnya merampas tanah milik rakyat,
Rampasan dibuat atas nama pembangunan yang akhirnya mengkayakan mereka dan keluarga mereka si Pemerintah yang rakus kuasa,
Di negara ini, keadilan, demokrasi dan kemanusiaan tidak sama sekali diendahkan,
Bahkan diinjak-injak oleh si gila kuasa,
Putrajaya simbol pentadbiran negara mahu dipertahankannya hingga ke titisan darah terakhir,
Seolah-olah Malaysia ini milik mereka dan kroni mereka.
Sesaknya dada ini bagaikan ditimbus oleh debu dan pasir,
Melihat para badut yang gila kuasa menipu bangsanya sendiri di akhbar dan televisyen,
Rakyat dirasuah dengan BR1M dan pelbagai insentif sebagai umpan pilhanraya,
Rakyat dibodohkan dengan penipuan dan penyelewangan serta salahgunakuasa,
Pemimpin lawan dihentam siang malam dengan fitnah mehnah,
Politik kotor mewarnai media perdana,
Inikah tranformasi?
Inikah perubahan?
Inikah ummatan wasata?
Inikah budaya jimat cermat?
Inikah demokrasi?
Inikah yang kita mahukan sebagai rakyat Malaysia?
Dimanakah kita wahai rakyat Malaysia,
Sudahlah, cukup-cukup sudah,
Cukup sampai di sini saja,
Hentikan kezaliman,
Hentikan kebrobrokan,
Hentikan penindasan,
Hentikan penipuan,
Hentikan pemerintahan BARISAN NASIONAL,
Undilah PAKATAN RAKYAT,
Sedarlah rakyat Malaysia,
Janganlah kita mensia-siakan nasib anak cucu kita sebagai rakyat biasa,
Bangkitlah dan lakukan perubahan,
Kita bukan orang politik, bukan juga orang berkuasa,
Cukuplah sekadar menjadi duta kecil yang membantu menyebarkan risalah kebenaran,
Tunaikan kewajipan kita menyedarkan rakyat atas penipuan Barisan Nasional,
Ketahuilah bahawa menumbangkan kerajaan Barisan Nasioanl itu WAJIB,
Mengangkat kerajaan Pakatan Rakyat yang menjunjung kebenaran, demokrasi, keadilan, kebajikan, ketelusan dan hak sebagai insan itu juga WAJIB,
Untuk itu bersama-samalah kita menyahut seruan sang Maha Pencipta,
Menyeru kepada yang makruf,
Mencegah perbuatan mungkar,
Itu juga WAJIB.
Rakyat Malaysia yang saya kasihi,
Jika kita cintakan negara Malaysia,
Ayuhlah,
Bermula detik ini, waktu ini dan saat ini,
Marilah kita berjuang habis-habisan,
Berjuang merungkai kebenaran,
Berjuang menegakkan keadilan,
Berjuang menegakkan amar makruf,
Berjuang mencegah kemungkaran,
Memberi kefahaman kepada seluruh rakyat Malaysia,
Sama-sama turun ke seluruh pelosok desa dan kota,
Biar para pemilih turun memilih dengan maklumat yang benar dan sahih,
Biar tidak tertipu dengan agenda politik kotor Barisan Nasional.
Dalam doa dan harapan,
Kami mengimpikan,
Sebuah Malaysia yang lebih ADIL,
Sebuah Malaysia yang lebih BERKEBAJIKAN,
Sebuah Malaysia yang lebih DEMOKRATIK.
Demi Malaysia yang lebih makmur,
Demi Malaysia yang lebih sejahtera,
Demi Malaysia yang lebih harmoni,
KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT,
MALAYSIA OH MALAYSIA,
KAMI SAYANG MALAYSIA.
Ya Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana,
Tumbangkanlah kerajaan Barisan Nasional pada pilihanraya ke-13 ini,
Angkat martabat rakyat, Menangkan kerajaan rakyat PAKATAN RAKYAT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan